DIARI SEORANG ISTERI
1
DIARI SEORANG ISTERI
13 Januari 2016 ( Rabu )
Sudah seminggu abang mengadu sakit dada. Hanya menyapu minyak dan berehat atas
katil. Manakala aku meneruskan rutin harian ke sekolah seperti biasa. Pada jam 8.00 pagi aku
mendapat panggilan telefon dari anakku Nurin memaklumkan akan membawa ayahnya ke
hospital kerana sakit dada. Nurin telah meminta bantuan Faridah dan Zamri untuk membawa
suamiku ke hospital. Aku yang mendapat panggilan telefon segera bergegas pulang
meninggalkan checkpoint 12 Kejohanan Merentas Desa yang belum bermula lagi. Aku hanya
memaklumkan kepada pengetua melalui telefon sahaja kerana mahu segera ke hospital.
Sampai ke Hospital DEMC Shah Alam, aku bertukar giliran dengan Faridah kerana dia
terpaksa pulang semula ke Jeram untuk urusan kerja. Jam 11 pagi abang selesai menjalani
rawatan dan hanya dimaklumkan sakit gastrik oleh doktor. Kami pulang dengan rasa
kecelaruan kerana abang masih lagi merasai kesakitan di dadanya.
14 Januari 2016 ( Khamis )
Malam tadi abang mengadu sakit dada lagi. Aku mencari maklumat di internet
berkaitan penyakit gastrik dan membacakannya. Aku hanya mampu menasihatkan “ bersabar
bang. Sebab gastrik sahaja. Banyakkan berehat “.
Bangun pagi aku nak bersiap ke sekolah . Amat berat hati nak meninggalkan suamiku.
Kepada Nurin aku berpesan supaya duduk di bilik ayah memantau jika ada ada apa-apa
berlaku. Jam 8.30 pagi, Nurin membuat panggilan telefon memberitahu akan membawa
ayahnya ke DEMC sekali lagi kerana ayah mengadu terlalu sakit dada dan berpeluh-peluh.
Nurin telah meminta bantuan Faridah dan Zamari untuk menghantar ayahnya ke Hospital.
Aku sedikit lega dan meneruskan PdPC di kelas tingkatan 4 dan 5. Pada jam 10. 30 pagi,
Faridah menghubungiku memaklumkan bahawa suamiku bermasalah jantung dan perlu
segera dibawa ke hospital . Beliau telah membuat keputusan akan menghantar suamiku ke
IJN kerana Hospital UiTM di Sungai Buluh telah penuh.
Jam 12.00 tengah hari, abang di bawa ke IJN menaiki ambulan. Manakala aku
membawa kereta bersendirian terus dari sekolah menuju ke IJN dan tak lupa membawa
Guarantee Letter . Sepanjang perjalanan aku mencari jawapan kenapa doktor di hospital
DEMC tidak dapat mengesan awal penyakit jantung abang. Pada 01 Disember 2015, abang
telah pun mendapatkan rawatan di sana dan dimasukkan ke wad selama 3 hari dan hanya
disahkan penyakit athma sahaja. Tetapi pada masa tu doktor ada memaklumkan denyutan
jantung abang bercelaru dan pernah terhenti 3 saat. Alasan doktor kecelaruan jantung kerana
kerap menggunakan nebulizer yang tidak mengikut peraturan masa.
2
DIARI SEORANG ISTERI
Dibawa menaiki ambulan dari
Hospital DEMC ke IJN .
Aku sampai ke IJN pada jam 1.20 petang. Setelah melalui beberapa pemeriksaan,
pada jam 3.00 petang abang disorong ke wad CCU katil no 165. Doktor memaklumkan pada
jam 8.00 malam ni abang perlu segera menjalani Angiogram yang hanya memakan masa 1
jam sahaja. Aku dan Nurin berusaha mencari penginapan Dorm di Blok C dengan bayaran RM
30 seorang untuk satu malam.
Kami menunggu dengan penuh debar keputusan Angiogram. Jam 10.00 malam aku
dipanggil masuk untuk berjumpa dengan doktor. “ 3 saluran telah tersumbat : 1 saluran telah
tersumbat sepenuhnya manakala 2 lagi saluran 95 % sudah tersumbat. Angiogram tidak boleh
diteruskan dan perlu melaksanakan Bypass dalam tempoh 2 hingga 3 hari melihat kepada
keadaan suami puan . Jika suami puan tenat maka Angiogram terpaksa juga dilakukan dengan
segera. Sekarang jantung suami puan bergantung kepada mesin ”. Begitulah kata doktor.
Kami keluar dari wad Unit CCU pada jam 11.00 malam. Semua pintu untuk menghala
ke Blok C tempat penginapan kami telah dikunci. Kami terpaksa keluar ke pintu utama
berjalan agak jauh mengelilingi bangunan untuk naik ke Dorm. Di pertengahan jalan ada
sebuah kereta yang berhenti menawarkan kami menumpang. Oleh kerana sudah keletihan
aku menerima tawarannya hinggalah kami sampai ke parking kereta Blok C. Terima kasih
kepada hamba Allah tersebut yang katanya baru sampai untuk menunggu ibunya di wad.
Maka bermulalah kehidupan kami seperti pelajar asrama tidur dalam Dom yang menyediakan
penginapan untuk 7 orang .
15 Januari 2016 ( Jumaat )
Untuk menjimatkan tenaga dan masa , setiap hari kami keluar bersarapan dan
merangkap makan tengah hari pada jam 11.00 pagi. Lepas tu kami terus melawat abang dari
jam 12.30 hingga 1.30 petang. Habis masa melawat , kami balik semula ke Dorm untuk solat
dan berehat.
Kami minum petang merangkap makan malam pada jam 5.00 petang. Hari ini Faridah
dan Zamri datang membawa emak, Zarina dan Huda. “Kak Nor, kat mane ?”, Tanya Faridah
dalam talian telefon . “Kat Kafe ni nak makan, di Blok C , marilah sini “, jawabku. Selepas
selesai makan , kami bersama-sama ke Wad CCU untuk melawat abang.
3
DIARI SEORANG ISTERI
Waktu melawat hampir tamat, Faridah tergesa-gesa masuk membawa YDP Azizi. “
Mak Guard tak tanya pas ke,” Aku berbisik ke Faridah . “ Tak pun, dia tengok lagak orang besar
kot, dia bagi je masuk “ , jawab Faridah sambil tertawa kecil. Aku tersenyum.
Keadaan suamiku sebelum pembedahan Bypass.
16 Januari 2016 ( Sabtu )
Jam 10 pagi telefon berdering. “ Assalamualikum Liza, ini Gharib. Bila waktu
melawat?. Saya sekarang dari Melaka nak datang ke sana”. “ Waalaikumussalam Tok, jam
12.30 – 1.30 tengah hari. Ok Tok, nanti sampai call saya “ jawabku.
Seperti biasa selepas selesai makan, kami ke wad CCU melawat abang. Suhaimi, Ana
dan Faizah datang melawat. “ Tak bawa sesiapa . Nak cepat terus datang sini “, kata Ana. “
Terima kasih datang “, jawabku. Hampir tamat waktu melawat, muncul Datuk Gharib dan
pegawainya. “Tok masuk tadi, Pak Guard tak tanya pas ke?” , soalku. “ Tak. Saya minta nak
masuk cepat sebab masa dah nak habis”, jawabnya. Sekali lagi aku tersenyum kecil. Dalam
hatiku “Pak Guard ini tengok oranglah. Orang tertentu dapat lepas masuk tanpa pas”. Walau
apapun thanks Pak Guard.
Petang ni ramai yang datang melawat: Zarina, Faridah , Zuraimi dan Jannah
sekeluarga. Kami semua makan dulu di Kafe sebelum malawat abang. Sampai di Wad, abang
Atan dan isteri pertamanya sudah menunggu. Pak Wan dan Bidin pun ada. Terima kasih
semua. Nurin balik hari ini untuk bertukar syift dengan Huda.
Disinilah kami makan dan
minum sepanjang menjaga
abang .
4
DIARI SEORANG ISTERI
Kemudahan penginapan dengan bayaran RM
30 seorang untuk satu malam. Inilah tempat
penginapan aku dan anak-anak sepanjang
berada di IJN .
Dorm untuk lelaki dan perempuan asing tau.
Ruang tamu dan pantri juga disediakan. Tapi
aku lupa nak ambik gambar .
17 Januari 2016 ( Ahad )
Tengah hari , Suhaimi datang bersama Ayu dan Farah. Tetamu lain seperti Gida dan
suami, Noi dan suami serta Zai. Nurin pun datang untuk bertukar semula syift dengan Huda.
Faridah membawa nasi, lauk ikan goreng dan ikan sembilang asam pedas. “ Emak , kenapa
tak ikut sekali “, abang bertanya kepada Zamri . Zamri tak sampai hati dengan pertanyaan
abang. Mungkin dalam fikirannya takut abang kempunan tak dapat jumpa emak. Zamri
mengambil keputusan meminta bantuan Zuraimi supaya membawa emak menggunakan
kereta Fordnya waktu melawat petang nanti.
Pakar Fisioterapi datang menunjukkan cara-cara senaman selepas pembedahan.
Beliau menerangkan barang yang diperlukan selepas pembedahan iaitu bantal kecil untuk
menekap dada ketika batuk dan bersin dan juga alat senaman untuk mengembangkan paru-
paru dan jantung.
Sementara menunggu masa melawat pada waktu petang, kami keluar mencuci mata
di SOGO . Aku membeli sedikit makanan untuk bekalan menunggu abang di sini. Pada jam
5.00 petang kami sudah berada di IJN semula.
Ramai pelawat petang ni : abang Atan dan isteri keduanya. Syamim , Along, Bulat dan
YB Irmohizam. Manakala Zuraimi pula datang bersama emak, Haikal, Bedah dan Nazri.
Faridah berpesan kepada Zuraimi “Balik ni nak jumpa Pak Wan tau . Minta dia doakan untuk
Pak Deris “.
Jam 6.30 petang, Pakar Bius pula datang melakukan prosedur sebelum pembedahan.
Aku dan Cikgu Azhar mendengar dengan teliti apa yang disampaikannya .” Pembedahan ini
ada risiko seperti lumpuh, sakit buah pinggang, darah tinggi atau pendarahan. Saya bagi
contoh yang senang . Semua orang yang menaiki kenderaan berisiko untuk kemalangan.
5
DIARI SEORANG ISTERI
Begitu juga dengan pembedahan ini. Peratus kegagalan pembedahan Bypass hanyalah 10
peratus sahaja”. Lanjut beliau lagi “ Ada pertanyaan tak ? . Encik Idris faham tak apa yang
saya jelaskan tadi ?”. Kami semua menganggguk tanda faham. “ Jika semua telah faham,
minta Encik Idris tandatangan bersetuju dengan pembedahan ini”, sambungnya lagi.
Sebelum aku keluar kerana tamat waktu melawat, abang berpesan supaya aku
menghantar whatsApp kepada semua rakan-rakannya memohon maaf dan mendoakan
keselamatan abang menjalani pembedahan esok.
Sampai ke Dorm , aku terus melaksanakan amanah abang menghantar whatsApp
untuk memohon maaf daripada semua kenalannya. Sebelum tidur pada jam 12.00 malam
aku telefon ke rumah. Izzati beritahu semuanya belum sampai lagi.“ Lama juga ye diorang
semua berjumpa Pak Wan”, kata hatiku.
18 Januari 2016 ( Isnin )
Malam tadi jam 4.00 pagi aku dah terbangun . Alhamdulillah . Allah kabulkan doaku
untuk berqiamullail. Sepenuh hati ku panjatkan doa agar abang selamat menjalani
pembedahan Bypass esok .
Pada Jam 9.00 pagi aku menerima panggilan telefon dari Wad CCU memaklumkan
suami ingin berjumpa sebelum menjalani pembedahan. Aku mulai bimbang. Dengan segera
aku ke Wad untuk menemui abang. “ Kenapa bang ?” , tanyaku. “ Tak de apa . Saje nak jumpa
awak sebelum pembedahan” , jawabnya sambil tersenyum.
Aku mengambil kesempatan ini mencukur janggut dan jambangnya . Mujurlah aku
membeli cream shaver di SOGO semalam. Mudah sikit untuk mencukur. “Ha.. dah hensem
pun” kataku bergurau sambil diakui oleh nurse, Bikie. Aku mengingatkan abang supaya
banyakkan berzikir dan berdoa. “ Tinggal beberapa jam lagi . Ingat Allah. Semoga selamat “,
kataku. Aku tinggalkan abang dengan membuka bacaan Yaasin dalam telefon pintar Samsung
Note 2 . “ Abang dengar je ni ye…nanti tengah hari saya datang lagi “, kataku.
Jam 10 pagi lagi Faridah, Zamri, Emak, Zati, Huda dan Adam telah sampai . Oleh kerana
abang akan menjalani pembedahan pada jam 2 petang, maka kami hanya boleh melawatnya
seperti waktu melawat biasa. Jam 12.30 kami masih tidak dibenarkan melawat kerana nurse
sedang mengadakan prosedur untuk ke bilik bedah. Hanya pada jam 1 .00 petang barulah
kami dibenarkan melawat setelah siap semua wayar terpasang di badan abang. Lehernya
telah dicucuk untuk memasukkan wayar ubat-ubatan . Hatiku sudah mulai bergetar
kesedihan. Air mata telah mulai bergenang. Namun ku tahankan jua. Tepat jam 2.00 petang
abang ditolak keluar dari wad CCU. Nurse-nurse yang berada di CCU melambai tangan “
Selamat pakcik. Kuatkan semangat “, kata mereka. “Terima kasih semua “, balasku dengan
ramah. Terima kasih Nurse Amina, Beki dan lain-lain kerana melayan kami dengan baik. “ Dah
bagi diorang ke belum ? Tanya abang. “ Dah “. Jawabku. Abang sebenarnya ada minta aku
bersedekah kepada semua nurse kat sini.
6
DIARI SEORANG ISTERI
“ Inilah kasih sayang seorang isteri tau”, kataku
sambil terus menggerakkan tangan mencukur
janggut dan jambang suamiku.
Di hadapan pintu Dewan Bedah , kami sekeluarga diberikan masa untuk bersalaman.
Takungan air mataku mulai melimpah ke pipi. Semua yang ada sudah mulai menangis. Kami
menyaksikan abang ditolak hinggalh ke dalam Dewan Bedah. “Ya Allah, kau berilah
keselamatan kepada suamiku yang akan menjalani pembedahan ini ”, doaku.
Tengah hari aku tidak bersama keluargaku kerana hendak memberi tumpuan
membaca Yaasin dan berzikir di dorm. 3 kali aku mengulang bacaan Yaasin dan sepanjang
itulah aku berdoa memohon keselamatan abang. Pada jam 2.23 petang YB Amran
menghantar whats app “ Kami ahli Jemaah Solat Zohor di Masjid Mukim Bendang Nyior
Kelantan yang diimamkan oleh Tok Imam Ustaz Omar selesai membuat solat hajat dan doa
selamat untuk abang Deris, Semoga dipermudahkan ye“. Aku terharu membaca mesej ini. “
Terima kasih banyak YB. Semoga Jemaah dirahmati Allah “. Balasku.
Pada jam 5.20 petang, aku mendapat panggilan telefon. “ Hello, ini puan Norliza ke.
Suami puan sudah selesai menjalani pembedahan. Sekarang kat Wad ICU katil no 112. Puan
sudah dibenarkan melawat”, kata nurse dalam talian. “Alhamdulillah. Terima kasih”, jawabku.
Aku dan keluarga bergegas ke wad ICU untuk menjenguk keadaan abang. Penuh
dengan pelbagai wayar di badan abang . Mulut abang masih dipasang saluran pernafasan.
Abang masih tak sedar . Namun doktor memaklumkan “ Untuk setakat ini suami puan stabil.
Perlukan pemantauan 24 jam. Harap tidak ada apa-apa risiko berlaku “, kata Doktor Paneer.
“ Ya Allah , semoga abang selamat “ , doaku dalam hati. Sementara menunggu Datuk Arif
sampai untuk melawat abang pada jam 7.00 malam, kami makan di Gloria Jean’s Cofees .
Sebelum habis masa melawat, aku dan Nurin sekali lagi naik melawat abang. Di telinga mu
ku bisikkan Allah berulang kali , bacaan Fatihah dan ayat Kursi. “ Abang kuatkan
semangat.Teruskan berzikir. Kita mesti berjumpa lagi di dunia ini. “.
7
DIARI SEORANG ISTERI
“Ini Encik Idris bin Abdul Jalil ke ?”, “ Ya, saya “,
Jawab abang. “ Ini tanda tangan Encik Idris ke ?”,
katanya lagi, sambil menunjukkan borang yang
telah ditanda tangan oleh suamiku sebelum ini.
Kedua-dua mata abang tidak tertutup sepenuhnya.
Ada sedikit takungan air mata di sebelah kiri.
8
DIARI SEORANG ISTERI
19 Januari 2016 ( Selasa )
Jam 11.30 pagi telefon bimbitku ku berdering. Panggilan dari Tuan Rasyidi
memaklumkan ada berada di sini. “ Waktu melawat jam 12.30 Boss” , kataku. “ Oklah, kalau
begitu, saya pergi makan dulu, nanti saya datang balik” , dia menjawab. “ Ok, saya tunggu di
ICU tingkat 1 ye. Boss tak perlu ambik pas” aku menjawab lagi.
Aku meneruskan rutin harian bersarapan merangkap makan tengah hari di Kafe . lagi
10 minit sebelum jam 12.30 kami berdua bergegas mengambil pas. “ Sudah ada orang lain
ambil puan“, kata petugas di situ. “ Tak pe, saya tinggalkan juga Kad Pengenalan saya , supaya
mudah dia bertukar pas nanti” kataku. Aku lihat di buku pendaftaran tertulis nama Shamsul.
Nurin menegurku “ Ibu kenal ke”. “Kawan ayah , Wak Sam “ , jawabku.
Kami sampai ke tingkat atas, abang Long sudah menunggu. “ Macam mane Deris ? “,
dia menyapa. “ Entahlah, kami belum tengok lagi. Pihak Hospital pun belum panggil . Abang
datang sorang ke” kataku. “ Akak ada operate mata tadi. Tapi dah siap “ , dia menjawab. Aku
tidak bertanya lanjut tentang mata isterinya. Fikiran aku sekarang tertumpu kepada suamiku.
Aku dah tak sabar nak masuk . Aku dan Wak Sam segera masuk sebaik sahaja pintu Wad ICU
dibuka . Hatiku berdebar-debar sepanjang perjalanan ke katil abang. Jauh juga di hujung wad.
Alhamdulillah, aku dah melihat abang bergerak. Aku tersenyum lebar. “ Syukur abang dah
sedar “, kataku kepadanya. Bersyukur Ya Allah, kau berikan kemudahan ini kepada kami. Dia
mengangguk-angguk lemah. Abang minta air minuman. Tapi nurse yang menjaga abang
berpesan “ jangan minum banyak sangat ye. Hanya air yang di dalam cawan itu sahaja”. Aku
patuh arahan nurse dan hanya suapkan sedikit air ke mulut abang.
Aku teringatkan Tuan Rashidi . Mungkin dia sudah menunggu di luar. Oleh kerana
beliau belum sampai , aku bertukar pas menyuruh abang Atan masuk dahulu sementara aku
duduk menunggu beliau . Jam 12.50 tengah hari Tuan Rashidi muncul. “ Maaf , pergi makan
tengah hari, nak balik ke sini jalan jem pulak . Petang ni ada mesyuarat lagi”, katanya . “Oh!
bos nak cepat ke. Nanti saya call orang kat dalam ye” kataku. Aku mencari-cari nombor wak
Sam dalam telefon abang. Ada banyak nama Shamsul. “ Shamsul Shah Alam kot” kataku
kepada Nurin, lalu mendail nombor tersebut. Mendengar suara Wak Sam “ Ok kak, dalam
perjalanan nak keluar ni” sahut Wak Sam yang seolah tahu tujuan aku menghubunginya.
Tiba waktu melawat petang hanya kami berdua masuk . Tiada tetamu hari ni. Baru 10
minit berlalu , tiba-tiba Sai’en muncul. “ Macam mana ko boleh lepas masuk?,” soalku sambil
tersenyum. “ Pintu terbuka. Tak de orang yang tunggu ” , jawabnya. Mak Guard yang
kebetulan lalu menegur kami “ Jangan lebih 2 orang ye “ . Aku memberi arahan kepada
Nurin supaya keluar. Selepas 30 minit ,Nurin menghantar whatsApp “ orang tu tak keluar lagi
ke, lamanya”. Nampaknya Nurin sudah bosan menunggu keseorangan di luar. Aku membalas
whatsApp “ masuk je ”. Apabila Sai’en nampak Nurin, beliau segera meminta kebenaran untuk
pulang. Terima kasih ye Sai’en kerana meluangkan masa menziarahi Pak Deris. Doakan dia
cepat sembuh ye.
9
DIARI SEORANG ISTERI
20 Januari 2016 ( Rabu )
Hari ini hari ke 8 kami berada di sini. Rutin harian seperti biasa. Keluar Dorm jam 11.00
pagi. Makan tengah hari di Kafe. Melawat jam 12.30 – 1.30 petang . Kemudian balik ke
Dorm. Jam 5.00 petang , kami keluar untuk makan malam. Melawat jam 6.00 - 8.00 malam.
Kemudian balik ke Dorm untuk rehat . Sebelum tidur aku buat dulu kerja sekolah dan menaip
diari harian ku di sini. Nurin pula dengan telefonnya. Lepas tu aku tidur dan bangun malam .
Alhamdulillah , setiap malam aku dapat bertahajjud. Ya Allah, bimbinglah aku supaya aku
terus istiqamah beribadat kepadaMu.
10
DIARI SEORANG ISTERI
Hari ni Nita dan suami datang melawat. Banyak dia bawa buah : longan, limau ,
anggur, kiwi dan betik. Terima kasih ye Nita. Aku menghulurkan buah untuk abang . “Tak
berani makan, takut batuk “ kata suamiku. Buah-buahan tersebut kami bawa ke dorm dan
menyimpannya dalam peti sejuk. “ Bagus juga ni, stok makanan kita untuk seminggu” ,
kataku kepada Nurin sambil bergurau. Terima kasih juga kepada Rasid yang aku tak kenal ,
tapi Nita kata “ tu Pak Ngah ,adik emak“. Walaupun dia tidak dapat berjumpa dengan abang
kerana masa melawat doktor buat prosedur untuk mencabut mesin wayar bantuan jantung.
Tengah hari ini kami hanya dibenarkan melawat abang jam 1.20 petang setelah semua
prosedur itu selesai. Kami diberi penambahan masa melawat sehingga jam 2.20 petang.
Faizah dan Zai datang waktu petang . Jam 7.30 baru mereka balik. Terima kasih
kepada dua beradik ni. Malam ni , kami tak beli makanan sebab banyak buah-buahan. Tak
tahu kenapa mata mengantuk cepat. Jam 10.00 malam aku dah tidur.
Ada juga gambar kenangan kami
menunggu masa melawat di
hadapan Wad ICU. Ehsan gambar
dari Tuan Rashidi. Terima kasih Boss.
21 Januari 2016 ( Khamis )
Pagi-pagi lagi aku terima panggilan telefon dari Faridah “ Hari ni nak datang bawa
emak dan ayah. Nanti tak muat kereta, anak kak Nor semua nak ikut, jadi bawa emak dengan
ayah dulu”, katanya. Mulai jam 10.00 pagi Nurin dah mulai gelisah. Hari ini keluar keputusan
STAM. Telefon sentiasa dalam genggamannya. Jam 12.30 tengah hari dia tersengih sambil
11
DIARI SEORANG ISTERI
menunjukkan keputusan STAM yang telah dihantar oleh kawannya melalui telefon pintar
miliknya. Jayyid . Itulah keputusan yang Nurin perolehi. “ Tahniah Nurin “ ucapan dari
Faridah, Zamari dan nenek. “Hari ni bolehlah belanja Nurin makan nasi Arab yang terkenal di
kawasan ini ” kata Zamri sambil tersenyum bangga.
Suhaimi, Ana,Datok Arif dan datin datang melawat tengah hari . Suhaimi
memaklumkan akan membuat kenduri doa selamat malam ini. “ Baguslah , boleh tumpang
doa kesyukuran untuk Deris sekali ye “ jawabku. “ Wak Pardi dan keluarga dijemput juga ye“
kata Suhaimi.
Jam 2.00 petang , kami bergerak keluar ke jalan Semarak mencari kedai Nasi Arab.
Tak jauh dari IJN. Kalau jalan kaki anggaran 15 minit je. Terbang duit RM 176.00. “ Ini sempena
meraikan kejayaan Nurin dalam STAM ye ” kata Faridah kepada Nurin. Jam 4.00 petang kami
sampai semula ke Dorm berehat dan aku terlelap.
Hari ini kami keluar dorm lewat dari biasa. Perut masih kenyang penangan Nasi Arab
tengah hari tadi. Kami tak perlu singgah Kafe seperti biasa . Selepas mengambil pas pelawat,
kami tercari-cari kat mana Wad HDU. Tadi jam 3.30 petang dapat panggilan telefon dari IJN,
memaklumkan abang dipindahkan ke wad HDU di Blok B. “ Waktu lawatan sama seperti dalam
ICU” ,kata Nurse dalam talian. Terjumpa lagi Mak Guard yang sama dalam wad CCU dulu.
“Kak !, kat mana patient Idris Abdul Jalil ye”, kataku. Dengan penuh yakin Mak Guard
menunjukan tempat abang . “ Terus je , masuk pintu kaca tu sebelah kiri”, katanya. “Terima
kasih kak”, kataku.
Aku tengok abang dah duduk menyandar atas katilnye. Masih tak mahu makan bubur
nasi yang disediakan hospital. Mujurlah dia mahu makan pau dan roti coklat yang aku beli
tadi. Itupun hanya sesuap dua sahaja. Air milo yang disediakan pun tak habis diminum. Sekali
lagi Mak Guard berbakti kepada kami kerana membawa Sabri terus ke katil abang. Thanks
Mak Guard yang sampai sekarang aku tak tahu namanya. Lama gak Sabri melawat abang.
Sampai habis waktu melawat. Aku pun hairan juga, nurse yang bertugas bernama Murni tidak
menegur kami bertiga. Malahan aku dan Nurin sempat berbual bersamanya. Mungkin kat
HDU longgar sikit kot. Kalau di ICU dah lama kami kena halau. Hari ini abang dapat melakukan
solat Asar dan Maghrib dengan tenang. “ Ok bang, dah habis waktu ni, esok kita jumpa lagi ye
“ kataku sambil mencium pipinya.
12
DIARI SEORANG ISTERI
22 Januari 2016 ( Jumaat )
Hari ni sudah hari ke 9 di IJN. Rutin harian masih seperti biasa. Petugas di Kaunter
pertanyaan tempat mengambil pas pelawat pun sudah mengenali kami. Bila kami tidak lagi
menyebut CCU “ Oh !, dah tukar HDU ye” , katanya. Beliau terus menanda nama Idris Bin
Abdul Jalil dalam buku kehadiran pelawat tanpa bertanya lagi kepada kami.
Waktu melawat tengah hari , aku tengok abang ceria dengan gurauan En Johari,
pesakit sebelah katil abang. “ Ha , tu putih dan sampai “, katanya. “ Mana si hitam saya ni “,
sambungnya lagi. “Jangan pakcik , nanti ada yang kecik hati”, sambut Anis Solehah ,Nurse
yang jaga mereka berdua. Aku hanya tersenyum mendengar gurauannya. Dalam hatiku
mentafsirkan hitam tu ialah tanda lahir di muka isterinya. “ Mana Ikah ?“, tanya suamiku.
“Petang kot , hari ni kan hari Jumaat “, jawabku. Menu tengah hari abang roti kebab ayam
dan mushroom sup. Masih tak lalu makan. Setengah keping pun tak habis.
Masa melawat petang , En Johari dah tak de. Tempatnya digantikan dengan pesakit
India. Abang masih tak lalu makan nasi lembik lauk kari ayam. Mujur ada jagung yang aku beli
tadi. Itupun abang makan suku cawan sahaja. “ Tadi pukul 4.00 petang, dada saya sempit.
Minta ubat dengan Nurse dia tak bagi. Dia kata nak tengok ubat dulu. Awak bawa tak ?”,
soalnya. “ Ada dalam beg”, jawabku. Aku mengambil ubat inhalan abang dan menyerahkan
kepada Anas Rullah, nurse yang menjaga abang. “ Nanti saya tanya doktor dulu ye kak”,
katanya.
Abang mengadu nak buang air besar. “ Awak uruskan ye. Saya malu. Pergi ambik kerusi
tu ”, katanya. Aku yang tak faham kerusi mana bertanya kepada Nur Alyya, nurse yang
menjaga pesakit katil lain. “ Tak pe puan, kami akan uruskan. Puan tunggu di luar tabir ye “,
kata Alyya. Dia bersama Jessie Lim menguruskan keperluan abang untuk membuang air besar.
Abang memanggilku. “ Tak nak keluar. Masalah ni”, katanya. “ Pakcik!. Jangan teran ye. Nanti
jantung berdegup cepat. Pakcik lambat baik ”, nasihat lembut dari Alyya. “ Nanti saya minta
ubat dengan doktor” , sambungnya lagi.
Faridah , Zamri , Ikah, Zati dan Haikal sampai jam 7.00 petang. Zamri sempat berbual
dan bertanyakan keadaan jantung kepada Anas . “ Bip jantung pakcik tak stabil. Contoh
senang seperti irama lagu ada kod yang tertinggal. Jadi kami kena stabilkan dulu baru boleh
berpindah ke wad biasa”, katanya.
Malam ini Ikah pula bertukar shift dengan Nurin. Itupun budak penjaga dorm banyak
hal. Tak bolehlah. Sebab nama orang lain lah . Aku buat tak tahu . Masuk je. Malas aku nak
dengar.
23 Januari 2016 ( Sabtu )
Masa melawat tengah hari aku dan Ikah terus ke wad HDU. Abang sudah berpindah
ke wad biasa. Alhamdulillah. Kata Anis “ pakcik baru je turun ke wad, Blok B, tingkat 3, Zon
A”. “Ok Dik . Terima kasih ye”, kataku sambil seperti biasa menghulurkan sedekah untuk nurse
yang ke 7 dalam wad ICU dan HDU seperti yang dikehendaki oleh suamiku.
13
DIARI SEORANG ISTERI
Aku dan Ikah menuju ke wad yang dimaksudkan. Abang baru je disiapkan untuk naik
ke katil. “ Dik, akak minta wad single bed”, kataku. “ Maaf puan. Tiada bilik kosong. Lagipun
pakcik perlukan pemantauan. Sebab tu, dia diletakkan berdekatan dengan nurse”, jawabnye.
“Ok Dik, terima kasih ye “, jawabku.
Jam 2.00 petang , kami berdua balik semula ke Dorm untuk mengemaskan barang-
barang . Yang mana tak penting, kami hantar ke kereta. Banyak juga barang yang nak dibawa
ke wad. Termasuklah tilam lipat yang baharu dibeli oleh Zati di Tesco Kuala Selangor. Kami
makan malam lewat sikit dari rutin biasa. Chicken Chop menjadi pilihan Ikah di Gloria Jeen’s
Caffee . Selepas makan, jam 7.30 malam kami naik semula ke wad.
Ikah tak mahu balik ke dorm. Ikah nak tidur bersama aku di ward. Aku sudah
membayar penginapan untuk hari ini. Ingatkan nak bagi dia tidur selesa di dorm. Malam ni
kami tidur berhimpit di atas tilam lipat baharu. Menyelit di bawah katil abang. Tidak selesa
kerana tilamnya nipis. Sejuknya lantai terasa sampai ke tulang. Abang tak lelap tidur. Aku
kerap kali bangun dan terjaga melayan keperluan abang . “Nor, lapar ”, panggilnya perlahan.
“ Aku yang terjaga dari tidur, “ abang nak makan biskut ke “ . Setelah aku memberi biskut,
tiba-tiba aku tersedar lagi. “ Nor, nak makan epal. Ambilkan pisau . Saya potong sendiri”, kata
abang. Aku menyediakan keperluannya. Sambung lagi tidur. “ Nor, nak kencing “ , panggil
abang tak lama kemudian. Aku menjeling ke arah jam di dinding . Jam menunjukkan 5.30 pagi.
Aku membawa abang ke bilik air . Air kencing yang disukat menunjukkan 300 ml. Aku
mencatatkannya dalam borang yang disediakan.
24 Januari 2016 ( Ahad )
Tengah hari kami menerima lawatan dari Majid dan isteri keduanya. Datok Gharib
dan Kak Normah datang bawa buah tangan. Terima kasih Tok. Penat balik dari Korea. Tak lupa
menziarahi kami. Jam 1.00 petang rombongan dari Sabak Bernam : Cik Din, Cik Dewi, Cik
Husin , Zulfa dan Irfan, juga adik beradik ku semua datang. Ramai sungguh. Terima kasih
semua. Meriah dengan kehadiran kalian. Macam-macam cerita yang dibualkan. “ Jangan
hisap rokok tau”, pesanan abang kepada Nazri dan Hakim. “ Wak Pardi , dah tua masih sihat“,
kata Cik Dewi. “ Tapi ayah amalkan pelbagai herba: misai kucing, goji dan macam-macam
lagi”, Edel menyampuk . Kami semua ketawa mengiyakan kata-kata Edel.
14
DIARI SEORANG ISTERI
Faridah sekeluarga, Adam dan Zati tak balik terus. Mereka tunggu hingga sesi melawat
petang kerana anak-anak nak masuk melawat abang. Jam 4.30 petang , Zati naik
berseorangan memaklumkan hanya boleh bawa budak kecil selepas jam 6.00 petang. Kami
mengambil keputusan membawa abang keluar menggunakan wheel chair . Berehat dan
berbual di atas pentas penyampaian zakat oleh Sultan Pahang semalam. Pada jam 5.00
petang Hasif, Shakir dan Shamim sampai. Kami berjumpa dan berbual dipentas tersebut
sehinggalah jam 6.00 petang barulah kami naik semula ke atas kerana abang sudah penat .
Terima kasih kepada semua yang hadir termasuklah Dato’ Haris sekeluarga. Faridah pulang
selepas selesai solat maghrib dengan membawa satu plastik hitam baju kotor kami .
25 Januari 2016 ( Isnin )
Ikah tak nak balik segamat. “ Boleh lah ibu, sampai hari Khamis “, katanya. “ Terpulang.
Ko jawablah sendiri dengan pensyarah. Takut dia tolak mata kehadiran je” , balasku. “ Hari ini
tak perlu bayar sewa Dorm. Keluarkan semua barang . Pindahkan ke dalam kereta”, kataku
memberi arahan . Jam 10.30 pagi, Ikah baru selesai mengemaskan semua barang. Kami
sarapan lewat hari ni. Selepas itu, ke kedai Dobi menghantar baju untuk dicuci. Berat 2.1 kg
dengan bayaran RM 6.20. “ Esok ye puan. Hari ni tak sempat . Saya nak tutup kedai awal. Cuti
Thaipusan “, katanya.
26 Januari 2016 ( Selasa )
Jam 11.00 pagi sewaktu balik dari kafe , Faridah menghubungiku “ Kak Nor. cakap
dengan Pak Deris jangan makan dulu tau . Pak Usu dalam perjalanan bawa sup ayam
kampung”. “Ok. Rugi pula kak Nor baru je balik makan”, jawabku.
Waktu lawatan tengah hari abang Atan datang menziarah bersama isteri pertamanya.
Ishak Harun pun datang. Dia ada hulurkan sampul berisi RM 250 tau . “Emm...alhamdulillah.
Dia ingat juga ke abang ni, Ketua Cawangan Pantai Jeram,” kata hatiku sambil tertawa kecil.
Tepat jam 1.00 petang barulah Suhaimi sampai bersama Leman dan anak Aton. Tak lama
15
DIARI SEORANG ISTERI
kemudian YDP Azizi pula sampai. Katanya baru balik mesyuarat di KL Central. Banyak juga
topik yg dibualkan termasuklah penyakit sakit belakangnya. Terima kasih kepada semua
yang hadir.
Waktu petang tiada pelawat hari ni. Mungkin sebab kami dah maklumkan akan keluar
wad esok. Malamnya kami melayan cerita Hindustan Bajranji Bhaijan sehingga jam 11.00
malam . Meleleh juga air mataku. Terharu dengan kisah anak yang terpisah dengan ibunya.
Hi.hi.
27 Januari 2016 ( Rabu )
Jam 7.45 pagi Dr Heriyanto Hatta muncul. “ Pakcik , jangan tidur. Buat senaman.
Bangun berjalan ye. Hari ni pakcik boleh balik. Mandi pakai 3 tuala yang berasingan ye : untuk
lap dada yang luka, kaki yang luka dan badan . Jangan campur-campur ye”, nasihatnya.
“Makan makanan protein seperti telur”, tambahnya. “ Boleh makan telur ke doktor”, tanya
abang. “ Boleh. Saya doktor. Saya lebih mahir dalam perkara ini”, jawabnya.
Hari ni aku paksa abang mandi . “ Tak nak. Sejuk”, jawabnya. “ Mandi air panas. Nanti
balik rumah lagi susah nak mandi . Abang kena mandi juga hari ni. Biar bersih. Bau wangi. Nak
jumpa anak-anak”, jawabku. Setelah selesai mandi, kami meminta keizinan dari nurse untuk
membawa abang berjalan-jalan dan ke Kafe untuk bersarapan. “ Pakcik jangan lama-lama ye.
Jam 10.30 pagi kita nak buat fisioterapy ”, kata nurse India yang aku tak tahu namanya. Kami
mendorong wheel chair abang menuju ke Kafe sambil menunjukkan tempat-tempat yang
sering aku lalui sepanjang 2 minggu di sini. “ Ambik pas kat sini , lepas tu lepak kat kerusi Blok
A tu sambil menunggu waktu melawat ”, kataku sambil menunjukkan tempat yang
dimaksudkan. “ Ini pula laluan dari Dorm dan Kafe. Kafe kat situ. Dorm kat atas tingkat 2 “ ,
kataku sambil terus mendorong wheel chair abang menuju ke Kafe.
Sampai di Kafe, aku bertanya “ abang nak makan apa ? ”. “ Telur ada tak ?. Nak
separuh masak”, jawabnya. Aku membeli 4 biji telur separu masak . Aku lihat abang selera
makan sampai 3 biji telur. Yang lagi sebiji aku yang makan. Nasi goreng yang dibawa dari bilik
pun hanya dua tiga suap sahaja. Aku yang menghabiskannya. Balik dari Kafe, kami singgah di
kedai buah membeli pisang sebelum balik semula ke bilik.
Jam 10.30 pagi pakar dietary pula datang untuk memberikan nasihat tentang
pemakanan. “ Bolah makan apa sahaja ikan. Tetapi kalau kita memang alahan dengan ikan
tersebut jangan makan. Telur boleh dimakan kerana kita perlukan protein supaya cepat
sihat”, nasihatnya. “ Saya syorkan susu ensure sebagai ganti pemakanan jika pakcik tak lalu
makan. 6 sudu untuk 200 ml air. Pakcik dah turun 7 kg. Amalkan pemakanan yang betul
supaya sihat ”, tambahnya. Sedang dia bercakap , muncul seorang Rakan IJN. Kali ini namanya
Kol. Razali. “ Duduklah pakcik”, Aku menyapa . Rakan IJN adalah kumpulan bekas-bekas
pesakit jantung yang telah menjalani rawatan di IJN. Mereka akan hadir melawat pesakit-
pesakit jantunh untuk memberi nasihat dan khidmat kaunseling.
Selesai sesi pembelajaran pemakanan, Pakcik Razali pula memberikan nasihat. “
Jangan makan makanan laut banyak sangat. Kurangkan makan udang, sotong, kerang , ketam
16
DIARI SEORANG ISTERI
dan lain-lain. Ikan makanlah . Daging makan seminggu sekali”, nasihatnya.” Pakcik buat
pembedahan Bypass bila ?, soalku. “ Tahun 2005” , jawabnya. “ Dulu saya suka sangat
makanan laut. Saya boleh makan kerang sampai 1 tin “, tambahnya. Pelbagai lagi nasihat
yang diberikan sehinggalah muncul Putih di hadapan pintu.
Hampir setengah jam perbualan kami berkisar tentang pengalaman Putih diserang
sakit jantung . Sebelum balik, Putih mengeluarkan tasbih yang diperbuat daripada Kayu Koka.
“ Ni untuk Ko”, katanya sambil menghulurkan tasbih itu kepada abang. “ Terima kasih Putih”,
kata abang kepada Putih.
Jam 12.00 tengah hari , aku menerima pangggilan telefon dari Tuan Rasyidi
memaklumkan akan menziarahi abang. “ Ok Bos!, Sekarang kat Wad Blok B, Tingkat 3 , Zon 2
Bilik 359 “, jawabku. “Setengah jam lagi saya sampai”, balasnya. Tiba-tiba terdengar bunyi
ketukan pintu. “Kata setengah jam lagi, cepatnya Rasyidi sampai”, gumamku. “Masuk”,
jawabku. “ Saya pakar Fisioterapi. Saya tunggu dari tadi En Idris tak turun ke bawah. Jadi
saya naik ke atas untuk mengajar senaman-senaman yang sepatutnya En Idris lakukan di
rumah “, katanya.
Tepat 12.30 tengah hari Tuan Rasyidi muncul di hadapan pintu. “ Masuk Bos”, aku
menjemputnya masuk. “ Tadi ada mesyuarat kat ibu pejabat. Dapat singgah sini. Sempat
tengok Idris sebelum balik”, katanya. Aku tinggalkan mereka berdua untuk urusan ubat dan
bil hospital. Selepas solat Asar kami keluar meninggalkan wad. Selamat tinggal IJN. 14 hari
aku berada di sini. Pelbagai kenangan yang mengajar aku menjadi isteri yang sentiasa setia
susah dan senang bersama suami . Selepas ini aku perlu menjaganya di rumah pula . Semoga
suamiku terus dikurniakan kesihatan oleh Allah swt. Amin.
17
DIARI SEORANG ISTERI
18
DIARI SEORANG ISTERI
19