EDISI 1, APRIL 2023 MPU 21032 Penghayatan Etika Dan Peradaban Tugasan tajuk : EFolio Sumbangan Tamadun Asia kepada Etika dan Peradaban di Malaysia
ISI KANDUNGAN Penghargaan m/s 5 Pengenalan Tamadun India, Cina dan Timur Tengah(Arab) m/s 6 Maksud Tamadun Asia m/s 7 Ciri-ciri Setiap Tamadun Asia Tenggara m/s 8-11 Sumbangan Tamadun India m/s 12-16 Sumbangan Tamadun Cina m/s 17-21 Sumbangan Tamadun Timur Tengah(Arab) m/s 22-25 Galeri Album m/s 26-28 Penutup m/s 29 Sumber Rujukan m/s 30
BIODATA PENSYARAH (PENASIHAT) DAN PELAJAR Nama pensyarah : Encik Razak bin Nordin Jawatan : Penasihat
DISEDIAKAN OLEH : Muhammad Hasbi bin Ahmad Saad 18DHF22F2035 Editor Nasiha Athira binti Mohd Fikri 18DHF22F2033 Ketua kumpulan Muhammad Hafiz Nazmi bin Mohd Zaini 18DHF22F2037 Editor Nurul Fadhilatun Nisaa binti Omar 18DHF22F2039 Penolong ketua kumpulan Nur Syazana Amalin binti Haneef 18DHF22F2041 Ketua editor
PENGHARGAAN Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadirat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Razak bin Nordin pensyarah bagi subjek Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU 21032) di atas, kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan sempurna.
Sebuah tamadun atau sebuah peradaban merupakan suatu disiplin ilmu penting kepada semua golongan pelajar, ahli akademik dan sebagainya kerana semua aktiviti kehidupan manusia merupakan suatu proses membina dan memperkasa tamadun. Dari semasa, perkataan tamadun merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi terkini diperhatikan dengan penonjolannya dalam tamadun Barat. Selain itu, tamadun juga dilihat dari segi objektif di mana tamadun didefinisikan sebagai kemajuan yang ditempa dalam pelbagai bidang dan dipindahkan dari generasi ke generasi. Perkataan tamadun dalam bahasa melayu diambil daripada perkataan bahasa Arab "tamadun" yang dari segi etimologinya berasal daripada perkataan "madanna" yang bermaksud memperhaluskan budi pekerti atau memperelokkan tingkah laku, dan membuka bandar atau kota. Secara keseluruhannya, tamadun merupakan suatu petunjuk sesuatu tahap peradaban sesebuah zaman seperti perancangan bandar, kemajuan teknologi dan sebagainya. PENGENALAN
Tamadun Mesopotamia - Tamadun ini muncul di lembah sungai Tigris dan Efrat di kawasan yang sekarang dikenali sebagai Iraq. Tamadun Indus - Tamadun ini muncul di Lembah Indus di Pakistan pada kira-kira tahun 2600 SM. Tamadun China - Tamadun ini mempunyai sejarah yang panjang dan bermula pada zaman Neolitikum. Tamadun India - Tamadun ini bermula pada zaman prasejarah dan berkembang di lembah sungai Indus dan Gangga. Tamadun ini mempunyai sejarah yang sangat panjang dan pelbagai, dengan banyak kebudayaan yang mempengaruhi dan memperkukuhkannya dari masa ke masa. Kesimpulanya, setiap tamadun ini mempunyai keunikan dan ciri-ciri tersendiri yang memperkukuhkan warisan budaya Asia dan memberi impak besar dalam sejarah dan kebudayaan dunia. MAKSUD TAMADUN ASIA
MASYARAKAT DAN BUDAYA INDO-ARYA merupakan satu ciri yang menonjolkan. Pembahagian kelas dalam struktur masyarakat sudah wujud ketika orang Aryamemasuki India. Mazmur-mazmur awal dalam Rig Veda menyebut tentang Ksatria(bangsawan) dan Vis (golongan biasa) dalam sistem kerajaan bercorak aristokratik AGAMA Sebuah mohor telah ditemui di Lembah Indus. Ini merupakan salah satu penemuan yang menunjukkan konsep kerohanian masyarakat di Lembah Hindus. CIRI CIRI TAMADUN INDIA EKONOMI Mampu mewakili tamadun India. Perdagangan sangat meluas dan terdapat pelabuhan penting seperti Bhrgukaccha dan Tamralipti untuk memunggah bijih timah, besi, perak, emas, tembaga, hasil hutan, kayu dan gajah merupakan harta kerajaan yang sentiasa menjaga pertumbuhan ekonomi negara.
CIRI CIRI TAMADUN CINA Perkembangan Teknologi Sains dan teknologi sudah pun berkembang semasa Dinasti Shang, dan bertambah kembang pada zaman Dinasti Chou. Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata dan alat pertanian, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan sebagai alat perhiasan, sutera dihasilkan dan sistem kalendar dan perpuluhan diperkenalkan. Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan. Pembentukan Bandar Penduduk Cina mendirikan perkampungan yang tetap di Sungai Kuning kerana sesuai untuk pertanian dengan tanah luas yang subur dan sumber air yang berlebihan. Perkampungan ini berkembang dengan pesat dan mengalami globalisasi dan seterusnya menjadi bandar. Contoh bandar atau negara kota yang wujud ialah Kota Shang (2000 SM) dan Anyang (1800 SM). Pembentukan Kerajaan Setiap kota mempunyai kerajaan sendiri, sehingga Raja Shang meluaskan wilayahnya dengan menawan kota-kota lain. Selepas itu, beliau meluaskan kuasa tenteranya sehingga kota-kota yang lemah menyerah diri secara sukarela kepada Raja Shang. Kerajaan beribu kota di Anyang. Setiap orang bangsawan akan diberi wilayah untuk ditadbir secara turuntemurun. Kerajaan Shang ini kemudian diguling oleh Wu Wang dari Kerajaan Chou kerana kezaliman raja Shang yang bernama Zhou Hsin.
CIRI CIRI TAMADUN TIMUR TENGAH (ARAB) (Sistem angka dan matematik ) -Sistem angka yang digunakan saat ini berasal dari India, namun sistem angka ini diperkenalkan ke Barat melalui perantara Timur Tengah pada masa lalu, dengan banyak konsep yang ditemukan boleh ilmuwan seperti Al-khwarizmi dan Ibn al-Haytham Timur Tengah adalah salah satu wilayah yang memiliki peranan penting dalam sejarah dunia, Dan banyak sumbangan yang telah diberikan oleh wilayah ini kepada zaman dahulu. Berikut beberapa contoh sumbangan Timur Tengah kepada zaman dahulu Pembentukan(AGAMA) -Tiga agama besar dunia yang berasal dari Timur Tengah aitu: #ISLAM #KRISTEN #YAHUDI - Agama- agama ini memainkan peranan penting dalam membentuk budaya dan sejarah manusia.
CIRI CIRI TAMADUN TIMUR TENGAH (ARAB) Secara keseluruhan, ciriciri Timur Tengah kepada zaman dahulu sangat besar dan mempengaruhi banyak aspek kehidupan manusia di seluruh dunia. (Karya sastra): -Timur Tengah juga merupakan pusat kebudayaan dan sastra pada masa lalu, dengan banyak karya sastra yang dihasilkan oleh penulis dari wilayah ini. Karya-karya ini mempengaruhi perkembangan sastra dan filsafat Barat. (Kebudayaan) -Timur Tengah memiliki kebudayaan yang kaya dan beragam, dan banyak aspek kebudayaan ini mempengaruhi budaya di seluruh dunia. Misalnya, kebiasaan minum kopi dan teh berasal dari Timur Tengah, serta seni arsitektur dan seni rupa seperti kaligrafi dan mozaik.
SUMBANGAN TAMADUN INDIA KEPADA MALAYSIA
Sejarah tamadun India di Malaysia bermula lebih daripada 2,000 tahun yang lalu. Hubungan antara India dan Malaysia bermula sejak zaman kuno melalui perdagangan maritim.
Bahasa Sanskrit - Bahasa Sanskrit, bahasa kuno India, telah memberikan sumbangan yang besar kepada bahasa Melayu. Seni bina - Seni bina India mempunyai pengaruh yang kuat ke atas seni bina Melayu, terutama seni bina Candi. SUMBANGAN TAMADUN INDIA
Perdagangan - Perdagangan India membawa kebudayaan India ke Malaysia. India mempunyai perdagangan yang kuat dengan dunia Melayu pada masa lalu dan membawa barang-barang seperti sutera, rempah-rempah, emas, dan barang kemas. SUMBANGAN TAMADUN INDIA
Kesimpulanya adalah pengaruh India di Malaysia masih dapat dilihat pada masa kini, terutama dalam seni, muzik, tarian, dan adat istiadat Melayu. Selain itu, terdapat juga komuniti India yang masih kekal di Malaysia dan membawa kebudayaan mereka ke negara ini.
SUMBANGAN TAMADUN CINA KEPADA MALAYSIA
ALAM SEKITAR Hidup harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme dan beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan ini, tamadun-tamadun tradisional secara umum tidak memusnahkan alam sekitar. SUMBANGAN TAMADUN CINA
SUMBANGAN TAMADUN CINA KEKELUARGAAN Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu dihayati oleh tamaduntamadun tradisional. Keluarga yang dimaksudkan pada lazimnya adalah keluarga harmoni. Pengamalan seperti ini telah menjadi warisan turun-temurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang paling penting. Berdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan kedudukan kaum lelaki dan kaum perempuan dalam sesebuah keluarga itu yang jadi persoalan utama, tetapi setiap mereka harus menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati.
KERAJAAN Falsafah tamadun-tamadun tradisional begitu menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-tamadun zaman silam. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisional. Namun demikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja melanggar lunas-Iunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk membetulkannya. SUMBANGAN TAMADUN CINA
SUMBANGAN TAMADUN CINA PENDIDIKAN Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun-tamadun tradisional adalah pembinaan sifat-sifat seseorang. * Dimensi Inner Being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang lain. * Manusia tidak digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui pengetahuan tentang dirinya. * Cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. * Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.
SUMBANGAN TAMADUN TIMUR TENGAH (ARAB) KEPADA MALAYSIA
BAHASA DAN PENDIDIKAN *Peradaban Melayu dipengaruhi oleh Timur Tengah dari segi pengunaan bahasa. *Tulisan jawi diperkenalkan oleh Pendakwah Islam. -Bertujuan untuk melancarkan pembacaan Al-quran -Memudahkan memahami kitab-kitab yang diterbit dalam tulisan jawi. *Tulisan jawi digunakan dalam tujuan persuratan melayu. *Karya kesusasteraan berbentuk lisan dan tulisan semakin banyak dihasilkan. *Karya seperti sastera falsafah, ilmu kalam dan tasawwuf. *Bahasa melayu dan tulisan jawi digunakan dalam manuskrip agama. SUMBANGAN TAMADUN TIMUR TENGAH
(PERUNDANGAN) *Pengenalan Perundangan Islam daripada Timur Tengah telah mengatur kehidupan masyarakat melayu dengan lebih sistematik. *Lahirnya hubungan kekeluargaan dengan hubungan perkahwinan . *Islam memperkenalkan pengaruh prinsip keadilan dalam perundangan dan kehakiman begitu penting dengan sistem masyarakat peradaban melayu. *Perundangan Timur Tengah menghayati bahawa Islam tidak memisahkan kehidupan duniawi Dan kehidupan akhirat. SUMBANGAN TAMADUN TIMUR TENGAH
(BIDANG KESENIAN) -SENI KALIGRAFI *Seni kaligrafi merupakan seni tertua dari Timur Tengah. *Enam tulisan terpenting dalam kaligrafi Timur Tengah adalah sulus, naskhi, Muhaqqaq, Riqa, Tauqi dan Raihani. *Pengaruh tulisan dari Timur Tengah telah melahirkan tulisan jawi. *Jawi dijadikan sebagai medium tulisan pada masa peradaban melayu dahulu. SUMBANGAN TAMADUN TIMUR TENGAH
GALERI GAMBAR / ALBUM
GALERI GAMBAR / ALBUM
GALERI GAMBAR / ALBUM
Kesimpulan, setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenarnya hasil daripada sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Perkara yang paling penting sekali ialah setiap tamadun memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan kepada dunia dan juga kepada Malaysia. Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri dan sejarah yang tersendiri yang perlu kita semua tahu. Ini akan memberi kefahaman yang mendalam tentang ketamadunan. PENUTUP
RUJUKAN 1.https://titasprojectupm.blogspot.com/2018/05/s umbangan-tamadun-cina-terhadaptamadun.html?m=1 2.https://www.slideshare.net/AbdulHamzzah/tita s-ctu551-tamadun-india-sejarah-dan-sumbangan 3.https://www.slideshare.net/yinyinhong/sumban gan-tamadun-cina 4.https://www.coursehero.com/file/p47fhjq/Penga ruh-utama-peradaban-dari-Timur-Tengah-ialahpengembangan-agama-Islam/ 5. http://welcome-totamadunchina.blogspot.com/2012/04/pengenalan -dan-pembinaan-tamadun-china.html?m=1
DISEDIAKAN OLEH : Nasiha Athira binti Mohd Fikri 18DHF22F2033 Muhammad Hasbi bin Ahmad Saad 18DHF22F2035 Muhammad Hafiz Nazmi bin Mohd Zaini 18DHF22F2037 Nurul Fadhilatun Nisaa binti Omar 18DHF22F2039 Nur Syazana Amalin binti Haneef 18DHF22F2041 Kelas : DHF 1A Nama Pensyarah : Encik Razak bin Nordin