The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizzi505, 2020-11-12 07:02:53

MATLAMAT PERPADUAN MALAYSIA

Publication1 (2) (1)

Definisi Perpaduan
– Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui
ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
– Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan nega-
ra. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di
negara kita.

Dasar Perpaduan
Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi.

Integras Asimilasi.
satu proses bagi mewujudkan satu iden- satu proses bagaimana kumpulan-
titi nasional di kalangan kumpulan- kumpulan minoriti diasimilasikan melalui
kumpulan yang terpisah dari segi ke- perkahwinan campur dan sebagainya ke
budayaan, sosial dan lokasi dalam dalam kumpulan etnik yang lebih besar.
sesebuah unit politik.  Menurut Vender Zanden, seorang ahli
sosiologi, asimilasi adalah satu proses
  dalam mana kelompok-kelompok yang
berfikir, berperasaan dan bertindak
secara berlainan, menjadi satu dalam
kesatuan sosial serta budaya yang sa-
ma. 

Definisi matlamat

sesuatu yg hendak dicapai, tujuan.
Cara untuk mencapai matlamat

Perpaduan Politik
Perpaduan politik di Malaysia dapat dilihat bermula pada tahun 1950-an. Sistem ‘kerajaan campu-
ran’ dari segi kepelbagaian kaum merupakan salah satu cara bagimenggabungkan fahaman politik
berbilang kaum dan diperkembangkan lagi melalui sistempolitik yang fleksibel. Ini jelas kelihatan
apabila munculnya parti ‘Perikatan’ yangmerupakan hasil gabungan dengan parti UMNO, MCA dan
MIC. Keanggotaan parti komponen dalam parti ini juga semakin bertambah setelah kemunculan
Barisan Nasional.
Perpaduan Ekonomi
Proses perkembangan ekonomi telah dirangka untuk membolehkan semua kaum menyertai semua
bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Untuk mencapai hasrat tersebut, kerajaan telah mengambil
langkah dengan mengintegrasikan ekonomi. Beberapa dasar pembangunan telah digubal seperti
Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, dan lain-lain dasar pembangunan ekonomi
negara. Dasar- dasar ini diambil untuk memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-
sektor utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan lebih sama rata dan saling melengkapi an-
tara satu sama lain. Tujuan dasar-dasar ini diperkenalkan adalah kerana kerajaan sentiasa be-
rusaha untuk meninggikan taraf hidup rakyatnya.

Perpaduan sosial & kebudayaan
Strategi jangka pendek adalah melalui pelaksanaan aktiviti yang menggalakkan interaksi dan
perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yangberbilang kaum. Strategi jangka pendek dil-
aksanakan secara berterusan diperingkat kebangsaan, negeri, daerah dan kawasan-kawasan
Rukun Tetangga. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat dari pelbagai
peringkat umur dan keturunan etnik mencakupi bidang sosial pendidikan, sukan, rekreasi, kese-
nian dan kebudayaan serta kesihatan dan alam sekitar, kebajikan, keagamaan, ekonomi dan
keselamatan.

Perpaduan Pendidikan
Matlamat pendidikan Negara adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam
memupuk semangat kewarganegaraan dan rasa bangga terhadap bangsa dan agama. Dasar
yang dimainkan oleh pendidikan pula sangat penting dalam proses integrasi dan pembangunan
sesebuah negara.
Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari untuk menyeragamkan sistem
pendidikan. Jawatankuasa Barnes, Laporan Fenn-Wu,Ordinan Pelajaran 1952, Penyata Razak,
Penyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar berhubung isu pendidi-
kan berperanan untuk memupuk perpaduan. Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan
oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik diberi per-
hatian dan peruntukan serta kemudahan yangsama dan adil dalam pendidikan sama ada mereka
bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar.Oleh itu sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya
terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini.

ISI-ISI PENTING

Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk
yang berbilang kaum. Pembentukan masyarakat majmuk yang
berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19 ada kesan da-
ripada kolonialisme yang mutlak

Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tak sengaja
oleh kerana pada awal abad ke-19 lebih 90% penduduk di tanah
melayu adalah melayu.Namun pada pertengahan abad ke-
19,penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai
ramai ekoran dasar liberal inggeris telah mengubah struktur
kependudukan asal tanah melayu.Kaum utama di Malaysia
terdiri daripada kaum MELAYU,CINA,INDIA DAN pelbagai etnik
yang lain.

Sebanyak kira kira 80 kaum etnik , terutamanya di Malaysia
timur antaranya BABA DAN NYONYA,KADAZANDUSUN,IBAN
dan lain lain lagi.

OBJEKTIF

-Menjadi warganegara yang bertolak ansur antara
masyarakat tanpa mengira kaum

-Tidak hidup secara berpuak-puak di dalam sesuatu
penempatan untuk menbeza kaum masing-masing

-Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasa-
ma serta tolong menolong antara satu sama lain


Click to View FlipBook Version