SELAMAT DATANG
KE
SK LANGGAR
SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR
26620 PEKAN,PAHANG.
KOD SEKOLAH: CBA 5018
NO.TELEFON: 01165731033
Emai2SlK6:6Lc2A0bNPaGEG5KAA0RN1, [email protected]
PROFIL SK LANGGAR
NAMA SEKOLAH
SK LANGGAR,
26620
PEKAN,PAHANG
KEBITARAAN
AKADEMIK :
PEND.ISLAM
KOKURIKULUM :
CATUR
Nama sekolah: SK LANGGAR, PEKAN.
Kod sekolah: CBA 5018
Jenis sekolah: SK
Lokasi sekolah: LUAR BANDAR
Bilangan murid: 148 ORANG
Bilangan guru: 19 ORANG
Nama Guru Besar:NOR AKILIN BINTI MOHD.LAZIM
Kebitaraan Akademik : PEND.ISLAM
Kebitaraan Kokurikulum : CATUR
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR DAN TOKOH NEGARAWAN
Oleh Cikgu Haji Abdullah bin Haji Mohd Shah
Kampung Langgar sebuah kampung tradisi Melayu yang terletak di kanan mudik
Sungai Pahang, jaraknya dengan Bandar Diraja Pekan yang terletak di hilir hanya 15
kilometer. Kawasan Industri Automotif yang terletak di timur, 2.2 kilometer dari kampung ini di
utaranya terbentang sawah padi iaitu Projek Paya Langgar Pahang Tua, bersempadan di
baratnya dengan Kampung Pahang Tua manakala di selatan dijaluri Sungai Pahang.
Penduduknya seratus peratus Melayu dengan mengusahakan tanaman padi,
menoreh getah dan sekarang bekerja di Industri Automotif dan kakitangan kerajaan. Penduduk
di sini amat bertuah kerana telah mengenali sekolah dan alam pembelajaran bermula pada
tahun 1880, belajar di sekolah menggunakan ‘papan batu’ dengan sukatan pelajaran,
membaca, menulis, mengira, bercucuk tanam dan bertukang.
Mengikut sejarah, Sekolah Melayu Langgar mula didirikan di Tanjung Langgar pada
tahun 1899 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 1900. Bangunannya bertiang kayu beratap
nipah, berlantai dan dinding papan dengan keluasan 24’ x 20’ persegi. Sekolah tersebut dibuka
pada tahun itu juga. Guru dari sekolah Melayu Pekan iaitu Allahyarham Haji Ismail bin
Abdullah telah ditugaskan mengajar di situ. Pada waktu itu sekolah ini tidak dilengkapkan
meja, tempat duduk pelajar ialah ‘tapak’ yang membolehkan murid duduk bertemu belakang.
Sekolah ini merupakan sekolah ke-9 didirikan di Negeri Pahang pada masa itu.
Mengikut laporan British Resident mengenai bangunan ini pada tahun 1899
antaranya, “Peruntukan telah diadakan dalam anggaran perbelanjaan bagi seorang guru di
Langgar, di daerah Pekan.”
Akan tetapi bangunan sekolah yang didirikan di situ oleh Penghulu (Haji Mat Aris bin
Idris) masih belum siap, maka wang peruntukan itu telah digunakan bagi membayar gaji
seorang penolong guru di sekolah Pekan kerana sekolah ini muridnya bertambah.
Bilangan pelajar pada masa sekolah itu dibuka tiada siapa yang mengetahuinya namun
demikian menurut Laporan Resident British bagi tahun 1900 ada menerangkan seperti
berikut:
Hitung panjang murid masuk: 49.25 orang
Hitung panjang kedatangan: 41.05 orang
Hitung panjang peratus kedatangan: 84.12 orang
Pada tahun 1913, penduduk kampung bertambah ramai. Perundingan
diadakan oleh orang-orang tua di kampung berkaitan untuk membina sekolah baru
yang terletak di Tanjung Benta yang terletak di antara Tanjung Langgar dan Kampung
Jambu. Kerajaan bersetuju dengan cadangan ini dan sebuah sekolah telah didirikan di
kawasan sekolah yang ada sekarang dalam tahun 1915 dan siap pada hujung tahun
berkenaan juga. Bangunan sekolah ini dibuka pada awal tahun 1916. Dengan
terbukanya sekolah baru ini, maka Sekolah Melayu Langgar yang terletak di Tanjung
Langgar akhirnya ditutup pada tahun 1915. Guru akhir yang mengajar di sekolah lama
iaitu Cikgu Mahmud bin Abdul Jalil. Semua murid dari sekolah itu telah dipindahkan ke
sekolah baru yang diberi nama Sekolah Melayu Langgar.
Guru yang mula-mula mengajar di sekolah baru itu ialah Cikgu Abu Samah
bin Paduka Samat. Sekolah Melayu Langgar yang baru dibina di Kampung Benta, iaitu
tapak yang ada sekarang, kerana Kampung Benta merupakan kampung yang terletak di
tengah-tengah antara Kampung Kubang Belanga, Kampung Jambu di hilir Kampung
Langgar di sebelah hulu. Dengan ini semua murid lebih mudah ke sekolah kerana jarak
tidak jauh jika dibandingkan semasa sekolah ini di Tanjung Langgar. Sekolah Melayu
Langgar di Kampung Benta ini mula beroperasi pada tahun 1916.
Sekolah Melayu Langgar ini merupakan sebuah bangunan 40’ x 30’ persegi dan
dibuat anjung di bahagian hadapannya, beratap nipah, berdinding papan cat
hitam sementara lantainya daripada tanah liat yang ditumbuk, akhirnya lantai itu
telah diganti papan pada tahun 1932. Oleh sebab bahan membuat bangunan ini
daripada kayu lempung ianya sangat disukai oleh kumbang. Kumbang ini
mengorek lubang pada kasau serta kekuda dan menyebabkan banyak habuk kayu
di dalam kelas. Bagi pelajar lama, sekolah ini dikenali sebagai ‘Sekolah Taik
Kumbang’.
Mulai tahun 1915, sekolah ini telah menerima perubahan daripada segi
pendidikan pengajaran, sukatan pelajaran, dasar pelajaran dan muridnya talah
bertambah. Akhir tahun 1958 telah didirikan sekolah baru bertiang yang lebih
moden dan dibuka pada 27.05.1959 dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan
Langgar dan didirikan jauh sedikit dari tebing sungai berhampiran dengan jalan
raya Pekan Ganchong.
Pada tahun 2003 bangunan baru tiga tingkat dengan dua blok bangunan
telah didirikan. Pada April 2008, bangunan sekolah tahun 1959 telah dirobohkan
kerana sekolah ini mendapat peruntukan satu blok tiga tingkat dengan padang
permainan di sebelah hulunya. Bangunan ini dijangka siap pada Ogos 2010.
Guru-guru Besar yang pernah menerajui dan menguruskan sekolah ini ialah:-
Tuan Haji Ismail bin Abdullah : 1880 - 1902
Tuan Haji Ali bin Haji Arshad : 1902 – 1903
En. Mahmud bin Abdul Jalil : 1903 – 1915
En. Abu Samah bin Dato’ Paduka Samad : 1916 – 1918
Tuan Haji Daud bin Ismail : 1919 – 1927
En. Omar bin Osman : 1928 – 1932
Tuan Hj. Sh. Hussin bin Hj. Sh. Kassim : 1933 – 1946
En. Mohd Din bin Sandang : 1947
Tuan Haji Mohd bin Said : 1948 – 1955
Tn. Hj. Abdul Aziz bin Ismail : 1955 – 1968
En. Abdullah bin Ali : 1969 – 1971
Tn. Hj. Junid bin Hussain : 1972 – 1979
En. Muhammad bin Muda : 1980 – 1981
En. Mohd Lazim bin Mohd Saman : 1981 – 1983
En. Mohd Taib bin Hj. Ibrahim : 1983 – 1987
En. Mohd Nordin bin Edris : 1987 – 1989
Tn. Hj. Ahmad Kamal bin Hj. Abdul Latiff : 1989 – 1995
En. Mohd Yusof bin Ibrahim : 1995 – 1996
En. Zulkifli bin Mohammed : 1996 – 1999
En. Ismayuddin bin Hj. Ishak : 1999 – 2000
Tn. Hj. Madzlan bin Abbas : 2000 – 2007
En. Abdullah bin Haji Mohd Shah : 01.11.2007 – 2011
En. Baseli bin Mohd Yunus : 15.06.2011 – Jan 2014
Pn.Hjh Rahmawati binti Haji Khalil : Feb.2014 – Nov.2014
Pn. Nor Akilin binti Mohd.Lazim : Dis.2014 - KINI
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk
Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi
Negara.
MOTO
Belajar dan Berbakti
MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
NAMA SEKOLAH: SK LANGGAR
ALAMAT SEKOLAH: 26620 PEKAN, PAHANG
KOD SEKOLAH: CBA5018
E-MAIL SEKOLAH: [email protected]
NO.TELEFON SEKOLAH:09-4300054
JENIS/GRED SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN / A
LOKASI SEKOLAH: LUAR BANDAR
TARIKH TUBUH: 1899 (SEKOLAH MELAYU LANGGAR)
JARAK DARI PPD: 6 KM
JARAK DARI JPNP: 50 KM
KAWASAN PARLIMEN: PEKAN
DEWAN UNDANGAN NEGERI: PERAMU JAYA
GURU-GURU DAN KAKITANGAN
SK LANGGAR
STATISTIK GURU, AKS DAN
PEKERJA SWASTA
SK LANGGAR 2021
STAF LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
GURU 6 13 19
ANGGOTA KUMPULAN
1 3 4
SOKONGAN (AKS)
PEKERJA SWASTA 4 0 4
1 2 3
KESELAMATAN 12 18 30
KEBERSIHAN
JUMLAH
Enrolmen Murid 2018 hingga 2021
TAHUN 2018 2019 2020 2021
L P JUM. L P JUM. L P JUM. L P JUM.
PRASEKOLAH 9 11 20 8 8 16 16 4 20 8 8 16
TAHUN 1 11 8 19 9 9 18 8 8 16 16 8 24
TAHUN 2 5 11 16 11 8 19 8 10 18 8 9 17
TAHUN 3 9 21 30 5 11 16 13 8 21 8 10 18
TAHUN 4 13 10 23 9 21 30 7 10 17 14 8 22
TAHUN 5 19 8 27 13 10 23 11 23 34 7 11 18
TAHUN 6 11 20 31 19 8 27 13 11 24 10 23 33
JUMLAH 77 89 166 74 75 149 76 74 150 71 77 148
NEGARAWAN / TOKOH YANG PERNAH MENUNTUT DI
SK LANGGAR, PEKAN.
i. Perdana Menteri
(a) Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein
Perdana Menteri Malaysia ke-2
ii. Yang Dipertua Negeri /Ketua Menteri / Menteri
Besar
(b) Dato' Setia Wangsa Sir Mahmud Bin Mat MCS., OBE
(Menteri Besar Pertama Negeri Pahang)
iii. Yang Dipertua Negeri / Ketua Menteri /
Menteri Besar
(c) Dato’ Sri Mohammad bin Jusoh
(Menteri Besar Kesembilan Negeri Pahang)
iv. Yang Dipertua Negeri /Ketua Menteri /
Menteri Besar
(d) Dato’ Haji Abdul Rashid bin Haji Abdul
Rahman
(Menteri Besar Kesebelas Negeri Pahang)
v Ahli Politik
(e) Nor Azita binti Abdul Rahman
SK Langgar (1983 – 1988 )
Penolong Setiausaha
Puteri UMNO Malaysia
vi .Penjawat Utama Sektor Awam
(f) Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Negeri
- Dato’ Mohd Nasir bin Othman
SK Langgar ( 1961 - 1967 )
Pengarah Imigresen Pahang
vii.
(g) Tokoh Guru / Tokoh Kepimpinan
Pendidikan
- Dato’ Hj. Ahmad Azmey bin Hj. Abu Talib
- Mantan Pengarah Pendidikan Negeri
Pahang.
BACA CEPAT KAWANKU – TAHUN 1 2021
BACA CEPAT KAWANKU – TAHUN 2 2021
BACA CEPAT KAWANKU – TAHUN 3 2021
REKOD BACAAN IQRA 1-3 DAN KHATAM AL QURAN
TAHUN 2 2021
REKOD BACAAN IQRA 1-3 DAN KHATAM AL QURAN
TAHUN 3 2021
REKOD BACAAN IQRA 1-3 DAN KHATAM AL QURAN
TAHUN 4 2021
REKOD BACAAN IQRA 1-3 DAN KHATAM AL QURAN
TAHUN 5 2021
REKOD BACAAN IQRA 1-3 DAN KHATAM AL QURAN
TAHUN 5 2021
REKOD KESELURUHAN IQRA DAN KHATAM AL QURAN
TAHUN 2 - TAHUN 6 2021
PRASAPRARNAASARANA SEKOLAH
SEKOLAH
Bilik Mesyuarat / War Room
Bilik Guru Besar Pejabat
Bilik makan
Dapur Pra Sekolah
Musolla As-Syakirin
KEBITARAAN
KURIKULUM
PENDIDIKAN ISLAM
PASUKAN KALAM SYAKBI
TEMPAT KEEMPAT
PERINGKAT DAERAH PEKAN