The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Ridwan, 2023-05-23 06:23:14

MAJALAH VETERAN PVATM

Majalah Veteran PVATM 24

Sekapur irih Tuan Julaydi Bin Mattuju Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T, kerana dengan limpah kurnia dan keizinanya buat julung kalinya Persatuan Veteran ATM (PVATM) Cawangan Tawau telah menerbitkan Majalah Veteran ATM Cawangan Tawau Bil 1.2021-2022 bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi di Persatuan ini. Saya mengucapkan tahniah kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Tertinggi PVATM Cawangan Tawau yang dipilih dan Ahli Jawatankuasa penyelaras yang dilantik bersama-sama saya menerajui PVATM untuk memberikan yang terbaik dalam kebajikan ahli-ahli Veteran ATM dan berusaha menambahbaik pendekatan dari merangkumi pelbagai aspek agar ahli Veteran ATM dapat merasai apa jua aktiviti dan program yang telah dirancang sepanjang tahun. Sehubungan dengan itu, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Korporat, agensi kerajaan dan individu serta Persatuan-persatuan di kawasan Tawau ini yang telah memberi sumbangan dan dana yang sentiasa bersama-sama dalam menaikkan semangat nama PVATM Cawangan Tawau agar sentiasa berjuang demi menjaga kebajikan Veteran ATM. Dalam memupuk semangat keprihatinan ahli Veteran ATM bersama masyarakat Aktiviti dan Program telah dirancang dan diperkemaskan sejajar dengan pematuhan Standard Operation Procedure (SOP) Covid- 19 yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Sebagai Ketua PVATM Cawangan Tawau, saya akan sentiasa memberikan yang terbaik dan perhatian sepenuhnya terhadap ke atas isu-isu berkaitan ahli Veteran ATM Cawangan Tawau selaras dengan moto “Kebajikan Ahli Veteran ATM Matlamat Kami”. Ketua Cawangan PVATM Cawangan Tawau TB 4537 1st FLOOR LOT 62 BLOCK G BA ZHONG COMMERCAL CENTRE JALAN TAWAU LAMA 91000 TAWAU, SABAH “SENTIASA BERJUANG”


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Warga Veteran. Tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T, kerana dengan limpah kurnia dan keizinanya buat julung kalinya Persatuan Veteran ATM(PVATM) Cawangan Tawau telah menerbitkan sebuah Majalah Veteran ATM yang sekian lama di nantikan oleh Ahli-Ahli Veteran untuk menaikkan semangat jiwa yang berterusan. Sebagai Penaung di Persatuan ini amat berbangga dan berbesar hati kepada Ketua Cawangan Tawau Tuan Julaydi Bin Mattuju bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi di atas kepercayaan terhadap saya untuk sama-sama berjuang mempertahanakan hak ahli-ahli Veteran ATM khususnya di masa akan datang dan saya berdoa agar Persatuan ini akan menjadi satu medan perjuangan kebajikan anggota Veteran. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Warga Veteran. Alhamdulillah kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah kurnia dan keizinanya memilih saya sebagai Penasihat di Persatuan Veteran ATM (PVATM) Cawangan Tawau. Syahbas dan tahniah kepada Ketua Cawangan Tawau Persatuan Veteran ATM (PVATM) Cawangan Tawau khususnya kepada Tuan Julaydi Bin Mattuju bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi kerana berusaha dan berjaya menerbitkan Majalah Veteran ATM Cawangan Tawau yang amat di nantikan oleh anggota Veteran dan anggota yang masih dalam pe r khidmatan untuk di j adi kan a s a s d a l am memperjuangkan hak-hak kebajikan Veteran umumnya. Penerbitan Majalah ini juga merupakan sikap perjuangan ahli Veteran yang tidak pernah padam walaupun telah tamat perkhidmatan. Saya mewakili warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) amat berbangga hasil usaha yang ditunjukkan dan kami sentiasa berdoa agar anggota Veteran sihat serta dilindungi oleh Allah SWT, Amin… PENAUNG PVATM CAWANGAN TAWAU YB Kolonel Kerhotrmat (PA) Datuk Hj Nizam Bin DSP Hj Abu Bakar Titingan PENASIHAT PVATM CAWANGAN TAWAU Kdr Mohd Syahrum Bin Kamaruldin TLDM (Pegawai Memerintah KD SRI TAWAU)


KUNJUNG HORMAT - YB Datuk setuju berbesar hati menjadi Penaung PVATM Cawangan Tawau bagi sesi 2021 - 2024. - bersetuju memberi sokongan kepada PVATM Cawangan Tawau untuk memohon mana-mana bangunan kerajaan yang tidak digunakan untuk di jadikan pejabat PVATM Cawangan Tawau. - Menyampaikan Geran Tahunan untuk tahun 2022 sebanyak RM 2000 kepada PVATM Cawangan Tawau. - Memberi sokongan kepada PVATM Cawangan Tawau untuk mengusahakan sementara tanah perkuburan pahlawan bagi aktiviti pertanian dan hasilnya boleh membantu dana ekonomi persatuan pada masa akan datang. Oleh : PERSATUAN VETERAN ATM CAWANGAN TAWAU TAWAU - 24 Dis 2021, Persatuan Veteran ATM (PVATM) Cawangan Tawau telah mengadakan kunjungan hormat yang di ketuai oleh Ketua Cawangan Tuan Julaidy Bin Mattuju (PVATM) bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan ke atas YB Kolonel Kehormat (PA) Datuk Haji Nizam Bin D S P H j A b u B a k a r T i t i n g a n ( A D U N N 6 8 Apas)/Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah. Dalam kunjungan tersebut banyak perkara yang dibincangkan mengenai halatuju persatuan veteran dan keutamaan bagi pesara tentera dan bakal pesara tentera. Dalam perbincagan tersebut banyak perkara yang berbangkit yang dibincangkan di antaranya: YB Datuk Haji Nizam Bin DSP Hj Abu Bakar Titingan Sumbangan dari YB Datuk Hj Nizam


Tawau - 18 Jan 2022, Persatuan Veteran ATM Cawangan Tawau di Ketuai oleh Ketua Cawangan Tuan Julaydi Bin Mattuju bersama dengan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PVATM Cawangan Tawau telah membuat kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Rina Binti Hj Jainal di pejabatnya. Dalam perjumpaan tersebut banyak perkara telah disuarakan serta dibincangkan demi untuk kebaikan dan manfaat PVATM Cawangan Tawau. Yang Berhormat Rina bersama Ketua Cawangan PVATM dan Ahli


Yang Berhormat SARIFUDDIN BIN HATTA Tawau - 19 Jan 2022, Persatuan Veteran ATM Cawangan Tawau di Ketuai oleh Ketua Cawangan Tuan Julaydi Bin Mattuju bersama dengan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pvatm Cawangan Tawau membuat kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Sarifuddin Bin Hatta dipejabatnya Taman Semarak Tawau. Ketua Cawangan Tawau juga banyak menyuarakan pandangan dari aspek kebajikan dan kerjasama dalam menjalankan aktiviti sosial dan ekonomi kepada Yang Berhormat. Perbincangan Dua Hala Yang Berhormat bersama Ketua Cawangan


Pengurus Syarikat Hamka Brother Plantation Tuan Hamka bin Kasma Tawau - 19 Jan 2022, PVATM Cawangan Tawau di Ketuai oleh KC Tuan Julaydi Bin Mattuju bersama dengan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PVATM Cawangan Tawau telah membuat kunjungan hormat ke atas Tuan Hamka Bin Kasma Pengurus Syarikat Hamka Brother Plantation di pejabatnya Taman Mega Jaya Tawau.


Tawau - 10 Jan 2022, Banyak perkara dibincangkan oleh Ketua Cawangan Tawau masa perjumpaan tersebut untuk kebaikan dan manfaat PVATM Cawangan Tawau


Tawau - 28 Jan 2022, Persatuan Veteran ATM Cawangan Tawau di Ketuai oleh KC Tuan Julaydi Bin Mattuju bersama dgn Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pvatm Cawangan Tawau telah membuat kunjungan hormat ke atas Tuan Joseph Pang President Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dipejabatnya. President MPT memberi respon yang amat memberangsangkan. Seperti Tanah Perkuburan Veteran di jalan Tiku diarahkan dipercepatkan, Penjagaan Tugu Peringatan, Rumah-rumah kerajaan yang tidak digunakan untuk dijadikan pejabat dalam urusan pentadbiran ahli-ahli Veteran Cawangan Tawau.


KUNJUNGAN HORMAT KE KD SRI TAWAU KOMANDER MOHD SYAHRUM BIN KAMARLUDIN TLDM Pegawai Memerintah Tawau - 04 Januari 2022, Persatuan Veteran ATM Cawangan Tawau di Ketuai oleh KC Tuan Julaydi bin Mattuju bersama dengan Ahli Jawatankuasa Tertinggi telah membuat kunjungan hormat ke atas Pegawai Memerintah KD Sri Tawau dipejabatnya. Ketua Cawangan Tawau menyuarakan ingin melantik Pegawai Memerintah KD Sri Tawau s eba g a i P ena siha t P e rs a t u a n Veteran ATM Cawangan Tawau dan u c a p a n k e p a d a P e g a w a i Memerintah dan Staf KD Sri Tawau diatas s ambut an dan lay anan kepada kami. Ahli Tertinggi PVATM Cawangan Tawau Cenderahati kenangan dari PVATM kepada PEGAWAI MEMERINTAH KD SRI TAWAU Ketua Cawangan PVATM Cawangan Tawau menandatangani Buku Pelawat B e r g a m b a r K e n a n g a n P e g a w a i Memerintah bersama Ketua Cawangan PVATM danAhli PVATM


KOMANDER ESSCOM NEGERI SABAH BRIGEDIER JENERAL ADNAN BIN ABU HASSAN - TIMBALAN KOMANDER ESSCOM NEGERI SABAH Lahad Datu - 16 Mac 2022, PVATM Cawangan Tawau, di Ketuai oleh KC Tuan Julaydi bin Mattuju, Tn Amat Salleh dan Ahli Jawatankuasa Beliawira telah membuat kunjungan hormat ke atas Brigedier Jeneral Adnan bin Abu Hassan bagi mewakili Komander ESSCOM di pejabatnya dalam membincangkan dan juga bertukar pandangan dan cadangan demi untuk kebaikan bersama di masa akan datang. Moga dengan kunjungan hormat ini, akan lebih lagi mengeratkan lagi hubungan di antara Veteran yang sudah bersara dengan yang masih dalam perkhidmatan. Membincangkan dan juga bertukar pandangan Cenderhati Kenangan Bergambar Kenangan Pegawai Memerintah bersama Ketua Cawangan PVATM, Anggota ESSCOM, Ahli Tertinggi dan Beliawira


KUNJUNGAN HORMAT KE KEM KABOTA TAWAU oleh : PVATM CAWANGAN TAWAU Tawau - 05 Ogos 2022, Persatuan Veteran ATM Cawangan Tawau yang di Ketuai oleh Ketua Cawangan Tuan Julaydi Bin Mattuju bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi PVATM Tuan Amat Bin Salleh. P e rs a t u a n V e t e r a n AT M Cawangan Tawau telah membuat kunjungan ke 7RAMD Kem Kabota Tawau bagi menghadiri “Table Talk” bersama dengan Brig Jen Saiful Bahari Bin Zainol Panglima 5 Briged. Kenangan PVATM Cawangan Tawau Bersama Panglima 5 Briged Kenangan PVATM Cawangan Tawau Bersama Pengarah JHEV Sabah Sesi Perbincangan antara Dua Hala Jamuan Ringan


Tawau - 13 Jan 2022, Persatuan Veteran ATM Cawangan Tawau yang di Ketuai oleh Ketua Cawangan Tuan Julaydi Bin Mattuju bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi PVATM mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Sukur Bin Hatta Penguasa Kanan Bomba II, Ketua Zon JBPM Zon Tawau di pejabatnya. Dalam kunjungan hormat tersebut banyak perkara-perkara yang di bincangkan serta bertukar-tukar pandangan dan pendapat demi untuk kebaikan bersama di masa akan datang. Bergambar Kenangan Pegawai Keselamatan Bomba bersama Ketua Cawangan PVATM dan Ahli Tertinggi Cawangan Tawau Berbincang dan berkongsi pendapat antara Pihak Bomba dan {VATM Cawangan Tawau Bertukar Cenderahati KUNJUNGAN HORMAT JABATAN BOMBA PENYELAMAT TAWAU Oleh : PVATM Cawangan Tawau


KONSULAT REPUBLIK INDONESIA TAWAU Oleh : PVATM CAWANGAN TAWAU Tawau - 12 Sep 2022, Persatuan Veteran ATM Cawangan Tawau yang di Ketuai oleh Ketua Cawangan Tuan Julaydi Bin Mattuju bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi PVATM, Ketua Srikandi dan Ketua Bel iwir a PVATM Cawang an T awau, membuat kunjungan hormat ke atas Kepala Perwakilan Indonesia Puan Heni Hamidah pejabatnya di Tawau. Dalam kunjungan tersebut banyak perkara-perkara yang dibincangkan antara d u a h a l a d a n j u g a b e rt u k a r-t u k a r pandangan dan cadangan demi untuk kebaikan bersama di masa akan datang. Moga dengan adanya kunjungan hormat ini juga akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pihak Veteran Cawangan Tawau dan pihak Konsulat Republik Indonesia. Tandatangan Buku Pelawat oleh Ketua Cawangan PVATM Cendarahati Gamabar Kenangan Perbincangan Kenangan Perwakilan Indonesia bersama Ketua Srikandi dan Ketua Beliawira PVATM Cawangan Tawau


T awa u - 2 2 S e p 2 0 2 2 , P VATM Cawangan Tawau hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada PERKESO Cawangan Tawau bagi membincangkan berapa perkara untuk memperkasakan sosial ekonomi Veteran ATM khasnya bagi ahli-ahli Veteran ATM Cawangan Tawau. Dalam kunjungan ini ada berapa perkara PERKESO bincangkan untuk membantu ahli- ahli Veteran ATM Cawangan Tawau dalam peluang kedua pekerjaan kepada yang berminat dan memerlukan pekerjaan. Moga apa yang dibincangkan akan dapat memb a n t u a h l i- a h l i V e t e r a n A T M Cawangan Tawau. PVATM Cawangan Tawau yang di ketuai oleh Ketua Cawangan Tuan Julaydi bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi telah berusaha sebaik mungkin unutk warga Veteran ATM Cawangan Tawau. Sekarang terpulang pada warga Veteran ATM Cawangan Tawau untuk mengambi l peluang yang telah di berikan oleh pihak PERKESO. Terima kasih tak terhingga kepada pihak PERKESO Cawangan Tawau kerana sudi berkerjasama dengan PVATM Cawangan Tawau. Bacaan Doa Untuk Memberkati Mesyuarat Kata Aluan oleh Ketua Cawangan PVATM Mesyuarat Antara Dua Hala Cenderahati Dari Perkeso Cenderahati Dari PVATM PVATM CAWANGAN TAWAU Oleh : PERKESO CAWANGAN TAWAU


KUNJUNGAN HORMAT KE KD SRI SEMPORNA Tawau - 18 Okt 2022, Persatuan Veteran ATM Cawangan Tawau di Ketuai oleh Ketua Cawangan Tuan Julaydi Bin M a t t u j u b e r s a m a d e n g a n A h l i JawatanKuasa Tertinggi telah membuat kunjungan hormat ke atas Pegawai Memerintah KD Sri Semporna di pejabat- nya. Kunjungan hormat tersebut telah membincangkan beberapa aktiviti seperti menembak, pertandingan sukan dan melawat ke Taman-taman Sabah di sekitar Semporna untuk Ahli JawatanKuasa Tertinggi PVATM Cawangan Tawau dgn Pegawai Memerintah KD Sri Semporna sebagai Penutup tahun 2022 Persatuan Veteran ATM Cawangan Tawau. Da l am pe r binc ang an t e rs e b u t mendapat persetujuan dan sokongan penuh dari Pegawai Memerintah dan Pegawai Laksana KD Sri Semporna dan terima Kasih tak terhingga di ucapkan kepada Pegawai Memerintah, Pegawai Laksana dan Staf KD Sri Semporna diatas sambutan dan layanan kepada kami. SENTIASA TERBAIK KEPTEN KHAIRUL AYZAN BIN TALIB TLDM Pegawai Memerintah Tandatangan Buku Pelawat Cenderhati Kenangan Membincangkan Program Dan Aktiviti Bersama Pegawai Memerintah KD SRI SEMPORNA


Oleh : PERSATUAN VETERAN ATM CAWANGAN TAWAU Tawau - 31 Oktober 2021, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bil. 1/2021 di Bilik Mesyuarat Pejabat Adun N. 72 Merotai Taman S ema ra k Tawau yang te l ah dipengerusikan oleh Ketua Cawangan Tuan Julaydi bin Mattuju. Mesyuarat bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir jam 5 petang. Alhamdulillah syukur. Semua Ahli Jawatankuasa PVATM Cawangan Tawau hadir. Banyak perkara yang dibincangkan untuk kebaikan PVATM Cawangan Tawau. Semoga mesyuarat kali pertama ini bagi Ahli Jawatankuasa sesi 2021 - 2024 dapat merancang serta bergerak terus maju kehadapan demi untuk warga veteran ATM Cawangan Tawau. Terima kasih tidak terhingga juga kami mengucapkan kepada YB Tuan Sarifuddin Bin Hatta di atas penggunaan Bilik Mesyuarat Pejabat Adun N. 72 Merotai. Dalam Mesyuarat tersebut banyak agenda yang dibincangkan dalam halatuju Veteran ATM dan juga hak kebajikan yang perlu dinikmati bukan saja Ahli Veteran tetap balu-balu Veteran yang dalam kesusahan. Sehubungan dengan itu, K e t u a C a w a n g a n b e rs a m a A h l i Jawatankuasa Tertinggi melantik beberapa Ahli Jawatankuasa penyelaras bagi setiap kawasan yang berada di kawasan Tawau dapat membantu pihak Persatuan dalam urusan penadbiran. MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA Perbincangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi rancangan dan hala tuju PVATM CAWANGAN Tawau


PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN PVATM NEGERI SABAH Kota Kinablu - 25 Jun 2022, Ahli Jawatankuasa PVATM Cawangan Tawau yang diketuai oleh Tuan Julaydi Bin Mattuju bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian PVATM Negeri Sabah Kali Ke-40 yang telah diadakan di Dewan Golden Hotel Sembulan, Kota Kinabalu. Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian PVATM Negeri Sabah telah dirasmikan oleh Mej Dato' Sazali Bin Hj Ismail (B) Timbalan Presiden PVATM bagi mengganti Datuk Presiden PVATM. Barisan Majlis Tertinggi PVATM SABAH Wakil Dari PVATM Cawangan Tawau Perasmian Mesyuarat


TAWAU - Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu diberikan bantuan dan bimbingan untuk menjadi usahawan bagi meningkatkan ekonomi mereka selepas bersara. Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata kerajaan perlu memberikan perhatian kepada pesara ATM supaya mereka boleh meneruskan kehidupan lebih baik. “Ramai dalam kalangan Veteran ATM tidak mempunyai pendapatan selepas bersara dan hanya mengharapkan wang pencen daripada kerajaan, sedangkan mereka masih mempunyai komitmen lain. “Justeru, sekiranya bimbingan dan bantuan dapat diberikan kepada Veteran ATM yang berminat menjadi usahawan, sudah pasti ia akan menjadi sumber pendapatan kepada mereka,” katanya. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali Ke-30 Persatuan Veteran ATM (PVATM) Cawangan Tawau, di sini semalam. Datuk Hj Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata bantuan k epada pe s a r a it u wa j a r d i l a k u k a n k e r a n a me r e k a b a n y a k membantu dalam menjaga kedaulatan negara. “Terdapat dalam kalangan Veteran juga pernah terlibat secara langsung m e m e r d e k a k a n n e g a r a d a n mengha rumk an nama Ma l a y si a di persada antarabangsa,” katanya. Dalam pada itu, Datuk Hj Nizam turut memberikan komitmennya kepada PVATM Tawau untuk membe ri k an sumbangan secara tetap sebanyak RM2,000 kepada tabung persatuan itu. “Sumbangan itu bagi memudahkan s e ti a p g e r a k k e rj a , a k ti v i t i d a n pengurusan PVATM Tawau pada masa akan datang. “Saya sebagai wakil rakyat di daerah ini akan sentiasa memberikan perhatian dan bantuan terhadap setiap aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh PVATM Tawau,” katanya. Menurutnya, Veteran ATM diharap dapat membantu negara membentuk n i l a i- n i l a i mu r n i d a l am k a l a n g a n masyarakat terutamanya generasi muda. “ K i t a m a h u k a n V e t e r a n A T M membawa peranan penting dalam membentuk gene r a si muda untuk sentiasa cintakan negara, patriotik dan sanggup ber korban demi negara, ” katanya. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Vateran ATM Sabah, Patrick Kanggoi meminta semua pesara ATM supaya menyertai persatuan ini. Katanya, pesara ATM perlu menyertai persatuan bagi memudahkan saluran bantuan diberikan, selain mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh mereka. “Setakat ini hanya lebih 15,000 pesara ATM sahaja sudah menjadi ahli persatuan daripada 30,000 Veteran yang ada di negeri Sabah.


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Oleh : PVATM CAWANGAN TAWAU Tawau - 26 Mac 2022, Mesyuarat Agung Tahunan PVATM Cawangan Tawau Kali Ke - 31/22 telah diadakan di Bilik Kuliah PSSTLDM KD SRI TAWAU yang telah di rasmikan melalui Aplikasi Zoom Meeting oleh Yang Bhg Tuan Marshid Bin Hj Mohd Salleh Naib Presiden IV PVATM Merangkap YDP Negeri Sabah. Mesyuarat bermula pada jam 10 pagi, ia berjalan dengan lancar dan sempurna. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh seorang Pelapor Tuan RuhiminBin Japar. Setelah ucapan dari Ketua Cawangan Tuan Julaydi Bin Mattuju selesai,Mesyuarat Agung selesai selepas Majlis Perasmian melalui maya.Kehadiran amat memuaskan bersama Ahli Jawatankuasa PVATM Cawangan Tawau, Ahli Jawatankuasa Srikandi, Ahli Jawatankuasa Beliawira yang turut hadir untuk memberikan sokongan yang padu kepada kepimpinan dan Ahli Jawatankuasa yang baru khususnya Ketua Cawangan PVATM Cawangan Tawau. Ucapan Dan Amanat oleh Ketua Cawangan Tawau Ikrar oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi PVATM Cawangan Tawau Ucapan oleh Pengerusi Tetap PVATM Cawangan Tawau Sesi Perbincangan oleh Ketua Cawangan PVATM Tawau Sesi Bergambar PVATM CawanganTawau Srikandi Dan Beliawira PVATM CawanganTawau


MESYUARAT HARI MALAYSIA Oleh : PVATM CAWANGAN TAWAU Tawau - 23 Sept 2022, Mesyuarat Sempena Hari Malaysia pada 16 September 2022 ni, Beliawira PVATM Cawangan Tawau berkerjasama dengan Kg. Apas Parit akan menganjurkan Program tersebut Pada 25 Sept 2022. Mesyuarat kali ini, Ahli Jawatankuasa Penganjur yang di Ketuai oleh Ketua Cawangan Tawau Tuan Julaydi Bin Mattuju, Ketua Kampung Apas Parit, Ketua Srikandi, Ketua Beliawira, Barisan Exco Pvatm Cawangan Tawau, Barisan Exco Srikandi, Barisan Exco Beliawira dan Exco Kg Apas Parit telah bermesyuarat untuk Program tersebut yang di koordinasikan oleh Beliawira PVATM bersama penduduk Kg Apas Parit. Dalam mesyuarat tersebut banyak pendapat dan cadangan telah dibuat untuk memastikan setiap perancangan akan terlaksana dengan baik demi menjayakan program sambutan Hari Malaysia yang di adakan di Kg. Apas Pairt. Membincangkan Agenda Mesyuarat


MESYUARAT AKTIVITI Oleh : PVATM CAWANGAN TAWAU Tawau - 22 Okt 2022, Persatuan Veteran ATM Cawangan Tawau di Ketuai oleh Ketua Cawangan Tuan Julaydi Bin Mattuju bersama dengan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PVATM Cawangan Tawau, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Srikandi dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Beliawira telah membuat mesyuarat untuk aktiviti penutup hujung tahun 2022 di Dewan Balai Raya Kg Titingan Tawau. K e t u a C a w a n g a n T a w a u t e l a h membincangkan aktiviti yang akan di lakukan pd 26 dan 27 Nov 2022 nanti bersama semua Ahli Jawatankuasa PVATM Cawangan Tawau. Beberapa aktiviti seperti menembak, pertandingan sukan dan melawat ke Taman-taman Sabah di sekitar Semporna. Tawau - 23 Okt 2022, Persatuan Veteran ATM Cawangan Tawau di Ketuai oleh Ahli Jawatankuasa Penerangan Tuan Mohd Ridwan Bin Abd Rahim mewakili Ketua Cawangan Tuan Julaydi Bin Mattuju PVATM C a w a n g a n T a w a u t e l a h m e m b u a t perjumpaan tidak rasmi bersama wakil Ketua Kampung En Darham Bin Arbain, Ajk Kg En Jahrin Bin Omar bersama angota RELA di Dewan Balai Raya Kg Wallace Bay. Ahl i J awa t ankua s a P ene r ang an C a w a n g a n T a w a u t e l a h m e m b e r i penerangan secara ringkas mengenai percarian Jejak Veteran ATM Cawangan Tawau. Keutama adalah pendaftaran bagi Kad Ahli Cawangan dan juga Kad Veteran (JHEV). Pada masa yang sama PVATM Cawanagan Tawau juga mengutamakan Kebajikan Ahli Veteran, Isteri-isteri dan Anak-anak serta balu-balu Veteran. Untuk Fasa 1 ini di lakukan di Kg Wallace dan Fasa seterusnya akan dilakukan di Kg Mentadak Baru, Kg Sg Tongkang dan Kg Bergosong. Alhamdulillah penerimaan pendukuk kampung amat baik. Semoga apa yang telah kami rancang akan berjalan d e n g a n l a n c a r d a n d i p e rmu d a h k a n segalanya oleh Allah SWT. Mesyuarat Aktiviti Hujung Tahun Jejak Veteran Pulau Sebatik


MESUARAT AKTIVITI Oleh : PVATM CAWANGAN TAWAU Tawau - 16 Ogos 2022, Persatuan Veteran ATM Cawangan Tawau di Ketuai oleh Ketua Cawangan Tuan Julaydi Bin Mattuju, Ahli Jawatankuasa Tertinggi PVATM Cawangan Tawau, Barisan Exco PVATM Cawangan Tawau, Barisan Exco Srikandi, Barisan Exco Beliawira dan Exco K g B a t u P a y o n g d a n A b e rs a m a penduduk Kg Batu Payong sempena sambuatan Hari Malaysia 2022 di Restoran “Sea View”. Pembentangan Agenda Mesyuarat bersama masyarakat Kampung


WATIKAH PERLANTIKAN AJK PVATM CAWANGAN TAWAU SESI 2021-2024 Tahniah, Ahli Jawatankuasa pada petang tersebut Ketua Srikandi PVATM Cawangan Tawau Puann Sa'diyah binti Sidik telah berpeluang menyampaikan Sijil Watikah Perlantikan kepada Ahli Jawatankuasanya yang hadir untuk Ahli Jawatankuasa Sesi 2021 - 2024. Syabas, Sijil Watikah Perlantikan Ahli Jawatankuasa yang dilantik bagi Sesi 2021 - 2024 telah di sempurnakan oleh Ketua Cawangan Tawau Tuan Julaydi Bin Mattuju kepada yang setiap Ahli Jawatankuasa PVATM Cawangan Tawau yang baharu.


CARTA ORGANISASI PERSATUAN VETEREN ATM CAWANGAN TAWAU AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI SESI 2021-2024 JURU AUDIT DALAMAN BARISAN AHLI JAWANTANKUASA TERTINGGI


AHLI JAWANTANKUASA PENYELARASAN PVATM CAWANGAN TAWAU SESI 2021-2024


CARTA ORGANISASI PERSATUAN VETEREN ATM CAWANGAN TAWAU AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI SRIKANDI SESI 2021-2024


CARTA ORGANISASI PERSATUAN VETEREN ATM CAWANGAN TAWAU AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI BELIAWIRA SESI 2021-2024


SAMBUTAN ULANG TAHUN VETERAN 100 TAHUN Oleh : PVATM CAWANGAN TAWAU Tawau - 1 Ogos 2022, Karnival sempena hari pahlawan dan sambutan 100 tahun Veteran Angkatan Tentera Malaysia yang pertama kali nya buat di Tawau yang di anjurkan oleh PVATM Cawangan Tawau dengan kerjasama Organisasi Tawau (HOT) dan Fitdance Fitness bermula pada 29hb hingga 31hb Julai 2022. Karnival telah oleh Presiden PVATM sendiri Kapt. Datuk PJN pada 30hb Julai 2022. Perasmian Karnival 100 Tahun PVATM Cenderhati kepada Presiden PVATM Ucapan Perasmian Presiden PVATM


Tetamu Yang Hadir Sidang Media Lawatan Ke Khemah Tapak Karnival oleh Presiden PVATM Presiden PVATM Memberi Sumbangan Kepada Golongan Asnaf dan Balu


Tawau - 7 Ogos 2022, AJK PVATM Cawangan Tawau mengadakan Majlis Makan Malam dan penyampaian sijil p e n g h a r g a a n k e p a d a A J K P V A T M Cawangan Tawau, AJK Srikandi dan AJK Beliawira di Restoran Sri Titingan Tawau Lama sempena Karnival Ulang Tahun Veteran ATM yang Ke-100 Tahun. Majlis di sempurkan oleh Ketua Cawangan PVATM Cawangan Tawau, Tuan Juliaydi Bin Mattuju. MAJLIS MAKAN MALAM Oleh : AJK PVATM CAWANGAN TAWAU Jamuan Ringan Sempena 100 Tahun PVATM


T a w a u - 2 9 M a c 2 0 2 2 , A h l i Jawatankuasa PVATM Tertinggi Cawangan Tawau mengadakan Majlis Makan Malam bersama Datuk Sharuddin Bin Hj Omar Presiden PVATM, Datuk Mohd Bustaman Bin Hj Mat Zin Ketua Penerangan PVATM dan Timbalan YDP Sabah di Restoran Kopi Taim. Majlis Makan Malam turut di hadiri Ketua Srikandi dan Ketua Beliawira PVATM Cawangan Tawau. Dalam majlis itu, perkongsian maklumat dan pengalaman serta beramah mesra di kalangan Veteran Tentera dalam mewujudkan silatulrahim. Bukan itu saja dapat berpeluang mengenali antara Ahli-ahli Jawatan Tertinggi dalam PVATM. MAJLIS MAKAN MALAM Oleh : AJK PVATM CAWANGAN TAWAU Bersama Pemimpin Veteran ATM Salam Perkenalan Ramah Mesra Srikandi Dan Beliawira


57 Ahli PVATM Cawangan Tawau terima Sumbangan dari YAYASAN NUR JAUHAR


SUMBANGAN IKHLAS Oleh : YB DATUK HJ NIZAM DSP HJ ABU BAKAR TITINGAN Tawau - 03 September 2022, Ketua Srikandi dan Timbalan Ketua Srikandi telah di hubungi oleh Puan Normah Binti Hj Ambo Setiausaha Kerja Datuk Hj Nizam ke pejabat ADUN Apas untuk menerima sumbangan tersebut. Sumbang tersebut adalah untuk kegunaan membuat baju muslimah kepada semua Ahli Jawatankkuasa Srikandi yang sedia ada sekarang. Sumbangan tersebut juga amat bermakna dan dihargai oleh Ahli Jawatankuasa Srikandi khasnya dan amnya PVATM Cawangan Tawau. Oleh : Ketua Cawangan PVATM Tawau - 27 April 2022, Program penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Cawangan Tawau Tuan Julaydi Bin Mattuju dan Tuan Sabri Bundle kepada penerima sumbangan. T u r u t h a d ir d a l am p r o g r am tersebut Tuan Juaini Bin Buyong Pengerusi Tetap PVATM Cawangan Tawau, Tuan M. Bohari Timbalan Pengerusi Tetap PVATM Cawangan Tawau, Ajk PVATM Cawangan Tawau dan Ahli Jawatankkuasa Srikandi PVATM Cawangan Tawau. Seramai 17 orang Anak OKU Ahli Veteran ATM Cawangan Tawau yang menerima sumbangan tersebut di tempat khemah jualan Tuan Sabri Bundle bersebelahan Milimewah Tawau.


MENERIMA SUMBANGAN IKHLAS DARI KUALA LUMPUR DI CLUB GOLF SHANSUI TAWAU Oleh : GM SHAN SHUI Mr. HENRY Tawau - 12 Dis 2021, Menerima Sumbangan dari CLUB GOLF SHANSUI Tawau kepada Ketua Cawangan Tawau Tuan Julaydi Bin Mattuju yang di wakili oleh Tuan Amat Bin Salleh dan Tuan J u m a d i l B i n A b d R a h m a n ( A h l i J awa t a n k u a s a T e rti n g g i P V A T M Cawangan Tawau). Penyerahan Sumbangan tersebut telah di lakukan oleh GM Shansui Mr. Henry kepada PVATM Cawangan Tawau bagi mewakili Golf Club Shansui Tawau. Tawau - 11 Dis 2022, Menerima Sumbangan dari CLUB GOLF SHANSUI Tawau kepada Ketua Cawangan Tawau Tuan Julaydi Bin Mattuju yang di wakili oleh Tuan Amat Bin Salleh, Tuan Hj Hamdan Bin Hj Buang dan Tuan J uma d i l B i n Ab d R a hma n ( Ah l i J awat ankuas a Terting g i PVATM Cawangan Tawau). Penyerahan Sumbangan tersebut telah di lakukan oleh GM Shansui Mr. Henry kepada PVATM Cawangan Tawau bagi mewakili Golf Club Shansui Tawau. Turut hadir penasihat PVATM Cawangan Tawau Kdr Mohd Syahrum Bin Kamaruldin TLDM (Peg awa i Memerintah KD SRI TAWAU). Sumbangan Disampaikan oleh GM Shansui Mr. Henry Tawau Kenangan Bersama GM Shansui Mr Henry, Penasihat PVATM Cawangan Tawau Dan Ahli JAwatankuasa PVATM CawanganTawau


Tawau - 19 Okt 2022, Ketua Cawangan Tuan Julaydi Bin Mattuju bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi serta ahli² PVATM Cawangan Tawau menziarahi dan menyampaikan Sumbangan Kebajikan kepada anak Allahyarham Salam Bin Kasmiran (411208125037) (S 1990) di rumahnya Kg Tg Batu. Salam takziah buat keluarga arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Tawau - 09 Jun 2022, Mewakili Ketua Cawangan PVATM Cawagan Tawau, Ahli Jawatankuasa Kebajikan menyampaikan sedikit sumbangan kebajikan di Hospital T awa u k e p a d a T u a n Hami d i d i a t a s pemergian arwah anak kesayangannya Arwah Mohd Faizandi Hospital Tawau. Turut menziarahi Ketua Srikandi Puan S a d i y a h B i n t i S i d i k b e rs a m a A h l i Jawatankuasa di rumah Ibu kepada arwah serta menyampaikan sumbangan. Tawau - 06 Jun 2022, Mewakili Ketua Cawangan PVATM Cawagan Tawau, Ahli Jawatankuasa Kebajikan menyampaikan menziarahi dan memberi penghormatan terakhir serta menyampaikan sumbangan Kebajikan kepada Balu Allahyarham Ulok @ Abd Muluk Bin Jangasir Ahli PVATM Cawangan Tawau di rumahnya. Sumbangan Disampaikan oleh Ketua Cawangan PVATM Sumbangan Disampaikan oleh AJK Kebajikan PVATM Cawangan Tawau Sumbangan Disampaikan oleh Ketua Srikandi PVATM Cawangan Tawau Sumbangan Disampaikan oleh Setiausaha PVATM Cawangan Tawau


Tawau - 07 Sept 2022, Penyampian cenderhati kepada Datin Fitriani Binti Wahid Mantan Pengetua SMK Jembatan Putih di Pejabat PVATM Cawangan Tawau. Ketua Srikandi Puan Sadiyah Binti Sidik bersama Ahli Jawatankuasa Tertingginya telah m e n g a d a k a n p e r j u m p a a n d a n menyampaikan cenderahati kepada Datin sempena sumbangan yang telah diberikan kepada PVATM khususnya Cawanagan Tawau. Tawau - 30 Sept 2022, Penyampian Sumbangan dari Datuk Hj Nizam DSP Hj Abu Bakar Titingan yang di sampaikan oleh Puan Normah Binti Hj Ambo kepada Timbalan Ketua Srikandi PVATM Cawangan Tawau Puan Nursita Binti Resun di pejabat ADUN N.68 Apas. Sumbang tersebut adalah untuk kegunaan membuat baju muslimah kepada semua Anli Jawatankuasa Srikandi PVATM Cawangan Tawau. Tawau - 06 Dis 2021, Pengurus S y a r i k a t S R O E n t e r p r is e Tu a n Y u s n a n i z a m B i n I s m a i l t e l a h menghulurkan sumbangan kewangan untuk pentadbiran PVATM Cawangan Tawau dan di serahkan kepada Ketua Cawangan Tawau Tuan Julaydi Bin Mattuju di pejabatnya. Semoga dengan sumbangan ini, PVATM Cawangan Tawau akan terus mendapat perhatian dari masyarakat dalam menguruskan hal-hal kebajikan Veteran ATM pada masa akan datang.


Sumbangan dari Ikhlas Persatuan PVATM Tawau


LAWATAN KEBAJIKAN Oleh : PENGARAH JHEV ATM NEGERI SABAH Tawau - 27 Feb 2022, L a w a t a n d i k e t u a i o l e h Pengarah JHEV ATM Negeri Sabah, Majer Noor Khairi bin Abd Rahman. Pengarah Jhev serta rombongan datang ke Tawau untuk melihat sendiri keadaan dan nasib ahli-ahli Veteran ATM di Tawau serta menyerahkan kotak makanan kepada mereka yang ditimpa kebakaran.


Seramai 10 Keluarga dapat dikunjungi oleh Pengarah Jhev serta rombongan termasuk ahli : 1. Tuan Asis Bin Portogai. 2. Tuan Amat Bin Ganir. 3. Tuan Hamzah Bin Assat. 4. Tuan Kahar Bin Kamat. 5. Tuan Mohammad Zainuddin Bin Ngah. 6. Tuan Ghani Bin Gibie . 7. Tuan Lim Chong Seng. 8. Tuan Hamid Bin Bintuon. 9. Tuan Mumin Bin Mohammad. 10. Tuan Azizan Bin Ahmad. Lawatan dan Sumbangan oleh Penolong Pengarah JHEV Sabah


LAWATAN KEBAJIKAN Oleh : YDP PVATM NEGERI SABAH Tawau - 18 Feb 2022, YDP PVATM Negeri Sabah Tuan Marshid Bin Mohd Salleh serta rombongan telah datang ke Cawangan Tawau bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara bahagian Negeri dengan Cawangan Tawau. Dengan kesempatan ini juga Rombongan Tuan YDP PVATM Negeri Sabah sempat membuat lawatan kebajikan keatas ahli Veteran Cawangan Tawau yang uzur dan Veteran OKU serta menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka. Bergambar bersama YDP PVATM Negeri Sabah TUAN MARSHID BIN MOHD SALLEH


LAWATAN KEBAJIKAN PRESIDEN PVATM Oleh : DATUK SHARUDDIN BIN HJ OMAR Tawau - 29 Mac 2022, Datuk Presiden PVATM dengan Datuk Ketua Penerangan sudi menjejak kaki ke pejabat Veteran Cawangan Tawau. Dengan kehadiran Datuk Presiden dapat juga kami berbincang dan berkongsi pendapat demi kepentingan persatuan veteran cawangan Tawau. Cenderahati disampaikan oleh Ketua PVATM Cawangan Tawau kepada Presiden PVATM Tandatangan Buku Pelawat oleh Presiden PVATM di pej abat PVATM Cawangan Tawau


Tawau - 30 Mac 2022, Datuk Sharuddin Bin Hj Omar Presiden PVATM dengan Datuk Mohd Bustaman Bin Hj Mat Zin serta T imb a l a n Y D P Ne g e ri S a b a h , K e t u a P e n e r a n g a n Ne g e ri S a b a h d a n A h l i Jawatankuasa PVATM Cawangan Tawau yang diketuai oleh Ketua Cawangan Tuan Julaydi Bin Mattuju bergerak ke Kalabakan untuk menziarahi Tugu Peringatan di sana. Datuk Presiden dan Datuk Penerangan telah meletakkan plak di Tugu Peringatan tersebut sempena ulangtahun ke 100 PVATM bagi mengenangkan jasa pahlawan yang telah gugur mempertahankan negara satu masa dulu. LAWATAN KE TUGU PERINGATAN Kenangan Persama Presiden PVATM di Tugu Peringantan Kalabakan Pemasangan Logo PVATM Pertukaran plate tanda sejarah kepada yang baru


Tawau - 17 Dis 2021, bertempat di Kem Shan Shui. Sebanyak 150 pain darah berjaya dikumpul dalam Program Marathon Derma Darah di 8 Rejimen Sempadan Shan Shui. Program tersebut adalah anjuran Persatuan Veteren Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Tawau yang mengabungkan 4 Batalion dan rejimen tentera. Antaranya, 8 Rejimen Sempadan Kem Shan Shui, 13 Bridged Infantri Kem Cenderawasih Lahad Datu, Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Kukusan dan Rejimen 516 Askar Wataniah Kem Kukusan. Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata program tersebut adalah usaha bagi membantu keperluan bekalan darah di daerah ini. “Kita sedia maklum, bekalan darah di Tabung Darah Hospital Besar Tawau semakin bekurangan berikutan kegunaannya hampir setiap hari daripada pesakit yang memerlukan. “Justeru, saya melihat program sebegini dapat membantu mengumpulkan bekalan darah yang sangat diperlukan di Hospital Besar Tawau,” katanya semasa merasmikan program tersebut, di sini. Datuk Hj Nizam yang juga Ahl i Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berharap lebih ramai pihak tampil menganjurkan program sebegini. “Saya melihat sambutan program ini dapat menjadi contoh daripada agensi kerajaan yang lain dalam menangani kekurangan bekalan darah tersebut,” katanya. Sementara itu, Ketua PVATM Cawangan Tawau Julaydi Mattuju berkata program tersebut adalah aktiviti yang telah dirancang dalam tahun ini.“Umum sedia maklum mengenai masalah kekurangan bekalan darah yang berlaku di Tabung Darah Hospital Besar Tawau terutamanya sejak pandemik COVID-19 melanda. “Oleh itu, buat julung kal iny a PVATM C a w a n g a n T a w a u m e n e r u si B e l i a w ir a menganjurkan program derma darah bertempat di 8 Rejimen Sempadan Kem Shan Shui,” katanya. Julaydi berkata, pihaknya menjangkakan lebih 100 pain darah dapat dikumpulkan dalam program yang dianjurkan selama sehari. “Bagaimanapun, kemungkinan jumlah itu melebihi daripada sasaran memandangkan program ini mendapat kerjasama daripada empat kem tentera sekitar Tawau dan Lahad Datu. “PVATM Cawangan Tawau bercadang untuk menganjurkan program sebegini setiap enam bulan termasuk membabitkan komuniti di kawasan kediaman,” katanya. PROGRAM Derma Darah PVATM Tawau berjaya mengumpul 150 pain darah LAWAT: Nizam (kanan), Julaydi (kiri) semasa melawat program derma darah di 8 Rejimen Sempadan Kem Shan Shui


Wawancara Bersama Media


LAWATAN KEBAJIKAN Tawau - 26 Jan 2022, PVATM Cawangan Tawau, di Ketuai oleh Ketua Cawangan Tuan Julaydi Bin Mattuju bersama dengan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PVATM Cawangan Tawau telah berkunjung ke rumah Tuan Hj Kahar untuk menziarahi beliau serta menyampaikan sedikit sumbangan dari PVATM Cawangan Tawau dan bakul makanan kepada keluarganya. Sumbangan disampaikan oleh Ketua PVATM Cawangan Tawau Oleh : KETUA PVATM CAWANGAN TAWAU


Tawau - 16 Jan 2022, PVATM Cawangan Tawau, di Ketuai oleh Ketua Cawangan Tuan Julaydi Bin Mattuju bersama dengan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PVATM Cawangan Tawau serta Ahli Jawatankuasa Srikandi telah berkunjung ke rumah Tuan Azizan untuk menyampaikan sedikit sumbangan dari ahli PVATM Cawangan Tawau dan bakul makanan bagi meringankan sedikit beban kepadanya serta keluarga. LAWATAN KEBAJIKAN Oleh : KETUA PVATM CAWANGAN TAWAU Sumbangan disampaikan oleh Ketua PVATM Cawangan Tawau


LAWATAN KEBAJIKAN Oleh : KETUA SRIKANDI PVATM CAWANGAN TAWAU Tawau - 26 Mei 2022, Lawatan Kebajikan dan menyampaikan sedikit Sumbangan ikhlas telah dilakukan oleh Ketua Srikandi bersama dengan Ahli Jawatankuasa terhadap Puan Suriyana. Semoga dengan lawatan kebajikan dan sumbangan ikhlas dari Ahli Jawatankuasa Srikandi ini dapat memberi semangat kepadanya dan dapat meringankan sikit beban kepada keluarga mereka. Moga Puan Suriyana cepat sembuh dan sihat seperti sediakala serta dipermudahkan segala urusan. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Srikandi


LAWATAN KEBAJIKAN Oleh : PVATM CAWANGAN TAWAU T a w a u - 1 5 S e p t 2 0 2 2 , A h l i Jawatankuasa Tertinggi PVATM Cawangan Tawau di Ketuai oleh Naib Ketua Cawangan Tuan Ismaon Bin Hj Komat bagi mewakili Tuan Ketua Cawangan Tuan Julaydi Bin Mattuju bersama telah membuat lawatan kebajikan terhadap Mantan Pengerusi PVATM Cawangan Tawau iaitu Tuan Ibrahim Alam di rumahnya Kg Tg Batu. Beliau telah jatuh di dalam tandas yang menyebabkan tak dapat berjalan dan memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak. PVATM Cawangan Tawau akan berusaha untuk mendapatkan kerusi roda bagi kegunaan beliau dan membantu meringankan sedikit beban terhadap keluarga beliau. TAWAU - 04 OKT 2022, PVATM Cawangan Tawau Naib Ketua Cawangan PVATM Tuan Ismaon Bin Hj Komat bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi PVATM Tuan Amat Salleh, Tuan Andy, Tuan Ras al i dan Tuan S awal telah membuat lawatan kebajikan serta menyampaikan sedikit sumbangan terhadap Tuan Rodney di rumahnya Taman Da Hua 3 bagi mewakili Ketua Cawangan PVATM Tuan Julaydi Bin Mattuju yang berada di luar kawasan. Tujuan adalah untuk meringankan bebanan Tuan Rodney baru selesai membuat pembedahan Jantung dan Semoga Tuan Rodney cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Lawatan Kebajikan dan Sumbangan Lawatan Kebajikan Pemasangan Logo PVATM


TAWAU - 27 Okt 2022, PVATM Cawangan Tawau Timbalan Ketua Srikandi Puan Nursita Binti Reasun dan Naib Ketua Srikandi Puan Norlitah Binti Sihan bersama Ahli Jawatankuasa Srikandi membuat lawatan dan berziarah anak sulung Ketua Srikandi PVATM Cawangan Tawau Puan Sadiyah Binti SIdik yang baru saja selesai menjalani pembedahan Apendiks di Hospital Besar Tawau. L awa t a n k e b a j i k a n d a ri Ah l i Jawatankuasa Srikandi ini dapat memberi semangat kepada anak Ketua Srikandi dan semoga cepat sembuh dan sihat seperti sediakala serta dipermudahkan segala urusan. TAWAU - 30 Okt 2022, PVATM Cawangan Tawau Ketua Beliawira Puan Edawati Binti Mayasin bersama Ahli Jawatankuasa Bel iawira membuat lawatan dan berziarah anak sulung Ketua Srikandi PVATM Cawangan Tawau Puan Sadiyah Binti SIdik yang baru saja selesai menjalani pembedahan Apendiks di Hospital Besar Tawau. L awa t a n k e b a j i k a n d a ri Ah l i J awat ankuas a Bel iawir a ini dapa t memberi semangat kepada anak Ketua Srikandi dan semoga cepat sembuh dan s i h a t s e p e r t i s e d i a k a l a s e r t a dipermudahkan segala urusan. Lawatan Kebajikan Lawatan Kebajikan


Click to View FlipBook Version