NAMA : SEK MEI FONG
TINGKATAN : 4 ORANGE
SUBJEK : EKONOMI
TAJUK :KONSEP KEKURANGAN,PILIHAN DAN
KOS LEPAS
TAKRIF EKONOMI
• Ekonomi ialah satu bidang sains sosial yang
mengkaji cara manusia menguruskan sumber
ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak
yang tidak terhad.
UNIT EKONOMI
ISI RUMAH
• DEFINISI : Individu/sekumpulan individu /sebuah keluarga yang
membuat keputusan ekonomi secara Bersama.
• PERANAN DALAM EKONOMI
- Sebagai pengguna barang dan perkhidmatan (b+p)
= membeli barang dan perkhidmatan.
- Sebagai pembekal sumber ekonomi = membekalkan sumber
ekonomi / faktor pengeluaran.
• OBJEKTIF : Memaksimumkan kepuasan
UNIT EKONOMI
FIRMA
• DEFINISI : Individu / organisasi yang merancang dan
menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang
/ perkhidmatan.
• PERANAN DALAM EKONOMI
-Sebagai pengeluar b+p =mengeluarkan barang dan
perkhidmatan.
-Sebagai pengguna sumber ekonomi = menggunakan sumber
ekonomi / faktor pengeluaran.
• OBJEKTIF : Memaksimum keuntungan dan meminimumkan kos
pengeluaran.
UNIT EKONOMI
KERAJAAN
• DEFINISI : Unit ekonomi yang mengawal aktiviti ekonomi isi rumah
dan firma melalui undang – undang.
• PERANAN DALAM EKONOMI
- Merupakan sebuah badan organisasi yang mempunyai kuasa
untuk membuat dan menguatkuasakan undang – undang untuk
menjaga kestabilan ekonomi dan sosial.
• OBJEKTIF : Memaksimumkan kebajikan masyarakat.
FAKTOR PENGELUUARAN
TANAH
• Sumber anugerah alam semula jadi dan penawarannya adalah
terhad.
• Merangkumi sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak
boleh diperbaharui sama ada di permukaan bumi atau di dalam
perut bumi.
• Tidak mempunyai mobility tempat iaitu tidak boleh bergerak tetapi
mempunyai mobility kegunaan iaitu boleh digunakan untuk pelbagai
tujuan.
• Ganjaran – sewa.
FAKTOR PENGELUARAN
MODAL
• Alat ciptaan manusia yang digunakan untuk mengeluarkan barang
dan perkhidmatan.
• Sesetengah mempunyai mobiliti geografi yang tinggi seperti
peralatan yang mudah dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain
seperti mesin.
• Manakala bangunan dan kilang pula adalah tidak mempunyai
mobiliti geografi yang tinggi.
• Ganjaran – faedah
FAKTOR PENGELUARAN
BURUH
• Sumbangan tenaga manusia yang produktif dari segi fizikal atau mental
dalam proses pengeluaran.
• Terdiri daripada buruh mahir dan buruh tidak mahir.
• Buruh mahir - tenaga buruh yang berpendidikan tinggi atau memiliki
kemahiran profesional tertentu seperti doktor.
• Buruh tidak mahir -tenaga buruh yang tidak memiliki kemahiran
profesional tertentu seperti pekebun
• Memiliki mobiliti pekerjaan yang tinggi iaitu mudah bertukar pekerjaan
dan mobiliti geografi yang tinggi iaitu mudah bergerak dari satu tempat
ke tempat yang lain.
• Ganjaran – upah / gaji .
• Bekerja dengan orang lain.
FAKTOR PENGELUARAN
USAHAWAN
• Individu yang menggabungkan dan menyelaraskan faktor
pengeluaran yang lain untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
• Bertujuan untuk mencapai pengeluaran output yang maksimum atau
meminimumkan kos pengeluaran untuk memperoleh untung yang
maksimum.
• Seorang individu yang kreatif, inovatif, berani menghadapi risiko, rajin,
gigih dan tidak mudah berputus asa.
• Bekerja sendiri
• Ganjaran - untung
MASALAH EKONOMI
KEKURANGAN
• Kekurangan ialah keinginan manusia yang jauh melebihi
apa yang dapat dihasilkan dalam ekonomi dengan sumber
ekonomi yang terhad.
• Setiap unit ekonomi menghadapi masalah kekurangan
masing-masing.
MASALAH EKONOMI
PILIHAN
• Akibat daripada masalah kekurangan, unit-unit ekonomi harus
membuat pilihan antara barang dan perkhidmatan yang
dikehendaki.
• Masalah pilihan melibatkan pembuatan keputusan tentang
kehendak yang perlu dipenuhi terlebih dahulu dan melibatkan
pengorbanan .
• Dalam membuat keputusan terhadap pilihan, unit-unit ekonomi
adalah diandaikan rasional dan membuat pilihan berdasarkan
keutamaan, objektif atau matlamat masing-masing.
MASALAH EKONOMI
KOS LEPAS
• Kos lepas merujuk kepada pulangan yang mungkin daripada
barang-barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa
dilepaskan akibat pemilihan sesuatu barangan.
• Setiap pilihan yang dibuat akan menyebabkan pilihan lain terpaksa
dilepaskan.
MASALAH EKONOMI YANG DIHADAPI
OLEH 3 UNIT EKONOMI
UNIT KEKURANGAN PILIHAN KOS LEPAS
EKONOMI
Pendapatan / wang Memilih barang yang Kepuasan yang mungkin daripada
ISI RUMAH memaksimumkan barangan kedua terbaik yang
Faktor pengeluaran / kepuasan terpaksa dilepaskan untuk
FIRMA Sumber ekonomi mendapat barangan yang dipilih.
Memilih keluaran / projek
Kerajaan Hasil Negara / pelaburan yang Keuntungan yang mungkin
Pendapatan memaksimumkan dqaripada keluaran / projek
Negara keuntungan pelaburan kedua terbaik yang
terpaksa dilepaskan untuk
Memilih projek mendapat keluaran / projek
pembangunan pelaburan yang dipilih
yang memaksimumkan
kebajikan masyarakat Kebajikan yang daripada projek
pembangunan kedua terbaik
yang terpaksa dilepaskan untuk
mendapat projek pembangunan
yang dipilih.
KELUK KEMUNGKINAN
PENGELUARAN
• Keluk kemungkinan Pengeluaram (KKP) ialah keluk yang
menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang
dapat dicapai oleh sebuah ekonomi dengan
menggunakan faktor pengeluaran yang ada dan tingkat
teknologi tertentu.
ANDAIAN UNTUK ANALISIS
KELUK KEMUNGKINAN
PENGELUARAN
• Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh.
• Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang
• Sumber ekonomi yang dimiliki adalah terhad dan
tetap.
• Tingkat teknologi adalah tetap.
JADUAL KEMUNGKINAN
PENGELUARAN PENGELUARAN
PAKAIAN DAN MAKANAN
KOMBINASI PAKAIAN MAKANAN
PENGELUARAN (RIBU HELAI) (TAN METRIK)
R 0 20 MAKANAN
S 4 19 (TAN METRIK)
R S .Y
20 T
T 8 17 19
17 U
U 12 13
13
V 16 0
W.
V
PAKAIAN
0 (RIBU HELAI)
4 8 12 16
• Titik kombinasi pengeluaran yang berada di luar keluk
kemungkinan pengeluaran, contoh titik Y menggambarkan
masalah ketidakupayaan .
• Masalah pilihan ditunjukkan oleh pergerakan di sepanjang
keluk kemungkinan pengeluaram iaitu antara titik-titik R,S,T,T
dan V.
• Titik W menunjukkan kombinasi pengeluaran yang tidak
cekap kerana ekonomi gagal menggunakan faktor
pengeluaran yang ada dengan sepenuhnya, iaitu berlaku
masalah pengangguran atau pembaziran.
PENERANGAN
a) Paksi menegak menunjukkan jumlah makanan yang dikeluarkan
manakala paksi mendatar menunjukkan jumlah pakaian yang
dikeluarkan.
b) Jika ekonomi menggunakan semua faktor pengeluaran untuk
mengeluarkan 20 tan metrik makanan, maka tiada pakaian akan
dikeluarkan (Titik R).
c) Sebaliknya, Jika ekonomi menggunakan semua faktor pengeluaran
untuk mengeluarkan 16 tan metrik pakaian, maka tiada makanan
akan dikeluarkan (Titik V).
d) Keluk RV dinamakan keluk kemungkinan pengeluaran. Titik-titik di atas
keluk menunjukkan batas maksimum pelbagai kombinasi pakaian
dan makanan yang dapat dikeluarkan oleh ekonomi dengan
menggunakan semua faktor pengeluaran dengan cekap.
PENERANGAN
e) Sebarang penambahan pengeluaran makanan hanya
boleh dilakukan dengan melepaskan sejumlah
pengeluaran pakaian, maka wujudlah masalah kos lepas.
f) Kos lepas ditunjukkan oleh kecerunan keluk kemungkinan
pengeluaran iaitu perubahan unit makanan
dibahagi dengan perubahan unit pakaian
FORMULA KOS LEPAS
KOMBINASI PAKAIAN MAKANAN
PENGELUARAN (RIBU HELAI) (TAN METRIK)
R 0 20 Perubahan unit makanan
S 4 19 KOS LEPAS=
T 8 17
U 12 13 Perubahan unit pakaian
V 16 0
CONTOH :
KOS LEPAS = 19 - 20 -1
= = - 0.25
4-0 4
THE
END