PANTUN
S e n a r a i K a n d u n g a n Ahmad A'qil bin Zulkifli Ahmad Faris Irham bin Ismail Farah Amirah Binti Mohd Zain Muhammad Adzmin Bin Fadziallah Muhammad Najwan Bin Rahmat Nik Muhammad Syafiq Zaini Bin Safayi Nur Alia Athirah Binti Mohamad Noor Nur Anati Husna Binti Mohd Ariff Nur Husnina Binti Zainal Nur Laila Syuhaida Binti Ahmad Nurlina Natasya Binti Ismail Nurul Aainaa Binti Mat Sahidan Nurul Hidayah Binti Mohd Azmi @ Mohd Nazri Nurul Syazwani Binti Razali Siti Raihana Binti Khairul Ariffin Ummi Syuhada Binti Sohaimi Zuraidah Binti Mohamad NAMA M/S
PANTUN IPGKBM Oleh: Ahmad A'qil Zulkifli (F2) IPGKBM nama diberi, Tempat kami belajar bahasa; Disinilah kami menyediakan diri, Untuk mengajar anak dan bangsa. Pasak kayu diikat tali, Ada pakaian boleh disidai; Pelajar disini hebat sekali, kerana pensyarah yang bijak pandai. Pergi ke taman untuk berkelah, Sambil berkelah makan roti; Walau ini bukannya sekolah, Namun waktu haruslah ditepati. Ayam dikejar seekor musang, Kepalanya berdarah dibaling batu; Asrama IPG bangunannya usang, Lifnya juga tinggal satu. Pergi ke pantai membawa kudap, Sambil nikmati ketenangan sendirian, Makanan B2, rasanya sedap, Lewat sejenak, berpuasa seharian.
Pantun Bertema IPGKBM Oleh: Ahmad Faris Irham Ismail Buah nangka masak separuh, Ambil isinya dibuat pengat; Adab belajar harus dipatuh, Kelak diri mendapat berkat. Pulau redang tidaklah dekat, Menaiki sampan terbuai-buai; Tuntut ilmu harus semangat, Kejayaan kelak dapat dicapai. Ulam budu pucuk pegaga, Enak dimakan bersama singgang; Adab berkawan sama dijaga, Agar jasa terus dikenang. Ketupat dianyam ditengah hari, Hati gembira menyambut raya; Ilmu harus ikhlas dipelajari, Bangsa berilmu bangsa berjaya. Kapal berlayar menyeberang selat, Bawa berlayar barangan Jambi; Tepati masa haruslah ingat, Agar diri hormati murabbi.
Pergi ke dusun mengutip langsat, Makan bersama nenek dan datuk; Bacaan Yasin amalan jumaat, Jadikan ia sumber petunjuk. Masak terung bersama lada, Dimakan bersama ikan haruan; Buku dan ilmu berpisah tiada, Dato’ Lokman Musa jadi tujuan. PANTUN BERTEMAKAN IPGKBM Oleh: Farah Amirah Mohd Zain (F2) Haruman bunga semerbak kasturi, Sangatlah harum melekat di jiwa, Hadir ke kelas setiap hari, Untuk menjadi pendidik wibawa. Ucapan dimula dengan bermadah, Untuk didengar bersama taulan, Bangunan lama tersergam indah, 13 tingkat menggamit kenangan. Baik budi cantik rupa, Ambil masa untuk melaram, Makanan rohani jangan dilupa, Ingat Yang Esa hati tenteram.
PANTUN IPGKBM Oleh: Muhammad Adzmin Fadziallah (F2) Hendak membeli perlu beratur, Kerana itu peraturannya; Indahnya bahasa pada penutur, Indahnya IB kerana warganya. Jauh perjalanan ke negeri kedah, Indah pemandangan tidak terperi; Siapa kata bahasa itu mudah, Mari lah cuba bersama pelajari. Ku sangkakan jauh rupanya dekat, Sang permaisuri pemilik hati; Asramanya tinggi bertingkat-tingkat, Jika tiada lif rasa nak henti. Senyum terukir menutup luka, Jangan biarkan sakit terlihat; Biarpun lama tidak bersemuka, Kenangan indah tetap terpahat. Jauh merantau si anak teruna, Menaiki bas mahupun kereta; Peraturan diberi perlu dicerna, Walaupun hati sentiasa berkata.
Pantun Bertema IPGKBM Oleh: Muhammad Najwan Rahmat (F2) Ada makanan di atas meja, Disediakan untuk sarapan; Jika ingin jadi mahasiswa, Format APA jangan dilupakan. Langit siang berwarna biru, Gelap tandanya mahu hujan; Siswa baik hormati guru, Itu namanya Muhammad Najwan. Kalau tuan ke Kota Tua, Jangan lupa naik sepeda; Kenderaan dibawa ada stikernya, Mengelak saman dari si dia. Pergi Ke hutan berburu rusa, Rusanya lepas langsung dikejar; Itulah lumrah di institut bahasa, Nama diambil langsung didenda. Air diminum daripada gelas Dihidang dengan buah salak Bangun pagi bermalas-malas Sudah la lambat, lif pula rosak
Burung helang hinggap di dahan, Niat berburu mencari makanan; Andai perut lapar tak tertahan, B2 kowaris menjadi tujuan. Hati gulana keluh kesah, Entah hati kosong rasanya; Mencari tempat membuang resah, Surau at-Taqwalah tempatnya. PANTUN BERTEMAKAN IPGKBM Oleh: Nik Muhammad Syafiq (F2) Terbit fajar sinari pagi, Cahaya menyinar seluruh angkasa; Bangunannya kecil tapi tinggi, Menjadi platform martabat bahasa. Terbang merpati terbang sekawan, Terbang tinggi mencari sarangnya; Mencari orang manis rupawan, Pensyarah pelajar itulah orangnya. Kerja Mamat sehingga kaya, Kerjanya hanya menjual kerang; Tempat martabat seni budaya, Agar tidak dilupa orang.
PANTUN IPGKBM Oleh: Nur Alia Athirah Mohamad Noor (F2) Buah delima sebesar dulang, Isinya merah warna berseri; IPGKBM institusi cemerlang, Tersergam indah menawan sanubari. Usaha tanpa mengenal jemu, Perbaiki akhlak hiasan diri; Di IPGKBM menimba ilmu, Melahirkan guru cerdas bestari. Sang Pemburu gagah berani, Masuk ke hutan memburu rusa; Tidak rugi belajar di sini, Tempat kecemerlangan guru bahasa. Berbaju kurung cantik nan ayu, Cantiknya itu satu kurnia; Bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu, Agar Melayu tak hilang di dunia. Si gadis ayu bergelar ratu, Umurnya muda masih belasan; Di IPGKBM tempat kami bersatu, Demi mencapai satu wawasan.
Pantun Bertema IPGKBM Oleh: Nur Anati Husna Mohd Ariff (F2) Satu Malaysia jadi sorakan, Serta slogan sepanjang masa; Institut Bahasa jadi junjungan, Perkasa bahasa memartabatkan bangsa. Durian dikutip di dalam ladang, Enak dihidang bersama minuman; Tersergam megah indah dipandang, Aminuddin Baki lambang kemajuan. Berenang-renang di tepi paya, Mencari habuan usah dipaksa; Tampak lusuh dan tak bermaya, Utuh berdiri Lokman Musa. Beli aiskrim perisa pandan, Makan bersama Pak Isa; Mencari ilmu sumber panduan, Tempat rujukan sepanjang masa. Cantik berduri bunga mawar, Jadi hiasan sang dara; Menjadi pelajar tugasnya belajar, Bukan pula berduka lara.
Pantun Bertema IPGKBM Oleh: Nur Husnina Zainal (F2) Pergi berburu sampai ke sempadan, Cari rezeki inginkan berkat; Kesusasteraan Melayu dalam genggaman, Itulah dia Dr.Azman Rahmat. Kalau hendak menjerat rusa, Siapkan tali disimpul ketat; Kalau hendak mendapat pahala, Hormati pendidik dengan taat. Manis rasanya air kelapa, Mari minum di atas batu; IPGKBM menjadi pusat bahasa, Lahirkan guru bahasa Melayu. Berbaju Melayu berbutang suasa, Berbaju kurung berhias cantik; Pensyarah IPG hebat berbahasa, Pelajar rugi tak ambil manfaat. Memasak air di dalam cerek, Dihidang air bersama kuih; Pelajar IPG jangan merengek, Tugasan banyak bertindih-tindih.
PANTUN IPGKBM Oleh: Nur Laila Syuhaida Ahmad (F2) Pergi sekolah dihantar mamu, Pakai baju warna biru; Anak muda menimba ilmu, Menjadi bekal seorang guru, Harimau lapar mencari makan, Sebagai santapan buat si belang; Hindari jangan berdua-duaan, Kalau berkenan masuklah meminang, Manis rasanya buah mempelam, Dihidang dengan buah durian; Kalau mencari kuah tom yam, B2 menjadi tempat tumpuan. Tukang kayu membeli pahat, Untuk memahat kayu di pintu; Hari yang mulia hari jumaat, Muslim bersama mengadap yang Satu. Bunga diberi saya simpan, Buat ingatan si dia; Singgah kowaris beli kudapan, Hati yang duka terus ceria
Buah mengkudu banyak serat, Tiadaku jumpa entah di mana; Tangga seratus rela ku panjat, Demi menimba ilmu berguna. Dari Jeram ke Pulau Basah, Singgah sebentar di Negeri Banjar; Banyak buku banyak risalah Buat panduan para pelajar. PANTUN BERTEMAKAN IPGKBM Oleh:Lina Natasya Ismail (F2) Ikan kering ikan pekasam, Beli untuk dibawa pulang; Mendaki tangga dah jadi resam, Untuk sampai ke puncak sarang. Naik tangga terkejar-kejar, Hingga terlanggar segulung tali; Menara tempat kami belajar, Indah tersergam cantik sekali. Pergi ke kedai membuat guli, Bawa bersama beg galas; Tugasan mendatang banyak sekali, Usah leka mahupun malas.
PANTUN IPGKBM Oleh: Nurul Aainaa Mat Sahidan (F2) Mudik perahu ke hilir sungai, Luka kuku terkena joran; Jika mahu menjadi pandai, Jadikanlah buku sebagai teman. Bunga ros bunga kekwa, Harum baunya menjadi anggan; Kolej kediaman rumah kedua, Tempat menggamit sejuta kenangan. Ikan puyu ikan sepat, Dijadikan bekal untuk santapan; Bahasa Melayu perlu dimartabat, Agar kekal sepanjang zaman. Air sirap biji selasih, Membuat hati berasa senang; Lokman Musa juga bersih, Belajarnya nyaman hatinya tenang. Makan rendang ketupat palas, Bersama keluarga enak dinikmati; Tugas tangguh kerja malas, Salah diri akta menanti.
Pantun Bertema IPGKBM Oleh: Nurul Hidayah Mohd Azmi @ Mohd Nazri (F2) Cincin suasa penyeri mata, Terletak indah di jari nyonya; Institut Bahasa di tengah kota, IPGKBM itulah namanya. Songket bangsawan hiasi pentas, Jauh belayar dari tempatnya; Laman karyawan indah dihias, Wadah siswa mencurahkan karyanya. Angsa dan itik jangan dikejar, Kelak berlari ke hujung muara; Pensyarah mendidik siswa belajar, Melatih guru harapan negara. Buah kedondong dalam raga, Dikutip petani di tepi desa; Pensyarah IB siap siaga, Sedia membantu sepanjang masa. Anak cina berlari-lari, Penat bermain terasa jemu; Meski mendaki di pagi hari, Tetap semangat menimba ilmu.
Cantik sungguh Puteri Hayati, Berbaju kurung bercorak ceri; Tempat keluaran guru berkualiti, Institut Bahasa Nama diberi. Buah bidara enaknya rasa, Beli dari Pasar Bidayu; Indah nian menara Institut Bahasa, Lahirkan pendidik berjiwa Melayu. PANTUN BERTEMAKAN IPGKBM Oleh:Nurul Syazwani Razali (F2) Burung pipit burung kenari, Dipelihara baik oleh nyonya; Siswa siswi hendak tonjolkan diri, Layar karyawan itu tempatnya. Daun mengkuang dijadikan alas, Tempat bersimpuh si anak dara; Tuntut ilmu usah culas, Agar jadi pewaris negara. Berlayar ke muara perinatal nakhoda, Tiba di muara waktu pagi; IPGKBM martabatkan Bahasa ibunda, Tentu Bahasa Melayu disanjung tinggi.
PANTUN IPGKBM Oleh: Siti Raihana Khairul Arifin (F2) Kuku tajam burung helang, Lebih tajam renung matanya; IPGKBM kampus terbilang, Lembah Pantai jadi saksinya. Buah labu atas peti, Sangat terang warna jingga; Tempat lahir guru kualiti, Sedia berkorban jiwa dan raga. Ayam jantan dalam guni, Sembelih seekor buat sup; Suka duka bermula di sini, Jadi kenangan sepanjang hidup. Jangan diusik sarang tebuan, Jika tak mahu ratunya keluar; Usah resah barang keperluan, Kowaris umpama nyawa pelajar. Daging dipotong masak kari, Habis masak sesi merasa; Adibah Amin asrama puteri, Semuanya lengkap lagi selesa.
Pantun Bertema IPGKBM Oleh: Ummi syuhada Sohaimi (F2) Buah mengkudu dimakan jebat, Dibeli ibu untuk tetamu; IPGKBM memang paling hebat, Tempatku belajar ilmu baharu. Daun nipah kajangnya rapat, Dikumpul datuk tepi perigi; Tempat menyimpan berjuta maklumat, Perpustakaan Lokman Musa nama diberi. Pokok kecil di hujung desa, Atap dibuat dari jerami; Kelas berhawa dingin pelajar selesa, Pensyarah mengajar cepat difahami. Teropong senapang untuk membidik, Tekan pelatuk dengan jari; IPGKBM menjadi tempat terbaik, Menuntut ilmu wujudkan mimpi. Pergi jalan singgah Gurun, Berhenti beli buah ciku; Kemudahan untuk naik turun, Datang empat tinggal satu, Apakah dia ?
Puteri istana bermain di taman, Sambil bermain berkongsi cerita; Bahasa Melayu harus dimartabatkan, Lambang kebanggaan IPG kita. Tinggi-tinggi pokok kelapa, Tinggi lagi pokok jati; Pensyarah IPG mesra menyapa, Nasihat diberi tersemat di hati. PANTUN BERTEMAKAN IPGKBM Oleh:Zuraidah Mohamad (F2) Bau wangi bunga mawar, Ditanam ia dalam pasu; Encik Sam ketua Hal Ehwal Pelajar, Sentiasa tegas mengikut waktu. Ambil sarapan sebelum mendaki, Daging tersekat celah gigi; Pergi kelas berjalan kaki, Berbaju kurung bertumit tinggi. Pergi sekolah lalu tepi perigi, Sampai kelas terus belajar; Pensyarah IPG berdedikasi tinggi, Jadi idaman seluruh pelajar.