The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT 2 MPKK ada sign pg no to PDF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-12-10 00:52:17

MINIT MESYUARAT 2 MPKK ada sign pg no to PDF

MINIT MESYUARAT 2 MPKK ada sign pg no to PDF

0

MINIT MESYUARAT MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)
TAMAN TASIK UTAMA
BIL. 2/2018

Tarikh : 23 hb November 2018
Hari : Jumaat

Masa : 9.30 malam
Tempat : Balairaya MPKK Taman Tasik Utama

Kehadiran : - Pengerusi
- Setiausaha
1. En. A. Rahman b. Suderlan - Biro Pengurusan Kewangan
2. En. Zulhakim b. Mohd Salleh - Biro Pendidikan dan Inovasi
3. En. Mohd Bashir b. Buta Khan - Biro Belia, Sukan dan NGO
4. En. Ahmad Idil b. Abdul Rahman - Biro Ekonomi dan Keusahawanan
5. En. Nurariff Luqman b. Zulkefli - Biro Kesejahteraan dan Keceriaan
6. En. Irsyad Hakim b. Muhammad
7. Pn. Chin Fong Mei - Biro Keselamatan dan Kesihatan
- Biro Kebajikan dan Kesukarelawan
Tidak hadir : - Biro Pemantapan Spiritual
- Biro Pembangunan Prasarana
1. En. Mohd Akhir b. Mamat - Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga
2. En. Lim Seng Yen - Biro Infrastuktur dan Komunikasi
3. Ustaz Dr. Radzuan b. Nordin
4. En. Mohd Khuzairi b. Mohzan
5. Pn. Nor Azah bt. Rahmat
6. Pn. Siti Salasiah bt. Sapuan

AGENDA TINDAKAN

BIL PERKARA
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat MPKK Taman Tasik Utama Bil 2 dimulakan pada jam Makluman
9.30 malam dengan pengerusi mesyuarat En. A Rahman b. Suderlan selaku
pengerusi MPKK Taman Tasik Utama mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua AJK yang hadir dan sudi meluangkan masa untuk hadir ke
mesyuarat ini.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa sebarang aduan hendaklah Semua Biro
melalui borang yang akan disediakan atau pihak MPKK Taman Tasik Utama
boleh terus berhubung dengan Tok Penghulu, AO MPHTJ atau Ahli Majlis
MPHTJ. Selain itu aduan juga boleh dibuat secara online melalui SisPAA
iaitu Sistem Pengurusan Aduan Awam.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 1/2018

2.1.1 En. Nurariff Luqman b. Zulkefli (Biro Belia, Sukan dan NGO ) Setiausaha
mencadangkan agar Minit Mesyuarat MPKK Taman Tasik Utama Bil 1/2018
bertarikh 21 hb. Oktober 2018 disahkan tanpa pindaan.

En. Mohd Bashir b. Buta Khan (Biro Pengurusan Kewangan) menyokong
cadangan tersebut.

1

BIL PERKARA TINDAKAN
3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 PENGGUNAAN BALAIRAYA

3.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa setakat ini Akademik Masakan Makluman
dari Jasin telah menggunakan Balairaya MPKK Taman Tasik Utama
sebanyak 3 kali. Akademik Masakan ini telah mengadakan kelas masakan
kepada ahli-ahlinya dan akan dibuka kepada penduduk yang terlibat.

3.1.2 Sumbangan dari Akademik Masakan untuk penggunaan balairaya Biro
ini digunakan untuk melunaskan tunggakan bayaran bil air yang berjumlah Pengurusan
RM 129.85. Bayaran ini bagi mengelak daripada bekalan air ke balairaya ini Kewangan
dipotong.

3.2 KURSUS MPKK

3.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah Pengerusi
mengarahkan semua pengerusi dan setiausaha MPKK dinegeri Melaka dan
untuk menghadiri kursus induksi MPKK pada 26 & 27 November 2018
bertempat di Dewan Gemilang , INFRA Bangi, Selangor. Setiausaha

3.3 AIR LUMPUR KAWASAN PANGSAPURI TAMAN TASIK

3.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa masalah air lumpur dikawasan Makluman
Pangsapuri Taman Tasik Utama telah dimaklumkan kepada Tok Penghulu
dan Japerun untuk tindakan selanjutnya.

4.0 PERANCANGAN AKTIVITI TINDAKAN

4.1 GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN BALAIRAYA

4.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa gotong-royong membersihkan Semua Biro
balairaya akan ditetapkan selepas beliau dan setiausaha kembali dari
menghadiri Kursus Induksi MPKK di INFRA Bangi, Selangor.

4.1.2 Gotong-royong ini akan melibatkan agensi luar yang akan sama- Makluman
sama membantu untuk membersihkan kawasan balairaya.

4.3 PASAR MALAM

4.3.1 Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan pasar malam didalam Makluman
kawasan pentadbiran MPPK Taman Tasik Utama. Kawasan yang
dicadangkan adalah berhampiran Pasaraya Mydin MITC.

4.3.2 Mesyuarat bersetuju menubuhkan pasukan khas yang terdiri Setiausaha
daripada 4 orang Ahli MPKK Taman Tasik Utama iaitu: dan Biro
yang terlibat
1) En. Zulhakim – Setiausaha
2) En. Irsyad Hakim – Biro Ekonomi dan Keusahawana
3) En. Ahmad Idil – Biro Pendidikan dan Inovasi
4) En. Nurariff Luqman – Biro Belia, Sukan dan NGO
untuk berurusan dengan pihak yang terbabit dan menjayakan pasar
malam ini.

2

BIL PERKARA TINDAKAN

4.2 KEM IBADAH (PENDIDIKAN)

4.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa MPKK Taman Tasik Utama akan Pengerusi
bekerjasama dengan Pihak Masjid Taman Tasik Utama dan SRA Taman
Tasik Utama untuk merancang mengadakan program Kem Ibadah untuk
anak-anak penduduk kawasan ini.

4.2.2 Program Kem Ibadah ini dirancang akan diadakan pada dari 1 hb Makluman
hingga 5 hb Disember 2018 iaitu 5 hari bertempat di Masjid Taman Tasik
Utama.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 BANGSAL HIDROPONIK

5.1.1 Pengerusi memaklumkan satu perbincangan telah diadakan Makluman
diantara beliau dan beberapa AJK MPKK dengan pemilik bangsal
hidroponik yang terdapat didalam kawasan balairaya iaitu En. Ahmad
Yahya pada 17 hb November 2018.

5.1.2 Hasil dari perbincangan tersebut En. Ahmad Yahya telah bersetuju Pengerusi
untuk mengeluarkan barangan beliau termasuk bangsal hidroponik dari
kawasan balairaya sebelum 31 hb Disember 2018.

5.2 BIL ELEKTRIK

5.2.1 En. Mohd Bashir memaklumkan bahawa beliau tidak menerima Makluman
bil elektrik balairaya oleh itu tunggakan bayaran bil elektrik balairaya tidak
diketahui.

5.2.2 Tunggakan bil elektrik bagi balairaya akan cuba diminta dari pihak Setiausaha
TNB dan bayarannya cuba dijelaskan bagi mengelak dari bekalan elektrik
dipotong.

5.3 PENURAPAN JALAN

5.3.1 En. Nurariff Luqman memaklumkan bahawa pihak MPHTJ akan Makluman
membuat penurapan jalan dibahagian belakang rumah.

5.3.2 Pengerusi meminta agar En. Nurariff Luqman memaklumkan En. Nurariff
kepada pihak MPHTJ agar jalan berlubang di kawasan sekolah diturap
dengan segera selain kawasan belakang rumah.

5.4 KES KECURIAN

5.4.1 En. Nurariff Luqman juga memaklumkan terdapat kes kecurian Makluman
kasut yang berlaku dikawasan Taman Tasik Utama. Kamera CCTV rumah
mangsa sempat merakam pencuri yang sedang melakukan aktiviti curi itu.

5.4.2 Pengerusi akan berbincang dengan pengerusi KRT bagi mengetahui Pengerusi
program SRS (Skim Rondaan Sukarela) dibawah KRT masih berjalan atau
pun tidak.

3

BIL PERKARA TINDAKAN

5.5 SisPAA (Sistem Pengurusan Aduan Awam)

5.1.1 En. Ahmad Idil menggalakkan semua ahli MPPK Taman Tasik Semua Biro
Utama agar menggunakan SisPAA (Sistem Pengurusan Aduan Awam)
dalam membuat aduan dan masalah yang dihadapi dalam kawasan ini.
Aduan boleh dibuat dengan menggunakan akaun MPKK Taman Tasik
Utama.

5.5.2 En. Ahmad Idil memaklumkan aduan yang dibuat melalui SisPAA Makluman
akan mempunyai rekod aduan dan pihak bertanggung jawab mengambil
akan tindakan yang sewajarnya.

5.6 FACEBOOK & APLIKASI GOOGLE FORMS

5.6.1 En. Ahmad Idil meminta agar semua ahli MPKK Taman Tasik Utama Semua Biro
untuk memuat naik gambar-gambar ke Facebook MPKK Taman Tasik
Utama sebelum dan selepas aduan diambil tindakan agar penduduk dapat
melihat perubahan yang dibuat.

5.6.2 En. Ahmad Idil juga meminta agar penggunaan Aplikasi Google Semua Biro
Forms untuk menempah balairaya diwar-warkan kepada penduduk.
Penggunaan Aplikasi Google Forms ini bagi memudahkan penduduk untuk
menempah balairaya kerana boleh dilakukan secara online dimana-mana
dan bila-bila masa.

5.7 APLIKASI ANYFLIP UNTUK MINIT MESYUARAT

5.7.1 Setiausaha memaklumkan bahawa mulai tahun 2019 , minit Makluman
mesyuarat akan diberi kepada semua ahli MPKK Taman Tasik Utama
melalui aplikasi Anyflip. Ini bagi mengurangkan penggunaan kertas dalam
pentadbiran.

5.7.2 Setiausaha memaklumkan minit mesyuarat yang bercetak tetap Makluman
ada dan hanya digunakan untuk dokumen simpanan/rujukan atau
dihantar kepada pihak yang memerlukan seperti JAPERUN.

5.8 DATA PENDUDUK MISKIN

5.8.1 En. Ahmad Idil mencadangkan agar pihak MPKK Taman Tasik Makluman
Utama mempunyai data penduduk miskin didalam Kawasan Taman Tasik
Utama. Ini bertujuan agar sumbangan atau bantuan dapat dihulurkan
kepada mereka jika ada individu yang berminat untuk menyumbang.

5.8.2 Pengerusi memaklumkan bahawa data tersebut boleh didapati Pengerusi
dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan semua ahli MPKK juga dan semua
disaran agar dapat memberi nama jika terdapat penduduk miskin lain Biro
terutama yang tinggal dikawasan pangsapuri.

4

BIL PERKARA TINDAKAN

5.9 GELANGGANG FUTSAL

5.9.1 En. Nurariff Luqman bertanya tentang pengurusan gelanggang Makluman
futsal adakah ianya dibawah tadbir urus MPKK atau sebaliknya.

5.9.2 Pengerusi memaklumkan akan berbincang dengan pihak yang Pengerusi
terbabit dengan pengurusan gelanggang futsal sekarang ini untuk
mendapat penyelesaian yang terbaik.

6.0 PENUTUP

Pengerusi MPKK En. A. Rahman Suderlan selaku pengerusi mesyuarat
berharap agar semua biro dapat menjalankan tugas masing-masing dan
segala perancangan dan masalah dapat selesaikan dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

ZULHAKIM MOHD SALLEH A. RAHMAN SUDERLAN
Setiausaha Pengerusi
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
Taman Tasik Utama Taman Tasik Utama
Ayer Keroh, Melaka Ayer Keroh, Melaka

5


Click to View FlipBook Version