MESYUARATAGUNG PIBGKALIKE-20 BUKU PROGRAM DIRASMIKAN OLEH: EN. ALDIN NAZRIN BIN ABDULLAH PENGERUSI MPKK SUNGAI PINANG, PULAU INDAH 13 MEI 2023 8.00 PAGI DEWAN BAYU, SK PULAU INDAH 2 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 SK PULAU INDAH 2, (SEKOLAH AMANAH MALAYSIA) BANDAR ARMADA PUTRA, 42920 PULAU INDAH, SELANGOR DARUL EHSAN Sesi 2023/2024
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 KANDUNGAN ATUR CARA MAJLIS NOTIS MESYUARAT AGUNG AGENDA MESYUARAT KATA ALU-ALUAN PEN. KANAN PENTADBIRAN KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG AJK PIBG SK PULAU INDAH 2 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19 LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2022 LAPORAN KEWANGAN TAHUN 2022 PERBAHASAN USUL PERLATIKAN AJK PIBG 2023/2024 UCAPAN PENANGGUHAN
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 ATURCARA Penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2022/2023 Cabutan Bertuah 1 Penyampaian cenderahati kepada perasmi Tayangan video ATUR CARA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 2023 8.00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa/Waris / Penjaga / Guru Tetamu mengambil tempat 9.00 pagi : Ketibaan Perasmi Nyanyian lagu Negaraku Nyanyian lagu Selangor Bacaan doa 9.10 pagi : Ucapan GPK Pentadbiran SK Pulau Indah 2 (En. Nazri bin Ismail) 9.20 pagi : Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Pulau Indah 2 (En. Khaszemi Bin Mohd Yakim) 9.30 pagi : Ucapan Mantan Guru Besar SK Pulau Indah 2 (En. Aspiyaan bin Mohamad Jamaludin) 9.40 pagi : Ucapan Perasmian Pengerusi MPKK Sg. Pinang (En. Aldin Nazrin bin Abdullah) - VIP ke Bilik Mesyuarat untuk jamuan - Jamuan ibubapa - Cabutan Bertuah 2 10.10 pagi : Jamuan 10.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 SK Pulau Indah 2
Ruj. Kami : SKPI2.100-7/1/7 (62) Tarikh : 7 APRIL 2023 Kepada: Semua Ibu Bapa/ Penjaga Murid dan Guru, Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2. Melalui: Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2, Tuan / Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 KALI KE-20 Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, SK Pulau Indah 2 akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 seperti ketetapan berikut: Tarikh : 13 Mei 2023 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Bayu, SK Pulau Indah 2 2. Agenda mesyuarat adalah seperti di bawah: 2.1 Ucapan Pengerusi 2.2 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-19 2.3 Membentang dan menerima Laporan Kewangan Tahunan 2.4 Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan Tahunan 2.5 Membahaskan dan menerima usul 2.6 Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 2.7 Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 2.8 Hal-hal lain 2.9 Ucapan penangguhan 3. Oleh yang demikian, tuan/puan boleh melengkapkan Borang Jawapan Kehadiran dan Borang Usul di pautan berikut, https://forms.gle/ZYW6HY7tk3aseT6a6 selewat-lewatnya sebelum atau pada 2 Mei 2023. 4. Kehadiran tuan/puan amatlah dialukan bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ini. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan tugas, …………………………………… (KHASZEMI BIN MOHD YAKIM) Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru, SK Pulau Indah 2. Sk: Fail PIBG TEL/FAX : 03-3101 4070 Kod Sekolah : BBA 0042 Kod PPD : K 40
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 AGENDA MESYUARAT
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera… Alhamdulillah..Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat bersama- sama kita berkumpul bagi membincangkan hal berkaitan kebajikan dan kecemerlangan anak- anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20. Kehadiran ibu bapa amat saya sanjung tinggi dan hargai kerana besar ertinya kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen anda terhadap kemajuan sekolah dan prestasi akademik anak-anak. Saya percaya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan juga amat bererti kepada anakanak kerana keprihatinan ibu bapa mereka sudah tentu dapat menyuntik semangat anak-anak untuk lebih berjaya bukan sahaja dalam bidang kokurikulum malah kurikulum khususnya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan ikhlas dan dedikasi bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi SK Pulau Indah 2 ke arah yang lebih dinamik. Sumbangan pihak tuan amat kami hargai bukan sahaja dari segi tenaga dan masa, malah turut menyumbangkan wang ringgit sehingga membolehkan pelbagai program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya percaya kerjasama ini sememangnya amat perlu jika kita inginkan sebuah kejayaan. Sikap saling membantu ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada pihak sekolah malah anak-anak tuan dan puan juga mendapat manfaatnya. Pihak sekolah akan sentiasa berusaha memastikan kejayaan ini akan dapat ditingkatkan dari masa ke masa. Akhir kata, saya bagi pihak warga SK Pulau Indah 2 bersedia untuk menerima sebarang cadangan, sokongan mahupun teguran daripada pihak ibu bapa demi kemajuan bersama. Moga usaha kita mendapat keredaan daripada Allah SWT. Terima kasih atas sokongan anda kepada kami. Sekian. Terima kasih. PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 KATA-KATA ALUAN GPK PENTADBIRAN Kata-Kata Aluan Guru Penolong Kanan SK Pulau Indah 2 NAZRI BIN ISMAIL Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Pulau Indah 2 Sekolah Amanah Malaysia
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 KATA-KATA ALUAN YDP PIBG Kata-Kata Aluan Yang Dipertua PIBG Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada semua waris SK Pulau Indah 2. Alhamdulillah dan Selamat datang ke Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-20 Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Pulau Indah 2 bagi tahun 2023. Terima kasih diucapkan kepada semua waris yang hadir pada pagi ini dan kehadiran tuan puan mencerminkan komitmen dan keazaman dalam memastikan kejayaan anak-anak kita. Permuafakatan yang dicapai dalam mesyuarat ini diharap dapat memberi panduan dan bimbingan ke arah hala tuju anak-anak kita pada masa hadapan. Semoga kerjasama yang erat antara ahli PIBG sekolah ini akan memberi kejayaan kepada kita bersama. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para ibubapa, penjaga, guru dan murid yang berjaya meletakkan SK Pulau Indah 2 di tahap yang membanggakan dalam bidang akademik, sukan dan kokurikulum. Kerjasama dan sokongan yang berterusan daripada semua pihak amatlah dihargai demi kecemerlangan anakanak kita dan menjulang nama sekolah. Sekian, terima kasih. KHASZEMI BIN MOHD YAKIM Yang Dipetua PIBG SK Pulau Indah 2 Sekolah Amanah Malaysia
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 AJK PIBG SK PULAU INDAH 2
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19 SESI 2022 / 2023 SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU INDAH 2 Tarikh : 25 Jun 2022 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Bayu, SK Pulau Indah 2 Kehadiran : 153 orang AGENDA 1 – UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 1.1 En. Khaszemi Bin Mohd Yakim selaku Yang Dipertua (YDP) PIBG SK Pulau Indah 2 bagi sesi 2021/2022 mengalu-alukan kedatangan para hadirin ke Mesyuarat Agung kali ini. 1.2 En. Khaszemi Bin Mohd Yakim merujuk buku program pada muka surat 7 tentang senarai AJK PIBG SK Pulau Indah 2 bagi sesi 2021/2022. 1.3 Beliau meneruskan lagi dengan membahaskan usul-usul Mesyuarat Agung yang lalu dan tindakan yang telah pihak sekolah dan PIBG laksanakan. 1.4 Beliau memaklumkan usul 6.2.5 iaitu kesesakan di hadapan pagar sekolah ketika waktu balik telah diatasi dengan melaksanakan laluan sehala. 1.5 Encik Khaszemi Bin Mohd Yakim memaklumkan usul 6.2.7 iaitu cadangan makanan berat bagi murid RMT telah dapat diatasi dan kantin sekolah telah dibuka sepenuhnya. 1.6 Beliau meneruskan lagi dengan merujuk usul 6.2.8 berkaitan dengan aktiviti kokurikulum secara bersemuka telah dapat dilaksanakan dimana sekolah telah menjalankan aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu bermula jam 11.10pagi hingga 1.10petang. Makluman AGENDA 2– PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Setiausaha Kehormat sesi, Pn. Wan Ellyani Bt Wan Mushadek membentangkan Minit Mesyuarat sesi 2021/2022.(rujuk buku program mukasurat 8) 2.2 En. Mohamad Hafiz Bin Saroman mencadangkan minit mesyuarat ini disahkan dan disokong oleh En. Shamsudin. Tindakan: Setiausaha AGENDA 3 – PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 3.1 Setiausaha Kehormat sesi, Pn. Wan Ellyani Bt Wan Mushadek membentangkan laporan aktiviti tahunan 2021/2022. 3.2 Beliau meminta ibubapa dan guru merujuk buku program mukasurat 16-17. 3.3 Beliau menerangkan program-program kerjasama pihak sekolah dan PIBG bagi sesi 2021/2022. 3.4 Pn. Wan Ellyani Bt Wan Mushadek turut membentangkan program-program oleh pihak PIBG yang telah dijalankan bagi sesi 2021/2022. Tindakan: Setiausaha
AGENDA 4 - PEMBENTANGAN KEWANGAN SESI 2019 / 2020 4.1 Laporan Kewangan PIBG sesi 2021/2022 dibentangkan oleh Bendahari Kehormat En. Tuan Muazin Bin Tuan Zahrin. 4.2 Beliau meminta ibubapa dan guru merujuk buku program MAT. 4.3 Beliau membentangkan penyata penerimaan dan pembayaran bagi tempoh kewangan dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021. 4.4 En. Tuan Muazin Bin Tuan Zahrin menjelaskan jumlah penerimaan atau pendapatan adalah sebanyak RM130,271.26. 4.5 Beliau menyatakan bahawa kutipan yuran PIBG adalah sebanyak RM20,400.00. 4.6 Beliau meneruskan lagi dengan membentangkan pembayaran dan perbelanjaan bagi tempoh kewangan dari 1 Januari hingga 31 Disember iaitu sebanyak RM77,485.80. 4.7 Beliau kemudian menerangkan baki bersih untung kewangan PIBG ini adalah sebanyak RM52,785.46. 4.8 En. Mazir mencadangkan Laporan Kewangan PIBG sesi 2021/2022 ini disahkan dan cadangan tersebut telah disokong oleh En. Mohd Azahari. 4.9 En. Rizal telah menyatakan persoalan tentang tujuan item Agihan Duit di Kaunter dan En. Tuan Muazin Bin Tuan Zahrin menerangkan duit tersebut dikeluarkan bagi tujuan wang tunai di tangan bagi guru-guru yang bertugas di kaunter semasa Hari Pembayaran Yuran PIBG dan wang tersebut telah dimasukkan semula ke akaun selepas program tersebut tamat. Tindakan: Bendahari AGENDA 5 – PERBAHASAN USUL-USUL 5.1 YDP PIBG memohon buku program MAT dirujuk pada mukasurat 19.Usul-usul yang diterima telah dikelaskan kepada 3 bahagian iaitu: ⚫ Usul diterima (bahas) – dibahaskan sewaktu mesyuarat agung ⚫ Usul diterima (tanpa bahas) – akan diberi perhatian dan pertimbangan berdasarkan keperluan. ⚫ Usul ditolak – tidak dapat dibincang kerana usul berkaitan pekeliling dan dasar kerajaan. 5.2 USUL DITERIMA (BAHAS) GURU BESAR 5.2.1 Nama Pengusul : Nur Ikhwan Bin Mohamad Nor Nama Anak : Nur Izzah Fatihah Binti Nur Ikhwan (3 Cemerlang) a) Memohon pihak sekolah pertimbangkan isu beg berat meskipun jadual anjal telah dilaksanakan dan berat beg anak beliau setiap hari adalah hampir 2kg. Jawapan :Guru Besar menjelaskan bahawa Jemaah Nazir telah membuat lawatan ke sekolah dan dapati skala nazir adalah 5KG baru dikatakan berat. Masalah telah
diatasi dengan pelaksanaan jadual anjal dan semua murid perlu mematuhinya. Jadual anjal hanya mempunyai 3-4 bagi subjek teras sahaja. YDP PIBG Encik Khaszemi Bin Mohd Yakim mencadangkan ibubapa yang mempunyai masalah yang sama boleh menjalankan inisiatif mengangkatkan beg anak mereka ke kelas semasa datang dan balik. Makluman b) Mencadangkan agar Dewan tertutup diguna sebagai kelas murid bagi Tahun 1. Jawapan :Guru Besar menjelaskan bahawa kelas bagi murid di sekolah adalah mencukupi dan kebanyakkan bilik di Tingkat 1 adalah bilik-bilik khas. Makluman c) Memohon waktu persekolahan murid Tahun 1 dan 2 pada hari Rabu mengikut tahun sebelumnya. Jawapan :PK HEM En. Amril Bin Md Hashim menjelaskan murid tahap 1 balik seperti biasa iaitu 1.10 tengah hari. Murid Tahun 1 dan Tahun 2 terlibat program 3M dan akan balik sekolah pada jam 12.55 tengahari. Pihak sekolah telah merujuk waktu minima yang diperuntukkan kerajaan (KPM) ada waktu balik awal dan balik lewat bagi murid. En. Amril bin Md Hashim turut menjawab bagi status permohonan papan tanda telah dibuat kepada pihak MPK iaitu En. Rosli. Beliau akan mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa. Makluman USUL DITERIMA (BAHAS) PK HEM 5.2.2 Nama Pengusul : Siti Zuharmawati Binti Baharun Nama Anak : Nik Damian Faris Bin Nik Tamkin (4 Bestari) a) Memohon keselamatan murid ketika waktu Pendidikan Jasmani (PJ) diperketatkan kerana anak beliau pernah ditolak dan lutut berdarah. Jawapan: PK HEM En. Amril Bin Md Hashim menjelaskan bahawa semasa waktu PJ murid mendapat pengawalan daripada guru matapelajaran. Namun tingkahlaku murid adalah diluar kawalan guru kerana murid sentiasa aktif. Pihak sekolah memandang serius hal ini dimana setiap kali menerima aduan, sekolah akan terus mengenalpasti murid yang terlibat dengan masalah tolak menolak ini. Murid yang dikenalpasti melakukan kesalahan akan direkodkan dalam sistem Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). Makluman b) Mencadangkan agar mengekalkan pemakaian pelitup muka ditempat sesak dalam kalangan murid dan mencadangkan guru menggunakan bahasa yang santai atau lembut ketika memberi amaran. Jawapan: PK HEM En. Amril Bin Md Hashim menerangkan bahawa murid sentiasa diingatkan untuk menjaga SOP dan sentiasa memakai pelitup muka. Guru-guru turut melaksanakan SOP bagi pandemik Covid-19 dan memakainya ketika berada di kelas. Beliau turut menjawab isu cadangan penggunaan bahasa yang lebih lembut Ketika memberi amaran. Bagi murid yang melakukan kesalahan disiplin seperti lewat hadir ke sekolah akan diberi nasihat dan teguran secara baik oleh guru. Sekiranya perkara sama berlaku, tingkahlaku tersebut akan dimasukkan ke dalam sistem SSDM. Makluman
5.2.3 Nama Pengusul : Nur Sahira Binti Nordin Nama Anak : Adam Danish Bin Abdul Rahman (5 Cemerlang) a) Mencadangkan agar pagar belakang dibuka seperti biasa setiap pagi bagi memudahkan murid yang berjalan kaki dari flat dan teres. Jawapan: PK HEM En. Amril Bin Md Hashim menerangkan bahawa hasil mesyuarat dan perbincangan bersama barisan SLT pihak sekolah mengambil keputusan untuk tidak akan membuka pintu pagar belakang kerana mengikut justifikasi keselamatan murid-murid. Faktor fasa pendemik dan pihak sekolah mengikut saranan KPM iaitu menggunakan laluan arah sehala. Kekuatan bilangan guru yang tidak mencukupi dan keselamatan murid adalah paling utama. Beliau turut menyatakan bahawa penggunaan kad pintar hanya di pintu pagar utama sahaja. Makluman 5.2.4 Nama Pengusul : Khairufiz Seth Bin Mohamed Niven Nama Anak : Nur Zara Aleesya Seth Binti Khairufiz Seth (2 Bestari) a) Memohon agar waktu balik sekolah murid diselaraskan semula. Jawapan: YDP PIBG En. Khaszemi memaklumkan usul ini telah dijawab oleh Guru Besar pada usul yang pertama. Makluman 5.2.5 Nama Pengusul : Nazilah Binti Mat Rashid Nama Anak : Sufi Naufal (2 Bestari) a) Mencadangkan agar mesin air (vending machine) ditambah. Jawapan: Guru Besar En. Aspiyaan Bin Mohamad Jamaludin menjelaskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya meluluskan satu mesin air sahaja untuk setiap sekolah. Beliau turut menyatakan penambahan ini juga perlu mendapat persetujuan daripada pihak kantin. Namun, perbincangan bersama SLT akan dilaksanakan untuk membuat permohonan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPS) bagi menambah bilangan mesin air. Tindakan 5.2.6 Nama Pengusul : Ahmad Faizul Bin Cek Nama Anak : Muhammad Fadzli Wasim (1 Cemerlang) a) Memohon keselamatan murid di kawasan sekolah diperketatkan. Jawapan: YDP PIBG En. Khaszemi memaklumkan usul ini telah dijawab oleh PK HEM En. Amril Bin Md Hashim pada usul yang kedua. Makluman 5.2.7 Nama Pengusul : Mazwin Binti Abdullah Nama Anak : Arifah Binti Shuharmizi (4 Bestari)
a) Mencadangkan agar ujian bulanan bagi semua murid diadakan. Jawapan: Guru Besar En. Aspiyaan Bin Mohamad Jamaludin menjelaskan bahawa ujian bulanan sekolah tidak lagi digunapakai namun pada peringkat dalaman masih boleh dilakukan. Pihak sekolah telah menjalankan penilaian kepada murid yang akan dibuat sepanjang tahun dan guru melaksanakan penilaian PBD murid mengikut tahap yang ditetapkan oleh KPM iaitu Tahap Penguasaan TP1 hingga TP6. Guru Besar akan mengusulkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran untuk melaksanakan ujian dalaman pada pertengahan tahun dan akhir tahun. Seterusnya, beliau turut menjelaskan bahawa Dialog Prestasi akan diadakan selepas ujian September dan akan memerlukan penglibatan daripada pihak ibu bapa. Tindakan 5.2.8 Nama Pengusul : Noor Hafiza Binti Harun @Shaari Nama Anak : Muhammad Asyraf Bin Wahimsham (4 Bestari) a) Mencadangkan kantin sekolah menjual kuih muih tradisional seperti karipap, burger Malaysia dan lain-lain disediakan untuk murid. Jawapan: PK HEM En. Amril Bin Md Hashim menjelaskan bahawa pengusaha kantin sekolah adalah pengusaha kantin baru. Keadaan kantin semakin membaik namun perbincangan bersama pihak kantin akan dibuat untuk menambah menu kuih muih tradisional seperti yang dicadangkan. Tindakan 5.2.9 Nama Pengusul : Farid Bin Sahari @Shaari Nama Anak : Nur Damia Alisha (2 Cemerlang) a) Menyediakan laluan untuk mengambil dan menghantar murid dengan cara yang lebih efektif. Jawapan: PK HEM En. Amril Bin Md Hashim menjelaskan bahawa pihak sekolah masih menggunakan garis panduan yang sama. Penggunaan tali akan ditambah baik dan ruang tengah laluan akan dibuka bagi keselesaan murid dan ibubapa. Sekiranya terdapat kaedah yang lebih efisien akan dimaklumkan kemudia. Tindakan 5.2.10 Nama Pengusul : Zaini Bin Kamal Nama Anak : Muhammad Ammar Ziqri (2 Cemerlang) a) Mencadangkan agar pagar no 3 dibuka semula. Jawapan: YDP PIBG En. Khaszemi memaklumkan usul ini telah dijawab oleh PK HEM En. Amril Bin Md Hashim pada usul yang ketiga. Makluman
AGENDA 6 – PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI – 2020 / 2021 6.1 En. Khaszemi bin Mohd Yakim selaku YDP PIBG sesi 2020/2021 memohon maaf jika ada salah silap dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua AJK sepanjang tahun lalu. Beliau telah membubarkan jawatankuasa sesi 2021/2022 untuk pencalonan baru. 6.2 Ahli mesyuarat melantik En. Amril Bin Md Hashim sebagai pengerusi sementara. Beliau telah membuka pencalonan untuk AJK PIBG sesi 2022/2023. Dicadangkan : Pn. Saniah Binti Abdullah Disokong : Pn. Ramlah Binti Yunus AGENDA 7 – PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 7.1 Pencalonan Yang Dipertua PIBG (YDP) Calon : En. Khaszemi bin Mohd Yakim Dicadangkan : Pn. Saniah binti Abdullah Disokong : Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara 7.2 Pencalonan Naib Yang Dipertua PIBG (NYDP) Calon : En.Azlan bin Abdul Rashed Dicadangkan : Pn Rasyidah Disokong : Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara 7.3 Perlantikan Ahli Jawatankuasa untuk guru yang diumumkan oleh Guru Besar. Setiausaha : Cik Nurul Azwani Binti Sulaiman Naib Setiausaha : Pn. Nor Elena Fariza Binti Othman Bendahari : Pn. Rabiatul Adawiyah Binti Hassan AJK : 1) Pn. Nur Aimashihah Binti Mohd Ibrahim 2) En. Mohammad Fazrul Akmal Bin Mohd Samsiri 3) En. Muhammad Farhan Bin Samsuri 4) Cik Nurnadiah Binti Othman 5) En. Zainol Bin Hasanan 6) Maslina Azura Binti Mohd Sharif Juru Audit Dalaman : En. Mohd Zaqir bin Mokhtar
7.4 Pencalonan Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa / Penjaga. Ahli mesyuarat sebulat suara menyokong untuk mengekalkan AJK Ibu Bapa / Penjaga sesi 2021/2022 kepada sesi 2022/2023. AJK : 1) Pn. Rohaya bt Mohd Yussuf 2) Pn. Kadariah bt Kadir 3) Pn. Saniah bt Abdullah 4) En. Zainal Abidin bin Jamiran 5 Pn. Mohammad Shaiful bin Suhaimee 6) Pn. Salamiah bt Ali 7) En. Nor Hanief B Mohamed Salehudin 8) Pn. Zahirah bt Shaari Juru Audit Dalaman : En. Mohd Khairul Anuar Tindakan: Setiausaha AGENDA 8 – PENGURUSAN AKAUN PIBG SK PULAU INDAH 2 8.1 Dengan perlantikan ahli jawatankuasa PIBG SK Pulau Indah 2 sesi 2022/2023, maka dengan ini hal ehwal dan kuasa pengurusan akaun PIBG SK Pulau Indah 2 berpindah tangan kepada individu-individu yang dilantik. 8.2 Yang Dipertua PIBG menegaskan bahawa pengeluaran wang daripada akaun PIBG SK Pulau Indah 2 menggunakan cek hendaklah melalui tandangan Bendahari dan disokong oleh Naib Yang Dipertua atau Setiausaha yang telah dilantik. 8.3 Pertukaran tanda tangan hendaklah dibuat di cawangan Maybank Pelabuhan Klang dengan nombor akaun 512455154433. AGENDA 9 – UCAPAN PENANGGUHAN & PENUTUP 9.1 YDP PIBG menyatakan ucapan tahniah kepada barisan AJK PIBG bagi sesi 2022/2023. Beliau berharap agar barisan AJK yang baru dapat bersama-sama mengekalkan prestasi dan membantu untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah. 9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.26 tengahari. Disediakan Oleh, ……………………………………… (NURUL AZWANI BINTI SULAIMAN) Setiausaha PIBG Sesi 2022/2023, SK Pulau Indah 2. Disemak Oleh, ………………………………… (KHASZEMI BIN MOHD YAKIM) Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2023 , SK Pulau Indah 2.
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG SK PULAU INDAH 2 TAHUN 2022
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 PROGRAM-PROGRAM PIBG TAHUN 2022 PENGHARGAAN Semua AJK PIBG SK Pulau Indah 2 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua waris dan warga SK Pulau Indah 2 atas sumbangan cadangan, tenaga, masa dan wang ringgit untuk bersama-sama menjayakan perancangan PIBG dan pihak sekolah. Semoga program SARANA dapat dipertingkatkan ke satu tahap yang lebih membanggakan untuk kecemerlangan bersama. Laporan disediakan oleh: …………………………………………………… (NURUL AZWANI BINTI SULAIMAN) Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Pulau Indah 2.
31/12/2022 31/12/2021 NOTA ( RM ) ( RM ) YURAN PIBG 21,650.88 20,400.00 3 BAYARAN YURAN TAMBAHAN TAHUN 2022 / 2023 50,099.00 54,791.00 4 SUMBANGAN MASJID AL-QAYYUM 1,000.00 1,000.00 5 SUMBANGAN IBUBAPA, PELAJAR DAN GURU 5,799.00 LAIN-LAIN SUMBANGAN / PENDAPATAN 5,460.00 1,226.50 5 WANG TRANSIT 25,910.00 9,400.00 7 BAKI TAHUN 2021 52,785.46 37,654.76 6 JUMLAH 156,905.34 130,271.26 BAYARAN BALIK - WANG TRANSIT 64,864.00 44,957.00 8 PEMBINAAN BUMBUNG HENTIAN PUTRA 24,865.00 PROGRAM-PROGRAM SEKOLAH 18,552.00 2,450.30 11 PROGRAM-PROGRAM PIBG 7,513.00 3,600.00 12 LAIN-LAIN PERBELANJAAN 5,857.10 1,590.50 9, 10 & 13 BANK CHARGES 31.00 23.00 13 JUMLAH 96,817.10 77,485.80 BERSIH UNTUNG/ (RUGI) 60,088.24 52,785.46 BAKI PADA 31 DECEMBER 2022 : TUNAI DI TANGAN 0.00 0.00 TUNAI DI BANK 60,088.24 52,785.46 JUMLAH BAKI (RM) 60,088.24 52,785.46 Disediakan Oleh : Diaudit oleh : Disahkan oleh : Bendahari Kehormat PIBG SKPI 2 Juruaudit Dalaman PIBG SKPI 2 YDP PIBG SKPI 2 (RABIATUL ADAWIYAH BINTI HASSAN) (MOHD ZAQIR BIN MOKHTAR) (KHASZEMI BIN MOHD YAKIM) PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU INDAH 2 PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI TEMPOH KEWANGAN DARI 1 JANUARI 2022 HINGGA 31 DECEMBER 2022 PENERIMAAN / PENDAPATAN PEMBAYARAN / PERBELANJAAN
1 WANG TUNAI DI TANGAN DAN DI BANK 31/12/2021 RM Tunai di Tangan 0.00 Tunai di Bank 60,088.24 60,088.24 2 PECAHAN PIBG 7,770.24 DEWAN TERBUKA 25,500.00 KURIKULUM 16,074.00 HEM 789.00 PPKI 4,636.00 PENINGKATAN SUKAN 1,095.00 SUMBANGAN HARI KANAK-KANAK 2,510.00 SUMBANGAN HARI RAYA DAN ANAK-ANAK YATIM 114.00 SUMBANGAN - PERAHU LAYAR 1,000.00 LAIN-LAIN SUMBANGAN 600.00 60,088.24 3 PENERIMAAN PIBG ( SUMBANGAN TAHUNAN ) 21,650.88 4 YURAN TAMBAHAN TAHUN 2022 KURIKULUM 28,562.00 HEM 8,548.00 PENINGKATAN SUKAN 2,595.00 PPKI 10,394.00 50,099.00 5 SUMBANGAN IBUBAPA, PELAJAR, GURU DAN LAIN-LAIN SUMBANGAN WAKAF MEJA DAN KERUSI 250.00 SUMBANGAN DATO NASARUDDIN AGM KE 19 2,000.00 SUMBANGAN DUN N 46 2,000.00 SUMBANGAN MASJID AL-QAYYUM 1,000.00 5,250.00 6 LAIN-LAIN PENERIMAAN DERMA DAN LAIN-LAIN SUMBANGAN 1,210.00 BAKI TAHUN 2021 52,785.46 53,995.46 7 WANG TRANSIT SUMBANGAN LAIN-LAIN TTMIP 1,400.00 SUMBANGAN CENTRAL SPECTRUM - SURAU 10,000.00 SUMBANGAN CENTRAL SPECTRUM - PERAHU LAYAR 1,000.00 SUMBANGAN DUN N 46 - PERAHU LAYAR 2,000.00 SUMBANGAN WESTPORT - SUKAN 3,000.00 SUMBANGAN AHLI MAJLIS MPK - SUKAN 2,000.00 PIBG SK PULAU INDAH 2 PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI TEMPOH KEWANGAN DARI 1 JANUARI 2022 HINGGA 31 DECEMBER 2022 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN TAHUN 2022
SUMBANGAN KL-KEPONG OLEOMAS - SUKAN 2,000.00 SUMBANGAN MEWAH OIL - SUKAN 1,000.00 SUMBANGAN MPKK SG PINANG - KEM MOTIVASI 1,000.00 SUMBANGAN MPKK SG PINANG - HARI KANAK-KANAK 1,000.00 SUMBANGAN HARI KANAK-KANAK 1,510.00 25,910.00 156,905.34 PERBELANJAAN 8 WANG TRANSIT BAYARAN BALIK UNIT KURIKULUM SKPI 2 22,148.00 BAYARAN BALIK UNIT HEM 10,969.00 BAYARAN BALIK - PPKI 5,878.00 BAYARAN BALIK - PRA SEKOLAH 69.00 BAYARAN BALIK - CENTRAL SPECTRUM - SURAU 10,000.00 BAYARAN BALIK - SUMBANGAN TTMIP 1,400.00 BAYARAN BALIK SUMBANGAN MPKK SG PINANG - KEM MOTIVASI 1,000.00 BAYARAN BALIK SUMB. WESTPORT & CENTRAL SPECTRUM - BILIK PSS 5,400.00 BAYARAN BALIK - SUMBANGAN SUKAN 8,000.00 9 MESYUARAT JAMUAN MESYUARAT AJK PIBG 425.00 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 19 3,046.00 10 PENINGKATAN AKADEMIK, KO-KURIKULUM DAN SUKAN PENINGKATAN SUKAN - PROJEK BOLA JARING 1,500.00 11 PROGRAM-PROGRAM SEKOLAH SUMBANGAN PIBG KEM MOTIVASI 5,306.00 SUMBANGAN PIBG - KHEMAH BESAR ( 20 kaki x 20 kaki ) 1,300.00 SUMBANGAN PIBG - BELIAN BUKU TEKS & AKTIVITI TAHUN 1 388.00 SUMBANGAN PIBG - JAMUAN SAMBUTAN HARI RAYA 1,975.00 SUMBANGAN PIBG - KAD ID MURID - EZ TEACH 3,333.00 SUMBANGAN PIBG - KOKO - SUMBANGAN PERAHU LAYAR 400.00 SUMBANGAN PIBG - KOKO - PINJAMAN PERAHU LAYAR 2,000.00 SUMBANGAN PIBG - HARI KANAK-KANAK 600.00 SUMBANGAN PIBG - PERTANDINGAN RMT 500.00 SUMBANGAN PIBG - SUKAN 500.00 SUMBANGAN PIBG - INSENTIF TEAM BOLASEPAK 500.00 SUMBANGAN PIBG - TABUNG PERIHATIN - HEM 1,750.00 12 PROGRAM-PROGRAM PIBG PENINGKATAN DEWAN BAYU - LANGSIR 1,500.00 GOTONG ROYONG / CAT DEWAN ARMADA DAN PENTAS 1,000.00 GOTONG ROYONG / HARI BAYARAN YURAN 1,013.00 KIPAS KDK - KELAS PPKI 400.00 WAKAF KERUSI MEJA - KERUSI PLASTIK 2,700.00 SUMBANGAN KERUSI PLASTIK 400.00 SUMBANGAN PIBG - PROGRAM KHAS PIBG ZON PELABUHAN KLANG 500.00 13 LAIN-LAIN PERBELANJAAN STATIONERY DAN PERALATAN 886.10 BANK CHARGES 31.00 96,817.10 BAKI 60,088.24
Perbahasan Usul Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-20 Persatuan Ibubapa Dan Guru SK Pulau Indah 2 Bil. Usul 1 Pengusul: Muhamad Sallahudin Shah Bin Safian Nama Anak: Muhammad Firas Mikhail bin Muhamad Sallahudin Shah (1 Bestari) Mengurangkan pelajar dalam kelas Tahun 1 daripada 45 pelajar ke 30+- pelajar dengan menambah kelas untuk Tahun 1, daripada 3 kelas kepada 4 atau 5 kelas supaya pelajar dan guru boleh fokus dalam sesi pembelajaran dan kelas tidak sesak macam sekarang. 2 Pengusul: Masdiana Mat Saad Nama Anak: M. Firash Rayyan bin Mohd Razali (3 Bestari) Boleh ke jika pihak sekolah buka Pintu 3 pada waktu pagi, untuk pelajar yang menaiki basikal memandangkan terlalu sesak di pintu 2. Ia sgt bahaya pada pelajar yg menaiki basikal. 3 Pengusul: Muhamad Rizaedy b Mohd Rozali Nama Anak: Muhammad Nadim Naufal (1 Pintar) Tempat beli air di kantin sekolah, perlu pengawasan sebab ramai murid potong barisan. 4 Pengusul: Noor Jahan Binti Pawanchik Nama Anak: Noor Hazrena Sofea Binti Rosman (5PKB - Kenanga) Diharap perlantikan PIBG kali ni ahli PIBG yang dilantik boleh bekerjasama dengan baik. Kesepakatan dan kerjasama antara pihak sekolah dan ibubapa juga amat penting untuk kita sama2 melaksanakan setiap program di sekolah. 5 Pengusul: Mohd Nazzuan Ayob Nama Anak: Muhammad Rayyan Rizqin (4 Cemerlang) 1. Beg sekolah berat kalau boleh wujudkan 1 loker untuk simpanan buku anak-anak bagi tujuan berkenaan. 2. Selaraskan waktu balik sekolah Isnin – Khamis. 3. Wujudkan sistem pembelajaran digital melalui gadjet d setiap kelas untuk menarik minat pelajar. 4. Ceriakan kelas dengan persekitaran kelas yang lebih cantik, contoh:- meja kerusi yang baru, dan skill pembelajaran yang lebih optimum. 5. Alunkan zikir-zikir penenang agar minda anak-anak lebih terbuka menerima ilmu. 6 Pengusul: Usmarakis bin umar Nama Anak: Nurqasrina Qaisarahayfa (6 Pintar) Mohon untuk membuat double bumper di kiri dan kanan jalan sebelum simpang tiga di jalan besar Sg. Chandong. Ini bagi memudahkan pelajar yang berbasikal untuk melintas jalan dari Flat Sri Bahtera ke sekolah. Kerana pada awal pagi lori kereta dan motosikal membawa kenderaan laju dan kebiasaannya kereta dan lori dari terminal Starcruise atau flat segi training nak keluar dari Bandar Armada kebanyakan laju di simpang tiga ini. Sebelum kejadian tidak diingini mohon untuk membuat double bumper kiri dan kanan jalan. 7 Pengusul: Najeeb bin Hashim Nama Anak: Zakier Naeem (3 Cemerlang) Mohon kerjasama pihak sekolah cat tempat penghadang tangga sebab terlalu karat
8 Pengusul: Nur Ikhwan Bin Mohamad Mor Nama Anak: Nur Izzah Fatihah Binti Nur Ikhwan (4 Cemerlang) 1. Koperasi sekolah buku keperluan kerap putus bekalan seperti buku aktiviti. 2. Isu tali leher - KPM melalui Menteri Pendidikan telah memberi pelesan untuk sekolah membuat keputusan keperluan pelajar memakai tali leher. 3. Bilik darjah tahun 1 di letakkan di tingkat 1 sementara itu dewan serbaguna di letakkan di tingkat 3. Mengambil contoh SMK Sri Sentosa Kuala Lumpur yang mempunyai 10 tingkat dan meletakkan dewan serbaguna di tingkat 10. 4. Memberi mata merit kepada pelajar yang ibubapa/penjaga hadir mesyuarat PIBG. 5. Penglibatan semua murid dalam sukan tahunan sekurangnya dalam 1 acara. 6. Isu beg berat pada pandangan saya masih belum berkesudahan meskipon jadual anjal dilaksanakan. Beg pelajar tahun 4 mencecah 5kg. 7. Fasiliti keselamatan di hadapan sekolah seperti papan tanda amaran, garisan ‘zebra’, garisan melintas yang masih tiada baik pulih dari pihak berwajib. Menegur juga masalah sebahagian ibubapa/penjaga yang tidak mematuhi peraturan jalan raya seperti berhenti di simpang. 9 Pengusul: Muhammad Hafizal Bin Abd Latiff Nama Anak: Nur Mawar Zulaikha (4 Cemerlang) Buku aktiviti di sekolah selalu bermasalah tidak mencukupi bekalan buku. Sedangkan boleh dikira berapa banyak pelajar di sekolah tersebut. Jika tidak mencukupi buku aktiviti mencari di luar sangat susah. Pihak sekolah kena pantau bab isu buku aktiviti, buku muzik dan sebagainya. 10 Pengusul: Wan Saudah bt Wan Omar Nama Anak: Nur Aina Amani bt Abd Aziz (4 Bestari) Jika boleh adakan kelas tambahan bagi murid yang lemah mengikut subjek. Ramai yang kurang berkemampuan jika tuisyen berbayar. 11 Pengusul: Eliana binti Ab Aziz Nama Anak: Muhammad Faris bin Mohd Yazid (2 Pintar) Diharap penjaga keselamatan lebih peka tentang masa pembukaan pagar belakang untuk murid yang berbasikal terutama pada hari Rabu bagi murid Tahun 1 dan 2 yang berbasikal. 12 Pengusul: Nur Shahira Binti Zakaria Nama Anak: Muhammad Naufal Hayyan (1 Cemerlang) Makanan di kantin yang lebih bernutrisi. 13 Pengusul: Wardah binti abdul wahab Nama Anak: Muhd nur aiman binti Abdullah (6 Bestari) Keselesaan kebersihan tandas murid. 14 Pengusul: Shamsiah binti Abdul Malik Nama Anak: Nur Shaqira Zahrah binti Zakari (6 Bestari) Memohon pihak sekolah atau pihak koperasi menggunakan code QRPAY atau transfer online bagi memudahkan ibubapa untuk membeli buku di koperasi.
15 Pengusul: Zahirah binti Shaari Nama Anak: Aleeya Hani binti Khairul Nizam (5 Cemerlang) 1. Penguatkuasaan larangan penjualan makanan tidak sihat (diproses) di kantin sekolah seperti sosej, nugget, burger, makanan ringan, minuman ringan dan lain2 (berdasarkan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia dan membuat pemantauan secara berterusan). 2. Menjalankan kempen2 menggalakkan pemakanan sihat secara berterusan secara lisan dan poster visual. 3. Mengadakan kempen kesedaran keselamatan dan kesihatan di sekolah secara berkala, mewujudkan Jawatankuasa/ Kelab Keselamatan & Kesihatan bagi memberi kesedaran/ peringatan kepada pelajar lain tentang kepentingan menjaga keselamatan dan kesihatan. Jawatankuasa juga berperanan dan berkebolehan untuk mengenalpasti hazard-hazard yang terdapat di sekolah dan mengemukakan cadangan dan tindakan yang boleh diambil untuk menghapuskan hazard yang ada bagi mengelakkan kemalangan berlaku di sekolah, membuat Pelan Tindakan Kecemasan serta menjalankan aktiviti Fire Drill / Emergency Drill walaupun tanpa bantuan pihak Bomba. 16 Pengusul: Nazera Binti Mohd Nayan Nama Anak: Nur Iman Qhaireen binti Muhamad Hazir (3 Bestari) Menyediakan mesin penapis air bagi memudahkan murid isi semula air yang habis selepas aktiviti di padang. 17 Pengusul: Sanjay Khan bin Kamal Hassan Nama Anak: Muhammad Al Fateh bin Sanjay Khan (2 Pintar) Memohon sekolah berkerjasama dengan Selangor FC Soccer School untuk diadakan latihan/program di sekolah.
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 Seorang Yang Dipertua Seorang Naib Yang Dipertua: Seorang Setiausaha (Guru) Seorang Penolong Setiausaha (Guru) Seorang Bendahari (Guru) Seorang Penolong Bendahari (Guru) Sebelas orang Ahli Jawatankuasa Dua orang Juruaudit [lapan orang wakil waris] [tujuh orang wakil guru]
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 20 SK PULAU INDAH 2 Tarikh : 13 MEI 2023 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : Dewan Bayu, SK Pulau Indah 2 TENTATIF PROGRAM SESI 1 – MAJLIS PERASMIAN 8.00 pagi : Pendaftaran ibu bapa dan guru Tetamu mengambil tempat 9.00 pagi : Ketibaan perasmi Nyanyian lagu Negaraku Nyanyian lagu Selangor Bacaan doa 9.10 pagi 9.20 pagi : : Ucapan GPK Pentadbiran SK Pulau Indah 2 (En. Nazri bin Ismail) Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Pulau Indah 2 (En. Khaszemi Bin Mohd Yakim) 9.30 pagi : Ucapan Mantan Guru Besar SK Pulau Indah 2 (En. Aspiyaan bin Mohamad Jamaludin) 9.40 pagi : Ucapan Perasmian Pengerusi MPKK Sg. Pinang (En. Aldin Nazrin bin Abdullah) ➢ Penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2022/2023 ➢ Cabutan Bertuah 1 ➢ Penyampaian cenderahati kepada perasmi ➢ Tayangan video VIP ke Bilik Mesyuarat untuk jamuan Jamuan ibubapa Cabutan Bertuah 2 SESI 2 – MESYUARAT AGUNG 10.30 pagi : 1. Ucapan Pengerusi (YDP PIBG) 2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu (kali ke 19) 3. Perkara-perkara Berbangkit 4. Membentangkan Laporan Aktiviti sepanjang sesi 2022 5. Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan sesi 2022 6. Perbahasan Usul 7. Hal-hal lain 8. Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 9. Pelantikan Pengerusi Sementara 10. Pelantikan AJK PIBG sesi 2023/2024 11. Ucapan penangguhan 12. Cabutan Bertuah 3
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 20 (2023) Penasihat : En. Nazri Bin Ismail Pen. Penasihat : En. Amril Bin Md Hashim Pn. Rohana Binti Raban Pn. Ramlah Binti Yunus Yang Dipertua PIBG : En. Khaszemi Bin Mohd Yakim Setiausaha : Pn. Nurul Azwani Binti Sulaiman Bendahari : Pn. Rabiatul Adawiyah Binti Hassan AJK DAN SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA BIL AJK Senarai Tugas 1. 1. En. Nazri Bin Ismail 2. En. Amril Bin Md Hashim 3. Pn. Rohana Binti Raban 4. Pn. Ramlah Binti Yunus 5. En. Khaszemi Bin Mohd Yakim 6. En. Azlan Bin Abdul Rashed Jemputan Tetamu Kehormat • Menyambut ketibaan perasmi dan tetamu khas. 2. Ustaz Rizal Bin Jamian Bacaan Doa • Bacaan doa pada hari Mesyuarat Agung 3. 1. En. Muhammad Farhan Bin Samsuri (K) 2. En. Tuan Muazin Bin Tuan Zahrin 3. En. Mohamad Hafiz Bin Saroman 4. En. Ali Salihin Bin Alias 5. En. Abdullah Sidqi Bin Abdullah 6. En. Rusli bin Ismail 7. Pn. Siti Sarah Binti Abdul Wahab Shaari @Shaarani 8. Pn. Tamilarasi A/P Paramasivam 9. Pn. Nur Aimashihah Mohd Ibrahim 10. Pn. Nazera Binti Mohd Nayan AJK PIBG 11. Zainal Abidin Bin Jamiran @ Bahari 12. Mohammad Shaiful Bin Suhaimee Persiapan & Penutupan Dewan / Kebersihan / Sanitasi • Menyediakan laluan bagi VIP menuju ke pentas • Menyediakan meja pendaftaran • Meja hadiah bagi cenderahati & cabutan bertuah • Meja & kerusi bagi pengacara majlis • Meja Panjang (mesyuarat) untuk kegunaan AJK PIBG sewaktu sesi mesyuarat dijalankan • Meja & kerusi bagi 3 orang pencatat minit di hadapan dewan • Kerusi bagi ibubapa/guru (anggaran seramai 200 orang) • Rostrum bagi kegunaan ucapan VIP, PIBG • Mengemas dewan setelah selesai mesyuarat agung 4. 1. Pn. Rohal Hayati Binti Hamid (K) 2. Pn. Azlina Binti Adan 3. Pn. Nor Liza Binti Draman 4. Pn. Salasiah Binti Abdullah AJK PIBG 5. Zahirah Binti Shaari 6. Salamiah Binti Ali Jamuan VIP • Membuat tempahan makanan seramai 15 orang • Penyediaan tempat & kebersihan di Bilik Mesyuarat sebagai tempat jamuan • Penyediaan air mineral dan gelas untuk VIP (diletakkan di meja kopi di hadapan pentas) 5. 1. Pn. Nurul Azwani Binti Sulaiman 2. Pn. Rabiatul Adawiyah Binti Hassan 3. Pn. Siti Nazihah Binti Milin Buku Laporan Mesyuarat Agung • Menyediakan buku laporan mesyuarat agung • Penyediaan Laporan Kewangan, Laporan Aktiviti PIBG • Penyediaan Teks Ucapan Perasmi 6. 1. Pn. Wan Ellyani Binti Wan Mushadek (K) 2. Ismawati Binti Abdul Muid 3. Pn. Asniza Binti Abdul Khalib 4. Pn. Zainun Binti Mohd Rani 5. Pn. Siti Aisah Binti Hassan Pendaftaran ibu bapa dan VIP • Menyediakan borang pendaftaran • Mengambil kedatangan ibubapa, guru • Menyediakan nombor cabutan bertuah • Menyerahkan buku laporan mesyuarat bersama nombor cabutan bertuah • Menyerahkan makanan kepada ibubapa • Menyediakan buku pendaftaran VIP
BIL AJK Senarai Tugas 7. 1. En. Mohd Syauqi Bin Abu Hassan Perakam peristiwa / Dokumentasi • Merakam gambar sekitar mesyuarat agung 8. 1. Pn. Maisarah Binti Mistar 2. Cik Nor Syafiqah Aqilah Binti Mohammad Razi Pengacara Majlis • Mengacara majlis pada hari Mesyuarat Agung • Memastikan nama perasmi dan aturcara perjalanan majlis • Menguruskan pengumuman bagi acara cabutan bertuah 9. 1. Cik Nurnadiah binti Othman (K) 2. Pn. Juraidah Binti Jallani 3. Pn. Azizah Binti Othman 4. Pn. Norshawaldila Binti Mohd Shamsuddin (K) AJK PIBG 5. Rohaya Binti Mohd Yussuf Jamuan ibubapa / guru • Membuat tempahan makanan bagi seramai 200 orang (ibubapa, guru dan murid persembahan) • Memastikan makanan diserahkan kepada ibubapa semasa pendaftaran 10. 1. Pn. Nor Elena Fariza Binti Othman (K) 2. Pn. Maslina Azura Binti Mohd Sharif 3. Pn. Nazilah Binti Mat Rashid 4. Pn. Siti Mariam Binti Hussin 5. Pn. Khaliza Anis Binti Abdul Khalit 6. Pn. Nor Sakinah Binti Ishak 7. Pn. Nurhasyimah Binti Nordin 8. Pn. Coreen Thevi Ann Penyediaan Sijil 9. Pn. Natrah Binti Alias 10. Pn. Siti Salwa Binti Jumari Cenderahati AJK PIBG, VIP & Cabutan Bertuah • Menyediakan cenderahati kepada perasmi • Menyediakan cenderahati kepada AJK PIBG dan SLT • Menyediakan sijil bagi AJK PIBG • Menyediakan cenderahati cabutan bertuah (Sesi 1-10 buah, Sesi 2-10 buah) • Menyediakan 1 hadiah utama dan 2 hamper. (Sesi 3) 11. 1. Cik Nur Dalilah Atiqah Binti Mohamad 2. Pn. Siti Fatiah Binti Roslan 3. Pn. Sharifah Nurhayati Binti Syed Agil Pencatat Minit • Mencatat minit mesyuarat agung PIBG dan usul • Menggabungkan minit mesyuarat 12. 1. En. Azezuhaleem Bin Mat Yazid 2. En. Mohd Loqman Bin Hashim PA Sistem / Siaraya • Memasang PA sistem untuk kegunaan mesyuarat seawal yang mungkin pada hari mesyuarat agung • Menyediakan muzik kompang untuk ketibaan VIP • Memastikan mikrofon di tempat-tempat yang bersesuaian bagi kegunaan ibu bapa sewaktu perbahasan usul • Menyimpan PA sistem setelah selesai mesyuarat 13. 1. En. Zainol Bin Hasanan 2. En. Mohd Zaqir bin Mokhtar Protokol • Memastikan susun atur yang betul • Memastikan sesi berjalan mengikut tentatif. 15. 1. En. Mohammad Fazrul Akmal Bin Mohd Samsiri 2. En. Mohd Syauqi Bin Abu Hassan Banner / Tayangan Video • Membuat tempahan banner • Memasang banner di pintu pagar sekolah • Menyediakan video aktiviti sepanjang tahun
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK PULAU INDAH 2 APRESIASI Yang Dipertua Dan Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2 merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima Kasih kepada:- Mantan Guru Besar, Penolong-penolong Kanan dan Guru-guru serta Staf Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2 dan semua waris yang telah memberi kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan majlis kita serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga tuhan memberi keberkatan atas segala usaha kita