The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadhairul2406, 2022-01-11 11:47:04

KAJIAN LAPANGAN HAIRUL & SOLEHEN

KAJIAN LAPANGAN HAIRUL & SOLEHEN

KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2
MATAPELAJARAN UMUM

MPU 11012 – PENGAJIAN MALAYSIA

KAJIAN LAPANGAN

Topik 4: Kemasyarakatan Dan Perpaduan

SOALAN 1:Hidup berbilang kaum dalam masyarakat adalah
sebahagian daripada sejarah dan warisan kita, pengamalan sikap
yang positif yang ada di kalangan masyarakat berbilang kaum
yang akan menyumbang kepada perpaduan negara. Bincangkan
contoh elemen perpaduan seperti makanan, pakaian, dan
sebagainya yang ada dalam masyarakat.

NAMA PELAJAR :- DISEMAK OLEH :-
NORHAZLINA BINTI SAHARI
1. MUHAMMAD HAIRUL BIN JASMAN ( J04STS21F034 )
2. AHMAD SOLEHEN BIN AZMAN ( J04STS21F025 ))

PENGAJIAN MALAYSIA

PENYUMBANG PERPADUAN DARI SEGI
ELEMEN MAKANAN PAKAIAN DAN
LAIN - LAIN

PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai dipenuhi oleh penduduk yang
berbilang kaum. Hari ini, kaum Melayu adalah kumpulan etnik terbesar di Malaysia
iaitu merangkumi lebih 57 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk
kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan
kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan berketurunan Melayu. Pada asalnya
mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan
pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal
dengan sifat peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.

Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama
sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling
mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang
unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Tiga
kaum terbesar ini mempunyai pelbagai adat dan budaya tersendiri dalam mengeratkan
silaturrahim dan menguatkan perpaduan antara satu sama lain. Negeri Sabah dan
Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan
budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.

Dalam menyumbang kepada perpaduan kaum, terdapat banyak aspek yang
mempengaruhinya seperti cara pemakanan, sambutan perayaan, pemakaian
tradisional dan pelbagai lagi. Dalam kajian ini, kami telah memilih untuk
mengkaji bagaimana tradisi makanan sesuatu kaum itu dalam menyumbang ke
arah perpaduan kaum. Seperti yang kita sedia maklum, setiap kaum di
Malaysia ini mempunyai sejarah tentang makanan tradisional kaum masing-
masing. Pada hari ini, makanan bukan penghalang untuk mengeratkan
perpaduan sesama kaum. Roti canai, nasi lemak, lontong bukan hanya di
makan oleh kaum Melayu, tosei, capati dan roti nan bukan sahaja untuk kaum
India, yong tau fu bukan hanya dimakan oleh kaum Cina tetapi tanpa mengira
bangsa dan kaum, makanan ini dimakan oleh sesiapa sahaja, bukan mengira
Melayu, Cina ataupun India. Jadi sememangnya, pada hari ini, boleh dikatakan
makanan tradisi kaum dapat mempengaruhi perpaduan di negara ini.

OBJEKTIF

Melalui kajian ini kami dapat :-
1. Mengetahui peranan elemen – elemen makanan,pakaian tradisional,sukan, kebudayaan dan
bahaya Melayu dalam menyumbang kearah perpaduan diMalaysia walaupun mempunyai
kepelbagaian kaum dan masyarakat.

ELEMEN 01 MAKANAN
02 PAKAIAN
03 SUKAN
04 KEBUDAYAAN
05 BAHASA MELAYU

01 MAKANAN

MAKANAN KAUM MELAYU

MAKANAN KAUM CINA

KUIH BULAN

CAKOI

DIMSUM

MAKANAN KAUM INDIA

KARI

SAMOSA NASI BRIYANI

TOSAI CHAPATI

BAGAIMANA MAKANAN DAPAT MENYUMBANG KE ARAH PERPADUAN MASYARAKAT DALAM
MALAYSIA?

1. TERDAPAT PELBAGAI MAKANAN DI MALAYSIA YANG DIPEROLEHI DARI KEMAHIRAN MEMASAK OLEH
BEBERAPA KAUM UTAMA DIMALAYSIA.
CONTOHNYA,KAUM MELAYU MAMPU MENGHASILKAN NASI LEMAK,KAUM INDIA MAMPU
MENGHASILKAN KARI DENGAN PELBAGAI BAHAN MENTAH SEPERTI IKAN,AYAM DAN DAGING DAN
KAUM CINA MAMPU MENGHASILKAN KUIH BULAN DENGAN ISIAN YANG PELBAGAI

2. UNIKNYA HAMPIR SEMUA KAUM DIMALAYSIA BOLEH DAN MAMPU MENYESUAIKAN SELERA
DENGAN CITARASA MAKANAN DARIPADA KAUM LAIN
HAL INI DIKATAKAN SEBEGITU KERANA MAJORITI DARI SETIAP KAUM BOLEH MALAH ADA YANG SUKA
MAKAN MAKANAN YANG MEMPUNYAI CIRI KHAS KAUM LAIN

3. SELAIN ITU, ADA JUGA YANG MENGUBAHSUAI RESEPI TANPA MENGHILANGKAN KEASLIAN DARI
MASAKAN TERSEBUT AGAR DAPAT MENYESUAIKAN DENGAN SELERA SESETENGAH INDIVIDU
CONTOHNYA PENGGUNAAN BAHAN HALAL DAN MENAMBAH RASA PEDAS DALAM MASAKAN KERANA
HAMPIR SEMUA MASYARAKAT MELAYU GEMAR AKAN RASA PEDAS DAN SEBALIKNYA BAGI 2 KAUM
LAIN SEPERTI KAUM CINA YANG TIDAK GEMAR AKAN RASA PEDAS…..

PAKAIAN

BAGAIMANAKAH PAKAIAN DAPAT MENGUATKAN PERPADUAN DALAM NEGARA?

1. ELEMEN INI MENYUMBANG KEPADA PERPADUAN MASYARAKAT DIMALAYSIA KERANA TIADA
MANA – MANA PIHAK DAN KAUM YANG TIDAK BERSETUJU JIKA PAKAIAN KHAS KAUM MEREKA
YANG TELAH DITRADISIKAN DIGUNAKAN OLEH KAUM LAIN. CONTOHNYA, LELAKI INDIA
MEMAKAI BAJU MELAYU,PEREMPUAN CINA MEMAKAI BAJU KURUNG, LELAKI MELAYU MEMAKAI
KURTA DAN SEBAGAINYA.

2.ELEMEN INI DAPAT DILIHAT SEMASA HARI PERSANDINGAN DIATAS PELAMIN .
TERDAPAT BEBERAPA PASANGAN PENGANTIN YANG SUKA DAN MINAT AKAN KEINDAHAN DAN
KEUNIKAN PAKAIAN TRADISIONAL KAUM LAIN SEHINGGA MENGGUNAKAN PAKAIAN TERSEBUT
SEBAGAI TEMA UNTUK BERSANDING . SELAIN ITU, ADA JUGA YAMG MENGADAKAN MAJLIS –
MAJLIS DENGAN TEMA TERTENTU SEPERTI TEMA MELAYU KLASIK DAN TEMA INDIA. TEMA
SEPERTI INI BIASANYA DIGUNAKAN SEMASAM MAJLIS REUNION,MAJLIS SAMBUTAN HARI
KEMERDEKAAN DAN BANYAK LAGI…

3. SELAIN ITU, PAKAIAN MENGIKUT CIRI KHAS KAUM – KAUM UTAMA DIMALAYSIA
SANGATLAH UNIK SEHINGGA MAMPU MENARIK MINAT KAUM LAIN UNTUK
MENCUBANYA MALAH ORANG LUAR YANG DATANG MELAWAT KE NAGARA KITA
JUGA TERPUKAU DENGAN KEINDAHAN PAKAIAN – PAKAIAN TRADISI KAUM YANG
ADA DIMALAYSIA.

EKORAN TINDAKAN DIATAS MENYEBABKAN INTERAKSI ANTARA KAUM AKAN LEBIH
KERAP DAN MELUAS KERANA SESUATU KAUM YANG INGIN MENCUBA PAKAIAN
KAUM LAIN MESTI BERTANYA AKAN CARA PEMAKAIAN PAKAIAN TERSEBUT
CONTOHNYA PEREMPUAN MELAYU INGIN MEMAKAI SARI MAKA DIA PERLU
BERTANYA KEPADA INDIVIDU DARI KAUM INDIA TENTANG CARA PEMAIAKAINNYA.

BAJU MELAYU

1. Baju melayu ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu.
2. Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang)

dan seluar panjang serta dilengkapi dengan samping dan songkok.

3. Baju Melayu terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang.
4. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke

pejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian adat.
5. Baju Melayu juga merupakan pakaian rasmi Malaysia

BAJU KURUNG
1. Baju kurung adalah berasal dari negeri Johor.
2. Pakaian ini merupakan pakaian tradisional kaum wanita Melayu. Menurut sejarah

kewujudan pakaian ini, baju kurung dikatakan wujud dua ratus tahun yang lampau.
3. Baju kurung dikatakan hasil kreatif Sultan Abu Bakar iaitu sultan Johor pada tahun 1866.
4. Selain itu, ada juga cerita yang menyatakan bahawa baju kurung telah wujud sejak zaman

Kesultanan Melayu Melaka lagi. Baju kurung dikenakan oleh wanita-wanita di Melaka pada
ketika.

5. Pada masa kini, baju kurung ditambah dari segi perhiasannya bagi menambah keanggunannya.
6. Kebanyakan baju kurung diperbuat daripada kain sutera yang halus dan lembut.
7. Baju kurung masa kini ditambah dengan manic dan disulam dengan benang berwarna emas bagi

perhiasan baju kurung tersebut.
8. Selain itu, bebagai motif warna juga digunakan bagi membuat corak pada pakaian baju kurung.Baju

kurung kini dijadikan sebagai pakaian rasmi kerajaan Malaysia yang dipakai oleh kakitangan di
jabatan-jabatan kerajaan dan juga kakitangan swasta.
9. Baju kurung dijadikan sebagai pakaian kebangsaan di Malaysia. Semua etnik di Malaysia dilihat
memakai baju kurung ini walaupun dimana sahaja berada.

KURTA

1. Kurta adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi.
Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat
daripada kain kapas atau linen.

SARI

1. Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia.
2. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang

berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang
dengannya.

3. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atasbahu kiri.
4. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut.
5. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.

SAMFOO

1. Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek Kantonis.
2. Samfoo dipakai oleh lelaki berketurunan Cina.
3. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar

tinggi serta dipakai bersama seluar longgar.

4. Pakaian tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina.
5. Ia diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching.
6. Ia adalah pakaian tradisional kepada Orang Manchu..

HANFU

1. Hanfu merupakan pakaian orang Cina merupakan Suku Cina Han merupakan
pakaian tradisional sebenar kaum Cina.

2. Gambar yang ditunjukkan ialah pakaian tradisional kaum lelaki.

CHEONGSAM

1. Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai
pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

2. Kehadiran mereka ini membawa bersama adat resam, budaya dan corak pakaian
tradisional yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.

3. Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas
dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa
dan kesesuaian.

4. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam
majlis dan upacara.

5. Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina.
6. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan

dan semasa Tahun Baru Cina.
7. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras

lutut.
8. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya

SUKAN

1. BIDANG sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam
memupuk perpaduan antara kaum.

2. Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan.
3. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada

masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta.

4. Sukan dapat membentuk perpaduan dengan cara mengadakan pelbagai aktiviti
yang menarik minat orang termasuk mencari bakat agar dapat sukan terus
berjalan disamping perpaduan dapat diteruskan.

5. Contoh sukan yang boleh dipertandingkan ialah berkayak. Hal ini kerana dapat
menarik minat orang tanpa mengira umur, bangsa dan kaum bagi menyertai
pertandingan yang dipertandingkan.

6. Sukan juga dikatakan dapat memupuk semangat perpaduan kerana semasa
proses sesuatu sukan dijalankan setiap individu mestilah bekerjasama bagi
memenangkan perlawanan bagi sukan tersebut.

7. Hal ini demikian akan menyebabkan setiap satu daripada mereka mesti
menurunkan ego bagi bermain bersama – sama dengan pasukannya yang
terdiri dari pelbagai kaum.

8. Situasi seperti ini dapat dilihat lagi dengan lebih jelas apabila dia bermain di
peringkat yang lebih besar dan diletakkn didalam pasukan yang majmuk.

9. Selain itu sukan dapat membentuk perpaduan dengan cara menonton pertandingan tersebut.
10. Hal ini dikatakan sebegitu kerana semasa menonton pertandingan tersebut pasti akan ada

berbilang kaum disuatu tempat itu tidak kiralah distadium mahupun dia kedai makan yang
menayangkan paparan siaran langsung pertandingan sesuatu sukan.
11. Dengan ini jelas lah bahawa buakn sahaja bermain didalam sukan tersebut sahaja dapat
membentuk perpaduan malah menjadi penonton juga tidak terkecuali dari terbentuknya nilai
perpaduan dalam diri sebagai rakyat Malaysia.

BIODATA DATUK LEE CHONG WEI

 Nama penuh:Lee Chong Wei
 Tarikh Lahir:21 Oktober 1982
 TempatLahir:Penang,Malaysia
 Kerjaya:Pemain Badminton Keseorangan Lelaki PENCAPAIAN

1)SUKAN SEA 2005 DI MANILA

Dato' Lee Chong Wei telah membanggakan nama Malaysia setelah mendapat tempat ke-2
pada aksi final di sukan SEA 2005 di Manila.

1. Perpaduan yang dapat dilihat dari perkembangan sukan di negara kita ialah contoh
dalam sukan badminton yang telah mendapat nama di peringkat tinggi iaitu Dato'Lee
Chong Wei.

2. Beliau telah mengharumkan nama negara Malaysia dengan menyertai sukan ini.
3. Selain itu,perpaduan antara kaum dapat dilihat antara satu sama lain.
4. Pelbagai kaum iaitu Melayu,India dan Cina telah berganding bahu untuk memberi

sokongan yang padu kepada Dato'Lee Chong Wei dalam sukan badminton ini.
5. Hal yang demikian menjelaskan bahawa telah wujud perpaduan melalui sukan dalam

negara kita.

 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serius untuk kembali memperluaskan sukan bola
sepak yang terbukti sebagai ejen paling ampuh dalam penyatuan,perpaduan dan membina
negara untuk kegunaan semua lapisan masyarakat.

 Presiden FAM iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara itu dapat dilihat melalui
pembentukan pasukan kebangsaan pada era 1950-an hingga 90-an dan percaya dengan
kerjasama seluruh masyarakat bukan Melayu,Zaman kegemilangan itu akan dapat
dikembalikan.

 Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM juga mengajak masyarakat Cina untuk
menyemarakkan semula penyertaan mereka dalam bola sepak tempatan bagi menawarkan
dimensi berbeza terhadap landskap sedia ada di samping menjadikan bola sepak sebagai satu
pilihan kerjaya anak-anak mereka.

 Di setiap negara mempunyai pelbagai jenis sukan yang menarik tetapi bola sepak juga
merupakan raja sukan dan dijadikan sukan utama di negara kita pada masa kini.

 Jika dilihat di sukan SEA 2017 Malaysia telah menjadi tuan rumah dan telah mendapat
juara keseluruhan .

 Tetapi untuk sukan bola sepak pula Malaysia yang mempunyai pemain yang berlainan
kaum telah layak ke peringkat akhir.

 Penyokong Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum bersemangat memberi sokongan
kepada pasukan Malaysia .

 Ini terbuktilah bahawa sukan bola dapat memberi perpaduan kepada negara.

KEBUDAYAAN

1. MALAYSIA kaya dengan kepelbagaian budaya, bahasa, adat resam dan agama.
2. Masyarakat luar sering memandang Malaysia sebagai negara model perpaduan atas

keharmonian dan kesejahteraan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
latar belakang.
3. Silang budaya berlaku apabila dua atau lebih individu daripada latar belakang
berbeza berinteraksi.

4. Perbezaan latar belakang ini mencakupi budaya luaran yang ketara seperti
pakaian, rupa, bahasa, adat resam, makanan dan tempat tinggal.

5. Manakala budaya dalaman yang tidak ketara adalah seperti pengetahuan,
kepercayaan, moral dan nilai hidup.

6. Apabila perbezaan budaya ini difahami, ia akan melahirkan hubungan yang positif
dan harmoni.

7. Program seperti pertukaran murid dan guru, bermain sukan dan persembahan
budaya secara bersama, mungkin boleh menjadi penawar kepada masalah
hubungan antara kelompok masyarakat yang berbeza.

8. Ekoran tindakan diatas mampu membentuk dan memeupuk perpaduan kerana
setiap individu dimalaysia dapat mengetahui setiap budaya bagi kaum yang ada
diMalaysia dan dapat memenghormati budaya antara satu – sama lain.

9. Hal ini dapat mengelakkan pergaduhan dan peselisihan faham dan dapat
mengekalkan keharmonian serta perpaduan tetap berjalan seiring dengan waktu.

INAI

1. Mengikut sejarah, penggunaan inai ini bermula dari India yang diperkenalkan pada
zaman Moghul.

2. Ada juga fakta mengatakan penggunaan inai bermula dari Mesir.
3. Budaya merantau yang diamalkan masyarakat dulu untuk tujuan perdagangan

menyebabkan budaya memakai inai turut mempengaruhi masyarakat di kawasan
yang dikunjungi.

4. Malaysia khususnya antara negara yang mendapat pengaruh berkenaan dan penggunaan
inai kini sudah menjadi tradisi atau adat dalam perkahwinan masyarakat Melayu.

5. INAI dalam perkahwinan Melayu seakan menjadi kewajipan.
6. Istiadat berinai adalah antara tradisi dalam perkahwinan Melayu yang boleh dikategorikan

kepada tiga acara, iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar.
7. Masyarakat dulu kala menggunakan inai pada kuku tangan dan kaki sebagai perhiasan

kerana inai mempunyai keharuman bau asli selain untuk perubatan.

1. Majlis perkahwinan yang menggunakan tema pakaian tradisional kaum lain sudah menjadi
tren pada hari ini .

2. Ramai pasangan yang memilih untuk tampil berbeza semasa majlis persandingan mereka .
3. Hal ini dapat memupuk dan meyumbang perpaduan dalam negara kerana tiada mana – mana

pihak yang terganggu dengan aktiviti tersebut.

1. Budaya gotong royong dapat mengekalkan perpaduan masyarakat diMalaysia.
2. Hal ini kerana aktiviti gotong royong akan melibatkan semua penduduk setempat bagi

membersihkan kawasan kejiranan mereka .
3. Ekoran tindakan itu mereka dapat berinteraksi dengan kerap , saling berkenalan dan saling

membantu antara satu sama lain.
4. Hal ini demikian dapat menyebabkan berkurangnya berlaku permasalahan kerana sudah

terjalinnya pertemanan dan akan timbul rasa ehsan dalam diri menjadikan seseorang itu lebih
bertolak ansur sesama sendiri.
5. Dengan ini perpaduan akan terus berkekalan hingga ke akhir zaman.

BAHASA

1. Kerap dibicara dan dipaparkan oleh media massa bahawa pihak kerajaan
mengutarakan pelbagai program berkenaan bahasa Melayu.

2. Antara tujuan belakang tabir adalah terarah kepada usaha meningkatkan kesedaran
dan kefahaman masyarakat tentang nilai bahasa Melayu itu sendiri.

3. Kesedaran semua pihak wajar ditingkatkan untuk menerap nilai bahasa dan kaitannya
yang mendalam terhadap budaya dan kebudayaan.

4. Nilai bahasa Melayu juga wajar diaplikasikan atas sesuatu hasrat dan aspirasi yang
menyentuh perpaduan nasional.

5. Terdapat beberapa contoh dalam pelaksanaan program berkaitan, seperti Bulan Bahasa
Kebangsaan dan Kempen Bahasa Jiwa Bangsa.

6. Penggunaan Bahasa Melayu juga mampu menyumbang kepada perpaduan dalam
negara.

7. Hal ini kerana bahasa melayu adalah bahasa yang paling kerap digunakan diMalaysia .
8. Hampir kesemua kaum tahu dan mampu memahami serta bertutur dalam Bahasa

Melayu.

9. Ekoran tindakan itu maka wujudlah perpaduan antara kaum kerana adanya komunikasi yang
jelas dan dapat difahami antara satu dengan yang lain.

10. Selain itu pihak kerajaan yang mewujudkan sekolah – sekolah kebangsaan yang mewajibkan
Bahasa Melayu dalam pembelajaran di sekolah adalah 1 langkah bijak dan tepat bagi memastikan
kelangsungan perpaduan kaum diMalaysia.

11. Hal ini dikatakan sebegitu kerana budaya dan penggunaan Bahasa Melayu tidak akan luput dan
hilang ditinggal zaman.

1. Merujuk negara kita yang majmuk ini, secara dasarnya tidak ada
sesiapapun yang berhak untuk membenci mana-mana bahasa pun
yang dituturkan di negara ini .

2. Rakyat yang berbilang kaum di Malaysia menggunakan bahasa
mereka sendiri untuk berkomunikasi sesama sendiri, manakala
untuk berkomunikasi dengan bangsa yqng berlainan, mereka
menggunakan bahasa asing.


Click to View FlipBook Version