30 1 SABTU I 29.06.24 8 PAGI - 1 TGH HARI DEWAN AL-FURQAN SMK AGAMA KENINGAU
2 Isi kandungan BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN 1 Notis Panggilan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 Tahun 2024 3 2 Teks Ucapan Perasmi, YDP PIBG dan Pengetua 4 - 7 3 Atur Cara Majlis 8 4 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 Tahun 2024 8 5 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 Tahun 2024 9 - 11 6 Senarai AJK PIBG Sesi 2023/2024 12 7 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-8 Tahun 2023 13 - 19 8 Laporan Belanjawan PIBG SMK Agama keningau tahun 2023 20 9 Laporan Aktiviti PIBG SMK Agama Keningau Tahun 2023-2024 21 - 23 10 Ringkasan Usul Mesyuarat Tahunan PIBG 24 - 26 11 Sekalung Penghargaan 27 29 Catatan
28 Catatan 3 Notis Mesyuarat
4 Ucapan Perasmi Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas jemputan untuk hadir ke majlis pada hari ini dan seterusnya merasmikan mesyuarat Agung PIBG sekolah ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada penasihat dan Jawatankuasa PIBG kerana telah dapat merancang, mengelola dan melaksanakan mesyuarat ini dengan jayanya. Tuan-tuan dan puan-puan, Mesyuarat PIBG perlu diadakan dengan tujuan mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid-murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ‘Saling Melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah. Bak kata pepatah, “Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat”. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, majlis pada pagi ini juga amat bermakna, kerana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat demi kepentingan dan masa depan anak masing-masing. Permuafakatan merupakan kunci kejayaan PIBG dan sekolah untuk menggembleng tenaga ke arah tahap kecemerlangan yang diharapkan. Harus juga diingatkan, kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula dari rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita terdidik dengan nilai murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar rumah. Jelas, tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak sebenarnya adalah tanggungjawab bersama antara ibu bapa dan guru-guru di sekolah. Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab itu sepenuhnya ke atas bahu guru dan pihak sekolah. Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif untuk menyumbangkan usaha ke arah tersebut. Selain membantu dalam kebajikan anak-anak didiknya, guru juga berperanan dalam kejayaan sesebuah sekolah. Tuan-tuan dan puan-puan, sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas jemputan ke majlis pada pagi ini dan mengucapkan syabas serta tahniah kepada AJK PIBG yang bakal dilantik sebentar lagi. Tunaikanlah amanah itu dengan rasa suka cita dan tanggungjawab demi kecemerlangan anak-anak kita bersama. Harapan saya, semoga Mesyuarat Agung PIBG kali ke-9 ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur hingga ke penghujungnya. Dengan penuh takzim, saya dengan suka citanya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKA Keningau kali ke-9 ini. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.k. Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih pengacara majlis. Yang berusaha, Pn Shaharoom binti Hashim, Pengetua SMK Agama Keningau, Yang dihormati En Matjabor bin Lasiman, selaku Yang Dipertua (YDP) PIBG, Penolong -penolong Kanan, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, Guru-guru, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. 27 Penghargaan SEKALUNG PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA : PENGETUA Pn Shaharoom binti Hashim GURU PENOLONG KANAN En. Saripin Muji Ustz Sulaimin bin Musinin Ustz. Saimin bin Jamarin GURU-GURU SMKA KENINGAU KAKITANGAN SMKA KENINGAU YDP PIBG En Matjabor bin Lasiman PERASMI Yang Berbahagia, YB Datuk Anuar Ayub Aman, Ahli Dewan Undangan Negeri, N. 41 Liawan IBU BAPA MURID-MURID SMKA KENINGAU
26 KOKURIKULUM Cadangan untuk sekolah mewujudkan kelab persatuan seni bela diri seperti silat atau taekwando khasnya untuk pelajar perempuan agar pelajar perempuan tahu teknik bela diri bagi mengelakkan terjadi perkara yang tidak baik Cadangan yang baik. Namun demikian, sekolah menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar (guru penasihat) untuk mewujudkan kelab / persatuan yang baru. Namun demikian, cadangan ini akan dipertimbangkan pada masa akan datang. DISIPLIN Saya mencadangkan agar pihak sekolah dapat membuat kutipan denda (cadangan RM20) kepada murid lelaki yang berambut panjang (sekiranya dipotong oleh pihak sekolah). Hal ini penting untuk memberi pengajaran kepada murid dan untuk memberi peringatan kepada ibu bapa agar lebih cakna terhadap penampilan murid mengikut acuan SMK Agama Keningau. Cadangan ini akan dipertimbangkan dan akan dibincangkan bersama pengurusan tertinggi PIBG Ringkasan Usul Mesyuarat Tahunan PIBG 2023 5 Ucapan YDP PIBG Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.k. Yang Berbahagia, YB Datuk Anuar Ayub Aman, Ahli Dewan Undangan Negeri, N. 41 Liawan, Yang berusaha Datin Hasnah Mohd Yakob, Pengetua SMK Agama Keningau, Yang dihormati barisan Penolong Kanan, Ketua-ketua bidang, AJK PIBG, guruguru, para ibu bapa dan hadirin hadirat yang dikasihi sekalian. Marilah kita menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya maka kita dapat bersama-sama berkumpul di Dewan Al Furqan SMK Agama Keningau pada pagi ini untuk bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Agama Keningau Kali Ke-9 Tahun 2024. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia, YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, Keningau yang sudi hadir untuk merasmikan majlis kita pada pagi ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah terutama kepada Datin Hasnah Mohd Yakob, Pengetua SMK Agama Keningau, juga merupakan penasihat PIBG serta kepada para guru dan AJK PIBG yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMKA Keningau Kali Ke-9 Tahun 2024. Yang Berhormat Datuk, Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian, PIBG merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti. Justeru, PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, PIBG SMKA Keningau telah banyak berkolaborasi dengan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah. Justeru, saya amat berharap agar program dan aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan para pelajar SMKA dapat diteruskan dari tahun ke tahun agar potensi para pelajar dapat dicungkil dan diperkasakan. Tuan-tuan dan puan-puan, Sepanjang tempoh saya menerajui PIBG SMK Agama Keningau, saya dan para AJK PIBG sentiasa menyokong segala usaha sekolah untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan pelajar. Saya amatlah berbesar hati sekiranya pihak pihak sekolah dapat meneruskan segala aktiviti yang dirancang agar anak-anak kita akan berjaya dalam pelajaran seterusnya menjadi insan yang berguna untuk bangsa dan negara. Saya dan para AJK juga akan sentiasa membantu dari segi sokongan moral memandangkan terdapat sarana ibu bapa dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa untuk membantu pihak sekolah yang telah pun ditubuhkan Yang berhormat Datuk, tuan-tuan dan puan-puan, Saya tidak berhajat untuk berucap dengan lebih panjang lagi. Saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk yang telah sudi hadir dan semua pihak yang telah menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMKA Keningau Kali Ke-9 Tahun 2024. Semoga segala pengorbanan dan kerjasama yang diberikan akan diberkati oleh Allah swt seterusnya mendatangkan impak yang positif dalam perkembangan pendidikan anakanak kita seterusnya melahirkan generasi yang cemerlang dan dapat menyumbang kepada kemajuan agama, bangsa dan negara. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.k.
6 Ucapan Pengetua Bismillahhirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Yang Berhormat, Datuk Anuar Ayub Aman, Ahli Dewan Undangan Negeri, N. 41 Liawan Yang Berbahagia, Encik Matjabor bin Lasiman, YDP PIBG SMKA Keningau, Yang Berusaha, En Saripin Muji, Penolong Kanan Pentadbiran, Yang Dihormati Ust Sulaimin Musinin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ust Saimin Jamirin, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru SMKA Keningau, Ahli jawatankuasa PIBG, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-9 dapat diterjemahkan hari ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang berhempas pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, SMK Agama Keningau komited dalam usaha untuk menggalas visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan sahsiah pelajar ke arah kecemerlangan melalui pendidikan berkualiti berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan. Namun, dalam merealisasikan visi dan misi ini, pihak sekolah memerlukan sokongan tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa agar dapat bergerak seiring dengan pihak sekolah dan bertindak secara kolektif dalam usaha menjayakan program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk melahirkan modal insan yang berprestij dan berketrampilan. Namun, dewasa ini, ramai ibu bapa tidak hadir apabila pihak sekolah mengadakan program dan majlis ilmu dengan memberi alasan sibuk bekerja. Keadaan ini amat menyedihkan pihak sekolah kerana ditakuti anak-anak kita akan tersasar jauh. Jadi, saya mewakili pihak sekolah menyeru supaya ibu bapa memberi kerjasama yang erat kepada pihak sekolah supaya kita sama-sama dapat berganding bahu dan sekaligus dapat menyuntik semangat belajar dalam sanubari anak-anak. Hal ini kerana, pepatah mengatakan bahawa “yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang”. Hadirin sekalian, Anak-anak amat memerlukan inspirasi dan galakan untuk belajar. Minat belajar perlu ditanam dan disemai dalam jiwa anak-anak kerana mereka ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan dan mewarnainya. Anak-anak memerlukan masa untuk bermesra dan berbincang dengan ibu bapa mereka. Ibu bapa perlu memastikan bahawa mereka mempunyai masa untuk tujuan tersebut. Hal ini tidak mustahil dilakukan walaupun ibu bapa sibuk bekerja. Ibu bapa boleh menelefon untuk bertanya khabar atau makan semeja pada waktu yang berkesempatan. Pokoknya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. 25 ASRAMA Cadangan untuk mengadakan hari lawatan pelajar pada minggu yang tiada kepulangan wajib. Pihak sekolah membenarkan ibu bapa / penjaga melawat anak setiap hujung minggu dari jam 8.00am sehingga jam 3.00pm secara giliran. Contoh, Tingkatan 1 dan 2 dari jam 8.00am sehingga 12.00 TGH hari. Tingkatan 3, 4 & 5 dari jam 12.30 - jam 3.00ptg. Pihak asrama mengambil kira faktor keselamatan. Dan Cadangan ini akan dipertimbangkan serta dihalusi. Jalan sesak semasa menghantar anak ke asrama. Cari alternatif lain bagi mengelakkan kesesakan semasa menghantar dan mengambil anak semasa kepulangan wajib atau pilihan. Bagi mengatasi masalah ini, pihak asrama telah menetapkan jadual masa kepulangan mengikut tingkatan. Diharapkan agar ibu bapa dapat menepati masa kepulangan anak-anak agar tiada lagi masalah kesesakan semasa kepulangan. Menangani isu kehilangan barangbarang di asrama Pihak asrama akan berusaha mencari jalan yang terbaik dan meminta kerjasama ibu bapa/penjaga dalam merealisasikan uasaha ini. Kad matriks adalah salah satu uasaha untuk menangani isu kehilangan duit tunai. Cadangan untuk mengadakan gotong royong membersihkan asrama setiap 2 atau 3 bulan bersama ibu bapa. Terutama bagi mengatasi masalah kebersihan air kolah asrama. Cadangan yang dan akan diertimbangkan untuk dimasukkan dalam takwim asrama. Cadangan berkaitan penghantaran barang anak-anak di asrama. Sekiranya pihak sekuriti asrama ingin membuat pemeriksaan barangan yang dihantar ke asrama, mohon agar pemeriksaan dibuat atau dibuka di hadapan anak-anak (pemilik barang) untuk mengelakkan keciciran atau kehilangan barangan terutama wang tunai. Proses ini akan diperhalusi dan dimaklumkan kepada pihak pengawal. Ringkasan Usul Mesyuarat Tahunan PIBG 2023
24 Ringkasan Usul Mesyuarat Tahunan PIBG 2023 KATEGORI USUL TINDAKAN AKADEMIK Cadangan untuk menyenaraikan semua pembelian buku kerja atau buku nota semasa pendaftaran agar memudahkan ibu bapa untuk bersedia dengan bajet dan membuat pembayaran sekaligus. Cadangan akan dipertimbangkan dan akan diperhalusi di peringkat sekolah. Menaikkan sumbangan kecemerlangan murid-murid Tingkatan 5 agar sekolah mempunyai dana tambahan untuk melakukan program-program kecemerlangan yang melibatkan murid Tingkatan 5. Cadangan ini akan dibincangkan bersama pengurusan tertinggi PIBG. KEMUDAHAN Dicadangkan pembinaan telaga air graviti/telaga tiub untuk mengatasi masalah air yang seringkali berlaku di sekolah. PIBG sedang dalam usaha untuk menaiktaraf kolah asrama dan menambah bilangan tangki bagi mengatasi masalah ketiadaan bekalan air di kawasan sekolah Pihak sekolah & PIBG perlu bekerjasama membuat tindakan susulan bagi mengatasi masalah kerap ketiadaan air di asrama dan sekolah. Menambah bilangan tangki air di asrama bagi mengelakkan masalah ketiadaan air. Pihak asrama akan menambah 5 tangki air baharu untuk asrama. PEMBANGUNAN Mohon agar persekitaran sekolah dapat diperkemaskan dari segi kebersihan terutamanya bagi mengatasi masalah keadaan rumput di kawasan hadapan sekolah yang sangat panjang. Gotong-royong MADANI kerjasama dengan PIBG sekolah diadakan pada 28 Jun 2024 untuk membersihkan kawasan sekolah. Buat bumbung pejalan kaki untuk pelajar Sekolah sedang dalam proses untuk memohon kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. 7 Ucapan Pengetua Hadirin yang dihormati sekalian, Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, PIBG menghadapi pelbagai cabaran membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak dari semasa ke semasa. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan yang diharapkan. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk ibu bapa dan ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat, iaitu membantu murid berjaya. Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak di rumah tidak dapat dinafikan. Apabila ibu bapa terlibat sama, sekolah mendapat banyak manfaat antaranya pencapaian murid meningkat, kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan dan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa menjadi lebih baik. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Akhir sekali, saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum. Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang diterajui oleh Encik Matjabor bin Lasiman yang banyak memberi sokongan baik dalam bentuk kewangan mahupun idea serta moral. Tidak keterlaluan jika saya katakan, barisan PIBG sekolah ini amat dedikasi dan komited dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan kecemerlangan. Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjaya kepada agama, bangsa, dan negara. Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
8 Atur cara Majlis 7.30 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga 8.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-9 : Ucapan YDP Agung : Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu : Pembentangn Laporan Setiausaha : Pembentangan Laporan Bendahari : Cabutan Tiket Bertuah 1 : Perbahasan Usul 10.00 pagi : Ketibaan perasmi : Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku : Bacaan Doa : Ucapan Yang Dipertua PIBG (En. Matjabor bin Lasiman) : Ucapan Pengetua - (Ustazah Shaharoom binti Hashim) : Ucapan Perasmian - (YB Datuk Annuar Ayub Aman) 10.45 pagi : Penyampaian Hadiah Liga Bola Sepak Tertutup PIBG SMK Agama >>>>>>>>>>> Keningau 2024 >>>>>>>>>>> : Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi 11.00 pagi : Perbahasan Usul ... : Pembubaran dan pelantikan AJK PIBG sesi 2024/2025 >>> : Ucapan penangguhan oleh YDP PIBG sesi 2024/2025 12:30 tengahari : Penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2024/2025 >> : Cabutan Tiket Bertuan 2 1.00 tengahari >> : Bersurai AGENDA MESYUARAT : 3.1 Ucapan YDP PIBG 3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu 3.3 Pembentangan Laporan Bendahari 3.4 Pembubaran dan Pelantikan AJK PIBG sesi 2024/2025 3.5 Perbahasan usul 3.6 Hal-hal lain 3.7 Ucapan Penangguhan Agenda Mesyuarat Agung PIBG 2024 23 Laporan Aktiviti PIBG 2023 PIBG pada tahun 2023, banyak membiayai serta menyumbang dalam programprogram kecemerlangan kurikulum, pemantapan disiplin murid, keceriaan kelas, keselesaan pelajar di masjid dan sebagainya. Namun begitu, terdapat beberapa aktiviti PIBG yang dirancang terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Secara keseluruhannya, peranan PIBG dalam membantu sekolah dilihat masih berjaya. Program-program berimpak tinggi yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dan dibiayai oleh PIBG adalah amat membanggakan dan secara tidak langsung telah memberikan petunjuk yang jelas lagi signifikan terhadap peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) pada tahun 2023. Justeru, diharapkan dengan kejayaan-kejayaan dalam program dan aktiviti yang dirancang oleh PIBG bersama pihak sekolah bagi tahun 2023 akan dapat memajukan sekolah pada tahap yang lebih baik pada masa akan datang. Disediakan oleh, ________________ (RAFELYN SALBIO) Setiausaha PIBG SMK Agama Keningau
22 Laporan Aktiviti PIBG 2023 10 Pertandingan Dare to Spell Peringkat Kebangsaan 6 November 2023 Selesai 11 Program Kerjasama Pendidikan Antarabangsa Edu-Network Keningau-Korea 2 Disember 2023 Selesai 12 Majlis Ihtifal Kecemerlangan SMK Agama Keningau 13 Disember 2023 Selesai 13 Majlis Restu Ilmu & Solat Hajat Pelajar SPM1 5 Januari 2024 Selesai 14 Penyelenggaraan Dewan Al-Furqan, Keceriaan Dewan Makan Asrama & Pejabat Pentadbiran Januari 2024 Selesai 15 Pembinaan Pentas Khas Dewan Febuari 2024 Selesai 16 Majlis Makan Malam Murid SPM 6 Mac 2024 Selesai 17 Program Pengukuhan Kurikulum Adab & Nilai Sekolah (PEMANIS) Peringkat Sekolah 25 Mac 2024 Selesai 18 Program Global AFS Malaysia Exchange 2024 15-19 April 2024 Selesai 19 Program Ihya Ramadhan & Kembara Ramadhan 22 April 2024 Selesai 20 Program Bai’ah Najah (Aku Janji) Calon SPM 26 April 2024 Selesai 21 Kejohanan Merentas Desa MSSS Tahun 2024 23-24 Mei 2024 Selesai 22 Majlis Sambutan Hari Raya Terbuka SMK Agama Keningau 4 Mei 2024 Selesai 23 Program Kecemerlangan Cakna Bahasa Melayu SPM 2024 23 Mei 2024 Selesai 24 Bengkel Teknik Menjawab Sains SPM 2024 25 Mei 2024 Selesai 25 Program Kecemerlangan Kimia SPM 2024 20 Mei 2024 Selesai 26 Sambutan Hari Guru 2 21 Mei 2024 Selesai 27 Pembinaan Sign Board Simpang Masuk SMK Agama Keningau 2 Jun 2024 Selesai 28 Majlis Penyerahan Slip SPM 2023 8 Jun 2024 Selesai 29 Pertandingan Liga Bola Sepak Tertutup PIBG SMK Agama Keningau 23 Jun 2024 Selesai 30 Gotong-Royong MADANI 28 Jun 2024 Selesai 9 Ahli Jawatankuasa Induk Penasihat : Pn Shaharoom binti Hashim Pengerusi PIBG : En. En Matjabor bin Lasiman Naib Pengerusi 1 : En. Saripin Muji (PK Kurikulum) Naib Pengerusi 2 : Ust Sulaimin Musinin (PK HEM) Naib Pengerusi 3 : Ust. Saimin bin Jamarin (PK Ko-kurikulum) Naib Pengerusi 4 : Ust Mislan bin Mistah Setiausaha PIBG : Pn Rafelyn Salbio Pen. Setiausaha : Pn Nurhidayatul Hadi binti Haidon Bendahari : Pn Shakirah Chong Abdullah Pen Bendahari : Pn Salbiah binti Juhali AJK Pelaksana TUGAS NAMA DESKRIPSI TUGAS Floor Manager Pn Nurhidayatulhadi binti Haidon Hadi Mengawal perjalanan majlis Memastikan majlis berjalan lancar mengikut aturcara yang telah ditetapkan Membantu pengacara majlis mendapatkan semua maklumat berkaitan majlis Menyelaras hubungan antara jawatankuasa PA system Penyambut Tetamu / Protokol Majlis En Saripin Muji Ust Sulaimin Musinin En Azrul William Pn Sufiah Anom Pn Surayah Salih Pn Rolita Gibon Menunggu kehadiran tetamu kehormat Mengalu-alukan kehadiran tetamu Pengacara Majlis Pn Siti Misah Yusof Menyediakan teks pengacaraan Mengambil maklum aturcara majlis dan perubahan yang berlaku. Mengacarakan majlis dari awal sehingga akhir. Bacaan Doa Ustaz Maarof Mohd Hamzah Mengetuai acara bacaan doa majlis
10 AJK Pelaksana Pengerusi Sementara Pn Siti Misah Yusof Menjadi pengerusi sementara selepas pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 Mengendalikan pelantikan AJK PIBG sesi 2023/2024 Pencatat Minit Mesyuarat Pn Siti Natrah binti Ali (K) Cik Nur Syairah Iman Pn Afiqah Basran Mencatat minit mesyuarat Agung PIBG kali ke9 sesi 2024/2025 Memastikan catatan minit mesyuarat dilakukan dengan baik dan jelas Menaip dan menyiapkan minit mesyuarat agung PIBG dan menyerahkan kepada Setiausaha PIBG yang dilantik Fotografi En Zulkifle bin Mohamad (K) En Jamil bin Akok Mengambil gambar-gambar sekitar majlis berlangsung Menyimpan gambar-gambar majlis dengan baik Buku Program Pn Siti Zaliha Mangit (K) Cik Nur Adibah Md Zaini Mendapatkan maklumat isi Buku Program daripada setiausaha PIBG Menyiapkan buku program Membuat QR Code buku program Pendaftaran Pn Norfaraherma Raibeh (K) Cik Fadilah Hassan Pn Haninah Anip Pn Helena William Ustazah Fatimah Fauzi Menyediakan borang kedatangan ibu bapa/ penjaga mengikut kelas Mengira jumlah tetamu yang hadir Memberikan nombor cabutan bertuah kepada ibu bapa Menyediakan buku lawatan untuk ditandatangani Teknikal & Tagging Cik Afiah Rappe (K) Pn Nurhazwani Sainin Pn Mizal Aini binti Ghazali Menyediakan layout/pelan lantai, susun atur dan gambaran dewan semasa majlis berlangsung Memastikan tagging meja AJK PIBG dibuat dengan betul Banner & Backdrop En Akmal Azman bin Dzayaol Akmal Membina design banner & backdrop yang sesuai dan menarik untuk majlis Memastikan tempahan banner Persiapan Pentas Pn Aizatatul Nazihah Nordin (K) Pn Hartini Ramlan Pn Sufiah Anom Cik Ernah Sofiana Edmund Cik Rosan Nuneh Menghias dewan agar sesuai dengan majlis Menghias pentas, meja AJK tertinggi PIBG, meja juruacara dan meja hadiah Menyimpan semula segala peralatan yang digunakan untuk kegunaan majlis-majlis akan datang Persembahan Ust Khalid Mudin Melatih murid untuk membuat persembahan Menguruskan persembahan di pentas Dewan Mencari murid untuk membuat persembahan kompang 21 Laporan Aktiviti PIBG 2023 1. Mesyuarat Agung PIBG 2023 PIBG SMK Agama Keningau telah mengadakan mesyuarat agung PIBG pada 29 Julai 2023 (Sabtu). Dalam mesyuarat ini, pelbagai usul dan cadangan daripada ahli persatuan telah dibahaskan dan kata sepakat telah dicapai dalam menambah baik setiap sistem dan perancangan pihak sekolah. Sehubungan itu, pihak sekolah telah berusaha melaksanakan setiap ketetapan yang diputuskan selaras dengan keputusan ahli mesyuarat. 2. Mesyuarat-mesyuarat AJK PIBG AJK PIBG SMK Agama Keningau telah mengadakan beberapa kali mesyuarat iaitu : Walau bagaimanapun, perbincangan melalui “group” rasmi AJK PIBG juga diadakan beberapa kali bagi membincangkan perkara-perkara yang memerlukan keputusan segera daripada semua AJK seperti permohonan sumbangan PIBG dalam programprogram kecemerlangan sekolah. 3. Aktiviti-aktiviti PIBG 2023/2024 Tarikh Mesyuarat Masa Tempat Kehadiran 11 November 2022 2.00 – 5.00 ptg Bilik Galeri SMKA 21 Orang 28 Julai 2023 2.00 – 5.00 ptg Bilik Galeri SMKA Orang 17 Mei 2024 2.00 – 5.00 ptg Bilik Galeri SMKA Orang Bil Aktiviti Tarikh Catatan 1 Mesyuarat Agung PIBG 29 Julai 2023 Selesai 2 Gotong-Royong MADANI 2023 12 Ogos 2023 Selesai 3 Kejohanan Bola Sepak MSSSS Ogos 2023 Selesai 4 Program Tausiyah bersama Dato’ Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad 25 Ogos 2023 Selesai 5 Karnival Sukan SMKA/SABK Peringkat Negeri 25-29 September 2024 Selesai 6 Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM 2023 24 September 2023 Selesai 7 Kuiz Ilmu Wahyu Peringkat Kebangsaan 2 Oktober 2023 Selesai 8 Pembaikan Lampu Dewan Al-Furqan Oktober 2023 Selesai 9 Majlis Persaraan Pengetua Datin Hasnah Mohd Yakob 31 Oktober 2023 Selesai
20 Laporan Belanjawan PIBG 2023 11 AJK Pelaksana Siaraya En Deecruz Cladius (K) En Azrul@Edward William Mengendalikan peralatan PA system dengan baik, selamat dan cekap Menyediakan peralatan ICT dan persembahan multimedia yang akan digunakan semasa majlis Menyediakan bahan audio/lagu latar contohnya lagu Negaraku dan sebagainya Pencatat Undi & Pengiraan Undi En Raymond Mutarah (K) Pn Aelsie Eter Menyediakan peralatan seperti papan putih dan pen marker untuk mencatat undi Mengendalikan acara mengundi dan pengiraan undi AJK PIBG sesi 2023/2024 Merekod calon AJK PIBG sesi 2023 yang berjaya dipilih menjadi AJK Penyedia Teks Ucapan Pn Nurhidayatulhadi binti Haidon Hadi Menyediakan teks ucapan untuk perasmi, YDP PIBG dan pengetua Meletakkan teks ucapan di rostrum Persiapan Dewan En Raja Mohammad Hazwan bin Raja Mamat (K) En Mohd Rafizal Ismail Ust Tuan Muhammad Meminta pelan lantai susun atur dewan dengan AJK teknikal dan tagging Memastikan kerusi mencukupi untuk VIP dan ibu bapa/penjaga Menyediakan tempat/meja untuk pengacara majlis, hadiah dan AJK PIBG untuk mesyuarat agung Hadiah & Cenderahati Pn Zulhilmimiyana Nabila (K) Pn Nur Izzati binti Mohamat Pn Matilda Nanis Cik Ajrida Edora Ajan Pn Nurul Afiqah Hamdan Menyediakan cenderahati untuk perasmi Menyediakan hamper untuk 10 tetamu terawal dan hamper cabutan tiket bertuah Membeli dan menyediakan hadiah-hadiah untuk perasmi dan AJK PIBG sesi 2022/2023 Menyediakan nombor cabutan bertuah untuk semua yang hadir ke majlis/mesyuarat agung Memastikan nombor cabutan bertuah disediakan di meja pendaftaran dan diberi kepada ibu bapa/penjaga murid serta guru-guru yang hadir Membeli dan menyediakan hadiah-hadiah cabutan bertuah Memastikan hadiah-hadiah dapat disampaikan dengan baik Jamuan En Hamil Norali (K) Pn Salbiah Juhali Pn Aisah Mohd Hamzah Menyediakan jamuan untuk VVIP dan guru-guru Menyediakan jamuan untuk ibu bapa Kebersihan & Susun Semula Dewan En Ahmad Ammarsaid (K) En Sabkhi Sahimin En Ahmad Safuan Mokhtar Mengemas dan menyusun atur kembali dewan selepas majlis berakhir Memastikan dewan dalam keadaan bersih dan kondusif Kawalan Pelajar En Ahmad Fatan bin Mohd Salleh *dibantu pengawas Mengawal disiplin dan pergerakan pelajar sepanjang program berlangsung
12 AJK PIBG 2023/2024 JAWATAN NAMA PENASIHAT Pn Shaharoom Hashim Abdullah Yang Dipertua PIBG En. Matjabor bin Lasiman Naib Yang Dipertua PIBG Ust Mislan bin Miftah Penolong Kanan Pentadbiran En. Saripin Muji Penolong Kanan HEM Ust Sulaimin Musinin Penolong Kanan Kokurikulum Ust Saimin bin Jamirin Setiausaha Pn Rafelyn Salbio Amin Naib Setiausaha P NurhidayatulHadi biniti Haidon Hadi Bendahari Pn. Shakirah Chong Abdullah Pen Bendahari Pn Salbiah binti Juhali AJK Ibu bapa En Abdullah Mahat En Hasipin Hj Arinin En Rupilen@Rafle Naiman Pn Salmiah binti Mohd Rapid En Ahadin Akob Pn Asnah Pattara En Abdul Mubin Ust Zakri Ust Radzi En Zainal En Mohd Syakir Ghasali Pn Norziah binti Sudin En Mustafa Masilin AJK Guru Cik Afiah Rappe En Ahmad Ammar Said En Ahmad Fatan Mohd Salleh Ust Khalid Mudin Ust Maarof Hamzah Cik Ernah Sofiana Pn Nor Azian Sapiai En Mohd Shahzwan bin Aur En Azrul Edward William Pn Norfaraherma Raibeh Pn Fatimah Fauzi Pn Aizatul Nazihah binti Nordin Pn Zulhilmimiyana Nabila Pn Afiqah Basran Pn Nadiah Nasir Cik Fadilah Hassan Pn Norhidayah Omar Pn Siti Natrah 19 Minit Mesyuarat PIBG 2023 3.8 Ucapan penangguhan oleh YDP PIBG mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.36 tengahari. Dicatat oleh, (SITI NATRAH ALI) Setiausaha Sementara Mesyuarat PIBG Kali Ke-8
18 Minit Mesyuarat PIBG 2023 Usul 6 : Permintaan dan kehendak sekolah pada saat akhir (En Jooksan) setakat ini, sekiranya murid tidak sempat , murid diberikan ruang masa untuk persediaan Usul 7 : Kebajikan murid dalam semua aspek ( rawatan kesihatan murid)(En Jooksan) Berlaku kekangan tenaga dan masa guru bertugas, untuk pengurusan murid sakit kebajikan murid sentiasa dijaga di sekolah dan asrama Usul 8 : Pemakaian pakaian sukan (En Jooksan) Pemakaian sukan sudah ditetapkan seperti sebelum ini Pemakaian kasut adalah bebas tiada ketetapan cuma kasut perlu bersesuaian. Usul 9 : Peraturan susun atur dan keperluan barang peribadi murid (En Jooksan) Tiada ketetapan berkenaan susun atur barang keperluan murid, keutamaannya adalah penyusunan yang kemas dan teratur. Usul 10 : Kehilangan barang murid (En Jooksan) Siasatan barang dan wang yang hilang dilaksanakan apabila berlaku sebarang kes kehilangan Usul 11 : Penyemakan status usul yang diberikan ibu baoa (En Muhammad Zaid ) Isu ini sudah dibincangkan dan akan dijawab Usul 12 : Cadangan Sarana PIBG supaya ibu bapa boleh menghantar mesej (En Muhammad Zaid ) Group Sarana PIBG hanya dibuka sehala untuk pemakluman sahaja Group sarana kelas, ibu bapa boleh bertanya secara dua hala dengan guru. 3.7 Hal hal lain Cadangan penggunaan stiker kenderaan untuk memudahkan keluar masuk kereta ibu bapa (majoriti ibu bapa setuju) 13 Mesyuarat Agung PIBG 2023 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -8 TAHUN 2023 TARIKH : 4 OGOS 2023 HARI : JUMAAT MASA : 8.00 PAGI-12.30 TENGAHARI TEMPAT : DEWAN BESAR SMKA KENINGAU BIL PERKARA TINDAKAN 3.0 Ucapan YDP PIBG Ucapan alu-aluan YDP dan terima kasih diatas kehadiran semua ibu bapa dan guru guru dalam mesyuarat agung PIBG kali ke-8. Penghargaan kepada ajk PIBG yang bertungkus lumus dalam persiapan Mesyuarat Agung PIBG Kali -8 Ibu bapa juga menjadi penyumbang kepada kejayaan sekolah, maka ibu bapa dan warga sekolah akan menjadi pendokong untuk semua program sekolah 3.1 Ucapan Penasihat (Pengetua) Peperiksaan SPM akan dilaksanakan lebih awal, dijangkakan pada bulan Januari Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ajk PIBG dan seluruh warga SMKA Keningau dalam usaha mencapai matlamat dan hala tuju sekolah Bidang kuasa PIBG, untuk makluman semua pihak perlu ikut serta dalam setiap program yang dianjurkan sekolah berdasarkan peruntukan dibawah : SPI Bil 4/2004 (Perlembagaan PIBG) Akta Pendiidkan 1996 Peraturan peraturan Pendidikan PIBG 1998 (Sub peraturan 7 (2) menjalankan fungsi PIBG - Perenggan 130(2)(i) 5 Tujuan Persatuan PIBG Forum dan prkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid untuk tingkatkan imej sekolah memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid bertukar tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan perundingan membaiki taraf pendidikan anak-anak berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal.
14 Minit Mesyuarat PIBG 2023 Fungsi PIBG Membantu memajukan perkembangan murid dan penjaga kebajikan murid menambah sumber kewangan sekolah -meningkatkan kemudahan sekolah meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat tempatan meningkatkan keceriaan premis sekolah- kondusif dalam menjalankan aktiviti dan program sekolah PIBG juga bermatlamat untuk meningkatkan jalinan silaturrahim antara semua warga sekolah dan juga ibu bapa Kemenjadian murid SMKA Keningau terserlah dari segi pembentukan jati diri, akhlak , sahsian, kepimpinan dan kerohanian. Terdapat perancangan untuk membina pondok-pondok yang akan dijadikan sebagai tempat untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum, kelas petang dan malam serta riadah. Setiap pelajar mempunyai potensi kecemerlangan diri. Perancangan Strategik Dan Hala Tuju SMKA Keningau 2023 PCQ Pentadbiran, akademik, hem dan kokum Pemantauan Tindakan susulan tambahbaik program dan aktiviti Perkembangan akademik SPM 2023 Keupayaan melahirkan pelajar cemerlang Dialog Prestasi bersama murid dan ibu bapa SPM 2023 telah dilaksanakan untuk membantu murid mencapai dan mengenalpasti kekuatan serta kelemahan Calon SPM 2023, 116 orang murid. Bulan Ogos adalah bulan Gempur AID untuk pelajar SPM 2023 - fokus kepada keupayaan diri murid AID (Analisis Item Dinamik) Hal Ehwal Murid (HEM) Fokus kepada kemenjadian murid Kebajikan murid di sekolah dan asrama terjaga Proses penyelenggaraan pondok keselamatan supaya barang yang dikirim ibu bapa kepada murid sampai dengan selamat dan tidak hilang. Penekanan kepada waktu kepulangan semula kepada pelajar asrama pada hari Ahad 17 Minit Mesyuarat PIBG 2023 3.6 Perbahasan Usul Usul 1 : harga makanan kantin mahal (En Awang Yahadi) Mesyuarat pengurusan telah membincangkan isu ini dan dalam proses ambil tindakan. PK Hem (Ustaz Sulaimin Musinin) telah menjalankan pemeriksaan dan memaklumkan berkenaan dengan harga makanan yang agak mahal Usul 2 : Pelaksanaan program 1 hari bersama Ibu bapa (karnival keusahawanan) (En Awang Yahadi) Program dalam perancangan Karnival keusahawaan bawah kelolaan koperasi membangunkan semula koperasi dan memberi ilmu keusahawanan pada murid Usul 3 : cadangan pelaksanaan Mesyuarat Agung PIBG pada hari sabtu akan datang (En Awang Yahadi) Pada peringkat awal , sememangnya dicadangkan pada hari sabtu, akan tetapi memandangkan terdapatnya kepulangan murid, maka mesyuarat dilaksanakan pada hari Jumaat, 4 Ogos 2023 Usul 4: Kesesakan jalan raya semasa penghantaran semula pelajar sewaktu kepulangan ke asrama (En Muhammad Nazir Saidin) Akan diusahakan kawasan untuk pusingan U (u-turn) bagi ibu bapa semasa penghantaran semula pelajar ke asrama untuk mengelakkan kesesakan Ibu bapa tidak perlu mengisi nama di pondok pengawal untuk mengurangkan kesesakan ibu bapa disarankan mengikuti jadual waktu kepulangan mengikut tingkatan seperti yang diberikan Usul 5 : (En Jamal Hamid) Menggalakkan penglibatan YB untuk dana sumbangan sekolah berdasarkan mesyuarat yang telah dilaksanakan, untuk pembinaan trek sekolah, terdapat permohonan peruntukan daripada JPN (diusahakan ) YDP PIBG telah mengusahakan memohon dana sumbangan daripada beberapa YB di Keningau untuk menjayakan pembinaan trek sekolah dan telah mendapat sumbangan tersebut. Fokus utama pembinaan kemudahan adalah laluan berbumbung, astaka dan trek balapan.
16 Minit Mesyuarat PIBG 2023 3.4 Pembentangan dan penerimaan laporan aktiviti tahunan PIBG 2022/2023 Pelaksanaan majlis persaraan pengetua Majlis Restu Ilmu Keperluan barangan tingkatan 5 ziarah ramadan Iftar Jamaie pembaikan sekolah pembaikan padang sekolah sambutan hari guru program kecemerlangan murid Karnival hari belia negara PPIM Aktiviti sukan sekolah Majlis Solat Hajat dan bacaan Yassin perdana program pengukuhan kurikulum Pendidikan islam masjlis penyerahan slip spm hari bertemu pelanggan seminar keibubapaan peringkat daerah keningau majlis sambutan hari raya peringkat sekolah 3.5 Baki pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022 = RM 95,749.02 Jumlah perbelanjaan bagi tahun bagi Tahun Berakhir 30 Julai 2023 = RM 11,834.70 Perbelanjaan digunakan untuk program: Program STEM Guru Sukarela Rubber Stamp Program Ihya Ramadhan Program PEMANIS Program Sambutan Hari Raya Program Graduasi & Penyampaian Slip Program Hari Bertemu Pelanggan Program Seminar Keibubapaan Perbelanjaan Makan Mesyuarat Buku Resit Sumbangan Bola Tampar MSSS Baki pendapatan bagi tahun berakhir 30 Julai 2023 = RM 103,790.43 15 Minit Mesyuarat PIBG 2023 Kokurikulum melahirkan jurulatih-jurulatih mencungkil bakat murid dalam bidang kesukanan Pelan Strategik SMKA KENINGAU 2023 Meningkatkan pengurusan sekolah meningkatkan pencapaian akademik meningkatkan kualiti guru meningkatkan sahsiah murid penyelenggaraan- laluan berbumbung, pondok prep 1 & 2 mengupayakan koperasi membantu warga sekolah khasnya ibu bapa kolokium kajian tindakan (SMKA Keningau) Karnival Imtiyaz (SMKA Keningau)- SMKA Keningau tuan rumah Analisis GPS sekolah ETR 2023- 2.22 Kemudahan Prasarana Pondok serbaguna Keupayaan Koperasi diperkasakan Pembinaan bumbung di laluan pejalan kaki untuk kegunaan muridanggaran kos keseluruhan ( RM350 000.00 ) 3.2 Ucapan YDP PIBG sesi 2022/2023 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada ibu bapa, guru dan ajk pengelola MAT PIBG . 3.3 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung PIBG Kali Ke-7 Mencadang : En Azrul Edward William Mengesahkan : …..