JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN BMMB1114 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Nama : MUHAMMAD DANISH ASFA BIN ZAIROL No. K/P : 040529-16-0087 Angka Giliran : 2022242310035 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : Y1 Nama Pensyarah : PUAN ROS ANITA KARTINI BINTI MOHAMED Tarikh Hantar : 13 FEBRUARI 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:_____________asfa_____________Tarikh :13/2/2023 _____________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN TAHUN AKADEMIK: SEMESTER JANUARI 2023-MEI 2023 Program: PPISMP Nama Pelajar: Kod: BMM1104 Semester / Tahun: Semester 1 / Tahun 1 Ambilan: Jun 2022 Kumpulan: Y1, Y2, Y3 dan Y4 Nama Kursus: Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar 1. Penghasilan Produk 20 JANUARI 2023 13 FEBRUARI 2023 2. Persembahan 16 FEBRUARI 2023 20 MAC 2023 Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam Puisi Melayu Tradisional. (C2, HPP1) 2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2). 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2, HPP5, KKG1, KIK2) Pentaksiran berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3. Objektif Pentaksiran Berterusan Pelajar dapat: 1. Menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi tradisional. 2. Memperincikan fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu Tradisional. 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera melalui persembahan simulasi puisi kanak-kanak
“Masyarakat rumpun Melayu tradisional sering dilihat sebagai masyarakat yang memiliki tahap pemikiran dan budi bahasa yang tinggi kerana penyampaian puisi dihasilkan secara imaginatif pada masa yang sama mempunyai bentuk struktur terkawal serta bahasa yang indah bagi mengimbangkan nilai rasa dan nilai erti.” – (Dharmawijaya, 1998) Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut; TUGASAN 1: Penghasilan Produk (30 markah) Berdasarkan penyataan di atas, Puisi Melayu Tradisi merupakan Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia. i. Terangkan konsep dan fungsi Puisi Melayu Tradisional sebagai Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia dengan menghasilkan sebuah bentuk penulisan flip ebook. ii. Huraian dan penjelasan yang pelajar kemukakan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan tidak melebihi 1200 patah perkataan. iii. Penulisan perlu menggambarkan kemahiran pelajar mengorganisasikan idea dan kemahiran pemikiran kritis dalam menginterpretasikan huraian di atas. TUGASAN KPPB Tugasan ini berkongsi Big Idea (Puisi Melayu Tradisi Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia) dengan kursus BMMB1114 (Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi), kursus BMMB1124 (Literasi Bahasa), dan kursus BMMB1134 (Keterampilan Berbahasa). Projek KPPB dilaksanakan mengikut kesesuaian Big Idea. TUGASAN 2: Persembahan (30 markah) "Pemerolehan bahasa adalah sebagai satu proses penuranian tatabahasa ibunda bagi seorang kanak-kanak yang melibatkan aktiviti-aktiviti mengamati, memahami dan menerbitkan ujaran.” (Simanjuntak, 1987). a) Aspek Kandungan Secara berkumpulan, anda dikehendaki;
i. Menganalisis beberapa buah puisi kanak-kanak seperti “Lagu Tiga Kupang”, “Tepuk Amai- amai”, “Burung Kakak Tua” dan sebagainya. Perbincangan yang dibuat seharusnya berdasarkan asas kritikan sastera yang dipelajari. b) Aspek komunikasi i. Simulasikan puisi kanak-kanak terpilih sebagai wahana kesantunan bahasa dan budaya secara didik hibur bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di bilik darjah. ii. Simulasi tersebut perlu dipersembahkan melalui aplikasi youtube berdurasi 30 minit. iii. Persembahan akan dinilai melalui aspek komunikasi dan aspek kandungan. Arahan Pelaksanaan Tugasan: 1. Perbincangan Tugasan 1 perlu dilaksanakan secara individu dalam bentuk flip eBook. 2. Tugasan 2 perlu dilaksanakan secara berkumpulan dua hingga tiga orang menggunakan kemahiran digital. 3. Panjang penulisan dalam penghasilan produk bagi Tugasan 1 ialah 1200 patah perkataan tidak termasuk rajah dan lampiran. 4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 5. Produk dan persembahan yang dihasilkan ini perlu disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 6. Liputan dan isi kandungan kertas kerja perlu kreatif dan kritis, menyeluruh, konsisten dan terperinci berserta dengan bahan-bahan yang digunakan. 7. Pemahaman yang mendalam berkaitan aspek yang dituliskan. 8. Keseluruhan penulisan kertas kerja perlu menunjukkan ketulenannya. 9. Penulisan akademik haruslah menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahkan isi kandungan secara kreatif, kritikal dan analitikal. 10. Format dan organisasi perlu jelas dan koheren. 11. Rumusan yang ringkas, padat dan komprehensif. 12. Rujukan sumber perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat seperti buku, jurnal, intenet dan bahan bercetak yang lain. 13. Bagi menyeragamkan proses penghasilan kerja kursus agar persembahan hasil kerja kursus menepati standard yang ditetapkan:
13.1. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah. 13.2. Fon: Arial. 13.3. Saiz huruf: 11. 13.4. Langkau: 1.5 13.5. Rujukan: APA 7(American Psychological Association) terkini. 13.6. Rajah perlu dilabelkan. 14. Muka hadapan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: 14.1. Nama Pelajar 14.2. Angka Giliran 14.3. Nombor Kad Pengenalan 14.4. Kumpulan / Unit 14.5. Kod dan Nama Kursus 14.6. Nama Pensyarah 14.7. Tarikh Hantar 15. Pentaksiran Berterusan ini akan dinilai berdasarkan panduan pemarkahan yang disediakan. Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh : _______________________________ (Nama : SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR) Ketua Jabatan
Penghargaan Bersyukur-kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan penuh jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Ipoh kerana memberi saya peluang untuk menyiapkan kerja kursus ini bagi dapat menilai kefahaman dan kemampuan saya terhadap kursus yang saya pelajari ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah saya, Puan Ros Anita Kartini binti Mohamed kerana telah bertungkus-lumus dalam memberikan tunjuk ajar bagi kursus BMMB1104 Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu kepada saya dengan hati yang terbuka. Beliau juga telah banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan kerjakursus ini. Semoga ilmu yang dicurahkan oleh beliau akan memberikan banyak manfaat kepada saya kelak. Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan seperjuangan saya, unit Y1 kerana telah membantu saya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Kami telah bertukar, berkongsi pendapat dan maklumat bersama-sama. Tanpa mereka, sudah tentu kerja kursus ini sukar untuk disiapkan Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Saya berharap agar kerja kursus ini bakal memberikan manfaat dan ilmu baharu kepada sesiapa yang membacanya.
1 ISI KANDUNGAN Halaman 1.0 Pengenalan 2 2.0 Ciri–ciri Puisi Melayu Tradisional 2 3.0 Jenis – jenis Puisi Melayu Tradisional 2-3 4.0 Fungsi Puisi Melayu Tradisional 4 5.0 Puisi Melayu Tradisional sebagai Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya 4 5.1 Analisis Puisi 4 6.0 Rumusan 5 7.0 Rujukan 5
2 1.0 Pengenalan Puisi Melayu tradisional menceritakan tentang gambaran kehidupan masyarakat Melayu dahulu kala. Harun Mat Piah (1989) menyatakan bahawa puisi Melayu tradisional ialah satu bentuk pengucapan dalam suatu penyusunan kata yang lain daripada yang lain berbanding dengan pengucapan biasa yang biasa digunakan dalam percakapan seharian dan mementingkan bahasa yang mempunyai unsur kebenaran logika dan daya intelektual. Menurut Za’ba (1962), puisi melayu tradisional merupakan susnan perkataan dalam bentuk karangan yang berangkap. Puisi Melayu tradisional ini termasuk dalam golongan sastera rakyat berbentuk bukan cerita. Shaful Bahri (2005) menjelaskan bahawa puisi ini dicipta bersesuaian dengan tahap keupayaan masyarakat Melayu yang sederhana dan selalunya berkait rapat dengan perkara yang berlaku di sekeliling alam mereka diami. Anas Sabirin (1972) menyatakan bahawa puisi Melayu tradisional ialah susunan bahasa yang sederhana untuk menyampaikan fiikiran dan perasaan yang sederhana. Puisi Melayu tradisioinal juga terkenal dengan puisi secara lisan yang berkembang seiring dengan kesenian rakyat. 2.0 Ciri-ciri Puisi Melayu Tradisional. Cara pemikiran, bentuk, dan fungsi puisi Melayu tradisional masih dikekalkan seperti keadaan tradisionalnya. Pada mulanya, puisi ini berperanan sebagai medium hiburan kepada masyarakat Melayu pada suatu masa dahulu. Namun, seiring dengan peredaran zaman, fungsi dan peranannya semakin dipelbagaikan. Antara ciri-ciri puisi Melayu tradisional ialah mempunyai bentuk yang tertentu, berurutan atau berkerat-kerat dalam baris yang sejajar. Ciri lain puisi Melayu tradisional ialah ia mempersembahkan penggunaan bahasa yang lebih baik dan mengandungi nilai keindahan serta mnimbulkan minat serta kesan kepada pengalaman dan perasaan si pembaca. Seterusnya, puisi Melayu tradisional mempunyai ungkapan kata dan bahasa yang dipengaruhi oleh unsur muzik, irama, intonasi, rentak dan bunyi yang harmoni. Selain itu, akan wujud pembahagian unit untuk menyatakan idea, contohnya dua baris dalam satu rangkap atau beberapa baris seuntai. Baris, irama dan rima puisi melayu tradisional disusun dan akan membentuk pola atau ikatan yang tertentu. Ia akan mempengaruhi jumlah baris, perseimbangan bunyi, jumlah perkataan dan panjang pendek perkataan. Di samping itu, puisi Melayu tradisional bersifat lisan dan akan diwarisi serta disebar melalui tradisi dengan fungsi kolektif kehidupan masyarakat dahulu. Selepas itu, binaan puisi Melayu tradisional terikat oleh aturan yang akan memberi bentuk dan strukturnya. Puisi Melayu tradisional digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai alat untuk hiburan, semasa majlis keramaian, ritual, pengajaran, keagamaan, dan lain-lain. Terdapat juga puisi yang berkait rapat dengan sistem kepercayaan dan menjadi taboo serta dianggap suci oleh sesetengah masyarakat. Akhir sekali, puisi Melayu tradisional mempunyai bahasa yang padat dan mengandungi unsur perlembagaan, kias dan perbandingan yang sifatnta tradisional untuk menyatakan perasaan hati. 3.0 Jenis-jenis Puisi Melayu Tradisional Puisi Melayu tradisional mempunyai banyak jenis. Antara genre dalam puisi tradisional ialah syair, pantun, seloka, gurindam, mantera, talibun, teka-teki, adat perbilangan, masnawi dan sebagainya (Harun Mat Piah, 1989). Dalam bahagian ini akan menceritakan tentang empat jenis puisi tradisional iaitu gurindam, seloka, syair, dan pantun.
3 Pertama sekali ialah pantun. Pantun merupakan berasal dan kepunyaan masyarakat Melayu terdahulu serta kaedah rangkapan yang tertua. Menurut Za'abaa (1978), orang Melayu telah lama pandai berpantun dan berbalas pantun sesama mereka walaupun tidak tahu surat menyurat. Bentuk pantun mengiku kepada bilangan baris dalam rangkap iaitu dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap dan seterusnya serta pantun berkait. Pantun yang selalu kita dengar ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Antara ciri-ciri pantun ialah mengiku kepada bilangan baris dalam rangkap. Contohnya, untuk pantun empat kerat, baris pertama dan kedua merupakan pembayang. Pada baris ketiga dan keempat pula ialah maksud. Seterusnya, rima akhir bagi pantun mestilah sejajar. Contohnya, bagi pantun empat kerat, rima akhirnya ialah a,b,a,b. Syair ditakrifkan sebagai sejenis puisi yang berlagu dan ia asalnya dikatakan dari parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara seiring dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuai mengikut kepada kesesuaian bahasa Melayu klasik masa itu. Mohd. Yusof Md. Nor (1985), menjelaskan bahawa syair dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu sya’ir namun bentuk syair Melayu berlainan dengan bentuk syair dalam kesusasteraan Arab. Keseluruhan pengkaji bersepakat bahawa isitilah syair asalnya daripada bahasa Arab yang maksudnya puisi secara umum. Bentuk konvensional syair Melayu mempunyai empat baris dalam satu rangkap dan mengandungi rima akhir a,a,a,a. Setiap baris dalam syair pula mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan dan ada lapan hinggan dua belas suku kata unruk setap baris. Pada setiap baris pula, terdapat hentian dan setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap yang berurutan bagi memberi idea yang lengkap. Syair juga dikatakansuatu pernyataan yang berlarutan. Contohnya, bagi menyampaikan cerita, kisah,nasihat, buah fikiran, dan puji-pujian. Setiap untai syair mempunyai awalan dan akhiran. Harun Mat Piah (1989), perkataan seloka berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu ‘shloka’ yang bermaksud berjenaka, berseloroh atau menyindir. Seloka dipercayai mula berkembang di alam melayu semasa agama Hindu mula berkembang di Asia Tenggara. Antara naskhah terawal yang ditulis dalam bentuk seloka ialah teks Mahabharata dan Ramayana. Seloka juga boleh dikatakan sebagai pepatah, perumpamaan atau bidalan yang mempunyai unsur gurau senda, jenaka, ejekan dan sindiran. Walaupun unsurnya sebegitu. Isinya penuh dengan pengajaran dan teladan yang berguna untuk si pembaca dan pendengar. Kebanyakan seloka Melayu ditulis dengan bentuk yang terikat iaitu empat baris serangkap seperti pantun seloka tetapi binaan seloka tersebuthampir sama seperti pantun dan syair. Terdapat juga seloka yang dijumpai ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap barisnya menjadi isi puisi berkenaan. Contohnya, Seloka Pak kaduk, Seloka Emak Si Rendang dan Seloka Pandai Pak Pandir. Gurindam merupakan salah satu bentuk puisi Melayu tradisional seperti mana yag kita kenali. Ia berasal dari bahasa Tamil iradam, kirandam, yang maksudnya puisi secara terbuka. Za’abaa menyatakan bahawa gurindam merupakan syair yang melarat yang tetap sukatan atau rangkapannya. Gurindam ini diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui gurindam yang dikarang pada tahun 1846 yang bertajuk Gurindam Dua Belas. Bentuk gurindam ialah terikat kerana ia terdiri daripada dua baris dalam satu rangkap yang mempunyai tiga hingga enam patah perkataan dengan rima akhir a,a. Sukukata dalam gurindam sebaris pula antara 8 hingga 12 suku kata. Bahasa gurindam sangat bernas dan serius manakala isinya mengandungi pengajaran, nasihat, kebenaran dan pernyataan terhadap peraaan cinta.
4 4.0 Fungsi-fungsi Puisi Melayu Tradisional Terdapat pelbagai fungsi puisi Melayu tradisional. Antaranya adalah sebagai alat pendidikan. Negara kita, Malaysia, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan pada tahun 1957. Ia membolehkan seluruh rakyat dan pelajar dapat menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemasyarakatan, kemanusiaan, kewarganegaraan dan akan menanamkan sifat patriotik dan cinta akan tanah air dalam diri. Pendidikan Kesusasteraan di negara kita dapat mencereminkan masyarakat yang mempunyai kesenian kreatif, boleh mengkaji karya sastera yang indah ini dan menguasai kemahiran berbahasa. Seterusnya adalah sebagai medium dakwah. Menurut Siddiq Fadzil (2012), Sastera dalam Islam itu perlu jelas, mengandungi ciri realistik, waqi’yi, “dalam erti melihat apa adanya’. Sastera Islam telah memberikan sumbangan dar segi pembentukan akhlak manusia Melayu. Ia telah dilakukan oleh sarjana untuk melihat atau ukur sejauh mana sumbangan sastera Islam ke arah pembentukan akhlak manusia di alam Melayu ini. Contohnya, Hamzah Fansuri mengambil bentuk syair sebagai alat bagi menyampaikan ajaran Islam. Berikut ialah tajuk-tajuk syair karangan beliau yang berbentuk kerohanian. Antara ialah, Syair Perahu, Syair Dagang dan Syair Fakir. Syair-syair ini dikarang bagi mengingatkan kepada kita tentang kematian dan seksaan Allah SWT di hari akhirat. Di samping itu, puisi Melayu tradisional juga berfungsi sebagai hiburan. Menghiburkan diri merupakan suatu keperluan dan ia akan menghasilkan karya sastera yang indah serta membawa kepada keseronokan. Keindahan kata-kata yang diungkapkan, rentak atau irama yang indah, kemampuan karya tersebut untuk memberi emosi kepada pembaca atau pendengar akan dapat menghiburkan mereka. Fungsi ini penting bagi menjadikan karya sastera seperti cerita penglipurlara diterima oleh masyrakat sebagai karya yang diminati pada suatu masa dahulu. Karya sastera ini Contohnya ialah karya sastera bertajuk Pak Kaduk. Cerita ini sangat menghiburkan dan mempunyai unsur jenaka tetapi ia juga mengandungi banyak pengajaran yang ingin disampaikan. 5.0 Puisi Melayu Tradisional sebagai Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya 5.1 Analisis Puisi Budak-budak mendayung perahu Sambil mendayung sambil bermain Macam mana bunga tak layu Embun menitis di tempat lain Pantun ini bermaksud kekasih yang selalu curang, tidak serius dan tidak berusaha dan ia akan mengakibatkan cinta tidak akan kekal ibarat sekuntum bunga yang mekar lalu layu. Dua baris pembayang tersebut digambarkan sebagai keadaan yang yang tidak berusaha dan bersungguh iaitu mendayung sambil bermain. Mendayung sambil bermain membuktikan tidak ada fokus dan konsentrasi kepada satu tugas yang diberi. Buat sesuatu perkara sambil lewa seperti hangat-hangat tahi ayam. Pernyataan ini sesuai dengan dua baris yang mengisahkan kekasih yang tidak menumpukan sepenuh hati atau setia kepada seorang sahaja. Akhirnya kita akan berasa kecewa dengan diri kita.
5 6.0 Rumusan Tuntasnya, puisi Melayu tradisional ini telah lama bertapak di Alam Melayu. Puisi Melayu tradiosnal ini merupakan hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai bait-bait kata yang indah dan menarik, memberi mesej serta pengajaran yang berkesan kepada diri sendiri dah seluruh kelompok masyarakat. Ia mempunyai pelbagai ciri-ciri yang unik dan akan menarik minat pembaca untuk membaca. Puisi Melayu tradisional mempunyai pelbagai fungsi dan ia sangat penting untuk masyarakat dahulu. Pihak bertanggungjawab seperti guru memainkan peranan yang penting dalam memupuk pemahaman terhadap seni puisi Melayu tradisional terhadap murid-murid agar mereka dideahkan tentang seni ini sejak bangku sekolah lagi. Hal ini bagi memastikan karya sastera di negara kita akan kekal sebagai satu warisan dan tidak akan lapuk ditelan zaman. 7.0 Rujukan Dr.Azman Rahmat, Dr. Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abdul Bakar, Haji Abdul Rani Hassan, & Dr. Hasnah Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. Harun Mat Piah, (1989), Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. Harun Mat Piah, (2006). Kesusasteraan Melayu Tradisional Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang. (1985) Mendekati Kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Md. Ali Bachik. (2003). Puisi Klasik. Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia. Mohd Yusof Md Nor & Abd. Rahman Kaeh. (2016). Puisi Melayu tradisi. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Karimah Zain, & Wan Zahari Ahmad. (1964). Kebudayaan Melayu. Pustaka Dian, Kota Bharu. Qamarul Arifin Abdullah. (2008, September 21). Puisi Melayu Tradisional. Qaryafikir. https://qaryafikir.wordpress.com/2008/09/21/puisi-melayu-tradisional/ Siddiq Fadzil. (2012). Citra Budaya dan Peradaban Melayu-Islam. Panel Penyunting Akademi Kajian Ketamadunan. Yopyus. Puisi Melayu (1). 28 Nov. 2012, www.slideshare.net/yopyus/puisi-melayu-1. Za'ba. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zurinah Hassan. (2012). Puisi Melayu tradisional: pantun, syair, gurindam, nazam, seloka.Selangor: Pekan lImu Publications Sdn. Bhd.