The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SURAT SIARAN PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN B&K SERTA PROGRAM MINDA SIHAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulnajwaa1224, 2022-11-23 09:01:18

SURAT SIARAN PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN B&K SERTA PROGRAM MINDA SIHAT

SURAT SIARAN PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN B&K SERTA PROGRAM MINDA SIHAT

SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN Tel : 03-8884 9370
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Faks: 03-8884 9315
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E Laman Web: www.moe.gov.my

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 PUTRAJAYA

MALAYSIA

Ruj. Kami : KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 )
Tarikh : :2 :l. Jun 2020

Seperti Senarai Edaran

YBhg. Datuk/Dato'ffuan,

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SERTA PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIAS AAN BAHARU

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah mengedarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah
sebagai rujukan pengurusan sekolah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit
Koronavirus 2019 (COVID-19) dan memastikan kesihatan murid sentiasa diutamakan.

2. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato'/tuan, merujuk garis panduan 6.3.14 dan
7.7.1 (d) menggariskan pelaksanaan minda sihat secara berkala bagi mengenal pasti murid
yang terkesan dengan peraturan baharu di sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, bengkel dan mesyuarat telah dilaksanakan bersama-sama
pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia, wakil universiti, bahagian-bahagian sektor
operasi sekolah KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan agensi berkepentingan telah
diadakan bagi memantapkan panduan sedia ada ini. Pelaksanaan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling serta Program Minda Sihat dalam Kebiasaan Baharu ini adalah
maklumat tambahan garis panduan berkenaan. Panduan ini dikeluarkan bertujuan
memastikan

i. menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang teratur;
ii. mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan kebersihan dalam

pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling;
iii. mema�tikan perkhidmatan kaunseling dilaksanakan dalam keadaan

selamat;
iv. meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan

mental; dan
v. memugarkan emosi murid bagi menyokong kesejahteraan diri.

4. Pengetua, guru besar, pentadbir sekolah serta guru bimbingan dan kaunseling
hendaklah mematuhi panduan yang ditetapkan dalam panduan tersebut. Sekolah per1u
membuat persediaan dengan merujuk panduan yang dilampirkan.

. ..2/-

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

-KP-M-.60-0-1-7/1-/22-JL-D. 2-( 9-3-) ---------------�-':L.-.Ju-n 2-020-:.._

5. JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diminta membuat pemantauan bagi
memastikan pematuhan terhadap panduan ini oleh semua sekolah bawah pentadbiran
masing-masing.

6. Bersama-sama m1 di lampirkan Panduan Sesi Bimbingan dan
Kaunseling/Konsultasi di Sekolah dalam Kebiasaan Baharu seperti Lampiran 1 dan
Pelaksanaan Program Minda Sihat dalam Kebiasaan Baharu seperti Lampiran 2.
7. YBhg. Datuk/Dato'/Tuan dimohon mengambil tindakan memaklumkan
kandungan surat makluman ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian,
JPN, PPD dan sekolah bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato'/tuan.

Kerjasama dan keprihatinan YBhg. Datuk/Dato'/tuan amat dihargai dan diucapkan
terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yan menjalankan amanah,

b . Pengarah
Ba agian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
s.k 1. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Operasi Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

~2~

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) ;). :).. Jun 2020

Senarai Edaran

1. Pengarah
BahagianPerancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Pengarah
Sahagian Pendidikan Islam

Kementerian Pendidikan Malaysia

3. Pengarah
Sahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

Kementerian Pendidikan Malaysia

4. Pengarah
Sahagian Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional

Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Pengarah
Sahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Pengarah
Sahagian Pendidikan Khas

Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Pengarah
Sahagian Pendidikan Swasta
Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Pengarah·Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

9. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

10. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

11. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

12. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

-3-

Si/a catatkan rujukan Sahagian ini apabila berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) �un 2020

13. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

14. Pengarah Pendidikan
Jabatan P.endidikan Negeri Kelantan

15. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

16. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

17. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

18. Pengarah. Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

19. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

20. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

21. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

22. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan

23. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya

~4~

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) CLL-Jun 2020

Lampiran 1

PANDUAN PELAKSANAAN
SESI BIMBINGAN, KAUNSELING DAN KONSULTASI DI SEKOLAH

DALAM KEBIASAAN BAHARU

1. OBJEKTIF

Objektif panduan pelaksanaan ini adalah untuk:

1.1 memastikan perkhidmatan yang dijalankan selamat, teratur dan efektif; dan

1.2 mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan kebersihan dalam
melaksanakan sesi bimbingan, kaunseling dan konsultasi.

2. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Peranan dan tanggungjawab pihak yang terlibat adalah seperti berikut:

2.1 Pengetua dan Guru Besar

2.1.1 memastikan bilik kaunseling beroperasi dalam melaksanakan perkhidmatan

2.1.2 bimbingan, kaunseling dan konsultasi.
memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) menyediakan
2.1.3 kemudahan bilik kaunseling yang mematuhi garis panduan ditetapkan;
2.1.4 memantau tindak susul kes krisis yang dirujuk; dan
melaksana konsultasi bersama-sama ibu bapa/penjaga bagi kes kaunseling

dan krisis.

2.2 Guru Bimbingan dan Kaunseling

2.2.1 memberi taklimat tatacara perkhidmatan kepada guru dan murid;
2.2.2
2.2.3 mempamerkan tatacara perkhidmatan di luar bilik kaunseling;
2.2.4 memastikan bilik kaunseling bersih dan selamat untuk beroperasi;
2.2.5
mengendalikan kes krisis secara profesional; dan
melaksana perkhidmatan berdasarkan perubahan peraturan semasa.

2.3 Guru

2.3.1 merujuk murid yang mengalami perubahan tingkah laku dan emosi kepada
GBK;
2.3.2
2.3.3 melaks�nakan program minda sihat dalam kelas;
meningkatkan kesedaran kepentingan kesihatan mental dalam kalangan
2.3.4 murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran; dan

mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jika perlu.

~5~

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) �LJun 2020

3. Persediaan Kemudahan di Bilik Kaunseling

3.1 GBK perlu memastikan perkara-perkara berikut disediakan sebelum
beroperasi:

3.1.1 membersihkan bilik kaunseling;
3.1.2 memastikan pengudaraan dan pencahayaan dalam keadaan baik;
3.1.3 memastikan bilik sesi kaunseling individu dan kelompok tidak dijadikan

ruang kerja;
3.1.4 menampal poster bagi mengingatkan murid untuk menjaga kebersihan dan

keselamatan diri;
3.1.5 menampal maklumat tatacara pelaksanaan perkhidmatan;
3.1.6 menyediakan buku rekod kehadiran murid dan pelawat;
3.1.7 menyediakan pensanitasi tangan di luar bilik kaunseling dan kaunter daftar

masuk;
3.1.8 menyediakan pelitup muka untuk murid yang memerlukan;
3.1.9 menyimpan model dan alatan yang menarik minat murid untuk disentuh;
3.1.10 memastikan susunan kedudukan kerusi ruang menunggu dan bilik sesi

mematuhi penjarakan sosial satu (1) meter dengan menggunakan pita
pelekat;
3.1.11 menyediakan pelan laluan pergerakan terarah atau sehala; dan
3.1.12 sekiranya perlu, GBK boleh menggunakan kelas yang kosong untuk
menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling kelompok.

3.2 Sebelum Sesi

GBK bertanggurigjawab;

3.12.1 merancang temujanji sesi sekurang-kurangnya sehari lebih awal;
3.12.2 meminta murid untuk hadir lima (5) minit sebelum sesi dijalankan;
3.12.3 mengutamakan sesi kepada murid yang mengalami kes krisis;
3.12.4 melaksc:4nakan sesi kaunseling kelompok dengan mematuhi penjarakan

3.12.5 sosial (bergantung kepada keluasan bilik)
3.12.6 memastikan murid tidak berkumpul di bilik kaunseling;
3.12.7 memastikan murid mengisi borang/instrumen di luar waktu sesi;
tidak membenarkan murid yang bergejala berada dalam billik kaunseling;
3.12.8 dan
memastikan murid mencuci tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan
sebelum masuk ke bilik kaunseling.

3.3 Semasa Sesi

GBK bertanggungjawab

3.3.1 memastikan murid sentiasa menjaga penjarakan sosial;
memakai pelitup muka Uika perlu);
3.3.2
3.3.3 mengelakkan bersentuhan dan bersalaman;
3.3.4 melaksanakan sesi dengan profesional dan beretika; dan
3.3.5
menentukan temujanji akan datang (jika perlu).
-6~

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabifa berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) :2.1Jun 2020

3.4 Selepas Sesi

GBK bertanggur:igjawab

3.4.1 memastikan kehadiran setiap murid dan pelawat telah direkodkan;
menyediakan laporan sesi kaunseling;
3.4.2 menyediakan tindak susul bagi kes krisis; dan
3.4.3 memastikan kerusi dan tempat yang disentuh oleh murid disanitasi.
3.4.4

CARTA ALIR PELAKSANAAN
SESI BIMBINGAN, KAUNSELING DAN KONSULTASI DI SEKOLAH

DALAM KEBIASAAN BAHARU

Mula

Murid mengisi borang temu janji sekurang-kurangnya
sehari lebih awal. Keutamaan diberikan kepada murid
yang memerlukan perkhidmatan segera (kes krisis)
Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) menetapkan tarikh
temujanji.
Murid mencuci tangan dengan pensanitasi.

Murid mencatat nama dalam buku daftar rekod kehadiran.

GBK melaksanakan sesi.

GBK menetapkan tarikh sesi seterusnya Oika perlu).

GBK memastikan kerusi dan tempat yang disentuh oleh
murid disanitasi.
Murid mencatatkan waktu keluar.

GBK menyediakan laporan sesi.

GBK melaksanakan tindak susul bagi kes krisis Oika ada).

Tamat.
~7~

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) ��Jun 2020

Lampiran 2

PROGRAM MINDA SIHAT DI SEKOLAH DALAM KEBIASAAN BAHARU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Pengenalan

1.1 Program Minda Sihat Di Sekolah Dalam Kebiasaan Baharu dilaksanakan
bagi memugarkan emosi murid kesan daripada penularan pandemik atau
krisis yang berlaku.

1.2 Program ini mengunakan tema "Minda Sihat: Emosi Terjaga, Kehidupan
Sejahtera" bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan
penjagaan kesihatan mental.

2. Objektif

Objektif program ini adalah untuk;

2.1 meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan
mental;

2.2 mengenal pasti gejala awal yang memberi kesan kepada minda akibat
pandemik atau krisis yang berlaku;

2.3 melaksanakan intervensi bagi menguruskan emosi dalam kalangan murid;
2.4 meningkatkan kemahiran daya tindak murid dalam mengendalikan emosi;

dan
2.5 memugarkan emosi murid bagi menyokong kesejahteraan diri.

3. Pendekatan

Program ini menggunakan empat pendekatan utama iaitu pencegahan,
perkembangan, pemulihan dan krisis.

3.1 Pencegahan

Pencegahan dilaksanakan melalui aktiviti berikut:

3.1.1 mengenal pasti isu murid melalui analisis keperluan;
3.1.2 mempromosikan kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah

penyakit mental; dan
3.1.3 membimbing murid menguruskan emosi bagi meningkatkan daya

tindak.

~8~

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) ;u._Jun 2020

3.2 Perkembangan

Perkembangan dilaksanakan melalui perkara berikut:

3.2.1 · meningkatkan keupayaan murid berfikir secara sihat, rasional dan
kreatif melalui aktiviti seperti bimbingan kelompok, mentor mentee
dan Pembimbing Rakan Sebaya;

3.2.2 meningkatkan kawalan diri, konsep kendiri positif dan resilien; dan
3.2.3 meningkatkan kemahiran mengawal emosi melalui sesi bimbingan

· berterusan.

3.3 Pemulihan

Pemulihan dilaksanakan melalui perkara berikut:

3.3.1 melaksanakan intervensi minda sihat kepada murid yang dikenal
pasti; dan

3.3.2 melaksanakan sesi kaunseling secara berterusan dan berfokus
kepada penyelesaian isu menggunakan pendekatan kaunseling
seperti Solution Focus Brief Therapy, Cognitive Behavioral Therapy
dan Choice Theory Reality Therapy.

3.4 Krisis

Krisis dilaksanakan melalui perkara berikut:

3.4.1 mengenal pasti murid yang mengalami tanda kemurungan dan
tanda awal kecelaruan mental (contoh skizofrenia, kecelaruan
bipolar);

3.4.2 melapor kes krisis kepada Pengetua atau Guru Besar; dan
3.4.3 mengadakan konsultasi dengan ibu bapa untuk merujuk murid

kepada pegawai kesihatan di klinik dan hospital berdekatan.

4 Peranan dan Tanggungjawab

Peranan dan tanggungjawab pihak yang terlibat dalam melaksanakan program
ini adalah seperti berikut:

~9~

Si/a catatkan rujukan Sahagian ini apabi/a berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) :l.d- Jun 2020

4.1 Jabatan Pendidikan Negeri

4.1.1 melaksanakan penataran kepada Penolong Pegawai HEM Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD), GBK sekolah rendah dan menengah
sebelum sesi persekolahan dibuka;

4.1.2 membimbing pelaksanaan program kepada Penolong Pegawai HEM
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD); dan

4.1.3 melaksanakan kunjung bantu di sekolah menengah dan rendah (rujuk
borang senarai semak pada muka surat 22).

4.2 Pejabat Pendidikan Daerah

4.2.1 membimbing pelaksanaan program kepada Pengetua dan Guru
Besar dan GBK; dan

4.2.2 melaksanakan kunjung bantu di sekolah menengah dan rendah (ruj_uk
borang senarai semak pada muka surat 22).

4.3 Pentadbir Sekolah

4.3.1 melaksanakan program dengan lancar dan berkesan;
4.3.2 memantau pelaksanaan program secara berterusan;
4.3.3 merujuk kes krisis murid kepada ibu bapa/penjaga; dan
4.3.4 melaporkan kes krisis murid kepada PPD dan JPN melalui Sistem

Pelaporan lsu Disiplin dan Pendidikan (e-PIDP).

4.4 Guru Bimbingan dan Kaunseling

4.4.1 menyelaras pelaksanaan program dengan guru dan murid;
4.4.2 melaksanakan penataran program kepada guru;
4.4.3 menyebarluaskan maklumat promosi kesihatan mental kepada guru,

ibu bapa dan murid;
4.4.4 menyediakan panduan dan bahan program kepada guru;
4.4.5 Menyediakan profil murid dari segi isu kesejahteraan emosi;
4.4.6 Melaksanakan program pencegahan, pengembangan, pemulihan

dan krisis mengikut keperluan murid;
4.4.7 memantau perkembangan murid dari masa ke semasa;
4.4.8 melaporkan kes krisis kepada Pengetua dan Guru Besar; dan
4.4.9 menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Kesihatan yang berdekatan

untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan kepakaran.

~ 10 ~

Sita catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) :).;) Jun 2020

4.5 Guru

4.5.1 memastikan program dilaksanakan dengan lancar;
4.5.2 memantau perkembangan perubahan tingkah laku dan emosi murid;
4.5.3 merujuk murid yang dikenal pasti mengalami perubahan tingkah laku

dan emosi kepada GBK; dan
4.5.4 meningkatkan kesedaran kepentingan kesihatan mental merentas

kurikulum.

5 Pelaksanaan Program

Program ini dilaksanakan melalui dua strategi iaitu promosi minda sihat di sekolah
rendah dan menengah manakala saringan minda sihat di sekolah menengah
sahaja.

5.1 Promosi Minda Sihat

Promosi minda sihat bertujuan meningkatkan kesedaran dan kepentingan
menjaga kesihatan mental. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti
berikut;

5.1.1 Senarai semak keperluan murid
5.1.2 Program 5 minit Pemugaran Minda Sihat
5.1.3 Teknik Relaksasi
5.1.4 Kuiz
5.1.5 Ekspresi Emosi (luahan emosi di nota pelekat)
5.1.6 Pertandingan - (karikatur, info grafik, lagu dan video pendek satu

minit Minda Sihat).

5.2 Saringan Minda Sihat

GBK menggunakan saringan minda sihat seperti berikut;

5.2.1 Saringan Whooley;
5.2.2 Saringan PHQ 9; dan
5.2.3 Saringan GAD7

Murid yang dikenal pasti mempunyai isu berkaitan emosi, perlu menjalani
intervensi menggunakan Modul Minda Sihat (KPM) dan Modul Kesihatan Mental
Remaja (KKM)

- 11 ~

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU �:>- Jun 2020
KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 )

CARTA ALIR UMUM SARINGAN MINDA SIHAT

Mula

Promosi Minda Sihat Guru mata pelajaran/ Pencegahan

Pra Saringan Minda Sihat Guru Bimbingan dan Kaunseling Perkembangan
Soalan Whooley
(minggu pertama hingga keempat)

Guru mata pelajaran/ Dilaksanakan kepada semua murid

Guru Bimbingan dan Kaunseling (minggu keempat atau kelima)

Saringan Minda Sihat 1 Guru Bimbingan dan Kaunseling (minggu kelima)
Soalan PHQ-9

-----So-alan G-AD-7--- - - ------------- .... ---- .

lntervensi khusus Guru Bimbingan dan Kaunseling Pemulihan

Saringan Minda Sihat 2 (intervensi melalui sesi kaunseling
Soalan PHQ-9 dua minggu hingga sebulan)
Soalan GAD 7
Guru Bimbingan dan Kaunseling (selepas intervensi)
- - - - - ...
Maklumkan kepada pengetua Guru Bimbingan dan Kaunseling Krisis
Pengetua
(selepas interpretasi
Saringan Minda Sihat 2)

Konsultasi ibu ·bapa Guru Bimbingan dan Kaunseling
Pengetua

lbu bapa/penjaga

Rujukan Pegawai Perubatan di lbu bapa/penjaga
klinik/hospital Pegawai Perubatan

Pelaporan Guru Bimbingan dan Kaunseling

- 12 -

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) ;1.1-Jun 2020

Soalan Whooley
Dalam sebulan yang lepas, adakah anda terganggu oleh masalah berikut?
Over the past one month, have you been bothered by the following problems?

Bil Soalan Jawapan

1 Berasa murung, sedih atau tiada harapan ? Ya ffidak
Feeling down, depressed or hopeless Yes/No

2 Kurang minat atau keseronokan dalam melakukan kerja-kerja? Ya ffidak
Having little interest or pleasure in doing thing? Yes/No

~ 13 ~

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) .2. � Jun 2020

Borang PHQ 9

Dalam tempoh 2 minggu yang lepas, berapa kerap anda terganggu oleh masalah
berikut?

0 1 2 3
Tidak pernah sama sekali Beberapa hari Lebih dari seminggu Hampir setiap hari
Several days More than half the days Nearly everyday
Not at all

Bil Soalan a 1 2 3

1 Sedikit minat atau keseronokan dalam melakukan kerja-kerja.
Little interest br pleasure in doing things.

2 Berasa murung, sedih atau tiada harapan.
Feeling down, depressed or hopeless.

3 Masalah hendak tidur/semasa tidur, tidur terlalu banyak.
Trouble failing/osrtasytianyginagsleaesple, esple,esplienegptionogmtouochm. uch

4 Berasa letih atau kurang bertenaga.
Feeling tired or having little energy.

5 Kurang selera atau terlalu banyak makan.
Poor appetite or overeeaattiinng.

Mempunyai perasaan buruk terhadap diri sendiri atau pun berasa gagal

6 terhadap diri sendiri atau pun menghampakan diri atau keluarga.
Feeling bad ab· out yourself-or that you are a failure or have let yourself

or your family down.

Masalah menumpukan perhatian terhadap perkara-perkara seperti

7 membaca surat khabar atau menonton televisyen.
Trouble concentrating on things, such as reading the newspaper or

watching television.

Bergerak atau bercakap dengan terlalu lambat sehingga disedari oleh

orang lain. Atau pun bertentangan-terlalu resah atau gelisah sehingga

8 anda bergerak lebih dari biasa.
Moving or speaking so slowly that other people could have noticed Or the

opposite-being so fidgety or restless that you have been moving around

a lot more tha'n usual.

Berfikiran bahawa lebih elok jika anda telah mati atau ingin

9 mencederakan diri anda dalam sesuatu cara.
Thoughts that you would be better off dead or hurting yourself in some

way.

Soal Selidik PHQ-9 *

Panduan Pemarkahan dan lnterpretasi

• Kira jumlah skor kesemua 9 item/soalan mengikut kotak yang di tanda (✓)
• Jumlah skor bagi ke semua 9 item/soalan adalah antara O - 27
• Rujuk jadual di bawah untuk mentafsir skor PHQ-9

~ 14 ~

Sita catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) �� Jun 2020

lnterpretasi Skor PHQ-9

Jumlah Skor Tindakan

0-4 Tiada
5-9 lntervensi umum/ Sesi kaunseling dan ulang saringan PHQ-9 (2
Minggu)
10-14
15-19 Rujuk Pegawai Perubatan di klinik/ hospital selepas intervensi
20-27 khusus dan saringan kali kedua.

lnterpertasi

• Jumlah Skor 5, 10, 15 dan 20 menunjukkan tanda-tanda kemurungan.
• Skor � 10 adalah jumlah skor positif. lntervensi khusus (sesi kaunseling) dan

saringan kali kedua. Sekiranya masih tidak menunjukkan perubahan perlu dirujuk
pegawai perubatan di klinik/hospital.

• Nota : Soalan no 9 adalah saringan utama untuk risiko bunuh diri.

Murid yang menjawab "Ya" bagi soalan no 9 ini perlu dirujuk untuk sesi kaunseling bagi
menilai risiko untuk bunuh diri .

~ 15 ~

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabi/a berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) � Jun 2020

BORANG GAD-7

Dalam tempoh 2 minggu lepas, berapa kerap kali anda terganggu oleh masalah berikut?

Over the last 2 weeks, how often have you been bothered by any of the following
problems?

0 1 2 3

Tidak pernah sama sekali Beberapa hari Lebih dari seminggu Hampir setiap hari
Not at all Several days More than half the davs Nearlv evervdav

Bil Soalan 01 23

1 Berasa resah, gelisah atau tegang.
Feelina nervous, anxious, or on edge.

2 Tidak dapat menghentikan atau mengawal kebimbangan.
Not being able to stoo or control worrying. ot being able

3 Terlalu bimbang mengenai pelbagai perkara yang berlainan.
Worrvina too much about different things.to stop or control worrvina.

4 Mempunyai masalah untuk tenang.
Havina trouble relaxina.

5 Terlalu resah sehingga susah untuk berdiam diri.
Beina so restless that it is hard to sit still.

6 Mudah menjadi rimas dan menjengkelkan.
Being easily annoved or irritable.

7 Berasa takut bahawa sesuatu yang buruk akan terjadi.
Feeling afraid as if somethina awful might happen.

Soal Selidik : Generalised Anxiety Disorder (GAD-7),

Panduan Pemarkahan dan lnterpretasi

• Kira jumlah skor kesemua 7 soalan mengikut kotak yang di tanda (✓)
• Jumlah skor bagi kesemua 7 soalan adalah antara O - 21
• Rujuk jadual di bawah untuk mentafsir skor GAD-7

Jumlah Skor INTERPRETASI SKOR GAD-7
0-4
5-9 Tindakan
lntervensi umum
10-14
15-21 �8

Rujuk Pegawai Perubatan di klinik/ hospital selepas intervensi
khusus (sesi kaunseling) dan saringan kali kedua.

lnterpertasi

• Jumlah Skor 4, 9, 14 dan 21 menunjukkan tanda-tanda kebimbangan (anxiety).
• Skor � 8 adalah jumlah skor positif kebimbangan (anxiety) perlu intervensi khusus

(sesi kaunseling) dan saringan kali kedua. Sekiranya masih tidak menunjukkan
perubahan perlu dirujuk pegawai perubatan di klinik/hospital.
• Mana-mana skor positif PHQ-9 dan/atau GAD-7 perlu dirujuk.

~ 16 ~

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabi/a berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) �1.. Jun 2020

CARTA ALIR UMUM SARINGAN MINDA SIHAT

Mula

,.. Guru mata pelajaran/
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Pra SSaorainlagnanWMhoinodlaeySihat Guru Bimbingan dan Kaunseling

.. Guru Bimbingan dan Kaunseling

Saringan Minda Sihat 1 Guru Bimbingan dan Kaunseling
Soalan PHQ-9
Soalan GAD 7

I,

lntervensi khusus

r
Saringan Minda Sihat 2

Soalan PHQ-9
Soalan GAD 7

I, Guru Bimbingan dan Kaunseling

Pelaporan INTERVENSI KHUSUS
Sesi Kaunseling
l -Kemahiran daya tindak
-Tangani Stres 10 B
Tamat -Teknik Pernafasan
-Kawai Marah
-Penyelesaian Masalah
-Berfikitan Positif
-Komunikasi Berkesan
-Asertif

~ 17 ~

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabi/a berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) ;2 � Jun 2020

CARTA ALIR SARINGAN WHOOLEY

Mula

Bimbingan kelas/kelompok Guru mata pelajaran/
Guru Bimbingan dan Kaunseling

Edar Soalan Whooley Guru mata pelajaran/
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Tidak
Berisiko
Jawab 'YA' mana-mana soalan

lntervensi Lakukan Saringan Guru mata pelajaran/
umum dan Minda Sihat 1 Guru Bimbingan dan Kaunseling
amalkan
gaya hidup PHQ-9 dan GAD7

sihat

INTERVENSI UMUM
- Sesi Kaunseling
-Teknik Relaksasi
-Latihan Pernafasan
-Senaman bahu dan leher
-Urutan bahu dan eher
-X-Break
-Brain Gym
-Energizer

~ 18 ~

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM,600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) �,-_ Jun 2020

CARTA ALIR SARINGAN MINDA SIHAT

Saringan Minda Sihat 1
Edar PHQ-9 dan GAD 7

PHQ-9 kor 0-4 PHQ-9 skor 5-9 PHQ-9 skor =i!:10
GAD 7 kor 0-4 GAD 7 skor 5-7 GAD 7 skor skor: =!!: 8

lntervensi
khusus

lntervensi lntervensi umum Saringan Minda Sihat 2
umum dan Edar PHQ-9 dan GAD 7
amalkan Sesi kaunseling dan
gaya hidup amalkan gaya hidup sihat

sihat

PHQ-9 skor 0-9 PHQ-9 skor �10
GAD 7 skor 0-7
•GAD 7 skor: =!!: 8
lntervensi umum
Sesi kaunseling dan Maklumkan kepada
amalkan gaya hidup sihat Pengetua

INTERVENSI UMUM INTERVENSI KHUSUS i
- Sesi Kaunseling Sesi Kaunseling
-Kemahiran daya tindak Konsultasi ibu
-Teknik Relaksasi -Tangani Stres 10 B bapa/penjaga
-Latihan Pernafasan -Teknik Pernafasan
-Senaman bahu dan leher -Kawai Marah i
-Penyelesaian Masalah
-Urutan bahu dan leher -Berfikitan Positif Rujuk Pegawai
-X-Break -Komunikasi Berkesan Perubatan
-Brain Gym -Asertif
-Energizer
~ 19 ~

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 ) :l_:)_ Jun 2020

SENARAI SEMAK KEPERLUAN MURID DALAM KEBIASAAN BAHARU

Nama Jantina I Lelaki I Perempuan
Tingkatan

Arahan:

Sila jawab soalan berikut yang jelas menggambarkan tentang diri anda dalam tempoh tiga (3)
bulan yang lalu.

Bil SOALAN YA TIDAK

1. Saya bersemangat untuk belajar.

2. Ahli keluarga saya selalu bergaduh.

3. Saya mempunyai kawan baik.

4. Hubungan saya dengan guru tidak baik.

5. Saya selalu rasa tertekan.

6. lbu/bapa/penjaga selalu memukul saya.

7. Saya tidak ada sesiapa untuk berkongsi masalah

8. Guru sentiasa membantu saya

9. Saya rasa hendak berhenti sekolah.

10. Saya telah kehilangan orang yang disayangi.

11. Saya selalu dibuli oleh kawan di media sosial.

12. Guru selalu memarahi saya.

13. Saya tidak akan melakukan apa-apa yang mencederakan diri walaupun
kusut dengan masalah.

14. lbu/bapa/penjaga saya hilang punca pendapatan.

15. Saya selalu bergaul dan terikut-ikut tingkah laku kawan saya.

16. Saya suka berada di sekolah.

17. Saya rasa tiada harapan untuk lulus peperiksaan.

18. lbu/bapa/penjaga meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap saya.

19. Saya banyak menghabiskan masa saya dengan media sosial.

20. Saya risau tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Apakah masalah lain yang tidak dinyatakan di atas?

~20 ~

Si/a catatkan rujukan Sahagian ini apabila berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM.600-17/1/22 JLD.2 ( 93 ) .;i_� Jun 2020

Apakah yang sangat membimbangkan anda?

Soalan Ya Tidak

Pernahkan anda mendapatkan bantuan daripada orang lain?
Adakah anda perlukan pertolongan?

PANDUAN MENGIRA SKOR

SOALAN IS1 IS5 PERIBADI IS13 S17 JUMLAH
SKOR
Y=0 T=1 Y=1 T=0 IS9 Y=10 T=01 Y=1 J T=0

Y=1 T=0

SOALAN S2 KELUARGA IS18 JUMLAH
SKOR Y=1 J T=0
I IS6 S10 S14 Y=1 T=0

Y=1 T=0 Y=1 j T=0 Y=1 T=0

SOALAN IS3 RAKAN DAN MEDIA SOSIAL IS19 JUMLAH
SKOR
Y=0 T=1 I I IS7 S11 S15 Y=1 T=0

Y=1 T=0 Y=1 T=0 Y=1 T=0

SOALAN GURU DAN SEKOLAH IS20 JUMLAH
SKOR
I I I IS4 S8 S12 S16 Y=1 T=0

Y=O1 T=10 Y=10 T=01 Y=1 T=0 Y=0 T=1

KEPUTUSAN SOAL SELIDIK

KATEGORI JUMLAHSKOR
. PERIBADI

KELUARGA
RAKAN DAN MEDIA SOSIAL

GURU DAN SEKOLAH

~ 21 ~

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM.600-17/1 /22 JLD.2 ( 93 ) .:l � Jun 2020

Senarai semak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
serta Minda Sihat dalam Kebiasaan Baharu

Arahan : $Ha tandaka� I pada ruangan yang disediakan.

Bil Perkara Disemak

1. Memberi taklimat pelaksanaan perkhidmatan kepada guru dan
murid.

2. Memastikan bilik kaunseling bersih dan selamat untuk beroperasi.

3. Menampal poster bagi mengingatkan murid untuk menjaga
kebersihan dan keselamatan diri.

4. Mempamerkan tatacara pelaksanaan perkhidmatan di luar bilik
kaunseling.

5. Menyediakan buku rekod kehadiran murid dan pelawat.

6. Menyediakan pensanitasi tangan di kaunter daftar masuk, bilik sesi
kaunseling dan di ruang menunggu.

7. Menyediakan pelitup muka untuk murid yang memerlukan.

8. Menyimpan semua model dan alatan yang kerap disentuh oleh
murid.

Memastikan susunan kedudukan kerusi ruang menunggu dan bilik

9. sesi mematuhi penjarakan sosial satu (1) meter dengan
menaaunakan pita pelekat.

10. Menyediakan arah laluan pergerakan keluar dan masuk.

11. Menyebarluaskan program minda sihat dalam kebiasaan baharu.

12 Melaksanakan program minda sihat.

~ 22 ~

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung


Click to View FlipBook Version