The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by reziantyampo05, 2022-07-27 09:50:44

EPILEPSY / CONVULSION / FEBRILE FITS

NAMA: REZIANTY AMPO
NO MATRIKS: DCGN 1/2022(12)-0047

PSL 1/2022
ILKKM KOTA KINABALU

Convulsion / Epilepsy / Fibrile fits

OBJEKTIF:

1. Define of epilepsy / convulsion / Fibrile fits
2. State the etiology of epilepsy / convulsion / Fibrile fits
3. State the predisposing of epilepsy / convulsion / Fibrile fits
4. State the classification epilepsy / convulsion / Fibrile fits
5. State the clinical manifestations epilepsy / convulsion / Fibrile fits
6. State the diagnosis investigations of epilepsy / convulsion / Fibrile fits
7. State the management for client with epilepsy / convulsion / Fibrile fits
8. State the nursing diagnosis for client epilepsy / convulsion / Fibrile fits
9. Explain the nursing interventions for client epilepsy / convulsion / Fibrile fits
10.State the complications of client epilepsy / convulsion / Fibrile fits

EPILEPSY DefinisiEPS FIBRILE FITS
Epilepsy adalah satu Sawan berlaku akibat
gangguan dalam CONVULSION demam yang tinggi.
fungsi-fungsi otak di Konvulsi adalah Biasanya terjadi pada
korteks serebrum serangan kontraksi dan kanak – kanak diantara
dimana terdapat relaksasi otot skeletal umur 6 bulan hingga 5
pengeluaran aktiviti berlaku diluar kawal tahun.
elektrik yang abnormal secara mengejut Ia berkait rapat dengan
atau berlebihan untuk Sentapan yang penyakit seperti
seketika waktu dan berulang –ulang gastroenteritis,
menyebabkan sentakan disebabkan oleh tonsilitis,pneumonia,
atau sawan yang pengeluaran aktiviti measles atau lain–lain
berulang-ulang elektrik yang berlebihan penyakit yang
di korteks serebrum . menunjukkan hipertermia
atau demam tanpa
sebarang punca spesifik.

Etiology

Serangan sawan sering dikaitkan dengan gangguan patologi yang melibatkan bahagian otak.
Oleh kerana itu faktor penyebab atau etiologi epilepsi ini adalah semua keadaan yang
melibatkan bahagian otak. Ini termasuklah:

1.Faktor infeksi
Infeksi sistem saraf pusat akut atau kronik boleh menyebabkan sawan. Serangan infeksi
virus di otak menyebabkan kerosakan di bahagian otak terlibat. Contohnya: abses di otak
dan serangan meningitis di kalangan kanak-kanak sering diiringi dengan sawan.

2.Faktor kecederaan atau trauma
Kecederaan atau trauma di kepala disebabkan oleh pukulan, kemalangan atau semasa
proses kelahiran boleh menyebabkan kerosakan di bahagian otak.

3.Faktor genetik
Latarbelakang keluarga yang pernah mengalami epilepsi samada ibubapa atau adik beradik.
Keadaan ini akan mudah merangsangkan kejadian epilepsi kepada individu dalam keluarga
tersebut

4.Faktor yang tidak diketahui (idiopatik)
Terdapat juga sawan yang berlaku tanpa sebab-sebab tertentu dan dikenali sebagai
idiopathic epilepsy. Ianya berlaku di kalangan mereka berumur 20 tahun ke bawah dan
jarang sekali berlanjutan ke umur 30 tahun ke atas.

5.Faktor metabolik
Bahan toksik mengganggu metabolisma, pengaliran oksigen dan glukos ke otak dan
gangguan ini menyebabkan sawan. Contoh keadaan ini ialah,Ketidakseimbangan elektrolit,
hipglisemia, hipoksia, hiperkalemia, dehidrasiKeracunan disebabkan plumbum di kalangan
kanak-kanak menyebabkan keadaan “lead encephalopathy” diikuti dengan
sawan.Pengambilan alkohol yang berlebihan Withdrawal barbiturate

Predisposing Factor

EPILEPSY CONVULSION FIBRILE FITE

1.Tekanan Emosi 1.Epilepsi 1.Keturunan
2. Keletihan Yang 2.Meningitis 2.Jangkitan Viral Di
Teramat Sangat 3.Brain Lesion 3.Salur Pernafasan
3. Bunyi Bising 4.Head Injury Contoh:
4.Menggunakan 5.Hypertension Tonsillitis,faringitis,
Pemikiran/Mental Yang 6.Fever Sinusitis
Berlebihan 4.Jangkitan Di Sistem
Saraf Contoh Meningitis
5.Jangkitan Sistem
Urinari Contoh Cyctitis
6.Jangkitan Sistem
Penghadaman Contoh
Gastroenteritis

Patofisiologi Epilepsy

-Otak merupakan pusat pengawalan fikiran, pergerakkan dan deria. Ia dibentuk oleh
unit-unit sel (neuron). Sel ini mempunyai fungsi yang berbeza dan fungsi ini dilakukan
melalui penghasilan aktiviti elektrik yang berbeza.

-Sawan terjadi akibat daripada fungsi neuron yang sensitif di cortex cerebrum dan di limbic
centre di hippocampus

-Neuron (sel otak) ini dikenali sebagai epileptogenis focus. Membran sel ini akan menjadi
telap dan seterusnya menjadi aktif jika pesakit mengalami hipertermia, hipoksia,
hipoglisemia dan hiponatremia.

-Keaktifan sel ini akan mengeluarkan aktiviti elektrik yang berlebihan dan apabila sampai ke
tahap maksima ia akan merebak ke seluruh kortek serebrum, talamus dan brain stem.

-Pengeluaran aktiviti elektrik di ‘brain stem’ akan menyebabkan kontraksi otot-otot, dimana
otot-otot akan menjadi kejang dan menyebabkan sawan serta hilang kesedaran diri.

-Penghasilan aktiviti elektrik berlebihan akan merebak ke korda spina.

-Halangan di kortek serebrum, talamus anterior dan basal ganglia melambatkan
pengeluaran aktiviti elektrik. Oleh itu, akan mengganggu dalam kejadian sawan/sentapan,
aktiviti elektrik yang berkurangan itu akan menyebabkan sentapan/sawan terhenti.

-Kejadian dimana penghasilan aktiviti elektrik yang berlebihan serta halangan di kortek
serebrum akan menekan sistem saraf pusat dan menyebabkan pesakit hilang kesedaran
diri, ditunjukkan dengan terlena, kekeliruan dan letih selepas sawan.

Klasifikasi Epilepsy

Ianya terbahagi kepada beberapa jenis mengikut sentapan / konvulsi
1.Epilepsy Major (Grand Mal Epilepsy) Generalized seizure
2.Epilepsy Minor (Petit Mal Epilepsy)
3.Jaksonian Epilepsi Partial seizure
4.Temporal lobe Epilepsi
5.Status Epilepticus

Manifestasi klinikal

Manifestasi klinikal mengikut jenis-jenis epilepsi dan peringkat-peringkatnya

Epilepsi Major (Grand Mal) atau Tonic Clonic Seizures
Epilepsi jenis di perwatakan dengan konvulsi(sentapan) seluruh tubuh, hilang kesedaran diri,
inkontinen urin dan feses. Serangannya melalui peringkat-peringkat tertentu dan
manifestasinya mengikut peringkat adalah:
Peringkat aura (peringkat amaran)

 Dalam peringkat ini, tanda amaran atau sesuatu perasaan dirasai oleh pesakit
sebelum sawan berlaku seperti perasaan tidak senang, nampak seakan cahaya
kilat, terdengar bunyi, pening kepala atau kebas anggota.

 Sesetengah pesakit tidak mengalami peringkat aura.

Peringkat tonik (30 - 40 saat)

 Pesakit menjerit dengan tiba-tiba (epileptic cry) dan rebah/jatuh dalam keadaan
tidak sedarkan diri. Jeritannya nyaring dan jeritan ini disebabkan oleh kuncupan
tiba-tiba pada otot-otot pernafasan dan abdomen yang memaksa udara keluar
melalui glotis yang kejang.

 Semua otot-otot menjadi kejang dan kaku.
 Tangan pesakit membengkok, manakala kakinya melurus. Bola mata berputar

keatas.
 Pernafasan terhenti dan cynosis berlaku

Peringkat klonik (1 – 3 minit)

 Otot-otot mula menguncup dan mengendur secara berselang seli,
mengakibatkan pergerakan yang tersentak-sentak.

 Twitching berlaku pada kening, bibir, tangan dan kaki.
 Pesakit kelihatan masih kelihatan cynosis tetapi telah mula bernafas tetapi cetek
 Mengeluarkan air liuh ‘berbuih’(mungkin mempunyai kesan darah akibat

tergigit lidah semasa sentakan otot berlaku).
 Pesakit mungkin terkencing/terbuang air besar.

Peringkat kesembuhan / tidur

 Semua sentakan otot terhenti.
 Pesakit akan mengalami sakit di bahagian otot dan rasa letih.
 Pesakit akan tidur 1-2 jam atau lebih.
 Apabila terjaga, kadang-kadang menjadi agresif,
 Tiada ingatan terhadap apa yang telah berlaku semasa sawan.

Epilepsy Minor (Petit Mal Epilepsy)
Kerap berlaku kepada kanak-kanak dan jarang berterusan sehingga remaja. Jika tidak dirawat
serangan mungkin mencapai IOO kali sehari.

Manifestasinya ialah:
Pesakit hilang kesedaran diri beberapa saat.
Biasanya pesakit tidak terjatuh ke lantai.
Pesakit biasanya berhenti melakukan apa yang sedang dilakukannya.
Matanya terbeliak
Tiada sawan atau sentakan.
Mungkin ada sedikit twitching pada kelopak mata/jari.
Berlaku 5 – 20 saat sahaja.
Pulih dengan sekejap saja dan meneruskan kerjanya seperti biasa (tiada ingatan terhadap
apa yang berlaku).

Jaksonian Epilepsi
- sejenis simple partial seizures.
Seizure / sawan yang disebabkan oleh kecacatan di dalam otak samada tumor / jangkitan di
otak.

Manifestasinya ialah:
Bermula di satu bahagian tubuh, contohnya bermula di tangan kiri kemudian merebak
keseluruh bahagian tubuh kiri.
Pesakit biasanya tidak mengalami hilang kesedaran diri.
Durasi jarang melebihi 1 minit.
Penglibatan motor, sensori, autonomik phenomena atau kesemuanya.

Temporal Lobe Epilepsy
Adalah sejenis compleks partial seizures. Penglibatan fungsi behavior, emosi, affective dan

kognitif.

Epilepsi akibat kerosakkan di copeng temporal otak.

Manifestasinya:

“clouding of conciousness” – keadaan di mana pesakit berada di tahap separuh ingatan,
tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya dan pesakit keliru / disorientasi.

Pesakit melakukan pergerakan automatik dan berulang seperti mengunyah / menelan. Juga
dikenali sebagai psychomotor seizures.

Akan menyambung semula aktiviti yang sedang dilakukan semasa sebelum serangan. Durasi
biasanya melebihi 1 minit.

Selepas seizures diikuti dengan postictal confusion.(keliru selepas serangan sawan) Tidak
dapat mengingat kembali perbuatan apabila sedar.

Simptom psychosensori seperti perubahan dalam sensasi visual atau auditory serta alami
vertigo.

Status Epilepticus

 Adalah keadaan dimana terdapat sawan yang berterusan sekurang-kurangnya 30
minit. Sawannya adalah berturut-turut.

 Pesakit tidak sedar diri di antara serangan.
 Ia adalah komplikasi yang serius dalam epilepsy dan adalah keadaan medical emergency.
 Semasa serangan ulangan otak menggunakan tenaga yang lebih dari yang dibekalkan

kepadanya. Oleh itu neuron menjadi exhausted dan fungsinya akan terhenti serta berlaku
kerosakan otak kekal.
 Tonik klonik status epilepticus adalah yang paling bahaya kerana ia akan menyebabkan
kekurangan dalam ventilasi, hypoksemia, cardiac arrhytmias, hyperthermia dan asidosis
secara sistemik.

Diagnosis investigations

1. Health history taking

-Pengambilan sejarah latar belakang pesakit boleh membantu menentukan diagnosis.
-Cara kelahiran, umur mula mendapat serangan, corak dan ciri sawan.
-Mendapatkan sejarah sawan pesakit daripada ahli keluarga yang pernah
menyaksikan sawan yang dialami oleh pesakit.

2.Neurological examination - selalunya normal.
3.Ujian-Ujian diagnostik

1. Ujian Darah
(untuk mengesan masalah metabolik)

BUSE – untuk mengesan gangguan metabolik seperti uraemia yang merupakan
salah satu punca epilepsi.

Glukos dalam darah – paras glukos yang rendah menyebabkan hipoglisemia, dimana
keadaan ini adalah salah satu punca epilepsi

2. EEG (electroencephalogram)
Ia menggambarkan aktiviti eletrik otak seseorang.
Tujuan – mengenalpasti tempat discaj aliran eletrik bermula, rebakan dan
menentukan jenis epilepsi. Penyakit epilepsi yang berlainan akan menghasilkan
corak EEG yang berlainan, jadi pemeriksaan EEG amat berkesan untuk mengesan dan
mengenalpasti penyakit itu.

3. X-Ray skull
Mengesan ‘lesion’ atau kecederaan di otak.

4. CT Scan dan MRI
Bantuan komputer untuk menganalisa pemeriksaan X-Ray. X-ray biasa hanya dapat
menggambarkan keadaan tengkorak, tetapi dengan CT Scan, struktur otak dapat
ditunjukkan dengan jelas.
Tujuan – mengesan penyakit yang akan mengakibatkan perubahan struktur otak yang
jelas seperti tumour di otak dan strok.

5. Lumbar puncture (CSF for C&S)
Untuk pemeriksaan cecair serebrospinal bagi mengesan jangkitan.

6. Ventrikulogram

Pemeriksaan X-ray di ventrikel otak untuk mengesan tumor.

Management

Tujuan rawatan – mengawal sawan dan mengelakkan kecederaan

A. Rawatan semasa serangan

Pesakit diberikan privasi dengan meletakkan skrin untuk mengelakkan dari
pemerhatian orang ramai/pesakit lain, supaya beliau tidak berasa malu setelah
serangan berlaku disebabkan oleh pesakit-pesakit lain dapat memerhatikan keadaan
beliau ketika serangan berlaku.

>Melawaskan salur pernafasan
-Pusingkan muka/kepala pesakit ke sisi untuk memudahkan pengeluaran air liur.
-Longgarkan pakaian ketat di leher, dada dan pinggang.
-Lakukan sedutan dari masa ke semasa untuk mengelakkan pengumpulan air liur
yang menyekat salur pernafasan.
-Berikan oksigen melalui nasal prong 3L/ min atau face mask 5 - 1L/min

>Mengelak kecederaan
-rawat pesakit dalam katil berpagar
-susun bantal di sekeliling pagar katil
-letakkan bantal di hujung kepala katil disebabkan semasa serangan, kepala pesakit
mungkin terkena kepada kepala katil dan boleh menyebabkan kecederaan di kepala.
-Elakkan menahan gerakan anggota semasa serangan kerana boleh menyebabkan
kecederaan atau kepatahan di tulang-tulang anggota.
-Jauhkan alat-alat yang boleh mencederakan pesakit seperti benda-benda tajam,
gelas atau botol air panas.
-Berada di sisi pesakit semasa serangan untuk menentukan keselamatan pesakit
terjamin.

>Pemerhatian
-pemerhatian tentang sawan berkaitan dengan waktu sawan berlaku;
jangkamasa/tempoh serangan; bahagian/anggota yang terlibat untuk mengetahui
jenis sawan dan jangkamasa hilang kesedaran diri.

-Warna kulit – cyanosis akibat dari pernafasan yang terhenti dan sekatan salur
pernafasan dengan sekresi mulut
-Kencing / buang air besar semasa serangan.
-Kelakuan selepas serangan – tidur / ganas

>Pemerhatian dicatit dalam carta sawan (fit chart)
-Pulse oxymetri bagi mengetahui paras oksigen

-Pemerhatian tanda-tanda vital selepas serangan – kekerapan bergantung kepada
keadaan pesakit, 1 atau 2 jam sekali, dan pemerhatian nadi, pernafasan, tekanan
darah dan tahap kesedaran pesakit.

 Medical Management; Rawatan ubat
Pengubatan diberi secara intravena atau intramuskular untuk mendapatkan tindakan
segera bagi mengawal serangan. Ubat yang diberikan ialah:-

1. Anticonvulsant

-I/V Diazepam (Valium) 10mg ‘bolus dose’
Tujuan – untuk meredakan serangan; merehatkan otot dan menenangkan pesakit
Jika sawan masih tidak reda, I/V Valium 10 – 30 mg diberi melalui intravena infusi

-I/V Phenytoin Sodium
300mg diberi bersama valium untuk serangan yang teruk
Kesannya menghalang ledakan aktiviti letrik yang berlebihan melalui neuron.

2. Surgical Management:

- Pembedahan bagi pesakit epilepsi kronik contoh temporal lobe epilepsi.
- pilihan terakhir apabila medical management tidak dapat mengawal sawan pesakit
yang berulang.
- Mempunyai risiko dan komplikasi seperti kecederaan pada bahagian otak yang lain
disebabkan pembedahan, pendarahan.
- Keluarga dan pesakit perlu diterangkan dengan jelas tentang kemungkinan risiko
pembedahan.

B. Rawatan lanjutan (selepas serangan)

i.Kebersihan diri pesakit
-tukarkan kainan jika pesakit bowel open / pass urine
-lapkan mulut pesakit dari kesan saliva.

ii.Rehat
-beri keselesaan; kurangkan kebisingan.
-Setelah pesakit betul-betul sedar, berikan ia minuman glukos untuk memastikan
gula yang mencukupi di dalam darah

iii.Pemerhatian tanda vital
-di ambil 4 jam sekali keatas nadi, suhu badan, pernafasan dan tekanan darah.

iv.Ubatan anticonvulsant

Untuk mengawal sawan dan mencegah sawan berulangan. Selain dari ubat valium –
ubat yang diberikan adalah dari jenis antikonvulsi; diberikan dalam jangkamasa yang
panjang dan mungkin seumur hidup jika perlu. Ubatan hendaklah diberi bersama
sarapan untuk mengurangkan gastritis.
-Capsule Phenytoin (Dilantin) 100 – 200mg melalui oral
Tindakan – menekan pusat motor serebrum kortek dan menghalang rebakan aktiviti
eletrik yang abnormal melalui neuron
Kesan sampingan – kekeliruan, ataxia, pening.

-Luminal (Phenobarbitone)
Dos – 30 -50 mg tds melalui oral
Kesan sampingan – mengantuk, ataxia dan pening.

-Tegretol (Carbamazeprine)
Dos – 200mg tds melalui oral
Kesan sampingan – loya,muntah, ruam di kulit dan pening.

- Epilim (Sodium Valproate)
Dos – 200mg tds melalui oral
Kesan sampingan – loya, muntah dan tremor.

v.Makanan
-Doktor mungkin mempreskripsikan ketogenic diet; high fat, low protein, low
carbohydrate diet. Diet ini akan diberi bersama vitamin. Perlu menjalani pemeriksaan
oleh doktor & ujian darah sebelum memulakan kerana diet ini boleh menyebabkan
masalah kardiovaskular.

-Makanan yang diberikan perlulah yang tidak bahayakan pesakit sekiranya sawan
berlaku semasa makan
-Ikan perlu dibuang tulang; daging dan sayuran di potong halus dan berikan makanan
seimbang

Pendidikan kesihatan
Pendidikan kesihatan perlu dibuat dalam bentuk ‘family conference’ di mana pesakit
dan keluarga terdekat perlu hadir.
a.Penerangan
-proses kejadian penyakit, tanda dan simptom serta langkah-langkah yang perlu
diambil jika serangan berlaku di rumah.
-penyakit ini tidak boleh sembuh dengan sepenuhnya tetapi boleh dikawal dengan
pengambilan ubatan yang tetap dan betul.

b.Ubatan
-Meneruskan pengambilan ubatan dan menerangkan bahayanya jika pengambilan
ubatan diberhentikan dengan tiba-tiba; juga diberitahu kesan sampingan ubatan.
-Elak berhenti mengambil ubatan tanpa nasihat doktor

c.Aktiviti
-Mengenalpasti punca stress yang mungkin dialami oleh pesakit.
-Menerangkan bahawa aktiviti berlebihan, ketegangan emosi / fizikal seperti
keletihan, kemarahan, kepenatan, kurang tidur boleh merangsangkan serangan
sawan.

-Elak melakukan kerja-kerja yang boleh mendatangkan bahaya kepada pesakit jika
sawan berlaku ketika ia berseorangan seperti menggunakan benda-benda tajam,
barang letrik, bahan kimia, berada di tempat tinggi dan memandu kereta.
-Dilarang berenang seorang diri kerana beliau boleh mati lemas sekiranya sawan
berlaku
-Pesakit dinasihatkan memakai tag pengenalan mengenai penyakitnya kemana sahaja
dia pergi. Tujuannya jika berlaku kecemasan, langkah segera dapat diambil dan
diberikan kepadanya.

d.Makanan
-Pesakit dinasihatkan jangan mengambil alkohol yang berlebihan atau membeli
ubatan tanpa arahan doktor.

e.Temujanji
-Datang keklinik susulan mengikut tarikh yang diberikan untuk mengetahui proses
kemajuan penyakit disamping membolehkan doktor menukar/menambah ubatan jika
perlu.
-Berjumpa doktor dengan segera, jika ada sebarang jangkitan kerana ini boleh
menyebabkan serangan berulangan.

Diagnosis kejururawatan

1. Potensi kecederaan berkait dengan serangan sawan (uncontrolled movement).
2. Gangguan salur pernafasan berkait dengan neuromuscular impairment secondary to

prolonged tonic phase of seizure
3. Bimbang berkait dengan mengalami sawan berulangan.

Intervensi Kejururawatan

1. Potensi kecederaan berkait dengan serangan sawan (uncontrolled movement).

Matlamat.
Klien tidak akan mendapat kecederaan atau risiko mendapat kecederaan dapat dikurangkan
dengan ditunjukan oleh tiada alami bruises atau bengkak.

Intervensi Kejururawatan
i. Rawat klien di dalam katil yang berpagar bagi semua klien dengan epilepsy untuk
mengelak risiko jatuh.

ii. Pastikan pagar katil sentiasa diangkat bagi mengelakkan klien dari terjatuh semasa
kejadian sawan.

iii. Letakan paded di bahagian pagar katil bagi mengelakkan hentakan yang kuat pada besi
pagar.

iv. Elakkan dari mengambil suhu badan melalui mulut bagi mengelakkan termometer digigit
semasa kejadian sawan..

v. Jauhkan objek yang berada berdekatan klien yang mungkin boleh mencederakannya.

vi. Elakkan dari cuba membuka mulut klien yang sedang mengalami sawan bagi
mengelakkan kecederaan pada mulut.

vii.Elakkan dari cuba menghalang pergerakkan sawan untuk mengelak fracture.

2. Gangguan salur pernafasan berkait dengan neuromuscular impairment secondary to
prolonged tonic phase of seizure

Matlamat
-Klien dapat mengekalkan salur pernafasan yang lawas semasa kejadian sawan.

Intervensi Kejururawatan.
i. Letakkan kain yang dilipat nipis pada bahagian muka atau kepala klien tetapi elakkan dari
membengkukkan leher klien.

ii. Letakkan klien dalam kedudukan mengiring bagi melawaskan salur pernafasan.

iii. Longgarkan pakaian di bahagian leher klien bagi mengelakkan sekatan di bahagian leher.

iv. Pastikan peralatan sedutan dan oksigen disediakan di katil klien dan berfungsi bagi
digunakan semasa kejadian sawan.

v. Letakkan dalam baringan lateral selepas kejadian sawan bagi menggalakkan sekresi
meleleh keluar dan mengelakkan lidak menyekat salur pernafasan..

vi. Lakukan penilaian pada paras kepekatan oksigen bagi mengetahui kepekatan oksigen
klien.

vii.Lakukan sedutan dengan lembut di dalam mulut bagi membeantu mengeluarkan sekresi.

3. Bimbang berkait dengan mengalami sawan berulangan.

Matlamat.
Klien akan menunjukan riak muka yang tenang dan menyatakan kebimbangan berkurangan.

Intervensi Kejururawatan
i.Berikan informasi secara verbal dan secara penulisan dalam bentuk pamplet
bagi memberikan pengetahuan kepada klien.

ii.Terangkan kepentingan mengambil ubatan dan meneruskan rawatan secara
teratur supaya klien menyedari penyakitnya akan berulang jika beliau tidak
meneruskan rawatan.

iii.Terangkan kepada klien dan keluarga tentang jagaan diri semasa berlakunya serangan
sawan supaya mereka bersedia dan dapat melakukan jagaan dengan betul.

iv.Nasihatkan klien supaya sentiasa menepati temujanji yang telah ditetapkan supaya
pemantauan yang tetap boleh dilakukan.

v.Rujukan pesakit kepada klien yang dapat mengawal penyakitnya supaya dapat berkongsi
maklumat.

vi.Rujuk klien kepada kaunselor bagi mendapatkan khidmat nasihat jika klien masih bimbang.

Komplikasi

1. Kecederaan / Kepatahan
- jika sawan / sentapan ditahan dengan kuat
- jika sawan berlaku dan pesakit terjatuh ke lantai atau tercedera oleh peralatan yang
berada di persekitaran pesakit.
- akibat gigitan di lidah (ulcer mulut)
- kepatahan gigi

2. Kecacatan mental
-pada kanak-kanak ini disebabkan gangguan bekalan oksigen ke otak.

3. Taraf kecerdikan / kepintaran
-kekurangan dari segi tahap kecerdikan akibat daripada sawan yang berulang akan
menyebabkan kekurangan oksigen ke otak.

4. Status epilepticus
- epilepsi yang berterusan (sawan tanpa berhenti) sehingga menyebabkan pesakit tidak

sedar diri.

5. Psychososial
Ia akan memberi kesan dalam kehidupan seharian kerana ia melibatkan perubahan
dalam cara hidup. Ia juga mempunyai stigma yang buruk terhadap pesakit epilepsy.
Mereka juga mungkin mengalami masalah dalam mendapatkan pekerjaan dan peluang
untuk belajar.


Click to View FlipBook Version