The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ulasan Buku Dikendalikan Oleh ; Kakitangan Perpustakaan Cawangan Keningau

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Cawangan Keningau, 2021-01-12 02:54:10

Kompilasi Ulasan Buku Disember 2020 Koleksi Perpustakaan Cawangan Keningau

Ulasan Buku Dikendalikan Oleh ; Kakitangan Perpustakaan Cawangan Keningau

Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau

Ulasan Buku
Disember 2020
Koleksi Perpustakaan
Cawangan Keningau

Oleh
Kakitangan

Perpustakaan Cawangan Keningau

Hai 2
Sahabat....

Selamat
membaca
koleksi
ulasan buku
yang kami
sediakan
untuk
anda...

Tajuk : Landskap Buluh
Penulis : Azmy Hj.Mohamed
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Bil.Mukasurat : 143
ISBN : 978-983-46-1604-5

Buku berjudul Landskap Buluh ditulis oleh
Azmy Hj. Mohamed, iaitu pensyarah kanan di Jabatan
Pengeluaran Hutan, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra
Malaysia. Kandungan buku ini secara ringkas berkisar tentang
buluh sebagai tanaman landskap. Buku ini pada asasnya adalah
mengenai reka bentuk, pembiakan, penanaman, pengurusan
dan pemangkasan buluh sebagai tanaman landskap. Pembaca
boleh mengetahui panduan yang berguna dan teknik yang betul
berkaitan penanaman pokok buluh sebagai tanaman landskap.

Sebagaimana umum ketahui bahawa tumbuhan
buluh bermula dengan rebung. Rebung bagi sesuatu rumpun3
buluh berasal daripada satu tunas yang wujud di bawah batang
yang lama. Rebung terdiri daripada ruas lembut yang pendek
dan dilindungi oleh kelopak batang yang keras berlapis serta
tumbuh di setiap buku yang terletak bersebelahan antara satu
sama lain. Rebung yang keluar dari rumpun buluh boleh
tumbuh dengan cepat menjadi batang buluh. Ciri-ciri rebung
boleh membantu mengenal pasti sesuatu spesies buluh.
Kebanyakan orang Melayu di kawasan luar bandar di Malaysia
menanam buluh di persekitaran kawasan rumah untuk
mendapatkan rebung yang boleh dijadikan makanan. Rebung
boleh dimasak dengan pelbagai cara untuk dimakan bersama-
sama dengan nasi.

Buluh mempunyai pelbagai kegunaan namun
telah dihadkan hanya untuk membina rumah selain
rebungnya yang boleh dijadikan sebagai makanan. Sejak
kebelakangan ini, buluh dilihat melalui imej yang lain, iaitu
fungsinya sebagai tanaman landskap telah diterima oleh
masyarakat.

Dari segi fungsi buluh sebagai tanaman
landskap, selain sebagai nilai estetik, buluh juga berperanan
sebagai tanaman teduhan yang sangat diperlukan,
terutamanya di kawasan bandar disebabkan faktor cuaca
tropika yang panas. Tambahan pula dengan adanya rerambut
pada bahagian bawah daun-daun buluh, ia mampu mengawal
pencemaran bunyi bising yang berpunca daripada bunyi
enjin kereta dan asap yang berbahaya.

Buku ini mengandungi 10 bab yang
menerangkan cara membimbing peminat tanaman buluh,
terutama orang awam untuk mempraktikkan cara-cara
pemilihan spesies buluh yang sesuai serta yang perlu di
ketahui umum bagi membantu pengurusan tanaman buluh
sebahai landskap dapat dilakukan secara mampan.

Buku ini boleh dijadikan panduan dan amat
bermanfaat kepada pengurus taman, golongan usahawan
tapak semaian dan peminat tanaman buluh dalam usaha
menambah dan mewarnai landskap di beberapa kawasan 4
yang ada di negara ini.

Diulas oleh,
Benedict Ramy,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

Tajuk : Kalau Aku Cinta
Penulis : Ridhya Iman

Penerbit : Idea Kreatif Publication
Bil.Mukasurat : 546

ISBN : 978-9670718668

Kehidupan berumah tangga adalah perkara yang
sering dinantikan oleh pasangan yang bercinta dan berkasih
sayang. Namun, asam garam rumah tangga banyak berdepan
dengan cabaran dan risiko. Perkahwinan boleh diibaratkan
seperti menikmati satu pelayaran yang sangat jauh dan di
dalamnya terkandung seribu macam rasa yakni kesetiaan,
gembira, bahagia, ceria, sedih, duka, derita, sengsara dan
sebagainya. Kita seringkali mengharapkan hanya keindahan
dan kebahagiaan datang dalam melayari kehidupan berkeluarga5
tetapi bak kata orang, langit tak selalu cerah. Seringkali,
dugaan dan ujian datang bersinggah untuk menguji setiap
pasangan yang berumah tangga.

Buku Kalau Aku Cinta boleh diklasifikasikan
sebagai bahan bacaan umum dalam ceritera berkaitan dengan
permasalahan yang berlaku dalam kisah rumah tangga dan isu
kekeluargaan dimana Cinta kepada kekasih dan setia kepada
suami.Dua maksud yang disampaikan dalam buku ini
membawa kepada kepincangan rumahtangga dan penghinaan
keluarga.rasa cinta dan setia sahaja tidak cukup dalam
perhubungan rumahtangga tapi perlu saling mempercayai dan
ada komunikasi yang bagus diantara dua pihak.

Kupasan bagi setiap ceritera dalam buku ini
dibahagikan kepada 53 bab meliputi masalah suami, masalah
isteri, ego suami yang masing-masing menyimpan rahsia dan
sulit untuk disiratkan.

Buku ini memberi panduan untuk pembaca
mendefinasikan maksud perkataan cinta yang luar biasa
kuasanya walaupun hanya satu perkataan sahaja, namun
mempunyai seribu satu makna. Cinta digambarkan oleh penulis
bukan hanya sekadar perasaan sahaja, tetapi perlu disulami
dengan tanggungjawab dan amanah di dalamnya.

Buku ini sesuai untuk peringkat remaja dan
dewasa sebagai panduan dalam mencari nilai kasih sayang
dalam kehidupan. Kisah kehidupan dari pelbagai sudut
manusia berbeza yang ditonjolkan di dalam buku ini
memberikan inspirasi kepada para pembaca untuk menghargai
peluang berkasih sayang dan bercinta di dunia yang fana ini.

Diulas oleh,
Benedict Ramy,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

6

Tajuk : Penanaman Orkid Vanda
Penulis: Dyah Widiastoety Darmono

Penerbit: Synergy Media Books
Bil MukaSurat: 80

ISBN: 978-983-197-467-0

Buku Penanaman Orkid Vanda menghuraikan
beberapa perkara penting berkaitan tanaman orkid vanda,
khususnya bagi memudahkan pengurusan, penanaman, dan
pembiakan orkid vanda. Buku ini juga membincangkan
beberapa masalah yang mungkin timbul seperti pemilihan anak
benih, teknik penanaman, penjagaan, pembungaan serta
pengendalian serangan perosak yang boleh menyebabkan
kemusnahan tanaman.
Para penggemar bunga lebih gemar memilih untuk menanam7
orkid terutamanya jenis orkid vanda.

Antara kelebihannya ialah ukuran tanaman,
daun, warna dan corak bunganya sangat pelbagai. Namun, pasti
anda mengalami pelbagai masalah semasa menanam pokok
orkid vanda bukan? Pasti anda berasa kecewa apabila pokok
orkid yang ditanam kelihatan tidak menarik, tidak
menghasilkan bunga yang cantik atau sering diserang hama dan
penyakit. Jangan risau, buku ini diterbitkan khas untuk anda.
Buku ini membincangkan perkara-perkara yang berkaitan
dengan masalah penanaman yang sering dialami oleh mereka
penanam dan penggemar orkid.

Terdapat kira-kira 5000 jenis tanaman orkid di
Indonesia, salah satu jenis spesis orkid yang terkenal dengan
bunganya yang cantik ialah Orkid Vanda. Orkid Vanda
merupakan orkid jenis tropika keranan ia mudah tumbuh,
senang untuk dipelihara, mudah untuk dibiakkan dan
mempunyai kelopak bungan yang sangat cantik. Terdapat lebih
kurang 40 spesis orkid daru jenis Orkid Vanda. Para
penggemar bunga lebih senang memilih untuk menanam orkid
terutamanya orkid jenis Orkid Vanda. Di antara kelebihannya
ialah ukuran tanaman, daun, warna dan corak bunganya sangat
bervariasi atau pelbagai. Ukuran tanaman orkid jenis ini
mempunyai pelbagai saiz dari kecil hingga besar, daunnya pula
ada yang panjang, lebar dan yang kecil serta tebal. Pada
umumnya, orkid vanda yang berdaun lebar, memiliki bentuk
dan warna bunga yang lebih cantik dan menarik jika
dibandingkan dengan orkid vanda jenis teret. Manakala variasi
warnanya sangat meluas, dari warna yang cerah kepada warna
yang gelap.

Dalam pada itu, kesan daripada teknik kacukan
juga dapat menghasilkan variasi warna yang lebih menarik
seperti terdapat garis-garis atau bintik-bintik yang sangat cantik
pada kelopak-kelopak bungan tersebut. Untuk mendapatkan
hasil tanaman orkid yang cantik, aktiviti penanaman dan
pemeliharaan tidak dapat dielakkan lagi oleh para penggemar
bungan orkid. Aktiviti ini perlu mendapat perhatian yang serius

8

supaya tanaman sentiasa subur dan berbunga dengan cantik.
Dengan itu, secara tidak langsung para penggemar orkid sendiri
akan berasa bangga jika dapat menanam orkid sejak dari
benihnya sehingga membesar dan dapat mengeluarkan bunga
yang cantik. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah
bagi penggemar orkid iaitu memilih orkid vanda ketika semasa
benih, teknik tanaman dan cara memeliharanya dengan betul.

Diulas oleh,
Benedict Ramy,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

Tajuk : Variasi Ukiran Buah-Buahan
Penulis : Nor Aini Adnan
Penerbit : Alaf 21
Bil.Mukasurat : 143
ISBN : 983-192-651-x

Buku berjudul variasi ukiran Buah-
Buahan ditulis oleh Nor Aini Adnan yang banyak berkonsi
pengalaman dalam seni ukiran dan mendapat idea-idea
daripada Chef Abd.Razak Abdullah.

Seni ukiran buah-buahan sudah sememangnya
mendapat tempat di dalam masyarakat dimana kemahiran
ketika dahulu bergantung kepada kepandaian dan kreatif
masing-masing namun masakini pengukir boleh merujuk
kepada buku-buku atau menghadiri kelas-kelas yang berkaitan.9

Kandungan buku ini mengandungi 63 bentuk
ukiran yang kebanyakan buah-buahan yang digunakan
merupakan buah-buahan tempatan seperti tembikai,limau
nipis,betik,oren,buah anggur hitam dan hijau,epal
merah,belimbing,buah pir,buah naga dan nenas.

Variasi ukiran buah-buahan merupakan buku
yang bakal menjadikan anda kreatif dalam menyediakan atau
menghias hidangan di meja makan. Buku ini memaparkan
pelbagai teknik mengukir buah-buahan agar kelihatan menarik
dan istimewa bagi membuka selera terutama untuk hidangan
majlis perkahwinan dan pelbagai majlis keraian

Teknik yang dipaparkan dalam buku ini amat
mudah untuk dipraktikkan memandangkan penulis
menunjukkan langkah demi langkah teknik ukiran yang
dilakukan. Antara teknik yang menarik dipaparkan ialah teknik
mengukir buah buahan bentuknya hanya bulat ataupun bujur
boleh diukir menjadi objek seperti bunga,dedaun,kapal layar
dan sebagainya.

Buku ini amat sesuai dijadikan panduan kepada
mereka yang berminat dalam seni ukiran buah-buahan. Malah,
kemahiran yang dipraktikkan ini boleh dijadikan sumber
pendapatan tambahan.

Penulis telah menjadikan seni kerja tangan ini
yang merupakan satu kemahiran tinggi dan diterbitkan dan
dibukukan sebagai merakamkan satu ilmu agar dapat di pelajari
pula oleh orang ramai terutama mereka yang meminati bidang
ini.

Diulas oleh,
Benedict Ramy,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

10

TAJUK BUKU :
FAHAMI DUNIA KANAK - KANAK

PENULIS : AMINA NOOR
PENERBIT : AL - HIDAYAH PUBLISHERS

MUKASURAT : 133
NOMBOR KELAS : MAN 649.1 AMI

NOMBOR AKSESI : B02203098B
ISBN : 979830995014

KATEGORI BUKU : PANDUAN KEIBUBAPAAN

Buku fahami dunia kanak – kanak ini
merupakan sebuah hasil karya Puan Amina Noor yang
diterbitkan oleh Al – Hidayah Publishers. Menurut penulis
anak adalah satu anugerah daripada tuhan untuk ibubapa dan
tanggungjawab yang perlu digalas oleh ibubapa bukan setakat
memberi makan,minum dan pakaian tetapi menjaga serta

11

memberi pendidikan dan mendidik aspek keagamaan juga
merupakan tanggungjawab ibubapa sehingga anak menjadi
dewasa.

Buku fahami dunia kanak - kanak ini
membincangkan tentang dunia kanak – kanak, dan aspek yang
dibincangkan oleh penulis untuk dikongsikan kepada para
pembaca khususnya para ibu dan bapa ialah keperluan anak
kerana ini merupakan aspek utama yang harus dititikberatkan
oleh ibubapa. Selain itu, ciri anak yang sihat. Di sini, penulis
akan memberitahu kenapa bayi sering meragam, rawatan buat
bayi yang berusia satu bulan hingga sebelas bulan, perkara
yang dipelajari oleh anak yang telah berusia setahun sehingga
lima tahun.

Seterusnya, aspek pemakanan yang sihat untuk
bayi juga ada disentuh oleh penulis kerana ini juga merupakan
aspek yang penting buat anak untuk perkembangan yang sihat.
Panduan dalam menjaga bayi, cara penyusuan yang sesuai
untuk bayi, perbezaan anak lelaki dan perempuan juga antara
aspek – aspek yang dibincangkan oleh penulis. Masalah –
masalah yang timbul seperti masalah penyakit seperti penyakit
cirit birit,kulit bersisik,pitam,burut tali pusat dan beberapa lagi
jenis peyakit anak-anak turut dibincangkan dalam buku ini
agar dapat membantu para ibubapa dalam menangani masalah
penyakit - penyakit yang menimpa anak - anak. Selain itu
maklumat yang dikongsi oleh penulis ini juga dapat memberi
panduan khususnya ibu bapa dalam menangani masalah yang
dihadapi dalam membesarkan anak-anak ini. Ibubapa
merupakan “guru” yang pertama dalam mendidik anak di
rumah.

Ibubapa boleh mendidik anak seperti mengajar
anak untuk menggunakan tandas. Didikan ibubapa dari usia
yang kecil dalam menggunakan tandas ini sebenarnya perkara
yang penting kerana apabila anak sudah meningkat usia dan
memasuki tadika, anak dapat berdikari dan tidak menyusahkan
guru tadika. Akhir sekali, seperti yang kita tahu bahawa
ibubapa merupakan “role model” kepada anak kerana anak
akan mengikuti tingkah laku ibubapanya. Oleh itu, penulis
telah mengongsikan beberapa contoh yang terbaik untuk anak.

12

Tuntasnya, buku ini sangat bermanfaat kepada
para pembaca dalam mengenali anak terutamanya para
pembaca yang baru bergelar ibubapa. Buku ini telah memberi
huraian secara praktikal bagi menangani pelbagai masalah
berhubung dengan anak - anak bermula mereka dilahirkan
sehingga masuk kealam persekolahan. Huraian dalam buku ini
juga sedikit sebanyak dapat membantu dan menambah
pengetahuan para ibubapa tentang dunia anak tersebut.

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

TAJUK BUKU :
TEKNIK PENGGUNAAN MINDA SEIRING USIA

PENERBIT : SYNERGY PUBLISHING
MUKASURAT : 127

NOMBOR KELAS : MAN 128.2 TEK
NOMBOR AKSESI : B01824958D
ISBN : 9831970306

KATEGORI BUKU : KESIHATAN MINDA

Buku ini diterbitkan di Malaysia oleh Synergy
Publishing Co. dan diterjemahkan oleh Khairul Munawir. Buku
ini mengandungi lima bab dan beberapa ujian ketajaman
mental yang bertujuan untuk menguji ketajaman mental
seseorang yang sudah beruban itu. Selain itu, aspek kelupaan
yang perlu dibimbangi. Aspek ini akan membincangkan
beberapa tanda – tanda penurunan yang normal misalny1a3
penurunan daya keupayaan tubuh badan seseorang itu apabila
meningkat usianya. Contohnya, seorang pemain basebol yang
umurnya mencecah 40 tahun tidak dapat lagi memukul bola
secepat yang pernah dilakukannya sewaktu usianya baru 20
tahun. Oleh itu, kajian telah dilakukan dan telah membuktikan
bahawa “gunakannya kekalkannya” iaitu suatu kemahiran yang
melibatkan penyelesaian masalah dan memori perlu
dikekalkan. Hal demikian kerana penulis mengatakan bahawa
satu kajian telah dilakukan oleh Professor yang mengajar di
university California mendapati bahawa kemahiran memori
akan bekerja dan kemahiran eksekutif dipengaruhi oleh suatu
tahap bagaimana orang ramai mencabar minda mereka apabila
usia mereka semakin meningkat.

Penulis juga ada menyelitkan beberapa perkara
yang boleh dilakukan oleh para pembaca supaya memori kita
akan lebih berkesan walaupun sudah berusia.

Seterusnya, penulis membincangkan masalah
kognitif yang biasa bukannya penyakit alzeimer yang sering
disalah anggap oleh orang ramai atau para pembaca. Di sini,
penulis menyatakan nilai sumber – sumber masalah kognitif
dan juga bahan – bahan yang boleh mendatangkan kesan yang
merbahaya kepada otak manusia. Antara bahannya ialah
radikal bebas iaitu bahan kimia toksik pemusnah otak. Akhir
sekali, penulis juga membincangkan bahan – bahan biasa yang
ada dalam tubuh badan yang mungkin akan membantu otak
manusia.

Secara keseluruhannya, buku ini sangat
bermanfaat kepada golongan yang berusia bagi memastikan
ketajaman mental tidak menurun berikutan meningkatnya usia
dan dapat membantu meningkatkan pengetahuan yang
berkaitan dengan minda, otak dan memori kita Malah, penulis
juga ada sertakan latihan – latihan yang boleh dilakukan oleh
pembaca untuk membiasakan otak supaya sentiasa bekerja.

Diulas oleh, 14
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

.

TAJUK BUKU :
BERMATEMATIKA SAMBIL BERMAIN

PENULIS : ROSE GRIFFITHS
PENERBIT :

PENERBIT PT GRAMEDIA PUSTAKA UTAMA
MUKASURAT : 125

NOMBOR KELAS : MAN 510.7 GRI
NOMBOR AKSESI : B00894678I
ISBN : 9795110071

KATEGORI BUKU : PENDIDIKAN - MATEMATIK

Buku ini hasil karya Rose Griffiths dan
mengandungi tujuh bab. Setiap ibubapa mempunyai tugas yang
sangat penting di dalam pendidikan anak-anak mereka, seperti
yang kita sedia maklum bahawa bimbingan ibubapa sangat
mempengaruhi kesenangan dan kemajuan yang dicapai oleh
anak-anak. Persoalannya bagaimanakah caranya supaya kita
dapat membantu anak-anak kita sehingga mereka lebih percay1a5
diri dan mahir dalam mempelajari pelajaran matematik ini?
Sebagai ibubapa sudah pasti kita menghadapi masalah latihan
atau praktis untuk diterapkan, informasi tentang bagaimana
anak-anak kita belajar dan diatas keyakinan bahawa
kemampuan kita di dalam matematik sesungguhnya lebih baik
daripada yang selama ini. Matematik ada di mana-mana
bermaksud matematik wujud di dalam berbagai kegiatan
seharian kita.
Di dalam bab kedua kita akan diperkenalkan beberapa cara
bagaimana kita dapat membantu anak-anak, ketrampilan dan
kualiti yang diperlukan anak-anak untuk memahami matmatik
secara berhasil sekaligus merupakan bekal yang baik dan
diperlukan bagi kehidupan lainnya.

Diantara cara tersebut adalah mengajukan

pertanyaan di mana seni bertanya dan menjawab secara logik

adalah kemampuan untuk mengembangkan anak-anak yang

memerlukan masa dan latihan. Ini amat penting di dalam

matematik bukan karena sebahagian matematik menyandarkan

pada pemahaman sesuatu dengan baik sebelum melanjutkan ke

bahagian berikutnya. Selain itu berpikir logik, belajar kata-kata

baru dan sebagainya. Beberapa mainan anak-anak sangat baik

untuk mengembangkan kemahiran matematik seperti

permainan blok yang menarik dengan pelbagai warna, mainan

chime ball,palu dan pasak,gelas dan tong. Terdapat juga

beberapa mainan yang menyerupai mainan sebenar yang

dibincangkan dalam buku ini. Menghitung sangat penting

sebab ini merupakan dasar bagi semua pekerjaan yang

berkaitan dengan bilangan. Anak-anak yang dapat menghitung

dengan betul dan penuh keyakinan bererti sudah menempuh

awal yang menjanjikan di dalam kegiatan yang berkaitan

dengan bilangan. Terdapat beberapa kaedah belajar

menghitung yang boleh membantu anak-anak seperti nama

bilangan,menghitung setiap benda, menghitung

binatang,biskut,tangan dan sebagainya. Dalam bab keempat

berkenaan dengan bangun dan ruang di mana kita akan melihat

beragam kegiatan yang dapat membantu anak -anak

mengembangkan perasaan tentang bangun dan ruang. Banyak
16

kata dan gagasan baru dengan sendirinya akan diperolehi bila

anak kita secara aktif mengeksplorasi dunia di sekitar kita.

Kegiatan gerak tubuh seperti memanjat

pohon,berlari,melompat,berguling dan merangkak semuanya

adalah cara yang menyenangkan di dalam mengeksplorasi

ruang. Disamping itu patung musical, permainan sembunyi dan

cari, lintasan berlari dan bermain dengan bola, susun gambar

dan teka-teki. Bab kelima penulis sekali lagi menekankan

pengalaman-pengalaman praktis yang berkaitan dengan

bilangan seperti penjumlahan dan beberapa aktiviti turut

dikongsikan penulis berkaitan dengan penjumlahan ini.

Bab keenam adalah kupasan mengenai
mengukur di mana penulis membahas tentangan ukuran dan
berat, dikongsikan beberapa aktiviti berkaitan dengan
mengukur ini. Bab ketujuh adalah mengenai waktu merupakan
aspek yang sulit bagi anak-anak sebab mereka baru memiliki
pengalaman yang relatif sedikit dalam menjalani waktu ini.
Penulis meyakinkan kita bahawa kalau kita dapat mengatur
belanja mengikut pola pakaian atau sulaman,membaca peta
atau memperkirakan biaya yang diperlukan untuk berhibur
bererti kita telah menggunakan ketrampilan matematik. Bagi
anak-anak kegiatan bermain,bercakap,bekerja dan belajar
semuanya saling berkaitan, dengan memanfaatkan semua
sumber kita dapat membuat matematik menjadi bagian yang
relevan dan menarik dalam kehidupan anak-anak kita.

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

17

TAJUK BUKU :
PENYAKIT PARU-PARU BAYI PRAMATANG DAN

KESAN JANGKITAN DALAM RAHIM
PENULIS : CHEAH FOOK CHOE
PENERBIT :

PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
MUKASURAT : 50

NOMBOR KELAS : MAN 618.9762 CHE
NOMBOR AKSESI : 0003577004
ISBN : 9789674123109

KATEGORI BUKU : KESIHATAN - PENYAKIT

Buku ini ditulis oleh Cheah Fook Choe dengan
ketebalan 50 mukasurat. Menurut Penulis lebih kurang 5% -
18% daripada bayi dilahirkan pramatang di seluruh dunia.
Peratusan ini berkemungkinan bertambah tinggi

18

peningkatannya dengan perubahan gaya hidup dan kemajuan
dalam penjagaan kesihaatan. Diantara penyumbang utama
keadaan ini adalah umur ibu ketika mengandung yang terlalu
muda atau tua, penyakit wanita yang menyebabkan komplikasi
kepada kandungan dan kehamilan yang berlaku melalui
bantuan perubatan yang ada kaitan dengan kehamilan kembar.
Definisi pramatang yang diterima secara konvensional adalah
kelahiran yang berlaku sebelum selesainya tempoh gestasi 37
minggu. Walaupun bayi pramatang mempunyai organ-organ
penting yang terbentuk sepenuhnya, kebanyakkan daripada
mereka tidak mempunyai daya dan kebolehan untuk berfungsi
sebagaimana bayi yang matang dan cukup umur.

Keadaan ini menjadi punca utama kepada

kematian yang berkaitan dengan kepramatangan bayi tersebut

yang berpunca daripada penyakit paru-paru yang tidak matang.

Kecederaan paru - paru bayi pramatang disebabkan oleh

dorongan oksidan ketika keradangan dalam atau luar rahim.

Pendedahan kepada jangkitan dalam rahim yang telah

menyebabkan kelahiran pramatang boleh mengakibatkan kira -

kira separuh daripada bayi yang mendapat keradangan paru -

paru berlanjutan hingga status kronik. Namun, terdapat berita

baik iaitu satu penemuan yang boleh mempercepatkan

kematangan par - paru telah dijumpai oleh Sir Graham Mont

Linggins secara tidak sengaja yang dipanggil Antenatal

Kortikosteriod. Beliau telah membuat kajian untuk mencegah

komplikasi gangguan paru - paru untuk bayi pramatang. Oleh

itu, penulis berpesanan kepada para pembaca agar lebih

menitikberatkan tentang faktor manusia iaitu wanita yang

berkemampuan untuk mengandung seharusnya lebih

memahami kepentingan penjagaan awal antenatal dan tanda

ancaman kepada kesakitan melahirkan bayi pramatang. Secara

keseluruhan, buku ini sangat memberikan manfaat kepada para

pembaca khasnya kepada yang bergelar ibu dalam

menambahkan lagi pengetahuan tentang hal - hal yang

berkaitan dengan melahirkan bayi pramatang. 19

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

Tajuk Buku: Create You Own Future
Pengarang: Brian Tracy

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
MukaSurat:360ms

No Panggilan:MAR 650.1 TRA
ISBN No: 9789673691913
Harga:26.30

Jenis Buku:Pengurusan Diri,Motivasi

Buku ini yang bertajuk ‘Create Your Own
Future’ memberi manfaat kepada kita dalam membuka minda
dan membina sifat positif dalam diri pembaca serta mamp2u0
menjana idea,menarik minat pembaca dan mewujudkan
peluang bagi mencapai kejayaan serta mencorak masa hadapan
yang lebih sempurna dari sebelumnya.

Terdapat 12 prinsip bagi meraih kejayaan tanpa
had didedahkan dalam buku ini iaitu
Potensi tanpa had, matlamat yang jelas adalah kunci
utama,ilmu adalah kuasa, kepakaran adalah suatu keajaiban,
adab penentu segalanya, perhubungan adalah penting, hal
ehwal kewangan, kit adalah genius, hasil menentukan ganjaran,
rebutlah peluang, perwatakan diambil kira dan beruntungnya
orang yang berani.

Mesej dan maklumat yang disampaikan dalam
buku ini sangat bermakna dan mudah difahami oleh golongan
masyarakat khususnya orang Malaysia walaupun asalnya
daripada penulisan Barat.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Masnah Yusof,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

21

Tajuk Buku :
Teknik Meningkatkan Daya Ingatan Anda

Pengarang : Irwan Widiatmoko
Penerbit : Synergy Media
Muka Surat : 245

No Panggilan : MAN 153.1 WID
ISBN No : 978-967-371-3899
Harga Buku : Rm19.12

Buku yang bertajuk Teknik Meningkatkan Daya
Ingatan Anda tulisan Irwan Widiatmoko sangat menarik untuk
dibaca.Menghuraikan tentang kemampuan meningkatkan day2a2
inggatan sehingga 500%.

Modul buku ini cuba memberikan pelbagai jenis
aplikasi dalam hal mengingat segala perkara dalam kehidupan
kita.kemampuan otak merupakan suatu potensi yang
memungkinkan manusia untuk mengembangkan dirinya
menjadi mahluk yang sedang menuju kesempurnaan
kewujudannya di dunia.Otak adalah kurniaan yang luar biasa
dari maha esa kepada insan bergelar manusia.

Menerusi buku ini disertakan pelbagai teknik-
teknik mengingat yang berkesan misalnya mengingat
cerita,perkataan,gambar dan sebagainya.

Hal ini mengambarkan cara yang paling tepat
dalam memaksimumkan potensi daya ingatan yang super yang
dimiliki oleh insan bergelar manusia.Seorang ilmuan berkata
jika 10 maklumat dimasukkan ke dalam otak kita setiap detik
sepanjang hidupnya,otak manusia belum penuh terisi.Begitulah
dahsyatnya daya ingatan manusia.

Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua lapisan
masyarakat dari kanak-kanak,remaja dan dewasa.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Lawrance Angansuk,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

23

Tajuk Buku : Sains Pemikiran & Etika
Pengarang : Mardzelah Makhsin

Penerbit : PTS Profesional Publishing SDN BHD
Muka Surat : 316 Muka Surat
No Panggilan : MAR 501 Mar
ISBN No : 978-983-3585-67-0
Harga Buku : Rm35.00

Buku yang bertajuk Sains Pemikiran &

Etika sememang nya sangat menarik untuk dibaca.buku ini

menampilkan falsafah-falsafah dan konsep pemikiran

pelbagai persepektif.Buku ini juga memberikan tip-tip

pemikiran dan nilai-nilai murni yang sangat berguna untuk

kita amalkan dalam menjalani kehidupan bermasyarakat.

Dalam pada itu menerusi buku ini juga ditonjolkan

beberapa tokoh ilmuan falsafah yang berperanan

membantu pembaca memahami konsep asas berkaitan

falsafah serta pembentukan paradigma pemikiran yang

bersepadu.Dimuatkan juga pelbagai teknik-teknik yang

digunakan oleh manusia untuk berfikir dan menaakul

serta berupaya menyelesaikan masalah disamping ,dengan

susunan ayat,penulisan dan bahasa yang ringkas serta

mudah difahami. 24

Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua lapisan
masyarakat dari kanak-kanak,remaja dan dewasa khususnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Lawrance Bin Angansuk
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

25

TAJUK BUKU : Menanam Dan Menjaga Tanaman
Hiasan Menjalar

PENGARANG : Lingga, Lanny Widayanti
PENERBIT : Kuala Lumpur: Synergy Media

MUKASURAT : 80
ACC NUMBER : B02963556C

ISBN NO : 9831975693
HARGA : RM19.90

JENIS BUKU : Tanaman Hiasan (MAN635.974LIN)

Landskap memainkan peranan yang penting

dalam kehidupan kita pada masa kini. Sejak kebelakangan

ini, tanaman menjalar semakin mendapat perhatian dalam

kalangan peminat hiasan dan landskap di halaman rumah.

Tanaman menjalar memainkan peranan penting bagi

menyerikan suasana persekitaran dan menjadikan laman

rumah menjadi lebih indah dan ceria.

Tanaman ini bukan sahaja ditanam di

kawasan laman rumah bahkan turut ditanam di kawasan

hotel, apartmen, kondominium dan pejabat-pejabat. Jika

dahulu, tanaman menjalar kurang diminati oleh pengemar

bunga kerana dianggap sebagai penggangu, tetapi kini

tanaman ini telah digunakan secara meluas dan telah

menjadi tanaman hiasan yang popular dan mempunyai

permintaan yang tinggi di pasaran. 26

Dari aspek penjagaan, tanaman ini mudah
dijaga. Dalam proses penjagaan pelbagai aspek perlu diberi
perhatian terutamanya semasa pemilihan tanaman. Selain itu
antara persoalan lain yang perlu dipertimbangkan ialah adakah
tanaman ini memerlukan ruang yang luas? Bolehkah tanaman
ini tumbuh dengan sihat, cantik dan berbunga segar. Justeru itu
buku ini dapat memberi idea untuk penggunaan tanaman ini
sebagai penyeri rumah atau taman anda. Buku ini juga
memaparkan sifat-sifat tanaman jenis menjalar dan cara
penjagaannya.

Tanaman menjalar atau climbing plant
tergolong dalam jenis tanaman berbatang yang tumbuh secara
memanjat, menjalar atau melilit pada tiang mahupun pada apa
sahaja objek yang berada berhampiran dengannya. Tanaman
atau pokok jenis ini ada yang berbunga indah dan ada juga
yang memiliki daun yang menarik.

Buku ini menghuraikan secara terperinci definisi
tanaman hiasan yang menjalar, pengenalan spesies dan jenis-
jenisnya serta cara penjagaan tanaman tersebut. Buku ini juga
memaparkan gambar-gambar bunga yang menarik serta nama-
nama bunga tersebut.

Pelbagai spesies tanaman atau pokok menjalar
boleh dijadikan sebagai tanaman untuk menghiasi perkarangan
rumah atau elemen sesebuah taman mengikut kesesuaian dan
keadaan. Apakah jenis tanaman atau pokok menjalar yang
menjadi kegemaran oleh pencinta tanaman hiasan di Malaysia?
Apakah ciri-cirinya? Bagaimana pula cara menanam dan
menjaganya?
Buku ini mengandungi Tiga Bab;
Bab 1. Mengenali Tanaman Hiasan Yang Menjalar
Bab 2. Jenis-Jenis Tanaman Hiasan Yang Menjadi Kegemaran
Ramai
Bab 3. Menanam Dan Menjaga Tanaman Hiasan Yang
Menjalar.

Buku ini menyediakan segala jawapannya.
Untuk mengetahuinya lebih lanjut, dapatkan segera buku ini!

27

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Mobin Mahadin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

28

Tajuk Buku: Umar Hatta
Penulis : Jaja Ahmad

Penerbit: ANAASA Publication. Kajang,
Selangor.2018

MukaSurat: 518
ISBN : 978-967-0870-53-3
No Panggilan: MAF JAJ
Kategori Buku: Novel Romantis dan Pergolakan

Hidup

Novel ini mengisahkan tentang hubungan
antara Hatta dan Leyla . Hatta merupakan majikan di
tempat Leyla bekerja. Layla jatuh cinta pada majikannya
dan tanpa disangka cintanya berbalas kerana Hatta juga
mempunyai perasaan yang sama terhadap Leyla. Namun
kisah silam Hatta membuatkan dia trauma dan takut
kehilangan Leyla.

Jaja Ahmad, penulis novel ini berjaya
membawa pembaca merasa rawan dengan pergolakan
cinta dan dugaan dalam rumahtangga Hatta dan Leyla
dengan kehadiran watak Dahlia. Dahlia jatuh cinta pada
abangnya Hatta. Hubungan bukan adik beradik kandung
Hatta dan Dahlia membuatkan Leyla selalu dipandang
sinis oleh Dahlia.

29

Seterusnya kemunculan Zafran pula
menambahkan lagi ketakutan Hatta tentang masa lalunya akan
terbongkar. Zafran asyik menganggu Hatta dan saat yang tidak
diduga akhirnya tiba apabila Leyla sendiri telah tahu rahsia
yang disimpan oleh Hatta. Rahsia apa yang Hatta sembunyikan
?...... anda tentu tidak mahu terlepas membaca novel ini
sehingga menemukan pengakhirannya. Buku ini sesuai kepada
semua golongan pembaca dewasa.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

30

TajukBuku: AMALAN KECIL BERPAHALA
BESAR

Pengarang: FAHRUR MUIS
Jenis Buku: E-book
Pautan:

https://www.sabah.elib.com.my/index.php/book/details/39726

Buku kecil ini adalah sebuah koleksi

pelbagai amalan mudah dan ringan yang dapat dilakukan

dalam kehidupan seharian. Ia menjanjikan pahala besar.

Bahkan, ada juga terdapat amalan yang menjadi pembuka

pintu syurga. Amalan itu dipanggil sebagai amalan mudah

kerana ia lebih mudah dilakukan berbanding dengan

amalan lain. Ia juga dipanggil amalan ringan kerana ia

mampu dilakukan dengan tidak perlu mengeluarkan

belanja yang mahal dan tenaga yang berat.

Melalui pembacaan buku ini, kita akan sedar yang Allah

tidak kedekut untuk memberi ganjaran pahala kepada

hambaNya walaupun kebaikan itu sekecil biji sawi. Jadi

sebagai hamba kita kena bersyukur kepada Allah kerana

Maha Pemurah dalam memberikan pahala atas amalan kita

walaupun kecil dan tidak dihargai oleh manusia di

sekeliling kita. 31

Gaya bahasa yang mudah, singkat dan huraian
tidak meleret panjang menjadikan buku ini mudah dibaca untuk
semua golongan. Tentunya kita tidak menyangka amalan –
amalan kecil ini boleh menyebabkan kita masuk syurga
malahan disertakan dengan hadis nabi SAW sebagai bukti.

Antara amalan kecil yang dimaksudkan dalam
buku ini antaranya Berjalan kaki ke masjid, mendengar azan,
bersedekah, amalan kecil dalam bulan puasa, berzikir dan
bermacam lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Ismail Abas,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

32

TajukBuku: Apa bakat saya?
Pengarang: Ahmad Naim Jaafar, Saiful Izzuan

Hussain
Jenis Buku: E-book

Pautan:

https://www.sabah.elib.com.my/index.php/book/details/48344

Buku ini cuba mengajak anak-anak dan ibu

bapa supaya kembali memeriksa diri masing-masing yang

selalu menekankan kepada anak-anak pada SKOR A

semata-mata, sedangkan terlalu banyak cabang dalam

kehidupan yang tidak semestinya berfokus kepada A

sahaja. Terlalu banyak yang seseorang itu boleh jadi dan

lakukan dalam kehidupannya selain menjadi 'mangsa

kepada A' atau exam oriented. Tidak bermakna jika kita

gagal dalam peperiksaan, kita akan menjadi orang yang

tak berguna.

Dikarang dengan bahasa mudah namun bermutu tinggi

sesuai dibaca untuk anak-anak yang masih bersekolah dan

akan banyak membantu pelajar mencari halatuju

kehidupan mereka selepas tamat persekolahan terutama

bagi mereka yang kurang bernasib baik dalam bidang

akedemik. 33

Sesungguhnya nasib seseorang itu tidak sama
dan begitu juga bakat yang ada dalam diri mereka, kegagalan
dalam bidang akedemik bukan bermaksud yang mereka akan
gagal dalam bidang atau bakat yang lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Ismail Abas,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

34

TajukBuku: Buku Bagaimana Merangsang Seronok
Belajar

Pengarang: Ahmad Fadzli Fauzi
Jenis Buku: E-Book
Pautan:

https://www.sabah.elib.com.my/index.php/book/details/14972

Bagaimana untuk merangsang keseronokan

belajar untuk anak-anak? Dalam suasana kelas yang

kondusif yang dapat membantu dan mendorong kanak

untuk berjaya. Bagi menggalakan anak-anak terus aktif

dan seronok dan bersemangat guru-guru perlu membantu

mereka menimbulkan minat untuk terus belajar.

Buku ini juga mengandungi motivasi,tip dan teknik bagi

merangsang rasa seronok dan sesuai diaplikasikan semua

peringkat umur bagi semua pelajaran. Antara perkara

penting yang dibincangkan adalah berkaitan matlamat

belajar,,rasa seronok belajar,komunikasi yang

berkesan,imej diri,mengurus emosi dan teknik mendorong

perubahan pelajar. Aktiviti yang kreatif perlu diujudkan

bagi merangsang guru menjana idea lebih kreatif dengan

semua mata pelajaran yang diajar.Bagaimana dengan kita

tepuk dada sukat usaha. 35

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Ismail Abas,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

36

TAJUK BUKU : Penghasilan Bunga Keratan Orkid
Bermutu Tinggi

PENGARANG : Sarwono, B
PENERBIT: Kuala Lumpur: Synergy Media

MUKASURAT : 132
ACC NUMBER : 9789831975701

ISBN NO : B02963327J
HARGA : RM27.90

JENIS BUKU : Tanaman Orkid (MAN635.9344SAR)

Ribuan Spesies orkid ada terdapat di Malaysia, kecantikan

dan keunikan warna serta corak bunga yang berbeza-beza

makin menyerlahkan lagi seri laman sehingga mampu

memikat hati sesiapa saja yang melihatnya. Ada

penanaman orkid diusahakan secara komersial dan juga

sebagai hobi.

Pengeluaran orkid secara komersial

bukanlah satu fenomena baru tetapi ia telah bermula sejak

tahun 1960-an lagi. Perkembangan pengeluaran orkid,

khususnya orkid keratan telah menunjukkan peningkatan

yang begitu memberangsangkan apatah lagi ia mendapat

permintaan yang tinggi dari Jepun, Eropah Barat dan

Amerika Utara. Justeru itu, pelbagai teknik telah

diperkenalkan bagi membantu para penggemar dan

pengumpul orkid khususnya bagi memudahkan

pengurusan, penanaman dan pembiakan pokok serta

memastikan orkid yang ditanam rajin berbunga. 37

Kesegaran bunganya juga dapat bertahan lama
tanpa sebaran pengawet. Secara amnya, orkid keratan memiliki
ciri-ciri khusus, ia lebih ekonomi, mudah dikembangbiak dan
dapat dijaga dalam jumlah yang banyak. Ia juga memiliki daya
ketahanan yang tinggi sekiranya peringkat kutipan dan
pengendalian hasil kutipan dilakukan dengan teratur dan baik.
Kecantikan dan keunikan bunga orkid kini dijadikan sebagai
sebahagian sumber hiasan dalam pejabat, rumah atau kawasan
rekreasi.

Buku Penghasilan Bunga Keratan Orkid
Bermutu Tinggi telah disusun dengan baik untuk memberi
peluang kepada pencinta orkid mengetahui teknik-teknik
pembiakan dan penanaman orkid yang lebih sistematik.

Diharap buku ini juga dapat menambahkan
pengetahuan kepada para pembaca yang amat meminati
komoditi bunga hiasan ini. Ia turut memberi peluang kepada
semua golongan sasaran menimba lebih banyak pengetahuan
dan informasi yang berguna serta mempelajari teknik-teknik
yang sesuai dalam menghasilkan orkid keratan yang bermutu
tinggi sehingga mampu bersaing di pasaran, baik di pasaran
tempatan mahupun di arena antarabangsa. Tunggu apa lagi,
dapatkan buku ini di perpustakaan yang berdekatan dengan
anda. Buku ini mengandungi Lapan Bab.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Mobin Mahadin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
38

Tajuk Buku: Infiniti
Penulis : Farrah Izzlorna
Penerbit: Prolog Media. Rawang, Selangor.2017

MukaSurat: 313
ISBN : 978-967-13211-8-8
No Panggilan: MAF FAR
Kategori Buku: Novel Cinta, Seram dan Misteri

Novel bertemakan misteri dan cinta. Memaparkan babak
yang tidak terduga dan unsur seram. Watak Suri yang
misteri dan pengorbanan Suri yang besar terhadap
Andrian, akan membuat pembaca mengalirkan airmata dan
meninggalkan kesan pada hati.

Andrian seorang jejaka yang misteri dan
istimewa. Sepanjang 18 tahun dia bernafas di dunia, dia
boleh melihat apa yang manusia biasa tidak nampak. Dia
boleh merasai kehadiran mereka. Tapi dia memilih untuk
tidak percaya dan menganggap kebolehannya sebagai
sejenis penyakit mental. Hanya sebuah halusinasi mainan
minda.

Namun, kehadirannya di Kampung Meranti
sekitar tahun 1985 telah membuat persepsinya berubah.
Andrian bertemu dengan puan Hafsyah, berkenalan
dengan Luth, bermusuh dengan Suri dan menyimpan rasa
pada Yasmin. Rencah kehidupan yang dilalui bersama
mereka telah mengubah hidup Andrian sepenuhnya. 39

Satu demi satu kebenaran terbongkar.
Kebenaran yang buat Andrian sedar... selama ini dia cuma
hidup dalam sebuah penipuan yang dicipta Buku ini sesuai
kepada semua golongan pembaca dewasa.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

40

Tajuk Buku: Smash Kuasa Minda Usahawan
Pengarang: Mejar (B) Mohammad Qayyum Bin

A.Badaruddin
Penerbit: True Wealth Sdn Bhd

MukaSurat:257ms
No Panggilan:MAN 338.04 MUH

ISBN No: 9789675994555
Harga:17.25

Jenis Buku: Usahawan, Motivasi, Pembangunan Minda

Seorang usahawan mempunyai minda yang
cekap melihat peluang, berani mengambil risiko. Sentiasa
kreatif dan inovatif terhadap pasaran di hadapan mereka,
berkebolehan mengadaptasi isu menjadi peluang kepada
mereka.

Setiap orang adalah berpotensi untuk
menjadi usahawan dan peluang sentiasa terbuka. Apa yang
membezakan antara individu terhadap keusahawanan
adalah motivasi diri. Sentiasa bersedia untuk mengambil
kira risiko terhadap masa, ekuiti, kerjaya, berkebolehan
untuk menjadi pemimpin, berkebolehan untuk membina
plan perniagaan yang baik dan mempunyai visi yang jelas
terhadap masa depan perniagaan.

41

Bagaimana seorang usahawan berfikir?
Sekiranya anda ingin menjadi usahawan yang berjaya, bukan
sahaja cara pemikiran, tetapi, teknik dan strategi perniagaan
adalah amat penting untuk membawa perniagaan anda bersaing
di kalangan pesaing-pesaing yang muncul bagai cendawan
selepas hujan dimasakini.

Kuncinya adalah, perasaan dan keadaan
usahawan yang berjaya dibandingkan dengan orang ramai
adalah sama sahaja. Cuma, mereka berpegang kepada konsep
Nike: Just Do It! Dan bergerak pantas dalam menjalankan
perniagaan mereka.

Sebagai contoh, boleh dilihat ketika musim
perayaan, berbagai barangan yang dijual untuk menarik
perharian pembeli, ada peniaga menjual barangan yang sama
sahaja, tetapi usahawan melihat dengan cara berbeza, mereka
akan mengolah cara pemikiran biasa, mereka mencari ruang
untuk dilihat berbeza dari peniaga kebanyakan. Oleh itu
usahawan mempunyai usaha untuk merealisasikan idea baru
dan lebih kreatif dalam menarik pelanggan mereka.

Buku ini sangat sesuai untuk anda usahawan dan
bakal usahawan dalam mencakar dan mencabar minda anda
untuk menjadi seorang usahawan yang luar biasa hebat dan
memiliki jalan sendiri untuk melonjakkan perniagaan mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Masnah yusof,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
42

TAJUK BUKU : PERMAINAN MINDA UNTUK BAYI
PENULIS : JACKIE SILBERG

PENERBIT : AL-AMEEN SERVE HILDINGS SDN BHD
MUKASURAT: 63

NOMBOR KELAS : MAN 649.122 SIL
NOMBOR AKSESI : 0003243613
ISBN : 9789673620753

KATEGORI BUKU : PERMAINAN UNTUK BAYI

Buku ini merupakan hasil penulisan Jackie

Silberg. Jackie Silberg merupakan seorang jurucakap, guru
dan juga pelatih untuk perkembangan awal kanak – kanak

dan muzik. Penulis juga ada berkata di dalam buku ini

bahawa menulis buku ini merupakan pengalaman yang

sangat menyeronokkan bagi beliau kerana beliau

berpendapat bahawa setiap orang yang telah berinteraksi

dengan bayi akan dapat merasakan keupayaan luar biasa

yang ada pada mereka tanpa mereka sedari. Penulis telah

membahagikan bayi kepada dua kumpulan yang dibezakan

dengan umur iaitu bayi baru lahir hingga 3 bulan dan bayi

yang berumur 3 bulan hingga 6 bulan. Dalam buku ini

juga, penulis telah menyenaraikan permainan dan juga

aktiviti yang boleh dilakukan bersama dengan bayi

mengikut umur. 43

Permainan atau aktiviti yang dilakukan penulis
terutamanya yang bergelar ibu dan bapa haruslah mengikut
kesesuaian umur yang telah disenaraikan oleh penulis.

Di setiap permainan atau aktiviti yang telah
disenaraikan oleh penulis adalah merupakan hasil kajian yang
telah dilakukan oleh individu – individu yang tertentu.
Permainan yang disenaraikan di dalam buku ini akan
membentuk keupayaan otak bayi. Ianya juga merupakan
tonggak pembelajaran masa hadapan dan ini merupakan satu
permulaan yang baik untuk bayi serta menyeronokkan.

Cara terbaik untuk membentuk hubungan dalam
otak bayi adalah dengan memenuhi keperluaannya iaitu
bermula dengan kasih saying daripada orang sekelilingi
terutamanya kasih sayang ibu dan bapa. “Bayi memerlukan
persekitaran yang seronok untuk diterokai, selamat dan
dipenuhi dengan orang yang memberi respons terhadap
keperluan emosi dan minda bayi” kata penulis.

Secara keseluruhannya, buku ini memberi
manfaat kepada para pembaca terutamanya yang bergelar
ibubapa kerana dapat meningkatkan lagi pengetahuan para
ibubapa dalam membantu perkembangan otak bayi ataupun
anak.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

44

TAJUK BUKU : PENDIDIKAN KHAS UNTUK
KANAK-KANAK ISTIMEWA

PENULIS : JAMILA K.A.MOHAMED
PENERBIT : PTS PROFESSIONAL PUBLISHING SDN BHD

MUKASURAT : 141
NOMBOR KELAS : MAN 371.9 JAM

NOMBOR AKSESI : B02359944 C
ISBN : 9789833376414

KATEGORI BUKU : PENDIDIKAN KHAS

Buku pendidikan khas untuk kanak-kanak
istimewa ini merupakan hasil penulisan Jamila K.A. Mohamed
pada tahun 2005. Buku ini mengandungi 8 bab yang
membincangkan pendidikan khas bagi kanak – kanak istimewa.
Menurut penulis, pendidikan khas bukan sahaja perlu
diperkenalkan atau diketahui oleh golongan yang terlibat
dengan keperluan khas. Malah, juga oleh setiap lapisan
masyarakat terutamanya para guru di sekolah kerana ini
penting supaya dapat membantu para guru dalam
mengenalpasti kanak – kanak yang mungkin menghadapi
masalah pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor –
faktor yang tertentu. Penekanan utama di dalam buku ini
adalah dalam aspek ciri – ciri kanak – kanak khas dan juga
keperluan pembelajaran mereka. Pada bab yang pertama di
dalam buku ini, penulis membincangkan tentang
perkembangan pendidikan khas yang merangkumi pendidikan
khas luar negara dan di dalam negara, program – program khas
pendidikan, program pendidikan inklusif, kurikulum, penilai4a5n
dan juga peranan dan tanggungjawab.

Pada bab yang kedua pula, penulis
membincangkan pengenalan kepada kanak – kanak. Dalam bab
ini ciri – ciri kanak – kanak khas diperkenalkan oleh penulis.
Bab yang seterusnya ialah kanak – kanak bermasalah dengan
pendengaran. Manakala pada bab yang keempat pula ianya
mengenai masalah penglihatan kanak – kanak. Masalah
pembelajaran bagi kanak – kanak pula dibincangkan pada bab
yang kelima.

Bab – bab yang seterusnya membincangkan
ujian pengesanan iaitu lebih kepada ujian yang dilakukan ke
atas murid untuk mengenal pasti murid. Pada bab 7 penulis
menekankan strategi pengajaran untuk mengetahui pengajaran
yang berkesan dan cara untuk mengendalikan murid dengan
keperluan khas. Pada bab 8 pula penulis berkongsi tentang
penilaian dan rancangan pendidikan kepada para pembaca.

Penulis berharap agar buku ini dapat memberi
manfaat kepada para pembaca. Secara keseluruhannya, buku
ini sangat bagus kerana ianya dapat menjadi panduan kepada
para pembaca dalam mengenal pasti kanak – kanak dengan
keperluan khas supaya mereka lebih jelas dengan keadaan yang
dihadapi oleh kanak – kanak istimewa ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

46

TAJUK BUKU : SCREAMING - FREE PARENTING
PENULIS : TEGUH IMAN PERDANA

PENERBIT : PTS MILLENNIA SDN BHD
MUKASURAT : 114

NOMBOR KELAS : MAN 649.1 TEG
NOMBOR AKSESI : 0003367262
ISBN : 9789670142647

KATEGORI BUKU : PANDUAN KEIBUBAPAAN

Buku Screaming - Free Parenting setebal 114

dan mengandungi empat bab. Setiap bab dikupas perinciannya

oleh penulis. Peranan kita sebagai ibubapa menentukan

bagaimana anak - anak akan membina masa hadapan mereka.

Anak-anak adalah anugerah daripada tuhan dan merupakan

hasil pelaburan dunia dan akhirat. Justeru itu kita sebagai

ibubapa perlu mampu menjadi ibubapa yang menyeronokkan,

kerana ibubapa yang menyeronokkan adalah ibubapa yang

sentiasa diselubungi dengan tenaga dan emosi positif dan

sentiasa kreatif, penuh perhatian dan penuh kasih saying.

Dalam buku ini penulis memberi panduan kepada ibubapa

bagaimana untuk berkongsi ilmu dalam mendidik dan

mencorak anak-anak kea rah keperibadian yang

berkualiti,positif dan kreatif.

Selain itu turut dikongsikan dalam mendidik

anak-anak tanpa ungkapan Tidak dan Jangan mahupun

ancaman. Kecemerlangan masa depan anak-anak bergantung

kepada cara bimbingan yang diterima oleh anak-anak seawal

umur serta juga dipengaruhi persekitaran. 47

Terdapat beberapa kaedah meraihhati anak-anak
iaitu dengan mengucapkan rasa cinta dan kasih sayang,
memberi penuh perhatian,memuliakan anak-anak, memberi
pujian,berkongsi ekspresi semasa bercerita dan memberi ruang
kepada anak-anak menyampaikan perasaan tidak puas hati
mereka. Para ibubapa juga perlu memiliki sikap dan emosi
yang positif,kreatif,tegas,mampu menimbulkan suasan
keseronokkan ketika berinteraksi serta menjadi kawan baik
kepada anak-anak yang meningkat dewasa dan berupaya
meyakinkan anak-anak melalui penjelasan yang logik, melalui
teknik-teknik ini anak-anak akan menghormati ibubapa dan
menganggap mereka sebagai model terbaik.

Selain itu dalam buku ini ada kupasan tentang
mitos-mitos paradigm baharu dan lama dalam mendidik anak-
anak. Perbezaan kedua-dua paradigm ini menjadi cabaran baru
kepada ibubapa pada masa ini, menyedari betapa pentingnya
peranan ibubaapa mendidik anak-anak dengan lebih
bertanggungjawab kerana anak-anak terdedah kepada
persekitaran baru dan dipengaruhi dengan pelbagai teknologi
canggih, justeru itu para ibubapa perlu mengubah paradigm
lama kepada yang baru iaitu lebih menuju kearah kebaikan
seiring dengan pembesaran anak-anak. Sebagai ibubapa kita
adalah penentu sikap anak-anak kepada kita dan orang di
sekitar mereka, ini adalah termasuk kualiti dan karakter
peribadi diri apabila dewasa kelak. Dalam buku ini turut diberi
pencerahan bagaiman mahu mencari tenaga dan emosi positif
dalam corak asuhan anak-anak.

Oleh itu buku ini amat sesuai dijadikan bahan
panduan kepada mereka yang bakal menimang cahaya mata
dan para ibubapa yang masih belum terlambat mendapatkan
ilmu pengetahuan untuk mendidik anak-anak dengan penuh
kasih sayang,kreatif,ceria dan bebas daripada emosi negatif.

48

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

49

TAJUK BUKU : HOW TO TALK SO KIDS WILL
LISTEN & HOW LISTEN SO KIDS WILL TALK
PENULIS : ADELE FABER & ELAINE MAZLISH
PENERBIT : PTS PUBLISHING HOUSE SDN BHD

MUKASURAT : 408
NOMBOR KELAS : MAN 649.1 FAB

NOMBOR AKSESI : 0003674858
ISBN : 9789674114121

KATEGORI BUKU: PANDUAN KEIBUBAPAAN

Buku ini adalah hasil karya Adele Faber dan

Elaine Mazliah telah diterjemahkan dalam bahasa Malaysia

oleh Nora Herni Abd.Rahim. Buku setebal 408 ini

mengandungi tujuh bab mengenai dengan tips bagaimana

mendidik anak-anak dengan berkesan. Terdapat empat cara

yang boleh dipraktikkan sebagai kit kecemasan jika ada anak

yang bersedih iaitu mendengar sepenuh perhatian,meraikan

perasaan mereka dengan perkataan,menamakan perasaan

mereka dan memberikan apa yang diingini secara imaginasi.

Namun demikian sebenarnya sikap adalah lebih

penting daripada segala perkataan yang kita gunakan.

Sekiranya tiada perasaan belas kasihan dalam sikap kita, anak-

anak cenderung beranggapan apa sahaja yang kita ucapan

adalah hanya berpura-pura ataupun manipulasi.

Ucapan yang kita ungkap itu hanya sampai ke

dalam hati anak-anak apabila disertai dengan perasaan empati.

Daripada empat cara yang disebutkan itu mungkin perkara

paling sukar adalah cuba memahami emosi anak-anak, aspek

ini memerlukan kemahiran konsentrasi dan latihan bagi

melangkaui apa yang mereka luahkan, ini untuk mengenalpasti
50
apa sebenarnya perasaan mereka.


Click to View FlipBook Version