NAMA NO MATRIK QHUZAERIE BIN SAMSUDIN SURENDRAN M02DSC22F508 HARITH FADILAH BIN KAMARUL FARIEZAL M02DSC22F509 MUHAMAD DANISH HAQIMIE BIN AMIR HAMZAH M02DSC22F512 E-FOLIO KONSEP KEJIRANAN MPU 23152- PENDIDIKAN ISLAM NAMA PENSYARAH: MUHAMMAD MUZZAIRY BIN IDRIS
KATA-KATA ALUAN MAKSUD KEJIRANAN HAK KEJIRANAN ADAB KEJIRANAN CONTOH ADAB BERJIRAN YANG DIAMALKAN RASULULLAH SAW IMPLIKASI TIDAK BERADAP DENGAN JIRAN HIKMAH ADAB KEJIRANAN KESIMPULAN APAKAH KONSEP MASYARAKAT MAJMUK MENURUT ISLAM MASYARAKAT DAN MAJMUK FITRAH SEMULA JADI PENCIPTAAN ALLAH SWT TERHADAP MANUSIA CIRI-CIRI UTAMA BAGI MASYARAKAT ASAS-ASAS PEMBINAAN MASYARAKAT ISLAM PERANAN, HAK DAN TANGGUNGJAWAB KESIMPULAN RUJUKAN ISI KANDUNGAN TAJUK
Seindah bicara, Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum W.B.T Segala puji bagi allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam, tuhan yang maha pemurah lagi maha pengasih, Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya terhasil e-folio yang diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua pelajar. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Muzzairy Bin Idris selaku pensyarah subjek MPU 23152- Pendidikan Islam yang banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada kumpulan saya sehingga e-folio ini dapat diterbitkan. Terima kasih juga kepada semua ahli kumpulan yang telah bertungkus lumus mengumpulkan maklumat yang menarik bagi menyiapkan amanah yang diberikan. Dalam naskah ini, adalah untuk melengkapkan tugasan topik 3 iaitu konsep kejiranan dalam institusi islam. KATA-KATA ALUAN
Jiran mencakupi kepada semua orang Muslim dan kafir, orang taat beribadah dan orang fasik, teman atau musuh, orang asing dan pribumi, orang baik dan orang jahat, saudara dan bukan saudara, yang paling berdekatan rumahnya dan yang berjauhan. Samada yang tinggal di atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang yang mencapai 40 buah rumah (Ibnu Hajar Al- Asqalani, 2010, Imam Al-Ghazali, 2009). Ini sesuai dengan hadis Rasulullah S.A.W dari Abu Daud yang bermaksud: “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga.” (Riwayat Abu Daud) KONSEP KEJIRANAN DALAM ISLAM Orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga Ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu ISTILAH BAHASA ARAB
(SURAH AN-NISA : 36) ANJURAN BERBUAT BAIK KEPADA JIRAN Banyak ayat Al-Quran yang menyeru berbuat baik sesama manusia terutama jiran. Berikut adalah antara ayat Al-Quran dan Hadis berkaitan anjuran berbuat baik kepada jiran [Riwayat Muslim (77)] Daripada Abi Syuraih RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: ِرِه ُيْحِسْن ِإىَل َجا َيْوِم اآْلِخِر َف ْل ْل ُيْؤِمُن ِباللِه َوا اَن َمْن َك Maksudnya: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya.”
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda: ِرِه َخْيُر ا َألْصَحاِب ِعْنَد ِهَّللا َخْيُرُهْم ِلَصاِحِبِه، َوَخْيُر الِجيَراِن ِعْنَد ِهَّللا َخْيُرُهْم ِلَجا Maksudnya: “Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah seseorang yang terbaik terhadap temannya. Manakala sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah seorang yang paling baik dengan jirannya. [Riwayat al-Tirmizi (1944)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib] Daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda: ُه ُث ُه َسُيَوِّر َّن ِر، َحَّتى َظَنْنُت َأ وِصيِني ِباْلَجا َما َزاَل ِجْبِريُل ُي Maksudnya: “Jibril sentiasa berwasiat kepadaku agar berlaku baik kepada jiran sehingga aku menyangka bahawa jiran itu akan mewarisi hartaku. [Riwayat al-Bukhari (6015)]
JIRAN MUSLIM YANG MEMPUNYAI PERTALIAN PERSAUDARAAN •Hak Sebagai Muslim •Hak Sebagai Saudara •Hak Sebagai Seorang Jiran JIRAN MUSLIM YANG TIDAK MEMPUNYAI PERTALIAN PERSAUDARAAN •Hak Sebagai Muslim •Hak Sebagai Seorang Jiran JIRAN BUKAN ISLAM •Hak Sebagai Seorang Jiran APAKAH HAK KEJIRANAN ?
TIDAK MENYAKITI JIRAN Sebagai jiran ,seseorang itu mestilah menjauhi segala perbuatan yang tidak disenangi oleh jiran tetangganya. Perbuatan tersebut seperti ; •Mencuri, •Membuat bising, •Memfitnah, •Membuang sampah berdekatan dengan rumah jiran sehingga menimbulkan bau busuk. Sabda rasulullah saw; “Tidaklah masuk syurga orang yang tetangganya tidak aman kerana gangguannya” (Hadis Riwayat Muslim)
Seseorang jiran lebih bertanggungjawab jika menjaga kepentingan jiran-jirannya dengan Ikhlas tanpa mengharapkan mendapat perhatian oleh orang sekeliling dan ganjaran. Rasulullah SAW mengingatkan umatnya agar sentiasa mengambil berat sesama saudara seislamnya. “Barang siapa yang menolong saudaranya yang lain maka allah akan menuliskan baginya 7 kebaikkan setiap langkah yang dilakukannya” (Hadis Riwayat Thabrani) MENJAGA & MENGAMBIL BERAT TERHADAP JIRAN
Melakukan kebaikkan terhadap jiran dan usaha selagi tidak melanggar akidah dalam berbuat baik kepada jiran tertangga. Jika setiap jiran berusaha untuk menjaga hati jiran masingmasing, sudah pasti kawasan kejiranan tersebut menjadi aman dan tenang dalam menjalani kehidupan seharian. Sesungguhnya sesiapa yang mengembirakan jirannya akan digembirakan pula oleh Allah SWT BERBUAT BAIK DAN MEMeLIHARA KEAMANAN DENGAN JIRAN ‘Barang siapa memberikan kegembiraan kepada seorang mukmin , maka Allah akan memberikan kegembirannya pada hari kiamat (Hadis Riwayat Ibnu Mubarak
Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan hubungan silaturahim dan pertalian sesama manusia, selain menuntut umatnya bercampur gaul dan bermasyarakat Rasulullah SAW mengingatkan umatnya agar memuliakan dan menghormati jiran seperti melayan kaum keluarga sendiri. Sabda Baginda; . “ Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku supaya berbuat baik kepada jiran yang meninggal dunia sehingga ke tanah perkuburan (Hadis Riwayat Al-Bukhari) MEMULIAKAN JIRAN
Melayan jiran dengan baik walaupun bukan Islam. Rasulullah SAW meminta tetamu memberi salam di sisi pintu supaya tidak ternampak aib di dalam rumah. Rasulullah SAW menyuruh Abu Zar membanyakkan kuah ketika memasak untuk diberikan kepada jiran. Rasululah SAW meminta supaya jiran diberi keutamaan dalam jual beli dengan menawarkan kepadanya terlebih dahulu. Memberikan hadiah dan makanan kepada jiran. CONTOH ADAB BERJIRAN YANG DIAMALKAN RASULULLAH SAW
CONTOH AMALAN KEJIRANAN
Merosakkan perpaduan dan membangkitkan permusuhan dalam masyarakat IMPLIKASI TIDAK BERADAB DENGAN JIRAN Tidak mendapat ketenangan hidup Terpinggir daripada masyarakat Berlaku perselisihan faham antara jiran tertanga
HIKMAH ADAB kERJIRANAN Kehidupan akan tenang dan harmoni Mendapat keberkatan Allah Masyarakat akan hidup bersatupadu Mudah mendapat pertolongan apabila dalam kesusahan Negara kan bertambah maju
KESIMPULAN Kesimpulannya, kita dituntut untuk berlaku baik kepada jiran kerana tuntutan tersebut datang daripada al-Quran dan juga hadith Nabi SAW. Selain itu juga, Allah SWT menyediakan hukuman yang berat kepada orang-orang suka menyakiti jirannya. Tambahan pula, Islam mengajar umatnya agar sentiasa bersabar dalam setiap perkara yang menimpa serta berusaha untuk menyelesaikannya dengan sebaik mungkin. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa berlaku baik kepada jiran serta memasukkan kita ke dalam syurga di akhirat nanti.
“(Maksudnya) Sesungguhnya Kami ciptakan manusia di dunia ini berbilang bangsa dan keturunan. Untuk mereka saling kenalmengenali di antara satu sama lain. Dan manusia yang terbaik adalah orang yang paling bertakwa kepada Allah S.W.T.” (al-Hujurat: 13) APAKAH KONSEP MASYARAKAT MAJMUK MENURUT PANDANGAN ISLAM ? Negara islam yang pertama disusun oleh Nabi Muhammad s.a.w di Madinah terdiri daripada Masyarakat majmuk. Komponen utama Masyarakat majmuk dalam negara islam terdiri daripada ; Orang Islam Orang Bukan Islam Kewujudan Masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri yang pelbagai bukanlah sesuatu yang asing dalam agama islam malah Allah s.w.t. telah menciptakan kepelbagaian manusia yang wujud di muka bumi ini seperti firmannya ; ِإَّن واۚ ُف َباِئَل ِلَتَعاَر ْم ُشُعوًبا َو َق ُك َنا ْنَثٰى َوَجَعْل ُأ ْم ِمْن َذ َكٍر َو ُك ْقَنا ا َخَل َّن ِإ ْم ُك ْتَقا َأ ْم ِعْنَد ِهَّللا ُك ْكَرَم َأ
MASYARAKAT DAN MAJMUK Masyarakat sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Masyarakat juga merujuk kepada golongan manusia yang tinggal di sesuatu Kawasan yang terdiri daripada beberapa ; ●Bangsa ●Etnik ●Suku Majmuk pula merupakan kesatuan dan kesepaduan sesebuah Masyarakat yang menggabungkan diri untuk hidup bersama dalam sesebuah unit sosial. Jika diamati itrah makhluk oleh Allah SWT, diciptakan manusia pelbagai keistimewaan ; ●Rupa ●Warna kulit ●Bahasa
FITRAH SEMULA JADI PENCIPTAAN ALLAH SWT TERHADAP MANUSIA
CIRI-CIRI UTAMA BAGI MASYARAKAT
ASAS-ASAS PEMBINAAN MASYARAKAT ISLAM Al-Quran dan Al-sunnah meletakkan asas-asas yang kukuh dalam pembentukan kehidupan masyarakat islam. Berikut adalah asas-asas yang membentuk masyarakat islam; Akidah Islam Asas utama pembetukan masyarakat islam adalah untuk memelihara, menjaga ,dan menegakkan akidah islam. Akidah tauhid amat penting untuk membebaskan manusia daripada belenggu khurafat yang boleh membawa kemunduran iaitu kepercayaan karut-marut yang tidak berasaskan akal rasional. Tolong-menolong atas kebaikkan bukan kerosakan Masyarakat islam mesti bekerjasama untuk kebaikkan dan tidak bekerjasama untuk melakukan dosa dan perbuatan keji; ْلُعْدَواِن ِم َوا ْث ْوا َعىَل ا ِاْل ُن َوالَّتْقٰوۖى َواَل َتَعاَو Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dantakwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Surah Al-Maidah:2)
Bersatu padu sesama manusia adalah ibadat yang mulia Masyarakat islam menekankan aspek bersatupadu sebagai satu bentuk ibadat yang dituntut islam ا ِااَّل ِبَحْبٍل ِقُفْٓو ُث ْيَن َما َّل ُة َا ْيِهُم الِّذ ُضِرَبْت َعَل ِّمَن ِهّٰللا َوَحْبٍل ِّمَن الَّناِس Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka (berpegang) pada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia. ( Surah Al-Imran : 112)
Antara hak dan tanggungjawab yang tertera dalam Piagam Madinah adalah seperti berikut: Semua masyarakat adalah satu ummah yang bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara. Warganegara Islam dan warganegara bukan Islam bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara daripada serangan musuh atau penceroboh. Setiap warganegara bebas bergerak dan menetap di Madinah. Setiap warganegara bebas bergiat, memiliki harta dan menuntut ilmu. Masyarakat wajib saling menolong atas kebaikan bersama. Masyarakat tidak boleh membantu musuh atau sekutu untuk melakukan kemungkaran. Setiap warganegara yang dizalimi mesti dibantu dan berhak mendapat pembelaan. Kebebasan mengamalkan ajaran agama tanpa paksaan. Semua masyarakat mesti mengamalkan nilai yang baik. PERANAN, HAK DAN TANGGUNGJAWAB Islam mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam mengendalikan masyarakat majmuk. Hak dan tanggungjawab masyarakat majmuk telah digariskan dalam Piagam Madinah iaitu perlembagaan bertulis yang pertama di dunia yang telah disusun oleh Nabi Muhammad s.a.w. berdasarkan Al-Qur’an dan Al-Sunnah
KESIMPULAN Kesimpulannya, Islam tidak membeza-bezakan manusia hanya dengan berdasarkan kepercayaan kerana Islam telah memberi semua hak asasi kepada manusia tanpa sebarang perbezaan dan sekatan. Bahkan dalam masa yang sama, menyatupadukan semua atas prinsip kemanusiaan sejagat. Adalah menjadi harapan agar konsep rahmah ini dapat dinikmati oleh bukan hanya kepada orang Islam sahaja bahkan turut dirasai oleh orang bukan Islam. Sesungguhnya apa yang dicita-cita serta diperjuangkan adalah menuju keredaan Allah SWT, menghapuskan kezaliman, penindasan dan menegakkan keadilan tanpa mengenal kaum, agama serta sempadan geografi. Dalam membina dan menyuburkan suasana kehidupan yang harmoni, pembangunan kerangka konsep Rahmatan Lil Alamin di Malaysia ini seharusnya mengambil kira asas-asas konsep tersebut seperti yang termaktub di dalam al-Quran dan hadith Nabi SAW iaitu secara asasnya, Islam meletakkan prinsip kedamaian, berbuat baik dan adil kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Namun, dalam perihal akidah, syariah dan syiar Islam, penjagaan kedudukan agama Islam haruslah dipelihara dalam negara yang menobatkan Islam sebagai Agama Persekutuan. Dalam aspek perkara yang mempunyai perselisihan dalam kalangan sarjana muslim serta urusan siasah, pemimpin seharusnya mengambil keputusan yang sewajarnya dengan tidak mengetepikan keadilan dan kesejahteraan rakyat melaluli pendekatan Maqasid Syariah Pertimbangan terhadap kebaikkan ( masalih) dan Keburukan (mafsaddah) seharusnya menjadi asas utama dalam meletakkan garis panduan berhubung perkara ini bagi memperkukuh keharmonian kaum di negara ini.
RUJUKAN https://dailyhijrah.com/konsep-kejiranan-dalam-islam/ https://www.slideshare.net/suzakimdnor/semangat-kejiranan https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/3060-irsyad-alhadith-siri-ke-340-jiran-yang-suka-mencela-dan-mencaci https://islamicstudies2017.blogspot.com/2017/05/islam-danmasyarakat-majmuk.html https://quran.com/ chromeextension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/http://conferenc e.kuis.edu.my/irsyad/images/eproceeding/2018/1072-irsyad2018.pdf