The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Seorang anggota polis medapat sebuah kes pencurian dari sebuah kampung.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-01-11 22:35:55

Kes pencurian

Seorang anggota polis medapat sebuah kes pencurian dari sebuah kampung.

Keywords: Polis

Pada suatu masa, seorang anggota polis bernama Danish menerima satu kes dari
sebuah kampung. Kes itu mengenai seorang lelaki tua kaya iaitu Pak Abu yang
kehilangan hartanya semasa hari majlis kesyukurannya.

Pak Abu meyorokkan hartanya di dalam peti keselamatannya. Nombor pin peti itu
hanya diketahui oleh ahli keluarganya. Namun begitu, takde seorang pun dari ahli
keluarganya mengakui bahawa mereka mengambil Pak Abu.

Oleh itu, Danish mula menyiasat semua tetamu yang hadir semasa hari majlis
tersebut. Dia mendapati terdapat dua suspek yang disyaki mencuri harta Pak Abu. Dua
suspek tersebut ialah anak Pak Abu iaitu Syahril dan jiran Pak Abu iaitu Kamal.

Syahril disyaki sebagai suspek kerana pada sehari sebelum majlis kesyukuran itu
berlangsung, Syahril bersilih faham bersama ayahnya, Pak Abu. Pergaduhan tersebut
amatlah kuat sehingga jiran-jiran mendengarnya.

Danish juga mendapati bahawa Syahril tidak menghadiri majlis kesyukuran Pak
Abu. Syahril menyatakan bahawa dia keluar bersama kawan-kawannya ke pusat kareoke.
Kawan-kawan Syahril memberitau yang Syahril memang bersama mereka pada masa itu
namun dia lambat dalam pertemuan mereka selama sejam.

Bagi Kamal pula disyaki kerana dia tiba- tiba memiliki harta yang banyak. Padahal
di kampung itu, Kamal sering dikatakan seorang yang pemalas. Tetapi dia mengadakan
jamuan yang mewah selepas beberapa hari, Pak Abu kehilangan hartanya. Kamal
menyatakan bahawa harta yang dimilikinya datang dari milik arwah ibubapanya.

Lalu Danish mula menyiasat mengenai ibubapa Kamal. Danish mendapati bahawa
ibubapa Kamal hanyalah orang kampung biasa sahaja. Mereka tidak memiliki harta yang
banyak. Danish juga menyiasat kenapa Syahril lambat dalam perjumpaan kawan-kawan
nya. Melalui penyiasatan Danish, Syahril berada di sebuah hospitak untuk pemeriksaan
kesihatannya. Syahril didapati mengidap kanser. Dari situ, Danish yakin bahawa Kamal
merupakan pencuri harta Pak Abu.

Namun begitu, masih ada lagi satu persoalan dari kes pencurian itu. Ini adalah
mengenai no pin dalam peti keselamatan Pak Abu. No pin peti tersebut hanya diketahui
oleh ahli keluarganya. Jadi bagaimana Kamal dapat membuka peti tersebut?

Tiba-tiba pada suatu hari, ada seorang perempuan datang ke balai polis.
Perempuan tersebut merupakan tunang kepada Kamal. Namanya ialah Farah. Farah
memberitahu Danish yang bahawa tunangnya, Akmal mengetahui no pin peti
keselamatan Pak Abu dari pergaduhan antara Syahril dengan Pak Abu. Hal ini kerana,
semasa pergaduhan itu berlaku, Pak Abu meyuruh Syahril untuk mengambil hartanya
sekira Syahril tidak berpuas hati bersamanya. Dia juga menjerit no pin tersebut bagi
melawan suara Syahril yang bergaduh dengannya. Dari situ, Kamal mengetahui no pin
peti keselamatan Pak Abu.

Pada masa yang sama semasa Farah membuat report kepada balai polis. Kamal
mula melarikan diri. Dari situ mulanya pencarian . Danish berusaha sedaya upayanya
untuk dapat menangkap Kamal. Akhirnya, Danish menjumpai Kamal yang menyorok di
sebuah hotel.

Kamal diberi hukuman penjara selama 3 tahun. Keluarga Pak Abu amatlah
berpuas hati dengan khidmat Danish sebagai seorang polis. Pak Abu juga mula
memahami anaknya, Syahril. Pak Abu berusaha membantu anaknya untuk pulih. Syahril
mula mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Sejak itu, keluarga Pak Abu sering
berterima kasih dengan Danish.


Click to View FlipBook Version