The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hidawani82, 2021-07-06 19:25:00

Nota Simpulan dan Ikatan Tali

Unit Beruniform

Keywords: Tali

1. TAJUK : SIMPULAN DAN IKATAN TALI

2. SEJARAH TALI
● Mengikut pendapat ada mengatakan orang Mesir adalah orang pertama menggunakan
tali.● Tali yang mereka gunakan diperbuat daripada rami yang halus, dahan kurma, bulu
unta dan akar kayu.● Penduduk Mesir menggunakkan tali lebih kurang 5000 tahun lepas
(Syed Hasyim, 1983).● Pada asalnya tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang

tertentu. Kemudian rotan akar-akar kayu digunakan, setelah itu tali diperbuat pula

daripada sabut, dawai, kapas, rami, hemp dan bahan-bahan campuran (synthetic). Tali

terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan.

3. DEFINISI SIMPULAN DAN IKATAN
✔ Simpulan
- Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan
pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti buku
sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya.
Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat
kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.✔ Ikatan Ikatan digunakan untuk mengikat
kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya.
Kebiasaannya dalam kegiatan berpengakap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan
seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.

4. ✔ Sambat.
- Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan.
Meyambugkan dua tali dengan menggunakan kaedah sambat sangat baik san selamat
semasa digunakan. sambat yang biasa digunakan seperti sambat balik, sambat pendek dan
sambat mata.✔ Mematikan hujung tali Seorang pengakap dan pandu puteri tidak
menggunakan tali sebelum hujung tali dimatikan. Keadaan ini perlu supaya tali tidak
terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan
lilit pemati selit.

5. JENIS-JENIS TALI

Tali fiber asli merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan berunsurkan
tumbuhan dan haiwan. Contoh tali fiber asli ialah :• tali gentian manila• tali sabut• tali sas
• tali kapasb) Tali fiber buatan manusia adalah merupakan tali sintetik yang terdiri

daripada bahan-bahan campuran berunsurkan tumbuhan dan kimia.Contoh tali fiber
buatan manusia ialah :• tali nylon• tali hawser-laid• tali karamental• tali poltster• tali
wayar• tali drilena

6. AKTIVITI TALI ●

Aktiviti panjat-mamanjat● Aktiviti perkhemahan yang melibatkan pembinaan gadget dan

permainan.● Aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikan mangsa dari tebing

yang tinggi.● Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat.● Aktiviti memancing

7. JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
➢ Lilit Pemati Biasa ➢ Buku Sila ➢ Tindih Kasih ➢ Bunga Geti ➢ Simpul Manuk ➢
Simpul Pulih ➢ Simpul Himpit ➢ Simpul Bunga Geti Ganda ➢ Lilit Balak ➢ Belit
Lucut ➢ Simpul Abah-abah ➢ Lilit Pasdul ➢ Lilit Tindih Kejap

8. Lilit Pemati Biasa.
Fungsi: Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak
terbuang.
Teknik: a) Letakkan tali kecil. b) Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak
mudah terburai. Lilitan tali kecil boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum
memasukkan hujung ke dalam hujung kedua seperti dalam rajah. c) Seterusnya, tarik
hujung tali kecil ke bawah. d) Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya
kelihatan kemas.

9. Buku Sila.

Fungsi ~ Menyambung 2 tali yang sama saiz.~ Mengikat pembalut segi tiga semasa

pertolongan cemas. Teknik: a)

Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain. b) Masukkan hujung A dibawah B. c)

Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B dibawah

10. Tindih Kasih.
Fungsi :~ Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.~ Untuk
menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badanmangsa.
Teknik : a) Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.b) Kemudian, masukkan
hujung tali ke dalam bulatan tersebut.c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan
masukkan kembali ke dalambulatan tersebut.

11. Bunga Geti.
Fungsi :~ Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.~ Mengikat tali kesuatu tanjul.
Teknik: :a) Mulakan simpul. b) Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang
untuk membentuksimpul seperti rajah. c) Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk
membentuk simpul.

12. Simpul Manuk.
Fungsi :~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.~ Tidak mudah terburai
dan kayu dapat ditarik ke tempat yangdikehendaki dengan selamat.~ Juga digunakan
semasa memulakan dan mematikan ikatan serayadan silang gunting.
Teknik: :a) Mulakan simpul pada kayu.b) Kemudian, buat satu lagisimpulan di atas
simpulan tadi.c) Tarik hujung tali.

13. Simpul Pulih.
Fungsi :~ Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat
tanpamemotongnya.~ Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.
Teknik: :a) Mulakan simpul pulih.b) Kemudian bentukkan satu pusingan setiap
hujung.c) Kayu boleh digunakan atau mengikat tali kecil.

14. Ikat Silang Tungku.
Fungsi :~ Digunakan untuk mengikat 3 batang kayu atau buluh yang sama saiz.
Teknik: :a) Dimulakan dengan lilit balak atau simpul manuk. Kamudian belitkan pada
ketiga-tiga batang kayu berselang-selang. b) Seterusnya masukkan di celah-celah batang
kayu. c) Matikan ikat silang tungku dengan menggunakan simpul manuk padakayu
tengah.

15. Ikat Seraya. Fungsi :~ Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang
dengansudut tepat.
Teknik :a) Dimulakan dengan simpul manuk.b) Kemudian dililitkan dengan kemas dan
ketat. c) Seterusnya dililit dicelah kayu. d) Akhirnya matikan ikatan dengan simpul
manuk.

16. Simpul Abah-abah. Fungsi :~ Digunakan untuk membuat tanjul di tengah-tengah
tali.~ Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat.
Teknik : a) Buat satu gelung sepertidalam rajah. b) Tarik tali bahagian atas melalui
gelung.c) Tali tersebut hendaklah membentuk tanjul.d) Beberapa tanjul hendaklah dibuat
supaya sesuai digunakan untuk memanjat.

17. Lilit Balak. Fungsi :~ Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan
mudah.~ Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.~ Untuk memulakan
ikatan serong.
Teknik :a) Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.b) Tarik bahagian tali yang panjang
supaya menjadi kemas.

18. CARA PENJAGAAN TALI
● Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali-sakala.●
Selepas digunakan, tali hendaklah dilingkarkan sebelum disimpan di tempat yang kering
dan selamat.● Kita tidak boleh membasuh tali.● Tali yang basah tidak boleh disimpan.
Keadaan ini menyebabkan tali menjadi cepat reput dan tidak boleh digunakan.● Kita tidak
boleh menjemur tali yang basah di bawah panas matahari atau menggunakan kuasa wap.
Sebaliknya ia perlu diudarakan dan dibiarkan kering dalam suhu bilik.● Tali yang hendak
disimpan boleh diberi label panjangnya dan digantung di tempat yang sesuai.● Tali-tali
yang digunakan untuk mengangkat, menarik dan menyelamat perlu diuji selalu supaya
selamat semasa menggunakannya.

20. LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MEMBUAT IKATAN-
Ikatan yang digunakan hendaklah ikatan yang kurang memberi tekanan pada tali dan
mudah untuk dibuka (manuk)- Semua ikatan hendaklah dimatikan dengan setengah belit-
Gunakan ikatan sokongan dihadapan simpulan utama.- Gunakan ikatan pancang untuk
menahan palang utama.- Lapik setiap palang yang hendak diikat.SEBELUM DAN
SELEPAS TALI DIIKAT(PEMERIKSAAN)- Tentukan tali tidak terpotong atau
terputus.- Tentukan tali tidak hangus- Tentukan urat-urat tali- Tentukan tali tidak
berkulat/bercendawan.- Tentukan tali tidak haus dan tergeser.

21. SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version