SMK TUNKU MAHMOOD ISKANDAR,
83200 SENGGARANG, BATU PAHAT
KOKURIKULUM
SMK TM ISKANDAR, 83200 SENGGARANG, BATU PAHAT
AMALAN SIVIK DALAM KOKURIKULUM
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN : KELAB PERSATUAN – KELAB KOMPUTER
TARIKH 24.11.2021 - RABU
NILAI BERTANGGUNG JAWAB
SUB NILAI Etika
TAJUK Penyalahgunaan Bahan Terlarang Menerusi Peranti @ Gadjet /
MATLAMAT Memupuk Etika yang betul dalam Penggunaan Peranti @ Gadjet
OBJEKTIF 1. Murid dapat menyatakan maksud Peranti @ Gadjet
AKTIVITI
2. Murid dapat menyenaraikan cara Penggunaan Peranti @ Gadjet yang betul
3. Murid dapat mengamalkan Etika yang betul dalam Penggunaan Peranti @ Gadjet
dalam kehidupan harian.
Murid berada dalam di kediaman masing-masing dan mengikuti aktiviti dalam Catatan
talian.
1. Maksud Etika:
Definisi :
Gajet adalah sebuah objek atau alat elektronik kecil yang memiliki fungsi
khusus. Gajet berbeza dengan teknologi lain kerana ada unsur “kebaruan”.
Dari hari ke hari gajet selalu muncul dengan teknologi terkini yang
membuatkan gaya hidup manusia menjadi lebih mudah dan praktis.
Contoh gajet ialah telefon bimbit, telefon pintar (ipad, iphone, iPods,
tablets).
2. Penyalah gunaan Gadjet
PENGARUH PERANTI TEKNOLOGI DARI SUDUT NEGATIF
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, Al Mazmi, Aslam dan Rajan (2013)
merumuskan beberapa kesan negatif penggunaan peranti pintar.
(i) Boleh mengehadkan pergerakan dan aktiviti luaran yang menyebabkan masalah
kegemukan dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
(ii) Berlaku pembaziran dari segi masa.
(iii) Menyebabkan gangguan tidur dan masalah tidak cukup tidur.
(iv) Menggalakkan kepuasan sendiri yang menyebabkan ketagihan.
(v) Menyebabkan tabiat kekurangan nutrisi.
(vi) Penguasaan bahasa yang lemah dan kekurangan kemahiran sosial termasuk
ketidakmampuan memahami bahasa tubuh.
(vii) Menyebabkan tingkah laku ganas, tekanan, kemurungan dan kecelaruan.
Sebagai tambahan, Konsultan Paedetrik dan Neonatologist, Dr. Mohammad Iqbal
Mohammad Sarwar menjelaskan dalam Utusan (2014) bahawa penggunaan gajet
seperti telefon pintar, komputer dan sebagainya mempunyai lebih banyak kesan
negatif berbanding kesan positif kepada kanak-kanak sekiranya digunakan tanpa
pemantauan daripada ibu apa. Menurut beliau,
- Kanak-kanak yang bermain dengan aplikasi seperti permainan video dan
sebagainya, lebih dari dua jam akan menjejaskan penglihatan mata
sekaligus boleh menyebabkan mata mereka menjadi kabur dan rabun.
- Selain itu, bagi kanak-kanak yang menggunakan peranti ini dalam keadaan
postur berbaring atau duduk terlalu lama akan menyebabkan kesakitan
pada tulang belakang. Ini akan meningkatkan risiko bongkok pada usia
yang muda. Bagi kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke atas, tumpuan
dalam pelajaran boleh turut terjejas sekiranya mereka terlalu obsess
dengan permainan dan aplikasi dalam peranti pintar.
- Dari sudut pergaulan dan komunikasi pula, kanak-kanak akan menjadi
lebih pendiam, kurang sabar dan kemahiran komunikasi yang lemah,
selain penguasaan bahasa yang tidak berkembang.
- Sementara itu, Lindsay Marzoli dalam Kosmo (Nov, 2013) menyatakan
penggunaan skrin sesentuh secara berlebihan boleh mengakibatkan kanak-
kanak mengalami kesan kesihatan untuk jangka masa panjang. Ini kerana,
semasa menggunakan skrin sesentuh, kanak-kanak tidak membina otot
yang diperlukan untuk menulis yang menyebabkan otot tangan menjadi
lemah.
- Dalam pada itu, Pakar Kanak-Kanak Pusat Perubatan Greater Baltimore,
Dr. Timothy Doran pula menjelaskan, penggunaan komputer tablet tanpa
had secara berlebihan boleh memberi kesan kepada pembangunan modal
insan kanak-kanak.
- Kajian terhadap kesan buruk peranti teknologi ini terus mendapat
perhatian pakar-pakar seluruh dunia. Penyelidik dari Lembaga Kesihatan
Universiti Morgannwg, Abertawe Bro memberitahu, generasi muda
berhadapan masalah kesihatan pada bahagian tengkuk dan belakang
badan apabila menggunakan komputer, permainan video dan telefon
pintar. Hasil daripada kajian, hampir tiga perempat kanak-kanak sekolah
rendah dan dua pertiga daripada pelajar sekolah menengah dilaporkan
mengalami masalah pada bahagian tengkuk dan belakang badan dalam
tempoh setahun yang lalu.
- Selain dari kesan buruk dari sudut perkembangan fizikal, penggunaan
berlebihan peranti teknologi seperti ipad juga boleh menyebabkan
permasalahan dari sudut emosi kanak-kanak.
- Pakar psikiatri Dr. Richard Graham berkata terdapat kes kanak-kanak
perempuan berumur empat tahun di London terpaksa mendapatkan
rawatan psikiatri berikutan ketagihan bermain iPad. Kanak-kanak tersebut
menunjukkan sikap ganas dan mengamuk apabila gajet diambil
daripadanya.
- Pakar kaunselor kanak-kanak, Puteri Azlian Megat Ramli berpendapat
kanak-kanak juga berhadapan masalah daya tumpu yang rendah dan
impak yang lebih besar boleh berlaku sekiranya mereka bertindak agresif
yang mengakibatkan kecederaan. Menurut beliau, oleh kerana usia kanak-
kanak yang belum matang, mereka tidak mampu membuat penilaian dan
tidak dapat membezakan realiti yang menyebabkan mereka meniru aksi
yang dipaparkan dalam permainan video atau di kaca tv.
- Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Anak-anak Malaysia (Pama) Mohd.
Fairuz Mohamed Isa, menjelaskan kanak-kanak juga berkeinginan menjadi
popular, berhibur dan berseronok dengan rakan sebaya dan penggunaan
gajet akan memudahkan untuk memenuhi keinginan mereka (Kosmo, May
2013).
Pihak Berperanan Penting :
Ibu Bapa
Ibu bapa perlu mengenakan had umur sehingga usia 3 tahun serta mewujudkan
zon penampan bagi mengelakkan kanak-kanak daripada terdedah kepada skrin
monitor.
Tv, komputer dan peranti skrin yang lain tidak boleh diletakkan di dalam bilik
tidur anak-anak. Peralatan ini hendaklah diletakkan di ruangan umum supaya
pemantauan dapat dilakukan secara terus.
Ibu bapa hendaklah memantau dan mengawal anak-anak pada setiap masa
supaya mereka dapat mengurangkan masa bermain peranti teknologi.
Golongan ibu perlu dijelaskan mengenai bahaya peranti teknologi kepada bayi
dan ini boleh dilakukan dengan memasukkan risalah ke dalam pek kelahiran.
Ibu bapa perlu diberi kaunseling, selain itu pusat penjagaan kanak-kanak juga
memainkan peranan penting dalam hal ini yang boleh memberikan kesedaran
terhadap bukti perubatan berkenaan kemudaratan daripada penggunaan
teknologi.
Ibu bapa perlu menjelaskan mengenai keganasan yang digambarkan di tv dan
memberitahu anak-anak bahawa perkara tersebut adalah tidak
benar selain melarang mereka dari terus menontonnya.
Ibu dan bapa perlu bekerjasama pada setiap masa. Mereka hendaklah
mengamalkan dan mengenakan set peraturan untuk dituruti oleh anak-
anak supaya dapat mengurangkan tekanan daripada rakan sebaya.
Ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka untuk bermain di luar dan
membawa mereka melakukan aktiviti riadah dan sukan.
Ibu bapa yang menghadapi kesukaran serius untuk menetapkan
limitasi kepada anak-anak dan juga menghadapi masalah tingkah laku
perlu mendapatkan nasihat pakar.
Ibu bapa perlu memantau rancangan yang ditonton oleh anak-anak di tv serta
perkara yang mereka lakukan dengan peranti masing-masing. Ibu bapa juga
digalakkan untuk meluangkan masa bersama anak-anak semasa mereka
menggunakan sebarang jenis peranti teknologi ini.
Ibu bapa hendaklah mempelajari dan menambah pengetahuan berkenaan
aplikasi terkini setiap peranti yang dibeli. Contohnya, memasang perisian “parental
control” pada komputer untuk mengehadkan laman sesawang tertentu yang tidak
sesuai untuk anak-anak.
Pendidik
- Guru perlu berkomunikasi dengan pelajar di sekolah tentang bahaya penggunaan
peranti teknologi.
Pendidik atau guru hendaklah memilih, mengguna, mengintegrasi dan menilai
perkakasan media semasa proses pembelajaran dan perhatian khusus patut
diberikan kepada kesesuaian serta kualiti kandungan yang digunakan.
Pendidik juga perlu memberi penekanan dengan menunjukkan kepada ibu bapa
dan anak-anak akan kepentingan media interaktif, yang mampu menjadi peralatan
yang berkuasa sekiranya digunakan secara betul dan hendaklah menonjolkan
sudut positif sesuatu teknologi.
Pendidik harus melarang penggunaan pasif tv, video, dvd dan lain-lain teknologi
tidak interaktif semasa program pembelajaran awal kanak-kanak.
Pendidik juga perlu mempamerkan ciri kepimpinan untuk menjamin
pengalaman akses teknologi dan media interaktif yang saksama kepada kanak-
kanak, ibu bapa dan keluarga.
Pakar Pediatrik
Pakar pediatrik hendaklah menasihatkan ibu bapa untuk berinteraksi dengan
anak-anak tentang penggunaan internet dan bahaya laman sosial.
Pakar pediatrik juga perlu menasihatkan ibu bapa supaya membiasakan diri dan
meningkatkan kemahiran berkaitan teknologi baru supaya dapat seiring dengan
anak-anak untuk menjelaskan kesan negatif peranti teknologi.
Sumber: Adaptasi dari Al Mazmi, Aslam dan Rajan (2013)
2. Etika Penggunaan Media Sosial Oleh Murid
a. Murid boleh memanfaatkan penggunaan media sosial secara positif untuk
tujuan:
i. meningkatkan pembelajaran bagi menambah baik kualiti sistem
pendidikan; dan
ii. membolehkan murid berkomunikasi serta mendapatkan maklumat
secara pantas dan meluas bagi meningkatkan mutu pembelajaran
pendidikan.
b. Murid dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi pada waktu
persekolahan sama ada menerusi peralatan komputer atau alat mudah alih yang
dibekalkan oleh sekolah ataupun melalui peralatan peribadi, kecuali atas
kebenaran pihak pentadbir sekolah
c. Murid boleh menggunakan media sosial secara peribadi di luar waktu
persekolahan secara beretika.
Walau bagaimanapun, murid dilarang menggunakan media sosial untuk:
i. mendedahkan maklumat rasmi yang terkandung dalam dokumen
sulit/dokumen terhad kerajaan kepada pihak umum;
ii. ii. memberikan atau berkongsi komen negatif tentang isu-isu yang
melibatkan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia, kepimpinan
sekolah dan guru-guru menyebarkan maklumat yang tidak sahih;
iii. berkongsi kenyataan yang menyentuh isu-isu sensitif politik, agama,
kaum dan individu terutama kepada isu yang boleh mengancam
keselamatan negara;
iv. melayan komunikasi dengan pihak yang agresif dan kasar;
v. melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh membawa kepada salah
laku juvana;
vi. melibatkan diri dengan buli siber atau aktiviti yang boleh menjurus
kepada CyberHarassment atau CyberStalking;
vii. melibatkan diri dengan ancaman siber seperti kecurian identiti,
penyamaran, pornografi (bahan lucah), keganasan;
viii. dan memuat naik maklumat peribadi yang boleh membahayakan diri
d. Perbuatan atau kelakuan yang dikategorikan sebagai buli siber atau menjurus
kepada perbuatan buli siber adalah seperti yang berikut:
i. memberi gelaran atau mengejek;
ii. menghantar/menggunakan mesej kasar atau kurang sopan;
iii. menyebarkan pembohongan atau khabar angin tentang murid lain;
iv. mengecualikan atau mengabaikan murid lain;
v. menggodam akaun murid lain;
vi. memuat naik gambar murid lain yang memalukan;
vii. memuat naik maklumat sulit tanpa kebenaran; dan
viii. mengugut atau memaksa murid lain melakukan sesuatu.
RUMUSAN 3. Murid menyatakan cara-cara lain untuk mengamalkan etika dalam
Penggunaan Media Sosial
1.
2.
3.
4.
Murid diharapkan mengamalkan mengamalkan Etika yang betul dalam Penggunaan Media
Sosial dalam.segenap aspek kehidupan.
DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :
Setiausaha Kokurikulum GPK Kokurikulum
(Pn Norhidawani bt Sarbini) (Tn Hj Shari b Abd Rahman)