The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hidawani82, 2021-08-31 08:23:04

HARI MALAYSIA

16 September 2021

Keywords: Malaysia Prihatin

Hari Malaysia

.

Hari Malaysia

‫هاري مليسيا‬

Kepentingan Tanda simbolik dan peringatan bagi penubuhan Persekutuan
Malaysia

Tarikh 16 September 1963

Perjanjian berkenaan dengan penubuhan perlembagaan Malaysia (dokumen)

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan
persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penggabungan
bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun
kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama
dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia
dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16
September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di
Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua
Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan
Semenanjung Malaysia,[2] namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di
semua negeri di Malaysia.[3]

Pemasyhuran Malaysia

Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membacakan Pemasyhuran Malaysia di Stadium
Merdeka pada pagi 16 September 1963. Berikut ialah teks pemasyhuran yang dibaca beliau:

Pemasyhuran Malaysia

Dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian bagi
Allah Tuhan seru sekalian alam dan selawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad
dan bagi sekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya.

Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai
tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga antara Persekutuan Tanah Melayu, United
Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura maka telah dipersetujui bahawa hendaklah
disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan
Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri
Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis,
Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan
“Malaysia”.

Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam Perjanjian yang tersebut telah bersetuju
bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan
Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia
Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan
dan kuasa dalam ketiga-tiga buah Negeri itu;

Dan bahawasanya oleh kerana telah dimasyhurkan suatu Perlembagaan bagi Malaysia yang
akan menjadi kanun yang muktamad di dalamnya;

Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah diadakan syarat bagi
menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan-keutamaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-
raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan bagi mengekalkan keamanan dan
kemesraan di dalam Malaysia sebagai Kerajaan yang mempunyai Raja yang
berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen;

Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah disahkan oleh suatu
undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan Parlimen
United Kingdom maka telah berjalanlah kuatkuasa Perlembagaan itu pada Enam Belas hari
bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga;

Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul
Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri

Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Singapura, Yang
Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Terutama Gabenor Negeri Sarawak
dengan ini mengisytihar dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai
daripada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga
bersamaan dengan Dua Puluh Lapan hari bulan Rabiul Akhir tahun Hijrah Seribu Tiga
Ratus Lapan Puluh Tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu,
Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri
Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah
dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul–Alamin akan kekal menjadi
sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan
keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya
dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.

Kronologi pembentukan Malaysia

1945 – Konsep Kesatuan Malaya (Malayan Union) diperkenalkan oleh kerajaan Imperialis
Inggeris untuk menuju ke arah pembentukan kemerdekaan. Pada mulanya, ia dibantah oleh
majoriti rakyat tempatan kerana menyebabkan Sultan hilang kuasa dalam bidang politik.

1947 – Pihak Inggeris mencadangkan konsep pembentukan perseketuan Tanah Melayu
setelah berhadapan dengan rusuhan dan pemberontakan orang Melayu.

1948 – Malaya memasuki tempoh darurat kerana pemberontakan Komunis.

1949 – Pilihan raya pertama Malaya yang dipelopori Parti Perikatan iaitu UMNO, MCA dan
MIC yang mewakili 3 kaum utama Melayu, China dan India.

1955-1956- Rundingan ke London diketuai oleh Tunku Abdul Rahmin bagi merunding
mengenai kemerdekaan Malaya. Melalui rundingan tersebut, persetujuan telah dibuat pada
Februari 1956 dan kemerdekaan secara rasmi akan diberikan.

1957 – Kemerdekaan dan pembentukan Persekutuan Malaya pada 31 Ogos 1957.

1960 – Darurat dimansuhkan sejak 1948 kerana para pemberontak Komunis mula hilang
kuasa.

1962 – Rundingan demi rundingan dibuat demi mencapai kemerdekaan bagi Singapura,
Sabah, Sarawak dan Brunei. Pada mulanya, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk bersama
Malaya tetapi mendapat tentangan yang hebat dari pihak Filipina dan Indonesia.

1963 – Pembentukan Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 terdiri daripada
9 negeri di Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura.

1965 – Namun disebabkan salah faham yang wujud antara pemimpin dari kerajaan pusat dan
pihak berkuasa Singapura, Singapura mengambil keputusan untuk meninggalkan Kesatuan
pada 6 Ogos 1965 lantas membentuk sebuah negara berasingan.

Sumber: Majlis Daerah Kuala Selangor, Berita Harian, Jabatan Penerangan, Utusan
Borneo, Kampung Keluarga & TV Pertiwi


Click to View FlipBook Version