REFLEKSI KEBERKESANAN PENGGUNAAN SUMBER
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH DALAM
MEWUJUDKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN
KONDUSIF
DI
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU SUNGAI NAMAN
REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Menurut Mat Nor Russin et al. (1988), sumber pengajaran dan pembelajaran ditakrifkan
sebagai pelbagai jenis alatan atau bahan yang berperanan untuk membantu guru-guru
supaya penyampaian isi pembelajaran serta aktiviti PdP lebih berkesan. Sepanjang
menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sk Ulu Sungai Naman, saya telah
membuat pemerhatian bagi menilai penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran
yang digunakan oleh guru-guru Sejarah di sekolah tersebut. Dengan ini, satu refleksi dibuat
bertujuan untuk membuat kesimpulan secara menyeluruh berkenaan dengan keberkesanan
penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah di Sk Ulu Sungai Naman.
Pemerhatian yang dijalankan di Sk Ulu Sungai Naman mendapati bahawa guru-guru
Sejarah telah mempelbagaikan
penggunaan sumber pengajaran mereka.
guru-guru tersebut kelihatan tidak hanya
bergantung kepada satu sumber seperti
buku teks, malah penggunaan sumber
elektronik, sumber internet mahupun
bahan maujud juga turut digunakan.
Keberkesanan yang dapat kesan adalah
penggunaan sumber bercetak seperti buku
teks Sejarah serta edaran nota yang
diberikan didapati dapat memudahkan
pemahaman murid kerana terdapat
gambar, graf, peta dan bahan-bahan
berilustrasi yang menarik. Misalnya, dalam
Gambar 1: Buku Teks Sejarah Tahun 5 Tajuk 7 iaitu Perjuangan
Kemerdekaan Negara bagi Sejarah Tahun 5, guru sejarah tersebut menggunakan peta yang
ada di dalam buku teks bagi menjelaskan negeri-negeri yang dijajah dan mendapat campur
tangan British. Bahan grafik di dalam buku teks yang jelas dan pelbagai warna menarik
minat murid untuk memahami konsep pembelajaran dengan lebih baik.
Di samping itu, penggunaan buku teks juga dapat memberi idea kepada guru tentang
idea organisasi maklumat dan aktiviti yang dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pemerhatian yang dilakukan mendapati bahawa penggunaan sumber buku
teks memudahkan guru untuk memberi bimbingan kepada murid untuk mengenal pasti
negeri-negeri yang dijajah dan campur tangan British seperti yang terdapat pada Tajuk 7.
1
Misalnya, aktiviti yang dijalankan guru bersama murid seperti menyurih, mewarna serta
melabelkan peta Malaysia dengan jenis pentadbiran dan campur tangan kuasa luar. Hal ini
jelas membuktikan bahawa buku teks yang baik dapat memberi hasil dan manfaat yang
berguna sekiranya sumber ini digunakan dengan kreatif. Walaupun begitu, penggunaan
sumber bercetak tanpa sokongan pula akan membataskan guru dalam menarik minat murid
kerana murid mudah bosan terhadap kaedah pembelajaran yang sama setiap hari (Aszoura
Muhamed Salleh, 2007). Temu bual yang dijalankan bersama guru-guru Sejarah juga
mengakui bahawa murid-murid mereka kelihatan jemu sekiranya guru tidak menggunakan
sumber pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai.
Melalui refleksi ini, saya juga menilai bahawa penggunaan sumber pengajaran dan
pembelajaran Sejarah yang efektif dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
Misalnya, di sekolah tersebut guru-guru sejarah telah mengambil alternatif yang sangat baik
dimana mereka menggunakan sumber
bahan elektronik seperti tayangan video
dan juga slaid PowerPoint. Penggunaan
sumber elektronik ini mampu membantu
murid-murid untuk menginterpretasikan
setiap maklumat dengan baik. Menurut
Noresah (2005), intepretasi membawa
maksud tafsiran. Oleh itu, dengan
membuat tafsiran membantu murid untuk
memahami dengan lebih mendalam serta
meneroka sendiri bukti-bukti terhadap
Gambar 2: Bilik Darjah Kondusif
sesuatu peristiwa Sejarah tersebut. Menurut Shakila Yacob & Rosilawati Zainol (2015),
penggunaan video juga menimbulkan minat dan seterusnya menggerakkan keinginan murid
untuk memahami sejarah dengan baik. Persembahan kandungan mata pelajaran Sejarah
melalui video yang mengintegrasikan elemen seperti teks, animasi, audio dan grafik akan
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.
2
Selain itu, penggunaan aplikasi Whatsapp juga
diaplikasikan ke dalam Pdp Sejarah sebagai
medium pengantaraan guru dan murid untuk
berkongsi maklumat serta video-video peristiwa
bersejarah sekaligus melaksanakan
perbincangan menggunakan aplikasi tersebut.
namun begitu, terdapat juga kelemahan melalui
sumber elektronik ini dimana segelintir murid
mungkin tidak dapat mengakses dan menerima
maklumat yang dikongsikan melalui sumber ini.
Hal ini menyebabkan mereka ketinggalan dalam
menerima maklumat penting dan juga dalam
pembelajaran mereka.
Sebagai kesimpulan, guru-guru haruslah Gambar 3: Aplikasi Whatsapp
membiasakan diri dengan penggunaan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang cenderung
kepada teknologi terkini agar minat untuk
mempelajari mata pelajaran Sejarah dapat
ditanam dalam jiwa murid. Guru-guru juga bukan
sekadar ingin menekankan kepada pencapaian
objektif pembelajaran sahaja malah perlu
berusaha mempelbagaikan bahan pengajaran
daripada sumber yang bervariasi mengikut
kesesuaian masa dan keperluan murid.
3
Rujukan
Abdul Razak, Awang Abdullah, & Azizi Jaafar. (2014). Falsafah dan pendidikan di Malaysia.
Freemind Horizons.
Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM. (2013). Laporan Awal-Ringkasan Eksekutif: Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Mat Nor Hussin, Abdul Rahman, & Abdul Rashid. (1988). Alat bantu mengajar dalam
pelajaran Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noresah Baharom. (2005). Kamus Dewan. (4th ed). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shakila Yakob & Rosilawati Zainol. (2015). Sejarah dan media baharu. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
4