The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by badriyatun, 2021-07-10 23:13:04

KULIAH 2 Artikulasi dan Artikulator PDF

KULIAH 2 Artikulasi dan Artikulator PDF

KULIAH 1b:
2. Artikulasi dan Artikulator

• Alat Artikulasi dan Artikulator
• Jenis-jenis Artikulasi

• Alat Artikulasi dan Artikulator

Alat Artikulasi (Artikulator): Alat artikulasi atau artikulator ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa, iaitu alat
yang menerbitkan bunyi setelah udara dari paru-paru dipam ke organ-organ yang terlibat. Perbuatan ini asalnya
adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi membersihkan darah. Di samping itu,
aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Dalam ujaran bunyi bahasa ini tercakup semua
organ dalam sistem pernafasan dan organ sebutan. Organ-organ ini penting dalam sistem aliran udara yang
menyebabkan penghasilan bunyi.

Seperti yang diterangkan bahawa bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami halangan atau gangguan pada alat-
alat artikulasi. Secara terperinci, bahagian-bahagian anggota tubuh yang ikut membentuk bunyi, baik secara
langsung ataupun tidak langsung ialah alat artikulasi. Alat artikulasi atau disebut juga artikulator yang berfungsi
dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa.



Perbezaan artikulasi dan artikulator.

Bil. Artikulasi Perbezaan Artikulator (alat artikulasi)

1 Artikulasi merupakan alat-alat Artikulator merupakan organ
yang terlibat dalam proses Definisi yang menghasilkan bunyi
pengeluaran bunyi-bunyi bahasa bahasa

2 Bahagian yang disentuh oleh Kedudukan Alat yang menyentuh
artikulator

3 Gigi atas, gusi, lelangit keras dan Contoh Lidah, bibir dan gigi bawah
lelangit lembut

• Jenis-jenis Artikulasi
Tedapat 3 jenis alat artikulasi yang berkaitan dengan penghasilan
bunyi bahasa:
1. Alat dalam bahagian tubuh
2. Alat bahagian saluran vokal (daerah artikulasi)
3. Alat artikulasi

1. Alat dalam bahagian tubuh ialah:
a. Paru-paru
b. Larinks
c. Pita suara
d. Trakea

2. Alat bahagian saluran vokal (daerah artikulasi)
a. Farinks
b. Mulut
c. Rongga Nasal
Alat bahagian saluran vokal tanpa fungsi bahasa:
a. Epiglotis
b. Esofagus

3. Alat artikulasi


Click to View FlipBook Version