The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 余骞芊, 2024-06-05 09:57:45

Volleyball Flipbook

Volleyball Flipbook

LATAR BELAKANG SUKAN BOLA TAMPAR SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN BOLA TAMPAR telah direka oleh Professor William G. Morgan (1870-1942) pada 9 Februari 1895 di Young Men's Christian Association (YMCA) Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. direka berdasarkan permainan tenis (jaring) dan bola keranjang (bola), dan beliau menamakan permainan baru ini sebagai "Mintonette". Pada tahun 1896, nama tersebut telah ditukar kepada "Volley Ball" setelah cadangan dibuat oleh Professor Alfred T. Halstead, dan diterima oleh Morgan dalam persidangan. Pada tahun 1952, Jawatankuasa Pentadbiran United States Volleyball Association (USVBA) telah memutuskan supaya nama permainan ini dieja sebagai satu perkataan, "Volleyball". Persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball FIVB) telah ditubuhkan pada tahun 1947.


Kejohanan bola tampar sedunia bahagian lelaki yang pertama telah diadakan di Prague pada tahun 1949 Kejohanan bola tampar sedunia yang pertama untuk wanita telah berlangsung di Paris pada tahun 1951. Pada tahun 1957, sukan bola tampar telah diperkenalkan sebagai sukan berpasukan Olimpik dan kemudiannya buat pertama kali dipertandingkan di Sukan Olimpik yang ke-18 di Tokyo pada tahun 1964. Rusia berjaya dalam bahagian lelaki manakala pasukan Jepun mendapat pingat emas dalam acara wanita. Pada masa ini, sukan Bola Tampar ialah salah satu daripada lima jenis sukan antarabangsa yang terbesar di dunia. FIVB kini mempunyai 220 negara yang menjadi ahli gabungan termasuk 53 dari Afrika, 65 dari Asia, 56 dari Eropah, 34 dari NORCECA (North, Central America and the Caribbean) dan 12 dari Amerika Selatan, telah merupakan persekutuan sukan antarabangsa yang paling besar di dunia.


SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR DI MALAYSIA Permainan bola tampar diperkenalkan di Pulau Pinang dan Selangor dalam masa yang lebih kurang sama, iaitu pada suku pertama abad ke-20. Di Pulau Pinang, permainan ini diperkembangkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang dari Universiti Chi-Nan, Shanghai. Pasukan Mekanik Pulau Pinang merupakan pasukan bola tampar yang pertama di Pulau Pinang,ditubuhkan di sekitar 1926/27. Universiti Chi-Nan, Shanghai Dalam tahun 1927, pertandingan Liga Bola Tampar Selangor dimulakan. Pertandingan ini melibatkan pasukan-pasukan dari Klang dan Kuala Lumpur. Permainan ini bekembang dengan tertubuhnya Y.M.C.A. Tetapi pada masa-masa berikutnya, perkembangan sukan bola tampar di Selangor tidak begitu jelas, dan tidak banyak aktiviti yang dijalankan. Y.M.C.A Dalam tahun 1932, Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Pulau Pinang ditubuhkan. Beberapa kejohanan kemudiannya telah dianjurkan dan sukan bola tampar menjadi popular seperti badminton dan bola keranjang khususnya di negeri ini.


Persatuan Bola Tampar Pulau Pinang 2024 Dalam tahun 1935, pasukan bola tampar yang terdiri daripada orang-orang Cina Malaya telah menyertai Kejohanan Sukan (Mini Olimpik) di seluruh Cina di Shanghai. Peryertaan pasukan ini telah mendorong Persaturn Bola Keranjang dan Bola Tampar Pulau Pinang untuk memperluaskan pekembangan sukan ini terutama di kalangan masyarakat Cina. Seterusnya ia telah membawa kepada penubuhan Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Cina Malaya pada tahun 1935. Persatuan ini telah mengadakan pertandingan antara negerinegeri dalamusaha untuk memperkembangkan sukan bola tampar. Kejohanan Sukan (Mini Olimpik)


Pada bulan April 1937, kejohanan ini melibatkan behagian lelaki dan wanita. Singapura telah muncul sebagai johan, sementara naib johan ialah Pulau Pinang. Aktiviti sukan bola tampar tergendala semasa Perang Dunia Kedua, tetapi ia dihidupkan kembali selepas perang. Walau bagaimanapun selepas kejohanan antara negeri pada tahun 1951,kegiatan sukan ini terhenti sekali lagi tanpa sebarang pertandingan. Pada tahun 1959, satu usaha untuk memupuk minat terhadap sukan ini dikaji oleh para perwakilan Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam satu mesyuarat di Pulau Pinang. Hasil pertemuan itu, Persatuan Bola Tampar Amatur Malaya ditubuhkan. Persatuan ini telah menganjurkan kejohanan bola tampar kebangsaan (antara negeri) yang pertama pada tahun1960. Pada tahun 1962, persatuan ini telah bergabung dengan Persekutuan Bola Tampar Dunia dan berikutnya telah menjadi ahli penuh dalam Majlis Olimpik Malaya. Buat pertama kalinya Malaya telah menyertai kejohanan peringkat antarabangsa, iaitu di Sukan Asia Keempat di Jakarta. Sukan Asia Keempat di Jakarta Pada tahun 1965, Malaysia telah mengambil bahagian dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur apabila sukan ini diperkenalkan. Sukan SEA di Kuala Lumpur


Pada tahun 1966, persatuan ini telah menganjurkan kejohanan kebangsaan kedua di Bentong dan bahagian wanita turut dipertandingkan. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN -Semua perlawanan peringkat kumpulan dan suku akhir berdasarkan 1 set 31 mata. -Bagi peringkat separuh akhir dan akhir berdasarkan 2 set yang terbaik daripada 3 set permainan lagi. -Mata kemenangan seperti berikut: Menang - 2 mata Kalah - 1 mata Tarik diri/Tidak hadir - 0 mata -Jika ada pasukan yang memperolehi sama mata, perbezaan set yang terbanyak dalam keseluruhan pertandingan akan dikira. -Jika masih seri, pasukan yang memperolehi kemenangan set yang terbanyak dalam keseluruhan pertandingan akan dikira. -Jika masih seri, pertemuan diantara pasukan yang berkenaan sebelumnya diambil kira, pasukan yang telah mengalahkan pasukan yang satu lagi dikira mengatasi yang lain. -Pengadil akan dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Penjaga Garisan bagi pertandingan adalah terdiri daripada wakil kedua pasukan yang bertanding. UNDANG-UNDANG BERMAIN 1) Bola • Bola Dalam : bola yang menyentuh lantai gelanggang bermain termasuk garisan sempadannya. • Bola Keluar : sebahagian bola yang menyentuh lantai adalah di luar garisan sempanan gelanggang. • Sesuatu pasukan tidak dibenarkan memukul bola 4 kali sebelum mengembalikan bola kepada pihak lawan kecuali menyandang. • Pemain tidak dibenarkan membuat pukulan larang. • Pemain tidak dibenarkan membuat pukulan terbantu. • Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola berturutan kecuali menyandang. 2) Jaring • Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola atau pihak lawannya dalam ruang lawan.


• Pemain tidak boleh masuk ruang lawan. • Pemain tidak dibenarkan menyentuh jarring UNDANG-UNDANG PENGANTIAN PEMAIN 1) Bilangan penggantian maksimum yang dibenarkan bagi sesuatu pasukan bagi satu set adalah 6. 2) Satu atau lebih pemain boleh digantikan pada masa yang sama. 3) Pemain pengganti boleh masuk bermain hanya satu kali dalam 1 set dan hanya boleh diganti semula oleh pemain yang sama. 4) Pemain yang telah diganti hanya boleh masuk semula dengan mengambil posisi asalnya. Pemain yang cedera atau tidak layak bermain perlu diganti melalui penggantian sah. Peralatan Bola Tampar


1) Gelanggang Bola Tampar Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola tampar juga boleh dibuat di atas padang berumput dan permukaan tanah liat. 2) Jaring dan Tiang Jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m panjang yang diletakkan di atas paksi garisan tengah. Dua jalur putih, 5cm lebar dan 1m panjang dilekatkan tegak pada jaring dan diletakkan di atas setiap garisan tepi. Ia dikira sebagai sebahagian daripada jaring dan mengehadkan ruang lintasan.Tinggi jaring adalah 2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagi wanita. Ia diukur dari tengah gelanggang bermain dengan sebatang pengukur. Kedua-dua hujung jaring (di atas garisan tepi) mesti sama tinggi daripada permukaan bermain dan tidak melebihi 2cm daripada tinggi rasmi.Tiang-tiang yang menyangga jaring mestilah bulat dan licin, dengan tingginya 2.55m, seelok-eloknya yang dapat dilaraskan. Ia mesti dipasang pada tanah pada jarak antara 0.50-1.00m daripada setiap garisan tepi. Sepasang antena diletakkan di kedua-dua hujung jaring serenjang dengan garisan tepi gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang merah. Pelapik tiang juga boleh dipasang bagi mengelakkan kecederaan kepada pemain. 3) Bola Bola tampar hendaklah berbentuk sfera dan diperbuat daripada lapisan kulit fleksibel dengan satu pundi getah atau bahan sintetik yang ringan dan lembut. Bahan ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh.Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dari ke tinggian aras kepala. Bola tersebut akan melantun semula pada ketinggian aras pinggang. Berat bola antara 260-280 gram. Ukur lilit dalam lingkungan 65-67 cm. Manakala warnanya seragam dan cerah.


Click to View FlipBook Version