UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL
http://www.uthm.edu.my
LAPORAN AKHIR LATIHAN MENGAJAR 2
PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
VOKASIONAL (MULTIMEDIA KREATIF)
KOD SUBJEK: BBD 40204
Nama guru pelatih : MUHAMMAD RAZIQ BIN ADNAN
No.matrik : AB170032
No.tel dan email : 01123580200 / [email protected]
Nama Institusi : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI MAHARAJA
Alamat institusi : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI MAHARAJA,
Nombor telefon 16810 SELISING, KELANTAN.
Email institusi : 01165733822
: [email protected]
Nama pembimbing
Nombor telefon : PUAN HASLINA BINTI MUHAMAD
: 0179525048
Nama penyelia
Nombor Telefon : DR. HASHIMA BINTI HAMID
: 019730 1780
**Salinan perlu dihantar kepada penyelia dan muat naik ke Sistem Author https://author.uthm.edu.my/
SENARAI SEMAK LAPORAN AKHIR LM2
Bil Perkara Semakan
()
1. Jadual Waktu Individu dan Kelas dan senarai /
kursus/subjek yang diajar /
/
2. Senarai semak oleh pembimbing
UTHM/FPTV/LM-Ver.1/07 /
3. Laporan Jurnal Refleksi Akhir /
Laporan Institusi/Kokurikulum/Pengurusan dan
Sahsiah
• UTHM/FPTV/LM-Ver.1/04
• UTHM/FPTV/LM-Ver.1/05
4. • UTHM/FPTV/LM-Ver.1/06
** sertakan borang-borang yang telah disahkan oleh pembimbing/
penyelaras kokurikulum/Pengarah/Pengetua
5. LAMPIRAN
LAMPIRAN adalah terdiri daripada dokumen yang boleh menyokong
Laporan Akhir LM seperti rekod kehadiran (terperinci), penglibatan
dalam kokurikulum/aktiviti lain (Bukti berkaitan seperti : salinan
surat lantikan/sijil, kertas kerja, kertas program, gamabar
penglibatan dan lain–lain yang sesuai.
Perhatian : Tandatangan Penyelia FPTV
Raziq Nama :
Tandatangan Pelatih Tarikh :
Nama : MUHAMMAD RAZIQ BIN ADNAN
Tarikh : 07/10/2021
Cop rasmi
JADUAL WAKTU INDIVIDU
DAN KELAS DAN
SENARAI KURSUS /
SUBJEK YANG DIAJAR
JADUAL WAKTU LATIHAN M
Waktu AHAD ISNIN S
SEN
07.40 pagi - (1
08.10 pagi SEN
08.15 pagi – (1
08.45 pagi
08.50 pagi – REHAT REHAT
09.20 pagi
09.25 pagi – SENI VISUAL SEN
09.55 pagi (1 BERSIH) (1 D
10.00 pagi –
10.30 pagi SENI VISUAL SEN
(1 BERSIH) (1 D
REHAT
10.50 pagi –
11.20 pagi
11.25 pagi –
11.55 pagi
12.00 tengah
hari – 12.30
tengah hari
12.35 tengah
hari – 01.05
petang
01.10 petang –
01.40 petang
MENGAJAR 2 SMK SRI MAHARAJA
SELASA RABU KHAMIS
NI VISUAL
AMANAH)
NI VISUAL
AMANAH)
REHAT REHAT REHAT
NI VISUAL ASAS SAINS KOMPUTER
DEDIKASI) (2 AMANAH)
NI VISUAL
DEDIKASI) ASAS SAINS KOMPUTER
(2 AMANAH)
ASAS SAINS KOMPUTER
(2 AMANAH)
ASAS SAINS KOMPUTER
(2 AMANAH)
KURSUS ATAU SUBJEK YANG DIAJAR
BIL PERKARA KURSUS TEMPOH
SENI VISUAL
TINGKATAN 1 SENI VISUAL 1 MINGGU
TINGKATAN 1
1. PEMIKIRAN SENI VISUAL
SENI VISUAL
TOPIK 11 : DESIGNOMIC TINGKATAN 1 1 MINGGU
1.0 Persepsi Seni SENI VISUAL 1 MINGGU
2.0 Eksplorasi Seni TINGKATAN 1
3.0 Ekspresi Seni
4.0 Apresiasi Seni SENI VISUAL 1 MINGGU
TINGKATAN
2. BAHASA SENI VISUAL
1
TOPIK 12 : IMBANGAN
SENI VISUAL 1 MINGGU
1.0 Persepsi Seni TINGKATAN
2.0 Eksplorasi Seni
3.0 Ekspresi Seni 1
4.0 Apresiasi Seni
3. BAHASA SENI VISUAL
TOPIK 13 : KESATUAN
1.0 Persepsi Seni
2.0 Eksplorasi Seni
3.0 Ekspresi Seni
4.0 Apresiasi Seni
4. BAHASA SENI VISUAL
TOPIK 14 : IRAMA DAN PERGERAKAN
1.0 Persepsi Seni
2.0 Eksplorasi Seni
3.0 Ekspresi Seni
4.0 Apresiasi Seni
5. PEMIKIRAN SENI VISUAL
TOPIK 15 : TAJUK DAN MESEJ
1.0 Persepsi Seni
2.0 Eksplorasi Seni
3.0 Ekspresi Seni
4.0 Apresiasi Seni
6. PEMIKIRAN SENI VISUAL SENI VISUAL 1 MINGGU
TINGKATAN
TOPIK 16 : MOTIF, IDEA DAN KONSEP
1
1.0 Persepsi Seni
2.0 Eksplorasi Seni
3.0 Ekspresi Seni
4.0 Apresiasi Seni
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2
1. 3.1 Persekitaran Kod Arahan ASAS SAINS 1 MINGGU
KOMPUTER
3.1.3 Menghasilkan kod segmen TINGKATAN 2
menggunakan:
(i) fungsi input dan output.
(ii) operator perbandingan.
(iii) operator logik.
2. 3.1 Persekitaran Kod Arahan ASAS SAINS 1 MINGGU
KOMPUTER
3.1.4 Mengesan dan membaiki ralat pada TINGKATAN 2
kod segmen yang dihasilkan dalam
penyelesaian masalah.
3. 3.1 Persekitaran Kod Arahan
ASAS SAINS 1 MINGGU
3.1.5 Menyelesaikan masalah yang KOMPUTER
melibatkan gabungan jenis data, TINGKATAN 2
pemboleh ubah, pemalar dan operator
dalam kod segmen.
4. 3.2 Struktur Kod Arahan ASAS SAINS 1 MINGGU
KOMPUTER
3.2.1 Menghasilkan atur cara yang TINGKATAN 2
melibatkan:
(i) struktur kawalan jujukan dalam
penyelesaian masalah.
(ii) struktur kawalan pilihan dalam
penyelesaian masalah.
(iii) struktur kawalan pilihan bersarang
dalam penyelesaian masalah.
(iv) struktur kawalan ulangan dalam
penyelesaian masalah.
5. 3.2 Struktur Kod Arahan ASAS SAINS 1 MINGGU
KOMPUTER
3.2.2 Menguji atur cara dan membaiki ralat TINGKATAN 2
pada kod arahan yang dihasilkan.
6. 3.2 Struktur Kod Arahan ASAS SAINS 1 MINGGU
3.2.3 Menghasilkan atur cara yang KOMPUTER
melibatkan gabungan pelbagai TINGKATAN 2
struktur kawalan
ASAS SAINS 1 MINGGU
7. 1.0 Perwakilan Data KOMPUTER
1.1 Sistem Nombor Perlapanan TINGKATAN 2
T. Tangan G. Pelatih : T. tangan & Cop Pembimbing/ Penyelia :
Raziq …………………………………
Tarikh :
………………………..
Tarikh : 07/10 /2021
IMPLIKASI KORONAVIRUS (COVID-19) TERHADAP
SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
(PDPR) KEPADA PELAJAR SMK SRI MAHARAJA
Muhammad Raziq Bin Adnan1, Haslina Binti Muhamad2,
Hashima Binti Hamid3
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Maharaja, Selising, Kelantan.
[email protected], [email protected], [email protected]
(Nota 1Muhammad Raziq Bin Adnan, 2Haslina Binti Muhamad, 3Hashima Binti Hamid)
Abstrak: Menjadi satu kewajipan kepada pelajar Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional (FPTV) bagi
menjalani latihan mengajar untuk membolehkan mereka melengkapkan syarat-syarat bergraduasi yang
telah dikeluarkan pihak fakulti. Latihan mengajar 2 yang berlangsung selama 8 minggu telah berjaya
dilaksanakan oleh guru pelatih dengan jayanya. Bagi latihan mengajar 1, guru pelatih telah
melaksanakannya di KolejKomuniti Kok Lanas pada pertengahan tahun 2019. Begitu banyak perbezaan
dari segi pelaksanaan serta kaedah pengajaran & pembelajaran (PdP) antara latihan mengajar 1 dan latihan
mengajar 2. Contohnya, latihan mengajar 1 berjaya dilaksanakan dengan kehidupan normal di Kolej
Komuniti Kok Lanas dengan pelbagai aktiviti serta program yang dianjurkan namun bagi latihan
mengajar kali ini semuanya berubah. Segala aktiviti dianjurkan secara atas talian menggunakan platform
yang selalu diguna pakai. Hal ini disebabkan oleh pandemik covid 19 yang melanda negara, pelbagai
kaedah pengajaran terpaksa diubah kepada kaedah pengajaran & pembelajaran di rumah (PdPR) dengan
menggunakan pelbagai jenis platform pembelajaran secara atas talian. Saya juga dapat merasakan
bagaimana imlikasi PdPR secara atas talian kepada para pensyarah dan bagaimana cara untuk
mengatasinya. PdPR secara atas talian yang dilaksanakan adalah disebabkan arahan penutupan sekolah
rendah, sekolah menengah, kolej vokasional, kolej komuniti serta IPTA dan IPTS. Penutupan ini dibuat
oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan virus covid 19 dalam negara kita. Secara
keseluruhannya, virus covid-19 telah memberi implikasi yang agak besar dalam bidang pendidikan negara
kita khususnya pada peringkat sekolah menengah dalam meneruskan sesi PdPR secara atas talian.
1.0 Pengenalan
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Maharaja adalah sebuah sekolah yang berada di
pinggir bandar yang mana ia terletak di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. Sekolah
ini juga adalah sekolah menengah harian biasa yang mana pelajarnya terdiri daripada
pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Selain itu, sekolah ini juga terdapat pelbagai agama
dan budaya. Akan tetapi, majoritinya adalah daripada bangsa melayu yang beragama
islam. Pada mulanya saya berasa sangat gementar sebelum melapor diri di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sri Maharaja ini. Akan tetapi, layanan yang diberikan oleh
pengetua, guru kokurikulum dan staf di sekolah ini sangat baik semasa saya melapor diri di
pejabat. Selain itu, hubungan antara guru pelatih, guru dan barisan pentadbiran juga
sangat akrab. Sepanjang 8 minggu Latihan Mengajar 2 dilaksanakan, pelbagai
pengalaman serta pendedahan baru yang saya perolehi. Perkara yang paling utama
adalah dari segi kaedah pengajaran secara PdPR iaitu pembelajaran yang dijalankan
secara atas talian bagi tempoh masa yang singkat kerana pelajar yang saya mengajar
adalah pelajar tingkatan 1 Amanah, 1 Bersih, 1 Dedikasi serta pelajar 2 Amanah. Suasana
kelas atas talian yang ceria dan harmoni membuatkan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik dan teratur. Suasana kelas yang ceria dapat membangkitkan
semangat untuk belajar dalam diri pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Penggunaan
ABBM dapat menghidupkan suasana pembelajaran ke arah yang lebih baik. Saya sedar
bahawa pelajar sekolah ini dapat memberikan kerjasama yang sangat baik kepada saya
walaupun saya sebagai guru pelatih di sekolah ini.
2.0 Bisikan Hati/ Latar Belakang Masalah
Pada mulanya saya berasa sangat gementar kerana ini adalah pertama kali saya
menjalani sesi Latihan Mengajar 2 secara atas talian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri
Maharaja. Hal ini kerana seperti yang kita tahu, negara kita telah dilanda wabak covid-19
semenjak 2020 lagi. Hal ini menyebabkan sistem pendidikan negara kita telah berubah 360
darjah yang mana dahulunya sesi pdp dijalankan secara bersemuka tetapi kini
sepenuhnya dijalankan secara atas talian. Saya juga berasa gementar sedikit untuk
mengajar pelajar yang belum saya kenali kerana saya belum kenal lagi personaliti mereka
semua. Akan tetapi, atas rasa tanggungjawab saya sebagai guru pelatih maka saya
memberanikan diri saya untuk mengajar dengan sebaik mungkin untuk berkongsi ilmu
kepada mereka semua. Pelajar juga memberi kerjasama yang amat baik kepada saya
semasa proses pdpr berlaku pada waktu tersebut. Mereka juga sangat menghormati saya
sebagai guru pelatih di sekolah ini. Pelajar juga memberi perhatian yang baik semasa
berada dalam kelas online. Kelas yang diajar oleh saya adalah kelas 1 Bersih, 1 Amanah, 1
Dedikasi dan 2 Amanah. Melalui pemerhatian saya masalah utama yang dihadapi oleh
pelajar di sekolah ini adalah masalah sambungan internet. Hal ini disebabkan oleh Sekolah
Menengah Kebangsaan Sri Maharaja ini endiri terletak di Kawasan pendalaman atau lebih
tepat lagi di luar bandar. Hampir kesemua pelajar sekolah ini tinggal di kawasan kampung
yang kurang mempunyai akses internet yang baik. Hal ini menyebabkan mereka sukar
unutk mengikuti sesi pdpr yang dibuat oleh guru. Kadang-kadang hanya beberapa orang
pelajar sahaja mampu menghadirkan diri dalam kelas online. Hal ini disebabakan oleh
pelajar yang lain mempunyai masalah sambungan internet dan tidak mempunyai peranti
sendiri. Malahan, ada sesetengah pelajar menggunakan peranti ibu bapa mereka.
Pertama kali saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (pdpr)
bagi kelas 2 Amanah, saya berasa amat teruja untuk berjumpa dengan mereka secara
atas talian kerana kelas 2 Amanah adalah kelas paling hadapan bagi tingkatan 2 di
sekolah ini. Selepas beberapa pertanyaan berkenaan topik yang diajar sebelum ini, pelajar
kurang yakin dan kurang pengetahuan tentang topik yang diajar sebelum ini. Sangkaan
saya kurang tepat kerana melalui pemerhatian saya pembelajaran secara PdPR yang
dijalani mereka sebelum ini kurang berkesan dari segi penyampaian guru serta penerimaan
pelajar sendiri. Bagi saya penggunaan aplikasi WhatsApp sangat relevan pada masa kini
dan sangat sesuai untuk pelajar sekolah ini yang mana mempunyai masalah sambungan
internet yang serius. Menurut Martina, Hendro dan Indra (2020), Aplikasi WhatsApp adalah
merupakan aplikasi yang lebih sesuai digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
di rumah jika dibandingkan dengan aplikasi Zoom, Google Meet dan Facebook. Martina
(2020), turut menyatakan bahawa Aplikasi WhatsApp merupakan suatu aplikasi komunikasi
yang lebih ringkas dan mudah digunakan untuk semua peringkat umur serta ia juga
menggunakan data internet yang sedikit. Cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh
pelajar dan guru sewaktu menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas
talian adalah masalah sambungan internet. Para guru juga turut terkesan dengan hal ini.
Hal ini disebabkan oleh segelintir guru juga tinggal di kawasan pendalaman. Ekoran
daripada hal ini guru tidak dapat menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu topik
yang sedang diajar. Hal ini juga menyebabkan pelajar kurang faham tentang topik yang
diajar oleh guru pada hari tersebut. Seterusnya, terdapat juga kekangan ketiadaan peranti
bagi pelajar yang datang dari keluarga yang miskin. Hal ini ini dapat dilihat berdasarkan
kehadiran kelas secara atas talian. Para pelajar yang tidak menghadirkan diri semasa kelas
talian berjalan akan saya kenalpasti masalah yang mereka hadapi. Setelah diselidik
betullah bahawa sesetengah pelajar kekurangan kewangan untuk membeli telefon bimbit.
Faktor ekonomi yang kurang stabil membuatkan ada di kalangan pelajar yang mempunyai
masalah dalam menjalani pembelajaran secara PDPR. Hasil dapatan ini disokong oleh
kajian Hashim, Mohd Nasri, dan Mustafa (2016) yang menyatakan bahawa cabaran dari
aspek kekangan infrastruktur dilihat sebagai cabaran utama dalam melaksanakan PdPR
secara dalam talian.
3.0 Menganalisis dan Menilai
Dalam usaha untuk memastikan semua pelajar tidak ketinggalan dalam mengikuti
pembelajaran, warga pendidik sekolah SMK Sri Maharaja mula menjalankan kelas secara
atas talian. Pelbagai kegusaran yang timbul dalam diri warga pendidik sekolah ini apabila
ingin melaksanakan pembelajaran secara atas talian ini. Tidak semua pelajar yang
mempunyai gajet atau telefon bimbit serta ada juga pelajar yang tidak mempunyai
capaian internet. Bagi warga pendidik pula, wujud kesangsian platform manakah yang
sesuai untuk menjalankan pembelajaran secara atas talian dan kebanyakannya
menggunakan kaedah cuba jaya, iaitu menggunakan mana-mana platform dan lihat
kepada kesesuaian. Tiga implikasi utama dilihat menjadi cabaran besar kepada pendidik
bagi menjalankan pembelajaran secara atas talian, iaitu kebolehcapaian internet dan
kestabilan platform pengajaran, pengurusan emosi serta pentaksiran secara holistik.
Kebolehcapaian intenet menjadi salah satu perkara penting dalam mengendalikan
kelas secara atas talian. Usaha mengenalpasti tahap kebolehcapaian internet bagi setiap
pelajar dalam kelas dapat membantu guru dalam menentukan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai bagi membolehkan kelas atas talian dapat dijalankan dengan
lancar. Namun begitu, beberapa kekangan wujud terutamanya bagi pelajar yang tinggal
di kawasan pedalaman yang kurang mendapat liputan internet. Oleh yang demikian,
platform yang lebih sesuai digunakan adalah aplikasi WhatApps, Telegram serta
Messenger. Sekiranya ada pelajar tidak dapat dihubungi melalui aplikasi-aplikasi ini, maka
kaedah konvensional adalah pilihan terakhir dengan mengepos atau menghantar bahan
pengajaran kepada pelajar. Pemilihan Aplikasi WhatsApp adalah sangat sesuai dalam
proses pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Menurut Briliannur, Aisyah,
Uswatun, Abdy dan Hidayatur (2020) mendapati bahawa pembelajaran secara atas talian
bagi pelajar sekolah adalah kurang berkesan kerana wujudnya kekangan ekonomi dari
segi sarana dan prasarana. Kajian ini turut mendapati para pelajar tidak bersedia dari segi
teknologi. Masalah teknologi ini termasuklah dari segi akses pencapaian internet dan juga
kekurangan sumber maklumat mengenai penyediaan teknologi mudah alih pada masa
kini. Ini mungkin disebabkan situasi pembelajaran pelajar sekolah adalah berbeza dengan
pelajar peringkat tinggi di kolej, universiti dan lain-lain lagi. Implikasi kedua pelaksanaan
pembelajaran dalam talian adalah pengurusan emosi serta pentaksiran secara holistik.
Akan tetapi, jangka masa Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 yang lama menjadikan pelajar
mula berasa bosan berkurung dalam rumah. Pelajar tidak dapat bertemu dengan rakan
sekelas, bermain serta berbual dengan sahabat karib di sekolah ataupun menjalani aktiviti
kokurikulum. Hal ini mengakibatkan emosi pelajar mula mengalami ketidakstabilan. Sesi
pembelajaran secara atas talian yang mempunyai jadual tertentu yang telah ditetapkan
oleh guru perlu juga mengambil kira peranan pelajar untuk membantu ibu bapa di rumah.
Bagi pentaksiran holistik pula akan timbul persoalan bagaimana pentaksiran dapat
dijalankan bagi memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Jika sebelum ini,
pentaksiran dijalankan secara bertulis ekoran daripada penutupan sesi persekolahan,
kaedah pentaksiran secara holistik ini adalah kaedah paling ideal dalam mengukur tahap
pengetahuan pelajar. Kaedah pentaksiran ini yang merupakan kombinasi daripada subjek
teras yang merupakan lapisan pertama dan elektif sebagai lapisan kedua. Selain itu,
kaedah pentaksiran ini mampu mengukur keupayaan pemikiran aras tinggi pelajar.
4.0 Kesedaran Baru
Hasil daripada analisis yang telah saya lakukan, perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh
guru adalah dengan mengetahui keadaan semasa para pelajar sebelum memulakan sesi
pembelajaran atas talian PdPR. Hal ini adalah perkara utama yang menentukan sama ada
objektif pembelajaran serta tujuan utama sesi pengajaran dapat dicapai atau tidak. Selain
itu, saya juga menyokong usaha oleh warga pendidik SMK Sri Maharaja yang berusaha
menggunakan segala platform atau aplikasi yang terbaik bagi memastikan para pelajar
boleh akses masuk semasa sesi PdPR dijalankan. Hal ini adalah untuk memudahkan guru untuk
merancang terlebih dahulu teknik penyampaian pengajaran yang sesuai untuk sesuatu
subjek tidak kira sama ada pengajaran teori ataupun pengajaran amali. Seterusnya, saya
juga berpendapat bahawa komunikasi dua hala antara guru dan pelajar merupakan kunci
kejayaan yang utama kepada usaha pembelajaran atas secara atas talian. Saya
menggunakan strategi pembelajaran berpusatkan guru dan berpusatkan murid. Hal ini saya
cuba untuk menarik minat para pelajar untuk berkomunikasi dengan saya secara tidak
langsung dapat menghilangkan perasaan gementar saya. Selain itu, ia juga dapat melatih
pelajar untuk memberanikan diri untuk bercakap semasa berada dalam kelas online. Selain
itu, pihak kerajaaan juga menyarankan kepada seluruh institusi pendidikan dalam negara
kita untuk memastikan kelestarian perkembangan ilmu terus berkembang dengan jayanya
walaupun negara sedang mengalami virus covid 19. Kenyataanini disokong penuh oleh hasil
dapatan kajian Noorleha (2016), yang mendapati sikap positif guru terhadap pendekatan
mempunyai hubungan dengan tahap sikap dan kemahiran pelaksanaan guru.
Set induksi merupakan langkah yang penting setiap kali sebelum memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Saya mempelbagaikan set induksi setiap minggu untuk
memeriahkan lagi suasana kelas tersebut. Set induksi dianggap sebagai cinta pandang
pertama. Tanpa set induksi yang menarik, pelajar pasti berasa bosan ketika berada dalam
kelas online. Saya berharap guru dapat mempelbagaikan lagi set induksi untuk kelas yang
seterusnya. Hal ini adalah untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Guru juga perlu
berusaha sebaik mungkin untuk mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran pada masa
akan datang kerana bagi saya kaedah pengajaran yang betul dapat memberi kefahaman
yang semaksimun mungkin kepada pelajar. Selain itu, pengajaran yang diselangi gelak
tawa dapat menceriakan dan menghidupkan lagi suasana semasa pembelajaran atas
talian. Perancangan teliti sebelum mengajar juga penting supaya memudahkan guru untuk
mengenal pasti terlebih dahulu para pelajar yang memerlukan pemerhatian dalam
kumpulan yang kecil. Dalam setiap sesi pdpr, saya mensasarkan kumpulan yang yang
lemah berbanding yang cemerlang. Hal ini adalah bagi memastikan kumpulan yang lemah
tidak ketinggalan dalam sesi pembelajaran. Dalam memastikan para pelajar memperolehi
ilmu pengetahuan, guru juga bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian dan cara
pemikiran pelajar, seperti yang dinyatakan S. Abdul Hamid &H. N. Jamali. (2017) iaitu
peranan pendidik bukan sekadar menghadirkan diri ke kelas dan menghabiskan silibus yang
telah ditetapkan mengikut tempoh-tempoh tertentu tetapi tugas mereka lebih daripada itu
iaitu untuk membentuk dan mendidik manusia terutamanya pelajar agar lebih terdidik dan
beradab. Oleh yang demikian, perancangan teliti sebelum mengajar adalah perkara yang
wajib bagi setiap guru supaya tidak berlaku sebarang permasalahan dalam kalangan
pelajar.
5.0 Cadangan dan tindakan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang
bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian, luar talian dan off-site dengan
berstruktur dan terancang. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) merupakah satu
cara atau kaedah alternatif untuk mengajar pelajar dalam situasi pendamik sekarang ini.
Malahan, beberapa isu dan cabaran yang telah dapat dikenal pasti sama ada daripada
para guru atau pelajar sendiri.
Antara yang dicadangkan adalah seperti berikut :
i. Guru boleh menyediakan nota dan video rakaman demonstrasi sebagai pelengkap
kepadapelajar untuk mudah diakses secara ‘’ofline’’ jika pelajar tidak dapat mengikuti
kelas PdPR sepenuhnya.
ii. Guru juga boleh merakam video kuliah PdPR pada hari tersebut bagi memudahkan
pelajaruntuk menonton semula jika mereka mengalami masalah sambungan internet
semasa kelas PdPR dijalankan.
iii. Guru perlu giat melakukan perbincangan melalui aplikasi‘’WhatsApp’’ atau ‘’Telegram’
untuk mengetahui dan mengenal pasti status permahaman pelajar terhadap sesuatu
topik yang diajar.
iv. Guru juga perlu mempelajari atau diberi latihan mengenai beberapa platform yang lain
agar dapat mengendalikan PdPR dengan lebih berkesan dan sistematik.
Kesemua cadangan serta tindakan ini adalah merupakan salah satu usaha pelbagai
pihak termasuklah pihak guru, pelajar, ibu bapa dan sekolah sendiri dalam usaha untuk
memastikan semua pelajar tidak tercicir dalam proses pdpr. Guru perlu lebih kreatif untuk
menarik minat pelajar semasa menjalankan kelas secara atas talian. Guru juga perlu
berusaha untuk mendapatkan idea-idea yang baru dalam mempelbagaikan kaedah atau
teknik pengajaran agar pelajar lebih bersemangat dan tertarik dengan pengajaran dalam
kelas atas talian.
6.0 Kesimpulan
Akhir kalam, saya sangat bersyukur ke hadrat ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya saya diberi
kesempatan untuk mengambil peluang dan ruang menabur bakti sebagai guru pelatih di
SMK Sri Maharaja selama 2 bulan. Pengalaman sepanjang latihan mengajar selama 8
minggu ini telah memberikan pengalaman yang berharga kepada saya. Pengalaman yang
saya tidak dapat lupakan adalah saya ditugaskan untuk menjadi pengerusi persembahan
semasa majlis sambutan hari kemerdekaan yang ke-64 peringkat sekolah. Hal ini
memberikan pengalaman berharga kepada saya yang mana untuk mengendalikan majlis
bukannya mudah. Ia memerlukan banyak perancangan dan disiplin yang tinggi bagi
menjayakan majlis tersebut. Selain itu, saya juga dapat belajar cara mengendalikan majlis
secara atas talian ini daripada guru-guru sekolah ini. Pengalaman yang berharga semasa
saya menjalani latihan mengajar 2 di SMK Sri Maharaja ialah saya diberi kepercayaan oleh
Penolong Kanan Kokorikulum untuk menjadi guru pembimbing kepada pelajar untuk
menyertai pertandingan mencipta logo dan slogan Kelab Rukun Negara peringkat
kebangsaan. Sejujurnya saya sangat teruja kerana pertandingan ini adalah satu
pertandingan yang sangat besar tetapi saya dipilih untuk menjadi salah seorang guru
pembimbing bagi pertandingan ini. Selain itu, saya juga berasa kesian kepada pelajar
sekolah ini yang mengalami masalah sambungan internet dan ketiadaan telefon pintar. Hal
ini demikian kerana boleh dikatakan hampir kesemua pelajar sekolah ini adalah berasal
daripada golongan yang sederhana. Hal ini menjadi punca utama bagi proses pdpr untuk
berjalan dengan lancar. Namun demikian, sebagai seorang guru menjadi tanggungjawab
utama saya untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir meskipun banyak cabaran
mendatang. Saya juga bertanggungjawab untuk memastikan perkembangan kemahiran
insaniah serta kebolehan kendiri pelajar. Hal ini turut perlu diberi perhatian bagi membina
modal insan yang dapat menyumbang jasa kepada agama, bangsa dan negara. Pesanan
saya agar semua pihak termasuklah ibu bapa, barisan guru, barisan pentadbir sekolah serta
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak terlepas pandang dan terus memberi
sokongan yang padu kepada sekolah-sekolah luar bandar kerana mereka juga adalah
merupakan lapisan pelopor pekerja cemerlang di negara kita untuk masa yang akan
datang.
Rujukan
Azila, Rohana dan Amirmudin (2011).Halatuju Pendidikan Teknik dan Vokasional ke arah Memartabatkan
Falsafah Pendidikan Negara.Dicapai pada Oktober 8,2012 dari Universiti Teknologi Malaysia:
http://eprints.utm.my/14935/1/Hala_Tuju_Pendidikan_Teknik_dan_Vokasional_ke_arah_Memarta
batkan _Falsafah_Pendidikan_Negara.pdf
Azman, M. N. A., Azli, N. A., Mustapha, R., Balakrishnan, B. & Mohd Isa, N. K. (2014). Penggunaan Alat
Bantu Mengajar ke Atas Guru Pelatih Bagi Topik Kerja Kayu, Paip dan Logam. Sains Humanika, 3 (1), 77 -
85.
Noor Azlan, A. Z., & Nurdalina, D. (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih
UTM Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik. Universiti Teknologi Malaysia, 1-6.
Ventayen, R. J. M. Estira, K. L., De Guzman, M. J., Cabaluna, C. M., & Espinosa. N. (2018).
Usability evaluation of Google Classroom: Basis for the adaptation of GSuite e-learning
platform. Asia Pacific Journal of Education, Arts and Sciences, 5. 47–51.
doi:10.1111/j.1365-2729.2011,00447.x
Ab Rahim, R B., & Rais, A. B. M. (2019). KOMPUTER SEBAGAI MEDIA PERANTARAAN
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AMALI BERKESAN DI BENGKEL
BATA. Journal on Technical and Vocational Education, 4(1), 23-30.
Hashim, H., Mohd Nasri, S. M., & Mustafa, Z. (2016). Cabaran yang dihadapi oleh guru dalam
pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya FROG di bilik darjah. Asia Pacific Journal of
Educators and Education, 31. 115–129. doi:10.21315/apjee2016.31.7
LAPORAN INSTITUSI / KOKURIKULUM /
PENGURUSAN DAN SAHSIAH :
UTHM/FPTV/LM-Ver.1/04
UTHM/FPTV/LM-Ver.1/05
UTHM/FPTV/LM-Ver.1/06
LAMPIRAN AKTIVITI-AKTIVITI
SEPANJANG LATIHAN
MENGAJAR 2
SESI MELAPOR DIRI LATIHAN MENGAJAR 2 DI BILIK PENGETUA SMK SRI
MAHARAJA
PERJUMPAAN DENGAN PENGETUA SMK SRI MAHARAJA UNTUK
CENDERAHATI KEPADA GURU PELATIH UTHM
SIJIL TAMAT LATIHAN MENGAJAR 2 DARIPADA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI MAHARAJA
1. PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEMPENA SAMBUTAN BULAN
KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH.
JAWATAN : PENYELARAS DAN JURI PERTANDINGAN
SIJIL PENGHARGAAN
2. MAJLIS PELANCANCARAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-
64 PERINGKAT SEKOLAH.
JAWATAN : PENGERUSI PROGRAM
SIJIL PENGHARGAAN
3. PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN SLOGAN KELAB RUKUN NEGARA
(KRN) TAHUN 2021 PERINGKAT KEBANGSAAN.
JAWATAN : GURU PEMBIMBING
LOGO YANG DICIPTA OLEH PELAJAR
PENERANGAN LOGO KELAB RUKUN NEGARA :
1. Bunga Raya
-Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan,
Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih
sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah
mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan
Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga
Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960,
Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.
Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan
Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
2. Genggaman Tangan
- Genggaman Tangan hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum adalah kunci
atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita
dapat mencapai matlamat yang ditetapkan. Secara umumnya, perasaan prasangka dan
ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara
asing.
PESERTA MENCIPTA LOGO KELAB RUKUN NEGARA (KRN) :
1. MUHAMMAD ZAIM RAZAK BIN ABDUL RAZAK
1 AMANAH
017-9013076
080325030447
[email protected]
2. NOR SYASYA IRDINA BINTI BURHAN
1 BERSIH
0112-26185863
080703-06-0118
[email protected]
3. MUHAMMAD AIKAL BIN MOHD JAFRI
1 DEDIKASI
014-9685013
080518030857
[email protected]
SIJIL PENGHARGAAN
4. SESI PERKONGSIAN BERSAMA WARGA PENDIDIK (KEMELUT PANDEMIK
: ADAPTASI NORMA BAHARU MELALUI PENGURUSAN EMOSI PENDIDIK).
JAWATAN : PESERTA
5. WEBINAR TATACARA PEMAKAIAN UNIFORM GURU PENASIHAT KRS /
TKRS SEKOLAH-SEKOLAH DEARAH KLANG.
JAWATAN : PESERTA
6. SEMINAR SEHARI KEMPIMPINAN INSTRUKSIONAL SIRI 1 / 2021 INSTITUSI
AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA.
JAWATAN : PESERTA
7. PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA HARI KEMERDEKAAN YANG
KE-64 PERINGKAT SEKOLAH.
JAWATAN : PENYELARAS PERTANDINGAN
8. PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
YANG KE-64 PERINGKAT SEKOLAH.
JAWATAN : PENYELARAS PERTANDINGAN
9. PERTANDINGAN MELUKIS POSTER SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
YANG KE-64 PERINGKAT SEKOLAH.
JAWATAN : PENYELARAS PERTANDINGAN