PANDUAN PENGURUSAN
ORGANISASI
& TAKWIM
2021
SEK KEB KAMPONG SAWAH
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
SEK KEB KAMPONG SAWAH
2021
1
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Kampong Sawah
KM 4.8 Jalan Sawah
81500 Pekan Nanas Pontian ,
Johor Darul Ta’zim
No Telefon: 07-6996618
Faks : 07 -6996618
E-Mail: 1govucjba6018.edu
Kata Alu-Aluan Guru Besar
Assalamualaikum wrth.wb dan Selamat Sejahtera serta Salam Muafakat Johor
Syukur Alhamdulillah, dengan keizinan dan inayahNya jua, Buku Panduan
Pengurusan Organisasi & Takwim 2021 telah dapat diterbitkan untuk rujukan dan
tatapan bersama. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan
kepada semua pihak yang terlibat khasnya kepada semua Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, serta
guru-guru / akp sekolah yang turut membantu menyediakan buku panduan ini.
Sesungguhnya dengan dedikasi, komitmen dan keikhlasan anda semua, buku ini
telah dapat disediakan dengan baik sekali.
Mudah-mudahan dengan adanya Buku Panduan Pengurusan Organisasi & Takwim
2021 ini, warga Sekolah Kebangsaan Kampong Sawah akan dapat melaksanakan
segala tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan dapat
berganding bahu sesama rakan sejawat untuk merealisasikan objektif, misi dan visi
sekolah. Begitu juga kepada pihak-pihak yang berkepentingan terutama PIBG sama
ada secara individu mahu pun agensi atau badan-badan kerajaan dan bukan
kerajaan, buku panduan ini boleh menjadi rujukan dan dapatan maklumat berkaitan
sekolah ini.
Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada
warga sekolah ini. Dipohonkan kemaafan jua jika terdapat kesilapan dan
kekurangan yang terdapat di dalam buku panduan ini.
Terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
( Tn Hj Mohd Khairuddin bin Sa’don)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampong Sawah
2
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
LENCANA SEKOLAH
SEK KEB KAMPONG SAWAH PEKAN NANAS
MOTO SEKOLAH : USAHA PASTI JAYA
Lambang buku :
Menunjukkan sumber
6 biji nanas : Tanaman ilmu pengertahuan dan
utama penduduk sebagai teman murid
dan guru-guru.
pengetahuan yang
menerangi masa
hadapan
Lambang roda :
Menunjukkan usaha Lambang obor :
untuk melahirkan
Melambangkan ilmu
generasi berteknologi pengetahuan yang
menerangi masa
hadapan
WARNA MAKSUD
Melambangkan kebersihan sekolah dari segi
PUTIH
rohani dan jasmani.
MERAH Melambangkan sifat keberanian dan progresif.
BIRU Melambangkan pemuafakatan
Melambangkan taat setia kepada raja dan
KUNING
negara.
3
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
Lirik Lagu SK KG Sawah
Sekolah Kebangsaan Kampong Sawah,
Namamu akan ku sanjung mulia,
Mendidik putera mendidik puteri,
Di bawah satu bumbung yang sama,
Penghuni mu sentiasa berusaha,
Agar tercapai cinta mulia,
Ugama dididik displin dibentuk,
Menjungjung tinggi rukun negara,
Pandangan yang indah udara yang bersih,
Disekeliling gunung dan dusun,
Bangunan yang segak namamu tersergah,
Usaha Pasti Jaya.
4
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
BENDERA SEKOLAH (90 cm X 180 cm)
WARNA MAKSUD
BIRU Melambangkan Perpaduan
KUNING Melambangkan Agama Islam
5
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
Gelombang ke-2 2016-2020
TRASFOMASI PENDIDIKAN AKAN
DILAKSANAKAN DALAM TEMPOH 13 TAHUN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) adalah cetusan ilham,
mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pendidikan
Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ianya telah dilancarkan pada 6 September
2013 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri
Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur. Ia mengandungi lima aspirasi sistem dan enam ciri murid yang akan
dicapai dalam tempoh 13 tahun, bermula dari tahun 2013 hingga 2025.
Merupakan manifestasi transformasi kerajaan yang paling menyeluruh dan
besar bagi murid dari pra sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi, dalam
mendatangkan pulangan terbaik modal insan untuk memacu segala hasrat
pembangunan negara.
Isi kandungan
1 Transformasi tiga gelombang
[2]
o 1.1 Gelombang 1 (2013-2015)
o 1.2 Gelombang 2 (2016-2020)
o 1.3 Gelombang 3 (2021-2025)
2 Anjakan
o 2.1 11 Anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
3 Lonjakan
o 3.1 10 lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
untuk Pengajian Tinggi
4 Rujukan
Transformasi tiga gelombang
Gelombang 1 (2013-2015)
Gelombang pertama bermula dari tahun 2013 hingga 2015, yang memberi
penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepat
perubahan kaedah pelaksanaan program.
Dalam tempoh pelaksanaan itu, tumpuan diberikan kepada kaedah
peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada,
6
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
meningkatan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi.
Menjelang akhir Gelombang 1, Kementerian Pendidikan Malaysia akan
memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan sekolah mencapai tahap
minimum standard kualiti yang dihasratkan.
Gelombang 2 (2016-2020)
Kementerian akan melaksana perubahan struktur pendidikan negara untuk
mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula
semasa Gelombang 1, antaranya pergerakan kesemua 410,000 guru dan
10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baru dan penstrukturan
semula kementerian.
Kurikulum standard sekolah rendah dan menengah yang disemak semula
juga akan diperkenal dalam usaha menangani kebimbangan mengenai
pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan
ekonomi dunia hari ini.
Gelombang 3 (2021-2025)
Memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan
keluwesan operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah,
guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard
minimum.
Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model
pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan
sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran, dalam usaha
membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk
mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.
Anjakan
11 Anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia[sunting |
sunting sumber]
Bagi mencapai matlamat tersebut, kementerian telah menggariskan 11
anjakan yang perlu dilaksanakan seperti berikut
[3]
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti
bertaraf antarabangsa
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
7
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian
khusus berasaskan keperluan
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara
meluas
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam
Lonjakan
10 lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk
Pengajian Tinggi
Bagi sektor pengajian tinggi pula, terdapat 10 lonjakan yang perlu dicapai,
antaranya
[4]
1. Graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang
2. Kecemerlangan bakat
3. Menghayati pembelajaran sepanjang hayat
4. Graduan TVET berkualiti
5. Kemampanan kewangan
6. Pemantapan tadbir urus
7. Ekosistem inovasi
8. Keunggulan global
9. Pembelajaran dalam talian tahap global
8
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SAWAH
KM4.8, JALAN SAWAH, PEKAN NANAS, PONTIAN
( JBA6018 )
DASAR PENGURUSAN SEKOLAH
PENDAHULUAN
Dasar Sekolah merupakan satu garis panduan untuk mengurus dan mentadbir
sekolah dengan lebih efisen. Dasar ini perlu dilaksana dan dipatuhi oleh semua warga
sekolah khususnya dalam kalangan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di
sekolah ini.
Dasar-dasar sekolah yang telah digubal ini telah mengambilkira semua aspek
yang berkaitan dengan Etika Perkhidmatan, Surat-Surat Pekeliling, Perintah-Perintah
Am, Arahan-Arahan Am dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025 yang berkuatkuasa dari masa ke semasa. Dasar-dasar ini adalah releven
dengan situasi semasa dan boleh berubah mengikut kesesuaian khususnya yang
berkaitan dengan urusan-urusan dalaman sekolah. Dasar-dasar ini juga tertakluk
dengan perubahan dasar diperingkat Jabatan Pendidikan Johor dan / atau
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Maka adalah diharapkan agar semua warga sekolah meletakkan dasar-dasar
ini sebagai keutamaan penting semasa melaksanakan tugas-tugas sebagai
penjawat awam di sekolah ini agar sekolah ini sebagai sebuah organisasi pendidikan
dapat mencapai matlamat sesuai dengan Visi dan Misi yang telah ditetapkan .
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR
Kejayaan sesebuah organisasi atau institusi amat bergantung kepada dasar
atau polisi yang digubal. Tanpa dasar atau polisi yang mantap, jelas, pragmatik,
sistematik dan holistik sesebuah organisasi atau institusi tersebut akan menghadapi
pelbagai masalah, kekangan dan halangan yang menyebabkan ianya tidak dapat
berkembang maju seperti mana yang diharapkan. Sesuatu dasar yang digubal
seolah-olah menjadi “Perlembagaan Yang Bertulis” yang mesti dipatuhi oleh setiap
ahli organisasi yang bernaung dibawahnya.
Menyedari hakikat tersebut, pihak sekolah menggubal satu dasar atau polisi
sekolah yang menjadi garis panduan dalam proses pengurusan dan
pentadbirannya. Justeru dasar sekolah harus menjadi teras dan mekanisme yang
perlu dipatuhi oleh seluruh warga pendidik khususnya guru-guru dalam merancang,
mengurus dan menjalankan aktiviti sama ada dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum serta aktiviti luar sekolah supaya tidak menimbulkan sebarang masalah
atau perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Prosedur dan peraturan yang
digubal dalam dasar sekolah telah mengambil kira semua aspek yang berkaitan
dengan Etika Perkhidmatan, Surat-surat Perkeliling, Perintah-perintah Am, Arahan-
arahan Am dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang
berkuatkuasa dari semasa ke semasa tertakluk dengan arahan daripada Jabatan
Pendidikan Johor dan / atau Kementerian Pendidikan Malaysia.
Oleh yang demikian, pihak sekolah berharap melalui penggubalan dan
perwartaan dasar sekolah ini secara rasmi, akan menjadi pemangkin kepada satu
sistem pengurusan dan pentadbiran yang mantap, dinamik dan telus selaras dengan
9
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
hasrat dan cita-cita negara ingin menjadikan Malaysia sebuah negara maju
menjelang tahun 2021. Wawasan ini hanya mampu dicapai sekiranya semua pihak
khususnya warga sekolah berganding bahu dengan semangat yang tinggi demi
menyahut cabaran tersebut.
Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan
setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Pengurusan dan
Pentadbiran Sekolah yang meluangkan banyak masa, tenaga dan buah fikiran
dalam proses penggubalan dasar sekolah. Sesungguhnya, saya amat menghargai
sokongan dan kerjasama seluruh warga sekolah dalam menjayakan wawasan dan
gagasan kerajaan untuk meningkatkan kecemerlangan dan mutu pendidikan
negara. Sekian dan terima kasih.
……………………………
(MOHD KHAIRUDDIN BIN SA’DON)
Guru Besar
SK Kampong Sawah
AHLI JAWATAN KUASA PENGGUBAL DASAR
Pengerusi : Tn Hj.Mohd Khairuddin Bin Sa’don(Guru
Besar)
Timbalan Pengerusi : Pn. Salwa Binti Mohamed Salleh (GPK 1)
Setiausaha : Pn. Siti Noraiha Binti Mat Esa
Ahli Jawatan Kuasa
1. Penolong Kanan HEM : Pn. Nor Ainizuraimi Binti Noar
2. Penolong Kanan Kokurikulum : Pn. Suriyati Bt Paredi
3. Ketua-Ketua Panitia Mata Pelajaran :
BIL PANITIA NAMA GURU
1 BAHASA MELAYU PN SITI SALMIAH BT AWAL @ SAKYAN
2 BAHASA INGGERIS PN. NOR HANIDA BINTI SUPENI
3 MATEMATIK PN. SITI NORHANA BT SAMSUDIN
4 SAINS EN. MOHD NASRUDDIN BIN YACOB
5 PENDIDIKAN ISLAM EN. MOHD SALLEHUDDIN BIN MUHAMAD @ MAT ALI
6 BAHASA ARAB KOMUNIKASI PN. SITI NORAIHA BINTI MAT ESA
7 TMK/RBT PN. SITI ZAKIAH BT. DAUD
8 DMZ/PENDIDKAN KESENIAN EN. AMRILNORMAN BIN RASHID
9 DSV/PENDIDIKAN KESENIAN PN. SITI ROSLINDA BINTI SAKOR
10 P. JASMANI & KESIHATAN EN. ASYRAF HILMI BIN KHARIL
11. SEJARAH PN SUZIYANA BT TUKIRAN
12 MORAL EN. MOHD YUSOF BIN SALLEH
1..Guru Prasekolah : Pn. Hajarulain bt Jamaludin
2. Guru Pemulihan : Pn. Noranizah bt Mahd. Amin @ Mohd Amin
4. Guru Perpustakaan & Media : Pn. Noor Zalifah bt.Mohamed
5. Setiausaha Peperiksaan : Pn. Siti Zakiah bt Daud
5. Penyelaras Per. Strategik(RPS) : Cik Ira Natasha Anina bt Abdullah
6. Penyelaras/SU SKPMg2 : En. Mohd Nasruddin bin Yacob
10
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
DASAR PENGURUSAN PENTADBIRAN
(A) DASAR KEHADIRAN GURU
1. Ahad- Rabu : Semua guru mesti berada di sekolah pada pukul 7.20 pagi, 10
minit sebelum sesi persekolahan bermula dan pulang jam 2.00 petang pada
setiap hari persekolahan.
2. Khamis : Semua guru mesti berada di sekolah pada pukul 7.20 pagi, 10 minit
sebelum sesi persekolahan bermula dan pulang jam 1.30 petang pada setiap
hari persekolahan.
3. Semua guru hendaklah mencatat kehadiran masing-masing dalam Pengetik
Waktu (Punch card)/ Buku Kehadiran. Guru. Guru / staf yang gagal merakam
waktu datang akan dianggap sebagai lewat / tidak hadir ke sekolah. Guru /
staf yang tidak merakam waktu pulang akan dianggap pulang awal. Tindakan
tatatertib boleh diambil terhadap guru yang membantu mencatat kehadiran
guru lain ataupun meminta bantuan guru lain untuk memalsukan rekod
kehadiran harian.
4. Surat amaran akan dikemukakan kepada guru/staf yang mencatat
kelewatan hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah sebanyak 3 kali
dan lebih dalam sebulan. Guru berkenaan hendaklah mengemukakan surat
tunjuk sebab selepas menerima surat amaran. Tindakan tatatertib boleh
dikenakan selepas Surat Amaran Yang Ke-3.
5. Guru yang tidak hadir atas sebab-sebab tertentu (sakit / kecemasan)
hendaklah memaklumkan kepada Guru Besar dan Penolong Kanan
Pentadbiran sebelum jam 7.00 pagi untuk melicinkan urusan guru ganti kelas.
Guru yang tidak hadir ke sekolah atas alasan anak / ahli keluarga sakit
hendaklah memohon cuti rehat khas. Sijil cuti sakit (MC) hendaklah
dikemukakan kepada Guru Besar sebaik sahaja kembali bertugas selepas cuti
sakit.
6. Ketidakhadiran tanpa sebab dan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan
tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib
1993).
7. Semua guru berkenaan wajib hadir dengan menepati masa ke mesyuarat /
taklimat / LDP / gerak kerja kokurikulum / aktiviti rasmi seperti yang tertera
dalam surat panggilan / atas arahan pentadbiran.
(B) DASAR PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P)
1. Guru TIDAK dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa PdP berjalan.
2. Guru bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan semua murid
pada waktu mata pelajarannya ataupun pada waktu kelas ganti. (Mengikut
Dasar Perundangan “IN LOCO PARENTIS”)
11
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
3. Guru tidak dibenarkan membiarkan murid berada di bilik darjah / di premis lain
tanpa tugasan dan pemantauan.
4. Guru hendaklah menggunakan waktu pengajaran dan pembelajaran
dengan sepenuhnya.
5. Guru tidak dibenarkan keluar lebih awal ataupun melepaskan murid keluar
dari bilik darjah sebelum loceng berbunyi menandakan peralihan waktu.
6. Guru hendaklah memastikan bahawa hanya 1 orang murid lelaki dan 2 orang
murid perempuan dibenarkan ke tandas pada satu-satu masa dengan
menggunakan pas yang telah ditetapkan.
7. Guru hendaklah mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya dan tidak
bercanggah dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) semasa pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Contohnya : Guru dilarang menghukum murid
berdiri di atas kerusi atau meja.
8. Guru hendaklah mengambil tindakan sewajarnya terhadap murid-murid yang
tidak mematuhi arahan guru sebelum dirujuk ke Unit Pengurusan Disiplin. Setiap
Guru Adalah Guru Disiplin.
9. Guru mestilah mengamalkan profesionalisme sebagai seorang guru semasa
pengajaran dan pembelajaran. Kawalan kelas adalah suatu indikator utama
menguji profesionalisme guru.
10. Guru tidak dibenarkan duduk di atas meja guru atau murid semasa
pengajaran. Guru juga tidak digalakkan duduk sambil mengajar sepanjang
sesi pengajaran dan pembelajaran.
11. Guru mesti mengajar mengikut Dokumen Standard Prestasi (Rujuk Perkara II,
Peraturan – 2 Pendidikan Kurikulum Kebangsaan 1997).
12. Guru tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat yang melibatkan guru-guru /
murid-murid pada waktu pengajaran dan pembelajaran kecuali mendapat
kebenaran daripada Guru Besar.
13. Guru-guru mesti menyediakan buku rekod mengajar yang lengkap mengikut
Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 3/1999. Buku rekod wajib
dihantar pada setiap hari Khamis/ Sabtu (jika jatuh pada hari “Sekolah Ganti”)
yang mengandungi sekurang-kurangnya rancangan pengajaran harian
sehingga hari Ahad minggu berikutnya.
14. Setiap guru diwajibkan untuk melakukan sekurang-kurangnya satu Kajian
Tindakan dalam setahun. Kajian Tindakan berkenaan perlu diimplementasikan
oleh setiap guru dalam panitia berkenaan untuk tujuan peningkatan prestasi.
Kajian Tindakan berkenaan boleh diterbitkan.
15. Setiap guru perlu menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat / ICT /
Multimedia sekurang-kurangnya satu kali untuk setiap mata pelajaran dalam
satu minggu mengikut jadual FROG VLE/ Google classroom
(C) DASAR PERHIMPUNAN MINGGUAN / HARIAN
1. Semua guru MESTI berada di tapak perhimpunan mingguan dan harian. Guru
tidak dibenarkan berada di Bilik Guru pada waktu perhimpunan kecuali
mendapat kelulusan Guru Besar.
2. Guru hendaklah menunjukkkan teladan yang baik pada waktu perhimpunan
dengan menumpukan sepenuh perhatian pada perhimpunan dan ditegah
daripada berbual sesama sendiri atau menjawab panggilan telefon bimbit.
12
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
3. Semua guru hendaklah menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Bangsa Johor dan
Lagu Sekolah serta berikrar bersama-sama murid.
(D) DASAR PENGURUSAN PEMBERIAN CUTI
1. PERINGATAN : Cuti Bukan Hak Tetapi Satu Keistimewaan.
2. Cuti Rehat Khas
2.1 Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1977 dan Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 3/1995, cuti rehat khas boleh diberi atas sebab-sebab :
a. Menziarahi ahli keluarga yang rapat yang sakit tenat atau meninggal
dunia.
b. Menyertai upacara agama yang dianuti oleh guru.
c. Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan seperti kebakaran,
banjir dan lain-lain.
d. Menunaikan fardhu Haji – sekiranya tempoh 40 hari seperti mana yang
ditetapkan mengikut pekeliling perkhidmatan bil. 4/1984 tidak
mencukupi.
e. Kursus suaikenal bagi kursus luar kampus.
f. Majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga rapat.
g. Menghadiri temuduga pelantikan JPA / SPP / JPN.
h. Perkahwinan pegawai tersebut atau anak-anak mereka.
i. Menghantar ahli keluarga rapat menunaikan fardhu Haji.
j. Mendaftar anak ke institut pengajian Tinggi / Sekolah Berasrama Penuh.
2.2 Cuti Rehat Khas yang boleh diberikan kepada guru terlatih / guru sandaran
terlatih / guru kontrak adalah sebanyak 10 hari dalam setahun. Guru Besar
adalah diberi kuasa untuk meluluskan cuti rehat khas. Pemberian cuti ini
hendaklah dikawal dan tidak diberi dengan sewenang-wenangnya.
2.3 3 salinan Borang Permohonan Cuti Rehat Khas hendaklah dikemukakan
kepada Guru Besar 3 hari sebelum tarikh cuti untuk melicinkan urusan
pentadbiran. Guru yang memohon cuti rehat hendaklah menyediakan
tugasan bertulis sepanjang cuti yang dipohonnya.
2.4 Guru tidak dibenarkan mengambil cuti rehat khas sebelum dan selepas
cuti penggal sekolah.
3. Cuti Tanpa Rekod
3.1 Cuti Tanpa Rekod untuk Pengajian Jarak Jauh (PJJ) hendaklah
mendapatkan kelulusan Pengarah Pelajaran Negeri Johor.
3.2 Surat permohonan cuti tanpa rekod PJJ hendaklah melalui Guru Besar
Sekolah.
4. Cuti Sakit
4.1 Guru mestilah memaklumkan Guru Besar DAN Penolong Kanan
Pentadbiran sebelum jam 7.00 pagi jika sakit.
4.2 Sijil Sakit (MC) hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar sebaik sahaja
kembali bertugas.
4.3 Maksimum cuti sakit dari klinik swasta adalah 2 hari sahaja.
4.4 Sila rujuk Perintah AM Bab C berkaitan Cuti dari semasa ke semasa.
13
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
5. Cuti Tanpa Gaji
5.1 Permohonan Cuti Tanpa Gaji hendaklah dikemukakan melalui Guru Besar
ke Jabatan Pelajaran Johor.
5.2 Cuti Tanpa Gaji akan mempengaruhi perkiraan Pencen kerana pencen
dibayar ikut tempoh (bulan) perkhidmatan.
6. Cuti Penggal Sekolah
7. Perintah Am Bab C (50) (a) dan (b) :
7.1 Guru layak mendapat cuti penggal sekolah dengan syarat bahawa Ketua
Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas
selain daripada mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi
masa yang tidak melebihi ½ daripada jumlah cuti penggal sekolah dalam
satu-satu tahun.
7.2 Semua tempoh percutian penggal sekolah yang bergaji penuh akan
diambilkira sebagai perkhidmatan yang melayakkan di bawah tafsiran
Perintah Am 1 (1A).
8. Hari Rehat Sabtu
8.1 Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2005 – Pelaksanaan Bekerja Lima Hari
Seminggu :
a. Sekolah-sekolah yang menghadapi kesulitan untuk melaksanakan
program pendidikan (akademik dan kokurikulum) dalam masa lima (5)
hari bekerja disebabkan faktor seperti kekangan masa, ruang,
kepakaran dan lain-lain sebab, boleh menggunakan hari Sabtu
dengan syarat TIDAK melebihi dua kali Sabtu dalam sebulan.
8.2 Pihak sekolah boleh menggunakan dua hari Sabtu yang lain untuk tujuan
mesyuarat / Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) / majlis rasmi sekolah
apabila diperlukan.
(E) DASAR PROSEDUR KELUAR KAWASAN SEKOLAH
1. Semua guru / AKP yang keluar kawasan sekolah mesti mendapatkan kelulusan
daripada Guru Besar / Penolong-Penolong Kanan (sekiranya Guru Besar tiada
di sekolah) dengan mengisi borang permohonan kelulusan keluar kawasan
sekolah dan mencatatkannya ke dalam Buku Rekod Keluar Masuk Staf
dengan lengkap. Borang itu akan difailkan di pejabat am sekolah.
2. Guru / AKP yang bertugas di luar sekolah mesti mempunyai surat panggilan
rasmi / Arahan Perjalanan dan kembali ke sekolah sebaik sahaja urusan selesai.
Guru hendaklah merakamkan waktu kembali ke sekolah.
3. Guru / AKP yang keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada
pihak pentadbir, bertanggungjawab terhadap semua risiko yang mungkin
berlaku pada dirinya. Ini mungkin termasuk hilang pampasan insurans /
pencen / lain-lain jika berlaku kemalangan.
4. Peringatan : Waktu sekolah adalah waktu bekerja bagi guru, maka guru mesti
berada dalam kawasan sekolah walaupun tidak menjalankan tugas
pengajaran dan pembelajaran.
14
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
(F) DASAR PAKAIAN RASMI GURU
1. Guru Lelaki – Hendaklah kemas dan professional
1.1 Kemeja lengan panjang atau pendek yang kemas dan tidak bercorak
bunga.
1.2 Pakaian “ Hawaii Style “ adalah tidak dibenarkan.
1.3 Tali leher mesti dipakai sepanjang hari persekolahan kecuali sewaktu
berada dalam makmal, bengkel dan padang.
1.4 Tidak dibenarkan memakai jubah atau “ Baju Melayu Separa “.
1.5 Mesti memakai stoking dan kasut. “ Kasut Separa “ adalah tidak
dibenarkan.
1.6 Pakaian baju korporat setiap hari Ahad atau baju batik
1.7 Pakaian Unit Beruniform mesti dipakai pada hari Rabu dan Perhimpunan
Rasmi Unit Beruniform.
2. Guru Wanita – Hendaklah sopan dan professional
2.1 Pakaian mesti kemas, sopan dan professional.
2.2 Pakaian yang tidak dibenarkan :
a. “Skirt” pendek (mini skirt) di atas paras lutut. (Skirt mesti sampai ke paras
lutut atau lebih panjang).
b. Baju yang jarang-jarang (transparent) atau nipis.
c. Baju “low cut” atau terlalu ketat.
d. Baju yang mempunyai mini lengan atau langsung tidak ada lengan
(sleeveless).
e. Skirt berbelah tinggi sehingga bahagian paha didedahkan.
2.3 Mesti memakai kasut bertumit. Selipar Jepun adalah tidak dibenarkan.
2.4 Pakaian baju korporat atau batik pada setiap hari Ahad
2.5 Pakaian Unit Beruniform mesti dipakai pada hari Rabu dan Perhimpunan
Rasmi Unit Beruniform.
(G) DASAR PENGURUSAN GURU GANTI KELAS
1. Guru ganti kelas ialah guru yang menggantikan guru mata pelajaran yang
tidak dapat menghadiri kelas (P&P) atas sebab-sebab berikut :
1.1 Terlibat dengan aktiviti / tugas rasmi di luar sekolah yang dianjurkan oleh
Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah atau mana-mana agensi
kerajaan / pertubuhan luar yang disahkan sebagai aktiviti rasmi oleh Guru
Besar.
1.2 Terlibat dengan aktiviti / tugas rasmi di dalam sekolah yang mana sekolah
menjadi penganjur seperti MSSD dan sebagainya.
1.3 Bercuti sakit (MC).
1.4 Mengambil Cuti Rehat Khas atau pulang awal kerana tidak sihat perlu
melaksanakan proses “jual-beli jadual waktu” / memberi tugasan kepada
murid-muridnya.
1.5 Tugas mengajar guru yang cuti bersalin akan diagihkan kepada guru-guru
yang sama opsyen atau mempunyai pengalaman mengajar mata
15
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
pelajaran yang berkaitan sekiranya Pejabat Pelajaran Daerah tidak
menyediakan guru ganti Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK).
1.6 Jadual guru ganti kelas diuruskan oleh Penolong Kanan Pentadbiran. Ahli
Jawatankuasa Jadual Waktu juga boleh diminta menyediakan jadual guru
ganti kelas sekiranya diarahkan oleh Guru Besar / Penolong Kanan
Pentadbiran.
(H) DIALOG PRESTASI
1.1 Dialog Prestasi diadakan pada minggu PERTAMA setiap bulan mulai
bulan Februari.
1.2 Setiap kakitangan mesti sentiasa bersedia dengan data yang
diperlukan (DATA DRIVEN) semasa sesi dialog dijalankan mengikut
bidang masing-masing.
1.3 Mesyuarat Pengurusan (G4) diadakan pada minggu ke-2 dan ke-4
setiap bulan.
16
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
DASAR PENGURUSAN KURIKULUM
1. MATLAMAT
1.1 Pengurusan kurikulum merupakan ‘core business’ sekolah dan usaha
sentiasa dilakukan untuk memberi proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkualiti kepada pelajar.berdasarkan PPPM 2015-2025
1.2 Oleh itu Jawatankuasa Kurikulum adalah :
a. Berkewajipan membantu Guru Besar dalam pentadbiran sekolah yang
berkaitan dengan kurikulum.
b. Berkewajipan membantu dan menyelaras unit-unit di bawah
pengurusan kurikulum supaya pelaksanaan setiap bahagian adalah
teratur, lancar dan berkesan.
c. Berkewajipan merancang program-program untuk meningkatkan
prestasi kurikulum sekolah.
2. ASAS PENGURUSAN KURIKULUM
2.1 Sistem pengurusan kurikulum adalah berdasarkan kepada arahan Sektor
Pengurusan Akademik, Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan
Pelajaran Johor dan juga kepada arahan Unit Pengurusan Sekolah Rendah
Pejabatan Pelajaran Daerah Pontian serta arahan Guru Besar dari semasa
ke semasa.
2.2 Penolong Kanan Pentadbiran bertanggungjawab untuk menyelaras setiap
bahagian di bawah pengurusannya agar setiap perancangan dan
program yang dirancang dapat dijalankan dengan berkesan dan
sempurna.
2.3 Perjumpaan dan perbincangan dengan setiap Ketua Panatia diadakan
dari masa ke semasa untuk memastikan masalah yang dihadapi dapat di
atasi dengan segera.
2.4 Memantau proses P&P dan mempastikan pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar dan berkesan.
2.5 Memberi perhatian dan mengambil tindakan segera terhadap sebarang
aduan oleh pelajar atau ibubapa berkaitan pengajaran pembelajaran.
3. DASAR PENGURUSAN KURIKULUM
3.1 DASAR 1 : JAWATANKUASA-JAWATANKUASA SEKOLAH
a. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah berfungsi dengan :
(i) Menetapkan dasar pelaksanaan kurikulum.
(ii) Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
(iii) Menyediakan minit mesyuarat mengikut prosedur yang
ditetapkan.
(iv) Menyediakan belanjawan tahunan bidang kurikulum pada
awal tahun.
(v) Membuat ketetapan dari semasa ke semasa bagi
menyelesaikan masalah-masalah kurikulum.
(vi) Merancang program, projek dan aktiviti kurikulum selaras
dengan perancangan strategik sekolah.
(vii) Menyelaras pelaksanaan program,projek dan aktiviti kurikulum.
(viii) Memantau dan menilai keberkesanan program, projek dan
aktiviti kurikulum hasil daripada penilaian impak.
17
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
b. Panitia Mata Pelajaran Panitia Sekolah berfungsi dengan :
(i) Mengadakan mesyuarat berpandukan surat pekeliling
sekurangkurangnya 4 kali setahun.
(ii) Menyediakan minit mesyuarat mengikut prosedur yang
ditetapkan.
(iii) Memperoleh Dokumen Standard Prestasi (DSP) & Dokumen
Standard Kurikulum & Pentaksiran (DSKP) dan bahan kurikulum
yang terkini.
(iv) Menyelaraskan penyediaan rancangan pengajaran tahunan
dan harian bagi setiap mata pelajaran.
(v) Menyelaras tugasan dan latihan murid dari segi bilangan, jenis
buku,kekerapan dan penilaian berdasarkan tahap murid.
(vi) Menyelaraskan pemeriksaan tugasan atau latihan sepanjang
tahun.
(vii) Menyediakan belanjawan tahunan panitia pada awal tahun.
(viii) Menguruskan program perkembangan staf.
- Peer Coaching 3 kali setahun
- Lesson Study 2 kali setahun
- Teacher Sharing Session 1 kali sebulan
(ix) Setiap guru MESTI menulis soalan KBAT dalam RPH.
(x) Setiap program panitia MESTI dikaitkan dengan 6 Aspirasi Murid.
(xi) Setiap guru MESTI pamer hasil kerja murid sebulan sekali.
(xii) Menyelaras dan mengawal pembinaan soalan / ujian
peperiksaan dan pemarkahan.
(xiii) Melaksanakan program, projek, dan aktiviti tahunan panitia
selaras dengan perancangan strategik kurikulum sekolah.
(xiv) Memantau pelaksanaan program, projek dan aktiviti tahunan
panitia.
(xv) Menganalisis kemajuan pencapaian murid (keputusan ujian
atau peperiksaan) dalam mata pelajaran berkaitan.
(xvi) Melaksanakan penambahbaikan terhadap program, projek
dan aktiviti kurikulum sekolah hasil daripada penilaian impak.
(xvii) Memilih dan mencadangkan buku teks, buku rujukan dan
bahan yang lain untuk kegunaan murid, guru dan Pusat Sumber
Sekolah.
c. Jawatankuasa Jadual Waktu Guru menyediakan jadual waktu
mengajar dengan :
(i) Menyediakan jadual waktu induk, jadual waktu kelas dan jadual
waktu persendirian guru, jadual waktu penggunaan bilik-bilik
khas dan jadual waktu guru ganti.
(ii) Mempamerkan jadual waktu induk, jadual waktu kelas dan
jadual waktu penggunaan bilik-bilik khas dan jadual waktu guru
ganti ditempat yang mudah dilihat atau dirujuk. Mengikut
peruntukan waktu yang ditetapkan.
(iii) Berdasarkan bilangan guru dan mata pelajaran yang
ditawarkan.
(iv) Mengikut keperluan dan kesesuaian seperti mengikut set
sebaran waktu, penempatan waktu dan kemudahan bilik.
(v) Menetapkan jadual waktu guru mengikut opsyen.
18
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
(vi) Menetapkan guru aliran dan pembantu.
(vii) Menetapkan bilik darjah kelas lanjutan.
(viii) Mengagihkan jadual waktu kepada guru.
(ix) Membuat perubahan jadual waktu dari semasa ke semasa.
d. Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah (PSS) berfungsi dengan :
(i) Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Induk PSS dan
Jawatankuasa Kerja PSS dari semasa ke semasa.
(ii) Menyediakan minit mesyuarat mengikut prosedur yang
ditetapkan.
(iii) Menyediakan maklumat dan dokumen pengurusan PSS.
(iv) Menyediakan anggaran belanjawan tahunan PSS pada awal
tahun.
(v) Merancang program, projek, aktiviti dan penggunaan PSS.
(vi) Menilai impak program, projek, aktiviti dan penggunaan PSS
terhadap pembelajaran murid.
(vii) Melaksanakan penambahbaikan program, projek, aktiviti dan
penggunaan PSS.
e. Jawatankuasa Program NILAM / Program Galakan Membaca
(i) Pihak pengurusan sekolah merancang program galakan
membaca dengan :
- Mengambil kira koleksi bahan bacaan yang sedia ada.
- Merancang penambahan koleksi bahan bacaan.
- Mengambil kira tahap kebolehan murid.
- Menentukan jadual pelaksanaan program.
(ii) Pihak pengurusan sekolah melaksanakan program galakan
membaca dengan :
- Mengikut jadual pelaksanaan yang disediakan.
- Merekod pelaksanaan program dengan kemas kini.
(iii) Pihak pengurusan sekolah melaksanakan pemantauan dan
penilaian :
- Secara berjadual.
- Dengan menjalankan penilaian impak.
- Dengan mengambil tindakan susulan untuk
penambahbaikan.
f. Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan
(i) Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan mengurus Penilaian
Berasaskan Bilik darjah ( PBD ) dengan :
- Menetapkan AJK Induk dan AJK pemantauan dalaman PBD.
- Mengadakan mesyuarat PBD
- Menyediakan surat lantikan pentaksir.
- Melaksanakan PBD.
- Memantau pelaksanaan PBS dari semasa ke semasa.
- Memasukkan markah PBS pelajar ke dalam sistem
pemarkahan.
(ii) Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan mengurus hal-hal
berkaitan Peperiksaan Sekolah dengan :
19
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
- Mengurus koleksi kertas-kertas ujian / peperiksaan dalaman
dan luaran.
- Memaklumkan analisis keputusan peperiksaan awam
kepada ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
- Menetapkan tarikh ujian / peperiksaan penggal dan ujian
percubaan.
- Melaksanakan semua ujian dan peperiksaan dengan
menyediakan jadual waktu ujian / peperiksaan dan jadual
pengawasan guru.
- Menyusun bilangan murid untuk bilik peperiksaan.
(iii) Mengurus hal-hal peperiksaan awam dengan :
- Membuat pendaftaran pelajar untuk menduduki
peperiksaan UPSR.
- Menyediakan bilik peperiksaan awam UPSR.
- Membuat jadual guru bertugas untuk hari-hari peperiksaan
awam UPSR.
- Menjalankan peperiksaan awam UPSR mengikut takwim
Lembaga Peperiksaan Malaysia.
g. Jawatankuasa Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah
melaksanakan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dengan :
(i) Menyediakan jadual dan instrument penyeliaan.
(ii) Mencerap setiap guru sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
(iii) Berpandukan surat pekeliling.
(iv) Merekodkan penyeliaan.
(v) Menggunakan maklum balas penyeliaan sebagai asas
peningkatan keberkesanan P&P.
h. Jawatankuasa Penilaian Pencapaian Akademik Sekolah (post-mortem
/ headcount) menilai pencapaian murid dalam bidang akademik
dengan :
(i) Membina soalan ujian /peperiksaan menggunakan jadual
Pemantauan / Spesifikasi Ujian (JPU / JSU).
(ii) Membina instrument penilaian dengan kaedah pemerhatian,
lisan dan penulisan.
(iii) Merekodkan pencapaian murid dalam bentuk markah, ujian,
peperiksaan dan mengulas tahap penguasaan hasil
pembelajaran (merangkumi domain kognitif, afektif dan
psikomotor).
(iv) Menganalisis pencapaian murid untuk mengenal pasti konsep
yang telah / belum difahami. Menganalisis pencapaian murid
menjawab pelbagai jenis soalan (soalan aneka pilihan,
berstruktur dan esei).
(v) Melapor hasil pencapaian murid kepada pihak yang berkenaan
(murid sendiri, ketua panitia, jawatankuasa kurikulum, ibu bapa
murid dan pihak lain yang memerlukan).
(vi) Merancang dan mengambil tindakan susulan di peringkat
kelas,panitia dan jawatankuasa kurikulum.
20
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
3.2 DASAR 2 : PENYEDIAAN BUKU REKOD MENGAJAR
a. Semua guru diwajibkan menyediakan buku rekod mengajar secara teliti
dan terkini meliputi perkara berikut :
(i) Butiran Peribadi.
(ii) Rancangan Pengajaran Tahunan (berdasarkan takwim sekolah
dan sukatan pelajaran).
(iii) Rancangan Pengajaran Harian.
(iv) Senarai Buku Rujukan.
(v) Senarai Nama Pelajar.
(vi) Maklumat Aktiviti Penilaian.
(vii) Rekod Penyemakan Latihan Murid.
b. Rancangan Pengajaran Tahunan perlu disediakan mengikut kriteria
berikut :
(i) Berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran
terkini merangkumi sepanjang tahun persekolahan semasa.
(ii) Disediakan mengikut format (Minggu / Tajuk / Objektif /
Kemahiran / Catatan).
(iii) Disediakan mengikut takwim sekolah.
(iv) Disempurnakan sebelum minggu kedua bulan Januari.
(v) Diserahkan kepada Guru Besar untuk pengesahan.
c. Rancangan Harian perlu ditulis setiap hari pembelajaran mengikut
kriteria :
(i) Nyatakan kelas, masa dan mata pelajaran.
(ii) Nyatakan tajuk, objektif pembelajaran, kemahiran dan aktiviti
pada hari berkenaan.
(iii) Tuliskan refleksi pada setiap sesi pemgajaran dan pembelajaran.
(iv) Mengambil kira tahap kebolehan dan keupayaan murid.
d. Memo Guru Pengganti :
(i) Guru perlu melekatkan memo guru pengganti ke dalam buku
rekod mengajar sekiranya menggantikan kelas guru lain.
e. Markah Penilaian :
(i) Semua markah penilaian seperti ujian, peperiksaan, ujian lisan,
amali PEKA, kerja kursus harus dicatat dalam senarai nama
sebaik sahaja kertas disemak atau ujian dan amali dijalankan.
f. Rekod Penyemakan Latihan Murid :
(i) Setiap hari guru perlu menyemak latihan murid dan harus
dicatat.
g. RPH boleh juga dalam bentuk bercetak computer.
3.3 DASAR 3 : PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
a. Guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan kriteria set induksi seperti berikut :
21
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
(i) Menggunakan set induksi yang menarik perhatian dan
meransang minat murid.
(ii) Melaksanakan set induksi yang menjurus ke arah kesediaan
minda murid.
b. Guru menyampaikan pengajaran dengan :
(i) Mengalakan pendekatan berasaskan prinsip pengajaran asas
(daripada mudah kepada kompleks, daripada konkrit kepada
abstrak).
(ii) Menghubungkaitkan pengajaran dengan kehidupan harian
murid.
(iii) Menggunakan bahasa (laras dan istilah) yang mudah dan tepat.
(iv) Menjalankan aktiviti yang memperlihatkan pemeringkatan dan
perkembangan pengajaran.
(v) Menggunakan masa dengan optimum.
(vi) Menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
relevan dan sesuai.
(vii) Menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
(viii) Menggunakan pendekatan dan kaedah berpusatkan murid.
(ix) Melaksanakan aktiviti mengikut tahap kebolehan murid.
(x) Melaksanakan aktiviti yang mengambil kira pelbagai
kecerdasan (verbal-linguistik, muzik, logic-matematik,
interpersonal, intrapersonal, visual-ruang, kinestik, naturalis).
(xi) Melaksanakan aktiviti yang melibatkan pelbagai deria.
(xii) Menggalakkan murid memperoleh pengetahuan dan
kemahiran secara berdikari tanpa bergantung kepada arahan
guru.
(xiii) Menerapkan kemahiran berfikir.
(xiv) Melaksanakan pendekatan integrasi merentas kurikulum
(bahasa, alam sekitar, sains dan teknologi, nilai murni,
patriotisme, perpaduan, jati diri, kesihatan, kekeluargaan).
(xv) Fleksibel mengikut situasi.
(xvi) Penilaian berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran
(lisan / penulisan / pemerhatian).
c. Guru menyoal murid dengan :
(i) Mengemukakan soalan mengikut pelbagai aras kognitif
(contohnya berdasarkan Taksonomi Bloom).
(ii) Menyusun aras soalan dari mudah ke sukar.
(iii) Mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah.
(iv) Mengemukakan soalan yang jelas maksudnya dan boleh
difahami.
(v) Menyebarkan soalan ke seluruh kelas.
(vi) Memberi masa untuk murid berfikir.
(vii) Mencungkil jawapan dari murid.
(viii) Mengalih arah soalan kepada murid-murid lain.
(ix) Memberi respons yang sesuai terhadap jawapan murid.
22
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
d. Murid Mengikut Pengajaran dan Pembelajaran dengan :
(i) Membawa peralatan atau bahan yang diperlukan.
(ii) Membuat persediaan awal.
(iii) Membuat catatan daripada pengajaran guru.
(iv) Mengemukakan soalan atau pendapat secara spontan.
(v) Membuat rujukan spontan.
(vi) Menjalankan aktiviti yang dirancang oleh guru.
(vii) Berinteraksi secara aktif dengan guru, murid lain, dan bahan.
(viii) Memberi respons yang sesuai terhadap soalan dan latihan.
(ix) Menunjukkan kemahiran melaksanakan gerak kerja kumpulan
(jika berkenaan).
e. Guru Memberi Peneguhan Terhadap Pembelajaran murid dengan :
(i) Memberi pujian secara lisan atau isyarat bukan lisan kepada
perlakuan yang baik.
(ii) Mempelbagaikan perkataan, ungkapan atau isyarat bukan lisan
kepada perlakuan yang baik.
(iii) Mempelbagaikan perkataan, ungkapan atau isyarat
peneguhan bersesuaian dengan murid.
(iv) Memberi teguran yang bersesuaian terhadap perlakuan negatif
murid.
f. Guru Mengakhiri Pengajaran dengan :
(i) Membuat penutupan kognitif (rumusan dijalankan sama ada
oleh guru / murid atau membuat penilaian secara lisan / tulisan).
(ii) Membuat penutupan sosial (kenyataan yang mententeramkan
emosi murid dan persediaan untuk pelajaran akan datang).
g. Guru Menyumbang Kepada Suasana Pembelajaran yang Kondusif
dengan :
(i) Memastikan wujud suasana yang kondusif untuk pengajaran
dan pembelajaran (contohnya bilik darjah selamat, bersih, ceria,
kemas dan susunan perabot sesuai dengan aktiviti).
h. Guru Menyumbang Kepada Suasana Pembelajaran yang kondusif
dengan :
(i) Berpakaian sesuai, kemas, bersih mematuhi peraturan arahan
dan surat pekeliling.
(ii) Bersifat mesra, mudah didekati dan sedia membantu.
(iii) Mengenali semua murid dan perihatin terhadap keperluan
mereka.
(iv) Berinteraksi secara sopan.
(v) Menggunakan nada suara yang sesuai.
(vi) Mewujudkan suasana riang yang meransang pembelajaran.
(vii) Menetapi masa.
3.4 DASAR 4 : LATIHAN MURID
a. Semua murid dikehendaki menggunakan buku latihan yang seragam,
yang boleh diperolehi dari :
23
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
(i) Koperasi di sekolah.
(ii) Ditulis nama, kelas dan mata pelajaran.
(iii) Tidak diconteng atau ditampal dengan pelbagai stiker.
(iv) Dibalut rapi dengan plastik jernih.
b. Setiap murid perlu mempunyai 2 atau 3 buah buku latihan pada sesuatu
masa bagi setiap mata pelajaran.Guru-guru boleh memilih untuk
menggunakan lembaran kerja untuk mengganti buku latihan jika
difikirkan sesuai. Semua latihan yang dibuat menggunakan lembaran
kerja perlu di masukkan dalam satu fail mata pelajaran itu.
c. Murid perlu menuliskan perkara berikut setiap kali membuat latihan
bertulis :
(i) Hari.
(ii) Tarikh.
(iii) Arahan latihan.
d. Pemberian latihan kepada murid perlulah mengikut kriteria seperti
berikut :
(i) Setiap kali sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku.
(ii) Bilangan yang munasabah dengan kemampuan pelajar.
(iii) Kepelbagaian bentuk dan format latihan.
(iv) Berkaitan dengan kemahiran dan tajuk pada hari berkenaan.
(v) Latihan kerja rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi
setiap mata pelajaran.
(vi) Latihan dalam lembaran kerja perlu ditampal ke dalam buku
latihan pelajar.
e. Pemberian latihan kepada murid untuk bidang bahasa (Bahasa Melayu
& Bahasa Inggeris) adalah berdasarkan aspek seperti berikut :
(i) Sekurang-kurangnya satu latihan tatabahasa (grammar)
seminggu.
(ii) Sekurang-kurangnya satu latihan kefahaman (comprehension)
seminggu.
(iii) Sekurang-kurangnya satu latihan karangan (composition)
seminggu.
f. Murid perlu melaksanakan latihan atau tugasan dengan :
(i) Lengkap.
(ii) Kemas dan bersih.
(iii) Menepati masa.
(iv) Menepati format dan prosedur latihan dan tugasan.
(v) Membuat latihan dengan betul.
(vi) Membuat pembetulan untuk jawapan yang salah.
g. Pemeriksaan Latihan Murid perlu dilaksanakan oleh setiap guru
mengikut garis panduan berikut :
(i) Setiap kali latihan diberikan dengan kadar segera.
(ii) Penandaan / semakan oleh guru selewat-lewatnya 3 hari
selepas latihan diberi.
(iii) Diperiksa dengan teliti.
24
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
(iv) Dibetulkan oleh guru bagi setiap jawapan yang salah.
(v) Diberikan komen yang membina kepada hasil kerja yang baik.
(vi) Dipastikan murid membuat pembetulan sebelum latihan baru
diberikan.
(vii) Dicatatkan tarikh pemeriksaan.
(viii) Buku latihan murid perlu dihantar ke pejabat pada setiap 3 bulan
(rujuk jadual semakan latihan murid) untuk pengesahan Guru
Besar atau Guru Penolong Kanan berkenaan.
3.5 DASAR 5 : PENILAIAN
a. Penilaian secara formatif dan sumatif dilaksanakan seperti berikut
dengan menggunakan sistem analisis peperiksaan sekolah ( SAPS ):
Ujian Bulan Mac
Peperiksaan Pertengahan Tahun Bulan Mei – Jun
Peperiksaan Percubaan UPSR Bulan Julai
Peperiksaan UPSR Bulan September
Peperiksaan Akhir Tahun Bulan Oktober – November
b. Penilaian kerja kursus amali PEKA dan PAFA akan dilaksanakan secara
berterusan dari bulan Januari - Oktober seperti yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia.
c. Pentaksiran Berasaskan sekolah ( PBS ) tahun 1 hingga tahun 6
dijalankan secara berterusan dari bulan Januari - Oktober seperti yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan dipantau setiap
bulan oleh Pengurusan Kurikulum sekolah menggunakan sistem
pentaksiran berasaskan sekolah ( SPPBS ).
3.6 DASAR 6 : PENGANUGERAHAN DAN PENGHARGAAN
a. Akademik
(i) Untuk kategori kecemerlangan akademik diberikan kepada 3
pelajar yang terbaik setiap kelas berdasarkan pencapaian mata
pelajaran bagi tahun 1-6,
(ii) Untuk kategori peningkatan pencapaian akademik diberikan
kepada pelajar yang mencapai peningkatan daripada
peperiksaan pertengahan tahun kepada peperiksaan akhir
tahun secara keseluruhan bagi setiap kelas.
(iii) Pencapaian mata pelajaran terbaik diberikan kepada pelajar
yang memperoleh markah tertinggi bagi mata pelajaran
tersebut dengan syarat mendapat A dan Band terbaik bagi
setiap kelas.
b. Peperiksaan Awam (UPSR)
(i) Anugerah khas diberikan kepada setiap pelajar yang
memperolehi keputusan Cemerlang dalam peperiksaan awam
UPSR yang memperolehi keputusan “6A”.
(ii) Pelajar terbaik Ibn Sina ( Keseluruhan terbaik ) hanya diberikan
kepada pelajar yang menguasai ketiga-tiga bidang iaitu bidang
Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah.
25
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
c. Sijil Penghargaan akan diberikan kepada individu-individu berikut :
(i) Semua Penerima Anugerah.
(ii) Pengawas Sekolah yang akan meninggalkan alam
persekolahan rendah.
(iii) Pengawas Pusat Sumber yang akan meninggalkan alam
persekolahan rendah.
(iv) Ketua Kelas dan penolong ketua kelas yang akan meninggalkan
alam persekolahan rendah.
(v) Kehadiran 100%
d. Sijil penyertaan diberikan kepada pelajar yang mengambil bahagian
dan semua aktiviti anjuran peringkat sekolah.
3.7 DASAR 7 : PENGURUSAN TENAGA PENGAJAR
a. Memilih guru-guru yang benar-benar sesuai bagi mengajar sesuatu
kelas atau mata pelajaran.
b. Menggalakan guru menggunakan pelbagai kaedah atau pendekatan
dalam proses P&P mereka.
c. Memberikan peluang kepada guru-guru mendalami atau mempelajari
pelbagai ilmu berkaitan pendidikan melalui kursus-kursus, bengkel-
bengkel atau pemyertaan seminar-seminar.
d. Mengadakan kursus dalaman setiap kali balik atau selesai menghadiri
sebarang kursus.
e. Meminimakan bilangan mata pelajaran yang mereka ajar.
f. Mengagihkan tugas mengajar secara seimbang dan adil kepada
semua guru.
g. Memberi dorongan dan motivasi kepada guru-guru melalui ceramah.
h. Kursus orientasi diberikan kepada guru-guru baru yang ditempatkan di
sekolah ini.
3.8 DASAR 8 : PENGURUSAN PELAJAR
a. Memastikan bilangan pelajar tidak melebihi 42 orang pelajar dalam
satu kelas.
b. Pelajar dalam setiap kelas bagi aliran yang sama (jika lebih dari 2 kelas)
adalah setaraf dari segi tahap pencapaian akademik.
c. Agihan pelajar peringkat adalah berdasarkan pencapaian
peperiksaan penggal mereka bagi semua mata pelajaran.
3.9 DASAR 9 : DASAR PEPERIKSAAN (Tahun 1 hingga 6 dinilai mengikut PBD-
KSSR)
a. Guru dikehendaki menyediakan ujian-ujian topikal dan dilaksanakan
mengikut waktu pengajaran guru masing-masing dan direkod.
b. Markah ujian setara mesti direkod menggunakan system analisis
peperiksaan sekolah ( SAPS ) oleh Guru Mata Pelajaran bagi kelas
masing-masing.
c. Setiausaha Peperiksaan Dalaman (dibantu oleh guru kelas berkenaan)
akan membuat ringkasan dan mencetak analisis keputusan. (Sila rujuk
tarikh dalam jadual Takwim Peperiksaan Dalaman terkini.)
26
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
d. Semua markah ujian-ujian topikal guru harus direkod dan markah-
markah ini akan digunakan untuk penentuan markah terakhir
peperiksaan pertengahan dan akhir tahun.
e. Guru kelas akan bertanggungjawab menyelaras semua markah dalam
kelas masing-masing, mencetak marksheet yang seragam, mencetak
analisis peperiksaan dan juga mencetak penyata keputusan murid
untuk diedarkan kepada mereka. Guru kelas TIDAK PERLU menyediakan
kad laporan murid (kerana penyata keputusan yang dicetak akan
dimasukkan ke dalam folder profail berkenaan, jika masih digunakan).
f. Murid akan diberi kedudukan GAGAL jika gagal dalam satu atau lebih
mata pelajaran teras sahaja (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains) dan juga pencapaian tidak mencakupi 50%.
Kegagalan mata pelajaran lain daripada itu tidak akan menyebabkan
murid tersebut gagal. Peratus pencapaian mengikut peratus yang
menentukan kedudukan murid dalam kelas.
g. Guru dikehendaki menghantar kertas-kertas soalan peperiksaan ke bilik
peperiksaan berdasarkan tarikh-tarikh dalam takwim.
h. Kertas kajang dan OMR akan dibekalkan oleh pihak sekolah semasa
peperiksaan / ujian. Kertas lukisan juga akan disediakan oleh pihak
sekolah.
i. Murid tidak dibenarkan pulang awal jika telah tamat peperiksaan.
Murid akan balik seperti biasa mengikut jadual harian. Setiausaha
peperiksaan akan memastikan peruntukan waktu bagi setiap kertas
ujian / peperiksaan diuruskan dengan optimum selaras dengan jadual
waktu harian. Bagi memastikan perjalanan peperiksaan dalaman
berjalan dengan lancar, guru mata pelajaran akan bertugas
mengawas ujian / peperiksaan seperti mana ketetapan jadual waktu
P&P.
j. SEMASA PEPERIKSAAN :
(i) Alat-alat tulis yang digunakan boleh berada di atas meja
peperiksaan.
(ii) Murid tidak dibenarkan meminjam atau berkongsi sebarang
alatan semasa peperiksaan dijalankan.
(iii) Bagi kertas peperiksaan Pendidikan Seni, murid tidak dibenarkan
sama sekali meminjam warna mahupun kertas lukisan semasa
peperiksaan dijalankan. Murid yang mengambil Pendidikan Seni
patut bersedia dengan semua alat lukis termasuk (kecuali kertas
lukisan yang akan dibekalkan oleh pihak sekolah) sebelum
peperiksaan bermula.
(iv) Pastikan kertas jawapan peperiksaan disisip kemas sebelum
dihantar untuk memudahkan pemeriksaan guru serta
mengelakkan keciciran.
k. DISIPLIN PELAJAR :
(i) Murid wajib hadir ke sekolah untuk menduduki ujian /
peperiksaan (kecuali kes lain seperti masalah kesihatan yang
tidak mengizinkan, atau masalah lain yang tidak dapat
dielakkan / yang boleh memudaratkan).
(ii) Ketua kebersihan perlu memastikan rakan bertugas
membersihkan kelas sebelum peperiksaan bermula.
27
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
(iii) Murid perlu berpakaian kemas dan lengkap semasa menduduki
peperiksaan.
(iv) Murid tidak dibenarkan bergerak, menoleh ke kiri atau kanan,
berkomunikasi dengan rakan dalam atau luar kelas, memberi
isyarat semasa peperiksaan dijalankan.
(v) Murid yang disyaki meniru atau memberi peluang kepada
rakannya untuk meniru, didapati bersalah akan diberi ‘0 markah‘
untuk kertas tersebut serta tindakan disiplin akan dikenakan ke
atasnya.
(vi) Murid tidak dibenarkan keluar dari kelas awal daripada masa
yang diperuntukkan untuk sebarang kertas peperiksaan,
walaupun kesemua murid dalam kelas tersebut telah selesai
menjawab soalan.
(vii) Bagi kelas yang telah tamat peperiksaan awal, iaitu tiada
peperiksaan lagi selepas kertas terakhir, murid tidak dibenarkan
pulang. Murid dikehendaki berada di kelas, mengulangkaji untuk
peperiksaan yang akan datang sambil diawasi oleh guru mata
pelajaran bagi satu-satu waktu tersebut seperti ditetapkan
dalam jadual. Masa pulang adalah seperti biasa mengikut
jadual waktu harian berkenaan.
(viii) Murid dilarang daripada pergi ke tandas semasa peperiksaan
dijalankan. Murid hanya dibenarkan pergi ke tandas jika perlu
sahaja untuk “membuang air”. Murid dibenarkan ke tandas
secara berseorang sahaja.
(ix) Murid yang tidak hadir pada hari peperiksaan atas sebab yang
munasabah memohon untuk menduduki semula kertas
peperiksaan tersebut pada hari yang lain adalah dibenarkan.
Namun murid yang tidak hadir tanpa sebab tidak dibenarkan
menduduki peperiksaan.
3.10 DASAR 10 : DASAR PUSAT SUMBER
a. Penggunaan Pusat Sumber
(i) Guru-guru perlu mengisi mengisi Buku Rekod Kemasukan ke Pusat
Sumber / Fail Rekod Masa Perpustakaan / Penggunaan Bilik
semasa menggunakan bilik Pusat sumber (Perpustakaan atau
untuk Audio Visual).
(ii) Guru masa perpustakaan hendaklah mendapatkan sendiri kunci
Pusat Sumber dari Guru Perpustakaan dan Media / Guru
Perpustakaan / Penolong Kanan Pentadbiran jika GPM tiada di
Pusat Sumber.
(iii) Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar sepanjang
masa berada di dalam bilik Pusat Sumber.
(iv) Sebarang tempahan penggunaan bilik (selain dari ketetapan
jadual waktu penggunaan yang telah disediakan) perlu dibuat
sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.
(v) Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan
pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau GPM / PSS.
(vi) Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan
bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.
b. Bahan-Bahan Perpustakaan
28
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
(i) Pelajar-pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang
dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
(ii) Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal
dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan.
(iii) Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di
tempat disediakan.
c. Pakaian
(i) Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam
perpustakaan.
(ii) Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah
adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke
perpustakaan.
(iii) Beg sekolah atau lain-lain jenis beg tidak dibenarkan juga
dibawa masuk.
d. Disiplin
(i) Semua pengguna Pusat Sumber adalah tertakluk kepada
peraturan-peraturan Pusat Sumber yang berkuatkuasa dari
masa ke semasa.
29
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
Pembangunan diri murid perlu seimbang dengan pencapaian akademik. Murid-
murid sebagai pelanggan utama perlu memperolehi sebanyak mungkin pendidikan
yang ditawarkan oleh pihak sekolah. Penonjolan dan penampilan imej murid yang
baik akan dapat meningkatkan moral dan akhlak di kalangan murid. Bagi
memastikan murid-murid sentiasa berada pada tahap yang tinggi, penyeliaan yang
rapi dan tindakan susulan yang berterusan diadakan.
1. DASAR
1.1 Pengurusan Hal Ehwal Murid menekankan kepada pembangunan diri
murid yang mempunyai ciri-ciri kemanusiaan yang tinggi. Penerapan nilai-
nilai murni akan dilakukan secara berterusan dan tekal sama ada secara
formal ataupun melalui program-program yang dirancang.
2. MATLAMAT
2.1 Memastikan segala keperluan dan kemudahan yang paling minima ada
pada diri murid.
2.2 Meningkatkan tahap disiplin diri yang optimum di kalangan murid.
2.3 Melahirkan murid yang menjiwai dan menghayati nilai-nilai murni dan
bertata susila.
2.4 Menetapkan kehadiran murid pada setiap hari tidak kurang daripada 95
peratus.
2.5 Membentuk kepimpinan murid yang cemerlang melalui ‘My School Leader
Council’ (MSLC)
3. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
3.1 DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR
a. Semua guru dan kakitangan di sekolah ini adalah merupakan ibu bapa
kedua kepada semua murid.
b. Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan murid dalam semua
bentuk dan aspek tindakan dan keputusan yang dibuat.
c. Semua guru perlu melayan semua murid dengan adil, saksama,
bertimbang rasa dan kasih sayang.
4. DASAR 2 : KEMASUKAN MURID
4.1 Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum, tanpa
sekatan.
4.2 Setiap murid disekolah ini akan didaftarkan ke dalam fail pendaftaran.
4.3 Setiap murid akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi
akademik.
4.4 Setiap murid diwajibkan memiliki sebuah buku “Peraturan Sekolah” pada
setiap masa.
4.5 Setiap murid dikehendaki hadir pada hari “Pendaftaran Sekolah”.
30
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
5. DASAR 3 : DISIPLIN MURID
5.1 Murid yang sering atau selalu melanggar “Peraturan Sekolah” akan
dikenakan tindakan disiplin seperti yang terkandung dalam buku Panduan
Peraturan Sekolah.
5.2 Ibu bapa atau penjaga murid akan dipanggil untuk hadir ke sekolah
berjumpa dengan ketua guru disiplin / penolong ketua guru disiplin apabila
satu jumlah yang telah ditetapkan dalam buku Panduan Peraturan Sekolah
atau murid mempunyai masalah disiplin yang serius yang perlu diselesaikan
dengan segera.
5.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat dan Bimbingan” dalam
menangani permasalahan disiplin.
5.4 Bagi murid yang tidak hadir ke sekolah, murid tersebut perlu
mengemukakan sijil sakit (MC) kepada guru kelas sebaik sahaja kembali ke
sekolah. Bagi murid yang tidak mempunyai sijil sakit, maka ibu bapa atau
penjaga diperlukan untuk menulis surat ibu bapa dan berjumpa dengan
Guru Kelas.
5.5 Murid tidak dibenarkan mengambil cuti dalam hari persekolahan.
6. DASAR 4 : KESELAMATAN MURID
6.1 Keselamatan murid akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang
mereka berada di kawasan sekolah dari jam 6.45 pagi hingga tamat sesi
persekolahan.
6.2 Semua murid akan dilindungi dengan Skim Insurans Takaful.
7. DASAR 5 : KESIHATAN MURID
7.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui
program-program yang dirancang seperti :
a. Pemeriksaan Gigi.
b. Pemeriksaan Kesihatan Sekolah.
c. Ceramah dan Kempen.
7.2 Kebenaran diberikan kepada ibu bapa /penjaga untuk membawa murid
yang sakit untuk mendapatkan rawatan di hospital / pulang ke rumah.
7.3 Murid yang sakit semasa berada di sekolah akan diberikan rawatan dan
penjagaan yang sempurna di bilik rawatan. Ibu bapa /penjaga akan
dihubungi.
7.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa
menghubungi ibu bapa / penjaga terlebih dahulu, terhadap kes-kes
kecemasan yang kronik.
7.5 Pemeriksaan kesihatan seperti rambut, kuku dan sebagainya dijalankan
pada setiap awal pagi di pintu pagar sekolah.
7.6 Pihak sekolah akan berusaha membantu murid-murid yang mempunyai
masalah kesihatan.
8. DASAR 6 : KEBAJIKAN MURID
8.1 Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba
dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat
sekolah.
8.2 Pihak sekolah akan sentiasa bermurah hati membuka pintu kepada mana-
mana individu, kumpulan yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan
kepada pelajar di sekolah ini.
31
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
8.3 Pihak sekolah tidak akan menghebahkan kepada mana-mana pihak
dalam apa jua bentuk hebahan terhadap sebarang keburukan setiap
individu murid di sekolah ini.
8.4 Pihak sekolah akan cuba membantu murid-murid yang cemerlang untuk
mendapatkan pendidikan di institusi Sekolah Menengah berkaitan kelak.
8.5 Pihak sekolah menubuhkan Tabung Kebajikan Murid Miskin untuk memberi
bantuan kepada murid yang mempunyai masalah kewangan dalam
pembelajaran mereka.
9. Dasar Pengurusan Kelas oleh Guru Darjah
9.1 Pengurusan dan Organisasi Kelas
a. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas,
Penolong Ketua Kelas, Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan.
b. Memastikan AJK Kebersihan mengagihkan murid untuk membersihkan
papan putih, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi /
meja dan membuang sampah.
c. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan
dan papan maklumat dari masa ke semasa, menyediakan langsir dan
bunga (oleh guru kelas, jika perlu) untuk kelas.
d. Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas :
(i) Jadual waktu.
(ii) Jadual tugasan.
(iii) Pelan duduk murid.
(iv) Perabot kelas seperti meja kerusi murid dan meja guru dan
papan putih dalam keadaan yang baik.
(v) Peralatan kebersihan seperti penyapu, tong sampah, pengaut
sampah dan pemadam papan putih mencukupi.
e. Menentukan kawal elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan
baik dan selamat digunakan.
f. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru
yang berkenaan.
g. Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
h. Memastikan Ketua Kelas / Penolong Ketua Kelas mengunci / rapat pintu
apabila tiada murid dalam kelas (contoh : pergi bengkel, pergi makmal,
pergi perhimpunan dan lain-lain).
i. Memastikan kelas dalam keadaan bersih dan teratur semasa waktu
pulang.
j. Menyediakan profil murid kelas.
k. Mengadakan tabung kelas dengan jumlah terpulang kepada budi
bicara murid.
9.2 Pengurusan Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid
a. Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum
waktu pertama berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan
pelajar di rak pejabat sekolah.
b. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar
kedatangan murid ditulis. (Contoh, maklumat murid, ringkasan
kedatangan setiap bulan, penyata bulan mengikut bangsa, rekod
yuran dan sebagainya).
c. Memastikan data terkini murid di dalam kelas.
32
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
d. Menutup jadual kedatangan murid pada setiap hujung bulan.
e. Memastikan buku kedatangan murid diambil dan dihantar pada waktu
dan di tempat yang ditetapkan serta menjamin keselamatan buku
tersebut.
f. TIDAK BOLEH membawa keluar buku kedatangan murid dari sekolah
pada bila-bila masa.
g. Buku Kedatangan TIDAK BOLEH dipadam menggunakan cecair
pemadam atau ditampal. Sekiranya terdapat sebarang kesalahan, sila
gariskan dan letak tandatangan.
9.3 Data maklumat murid
a. Memastikan borang pendaftaran murid yang dihantar lengkap.
b. Memasukkan borang pendaftaran murid mengikut susunan abjad
dalam fail dan menyimpannya dalam bilik guru.
c. Memasukkan maklumat murid baharu dalam APDM/SMM.
d. Mengemaskini maklumat murid lama dalam APDM/SMM. (Bulan Januari
dan Bulan Ogos)
e. Menyimpan borang BMM murid dalam fail bilik GPK HEM.
f. Menyediakan senarai nama kelas mengikut susunan abjad dan
memastikan nama murid adalah mengikut surat beranak / kad
pengenal huruf abjad serta menyimpan satu salinan ’softcopy’ dalam
komputer bilik GPK HEM.
9.4 Slip keputusan, sijil berhenti, surat akuan dan kad 001R
a. Menyampaikan slip keputusan murid kepada ibu bapa murid pada hari
permuafakatan.
b. Mengambil Kad 001R dari kaunselor dan memastikan guru kelas telah
melengkapkan maklumat dalam kad 001R.
c. Menyediakan draf Sijil Berhenti dan Surat Akuan bagi murid Tahun 6
9.5 Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin
a. Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat murid
terhadap akademik.
b. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan
memberikan hadiah (jika perlu).
c. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid.
d. Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika terdapat
kemerosotan pelajaran di kalangan murid.
e. Melaporkan kepada Guru Bertugas jika terdapat murid yang
menghadapi masalah kesihatan.
f. Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat murid yang melanggar
disiplin sekolah.
g. Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang ditetapkan oleh
pihak sekolah dari semasa ke semasa.
9.6 Buku Teks, biasiswa dan bantuan
a. Memastikan semua murid mendapat pinjaman buku teks yang
lengkap.
b. Memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama murid.
c. Mengemaskini fail SPBT (borang G) dari masa ke semasa.
33
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
d. Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan
menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks pada
akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada Guru SPBT.
e. Mengenalpasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan
yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.
f. Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan
pelajaran di kalangan murid yang mendapat biasiswa.
9.7 Kutipan sekolah dan derma
a. Mengutip kutipan sekolah dalam tempoh tahun persekolahan semasa.
b. Mengeluarkan resit kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.
c. Menyerahkan wang kutipan sekolah bersama dengan borang kutipan
kepada kerani.
d. Menyerahkan buku resit kutipan sekolah kepada Pengetua untuk
ditandatangani dan seterusnya mengedarkan resit kepada murid
berkenaan.
e. Mencatat nombor resit rasmi dan nilainya dalam buku kedatangan
murid.
9.8 Pendaftaran Murid Baru
a. Menerima kemasukan murid baru dari PK HEM.
b. Mendaftar murid baru ke dalam buku kedatangan murid dan
mendapatkan nombor pendaftaran murid baru dari PK HEM.
c. Memastikan murid baru membawa bersama kerja kursus untuk PEKA /
PAFA (UPSR) dan serahkan kepada guru mata pelajaran berkenaan.
d. Menyemak jika murid menerima sebarang bentuk biasiswa dan
melaporkan kepada Guru Biasiswa.
e. Menerima Kad 001R dari sekolah yang terdahulu.
f. Menentukan rumah sukan dengan merujuk kepada Penolong Kanan
Koko.
g. Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.
9.9 Murid Bertukar / Berhenti
a. Menentukan Kad 001 diberi kepada murid.
b. Menentukan kerja kursus untuk peperiksaan telah disempurnakan bagi
murid Tahun 6.
c. Memastikan murid tidak mempunyai sebarang hutang dengan pihak
sekolah.
d. Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.
e. Menentukan buku teks telah dipulangkan.
f. Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada Pejabat.
10. Guru Bertugas Mingguan
10.1.1 Guru bertugas mingguan perlu menjalankan tugas yang
diamanahkan kepada mereka.
a. Guru bertugas perlu berada di sekolah pada 7.00 pagi iaitu
sebelum kelas bermula dan mengawasi murid dan persekitaran
sekolah.
34
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
b. Guru bertugas perlu menunggu dan menyambut kedatangan
murid di pintu pagar sekolah.
c. Pada waktu rehat, guru bertugas mengawasi pergerakan murid
di kantin sekolah.
d. Pada waktu terakhir, guru bertugas dan guru-guru waktu akhir
memastikan pergerakan murid pulang dalam keadaan yang
teratur.
10.1.2 Memeriksa tahap kebersihan kelas pada setiap hari untuk
menentukan kelas yang terbersih dan terkotor.
10.1.3 Mengawasi kebersihan kelas, tandas, kantin dan kawasan sekolah.
10.1.4 Mengawasi pergerakan murid pada masa rehat dengan
memastikan
semua murid berada di kantin dan bukannya di kelas kecuali murid
yang bertugas sahaja.
10.1.5 Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat
dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan
sekolah dan tindakan yang segera dan munasabah diambil, jika
perlu.
10.2 Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghantarnya ke hospital
atau pulang ke rumah mereka. Ibu bapa murid akan dihubungi denga serta
merta.
10.3 Mengusulkan kepada Guru Besar / Penolong-Penolong Kanan
menandatangani surat kebenaran untuk murid yang akan ke hospital dan
yang ingin pulang awal atas alasan yang munasabah.
10.4 Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang dan
yang dijumpai di kalangan murid.
10.5 Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta
mengawasi harta benda sekolah.
10.6 Menulis laporan dalam Buku Laporan Guru Bertugas Mingguan, membuat
catatan dalam buku perhimpunan, merekod nama murid dalam buku
rekod pulang awal dan menilai kebersihan kelas dalam fail kebersihan.
Ketiga-tiga buku ini dan fail tersebut perlu dihantar ke bilik HEM pada waktu
terakhir hari terakhir minggu tersebut. Guru bertugas untuk minggu
seterusnya dikehendaki mengambil 3 buah buku ini dari bilik HEM.
10.7 Perhimpunan
a. Mengendalikan dan mengelolakan perhimpunan mingguan.
b. Guru bertugas mingguan perlu mengagihkan tugas kepada ahli-
ahlinya seperti berikut :
(i) Guru bertugas :
- Memastikan sistem pembesar suara berfungsi dengan
bantuan 2 orang pengawas.
- Membuat pengumuman untuk mengarahkan murid beratur
di dataran perhimpunan.
- Memastikan murid-murid yang berada di dataran
perhimpunan telah beratur mengikut kelas masing-masing.
- Guru bertugas berada di atas pentas sepanjang
perhimpunan dengan membimbing pengawas yang
menjadi pengacara / membimbing semua murid
35
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
menyanyikan lagu-lagu / mengumumkan semua
pengumuman pada minggu berkenaan.
- Selepas perhimpunan, guru bertugas memberi arahan
melepaskan murid mengikut giliran dan memastikan sistem
pembesar suara disimpan dengan baik.
- Memastikan tempat duduk guru dan bendera sudah sedia
ada dengan dibantu oleh pengawas tertentu. (Sila rujuk guru
pengawas.)
- Mengambil kehadiran guru dan membuat catatan dalam
buku perhimpunan.
- Semasa perhimpunan diadakan, guru bertugas perlu
meronda di dataran untuk menjaga disiplin murid.
- Pastikan murid-murid keluar dari dataran perhimpunan
dengan teratur selepas perhimpunan bersurai.
10.8 Masa datang dan balik untuk guru bertugas adalah seperti berikut :
Bil. Hari Datang Balik
1 Ahad 6.50 am 1.45 p.m.
2 Isnin - Khamis 7.00 am 1.45 p.m.
11.00 Murid-murid tahap 2 dimestikan solat berjemaah Zohor sebelum pulang
ke rumah.
36
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
DASAR PENGURUSAN KO-KURIKULUM SK KAMPONG SAWAH
1. PENGURUSAN KOKURIKULUM
1.1 Kokurikulum merupakan pelengkap kepada kurikulum dan pembangunan
diri murid secara menyeluruh
1.2 Kokurikulum diberi penekanan yang seimbang dalam pengurusan sekolah.
1.3 Program-program yang dirancang perlu memenuhi keperluan diri murid
supaya bersedia dan cergas pada setiap masa.
1.4 Bagi memastikan setiap perancangan dan program kokurikulum berjalan
dengan baik, maka mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti kokurikulum
diadakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
2. STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT PENGURUSAN
KOKURIKULUM
2.1 PENINGKATAN KEMUDAHAN FIZIKAL – Menyediakan kemudahan fizikal
yang lengkap seperti berikut :
a. Padang.
b. Gelanggang yang terurus.
c. Peralatan yang mencukupi dan bermutu tinggi.
d. Menyediakan tempat penyimpanan yang diuruskan serta mudah
diambil apabila diperlukan.
2.2 PENYERTAAN MURID DALAM AKTIVITI LUAR SEKOLAH
a. Memastikan sekolah tidak ketinggalan dalam menyertai apa jua aktiviti
pertandingan di peringkat daerah, negeri ataupun kebangsaan.
b. Bagi menjamin kejayaan penyertaan, latihan pasukan sekolah yang
sistematik perlu dirancang dan dilaksanakan.
c. Guru-guru perlu memberikan komitmen yang tinggi bagi melahirkan
murid atau pasukan sekolah yang cemerlang.
2.3 PENGANUGERAHAN
a. Bagi menarik perhatian dan minat murid-murid dalam aktiviti kokurikulum,
sistem penganugerahan kokurikulum diadakan.
3. RASIONAL
3.1 Semua murid perlu diberi peluang dan ruang untuk menunjukkan bakat,
kebolehan dan potensi masing-masing dalam kegiatan kokurikulum di
sekolah dengan mewajibkan mereka menyertai pelbagai aktiviti sukan,
kelab, persatuan dan pasukan pakaian seragam yang ditetapkan.
3.2 Semua murid diwajibkan menjadi ahli bagi satu persatuan / kelab, satu
pasukan beruniform dan satu permainan / sukan.
3.3 Sekolah akan menyertai kegiatan-kegiatan yang dianjurkan oleh Daerah,
Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran yang bersesuaian dengan
keperluan sekolah.
4. AKTIVITI
4.1 UNIT BERUNIFORM
a. Persatuan Pengakap Kanak-Kanak
b. Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
c. Kelab Silat
d. Pergerakan Puteri Islam (PPI)
37
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
4.2 KELAB DAN PERSATUAN
a. Kelab Ulul Albab
b. Persatuan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab (PIBA)
c. Kelab Tunas Keusahawan/Catur (KC)
d. Kelab Pencinta Alam (KPA)
e. Kelab Kebudayaan (KBDY)
4.3 KELAB SUKAN DAN PERMAINAN
a. Kelab Bola Jaring
b. Kelab Hoki
c. Kelab Bola Sepak (JDT)
d. Kelab Bola Baling
e. Kelab Bola Tampar
5. PENETAPAN MASA PERJUMPAAN
5.1 Perjumpaan bagi kelab sukan dan permainan akan diadakan di tempat
yang disediakan pada setiap hari Selasa dari jam 7.30 pagi hingga jam 8.30
pagi.
5.2 Perjumpaan bagi persatuan dan unit beruniform akan diadakan di bilik-bilik
yang ditetapkan pada setiap hari Rabu secara dwi-mingguan (secara
bergilir-gilir) dari jam 7.30 pagi hingga jam 8.30 pagi.
5.3 Pada hari kokurikulum, pihak sekolah tidak akan mengadakan aktiviti lain
yang akan mengganggu pelaksanaan dan kelicinan kokurikulum.
6. Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
6.1 Mesyuarat ini diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun yang
dipengerusikan oleh Guru Besar dan ahli jawatankuasa yang telah dilantik.
6.2 Mesyuarat ini diadakan pada masa yang akan ditetapkan.
6.3 Tujuan mesyuarat ini ialah untuk membincangkan perancangan dan
perjalanan sukan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kokurikulum
sama ada di peringkat sekolah dan di luar sekolah.
7. DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM
7.1 DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR
a. Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum
dikenali dengan gelaran Guru Penasihat dan hendaklah dilantik secara
bertulis.
b. Semua guru akan melibatkan diri dalam tiga bidang berikut : Unit
Beruniform; Kelab / Persatuan; Sukan / Permainan.
c. Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan
aktiviti-aktiviti berikut :
(i) Membuat analisis SWOT, perancangan strategik pelan taktikal
dan pelan operasi.
(ii) Menggubal perlembagaan.
(iii) Melantik jawatankuasa.
(iv) Merekod kehadiran murid.
(v) Membuat penilaian koku 10%.
(vi) Mengisi borang maklumbalas selepas sesuatu pertandingan /
penyertaan dalam tempoh masa seminggu.
38
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
7.2 DASAR 2 : PENYERTAAN MURID
a. Semua murid Tahap 2 diwajibkan menyertai setiap satu kegiatan bagi
ketiga-tiga bidang berikut : Unit Beruniform; Kelab / Persatuan; Sukan /
Permainan.
b. Setiap murid Tahap 2 diwajibkan hadir pada setiap kali kegiatan
dijalankan berdasarkan jadual yang telah diberikan.
c. Murid-murid yang telah mendapat bantuan pakaian seragam perlu
kekal dalam unit beruniform dan memakainya pada setiap hari Rabu.
d. Setiap hari Rabu, terdapat dua waktu diperuntukkan untuk
perhimpunan khas Pasukan Unit Beruniform. (2 kali sebulan)
e. Murid-murid yang mempunyai kemahiran / kebolehan tertentu amat
digalakkan menyertai kelab / persatuan yang berkaitan.
f. Murid yang bermasalah disiplin serius tidak akan dibenarkan untuk
mewakili sekolah dalam sebarang pertandingan atau aktiviti / sukan /
koko.
g. Keputusan pencapaian Kokurikulum akan dicatatkan dalam slip PAJSK
pada akhir tahun.
7.3 DASAR 3 : PENJADUALAN KEGIATAN
a. Perjumpaan persatuan dan unit beruniform akan diadakan di bilik-bilik
yang ditetapkan pada setiap hari Rabu secara dwi-mingguan (secara
bergilir-gilir) dari jam 7.30 pagi hingga jam 8.30 pagi.
b. Kegiatan kokurikulum akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut :
(i) Cuaca (hujan lebat atau ribut petir).
(ii) Masalah Wabak Penyakit & Keselamatan.
(iii) Acara rasmi yang berlangsung di sekolah.
(iv) Atas arahan Guru Besar / PPD / JPN / KPM
c. Semua murid perlu memakai pakaian seragam unit beruniform masing-
masing untuk aktiviti pada hari Rabu.
7.4 DASAR 4 : PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH
a. Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan di peringkat
Daerah, Negeri dan Kebangsaan adalah bergantung kepada
persiapan dan kesediaan sesebuah pasukan.
b. Pihak sekolah akan berusaha untuk mencungkil dan
memperkembangkan bakat murid ke tahap yang lebih tinggi melalui :
(i) Latihan yang bersistematik.
(ii) Kelengkapan yang sempurna.
(iii) Pertandingan dalaman.
(iv) Penyertaan yang aktif.
c. Murid akan diberikan wang saku (tertakluk kepada kedudukan
kewangan semasa) :
d. Murid akan diberi elaun makan sebanyak RM 5.00 sehari (tertakluk
kepada kedudukan kewangan semasa) :
e. Semua tuntutan harus dibuat selewat-lewatnya dua minggu selepas
aktiviti / pertandingan.
39
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
7.5 DASAR 5 : PENUBUHAN PASUKAN BOLA SEPAK JDT SEKOLAH
a. Membentuk pasukan bola sepak sekolah yang mantap.
b. Mengadakan sesi latihan mengikut Program Pembangunan
Sukan Sekolah.
7.6 DASAR 6 : PENGHARGAAN
a. Penghargaan berbentuk wang bergantung kepada kedudukan
kewangan semasa.
b. Memberikan sijil penghargaan kepada murid yang mengharumkan
nama sekolah melalui penyertaan seperti perkhemahan dan
sebagainya
Peringkat Hadiah
Daerah Sijil (jika tidak disediakan oleh penganjur)
Negeri Sijil (jika tidak disediakan oleh penganjur)
Kebangsaan Sijil (jika tidak disediakan oleh penganjur)
Antarabangsa Sijil (jika tidak disediakan oleh penganjur)
7.7 PAKAIAN
a. Hari selasa – Baju murid dan guru eKRMJ karektor murid Johor( 1M1S)
b. Hari Rabu – Pakaian murid dan guru mengikut unit uniform masing-
masing(
Jika tiada boleh memakai baju eKRMJ)
c. Pendidikan Jasmani- Baju Khas Pendidikan Jasmani
d. Tudung murid - berwarna hitam tanpa pin dan jarum peniti.
* Guru-guru dimestikan bersama murid-murid dalam aktiviti kokurikulum(
1M1S/
unit Uniform/Kelab Persatuan)
SENARAI STAF SOKONGAN DAN PEKERJA SWASTA 2021
STAF SOKONGAN
BIL NAMA JAWATAN / GRED
1 En. Sahron Ezham bin Che Nordeen@Ramli Pembantu Tadbir, N19
2 Pn. Anisah binti Wasis Pembantu Pengurusan Murid, N19
3 En. Mohd Aris bin Robani Pembantu Operasi, N11
4 En. Mohd Hanif bin Abd Rahman Penolong Pegawai Teknologi FA29
PENGAWAL KESELAMATAN
5 En. Mohammad Amiruddin B Razali Pengawal Keselamatan Swasta ( 018944007 )
6 En. Mohd Noor bin Sulaiman Pengawal Keselamatan Swasta (0197075179)
7 Pn. Hasnah binti Atan Pengawal Keselamatan Swasta ( 0173902391)
40
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
SENARAI NAMA GURU DAN STAFF SEK KEB KAMPONG SAWAH 2021
BIL NAMA JAWATAN / GRED OPSYEN
Tn Hj. Mohd Khairuddin bin
1 Guru Besar, DG 42 Bahasa Melayu
Sa’don
Pen. Kanan (Tadbir), DG Pengajian Bahasa
2 Pn, Salwa binti Mohamed Salleh
38(KUP) Inggeris
3 Pn Nor Ainizuraimi bt Md Noar Pen. Kanan HEM, DG 42 Matematik
Pen. Kanan KOKU DG Pengajaian
4 Pn Suriyati bt Paredi
44(KUP) Sains/Matematik
5 Pn. Widya Azreen bt Abd Aziz Guru Penolong, DG 42 Matematik
Sains / Pengajian
6 Pn. Suria bt Bachok Guru Penolong, DG 41
Inggeris
Guru Penolong , DG Bahasa Melayu / PS /
7 Pn. Siti Roslinda bt Sakor
44(KUP) PJ
En. Mohd Sallehuddin b Pengajian Islam /
8 Guru Penolong, DG 42
Muhamad @ Mat Ali Bahasa Arab
Guru Penolong , DG Bahasa Arab /
9 Pn. Nor Faieza Azliena bt Ismail
44(KUP) Pengajian Al Quran
10 Pn. Siti Norhana bt Samsudin Guru Data , DG 44(KUP) Matematik / PSV/BI
Pn. Noranizah bt Mahd. Amin @ Guru Penolong , DG
11 Pemulihan
Mohd Amin 44(KUP)
Guru Pend. Islam, DG Bahasa Arab / Pend.
12 Pn. Siti Noraiha bt Mat Esa
44(KUP) Islam
Guru Penolong , DG
13 Pn. Siti Salmiah bt Awal @ Sakyan Bahasa Melayu / PSV
44(KUP)
14 Cik Ira Natasha Anina bt Abdullah Guru Penolong , DG 41 TESL / PSV
Guru Penolong , DG
15 Pn. Siti Zakiah bt Daud Matematik / BI / KHB
44(KUP)
Guru Penolong,DG
16 Pn. Hajarulain bt Jamaludin Pra Sekolah
44(KUP)
17 Pn. Noor Zalifah bt.Mohamed Guru Media, DG 48(KUP) Pengajian Melayu
Guru Pend. Islam, DG Pengajian Islam /
18 Pn. Norhafizah bt. Idris
44(KUP) Bahasa Arab
19. Pn. Nor Hanida bt. Supeni Guru Penolong , DG 42 Bahasa Inggeris / KT
En. Haszarul Affendy Hakkim b Guru Pend. Islam, DG 44
20. Guru Agama
A.Samad (KUP)
Guru Penolong , DG
21. En. Mohd Amrilnorman b Rashid Pend Muzik/
44(KUP)
22. Pn Suziyana bt Tukiran Guru Penolong , DG 41 Bahasa Melayu
23. En. Mohd Yusof b Salleh Guru Penolong,DG 34 Pengajian Melayu
Seni Visual Pendidikan
24. En Asyraf Helmi b. Kharil Guru Penolong , DG 41
Rendah
25. En. Mohd Nasruddin b Yacob Guru Penolong DG 41 Sains
26. Cik Nur Farahim bt. Che Ismail Guru Interim Bahasa Inggeris
Guru Bimbingan/ Guru Bimbingan /
27. Pn. Norasmirah bt. Mamat
Kaunselor, DG 44(KUP) Kaunselor
8 Pn. Salamiah binti Tasri Pengawal Keselamatan Swasta ( 01427945501)
41
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
PEMBERSIHAN
9 En. Othman bin Idris Pembersihan Swasta ( 01128692989 )
10 En Sumari bin Sidek Pembersihan Swasta ( 0134407912 )
11 Pn. Hanim Bt Tukimon Pembersihan Swasta ( 0111296788 )
Guru Lelaki : 07 Orang
Guru Perempuan : 20 Orang
Kakitangan : 04 Orang
Jumlah : 31 Orang
42
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
GURU BESAR
HAJI MOHD KHAIRUDDIN BIN SAADON
GPK PENTADBIRAN GPK HALEHWAL MURID GPK KOKURIKULUM
SALWA BINTI MOHAMED NUR AINIZURAIMI BINTI NOAR SURIYATI BINTI PAREDI
SALLEH
SITI NORAIHA BINTI MOHD ESA NORHAFIZAH BINTI IDRIS NOR FARAHIM BINTI CHE
ISMAIL
SURIA BINTI BACHOK SITI ZAKIAH BINTI DAUD SITI RSLINDA BINTI SAKOR
SITI NORHANA BINTI NURFATIN BINTI AMAT ZIN IRA NATASHA ANINA BINTI
SAMSUDIN ABDULLAH
NORFAIEZAH AZLIENA BINTI MOHD NASRUDDIN BIN YACOB MOHD AMRILNORMAN BIN
ISMAIL RASHID
MOHD SALLEHUDDIN BIN NOOR ZALIFAH BINTI YACOB ASYRAF HILMI BIN KHARIL
MUHAMMAD @ MAT ALI
HASZARUL AFFENDY HAKKIM MOHD YUSOF BIN SALLEH NOR HANIDA BINTI SUPENI
BIN A. SAMAD
HAJARULAIN BINTI JAMALUDIN NORANIZAH BINTI MAHAD @ NORASMIRAH BINTI MAMAT
MOHD AMIN
SUZIYANA BINTI TUKIRAN WIDYA AZREEN BINTI ABD AZIZ SITI SALMIAH BINTI AWAL @
SAKYAN
SHARON EZHAM BIN CHE MOHD HANIF BIN ABD ANISAH BINTI WASIS
NORDEEN@ RAMLI RAHMAN
PEM PENGURUSAN MURID PRA
PEMBANTU TADBIR (N19) PEN. PEG. TEK. MAKLUMAT (FA (N22)
MOHD ARIS BIN ROBANI
PEMBANTU OPERASI (N11) 43
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
JAWATANKUASA PENGURUSAN SEKOLAH
JAWATAN NAMA
Pengerusi Tn Hj. Mohd Khairuddin bin Sa’don(Guru Besar)
Pembantu Tadbir Kewangan En. Shahron Ezham b. Che Nordeen @ Ramli
(PT)
Tim.Pengerusi Pn, Salwa binti Mohamed Salleh (GPK 1)
Setiausaha 1 Pn. Siti Noraiha bt. Mat Esa
Setiausaha 2 Pn. Nurfatin binti Amat Zin (Guru Data)
Naib Pengerusi 1 Pn. Nor Ainizuraimi binti Md Noar (GPK HEM)
Setiausaha Pn. Norhafizah binti Idris
Naib Pengerusi 1 Pn Suriyati binti Paredi (GPK KOKO)
Setiausaha Pn.Siti Roslinda binti Sakor
AJK En. Asyraf Hilmi bin Kharil (Guru ICT)
Pn. Noor Zalifah bt Mohamed (Guru Media)
BIDANG TUGAS
1. Guru Besar mempengerusi semua mesyurat dan perjumpaan guru dan staff
2. Semua penolong Kanan akan mengambi alih tugas semasa ketiadaan
Guru Besar mengikut arahan/hiraki secara automatic
3. Laporan semasa hendaklah dibuat kepada Guru Besar berdasakan
dapatan atas kepentingan sekolah dan murid
4. Peranan dan kerjasama era mestilah berterusan antara satu sama lain
berasaskan pembangunan sekolah
5. Bekrja dalam sau pasukan unuk mencapai kegemilangan skolah
6. Secara automatiak menjadi ppenasihat dan pengerusi mana-mana unit
kecil atau bahagian atau mana-mana perjawatan seperti dalam buku
panduan tugas tahunan
7. Mengadakan perjumpaan atau mesyurat pada bila-bila masa atas
kepentiangan organisasi sekolah.
8. Menjadi Pegawai Aset kepada harta-harta kerjaan semasa ada asset alih
dan tidak alih.
9. Menyediakan dan memastikan pelan strategic sekolah setiap bahagian
dan unit-unit yang ada.
10. Menyediakan buku perancangan atau panduan guru dan staff.
44
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
JAWATANKUASA PENINGKATAN AKADEMIK
JAWATAN NAMA
Pengerusi Tn Hj. Mohd Khairuddin bin Sa’don(Guru Besar)
Tim.Pengerusi Pn, Salwa bt Mohamed Salleh (GPK 1)
Penyelaras Pn. Siti Zakiah bt Daud (Guru Pep. Awam)
Pem Penyelaras Pn. Nor Faiezah Azlina bt Ismail (Guru Pep
Dalaman)
AJK Pn. Siti Salmiah bt Awal @Sakyan(KP BM)
Pn. Nor Hanida bt Supeni (KP BI)
Pn. Siti Norhana bt Samsudin (KP MT)
En. Mohd Nasruddin bin Yacob(KP SN)
BIDANG TUGAS
1. Menyelaras segala dasar Kurikuum Sekolah
2. Menyediakan mesyurat JKS
3. Menetapkan kaedah pemantauan PdPC dan pengurusn mata pelajaran
dan pelaksanaan aktiviti rancangan tahunan
4. Menyeddiakan laporan pemantauan dan mengambil tindakan susulan
5. Menetapkan jadual waktu persekolahan
6. Memastikan system pengurusan peperiksaan dan penilaian
7. Memastikan prestasi akademik ekolah sentiasa ceerlang
8. Menyediakan system fail Panitia berdasarkan SPSk dan sentiasa
mengemaskini data
9. Memastikan guru-guru memtuhi Surat Pekeliling Ikhtisan Bil. 4.1986 Panitia
mata elajaran
10. Merancang dan melaksanakan Perancangan Strtegik kea rah
kecemerlangan akademik
11. Merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti program peningkatan
akademik
JAWATANKUASA KEWANGAN & AUDIT
JAWATAN NAMA
Pengerusi Tn Hj. Mohd Khairuddin bin Sa’don(Guru Besar)
Tim.Pengerusi Pn. Salwa bt Mohamed Salleh (GPK 1)
Penyelaras/ Setiausaha En. Shahron Ezham b. Che Nordeen @ Ramli
(PT)
AJK Pn. Nor Ainizuraimi bt Md Noar(GPK HEM)
Pn Suriyati bt Paredi (GPK KOKU)
Pn. Norasmirah bt Mamat (GBK)
Pn. Noor Zalifah bt Mohamad (Guru Pusat
Sumber)
Semua Ketua Panitia
45
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
BIDANG TUGAS
1. Mengadakan laporan kewangan yang lengkap dan kemas berasaskan
tatacara kewangan
2. Bersedia untuk diperiksa/ disemak laporan kewangan setiap bulan
3. Mengadakan perbincangan positif setiap masa
4. Menyediakan nota minta bagi penduan kegunaan staff dan guru
5. Mencatat kesilapan dan membuat teguran bertulis dan lisan
JAWATANKUASA PEMUFAKATAN SEKOLAH & KOMUNITI
JAWATAN NAMA
Pengerusi Tn HJ. Mohd Khairuddin bin Sa’don(Guru Besar)
Tim.Pengerusi Pn. Salwa bt Mohamed Salleh (GPK 1)
Penyelaras/ Setiausaha Pn. Nor Ainizuraimi bt Md Noar(GPK HEM)
AJK Pn Suriyati bt Paredi (GPK KOKU)
Pn Noor Zalifah bt Mohamed
En Mohd Sallehuddin bin Muhamad @ Mat Ali
Semua AJK PIBG
BIDANG TUGAS
1. Menjadi pegawai pengantaraan dengan pihak luar.
2. Memperbanykkan usaha-usaha kea rah jalinan dan jaringan kebangsaan
dan antarabangsa
3. Mengadakn program-program dialog, seminar, diskusi, forum dan lain-lain
untk mendedah dan meningkatkan tahap profesionalisma warga sekolah
JAWATANKUASA ASET DAN INVENTORI
JAWATAN NAMA
Pengerusi Tn Hj. Mohd Khairuddin bin Sa’don(Guru Besar)
Tim.Pengerusi Pn. Salwa bt Mohamed Salleh (GPK 1)
Penyelaras/ Setiausaha En. Shahron Ezham b. Che Nordeen @ Ramli(PT)
AJK Pn. Nor Ainizuraimi bt Md Noar(GPK HEM)
Pn Suriyati bt Paredi (GPK KOKU)
Pn. Noranizah bt Mahad@ Mohd Amin (Aset
Pemulihan )
Pn. Norhafizah bt Idris (Aset j-QAF )
En. Mohd Hanif bin Abd Rahman ( Aset ICT)
Pn. Noor Zalifah bt Mohamed (Aset
perpustakaan)
En. Mohd Aris bin Robani (Perabot)
Semua Ketua Panitia & Penyelaras Bilik-Bilik
Khas
Penyelaras Pembangunan En Sallehuddin bin Mohammad
Sekolah
46
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
BIDANG TUGAS
1. Menyemak dan mengesahkan penerimaan bekalan (SAP)
2. Mengemaskini data pengurusan tok dan inventori
3. Mengawal selia penggunaan dan keselamatan harta benda kerajaan
4. Membuat pemanatauan dan pemulihaan bekalan yang rosak
5. Merangka pelupusan dan hapus kira setiap tahun dan diserah kepada
pihak atasan
6. Mencatat kod terimaan pembekalan, barang atau asset kerajaan dan
sumbangan
JAWATANKUASA STANDARD KUALITI PENDIDIKAN
MALAYSIA(SKPMg2)
JAWATAN NAMA
Pengerusi Tn Hj. Mohd Khairuddin bin Sa’don(Guru Besar)
Tim.Pengerusi Pn. Salwa bt Mohamed Salleh (GPK 1)
Penyelaras/ Setiausaha En. Mohd. Nasruddin bin Yacob
AJK Pn. Siti Norhana bt Samsudin
Pn. Nor Ainizuraimi bt Md Noar(GPK HEM)
Pn Suriyati bt Paredi (GPK KOKU)
Pn. Siti Noraiha bt Mat Esa( SU Kurikulum)
Pn. Norhafizah bt. Idris (SU HEM)
Pn. Siti Roslinda bt Sakor (SU KOKO)
Semua Ketua Panitia & Penyelaras
BIDANG TUGAS
1. Menyediakan salinan Aspek/TUMS mengikut bidang masing-masing
2. Mengedarkan salinan Aspek/TUMS kepada PPS yang berkenaan
3. Membuat penilaian dan menyatakan evidens menggunakan salinan
Aspek/TUMS
4. Mengumpul semula hasil penilaian mengikut bidang masing-masing dan
serah kepada PK
5. Menyemak hasil penlaian dan menyerah kepada guru Data dan guru IT
untuk di (Key-in)
6. Menyemak dan membuat verifikasi hasil penilaian bagi semua Aspek/TUMS
47
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
JAWATANKUASA DATA DAN MAKLUMAT
JAWATAN NAMA
Pengerusi Tn Hj. Mohd Khairuddin bin Sa’don(Guru Besar)
Tim.Pengerusi Pn. Salwa bt Mohamed Salleh (GPK 1)
Penyelaras/ Setiausaha Pn. Nurfatin bt Amat Zin (GURU DATA)
AJK En. Asyraf Hilmi bin Kharil (Guru ICT)
Semua Guru Kelas
Semua Guru
BIDANG TUGAS
1. Bertanggungjawab mengemaskini maklumat
2. Menyemak data secara teliti untuk proses kemasukan data
3. Sentiasa mengemas kini data jika diperlukan setiap bulan
4. Melapor kepada Guru Besar jika ada maklumat terbaharu
5. Mendokumentasi bahan atau maklumat secara softcopy dan hardcopy
JAWATANKUASA ICT
JAWATAN NAMA
Pengerusi Tn Hj. Mohd Khairuddin bin Sa’don(Guru Besar)
Tim.Pengerusi Pn. Salwa bt Mohamed Salleh
Penyelaras/ Setiausaha En. Asyraf Hilmi bin Kharil
AJK En. Haszarul Affendy Hakkim bin A, Samad
Pn. Siti Zakiah bt Daud
Pn. Nurfatin bt Amat Zin
En. Mohd Hanif bin Abd Rahman
BIDANG TUGAS
1. Mengetuai JK merancang pelaksanaan Program ICT.
2. Memastikan kemudahan infrastruktur Teknologi yang diterima adalah
betul.
3. Menyediakan laoran tahunan pengurusan makmal.
4. Menguruskan fail ICT sekolah.
5. Jadul ICT sekolah.
JAWATANKUASA KAJIAN TINDAKAN
JAWATAN NAMA
Pengerusi Tn Hj. Mohd Khairuddin bin Sa’don(Guru Besar)
Tim.Pengerusi Pn Salwa bt Mohamed Salleh (GPK 1)
Penyelaras/ Setiausaha Cik Ira Natasha Anina bt Abdullah
AJK Pn. Siti Salmiah bt Awal @ Sakyan(KP BM)
48
SEK KEB KAMPONG SAWAH
BUKU PANDUAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN TAKWIM 2021
Pn. Nor Hanida bt Supeni (KP BI)
Pn. Siti Norhana bt Samsudin (KP MT)
En.Sallehuddin bin Mohammad(KP PI)
En. Mohd. Nasruddin bin Yacob(KP SN)
BIDANG TUGAS
1. Mengetuai JK merancang pelaksanaan Kajian Tindakan
2. Membuat Kertas Kerja
3. Membentangkan Kertas kerja Kajian Tindakan
JAWATANKUASA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)
JAWATAN NAMA
Pengerusi Tn Hj. Mohd Khairuddin bin Sa’don(Guru Besar)
Tim.Pengerusi Pn. Salwa bt Mohamed Salleh (GPK 1)
Penyelaras/ Setiausaha Pn. Hajarulain bt Jamaludin
AJK Pn. Siti Salmiah bt Awal @ Sakyan(KP BM)
Pn. Nor Hanida bt Supeni (KP BI)
Pn. Siti Norhana bt Samsudin (KP MT)
En.Sallehuddin bin Mohammad(KP PI)
En. Mohd Nasruddin bin Yacob (KP SN)
BIDANG TUGAS
1. Merancang & berbincang dengan Guru Besar untuk mengadakan latihan
dalman
2. Menentukan dn menyediakan aktiviti sepanjang tahun
3. Memproses, mengemaskini data latihan staff seperti e-SPLG
4. Membentang hasil kursus melali penilaian akhir aktiviti
5. Menyemarak sumber keterbukaan dalam dunia pendidikan melalui
perkongsian mklumat
JAWATANKUASA PEDAGOGI & KELAS ABAD KE 21
JAWATAN NAMA
Pengerusi Tn Hj. Mohd Khairuddin bin Sa’don (Guru Besar)
Tim.Pengerusi Pn. Salwa bt Mohamed Salleh (GPK 1)
Naib Pengerusi 1 Pn. Nor Ainizuraimi bt Md Noar(GPK HEM)
Naib Pengerusi 2 Pn Suriyati bt Paredi (GPK KOKU)
Penyelaras/ Setiausaha Pn. Suziyana bt Tukiran
AJK Semua Ketua Panitia
Semua Guru Kelas
49