The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEKOLAH RENDAH ISLAM INETGRASI AL AMIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by murnidaud2, 2022-02-16 00:42:45

POLISI SRII AL AMIN 2022/2023

SEKOLAH RENDAH ISLAM INETGRASI AL AMIN

INFO PANDUAN POLISI

SRIIAA m/s 1
m/s 2 - 3
SEKSYEN A : MAKLUMAT AM m/s 4
m/s 5 - 8
1- Aspirasi dan Vision m/s 9
2- Keistimewaan SRI Integrasi Al Amin m/s 10
3- Falsafah / Misi / Visi / Motto m/s 11
4- SRI Integrasi Al Amin Awesome Teachers m/s 12 -13
5- Waktu Perkhidmatan m/s 14 -15
6- Saluran Komunikasi
7- Pelan Lalulintas m/s 16
8- Uniform Sekolah m/s 16
9- Kurikulum m/s 17
m/s 17
SEKSYEN B : PANDUAN DAN PERATURAN SEKOLAH m/s 18
Peranan dan Tanggungjawab Ibubapa/ Penjaga Murid m/s 18
Kehadiran m/s 18
Peralatan Peribadi m/s 18
Amalan Baharu Pembukaan Sekolah m/s 18
Bilik Darjah
Tandas m/s 19
Bilik Isolasi
Waktu Rehat (Pagi dan Tengahari) m/s 20
Pelitup Mulut dan Hidung
m/s 21
SEKSYEN C : SOP SEKOLAH m/s 21 - 22
m/s 23 - 24
Carta Alir Saringan Murid m/s 24 - 25
m/s 25
SEKSYEN D : POLISI YURAN m/s 25 - 27
m/s 27
Annual & Monthly Contribution m/s 28
Penggunaan Terma Dan Maksud Di Dalam
Polisi Dan Peraturan Bayaran Yuran 2022. m/s 29
SEKSYEN 1
SEKSYEN 2
SEKSYEN 3
SEKSYEN 4
SEKSYEN 5
SEKSYEN 6
SEKSYEN 7 (Khas)

SEKSYEN E : BORANG AKUAN DAN PERSETUJUAN

Pengakuan Ibubapa / Penjaga

SEKSYEN A

SRIIAA 1. ASPIRASI DAN VISION

Pendidikan merupakan suatu perkara yang amat penting dan asas dalam
kehidupan setiap insan tanpa mengira apa juga keadaan atau apa cara
sekalipun, manusia tetap memerlukan pendidikan dalam memenuhi tuntutan
kehidupan yang diamanahkan Allah SWT. Perkara ini merupakan satu fakta yang
tidak dapat disangkal lagi apabila ketika situasi pandemik COVID-19 melanda dan
satu dunia terpaksa melalui PKP/ MCO tetapi ianya tidak menyekat dan
menghalang manusia menimba ilmu walaupun terpaksa mengubah strategi
pembelajaran normal secara fizikal kepada pembelajaran atas talian (online).
Kebaikan yang paling ketara adalah peluang untuk belajar semakin mudah dan
tiada jarak pemisah. Hakikatnya, kita semua boleh belajar dimana sahaja dan
dengan apa cara sekalipun.

Keperluan kepada pendidikan juga adalah suatu yang berangkai dan tidak
boleh dipisahkan dengan pergerakan usia kehidupan . Justeru, institusi pendidikan
“one stop centre” (pendidikan awal kanak-kanak, prasekolah, sekolah rendah
hingga ke peringkat sekolah menengah) mendapat permintaan yang tinggi dalam
kalangan masyarakat kerana ia menjadi satu solusi utama kepada ibubapa yang
bekerjaya dan kurang berkesempatan mengurus isu-isu pendidikan anak
disamping sebagai satu tanggungjawab pembinaan generasi mukmin yang
merupakan generasi masa hadapan. Bayangkan jika majoriti anak-anak di zaman
ini keciciran dari mendapat pendidikan yang sempurna, ketandusan tangki kasih
sayang, emosi, pemikiran, maka akan lahirlah generasi yang lemah dan tidak
mampu mendepani cabaran kepimpinan dunia akhir zaman yang dibanjiri dengan
pelbagai kerosakan spiritual , intelektual, sosial dan sebagainya.

Disinilah titik tolak, pemangkin daya juang dan menjadi satu aspirasi
memenuhi tanggungjawab pendidikan ummah menuju kepada ubudiyyah yang
hakiki dengan pendidikan iman yang diterjemahkan dalam cara hidup generasi
mukmin profesional.

Oleh itu, berpijak atas aspirasi tersebut, pihak Pengurusan yang merupakan
pengasas kepada rangkaian sekolah dibawah Akademi Generasi Mukmin (One
Stop Islamic Integrated Education Centre) merasa sangat perlu untuk memberi
sumbangan kepada masyarakat dengan menyediakan satu institusi pendidikan
yang kondusif, suasana biah solehah seterusnya mampu membina model insan
berjiwa mukmin serta “kompeten” sebagai khalifatul fil ‘ard terbaik berdasarkan
tuntutan Al Quran dan As Sunnah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah ‘Ali
Imran : 110

‫ُك ْنتُ ْم َخ ْي َر اُ َّم ٍة اُ ْخ ِر َج ْت ِللنَّا ِس تَأْ ُم ُر ْو َن ِبا ْل َم ْع ُر ْو ِف َوتَ ْن َه ْو َن َع ِن ا ْل ُم ْن َك ِر َوتُ ْؤ ِمنُ ْو َن ِباّ ٰللِ ۗ َو َل ْو ٰا َم َن اَ ْه ُل ا ْل ِك ٰت ِب َل َكا َن‬
‫َخ ْي ًرا لَّ ُه ْم ۗ ِم ْن ُه ُم ا ْل ُم ْؤ ِمنُ ْو َن َواَ ْكثَ ُر ُه ُم ا ْل ٰف ِسقُ ْو َن‬

Terjemahannya :
Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang
makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah SWT.
Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Diantara mereka
ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik.

1

SRIIAA 2. KEISTIMEWAAN SRI INTEGRASI AL AMIN

Keselesaan Keselamatan

Konsep Kemudahan
yang lengkap

Kandungan / Kemahiran
Content tenaga
pendidik

2.1 kandungan / Content
Kurikulum dan Kokurikulum yang bersifat dinamik berteraskan :

ISLAMIC INTEGRATED PRACTICAL

Islamic
❑ Semua subjek yang diajar menjurus kepada satu titik fokus iaitu pendidikan
iman yang akan membina karektor, jiwa mukmin berteraskan surah Al
Fatihah dimana generasi akhir zaman ini memahami dengan jelas peta
kehidupan :
i. Siapa kita
ii. Dari mana dan ke mana halatuju hidup ini
iii. Apa tujuan hidup ini

Integrated
❑ Kesepaduan konsep (hablum minallah dan hablum minnan nas)
❑ Kesepaduan syariatullah dan sunatullah (mukmin professional)
❑ Kesepaduan hubungan pendidik, ibubapa dan murid
❑ Kesepaduan kejayaan dunia dan akhirat

Praktikal

❑ Amalan pengajaran menghargai “Multiple Intelligence” – Kecerdasan

pelbagai murid-murid

❑ Method pengajaran yang menekankan gaya pembelajaran (learning

style) yang berbeza : Audio, Visual dan Kinestetik (VAK)

❑ Pelaksanaan STEM dan robotic learning 2
❑ Praktikal cara fikir dan tindakan

SRIIAA 2. KEISTIMEWAAN

2.2 Konsep
Konsep one stop centre memudahkan pengurusan masa ibu bapa bekerjaya
menghantar anak-anak mereka yang berumur seawal 3 bulan hingga 17 tahun di
satu tempat sahaja

2.3 Kemahiran Tenaga Pendidik
Barisan pendidik yang terdiri dari graduan dalam bidang subjek marij-marij dan
terlatih menggunakan pendekatan pengajaran “VAK learning strategy” dan
“Multiple Intelligence Approach Teaching”

2.4 Kemudahan Yang Lengkap
Prasarana yang lengkap bagi memenuhi keperluan aktiviti dan pembelajaran
multimedia, makmal sains, perpustakaan, café, ruang permainan indoor dan
outdoor, dewan pelbagai guna, tempat mengambil wudhu’ dan sebagainya.

2.5 Keselesaan
Suasana pembelajaran yang selesa didalam kelas berhawa dingin, tumpuan
belajar yang tinggi kerana murid yang sedikit didalam kelas (maximum 20 orang)
Suasana yang tenang dengan persekitaran “biah solehah”

2.6 Keselamatan
Amalan pematuhan SOP yang ketat dalam usaha membendung penularan
COVID-19, pemasangan kamera litar tertutup di kawasan startegik dan kawalan
pergerakan murid yang terhad di dalam premis sahaja.

3

SRIIAA 3. FALSAFAH / MISI / VISI / MOTTO

Proses pendidikan yang berteraskan TAUHID bagi membina dan melahirkan
insan rabbani, berilmu dan berakhlak mulia serta berkemampuan

membentuk kehidupan diri, masyarakat, Negara dan dunia sebagaimana
yang dituntut oleh Al-Quran dan Al-Sunnah melalui pendidikan seimbang,

sepadu, menyeluruh dan berterusan

Membentuk generasi mukmin profesional yang menjadikan
Islam sebagai satu cara hidup secara menyeluruh dan
melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan
khalifah Allah dengan penuh taqwa.

Menerajui pembentukan ‘biah solehah’ dalam melaksanakan
pendidikan Islam secara holistik dan menyeluruh.

‘PILIHAN TEPAT DIDIKAN GENERASI MUKMIN PROFESIONAL’

4

SRIIAA 4. SRI INTEGRASI AL AMIN AWESOME TEACHERS

NOR LIYANA BINTI MUSA NOOR AIDAH BINTI MOHD MUNIRA BINTI MOHD

IJAZAH SARJANA MUDA YAKAFLI IBRAHIM
UNDANG-UNDANG
IJAZAH SARJANA MUDA IJAZAH SARJANA MUDA
TAHUN BERKHIDMAT : 2006 PENGURUSAN AWAM PERBANKAN

TAHUN BERKHIDMAT : 2011 TAHUN BERKHIDMAT : 2012

SAHLAH BINTI ZAKI AZIZAH BINTI HJ. AWANG FARHA ZIANA BINTI CHE

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS @ MOHD NOH NORDEEN @ RAMLI
SOSIAL (SOSIOLOGI)
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA IJAZAH SARJANA MUDA SENI DAN
TAHUN BERKHIDMAT : 2010 SIJIL 4 THANAWI SAINS SOSIAL

TAHUN BERKHIDMAT : 2006 TAHUN BERKHIDMAT : 2013

NOR SYAFIKAH BINTI RAMLAH BINTI ABD HALIM NURUL ASYIKIN BINTI

MOHD HAMDAN DIPLOMA PERGURUAN HASHIM
TAHUN BERKHIDMAT : 2007
IJAZAH SARJANA MUDA GURU BESAR CEMERLANG IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN (MATEMATIK) PEMASARAN / DIPLOMA
TAHUN BERKHIDMAT : 2014 PASCASISWAZAH PENDIDIKAN
TAHUN BERKHIDMAT : 2016

5

SRIIAA 4. SRI INTEGRASI AL AMIN AWESOME TEACHERS

SYAMIMI BINTI AB WAHAB NURUL IZYAN BINTI NUR SA'ADAH BINTI

IJAZAH SARJANA MUDA REDZUAN MOHAMED YUSOFF
KEWANGAN / DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN IJAZAH SARJANA MUDA IJAZAH SARJANA MUDA AL QURAN
TAHUN BERKHIDMAT : 2018 TEKNOLOGI MAKLUMAT / DIPLOMA DAN AS SUNNAH DENGAN
KOMUNIKASI
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN TAHUN BERKHIDMAT : 2015
TAHUN BERKHIDMAT : 2017

ALLYSS FATIN ATTHIERAH SITI HASMAH BINTI MUHAMAD JAFARUL

BINTI ZULQURNAIN MOHD SALLEH ARIMI BIN JAAPAR

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS IJAZAH SARJANA MUDA IJAZAH SARJANA MUDA
KEMANUSIAAN KEJURUTERAAN ELEKTRONIK PENGAJARAN BAHASA INGGERIS
(KEJURUTERAAN KOMPUTER)
TAHUN BERKHIDMAT : 2017 TAHUN BERKHIDMAT : 2019 SEBAGAI BAHASA KEDUA
TAHUN BERKHIDMAT : 2013

ETTIE ATHIRA BINTI HADLIN NUR A‘FIFAH BINTI MOHD ZAINOR FAIZ BIN
MAT YUSOF ZAINORDIN
IJAZAH SARJANA MUDA
KEJURUTERAAN ELEKTRIK DIPLOMA PERBANKAN ISLAM IJAZAH SARJANA MUDA
TAHUN BERKHIDMAT : 2016 TAHUN BERKHIDMAT : 2016 PENGAJIAN AL QURAN &
MULTIMEDIA / DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN
TAHUN BERKHIDMAT : 2015

6

SRIIAA 4. SRI INTEGRASI AL AMIN AWESOME TEACHERS

NURFATIN AZMA BINTI SUHAILAH BINTI SAAT NURUL IFFAH BINTI CHE

RAMLE IJAZAH SARJANA MUDA SAINS ABDU PATAH
POLITIK/ DIPLOMA
IJAZAH SARJANA MUDA IJAZAH SARJANA MUDA
TEKNOLOGI MAKANAN PASCASISWAZAH PENDIDIKAN PENGURUSAN KANAK-KANAK /
TAHUN BERKHIDMAT : 2019 (PGDE)
DIPLOMA PASCASISWAZAH
TAHUN BERKHIDMAT : 2015 PENDIDIKAN (PGDE)

TAHUN BERKHIDMAT : 2018

KHAIRUNNISA BT FATIN HANANI BINTI NURUL SYAFIRA BINTI

ZULKARNAIN JAMAL ABDUL HALIM

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS IJAZAH SARJANA MUDA SAINS IJAZAH SARJANA PEMBANGUNAN
GUNAAN (PENGURUSAN & MAKANAN DAN TEKNOLOGI SUMBER MANUSIA
TAHUN BERKHIDMAT : 2020
PEMULIHARAAN BIODIVERSITI) TAHUN BERKHIDMAT : 2019
TAHUN BERKHIDMAT : 2019

7

SRIIAA 4. SRI INTEGRASI AL AMIN AWESOME TEACHERS

NURUL JANNATUL AJILAH INTAN NOR BAITY BINTI NURUL HUSNA BINTI MOHD

BINTI AZHAR ROSLI HUSNI

IJAZAH SARJANA MUDA IJAZAH SARJANA MUDA SAINS IJAZAH SARJANA MUDA
PENGAJIAN ISLAM (USULUDDIN) GUNAAN KAUNSELING

TAHUN BERKHIDMAT : 2021 TAHUN BERKHIDMAT : 2021 TAHUN BERKHIDMAT : 2021

NUR FADHILAH HANA NORQURRATUAINI BINTI NURUL NAJAH BINTI NIZAM

BINTI AZREEL MOHD NOR IJAZAH SARJANA MUDA
KAUNSELING
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS IJAZAH SARJANA MUDA
BIOPERUBATAN PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH) TAHUN BERKHIDMAT : 2021

TAHUN BERKHIDMAT : 2021 TAHUN BERKHIDMAT : 2021

8

SRIIAA 5. WAKTU PERKHIDMATAN

Waktu persekolahan PREMIUM FULLBOARD
INTEGRATED
HARI 7.00 PAGI – 7.00 MALAM

ISNIN - JUMAAT 7.00 PAGI – 4.45 PETANG

SABTU - 8.00 PAGI – 1.00 PETANG

Waktu operasi Pejabat Sekolah

HARI HARI PERSEKOLAHAN CUTI SEKOLAH

ISNIN - JUMAAT 8.00 PAGI – 6.00 PETANG 8.00 PAGI – 5.00 PETANG

SABTU 8.00 PAGI – 1.00 PETANG 8.00 PAGI – 1.00 PETANG

9

SRIIAA 6. SALURAN KOMUNIKASI

NOMBOR TELEFON 03-60212701
PEJABAT SEKOLAH

MAKLUMAN INFO
SEMASA

GROUP WHATSAPP SEKOLAH
WEBSITE : https://agmsb.edu.my/

AKADEMI GENERASI MUKMIN SDN BHD

10

SRIIAA 7. PELAN LALULINTAS

11
Semua ibu bapa diminta untuk mematuhi pelan lalulintas ini bagi memastikan tahap keselamatan murid
dan juga melancarkan urusan trafik pada waktu puncak.

SRIIAA 8. UNIFORM SEKOLAH

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

PAKAIAN SUKAN SEKOLAH

12

SRIIAA 8. UNIFORM SEKOLAH

PAKAIAN KOKURIKULUM (TAHAP 2)

PENGURUSAN DIRI SEBELUM KE SEKOLAH
❑ Memakai uniform lengkap sekolah
❑ Memastikan diri sentiasa kemas dan bersih, terutama kuku dan rambut

(bagi muridlelaki) – sila rujuk gambar di bawah

13

SRIIAA 9. KURIKULUM

TUNJANG KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

SAINS DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI PERKEMBANGAN
• Penggabungjalinan FIZIKAL & ESTETIKA
• Penguasaan • Perkembangan
pengetahuan sains, kemahiran bahasa jasmani dan
kemahiran dan sikap secara lisan dan kesihatan untuk
saintifik bukan lisan semasa kesejahteraan diri
berinteraksi • Pemupukan daya
• Penguasaan imaginasi , kreativiti,
pengetahuan dan Pemikiran Kritis dan Kreatif bakat dan apresiasi
kemahiran matematik
INSAN KEMANUSIAAN
• Penguasaan SEIMBANG • Penguasaan ilmu dan
pengetahuan dan
kemahiran berasaskan amalan tentang
teknologi kemasyarakatan dan
alam sekitar setempat,
KEROHANIAN, SIKAP Inovatif negara dan global
& NILAI • Penghayatan
KETERAMPILAN DIRI semangat patriotism
• Penghayatan • Pemupukan dan perpaduan
amalan agama,
kepercayaan, sikap kepimpinan dan
dan nilai sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
kokurikulum

AKADEMIK - TAHAP 1 (TAHUN 1 / TAHUN 2 / TAHUN 3)

Mata Pelajaran Teras

Tunjang Komunikasi ❑ Bahasa Malaysia
Tunjang Sains & Teknologi ❑ Bahasa Inggeris
Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika
Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai ❑ Matematik
Tunjang Keterampilan Diri ❑ Sains

❑ Pendidikan Jasmani 14
❑ Pendidikan Kesihatan
❑ Pendidikan Seni Visual

❑ Pendidikan Islam
❑ Al -Quran

❑ Dilaksanakan melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum

SRIIAA 9. KURIKULUM

AKADEMIK - TAHAP 2 (TAHUN 4 / TAHUN 5 / TAHUN 6)

Mata Pelajaran Teras

Tunjang Komunikasi ❑ Bahasa Malaysia
Tunjang Sains & Teknologi ❑ Bahasa Inggeris

Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika ❑ Matematik
Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai ❑ Sains
Tunjang Keterampilan Diri ❑ Reka Bentuk & Teknlogi

Maklumat

❑ Pendidikan Jasmani
❑ Pendidikan Kesihatan
❑ Pendidikan Seni Visual

❑ Pendidikan Islam
❑ Al -Quran

❑ Dilaksanakan melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum

AL QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA)

Kurikulum Pendidikan Jawi Akhlak Hafazan
Islam Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS)

Tauhid Feqah

Imla’ & Sirah Tajwid
Khat

15

SEKSYEN B

SRIIAA PANDUAN DAN PERATURAN

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBU BAPA / PENJAGA MURID

1. Memastikan anak-anak jagaan berada dalam keadaan sihat, menjaga
kebersihan diri dan tidak menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke
sekolah.

2. Ibu bapa perlu membawa anak pulang segera dari sekolah untuk mendapatkan
rawatan jikaanak didapati mempunyai gejala.

3. Sentiasa mengingati anak memakai pelitup mulut dan hidung dimana sahaja
berada.

4. Mematuhi tatacara pelawat masuk ke premis sekolah menghantar dan
mengambil anakiaitu memakai pelitup mulut dan hidung.

5. Memastikan anak TIDAK MEMBAWA bekalan makanan seperti berikut:
❑Makanan berat di dalam bekal (nasi/mee/bihun)
❑Makanan ringan (junkfood)
❑Minuman manis (air kotak milo/susu dan lain-lain) *isu kebersihan

6. Pastikan kasut sekolah, uncang kasut, alat tulis dan buku (teks/aktiviti/tulis) ditulis
nama anak masing-masing dengan jelas.

7. Ibubapa diminta memaklumkan kepada pejabat jika berlaku pertukaran alamat
rumahdan nombor telefon.

8. Memastikan nombor telefon boleh dihubungi oleh pihak sekolah pada bila-bila
masa.

9. Pastikan salah satu nombor telefon ibu atau bapa atau penjaga berada di
dalam Group WhatsApp Official sekolah mengikut tahun anak masing-masing
untuk saluran informasi.

10. Jika tidak hadir, sila kemukakan surat pengesahan doktor atau surat makluman
daripada ibubapa. Murid dikira ponteng sekolah tanpa surat doktor atau
ibubapa

KEHADIRAN

1. Masa datang ke sekolah sebelum 7.20 pagi di pintu pagar rak kasut.

2. Kehadiran murid selapas 7.30 pagi perlu dihantar masuk melalui pintu pejabat
sekolah.

3. Murid perlu mengeluarkan uncang sebelum masuk ke pintu pagar sekolah
bagi mengelakkan berlaku kesesakan di pintu pagar.

4. Sesi pembelajaran bermula pada pukul 7.20 pagi.

16

SRIIAA PANDUAN DAN PERATURAN

PERALATAN PERIBADI

1. Barangan keperluan yang WAJIB dibawa oleh anak :
❑ Hand sanitizer (saiz kecil)
❑ Botol air yang telah berisi air dari rumah
❑ Tisu kering
❑ Peralatan alat tulis (pensel, pemadam, pengasah, pensel warna, gam
cair/stick)
❑ Gunting hujung yang tumpul ( Tahun 2 hingga 6 sahaja)
❑ Buku dibawa mengikut jadual kelas (buku teks/buku aktiviti/buku tulis)
❑ Uncang kasut (Ditutlis nama dengan jelas)
❑ Plastik sampah (ziplock)

2. Setiap murid dibekalkan sebanyak 5 helai plastik ziplock. Murid hanya perlu
membawa sehelai sahaja ke sekolah pada setiap hari. Jika penggunaanya telah
habis atau hilang, ibu bapa bertanggungjawab menyediakan plastik ziplock
untuk anak masing-masing.

3. Pastikan semua alatan peribadi anak DI TULIS NAMA.

4. Semua murid diwajibkan membawa SEJADAH bersaiz kecil sendiri.

5. Semua murid perempuan tidak dibenarkan membawa telekung. Hanya
digalakkan membawa stoking bersih lebih dan sarung tangan (hand sock)
berwarnahitam sahaja (bagi murid tahap 2).

6. Memastikan alat tulis lengkap dan TIDAK DIBENARKAN BERKONGSI.

7. Duit belanja adalah DILARANG SAMA SEKALI.

AMALAN BAHARU PEMBUKAAN SEKOLAH

1. Amalkan 3W (wear, wash and warn) dan elakkan 4S (sesak, sempit, sembang
dan sentuh).

2. Gunakan laluan mengikut anak panah (laluan masuk dan keluar yang betul)

3. Pastikan sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal.

4. Sentiasa beratur di belakang garisan dan tunggu giliran (kelas/ tandas/ dewan/
kantin/ tempat wuduk).

5. Guru pertama dan akhir sesi pembelajaran akan mengawasi murid dan
melakukan sanitasi pada meja, kerusi, tombol pintu dan tempat yang kerap
disentuh.

6. Ibu/bapa diwajibkan mengambil anak mengikut waktu yang ditetapkan dan
teruspulang ke rumah.

7. Peringatan kepada yang datang menjemput anak. AMALKAN PENJARAKAN
FIZIKAL DAN JANGAN BERKUMPUL DI PINTU PAGAR.

17

SRIIAA PANDUAN DAN PERATURAN

BILIK DARJAH

1. Sembur dan lap: Murid menggunakan tisu kering/basah yang dibawa sendiri
untuk laptempat duduk sebelum dan selepas digunakan.

2. Disinfectant / Pencuci Nyahkuman akan dibekalkan di dalam setiap kelas dan
ruang yangdigunakan oleh murid.

3. Pastikan bilik darjah sentiasa bersih dan selamat.

TANDAS
1. Murid mesti mendapat kebenaran guru untuk ke tandas. Tidak boleh berkumpul di

kawasantandas. Bersabar beratur di luar ikut tanda dan tunggu giliran.
2. Pastikan bersihkan diri dan cuci tangan dengan sabun sebelum keluar tandas.
3. Pembersihan tandas dilakukan tiga kali sehari mengikut penjadualan yang

disediakan olehpihak pejabat.

BILIK ISOLASI
1. Murid yang menunjukkan tanda/bergejala diasingkan di bilik isolasi sementara

waktumenunggu kehadiran ibu bapa.
2. Disukat suhu 3 kali dalam tempoh tertentu.
3. Guru kelas/ subjek/ bertugas akan menghubungi ibu/bapa/penjaga untuk

dibawa pulang

WAKTU REHAT (PAGI & TENGAH HARI)

1. Waktu rehat : Murid makan di dalam kelas dalam keadaan penjarakan fizikal.
2. Murid TIDAK DIBENARKAN membawa makanan sendiri KECUALI makanan kering

berbungkus sahaja seperti roti atau biskut.

PELITUP MULUT DAN HIDUNG

1. Ibu bapa perlu memastikan anak sentiasa memakai pelitup mulut dan hidung
semasa hadir ke sekolah.

2. Bagi murid yang tidak memakai pelitup mulut dan hidung wajib membeli di
sekolah. (RM 2 sekeping)

3. Murid diwajibkan memakai pelitup mulut dan hidung 3 layer.
4. Tuliskan NAMA MURID DAN KELAS di bahagian bawah pelitup mulut dan

hidungsupaya murid tidak kehilangannya atau tertukar dengan rakan.

18

SEKSYEN C

SRIIAA

CARTA ALIR SARINGAN
MURID

MURID
DATANG

DISARING

TIDAK BERGEJALA BERGEJALA
-DIBENARKAN -DEMAM / SELSEMA/
MASUK
BATUK

DITEMPATKAN DI BILIK
ISOLASI /

DIPULANGKAN
KEPADA IBU BAPA

19

SEKSYEN D

SRIIAA ANNUAL & MONTHLY CONTRIBUTION

20

SRIIAA PENGGUNAAN TERMA DAN MAKSUD DI DALAM POLISI
DAN PERATURAN BAYARAN YURAN 2022

1. ANNUAL EDUCATION CONTRIBUTION (AEC) adalah merujuk kepada YURAN
TAHUNAN.

2. MONTHLY EDUCATION CONTRIBUTION (MEC) merujuk kepada YURAN BULANAN.

3. Sesi pembelajaran 2022/2023 akan bermula pada bulan Mac 2022 dan berakhir
pada bulan Februari 2023 mengikut takwim persekolahan yang telah
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Polisi dan Peraturan Pembayaran Yuran ini mempunyai 7 bahagian utama :
SEKSYEN 1, SEKSYEN 2 , SEKSYEN 3, SEKSYEN 4, SEKSYEN 5, SEKSYEN 6, SEKSYEN 7

5. PERBEZAAN YURAN TAHUNAN (AEC) DAN YURAN BULANAN (MEC)

BIL ANNUAL EDUCATION CONTRIBUTION MONTHLY EDUCATION CONTRIBUTION
(AEC) / YURAN TAHUNAN (MEC) YURAN BULANAN

1 • Sumbangan Pendidikan untuk 1 • Sumbangan Pendidikan

tahun sesi pembelajaran (12 bulan) • Menampung kos operasi bulanan :

• Menampung kos : ❑ Gaji guru dan kakitangan,

❑ Pengurusan & Pentadbiran, ❑ Sewa tempat,

❑ Sistem dan prasarana ❑ Bayaran utility

❑ Pembangunan kakitangan ❑ Makanan dan kos lain-lain

❑ lain-lain

2 Dibayar sekali sahaja setiap tahun Dibayar setiap bulan
(selewatnya pada atau sebelum 5hb)
(sebelum sesi pembelajaran tahun

semasa bermula)

SEKSYEN 1

1. ANNUAL EDUCATION CONTRIBUTION (AEC) adalah merujuk kepada YURAN
TAHUNAN.

2. Yuran Tahunan adalah sumbangan bayaran yang dibuat oleh ibu bapa /

penjaga bagi membiayai kos perkhidmatan pendidikan yang disediakan

meliputi :

❑ Enrollment Fees

❑ Operational & Development

❑ Academic Development

❑ Student General Affairs

3. Sumbangan dibuat hanya sekali sahaja bagi setiap tahun sesi persekolahan (12
bulan) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

4. Yuran Tahunan tidak termasuk bayaran buku dan pakaian seragam sekolah.

5. Yuran Tahunan perlulah dijelaskan sepenuhnya sebelum 30 Disember / sebelum

sesi persekolahan bermula bagi tahun tersebut (merujuk kepada MEMO terkini

yang diedarkan pada tahun semasa). Nama murid tidak akan direkodkan di

dalam senarai murid sekiranya yuran tahunan tidak diselesaikan dalam tempoh

yang ditetapkan. 21

SRIIAA PENGGUNAAN TERMA DAN MAKSUD DI DALAM POLISI
DAN PERATURAN BAYARAN YURAN 2022

6. Yuran Tahunan wajib dibayar walaupun murid membuat pendaftaran selepas
sesi persekolahan bermula berdasarkan jumlah seperti di dalam jadual dibawah:

TEMPOH (BULAN/SEMESTER) JUMLAH BAYARAN

Daftar pada YURAN TAHUNAN PENUH
suku tahun pertama

(1st quarter)
(Mac / Apr / Mei 2022)

Potongan 25% dari jumlah bayaran yuran tahunan

Daftar pada Bahagian potongan :
suku tahun kedua ❑ Operational & development
❑ Academic development
(2nd quarter) ❑ Student general affairs
(Jun / Julai / Ogos 2022)
Bahagian perlu dibayar penuh :
❑ Enrolment fees

Daftar pada Potongan 50% dari jumlah yuran tahunan
suku tahun ketiga
Bahagian potongan :
(3rd quarter) ❑ Operational & development
(Sept / Okt / Nov 2022) ❑ Academic development
❑ Student general affairs

Bahagian perlu dibayar penuh :
❑ Enrolment fees

Daftar pada Potongan 75% dari jumlah yuran tahunan
suku tahun keempat
Bahagian potongan :
(4thquarter) ❑ Operational & development
(Dis 2022 / Jan 2023 / Feb ❑ Academic development
❑ Student general affairs
2023)
Bahagian perlu dibayar penuh :
❑ Enrolment fees

7. Pembayaran Yuran Tahunan hendaklah dibuat melalui Sistem Onpay
menggunakan link yang ditetapkan bagi melancarkan urusan pemberian resit,
merekod data dan sebagainya.

8. Pembayaran Yuran Tahunan secara lumpsum adalah digalakkan dan terdapat

ganjaran-ganjaran tertentu disediakan (tertakluk kepada promosi terkini),

namun bayaran ansuran dibenarkan dengan syarat jumlah penuh diterima

sebelum 30 Disember. 22

SRIIAA PENGGUNAAN TERMA DAN MAKSUD DI DALAM POLISI
DAN PERATURAN BAYARAN YURAN 2022

SEKSYEN 2

1. MONTHLY EDUCATION CONTRIBUTION (MEC) merujuk kepada YURAN BULANAN.

2. Yuran Bulanan adalah merujuk kepada sumbangan bulanan dari ibubapa untuk
membiayai kos operasi bulanan seperti gaji guru dan kakitangan, sewa tempat,
kos utiliti dan pentadbiran operasi bulanan serta makanan murid.

3. Terdapat 2 pilihan cara bayaran (mode of payment) :
❑ Bayaran untuk 11 bulan sekaligus
❑ Bayaran untuk 6 bulan sekaligus

4. Yuran bulanan hendaklah dibayar pada atau sebelum 5hb setiap bulan.
Peringatan bayaran yuran bulanan akan dikeluarkan oleh Unit Kewangan
(Kawalan Kredit) sebanyak 3 kali melalui poster di dalam group whatsApp rasmi
sekolah :
❑ PERINGATAN MESRA 1: 24 hb setiap bulan
❑ PERINGATAN MESRA 2: 30 hb setiap bulan
❑ PERINGATAN MESRA 3: 03 hb setiap bulan

Tertakluk kepada perubahan semasa di dalam bulan berkenaan

5. Pembayaran yuran bulanan boleh dibuat melalui :
❑ Sistem ASIS
❑ Tunai / cek di kaunter pejabat
❑ CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) atau secara pindahan atas talian (transfer
online) atas nama AKADEMI GENERASI MUKMIN, no. akaun Maybank 5629
9101 1806.

Slip/bukti bayaran hendaklah diemel ke :[email protected] atau WhatsApp
ke no tel. 01120848597 (Bah Kawalan Kredit) serta nyatakan nama murid dan
kelas contoh : Khayra Iman Nisa’ binti Abdullah Tahun 1AK.

6. Di bawah merupakan jadual bagi pembayaran yuran pengajian :

YURAN PENGAJIAN BULANAN

MAC , APR , MEI , JUN , JULAI , OGOS , SEP , OKT , NOV , DIS 2022 , JANUARI 2023

7. Tiada potongan yuran untuk sebarang sebab ketidakhadiran sebagai contoh
ibu bersalin di kampung atau cuti persekolahan yang panjang.

8. Yuran bulanan tetap perlu dibayar PENUH walaupun murid membuat
pendaftaran masuk atau memohon berhenti pada mana-mana tarikh di
pertengahan bulan.

23

SRIIAA PENGGUNAAN TERMA DAN MAKSUD DI DALAM POLISI
DAN PERATURAN BAYARAN YURAN 2022

7. Sekiranya murid telah selesai menduduki peperiksaan akhir tahun atau
peperiksaan awam seperti UPKK & PSRA, baki yuran bulanan tetap perlu
dijelaskan walaupun memilih untuk tidak hadir ke sekolah.

8. Jumlah yuran bulanan adalah bergantung dengan pilihan pakej perkhidmatan
yang disediakan. Pertukaran pakej adalah tidak dibenarkan selepas operasi
sekolah bermula dan nama murid telah di daftarkan dalam sistem ASIS.

SEKSYEN 3

TUNGGAKAN YURAN

1. Tunggakan yuran dikira sekiranya bayaran yuran bulanan masih belum diterima
selepas tarikh 5hb. Pihak Unit kewangan (Kawalan Kredit) akan melakukan
tindakan berikut :
❑ Menghantar surat peringatan melalui whatsapp
❑ Peringatan melalui panggilan telefon
❑ Mengeluarkan notis sekatan kehadiran ke sekolah
❑ Sekiranya bayaran yuran bulanan masih belum diterima, sekatan
kehadiran ke sekolah akan dilaksanakan selepas 3 hari notis dikeluarkan

2. Tarikh sekatan biasanya 10hb -15 hb setiap bulan. Tindakan sekatan merupakan
tindakan akhir setelah peringatan-peringatan dikeluarkan dan tiada proses
rundingan atau maklumbalas dari pihak ibu bapa.

3. Rayuan dan pertimbangan untuk memanjangkan tempoh bayaran yuran
bulanan akan diberi mengikut persetujuan bersama antara pihak sekolah
(diwakili oleh Head of Finance) dan ibu bapa. Pesetujuan hendaklah dibuat
dalam bentuk dokumen yag ditandatangani oleh pihak ibu bapa.

4. Caj perkhidmatan 1% dari jumlah yuran akan dikenakan dan perlu dibayar
bersama tunggakan yuran.

PENINGKATAN TUNGGAKAN (MASUK BULAN KE 2)

1. Sekiranya bayaran yuran masih belum diterima mengikut tempoh yang
dipersetujui atau tiada maklumbalas untuk proses rundingan, tindakan berikut
akan diambil sebagai jalan terakhir :
❑ Digantung sesi persekolahan
❑ Tidak dibenarkan menduduki sebarang ujian, peperiksaan penggal atau
akhir tahun.
❑ Keputusan peperiksaan atau penilaian akan disekat.
❑ Segala dokumen berkaitan seperti sijil berhenti dan surat pengesahan
murid tidak akan dikeluarkan.

24

SRIIAA PENGGUNAAN TERMA DAN MAKSUD DI DALAM POLISI
DAN PERATURAN BAYARAN YURAN 2022

❑ Diberhentikan dari meneruskan persekolahan di SRII AL Amin (jika 3 bulan
tunggakan). Objektif tindakan ini adalah untuk mengelakkan jumlah
tunggakan menjadi semakin besar dan semakin membebankan untuk
diselesaikan.

❑ Menyenaraikan nama di CTOS bagi senarai hitam. Senarai hitam akan
dipadam segera sebaik sahaja bayaran tunggakan diselesaikan.

❑ Pendaftaran kemasukan untuk tahun berikutnya tidak dibenarkan.

SEKSYEN 4

PENANGGUHAN BAYARAN YURAN BULANAN

1. Penangguhan yuran tahunan atau bulanan dibenarkan bagi ibu bapa yang
mempunyai masalah atau halangan pembayaran yuran dengan syarat ibu
bapa / penjaga wajib memaklumkan kepada Bahagian Kawalan Kredit dengan
melakukan tindakan berikut:

❑ Mengisi “borang bayaran yuran lewat”

❑ Menyediakan dokumen sokongan seperti bukti pendapatan terjejas / surat
sokongan dari majikan /dokumen-dokumen bersesuaian yang boleh
menyokong permohonan.

❑ Menunggu pengesahan/ kelulusan dari Bahagian Kawalan Kredit
Kewangan sekolah.

❑ Menandatangani dokumen perjanjian.

SEKSYEN 5

PEMBATALAN PENDAFTARAN

1. Ibu bapa / penjaga yang terlibat untuk membatalkan pendaftaran anak dari
mana-mana sekolah di bawah pengurusan Akademi Generasi Mukmin Sdn Bhd
adalah tertakluk di bawah syarat-syarat berikut:

❑ Pihak ibu bapa /penjaga perlu melengkapkan borang permohonan
pembatalan pendaftaran di kaunter pejabat dalam tempoh 1 minggu dari
tarikh berhenti.

❑ Pembatalan pendaftaran dan polisi pemulangan yuran tahunan :

(RUJUK LAMPIRAN JADUAL PEMULANGAN YURAN TAHUNAN)

25

SRIIAA PENGGUNAAN TERMA DAN MAKSUD DI DALAM POLISI
DAN PERATURAN BAYARAN YURAN 2022

Batal Pemulangan yuran - -
pendaftaran 100% bagi yang telah
sebelum 30 Dis
membayar penuh
2021 yuran tahunan

Potongan akan
dibuat sekiranya
telah menerima atau
menggunakan
hadiah promosi

Pemulangan

yuran hanya 80%

Batal pada tarikh
pendaftaran
selepas 30 Dis - tersebut kerana -
2021 hingga 20 sebahagian kos

Feb 2022 terpaksa

ditanggung oleh

pihak sekolah

Batal - Pemulangan yuran
pendaftaran tahunan sebanyak
selepas 20 Feb 60% kerana sekolah
hingga 1 Mac
2022 / bermula - telah menanggung
persekolahan
risiko kehilangan
2022 murid dan hampir
semua prasarana

telah dibeli

2. Berhenti sekolah dan polisi pemulangan yuran
❑ Ibu bapa / penjaga hendaklah mengisi borang permohonan berhenti
sekolah selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh berhenti di kaunter
pejabat Akademi Generasi Mukmin Sdn Bhd.
❑ Tiada pemulangan yuran bulanan semasa sekiranya makluman berhenti di
buat pertengahan bulan sesi persekolahan yang sedang berjalan.
❑ Pemulangan yuran tahunan bagi permohonan berhenti semasa sesi
persekolahan berjalan adalah tertakluk kepada jadual berikut :

26

SRIIAA PENGGUNAAN TERMA DAN MAKSUD DI DALAM POLISI
DAN PERATURAN BAYARAN YURAN 2022

Yuran Berhenti antara Berhenti antara Berhenti antara Berhenti antara
Tahunan Mac 2022 - Mei Dis 2022 - Feb
Jun 2022 - Sept 2022 - Nov
/AEC 2022 2023
Ogos 2022 2022

Enrollment Tiada Tiada Tiada Tiada
Fees pemulangan pemulangan pemulangan pemulangan

Operational & Pemulangan Pemulangan Pemulangan Tiada
50% 25% sahaja pemulangan
Development 75%

Academic Pemulangan Pemulangan Pemulangan Tiada
50% 25% sahaja pemulangan
Development 75%

Student Pemulangan Pemulangan Pemulangan Tiada
General 75% 50% 25% sahaja pemulangan
Affairs

3. Carta alir proses permohonan berhenti dan pemulangan yuran
i. Notis permohonan berhenti dari ibu bapa/penjaga
ii. Permohonan diproses oleh pihak pejabat dan tindakan lanjut dari yang
berkenaan
iii. Semakan tunggakan yuran
iv. Sekiranya ada tunggakan , potongan akan dibuat dari jumlah
pemulangan yuran (will be deducted from refund amount)
v. Fail pelajar, surat berhenti akan diproses dalam tempoh 1 – 2 minggu
vi. Pemulangan yuran tahunan akan dibuat secara pindahan atas talian
sahaja dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh berhenti setelah diluluskan
oleh bahagian keawangan Akademi Generasi Mukmin. Tiada
pemulangan tunai serta merta dikaunter

SEKSYEN 6

1. Permohonan semula selepas berhenti
Permohonan untuk mendaftar semula setelah berhenti dan mendapat
pulangan yuran tahunan akan diterima secara bersyarat:
❑ Sekiranya masih ada kekosongan tempat
❑ Rekod bayaran yuran yang baik dan stabil
❑ Membayar semula yuran tahunan seperti yang telah dimaklumkan dalam
jadual bayaran.

27

SRIIAA PENGGUNAAN TERMA DAN MAKSUD DI DALAM POLISI
DAN PERATURAN BAYARAN YURAN 2022

SEKSYEN 7 (KHAS)

Yuran PDPR

Sekiranya gaya pembelajaran secara PDPC (normal / bersemuka secara fizikal)
bertukar kembali kepada PDPR berikutan pengisytiharan rasmi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) berikutan PKP pencegahan penularan pandemik
COVID-19 dan sebagainya, berikut merupakan polisi berkaitan yuran :

1. Tiada pemulangan untuk yuran tahunan selagi mana dalam tempoh tersebut,
sekolah di bawah pengurusan AGMSB masih terus beroperasi memberi khidmat
pembelajaran & pengajaran. Guru-guru dan kakitangan berkenaan hendaklah
menyesuaikan bentuk aktiviti dan program secara online atau digantikan
manfaat kepada penyediaan kits, tools bersesuaian (learn from anywhere,
everywhere byond class)

2. Potongan yuran bulanan akan diberikan sekiranya pembelajaran dijalankan
secara PDPR adalah sepeti berikut :

Standard (PDPC / hybrid) Yuran PDPR Jumlah pengurangan
Premium RM460 RM 380 RM 80

Fullboard RM540 RM 380 RM 160

28

SEKSYEN e

SRIIAA PENGAKUAN IBUBAPA / PENJAGA

PENGAKUAN POLISI SRI INTEGRASI AL AMIN 2022/2023

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bahawasanya saya ……………………………………………………………. Ibubapa /
penjaga kepada murid …………………………………………………………..darjah /
tahun (bagi sesi 2022/2023) ………… telah membaca dan memahami peraturan
dan polisi sekolah serta bersedia bekerjasama dengan pihak sekolah bahawa
tindakan boleh dikenakan ke atas anak saya jika beliau didapati melanggar
peraturan.

Tandatangan ibubapa/ penjaga : …………………………………………………………
Nama : …………………………………………………………
No.Kad Pengenalan : …………………………………………………………
Tarikh : …………………………………………………………
No. Telefon : …………………………………………………………

Sila kembalikan muka surat ini kepada Pejabat sekolah sebelum 25 Februari 2022 (Jumaat) 29

ISLAMIC INTEGRATED PRACTICAL

AKADEMI GENERASI MUKMIN

NO. G-13, JALAN KASTURI 1A, BUKIT BERUNTUNG 48300
RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: 03-60212701


Click to View FlipBook Version