TADIKA INTEGRASI CEMERLANG
SEKSYEN A : MAKLUMAT AM m/s 1
m/s 2
1-Muqaddimah m/s 2
2-Latarbelakang Tadika Integrasi Cemerlang m/s 2
3-Misi m/s 2
4-Visi m/s 3
5-Motto m/s 4&5
6-Carta Organisasi m/s 6
7-Tadika Awesome Teachers m/s 7
8-Keistimewaan Tadika Integrasi Cemerlang m/s 8 & 9
9-Konsep Pembelajaran m/s 10
10-Modul dan Bahan Pembelajaran m/s 11
11-Program Tambahan m/s 12
12-Rutin Kaedah Pembelajaran & Pengajaran m/s 13
13- Waktu Perkhidmatan m/s 14
14-Contoh Jadual Sekolah Bersemuka m/s 15
15-Saluran Komunikasi Sekolah
16- Plan Lalulintas
SEKSYEN B : PANDUAN DAN PERATURAN TADIKA
1-Pengurusan & Perlaksanaan m/s 16
Pengoperasian Tadika
2-peraturan Menghantar Anak Ke Tadika m/s 17
3-Pengeluaran dan Pertukaran Sekolah m/s 18
4-Peralatan Peribadi m/s 19
5-Pakaian Rasmi m/s 20
6-Rutin m/s 21
7-Maklumat Tambahan Perkhidmatan m/s 22
8-Kesihatan dan Penjagaan Peribadi m/s 22
9-Penjagaan Peribadi Dan Kekemasan m/s 22
10-Makanan m/s 22
11-Jamuan Harijadi m/s 23
12-Penilaian Prestasi m/s 23
13-Penglibatan Ibu Bapa m/s 23
14-Kecemasan m/s 24
15-Keperluan Khas Pelajar m/s 25
16-Penyelesaian Konflik m/s 26
17-Buku Komunikasi m/s 27
SEKSYEN C : SOP TADIKA m/s 27
1-Carta Alir Saringan Kanak-kanak m/s 28
m/s 29
SEKSYEN D : POLISI YURAN
m/s 30 & 31
Annual & Monthly Contribution m/s 32
Penggunaan Terma Dan Maksud Di Dalam m/s 33
Polisi Dan Peraturan Bayaran Yuran 2022. m/s 34
SEKSYEN 1 m/s 35-36
SEKSYEN 2 m/s 37
SEKSYEN 3 m/s 37
SEKSYEN 4
SEKSYEN 5
SEKSYEN 6
SEKSYEN 7
SEKSYEN E : BORANG AKUAN DAN PERSETUJUAN
1. MUQADDIMAH
Pendidikan Pra Sekolah merujuk kepada peringkat umur anak 5 hingga 6 tahun
adalah merupakan fasa terpenting yang dianggap sebagai “golden age” dan
perlu untuk diberi tumpuan
Menyeluruh melibatkan perkembangan pembelajaran kanak-kanak setara
komperhensif dan holistik
Perkara ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. dalam surah At Tin : 04
َﻟ َﻘ ْﺪ َﺧ َﻠ ْﻘ َﻨﺎ ا ْ ِﻻ ْ� َﺴﺎ َن ِ� ْٓ� َا ْﺣ َﺴ ِﻦ َﺗ ْﻘ ِﻮْ� ٍۖﻢ
Maksud :
Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya,
Oleh itu semua kanak-kanak di fasa “Golden Age” ini mempunyai potensi sebaik-
baiknya (sempurna dan terbaik) untuk menjadi generasi Khalifah dimuka bumi ini.
Namun kadang-kadang tanggungjawab ini tidak direalisasikan sebaik mungkin
khususnya apabila fokus pembelajaran kanak-kanak hanya dilihat dari aspek
kecerdasan intelektual (IQ) semata-mata iaitu kemahiran membaca dan menulis
sahaja.
Berdasarkan situasi ini, Tadika Integrasi Cemerlang merasa bertanggungjawab
untuk menawarkan perkhidmatan pra sekolah yang mampu mendidik anak-anak
menjadi hamba Allah yang taat dan khalifah yang bermanfaat sebagai generasi
mukmin peneraju kepimpinan ummah di masa hadapan.
1
2. LATAR BELAKANG
Alhamdulillah, Tadika Integrasi Cemerlang telah beroperasi semenjak tahun 2008
di Bukit Beruntung Rawang Selangor dan berdaftar dengan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) no. pendaftaran : PPDHS.600-11/1/2
Tadika Integrasi Cemerlang menawarkan perkhidmatan pembelajaran dan
pendidikan awal pra sekolah untuk anak-anak berumur 5 hingga 6 tahun
menggunapakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Memberi penekanan kepada pendidikan pembangunan insan secara holistik,
menerapkan pembinaan iman menggunakan modul Little ‘Abd iaitu penekanan
cara dan konsep didikan menjadi hamba Allah yang taat seawal usia melalui
penghayatan surah “Al Fatihah” yang dipecahkan kepada 4 tema utama
pembelajaran dalam setahun.
3 MISI
Membentuk generasi mukmin professional yang menjadikan Islam sebagai satu
cara hidup secara menyeluruh dan melaksanakan tanggungjawab sebagai
hamba dan khalifah Allah dengan penuh taqwa.
4 VISI
Menerajui suasana Pendidikan berkonsep ‘biah solehah’ dalam melaksanakan
pendidikan Islam secara holistic diperingkat pra sekolah.
5 MOTTO
“Pilihan Tepat Didikan Generasi Mukmin Profesional”
2
6. CARTA ORGANISASI
AHLI LEMBAGA PENGELOLA AHLI LEMBAGA PENGELOLA
PN. NORLIZA BINTI MUSA EN. NORSAZALI BIN ABDULLAH
GURU BESAR
PN. SITI NORHANUM BINTI MOHD. ZAIN
SETIAUSAHA BENDAHARI
PN. ROS FAUZIAH BINTI MOHD SAIDI CIK NURUL SHAHIRAH BINTI ZULIADAINI
MULTIMEDIA HAL EHWAL MURID (1) HAL EHWAL MURID (2)
PN. SUHAILA BINTI MOHAMMAD SANIF PN. NURAKQIDAH ZAFEERA BINTI ZULKIFLI CIK SITI NABILAH BINTI ZAIDON
KOMUNIKASI INVENTORI (1) INVENTORI (2) INVENTORI (3)
CIK NUR KHAIRUNNISA PN. ATHIRAH BINTI CIK NUR ASHIKIN
IZZATI BINTI MOHD ZAKI CIK NURUL FARRAH
MAT YUSOP BINTI AZMI
ASYIQIN BINTI SAMAD
3
7. TADIKA AWESOME TEACHERS
SITI NORHANUM NURAKQIDAH ZAFEERA
DIPLOMA LANJUTAN DIPLOMA PENDIDIKAN
PENDIDIKAN (PGDE) & STAM AWAL KANAK-KANAK
ROS FAUZIAH SITI NABILAH
SPM
DIPLOMA LANJUTAN
(BERPENGALAMAN SELAMA 15 PENDIDIKAN (PGDE) & IJAZAH
TAHUN DALAM BIDANG TADIKA) BAHASA ARAB DAN KOMUNIKASI
NURUL SHAHIRAH ATHIRAH
DIPLOMA LANJUTAN PENDIDIKAN DIPLOMA PENDIDIKAN
(PGDE) & IJAZAH PENTADBIRAN AWAL KANAK-KANAK
PERNIAGAAN (KEPUJIAN)
4
7. TADIKA AWESOME TEACHERS
SUHAILA NUR ASHIKIN
DIPLOMA PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN
PRASEKOLAH AWAL KANAK-KANAK
NURUL FARRAH ASYIQIN NUR KHAIRUNNISA IZZATI
DIPLOMA DIPLOMA SENIBINA
PENGAJIAN MUAMALAT LANDSKAP
5
8. KEISTIMEWAAN TADIKA INTEGRASI CEMERLANG
KESELESAAN
Kelas berhawa dingin dan mempunyai pembersih udara
Bilangan yang terhad 15 orang dalam kelas mengikut SOP
KEGEMBIRAAN & KECERIAAN ANAK-ANAK
Peralatan pembelajaran multimedia di setiap kelas
Ruang permainan indoor
Menu makanan yang menarik
Guru-guru yang terlatih dan penyayang
KEMUDAHAN
Suasana kelas dan pembelajaran yang ceria
Alatan tulis dan buku-buku disediakan di sekolah
KESELAMATAN
Kawalan CCTV
Pematuhan SOP
6
9. KONSEP PEMBELAJARAN MULTIPLE
INTELLIGENCES
TUNJANG
KSPK LEARNING THE
KNOWLEDGE
KOMUNIKASI OF TAWHID
SAINS & INSAN KEROHANIAN,
TEKNOLOGI SIKAP & NILAI
SEIMBANG
(PEMIKIRAN
KRITIS & KREATIF)
PERKEMBAN INOVATIF
GAN FIZIKAL KEMANUSIAAN
& ESTETIKA
KETERAMPILAN
DIRI
STEM
7
10. MODUL DAN BAHAN PEMBELAJARAN
Little Abd’
Program
Melaksanakan module Little ‘Abd untuk pendidikan. Karakter Generasi Mukmin –
Pendidikan iman menjadi hamba Allah yang taat dan khalifah Allah yang
bermanfaat berteraskan surah Al-fatihah. Mengandungi 4 tema
utama pembelajaran.
TEMA 1 : Allah Is My Rabb
(AL-FATIHAH 1-2
TEMA 2 : Allah TEMA 4 : I Love &
Ar Rahman Obey Allah
Ar Rahim (AL-FATIHAH 6 -7)
(AL-FATIHAH 3)
TEMA 3 : I Am Allah’s Little ‘Abd
(AL-FATIHAH 4 -5)
Little
Scientist
Little Scientist Program merupakan sebuah
program yang dapat meningkatkan
pengetahuan anak-anak mengenai dunia
sains. Alfa And Friends (Little Scientists)
mengetengahkan module pembelajaran
sains dengan alatan eksperimen yang
menarik.
8
10. MODUL DAN BAHAN PEMBELAJARAN
Al Barqy
Cara Pantas Belajar Membaca Al Quran
menggunakan kaedah Al-Barqy
Kaedah Cepat dan Sistematik untuk belajar
mengaji Al-Quran dari Asas hingga mahir
Tajwid.
Antara keunikan kaedah ini, ia
menggunakan Kunci Kata yang mudah
diingat dan bersifat anti-lupa.
Khalifah Kaedah
Method SASU
Pendekatan Khalifah Method Pendekatan Kaedah SASU (Sayang
“Choose To Be Goof” Al Quran Seawal Usia) : Hafalan &
Latihan Cinta Solat Praktikal Ayat-ayat Akhlak Melalui
Gaya Isyarat
Menghafal Program
Surah & Doa Pra Tahfiz
Menghafal surah-surah pendek yang Program Pra Tahfiz : Hafiz /
telah ditetapkan untuk anak 5 tahun dan Hafizah Junior
6 tahun serta doa-doa utama untuk
kehidupan harian.
Hafazan ayat-ayat akhlak dengan teknik
hafazan melalui gaya badan atau isyarat
bagi menanam Pendidikan akhlak
berteraskan Al-Quran
9
11. PROGRAM TERBAHARU
Keedsflix-
Tadika Online
KOLEKSI PEMBELAJARAN TADIKA ISLAM KEEDSFLIX –SECARA ONLINE
Koleksi pembelajaran 12 subjek kurikulum iaitu Malay Reading, English Reading,
Mathematics, Quranic Iqra, Science, Malay Tematic, English Tematic, Dua, Junior
Chef, Arabic, Creative Learning dan Story Me
✔Mengandungi kandungan ilmu yang menyeluruh dan menarik
✔Mengikut piawaian Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
✔Sistem pembelajaran yang tidak membosankan dan "Free Stress"
✔Belajar mengikut masa sendiri
✔Dapat tahu dari Laporan Perkembangan Anak-anak
✔Anda akan dapat akses kesemua 12 subjek kurikulum
✔Anda akan dapat laporan prestasi dan markah anak anda agar mereka terus
termotivasi
Jolly English
Jolly English is an English-language course that
provides essential vocabulary while developing
the children's awareness of the sounds of English.
It introduce vocabulary and sounds in the same
oder as the Jolly Phonics programme, so it can
be used either before or alongside Jolly Phonics.
Jolly English programme that combines English
vocabulary and phonics to give children the
best start.
‘Special Learning
Tools : Ba.tu Board’
Kaedah Mudah Belajar Membaca Dan
Menulis Menggunakan Bahan
Pembelajaran: Ba.tu Board’
10
12. RUTIN KAEDAH PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
PERBUALAN AWAL
1) Murid berada di tempat duduk masing-masing semasa perbualan awal.
2) Murid dididik tentang amalan keselamatan dan kesihatan diri semasa berada
di dalam kelas dan di rumah.
REHAT
1) Murid mengamalkan penjarakan social semasa mencuci tangan.
2) Murid makan di tempat masing-masing.
3) Murid tidak dibenarkan berkongsi makanan dan perlatan makan minum seperti
sudu, cawan dan sebagainya.
4) Murid membersihkan meja masing-masing sebelum dan selepas makan.
AKTIVITI PDP
1) Penglibatan pihak luar dalam PDP secara bersemuka tidak dibenarkan.
2) Murid mesti mencuci tangan sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3) Bagi penggunaan bahan pembelajaran, guru perlu
3.1 Mengehadkan bahan dan peralatan.
3.2 Mengambil kira penjarakan social dalam satu masa.
3.3 Memastikan bahan dan perlatan disinfeksi sebelum dan selepas
digunakan.
4) Aktiviti PDP luar bilik darjah hanya boleh dilaksanakan di persekitaran tadika
dengan mengamalkan penjaran social.
5) Penggunaan kemudahan dan alat permainan luar tidak dibenarkan (tertakluk
kepada arahan KPM dari masa ke semasa.)
6) Lawatan sambal belajar luar kawasan tadika tidak dibenarkan.
AKTIVITI PENUTUP 11
1) Guru dan murid berkongsi pengalaman pembelajaran pada hari tersebut
dengan memberikan penekanan tentang aspek keselamatan dan kesihatan.
2) Guru memberikan pesanan tentang amalan kebersihan dan aktiviti
pembelajaran di rumah.
13. WAKTU PERKHIDMATAN
Waktu persekolahan adalah mengikut pakej yang telah dipilih oleh ibu bapa
ketika membuat pendaftaran. Sebarang perubahan masa akan dimaklumkan
kepada ibu bapa.
Isnin 2022
UMUR PAKEJ WAKTU
PERSEKOLAHAN
BASIC AMAZING KINDER 7.00am – 1.30pm
5 Tahun PREMIUM AMAZING 7.00am – 5.00pm
Dan KINDER 7.00am – 7.00pm
6 Tahun FULLBOARD AMAZING
KINDER
12
14. CONTOH JADUAL SEKOLAH BERSEMUKA
13
15. SALURAN KOMUNIKASI SEKOLAH
Akademi Generasi Mukmin
Sdn Bhd
03 60212701 I Pejabat Sekolah
Group Whatapps Sekolah
www.agmsb.edu.my
14
16. PLAN LALU LINTAS
15
DIMINTA IBU BAPA UNTUK MEMATUHI PELAN LALU LINTAS BERIKUT KETIKA MENGHANTAR DAN MENGAMBIL
ANAK BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN LALU LINTAS DAN KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI.
1. PENGURUSAN & PERLAKSANAAN PENGOPERASIAN TADIKA
Tadika Integrasi Cemerlang adalah terbuka kepada kanak-kanak yang berumur
5 dan 6 tahun. Keutamaan pendaftaran akan diberikan kepada pelajar yang
sedia ada dan telah membuat bayaran penempahan tempat serta deposit
pendaftaran tidak dikembalikan.
Kanak-kanak yang memasuki TIC mestilah berumur tidak kurang 4 tahun pada 31
Disember tahun yang berkenaan. Salinan sijil lahir hendaklah disertakan semasa
proses pendaftaran.
1.0 WAKTU OPERASI
Berikut adalah waktu operasi Tadika Integrasi Cemerlang :
UMUR WAKTU PERSEKOLAHAN
7.00am – 1.30pm
5 Tahun Dan 7.00am – 5.00pm
6 Tahun
7.00am – 7.00pm
1.1 WAKTU TIBA
i. Ibubapa/penjaga dibenarkan untuk menghantar anak bermula jam 7:00
pagi. Sepanjang tempoh PKP ini, pihak pengurusan telah membahagikan
waktu menghantar anak ke tadika kepada 4 slot sahaja yang boleh dipilih
semasa membuat permohonan. Ibubapa/penjaga perlu menepati masa
yang telah dipilih bagi mengelakkan perkumpulan dan kehadiran serentak.
ii. Saringan kesihatan iaitu pengambilan suhu setiap hari di pintu masuk tadika
sebelum bergerak ke kelas. Jika suhu badan murid mencecah 37.5 C dan ke
atas, ibu bapa/penjaga perlu membawa pulang murid untuk mendapatkan
rawatan.
iii. Kelas akan diadakan mengikut pakej yang telah dipilih oleh ibubapa.
Ibubapa/penjaga perlu menghantar anak sebelum sesi pembelajaran
bermula iaitu pada pukul 8.00 pagi bagi mengelak menganggu proses
pengajaran dan pembelajaran.
iv. Kehadiran murid ke tadika bergantung kepada kapasiti bilik darjah dengan
mengambil kira penjarakan social.
v. Murid akan mencuci tangan sebaik tiba di kelas.
vi. Murid akan duduk di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak tadika.
vii. Sarapan pagi disediakan bermula pukul 9.00 pagi hingga 9.30 pagi sahaja.
Murid digalakkan untuk bersarapan ringan awal di rumah.
viii. Alat tulis dan bahan pembelajaran akan disediakan oleh pihak tadika. 16
1. PENGURUSAN & PERLAKSANAAN PENGOPERASIAN TADIKA
1.2 WAKTU PULANG
1. Ibubapa/penjaga dibenarkan mengambil anak hanya pada waktu
mengikut pakej. Pengambilan anak diluar waktu pakej adalah tidak dibenarkan
sama sekali kerana akan mengganggu tugasan guru.
2. Waktu balik murid adalah bergantung kepada pakej yang diambil :
Program Tadika (BASIC AMAZING KINDER) berakhir pukul 1.30 tengahari (Sila
pastikan anak - anak dijemput sebelum 1.40 tengahari untuk mengelakkan caj
lebih masa).
Program Tadika (PREMIUM AMAZING KINDER) berakhir pukul 5.00 petang (Sila
pastikan anak - anak dijemput sebelum 5. 10 petang untuk mengelakkan caj
lebih masa .
Program Tadika (FULLBOARD AMAZING KINDER) berakhir pukul 7.00 petang (Sila
pastikan anak-anak dijemput sebelum 7.10 petang untuk mengelakkan caj
lebih masa ).
Cas lebihan masa akan dikenakan sekiranya ibubapa/penjaga tidak mengambil
anak mengikut waktu yang ditetapkan. Cas lebihan masa akan mula dikira 10
minit selepas watu balik. Ini bertujuan mengikuti saranan kerajaan bagi
memastikan anak tidak berada dalam premis tadika lebih dari 8 jam.
3. Murid akan mencuci tangan sebelum pulang.
4. Ibu bapa/penjaga digalakkan membawa anak-anak jagaan terus pulang
ke rumah selepas sesi persekolahan.
1.3 CUTI SEKOLAH
1) Cuti tadika adalah mengikut takwim dan perancangan sekolah. Tertakluk
pada pindaan.
17
2. PERATURAN MENGHANTAR ANAK KE TADIKA
Berikut adalah peraturan yang perlu dipatuhi oleh ibu bapa untuk menghantar
anak ke tadika dalam mencegah penularan jangkitan COVID 19.
SEBELUM
i. Memastikan anak adalah sihat sebelum di hantar ke tadika.
ii. Memastikan anak sudah dimandikan dari rumah berpakaian bersih semasa
dihantar ke tadika.
iii. Memastikan anak memakai topeng muka pakai buang yang diganti setiap
hari. Jika memakai topeng muka jenis kain, hendaklah dibasuh setiap hari.
iv. Setibanya di tadika, ibubapa/penjaga perlu menunggu anak selesai disaring
terlebih dahulu.
v. Anak yang melebihi suhu 37.5ᵒc tidak dibenarkan masuk ke tadika dan
ibubapa/penjaga perlu membawa pulang anak tersebut.
SEMASA
i. Sentiasa peka dengan panggilan telefon atau Whatsapp dari pendidik.
ii. Jika diminta untuk mengambil anak dari tadika disebabkan sebarang hal
kecemasan atau anak tidak sihat, diminta supaya segera berbuat demikian.
SELEPAS
i. Semasa mengambil anak pastikan diri dalam keadaan bersih dan memakai
topeng muka.
ii. Menjaga penjarakan sosial (1 meter) dengan ibu bapa yang lain semasa
menunggu anak di luar tadika.
iii. Memandikan anak sejurus setelah sampai di rumah sebelum berinteraksi
dengan ahli keluarga yang lain.
iv. Elakkan daripada membawa anak-anak ke tempat awam
v. Menjaga kebersihan persekitaran di dalam rumah.
vi. Bersihkan dan disinfeksi permukaan dalam dan luar kereta yang kerap disentuh
seperti tombol pintu, selusur tangan, tingkap dan tempat duduk secara
berkala.
18
3. PENGELUARAN DAN PERTUKARAN SEKOLAH
Notis 1 bulan hendaklah diberikan kepada guru dan pihak pengurusan untuk
urusan pengeluaran / pertukaran murid.
Tiada sebarang notis pengeluaran boleh dibuat pada bulan Oktober dan
November kerana ianya akan mengganggu keseluruhan persediaan
akademik akhir tahun yang telah dibuat terlebih dahulu.
Pertukaran pelajar ke pusat pengajian yang lain hanya boleh dibuat selepas
30 hb dengan notis 1 bulan lebih awal.
4. PERALATAN PERIBADI
Ibu bapa diminta membekalkan sebotol sanitizer bersaiz kecil untuk kegunaan
anak masing-masing.
Anak digalakkan membawa botol air dari rumah bagi mengurangkan
pergerakan anak ke mesin penapis air.
Sila pastikan NAMA MURID ditulis di setiap barangan peribadi.
Sila pastikan uniform sekolah, baju sukan, beg, kasut, stoking, tuala, seluar
dalam ditulis NAMA dengan jelas.
Ukuran saiz beg yang dibenarkan adalah 35cmx25cm
Setiap hari murid dikehendaki membawa :
Baju Ganti
Tuala (untuk murid full day)
Murid TIDAK dibenarkan membawa sebarang barangan peribadi, mainan
atau alat tulis dari rumah.
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan
barangan peribadi.
19
5. PAKAIAN RASMI
1. Murid hanya dibenarkan memakai pakaian uniform rasmi sekolah sahaja
berdasarkan jadual pemakaian uniform.
2. Tidak dibenarkan memakai sebarang barang kemas ke sekolah. Anting-anting
berbentuk bulat tidak dibenarkan.
3. Pastikan potong rambut murid lelaki supaya tidak menyalahi peraturan sekolah.
4. Sila pastikan rambut dalam keadaan kemas dan bebas dari jangkitan kutu.
5. Kuku juga mestilah pendek serta bersih.
KOPIAH SCARF PAKAIAN KOPORAT
STOKEN HITAM TUDUNG TADIKA
KASUT HITAM STOKEN HITAM
KASUT HITAM HARI ISNIN
HARI RABU
HARI JUMAAT
KOPIAH SCARF PAKAIAN SUKAN
STOKEN HITAM TUDUNG TADIKA
KASUT HITAM STOKEN HITAM
KASUT HITAM HARI SELASA
HARI KHAMIS
**Pembelian uniform tadika dijual secara berasingan dan tidak termasuk dalam 20
pembayaran yuran tahunan.
6. RUTIN
i. Sepanjang berada di tadika, anak akan ditempatkan di dalam kumpulan kecil
sebagai mengambil kira penjarakan fizikal antara satu sama lain.
ii. Aktiviti di luar kelas serta aktiviti yang memerlukan perhimpunan tidak akan
dijalankan.
iii. Makanan akan disediakan oleh pihak tadika dan hanya dibenarkan makan di
dalam kelas sahaja.
iv. Anak akan tidur di dalam kelas masing-masing mengikut penjarakan fizikal yang
telah disediakan.
v. Penggunaan tikar dan karpet tidak dibenarkan di dalam kelas. Pihak tadika
akan menyediakan mat sebagai alas duduk dan tidur anak.
vi. Bagi anak yang mengambil pakej PREMIUM AMAZING KINDER (7:00 – 5:00) dan
pakej FULLBOARD AMAZING KINDER (7:00 – 7:00) tidak akan mandi disekolah
bagi mengelakkan bersesak-sesak di tandas atau tempat mandi. Namun
begitu, guru akan menyalinkan anak dengan pakaian bersih yang telah
dibekalkan oleh ibu bapa.
21
7. MAKLUMAT TAMBAHAN PERKHIDMATAN
i. Kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi (nyahkuman) akan dilakukan secara
menyeluruh di dalam dan di luar kawasan tadika sebelum memulakan
pengoperasian.
ii. Anak akan diajar oleh guru untuk mengamalkan rutin mencuci tangan yang
betul setiap kali selepas makan atau beraktiviti.
iii. Guru yang bertugas diwajibkan mengisi borang akuan pengisytiharan
kesihatan. Hanya guru yang sihat sepenuhnya akan dibenarkan untuk
bertugas di tadika.
iv. Pihak pengurusan tadika akan memastikan guru yang bertugas akan diberi
latihan yang secukupnya dalam mematuhi segala SOP pengoperasian tadika
dalam mengikut saranan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
v. Setiap hari sebelum guru meninggalkan premis, kerja-kerja pembersihan dan
disinfeksi (nyahkuman)secara menyeluruh akan dilaksanakan bagi
memastikan tadika bersih dan selamat.
8. KESIHATAN DAN PENJAGAAN PERIBADI
Untuk keselesaan dan keselamatan murid yang lain, murid yang menunjukkan
tanda – tanda sakit TIDAK DIBENARKAN datang ke sekolah. Antaranya ialah :
•Demam, Sakit mata , kudis buta ,cacar air, kutu kepala dan lain- lain
penyakit berjangkit.
9. PENJAGAAN PERIBADI DAN KEKEMASAN
•Murid diwajibkan memakai pakaian lengkap sekolah yang bersih.
10. MAKANAN
Pihak sekolah akan menyediakan makanan untuk murid-murid seperti waktu
berikut:
9.00 PAGI 12.00 TENGAHARI 4.30 PETANG
Semua pakej Semua pakej
Pakej Premium
Amazing Kinder &
Fullboard Amazing
Kinder)
Murid TIDAK dibenarkan membawa makanan (bekal) dari rumah ataupun 22
dibeli dari luar.
11. JAMUAN HARIJADI
TIDAK dibenarkan untuk mengadakan sambutan hari jadi di sekolah.
Nota : Pihak sekolah berhak untuk memulangkan semula makanan yang dibawa.
12. PENILAIAN PRESTASI
Tiada peperiksaan yang khusus dibuat kepada murid kerana penilaian prestasi
individu dipantau melalui :
Rekod Pembacaan Harian Individu
Rekod Mengaji Harian Individu
Rekod Laporan Kemajuan dan Perkembangan Murid
13. PENGLIBATAN IBUBAPA
Penglibatan ibubapa dalam aktiviti pelajar akan memperkayakan pengalaman
persekolahan mereka.
Peranan ibubapa amat penting dalam menjayakan program di TIC.Penglibatan
ibubapa dalam aktiviti seperti :
• Acara tahunan dan aktiviti luar
OIbubapa amat dialu-alukan untuk menyertai program yang dianjurkan
atau memastikan pelajar hadir ke setiap program yang dianjurkan oleh
TIC. (tertakluk kepada arahan KPM dari masa ke semasa)
• Pemantapan Pendidikan di rumah
Setiap keluarga dikehendaki untuk mempraktikkan dan membimbing
pelajar di rumah dengan penghayatan islam setiap hari (khalifah
method).
• Perjumpaan guru dan ibubapa
Menghadiri sesi pertemuan yang telah diaturkan.(Tertakluk kepada situasi
COVID-19 dari masa ke semasa)
• Perjumpaan guru dan ibubapa
Ibubapa dikehendaki untuk memeriksa beg anak masing-masing setiap
hari untuk mengetahui info atau maklumat dari sekolah.
• Maklumat penting
Ibubapa dikehendaki untuk memeriksa beg anak masing-masing setiap
hari untuk mengetahui info atau maklumat dari sekolah. 23
14. KECEMASAN
Sekiranya berlaku kecederaan, kesakitan yang serius atau kemalangan ke atas
pelajar semasa berada di TIC, guru akan memaklumkan kepada ibu bapa
terlebih dahulu tentang keadaan anak. Jika ibu bapa boleh hadir dan
keadaan anak stabil untuk menunggu ibu bapa , pihak sekolah akan sedaya
upaya untuk memastikan anak berada di dalam keadaan selesa dan selamat
sementara menanti ibubapa .
Jika ibubapa tidak dapat hadir segera dan anak perlu dibawa ke hospital /
klinik dengan secepat mungkin , guru akan menghubungi ambulan dan
seorang guru akan menemani anak tersebut . Ibubapa akan dihubungi dan
membuat temujanji di hospital . Guru tersebut tidak akan menurunkan apa-apa
tandatangan untuk kebenaran rawatan .
Sebarang bayaran / caj rawatan adalah di bawah tanggungan ibubapa /
penjaga .
Manakala kes kecemasan keluarga, sila hubungi pejabat.
PENTING :
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab sekiranya nombor telefon rumah,
pejabat dan telefon bimbit yang diberikan tidak dapat dihubungi.
SULIT
TIC adalah satu organisasi yang berkonsepkan satu keluarga di Antara barisan
tenaga kerja ibubapa mahupun para pelajar. Oleh yang demikian pihak kami
amat menghormati hak peribadi.
Sila berhubung dengan pejabat sekiranya berlaku sebarang keraguan komen
atau pertanyaan. Maklumat sensitif mengenai pelajar haruslah dirahsiakan dan
tidak menjadi perbincangan umum.
Pihak kami amat menghargai kerjasama dan amat berharap agar ibubapa
dapat bersikap rasional dalam menangani sebarang permasalahan yang
timbul.
24
15. KEPERLUAN KHAS PELAJAR
Terdapat sebilangan kecil pelajar yang mungkin menghadapi kesukaran dalam
pembelajaran.
Oleh yang demikian, ibubapa akan dimaklumkan dan pelajar tersebut
memerlukan perhatian tambahan di rumah. Guru juga akan membuat
penyusunan semula mengikut keperluan pelajar.
Walaubagaimanapun, ibubapa dikehendaki untuk mendapatkan bantuan
sekiranya pelajar menghadapi masalah seperti :
Memerlukan keperluan khas atau kurikulum yang diubahsuai.
Pelajar yang menghadapi masalah dengan pergaulan sosial dan emosi di
dalam tahap pelajaran sepatutnya mereka berada.
Masalah fizikal yang memerlukan kelengkapan khas.
Pihak sekolah berhak untuk menerima atau menolak kemasukan pelajar yang
menghadapi masalah yang dinyatakan di atas.
Sekiranya pendaftaran sudah dibayar dan dibuat tanpa notis bertulis yang
memaklumkan keadaan pelajar, pihak sekolah berhak untuk tidak
memulangkan semula bayaran yang telah dibuat.
Pelajar yang telah mendapat laporan kesihatan dan disyorkan untuk dihantar ke
sekolah biasa, pihak sekolah akan menimbangkan untuk memberikan tempoh
percubaan kepada pelajar tersebut. Sekiranya pelajar tidak dapat
menyesuaikan diri, pihak sekolah berhak untuk menolak kemasukannya.
Walaubagaimanapun, sekiranya pelajar diterima masuk, ibubapa dikehendaki
menghantar laporan lengkap dari pihak kesihatan/pakar terapi beserta nombor
yang boleh dihubungi. Ia bertujuan untuk memastikan pihak sekolah dapat
mengetahui tahap kemampuan pelajar demi kebaikan pelajar itu sendiri.
25
16. PENYELESAIAN KONFLIK
Di TIC, kakitangan dan guru akan cuba memberikan yang terbaik dari segi ilmu
pengetahuan, kebolehan dan pengalaman.
Hubungan ini dibina melalui komunikasi, perkongsian dan pengetahuan
sesama muslim.
Ibubapa dialu-alukan untuk memberi sebarang pandangan yang membina
atau sebarang aduan pada bila-bila masa di waktu pejabat.
Sekiranya ibubapa mempunyai sebarang aduan tentang permasalahan yang
timbul atau kakitangan, sila patuhi tatacara berikut :
Aduan hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan
Aduan hendaklah diserahkan kepada pengetua
Membawa aduan kepada lembaga pengurusan
17. BUKU KOMUNIKASI
Buku ini adalah sebagai saluran komunikasi antara ibubapa dan pihak sekolah.
Sila pastikan buku sentiasa berada di dalam beg dan dibawa setiap hari.
Sekiranya berlaku kehilangan, bayaran akan dikenakan sebanyak RM10.
Sila pastikan buku DITANDATANGAN.
Setiap memo yang dikeluarkan oleh pihak sekolah hendaklah ditandatangan
oleh ibubapa untuk memastikan maklumat diterima.
26
KANAK-KANAK DATANG
DISARING
TIDAK BERGEJALA BERGEJALA
-DIBENARKAN MASUK -DEMAM / SELSEMA/
BATUK
DIPULANGKAN KEPADA
IBU BAPA
27
ANNUAL & MONTHLY CONTRIBUTION
28
PENGGUNAAN TERMA DAN MAKSUD DI DALAM POLISI DAN
PERATURAN BAYARAN YURAN 2022.
1. ANNUAL EDUCATION CONTRIBUTION (AEC) adalah merujuk kepada YURAN
TAHUNAN.
2. MONTHLY EDUCATION CONTRIBUTION (MEC) merujuk kepada YURAN
BULANAN.
3. Terdapat perubahan ketara di dalam penentuan tarikh permulaan sesi
pembelajaran 2022 berdasarkan pengumuman oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM):
Sesi pembejaran 2022 bermula pada Mac 2022 dan berakhir pada Feb 2023 untuk
TIC.
4. Polisi dan Peraturan Pembayaran Yuran ini mempunyai 7 bahagian utama
SEKSYEN 1, SEKSYEN 2 dan SEKSYEN 3,4,5,6 dan 7
5. PERBEZAAN YURAN TAHUNAN (AEC) DAN YURAN BULANAN (MEC):
BIL ANNUAL EDUCATION CONTRIBUTION (AEC) / MONTHLY EDUCATION
YURAN TAHUNAN. CONTRIBUTION (MEC) YURAN
BULANAN
MERUPAKAN SUMBANGAN PENDIDIKAN UNTUK 1 MERUPAKAN SUMBANGAN PENDIDIKAN
TAHUN SESI PEMBELAJARAN (12 BULAN) BAGI BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI BULANAN
1 MENAMPUNG KOS PENGURUSAN & PENTADBIRAN, SEPERTI GAJI GURU DAN KAKITANGAN,
SISTEM, PRASARANA,PEMBANGUNAN KAKITANGAN SEWA TEMPAT, UTILITI, MAKANAN DAN
DAN LAIN-LAIN . KOS PENGURUSAN BULANAN.
2 DIBAYAR SEKALI SAHAJA SETIAP TAHUN SEBELUM DIBAYAR SETIAP BULAN SELEWATNYA
SESI PEMBELAJARAN TAHUN SEMASA BERMULA PADA ATAU SEBELUM 5HB
29
SEKSYEN 1
1) ANNUAL EDUCATION CONTRIBUTION (AEC) adalah merujuk kepada YURAN
TAHUNAN.
1.1: Yuran Tahunan adalah sumbangan bayaran yang dibuat oleh ibu bapa
/ penjaga bagi membiayai kos perkhidmatan pendidikan yang
disediakan meliputi:
Enrollment Fees
Operational & Development
Academic Development
Student General Affairs
1.2: Sumbangan dibuat hanya sekali sahaja bagi setiap tahun sesi
persekolahan (12 bulan sahaja) yang di tetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM)
Contoh:
A) Annual Education Contribution AEC (Yuran Tahunan) 2022 TIC: Mac 2022
hingga Feb. 2023
1.3: Yuran Tahunan tidak termasuk pakaian seragam sekolah.
1.4: Yuran Tahunan perlulah dijelaskan sepenuhnya sebelum 30 Disember
atau sebelum sesi persekolahan bermula bagi tahun tersebut (merujuk
kepada MEMO terkini yang diedarkan oleh tahun semasa). Nama murid
tidak akan direkodkan di dalam senarai murid berkenaan sekiranya yuran
tahunan tidak diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
1.5: Yuran Tahunan wajib dibayar walaupun murid membuat pendaftaran
selepas sesi persekolahan bermula berdasarkan jumlah seperti di dalam
jadual di bawah:
30
SEKOLAH TEMPOH (BULAN /SEMESTER) JUMLAH BAYARAN
DAFTAR PADA SUKU TAHUN YURAN TAHUNAN PENUH
PERTAMA (1ST QUARTER)
(Mac, Apr. Mei 2022)
DAFTAR PADA SUKU TAHUN POTONGAN 25% DARI
KEDUA (2ND QUARTER) JUMLAH BAYARAN YURAN TAHUNAN
DARI BAHAGIAN:
(Jun, Julai, Ogos 2022) * Operational & Development
*Academic Development
*Student General Affairs
TETAPI DARI BAHAGIAN
*Enrolment Fees DI BAYAR PENUH
TIC POTONGAN 50% DARI JUMLAH YURAN
DAFTAR PADA SUKU TAHUNAN DARI BAHAGIAN:
TAHUN KETIGA (3RD *Operational & Development
QUARTER) *Academic Development
(Sept, Okt, Nov.2022) *Student General Affairs
TETAPI DARI BAHAGIAN
*Enrolment Fees DI BAYAR PENUH
DAFTAR PADA TAHUN SUKU POTONGAN 75% DARI JUMLAH YURAN
TAHUN KE EMPAT TAHUNAN DARI BAHAGIAN:
4THQUARTER) *Operational & Development
(Dis.2022, Jan.2023,Feb.2023) *Academic Development
*Student General Affairs
TETAPI DARI BAHAGIAN
*Enrolment Fees DI BAYAR PENUH
1.6: Pembayaran Yuran Tahunan hendaklah dibuat melalui sistem onpay
menggunakan link yang ditetapkan bagi melancarkan urusan pemberian resit,
merekod data dan sebagainya.
1.7: Pembayaran yuran tahunan secara lumpsum adalah digalakkan dan terdapat
ganjaran-ganjaran tertentu disediakan (tertakluk kepada promosi terkini), namun
bayaran ansuran dibenarkan dengan syarat jumlah penuh diterima sebelum 30
Disember.
31
SEKSYEN 2
2.1. MONTHLY EDUCATION CONTRIBUTION (MEC) merujuk kepada YURAN BULANAN
Yuran Bulanan adalah merujuk kepada sumbangan bulanan dari ibu bapa murid
untuk membiayai kos operasi bulanan seperti gaji guru-guru dan kakitangan lain,
sewa tempat, kos utiliti dan pentadbiran operasi bulanan serta makanan murid TIC.
2.2. Terdapat 3 pilihan cara bayaran (mode of payment):
I. Bayaran untuk jumlah 11 bulan sekaligus (layak dipertimbangkan untuk
menerima hadiah penghargaan berdasarkan kemampuan syarikat)
II. Bayaran untuk 6 bulan sekaligus
2.3. Yuran bulanan hendaklah dibayar pada atau sebelum 5hb setiap bulan.
Peringatan bayaran yuran bulanan akan dikeluarkan oleh Unit Kewangan (Kawalan
Kredit) sebanyak 3 kali melalui poster di dalam group whatsApp rasmi sekolah:
I. PERINGATAN MESRA 1: 24 hb setiap bulan
II. PERINGATAN MESRA 2: 30 hb setiap bulan
III. PERINGATAN MESRA 3: 03 hb setiap bulan
* Tertakluk kepada perubahan semasa di dalam bulan berkenaan.
2.4. Pembayaran yuran bulanan boleh dibuat melalui :
I. Pembayaran melalui sistem ASIS
II. Bayaran secara tunai / cek di kaunter pejabat .
III. Bayaran melalui CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) atau secara pindahan
atas talian (transfer online) atas nama AKADEMI GENERASI MUKMIN, no
akaun Maybank 5629 9101 1806.
Slip/ bukti bayaran hendaklah diemail ke [email protected] atau WhatsApp ke
no tel. 01120848597 (Bah Kawalan Kredit) serta nyatakan nama murid dan kelas
contoh : Khayra Iman Nisa’ binti Abdullah Tahun 1AK.
2.5. Di bawah merupakan jadual bagi pembayaran yuran pengajian mengikut
sekolah :
SEKOLAH YURAN PENGAJIAN BULANAN
TIC MAC,APR,MEI, JUN, JULAI,OGOS,SEP,OKT,NOV,DIS 2022,JANUARI 2023
2.6. Tiada potongan yuran untuk sebarang sebab ketidakhadiran sebagai contoh ibu
bersalin di kampung atau cuti persekolahan yang panjang.
2.7. Yuran bulanan tetap perlu dibayar PENUH walaupun murid membuat
pendaftaran masuk atau memohon berhenti pada mana-mana tarikh di
pertengahan bulan.
2.8. Jumlah yuran bulanan adalah bergantung dengan pilihan pakej perkhidmatan
yang disediakan. Pertukaran pakej adalah tidak dibenarkan selepas operasi sekolah
bermula dan nama murid telah di daftarkan di dalam sistem ASIS.
32
SEKSYEN 3
3.1: TUNGGAKAN YURAN
Tunggakan yuran dikira sekiranya bayaran yuran bulanan masih belum
diterima selepas tarikh 5hb. Pihak unit kewangan (Kawalan Kredit) akan
melakukan tindakan berikut:
I. Menghantar surat peringatan melalui whatsapp
II. Peringatan melalui panggilan telefon
III. Mengeluarkan notis sekatan kehadiran ke sekolah
IV. Sekiranya bayaran yuran bulanan masih belum diterima, sekatan
kehadiran ke sekolah akan dilaksanakan selepas 3 hari notis
dikeluarkan.
3.4: Tarikh sekatan biasanya 10hb -15 hb. Setiap bulan. Tindakan sekatan
merupakan tindakan akhir setelah peringatan-peringatan di keluarkan dan tiada
proses rundingan atau maklumbalas dari pihak ibu bapa.
3.3: Rayuan dan pertimbangan untuk memanjangkan tempoh bayaran yuran
bulanan akan diberi mengikut persetujuan bersama antara pihak sekolah
(diwakili oleh Head of Finance) dan ibu bapa. Pesetujuan hendaklah dibuat
dalam bentuk dokumen yag ditandatangani oleh pihak ibu bapa.
3.4: Caj perkhidmatan 1% dari jumlah yuran akan dikenakan dan perlu
dibayar bersama tunggakan yuran.
3.5: PENINGKATAN TUNGGAKAN (MASUK BULAN KE 2)
Sekiranya bayaran yuran masih belum diterima mengikut tempoh yang
dipersetujui atau tiada maklumbalas untuk proses rundingan, tindakan berikut
akan diambil sebagai jalan terakhir:
I. Digantung sesi persekolahan
II. Sebarang penilaian akan disekat.
III. Segala dokumen berkaitan seperti sijil berhenti dan surat pengesahan
murid tidak akan dikeluarkan.
IV. Diberhentikan dari meneruskan persekolahan di TIC (jika 3 bulan
tunggakan). Objektif tindakan ini adalah untuk mengelakkan jumlah
tunggakan menjadi semakin besar dan semakin membebankan untuk
diselesaikan.
V. Menyenaraikan nama di CTOS bagi senarai hitam. Senarai hitam akan
dipadam segera sebaik sahaja bayaran tunggakan diselesaikan.
VI. Pendaftaran kemasukan untuk tahun berikutnya tidak dibenarkan.
33
SEKSYEN 4
4.1 PENANGGUHAN BAYARAN YURAN BULANAN
Penangguhan yuran tahunan atau bulanan dibenarkan bagi ibu bapa yang
mempunyai masalah atau halangan pembayaran yuran dengan syarat ibu
bapa / penjaga wajib memaklumkan kepada bahagian Kawalan Kredit dengan
melakukan tindakan berikut:
I. Mengisi “borang bayaran yuran lewat”
II. Menyediakan dokumen sokongan seperti bukti pendapatan terjejas /
surat sokongan dari majikan /dokumen-dokumen bersesuaian yang
boleh menyokong permohonan.
III. Menunggu pengesahan / kelulusan dari bahagian kawalan kredit
kewangan sekolah .
IV. Menandatangani dokumen perjanjian.
34
SEKSYEN 5
5.1 PEMBATALAN PENDAFTARAN
Ibu bapa / penjaga yang terlibat untuk membatalkan pendaftaran anak dari
mana-mana sekolah di bawah pengurusan Akademi Generasi Mukmin Sdn Bhd
adalah tertakluk di bawah syarat-syarat berikut:
I. Pihak ibu bapa bapa /penjaga perlu melengkapkan borang
permohonan pembatalan pendaftaran di kaunter pejabat dalam
tempoh 1 minggu dari tarikh berhenti.
II. Pembatalan pendaftaran dan polisi pemulangan yuran tahunan
Pemulangan yuran 100%
Batal Bagi yang telah membayar
pendaftaran penuh yuran tahunan.
sebelum 30 Dis
Potongan akan dibuat
2021 sekiranya telah menerima
atau menggunakan hadiah
Batal
pendaftaran promosi.
selepas 30 Dis
2021 hingga 20 Pemulangan yuran
Februari 2022 hanya 80% pada
Batal tarikh tersebut
pendaftaran kerana sebahagian
selepas 20
Februari hingga 1 kos terpaksa
Mac 2022 / ditanggung oleh
bermula sesi
persekolahan pihak sekolah.
2022. Pemulangan yuran
tahunan sebanyak
60% kerana sekolah
telah menanggung
risiko kehilangan
murid dan hampir
semua prasarana
telah dibeli.
5.2 Berhenti sekolah dan polisi pemulangan yuran.
I. Ibu bapa / penjaga hendaklah mengisi borang permohonan berhenti
sekolah selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh berhenti di kaunter
pejabat Akademi Generasi Mukmin Sdn Bhd.
II. Tiada pemulangan yuran bulanan semasa sekiranya makluman berhenti
di buat pertengahan bulan sesi persekolahan yang sedang berjalan.
III. Pemulangan yuran tahunan bagi permohonan berhenti semasa sesi 35
persekolahan berjalan adalah tertakluk kepada jadual berikut:
Yuran Tahunan Berhenti antara Berhenti Berhenti antara Berhenti antara
/AEC tempoh Mac - antara tempoh tempoh Sep - tempoh Disember
Jun -Ogos 2022 Nov 2022 2022 - Feb 2023
Mei 2022
Enrollment Fees Tiada pemulangan Tiada pemulangan Tiada pemulangan Tiada pemulangan
Pemulangan 75% Pemulangan 50% Tiada pemulangan
Operatonal & Pemulangan 75% Pemulangan 50% Pemulangan 25% Tiada pemulangan
Development Pemulangan 75% Pemulangan 50% sahaja Tiada pemulangan
Academic Pemulangan 25%
Development sahaja
Student General
Pemulangan 25%
Affairs sahaja
5.3 Carta alir proses permohonan berhenti dan pemulangan yuran
I. Notis permohonan berhenti dari ibu bapa/penjaga
II. Permohonan diproses oleh pihak pejabat dan tindakan lanjut dari yang
berkenaan
III. Semakan tunggakan yuran. (Sekiranya ada tunggakan , potongan
akan dibuat dari jumlah pemulangan yuran (will be deducted from
refund amount)
IV. Fail pelajar, surat berhenti akan diproses dalam tempoh 1 – 2 minggu.
V. Pemulangan yuran tahunan akan dibuat secara pindahan atas talian
sahaja dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh berhenti setelah diluluskan
oleh bahagian keawangan Akademi Generasi Mukmin. Tiada
pemulangan tunai serta merta dikaunter.
36
SEKSYEN 6
6.1 Permohonan semula selepas berhenti.
Permohonan untuk mendaftar semula setelah berhenti dan mendapat pulangan
yuran tahunan akan diterima secara bersyarat:
I. Sekiranya masih ada kekosongan tempat
II. Rekod bayaran yuran yang baik dan stabil
III. Membayar semula yuran tahunan seperti yang telah dimaklumkan dalam
jadual bayaran.
IV. Murid akan dianggap sebagai murid baharu, tidak layak untuk
memegang segala jawatan atau apa yang telah ditinggalkan seperti
jawatan pengawas atau sebagainya.
SEKSYEN 7 : KHAS
Yuran PDPR
Sekiranya gaya pembelajaran secara PDPC (normal / bersemuka secara fizikal)
bertukar kembali kepada PDPR berikutan pengisytiharan rasmi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) berikutan PKP pencegahan penularan pandemic covid
19 dan sebagainya, berikut merupakan polisi berkaitan yuran:
7.1: Tiada pemulangan untuk yuran tahunan selagi mana dalam tempoh tersebut,
sekolah di bawah pengurusan AGMSB masih terus beroperasi memberi khidmat
pembelajaran & pengajaran . Guru-guru dan kakitangan berkenaan hendaklah
menyesuaikan bentuk aktiviti dan program secara online atau digantikan manfaat
kepada penyediaan kits, tools bersesuaian (learn from anywhere, everywhere
byond class)
7.2: Potongan yuran bulanan akan diberikan sekiranya pembelajaran dijalankan
secara PDPR adalah sepeti berikut :
Sekolah Standard (PDPC / hybrid) Yuran PDPR Jumlah pengurangan
TIC
Basic RM385 RM350 RM35
Premium RM460 RM350 RM110
Fullboard RM510 RM350 RM160
RM350 RM150
Playschool
37
PENUTUP
POLISI DAN PERATURAN PEMBAYARAN YURAN 2022 ini adalah sebagai panduan
di dalam proses membuat keputusan sekiranya berlaku perkara-perkara yang
dinyatakan di atas.
Kuasa budibicara boleh diberikan oleh pihak pengurusan tertinggi seperti
Pengarah Urusan , Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Akademi Generasi Mukmin
Sdn Bhd atau wakil yang diberi kuasa seperti Ketua Bahagian Kewangan dan
keputusan yang dibuat perlu didokumentasikan dan difailkan setelah dipersetujui
oleh kedua-dua belah pihak.
Semoga polisi ini memberi manfaat yang besar di dalam melancarkan operasi
dan perkhidmatan yang diberikan serta meraih redha Allah swt.
38
PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Bahawa saya
.......................................................................................ibu / bapa / penjaga kepada
murid yang bernama....................................................................................... yang
berumur ....................................... yang belajar di Tadika Integrasi Cemerlang telah
membaca dan memahami Peraturan Am dan Tatacara Tadika Integrasi
Cemerlang 2021. Saya sedia bekerjasama dengan pihak sekolah dan mematuhi
peraturan-peraturan tersebut.
Saya berjanji akan akur dan mematuhi seluruh peraturan yang ditetapkan oleh
pihak pengurusan Tadika Integrasi Cemerlang demi kebaikan kedua belah pihak
dalam mencari keredhaan Allah.
Tandatangan ibu / bapa / penjaga : ......................................
No. Kad pengenalan : ...........................................................
Tarikh : ...........................................................
No. Telefon : ...........................................................
*Sila kembalikan muka surat ini kepada pihak pejabat sekolah sebelum 25 Februari
2022 (Jumaat).
I s l a m ic I n t e gr at e d P r ac t ic a l
GENERASI MUKMIN KINDER
NO. G-13, JALAN KASTURI 1A, BUKIT BERUNTUNG
48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: 03-60212701