The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by murnidaud2, 2022-01-16 21:10:41

POLISI TASKA PERMATA AL AMIN 2022/2023

POLISI TPAA 2022

Info, Guidelines & Policy

20 22

SEKSYEN A : MAKLUMAT AM m/s 1
m/s 2
1-Muqaddimah m/s 2
2-Latarbelakang Taska & Playschool Al Amin m/s 2
3-Konsep Asuhan dan Didikan m/s 2
4-Misi m/s 3
5-Visi m/s 4
6-Carta Organisasi m/s 5 & 6
7-Taska & Playschool Awesome Teachers m/s 7
8-Keistimewaan m/s 7
9-Waktu Perkhidmatan m/s 8,9,10 & 11
10-Uniform m/s 12
11-Rutin dan Jadual Harian m/s 13 & 14
12-Takwim TPAA 2022
13-Jadual Tahunan 2022 m/s 15
m/s 16 - 19
SEKSYEN B : PANDUAN DAN PERATURAN TASKA m/s 16
m/s 17
1-Peraturan Menghantar Anak Ke Tpaa Dan Ppaa m/s 18
2-Senarai Barang Dan Alatan Yang Perlu Dibawa m/s 19
m/s 20
2.1- Bayi Dan Kanak-Kanak (2 Bulan – 12 Bulan) m/s 21 & 22
2.2- Bayi Dan Kanak-Kanak (1 & 2 Tahun) m/s 23
2.3- Playschool 3 & 4 Tahun m/s 23
2.4 - Senarai Barang Larangan m/s 24
3-Manakan dan Minuman
Lampiran Jadual Menu m/s 24
4-Sambutan Hari Lahir m/s 25
5-Kecemasan, Sakit Dan Rawatan Doktor m/s 25
6-Larangan Menghantar Anak Yang Menghidap Penyakit m/s 25 & 26
Berjangkit Dan Demam Berpanjangan. m/s 26
7-cuti m/s 27
8-Keselamatan Dan Kesihatan Kanak-kanak
9-Buku Log Harian m/s 28
10-Playschool
11-Kolaborasi Ibu Bapa m/s 29
Lampiran Carta Alir Saringan Kanak-Kanak
m/s 30
SEKSYEN C : SOP TASKA m/s 30 & 31
m/s 32 & 33
1-SOP Taska Permata Al Amin 2022 m/s 34
m/s 35
SEKSYEN D : POLISI YURAN m/s 35-37
m/s 36
Annual & Monthly Contributio m/s 37
Penggunaan Terma Dan Maksud Di Dalam
Polisi Dan Peraturan Bayaran Yuran 2022.
SEKSYEN 1
SEKSYEN 2
SEKSYEN 3
SEKSYEN 4
SEKSYEN 5
Lampiran Jadual Pemulangan Yuran Tahunan
SEKSYEN 6

SEKSYEN E : BORANG AKUAN DAN PERSETUJUAN

SEKSYEN A

MAKLUMAT AM

1. MUQADDIMAH

Realiti hari ini meletakkan ibu dan bapa yang bekerjaya terpaksa menghantar
anak-anak ke pusat asuhan kanak-kanak bagi melancarkan urusan kerjaya
masing-masing dan demi memenuhi tuntutan tanggungjawab kehidupan. Justeru
itu, pemilihan pusat asuhan yang tepat sangat penting bagi mengelakkan
perkara-perkara yang tidak diingini demi masa depan anak-anak tersayang.

Pemilihan pusat asuhan dan didikan untuk peringkat awal kanak-kanak
seharusnya meletakkan kriteria pemilihan teratas dari aspek kualiti pendidikan
untuk anak-anak kerana mereka berada di fasa golden age. Pusat asuhan dan
didikan peringkat awal kanak-kanak merupakan tempat pendidikan formal
pertama yang seharusnya menjadi medan membangunkan potensi insan sebagai
“Ahsanu Taqwim” sebagaimana firman Allah swt :
‫َﻟ َﻘ ْﺪ َﺧ َﻠ ْﻘ َﻨﺎ ا ْ ِﻹ ْ� َﺴﺎ َن ِ�� َأ ْﺣ َﺴ ِﻦ َﺗ ْﻘ ِﻮ� ٍﻢ‬

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-
baiknya”. (QS. At-Tin: 04).
Kesilapan atau kecuaian ibu bapa dalam pemilihan tempat asuhan bakal
meninggalkan kesan jangka panjang dari sudut perkembangan emosi, intelektual,
spritual, fizikal dan sosial anak-anak di masa hadapan. Pendidikan awal yang
seharusnya diberikan mestilah mampu menjadi tapak asas yang kukuh dalam
membina kejayaan bukan hanya setakat di dunia sahaja namun kejayaan hakiki
di akhirat yang kekal abadi.

Persoalan yang harus diteliti oleh setiap ibu bapa dalam pemilihan pusat asuhan
dan didikan yang tepat adalah dari sudut:

• Apakah konsep didikan dan asuhan yang diterapkan ?

Konsep kandungan (content) didikan seharusnya mestilah berteraskan

kepada fitrah kanak-kanak itu sendiri iaitu mengenalkan mereka kepada

Pencipta (Allah swt) dan status diri kita sebagai hamba Allah swt. Perkara ini

adalah pasak utama dalam pembinaan iman dalam diri kanak-kanak agar

mereka terus terdorong untuk menjadi hamba Allah yang taat dan khalifah

Allah yang bermanfaat kelak di masa hadapan.

• Apakah skop atau ruang lingkup didikan dan asuhan yang diterapkan?

Ruang lingkup atau skop bidang didikan dan asuhan haruslah seimbang

mengikut potensi individu dan ianya tidak harus menjurus kepada satu

bidang sahaja seperti intelektual sahaja contohnya kerana manusia harus

dikembangkan potensi pelbagainya yang telah disediakan oleh Allah swt

agar dia mampu memikul tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi

ini.

• Apakah cara (metod) yang digunakan ?

Cara atau metod haruslah practikal berkonsep “fun learning”, aktiviti

ransangan perkembangan “experiential learning” mengikut tahap 1
perkembangan umur mereka (development milestone).

2. LATARBELAKANG

Taska & Playschool Permata Al Amin

• Sebuah taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( no
daftar: B/TI040/2018 ). Telah beroperasi semenjak tahun 2008 di no 25, Jalan Kasturi
1B, Bukit Beruntung 48300 Rawang, Selangor.

• Menyediakan perkhidmatan asuhan dan didikan peringkat awal kanak-
kanak untuk bayi berumur 2 bulan sehingga 4 tahun.

• Mementingkan aspek kualiti khidmat asuhan dan didikan berkonsepkan
Islamik , menggabungjalinkan kesemua keperluan pendidikan spiritual, emosi,
fizikal, intelektual dan sosial berdasarkan perlaksanaan aktiviti “fun learning”
mengikut tahap perkembangan dan peringkat umur kanak-kanak dengan nisbah
kuota guru dan kanak-kanak seperti yang telah ditetapkan oleh JKM.

3. KONSEP ASUHAN & DIDIKAN

Berteraskan modul khas Generasi Mukmin Junior ( GMJ ) yang melaksanakan
konsep asuhan & didikan holistik melibatkan 6 bidang pembelajaran dan
perkembangan kanak-kanak:

1. Perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian.
2. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal.
3. Perkembangan awal matematik dan pemikiran logik.
4. Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
5. Perkembangan fizikal dan psikomotor.
6. Perkembangan kreativiti dan estetika

Setiap aktiviti dan rutin pembelajaran anak-anak dirangka mengikut fasa
perkembangan umur mereka dan dilaksanakan oleh pendidik terlatih yang
memiliki sijil Kursus Asuhan PERMATA ( KAP )

4. MISI

Melaksanakan pendidikan awal kanak-kanak berteraskan fitrah seterusnya
mendidik mereka menjadi hamba Allah yang taat dan khalifah yang bermanfaat.

5. VISI

ISLAMIC INTEGRATED PRACTICAL

2

6. CARTA ORGANISASI

Puan Norliza Bt Musa
PENGASAS/ PENGUSAHA

TEAM ADMIN & MANAGEMENT
AKADEMI GENERASI MUKMIN

Teacher Norasiah Mohd Sukri Teacher Noor Izwaty Mansor

PENYELIA 1 PENYELIA 2

TEAM PLAYSCHOOL TEAM BABY & TEAM TRANSIT
TODDLER
4 YEARS:  Teacher Syafiqin
 Teacher Noor  Teacher Ain  Teacher Adah
 Teacher Nora  Teacher Yanti  Teacher Erna
 Teacher Farisya  Teacher Dina  Teacher Ilya
 Teacher Maizatul  Teacher Wana  Teacher Farah
3 YEARS:  Teacher Nurul
 Teacher Sue
 Teacher Nazifah
 Teacher Siti

3

7. TASKA & PLAYSCHOOL AWESOME TEACHERS

Norasiah Binti Muhamad Sukri Noor Izwaty Binti Mansor

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kolej Diploma In Business Management UPM & Kursus
Pendidikan Perdana Shah Alam & Kursus Asuhan Permata
Asuhan Permata
Nur’ain Syara Nabila Binti Azman Farishah Ellyana Binti Mohd Fadzli

Sijil Pemprosesan dan kawalan mutu makanan Sijil Kemahiran Malaysia (Automotive) & Kursus
& Kursus Asuhan Permata Asuhan Permata

Siti Nurhidayah Binti Hazemi Nurul Farahana Binti Kamal

SPM & Kursus Asuhan Permata SPM & Kursus Asuhan Permata
Nurul Fasya Binti Mohd Hanafi Izatul Aswana Binti Ismail

SPM & Kursus Asuhan Permat SPM
Dina Marina Binti Baharudin Sariwirdayanti Binti Abdul Rafar

SPM & Kursus Asuhan Permata SPM & Kursus Asuhan Permata

Yesi Susanti Binti Baharudin Nor Amira Binti Rosli

SPM & Kursus Asuhan Pernata SPM & Kursus Asuhan Permata
Nurul Shafikin Binti Hussaini Nur Nazifa Dayana Binti Ruhaizak

SPM & Kursus Asuhan Permata Diploma In Geomatik Ukur 4
Fatin Erna Nabila Binti Abu Bakar Ainur Saadah Binti Abd Haris

SPM SPM & Kursus Asuhan Permata

8. KEISTIMEWAAN TASKA & PLAYSCHOOL PERMATA AL AMIN:

Tahniah ! Alhamdulillah tuan dan puan ibu bapa hebat kerana telah memilih
Taska & Playschool Permata Al Amin, “Pilihan Tepat Didikan Generasi Mukmin

Profesional” .

8.1: Kemudahan Prasarana Terbaik

• Ruang taska dilengkapi penghawa dingin.
• Penapis air jenama coway di setiap ruang dan bahagian kanak-kanak

memudahkan pendidik menyediakan susu dan lain-lain urusan dengan
selamat.
• Penapis udara di setiap ruang kanak-kanak bagi menyediakan persekitaran
kanak-kanak dengan udara yang bersih dan segar.
• Ruang khas gym kanak-kanak bagi memudahkan pendidik melakasanakn
aktiviti ransangan perkembangan fizikal untuk anak-anak.
• Kolam khas aktiviti anak-anak
• Playground dalaman yang menyeronokkan kanak-kanak.
• Peti sejuk untuk penyimpanan khas susu ibu dan ubat kanak-kanak
• Ruang makan yang selesa
• Ruang belajar dan aktiviti yang selesa mengikut penjarakkan fizikal.
• Ruang tidur yang sesuai.
• Alatan pendidikan multimedia
• Peralatan pinggan , mangkuk, cawan, susu dan garfu yang bersesuaian
untuk kanak-kanak.
• Alatan mandian mandi di sediakan.
• Alat mengambil suhu dan sanitasi tangan disediakan.
• Learning play centre disediakan untuk aktiviti fun learning anak-anak.

8.2: Kebersihan

• Sanitasi harian di setiap ruang dan peralatan di taska
• Pendidik sentiasa memakai PPE, mask semasa mengendalikan aktiviti

dengan kanak-kanak.
• Pembersihan harian, lantai dan alatan mengikut standard yang ditetapkan

oleh Pejabat Kesihatan bagi mengelakkan penyakit berjangkit.
• Pembersihan berkala secara konsistent (mingguan dan bulanan)

8.3: Keselamatan

• Pemantauan kamera litar tertutup (CCTV)

• Operasi mengikut standad kawalan pencegahan penularan wabak covid 19

dengan penguatkuasaan SOP norma baharu.

• Pintu pagar yang sentiasa tertutup.

• Larangan pelawat untuk masuk diluar waktu yang ditetapkan. 5

• Sistem komunikasi antara pendidik di ruang yang berbeza menggunakan
“walkie talkie” bagi memudah dan melancarkan tindakan segera.

• Peraturan dan polisi yang ketat dan tegas bagi jaminan keselamatan bersama.
• Peraturan dan saringan yang ketat untuk kehadiran ke taska bagi yang

bergejala dan risiko penyakit berjangkit.
• Latihan pengungsian bangunan (latihan keselamatan kebakaran) bersama

bomba dan alat pemadam api yang cukup di setiap ruang.
• Latihan pertolongan cemas diberikan kepada pendidik.

8.4: Kepakaran dan kecekapan

• Guru-guru terlatih dengan Kursus Asuhan Permata (KAP) serta aktiviti kanak-
kanak di bawah bimbingan OT (Occupotional Therapist).

• Pendidik berpengalaman (majoriti perkhidmatan lebih 3-10 tahun)
• Pendidik diwajibkan mengikuti kursus dan latihan kemahiran yang berkaitan.
• Pengisian kerohanian pendidik secara mingguan dan bulanan.

8.5: Keselesaan

• Bilangan kanak-kanak yang bersesuaian mengikut koata dan standard JKM di
setiap ruang.

• Pendidik yang lemah lembut dan penuh kasih sayang
• Kanak-kanak dan bayi di letakkan di dalam ruang yang sesuai mengikut

kumpulan umur mereka
• Nisbah guru dan kanak-kanak yang bersesuaian mengikut standard JKM

8.6: Kawalan kualiti dan aktiviti didikan & asuhan terancang

• Operasi dan kualiti dipantau oleh Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat

melalui lawatan berkala.

• Aktiviti ransangan perkembangan kanak-kanak berteraskan Kurikulum PERMATA

Negara.

• Aktiviti kanak-kanak terancang dengan penyediaan Rancangan Pengajaran

Aktiviti (RPA) harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

• Didikan dan asuhan bayi 2 bulan hingga 4 tahun berteraskan modul khas yang

dibina khusus iaitu Modul Generasi Mukmin Junior.

• Melaksanakan kurikulum Little ‘Abd sebagai pasak didikan pembinaan iman di

dalam jiwa anak-anak.

• Melaksanakan kurikulum Little Scientis sebagai bahan bantu pengajaran anak-

anak playschool

• Melaksanakan konsep playschool hydbrid dengan melaksanakan bahan bantu

pengajaran Keedsflix pada sesi 2022.

• Menyediakan kit pembelajaran individu sebagai langkah membendung

risiko jangkitan penyakit berjangkit. 6

9. WAKTU PERKHIDMATAN

HARI WAKTU CATATAN

Isnin – Jumaat 7.00 pagi – 7 petang Lebih dari jam 7.10 petang caj lebih
masa akan dikenakan

Sabtu 8.00 pagi – 1.00 tgh Lebih 1.10 tgh caj lebih masa akan
dikenakan

Cuti Rujuk TAKWIM Tertakluk kepada cuti umum yang
Tahunan TPAA & PPAA ditetapkan dan hari sabtu tertentu

2022 yang ditetapkan.

10. UNIFORM PLAYSCHOOL

Uniform hanya untuk playschool sahaja dan boleh dibeli di kaunter pejabat atau
ketika hari jualan yang ditentukan dengan harga RM25 sepasang. Bayi dan
kanak-kanak 1-2 tahun tiada uniform khas ditetapkan.

RM25

UNIFORM
P L AY S C H O O L

7

11.1 RUTIN DAN JADUAL HARIAN 6 & 12 BULAN

MASA RUTIN / AKTIVITI

7.00 Selamat Datang ke Taska (menyambut kanak-kanak
dan menerima pesanan ringkas dari ibubapa)

8.00 Aktiviti bebas (Bermaian mainan pilihan)

8.30 Sarapan / Minum susu

Pagi 9.00 Pengurusan diri / Tukar pampers

9.15 Senaman pagi / membaca zikir, doa dan selawat

9.30 Aktiviti PERMATA (aktiviti kanak-kanak mengikut RPA
pendidik)

10.00 Minum susu dan Menidurkan bayi

11.00 Aktiviti PERMATA (sambungan dari aktiviti di atas)

12.00 Makan tengahari (baca doa sebelum dan selepas
makan) / Minum susu

Tengahari 12.30 Pengurusan diri / Tukar pampers

1.00 Rehat & Tidur (berzikir dan membaca doa sebelum
tidur)

3.00 Mandi / Bersih diri (baca doa selepas tidur)

4.00 Minum petang / Minum susu

Petang 4.30 Permainan bebas

5.00 Bercerita buku berbagai tekstur dan buku bergambar
yang sesuai dengan bayi

5.30 Pulang

*Tertakluk kepada perubahan keadaan kanak-kanak

8

11.2 RUTIN DAN JADUAL HARIAN 1 & 2 TAHUN

MASA RUTIN / AKTIVITI

7.00 Selamat Datang ke Taska (menyambut kanak-kanak
dan menerima pesanan ringkas dari ibubapa)

8.00 Aktiviti bebas

8.30 Sarapan

9.00 Pengurusan diri / Tukar pampers

Pagi 9.15 Perhimpunan pagi / Circle time / Senaman pagi

9.45 Aktiviti PERMATA (aktiviti kanak-kanak mengikut RPA
pendidik)

10.30 Snek / Minum susu

10.45 Aktiviti PERMATA (sambungan dari aktiviti di atas) /
Menonton / Taman permainan

11.30 Aktiviti bebas

12.00 Makan tengahari (baca doa sebelum dan selepas
Tengahari 12.30 makan) / Minum susu

Pengurusan diri / Tukar pampers

1.00 Rehat & Tidur (berzikir dan baca doa sebelum tidur)

3.00 Mandi / Bersih diri (baca doa selepas tidur)

3.45 Minum petang

Petang 4.15 Bercerita buku berbagai tekstur dan buku
4.45 bergambar yang sesuai dengan bayi

Refleksi

5.15 Minum susu

5.30 Pulang

*Tertakluk kepada perubahan keadaan kanak-kanak

9

11.3 RUTIN DAN JADUAL HARIAN 3 TAHUN

MASA RUTIN / AKTIVITI

7.00 Selamat Datang ke Taska (menyambut kanak-
8.00 kanak dan menerima pesanan ringkas dari
ibubapa)

Aktiviti bebas (vocab)

8.30 Perhimpunan pagi / Circle time / Senaman pagi

Pagi 9.00 Sarapan

9.30 Pengurusan diri / Tukar pampers
9.45
10.30 Aktiviti PERMATA 1 (aktiviti kanak-kanak mengikut
RPA pendidik)

Snek / Minum susu

11.00 Aktiviti PERMATA 2 (aktiviti kanak-kanak mengikut
RPA pendidik)

11.30 Aktiviti bebas (lego, main taman, menonton)

12.00 Makan tengahari (baca doa sebelum dan selepas
makan)
Tengahari

12.30 Pengurusan diri / Tukar pampers

12.45 Rehat & Tidur (berzikir dan baca doa sebelum
tidur)

3.30 Mandi / Bersih diri (baca doa selepas tidur)

4.00 Minum petang

4.30 Aktiviti PERMATA 3 (Bercerita / Menonton Dr Parro)

Petang

5.00 Refleksi

5.15 Minum susu / Tukar pampers

5.30 Pulang

10

11.4 RUTIN DAN JADUAL HARIAN 4 TAHUN

MASA RUTIN / AKTIVITI

7.00 Selamat Datang ke Taska (menyambut kanak-
kanak dan menerima pesanan ringkas dari
Pagi 8.00 ibubapa)
8.30
9.00 Aktiviti bebas (vocab)
9.30
Perhimpunan pagi / Circle time / Senaman pagi

Sarapan

Pengurusan diri / Tukar pampers

9.45 Aktiviti PERMATA 1 (aktiviti kanak-kanak mengikut
RPA pendidik)

10.30 Snek / Minum susu

11.00 Aktiviti PERMATA 2 (aktiviti kanak-kanak mengikut
RPA pendidik)

11.30 Aktiviti bebas (lego, main taman, menonton)

Tengahari 12.00 Makan tengahari (baca doa sebelum dan
12.30 selepas makan)

12.45 Pengurusan diri / Tukar pampers
Rehat & Tidur (berzikir dan baca doa sebelum
3.00
4.00 tidur)
Mandi / Bersih diri (baca doa selepas tidur)

Minum petang

Petang 4.30 Aktiviti PERMATA 3 (Bercerita / Menonton Dr Parro)

5.00 Refleksi
5.15 Pengurusan diri / Tukar pampers
5.30
Pulang

11

12. TAKWIM TPAA 2022

BULAN TARIKH PERKARA CATATAN

JANUARI 1/1/22 (SABTU) CUTI OPERASI (TAHUN BARU)
FEBRUARI 18/1/22 (SELASA) CUTI OPERASI (THAIPUSAM)

MAC 1/2/22 - 2/2/22 CUTI OPERASI (TAHUN BARU CINA)
APRIL (SELASA - RABU)
MEI 26/2/22 - 20/3/22 CUTI SEKOLAH (AKHIR PENGGAL 3
2021/2022)
JUN 19/4/22 (SELASA)
1/5/22 (AHAD) CUTI OPERASI (HARI NUZUL AL-QURAN) *Tukar ke 2/5/22
JULAI 3/5/22 - 4/5/22 CUTI OPERASI (HARI PEKERJA) (Isnin)
15/5/22 (AHAD)
4/6/22 - 12/6/22 CUTI OPERASI (HARI RAYA AIDILFITRI) *Tertakluk kepada
6/6/22 (ISNIN) CUTI OPERASI (HARI WESAK) cuti yang diberikan

10/7/22 (AHAD) CUTI SEKOLAH (PENGGAL 1 2022) oleh majikan
*Tukar ke 16/5/22
30/7/22 (SABTU)
(Isnin)

CUTI OPERASI (HARI KEPUTRAAN YANG *Tukar ke 11/7/22
DIPERTUA AGONG) (Isnin) dan tertakluk
kepada cuti yang
CUTI OPERASI (HARI RAYA AIDIL ADHA)
diberikan oleh
CUTI OPERASI (AWAL MUHARAM) majikan

OGOS 31/8/22 (RABU) CUTI OPERASI (HARI KEMERDEKAAN)

SEPTEMBER 3/9/22 - 11/9/22 CUTI SEKOLAH (PENGGAL 2 2022)
16/9/22 (JUMAAT)
CUTI OPERASI (HARI MALAYSIA)
OKTOBER 9/10/22 (AHAD) *Tukar ke 10/10/22
24/10/22 (ISNIN) CUTI OPERASI (HARI LAHIR NABI (Isnin)
MUHAMMAD S.A.W.)

CUTI OPERASI (HARI DEEPAVALI)

NOVEMBER

11/12/2022 CUTI OPERASI (HARI KEPUTERAAN SULTAN *Tukar ke 12/12/22

SELANGOR) (Isnin)

DESEMBER 10/12/22 - 31/12/22 CUTI SEKOLAH (PENGGAL 3 2022)

25/12/22 (AHAD) CUTI OPERASI (HARI KRISMAS) *Tukar ke 26/12/22
(Isnin)

*TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA

12

13.1 JADUAL TAHUNAN 2022 JAN -MEI

BULAN TEMA SUBTEMA PERAYAAN / AKTIVITI TASKA CATATAN
PERISTIWA

JANUARI ORIENTASI SELAMAT DATANG 1. TAHUN BARU 1. PARENTING *Cadangan
SESI SUAI KENAL (1/1/22) TPAA & PPAA tarikh

MENGECAM NAMA 2. THAIPUSAM Parenting
SEKOLAH SAYA (18/1/22) 15/1/22
(Sabtu)

DIRI SAYA & MENGENALI DIRI SAYA 1. TAHUN BARU 1. LATIHAN
KELUARGA KELUARGA SAYA CINA (1/2/22 - FIREDRILL

SAYA 2/2/22)

FEBRUARI 2. CUTI SEKOLAH
AKHIR PENGGAL 3
PERASAAN SAYA 1 2021/2022 (26/2/22
PERASAAN SAYA 2
- 20/3/22)

RUANG TAMU

MAC RUMAH SAYA TANDAS 1. SPORT DAY *Cadangan
APRIL BENTUK TPAA & PPAA tarikh
DAPUR
Sport Day
HALAMAN LUAR 10/3/22
RUANG KESELURUHAN (Khamis)

RUMAH 1. HARI NUZUL AL- 1. PROJEK IHYA
BERMAIN DENGAN QURAN (19/4/22) RAMADHAN
PPAA
BENTUK (MENABUNG
BERMAIN DOH DAN
MENDERMA)
MEMADAN BENTUK

BENTUK DI SEKELILING

MESSY PLAY 1. HARI PEKERJA
WAKTU MAKAN
(1/5/22) 1. SAMBUTAN *Cadangan
HARI RAYA & tarikh
2. HARI RAYA SAMBUTAN HARI
AIDILFITRI (3/5/22 - GURU TPAA & Sambutan
Hari Raya &
4/5/22) PPAA
Hari Guru
MEI MAKANAN MAKANAN SEIMBANG 16/5/22 (Isnin)

PIRAMID MAKANAN 3. HARI WESAK
(15/5/22)
2. LATIHAN
PERALATAN KETIKA FIREDRILL
MEMASAK DAN MAKAN
13

13.2 JADUAL TAHUNAN 2022 JUN -DESEMBER

BULAN TEMA SUBTEMA PERAYAAN / AKTIVITI TASKA CATATAN
PERISTIWA

JUN TUMBUHAN POKOK 1. CUTI SEKOLAH 1. DISKUSI 1 *Cadangan
JULAI HAIWAN BUAH PENGGAL 1 2022 tarikh
BUNGA (4/6/22 - 12/6/22) 1. STIMULASI
SAYUR-SAYURAN IBADAH HAJI Diskusi 1
HAIWAN TERNAKAN 2. HARI LAHIR 25/6/22
YANG DI-PERTUAN 2. IBADAH (Sabtu)
HAIWAN LIAR AGONG (6/6/22) QURBAN
*Cadangan
SERANGGA 1. HARI RAYA AIDIL tarikh
HAIWAN DALAM AIR ADHA (10/7/22)
Stimulasi
2. AWAL Ibadah Haji
MUHARAM
(30/7/22) 8/7/22
(Jumaat)

DIMANA SAYA TINGGAL 1. PERARAKAN
KEMERDEKAAN
OGOS NEGARA KITA BANGSA-BANGSA DI 1. HARI MERDEKA *Cadangan
MALAYSIA (31/8/22) PPAA 2021 tarikh

WIRA NEGARA 2. LATIHAN Perarakan
FIREDRILL 30/8/22
JALUR GEMILANG (Selasa)

KRAFT KEMERDEKAAN

SEPTEMBER KENDERAAN KENDERAAN DARAT 1. CUTI SEKOLAH
OKTOBER WARNA KENDERAAN ATAS AIR PENGGAL 2 2022
(3/9/22 - 11/9/22)

KENDERAAN DI UDARA 2. HARI MALAYSIA
KRAFT (16/9/22)

MENGENAL WARNA 1. HARI

CAMPURAN WARNA KEPUTERAAN NABI *Cadangan
PELANGI
MUHAMMAD S.A.W 1. LAWATAN tarikh
KRAFT @ EKSPERIMEN (9/10/22)
SAMBIL BELAJAR Lawatan

2. HARI DEEPAVALI PPAA 5/10/22
(24/10/22) (Rabu)

JOM MEWARNA

MEMADAN NOMBOR 1. OPEN DAY *Cadangan
tarikh
NOVEMBER NOMBOR KUANTITI NOMBOR
DESEMBER HURUF ABJAD OPEN DAY
MENULIS NOMBOR 2. LATIHAN 26/11/22
KRAFT NOMBOR FIREDRILL (Sabtu)
HURUF VOKAL
1. HARI *Cadangan
HURUF KONSONAN tarikh
MENGECAM HURUF A-Z KEPUTERAAN 1. HARI DISKUSI
SULTAN SELANGOR PPAA 2021 & 31/12/22
MEMADAN NOMBOR APPRECIATION (Sabtu)
(11/12/22)
14
2. HARI KRISMAS DAY PPAA 2021

(25/12/22)

*TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA

SEKSYEN B

PANDUAN DAN PERATURAN TASKA

1. PERATURAN MENGHANTAR ANAK KE TPAA DAN PPAA

Berikut adalah peraturan yang perlu dipatuhi oleh ibu bapa untuk menghantar
anak ke taska dan playschool dalam mencegah penularan jangkitan COVID 19
dan penyakit berjangkit lain.

1.1 : Memastikan anak dalam keadaan sihat sebelum dihantar.

Contohnya: jika semasa menghantar suhu anak 37.5 C, pendidik berhak
tidak membenarkan anak hadir ke tasla/playschool.

1.2 : Jika anak ada simptom penyakit berjangkit, sila dapatkan surat
pengesahan dari doktor bahawa anak boleh hadir dan tidak membawa
sebarang risiko.

1.3 : Memastikan anak sudah dimandikan dari rumah dan berpakaian bersih
semasa dihantar. Pendidik berhak menlak anak yang datang dalam
keadaan masih belum dimandikan terlebih dahulu.

1.4 : Sila semak barang kelengkapan anak sebelum menghantar ke taska
/playschool.

Contoh : Jika tertinggal tuala,anak tidak akan dimandikan waktu tengahari
kerana barang peribadi tidak dibenarkan berkongsi.

1.5 : Ibu bapa dan anak playschool sahaja wajib memakai mask (pelitup mulut
dan hidung) semasa datang atau berada di kawasan taska.

1.6 : Ketika sampai di taska, ibu bapa dikehendaki beratur dan menunggu
giliran untuk pemerksaan suhu.

1.7 : Ibu bapa dikehendaki menjaga penjarakkan sosial dengan ibu bapa lain
semasa menghantar atau menunggu anak diluar taska.

1.8 : Sentiasa peka dengan panggilan telefon atau whatapps dari penyelia
taska.

1.9 : Sekiranya menerima panggilan kecemasan dari taska, ibu bapa diminta
berusaha datang sesegera mungkin bagi membantu urusan keadaan
anak.

2.0 : Ibu bapa dikehendaki memastikan maklumat penting seperti no telefon
untuk dihubungi dan juga alamat sentiasa dikemaskini sekiranya terdapat
perubahan bagi memudahkan urusan komunikasi khasnya ketika
kecemasan.

15

2.1 SENARAI BARANG DAN ALATAN YANG PERLU DIBAWA -
BAYI (2 BULAN – 12 BULAN)

BAYI DAN KANAK-KANAK 1. Susu badan yang telah diperah dan diletakkan di

(2 BULAN – 12 BULAN) dalam cooler yang dilabelkan mengikut Tarikh

dan jumlah botol yang mencukupi mengikut

keperluan bayi @

2. Susu formula yang telah diletakkan didalam

bekas susu mengikut sukatan dan keperluan anak

(compartment). Tidak dibenarkan membawa

dalam bekas besar atau tin.

3. Sediakan 2 botol susu botol bersih yang telah

disteril / rebus di rumah.

4. Lampin pakai buang 7 keping. Sekiranya tidak

mencukupi, pihak Taska akan menggunakan

lampin pakai buang yang disediakan oleh Taska

dan akan dicaj RM2.

5. Pakaian bersih 3 @ 4 pasang.

6. Sehelai tuala mandi, sehelai kain lampin dan

sehelai sapu tangan lengkap bertulis nama anak

(akan dibawa pulang setiap hari).

7. Sediakan satu bantal dan satu alas tidur nipis.

Kelengkapan ini akan dibawa pulang setiap hari.

8. Plastic baju kotor 2 (kering dan basah).

9. Minyak angin dan krim ruam atau ubatan khas

untuk keperluan anak beserta sikat rambut.

10. Sabun mandi bagi yang ada penyakit eczema.

11. Tisu basah perlu ada dalam bag setiap hari.

12. Perlu dilabelkan nama setiap barang yang

dibawa.

16

2.2 SENARAI BARANG DAN ALATAN YANG PERLU DIBAWA –
KANAK-KANAK (1 & 2 TAHUN)

BAYI DAN KANAK-KANAK 1. Susu badan yang telah diperah dan diletakkan di
(1 & 2 TAHUN) dalam cooler yang dilabelkan mengikut Tarikh
dan jumlah botol yang mencukupi mengikut
keperluan bayi @

2. Susu formula yang telah diletakkan didalam
bekas susu mengikut sukatan dan keperluan
anak (compartment). Tidak dibenarkan
membawa dalam bekas besar atau tin.

3. Sediakan 1 botol susu botol bersih yang telah
disteril / rebus di rumah.

4. Lampin pakai buang 7 keping. Sekiranya tidak
mencukupi, pihak Taska akan menggunakan
lampin pakai buang yang disediakan oleh Taska
dan akan dicaj RM2.

5. Pakaian bersih 3 @ 4 pasang.
6. Sehelai tuala mandi, sehelai kain lampin dan

sehelai sapu tangan lengkap bertulis nama anak
(akan dibawa pulang setiap hari).
7. Sediakan satu bantal dan satu alas tidur nipis.
Kelengkapan ini akan dibawa pulang setiap hari.
8. Plastik baju kotor 2 (kering dan basah).
9. Minyak angin dan krim ruam atau ubatan khas
untuk keperluan anak beserta sikat rambut.
10. Sabun mandi bagi yang ada penyakit eczema.
11. Perlu dilabelkan nama setiap barang yang
dibawa.

17

2.3 SENARAI BARANG DAN ALATAN YANG PERLU DIBAWA –
PLAYSCHOOL 3 & 4 TAHUN

PLAYSCHOOL 1. Susu formula yang telah diletakkan didalam
3 & 4 TAHUN bekas susu mengikut sukatan dan keperluan anak
(compartment). Tidak dibenarkan membawa
dalam bekas besar atau tin.

2. Untuk anak 4 tahun yang minum susu dalam
cawan, bawa susu dalam compartment untuk
sukatan 1 cawan.

3. 1 botol susu yang dah disteril / rebus di rumah (3
tahun sahaj).

4. 1 botol air.
5. 2 keping mask perlu diletakkan di dalam bag

setiap hari.
6. Datang Playschool dengan berpakaian lengkap

uniform Playschool.
7. Lampin pakai buang 4-5 keping bagi yang masih

pakai dan 2 keping untuk kanak-kanak yang
hanya pakai waktu tidur sahaja.sekiranya tidak
mencukupi, pihak Taska akan menggunakan
lampin pakai buang yang disediakan oleh Taska
dan akan di caj RM2.
8. Sehelai tuala mandi dan sehelai sapu tangan
yang lengkap bertulis nama anak (akan dibawa
pulang setiap hari).
9. 1 alas tidur nipis yang akan dibawa pulang setiap
hari.
10. 2 plastik untuk baju kotor (kering dan basah)
11. Sabun mandi bagi yang ada alahan seperti
eczema. Bawa bag yang bersesuaian tidak
terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
12. Perlu dilabel nama setiap Brangan yang di bawa.

18

2.4 SENARAI BARANG LARANGAN

SENARAI BARANG 1. Tidak dibenarkan membawa permainan dari
LARANGAN rumah bagi mengelakkan dari berebut dan
penyebaran kuman.

2. Barang kemas dan eksesori yang dikhuatiri akan
hilang dan merbahaya.

3. Makanan ringan seperti gula-gula, keropok dan
minuman bergas @ bergula.

4. Tidak dibenarkan membawa barangan tajam
dan merbahaya.

19

3 MAKANAN DAN MINUMAN

1. Waktu makan yang disediakan :
• Waktu makan pagi jam 8.30 pagi TPAA dan 9.00 pagi PPAA
• Waktu makan tengah hari jam 12.00 tengah hari
• Waktu minum petang jam 4.00 petang

2. Waktu minum susu mengikut tahap keperluan anak. Boleh rujuk jadual
harian.

3. Semua makanan disediakan oleh pihak CafeTaska. Rujuk jadual menu
pada lampiran jadual menu.

4. Kanak-kanak tidak digalakkan membawa makanan dari luar yang diragui
tahap kebersihan.

5. Pihak Café Taska jugak menyediakan bubur nasi untuk bayi 6 bulan ke
atas samada bubur sayur dan lauk mengikut jadual menu yang berubah
setiap hari. Rujuk lampiran jadual menu pada.

6. Sila maklum kepada penyelia Taska jika anak-anak mempunyai alahan
terhadap sesuatu makanan.

20

LAMPIRAN JADUAL MENU MINGGU 1 & 2

MENU PLAYSHOOL 2021

MENU TENGAHARI MENU PETANG

HARI PAGI LAUK SAYUR NASI / MAKANAN
ISNIN AYAM MASAK SAMBAL
SELASA MEE GORENG LEMAK CILI API
KANGKUNG NASI PUTIH CEKODOK
ROTI GARDENIA AYAM PAPRIK TUMIS / KACANG JAGUNG/PISA
COKAT/
JAGUNG PANGJANG NG/MANIS
TUMIS

MINGGU 1 SAYUR KUBIS BIHUN SUP
TUMIS/ SAYUR NASI PUTIH

CAMPUR

RABU BIHUN GORENG TELOR DADAR SAYUR CAMPUR NASI PUTIH DONAT
LEMAK

KHAMIS NASI LEMAK TOMYAM AYAM SAYUR KUBIS NASI PUTIH ROTI
TUMIS COKLAT/KAYA

JUMAAT COCO CRUNCH AYAM MASAK SAYUR NASI PUTIH MEE KUAH
KICAP KANGKUNG

TUMIS

MENU PLAYSHOOL 2021

MENU TENGAHARI MENU PETANG

HARI PAGI NASI /
ISNIN SAMBAL
LAUK SAYUR MAKANAN

KUEH TIUW AYAM GORENG PETOLA LEMAK / NASI PUTIH CEKODOK BILIS
GORENG KFC TAUGE LEMAK ( 5/6 BIJI )

SELASA COCO CRUNCH AYAM MASAK ACAR TIMUN NASI BUBUR NASI
MERAH
MINGGU 2 MINYAK DAGING

SAYUR ROTI COKLAT/
KANGKUNG
RABU BIHUN GORENG SUP AYAM NASI PUTIH JAGUNG
TUMIS GARDENIA

( 1 BIJI )

KHAMIS MEE GORENG TELOR DADAR LABU /SAYUR BIHUN SUP/
CAMPUR MASAK NASI PUTIH TOMYAM

LEMAK

JUMAAT NASI LEMAK RENDANG AYAM SAYUR KACANG NASI PUTIH DONAT BIASA
KUNING/ MERAH PANJANG/ ( 2 BIJI )

BUNCIS TUMIS

21

LAMPIRAN JADUAL MENU MINGGU 3 & 4

MENU PLAYSHOOL 2021

MENU TENGAHARI MENU PETANG

HARI PAGI NASI /
ISNIN SAMBAL
LAUK SAYUR MAKANAN

BIKSUT CREAM
BIHUN GORENG AYAM KURMA KACANG BUNCIS NASI PUTIH CRACKER

/MILO

MINGGU 3 SELASA ROTI COKLAT TELOR DADAR PETOLA MASAL NASI PUTIH DONAT
LEMAK &SOUN

RABU COCO SET NASI AYAM BIHUN SUP/
CRUNCH TOMYAM

SAYUR ROTI COKLAT /
KANGKUNG
KHAMIS KUEHTIUW AYAM GORENG NASI PUTIH JAGUNG
JUMAAT GORENG SAMBAL TUMIS GARDENIA

( 1 BIJI )

NASI LEMAK AYAM SOS TIRAM BUBUR NASI
TELUR REBUS DENGAN LADA SAYUR CAMPUR NASI PUTIH AYAM
HITAM

MENU PLAYSHOOL 2021

MENU TENGAHARI MENU
PETANG
HARI PAGI LAUK SAYUR NASI / MAKANAN
ISNIN NASI GORENG SAMBAL
AYAM KARI SAYUR KOBIS BIHUN SUP
DENGAN UBI TUMIS NASI PUTIH

KENTANG

ROTI COKLAT/

MINGGU 4 SELASA BIHUN GORENG AYAM PAPRIK SAYUR CAMPUR NASI PUTIH JAGUNG
TUMIS GARDENIA

( 1 BIJI )

RABU MEE GORENG SET NASI HUJAN PANAS /AYAM MASAK MERAH/ DONAT BIASA
KHAMIS ACAR/DALCA

COCO AYAM GORENG SAYUR NASI PUTIH BUBUR NASI
CRUNCH & SAMBAL KANGKUNG DAGING

SUSU TUMIS

JUMAAT NASI LEMAK TELOR DADAR/ PETOLA MASAL NASI PUTIH CEKODOK
PETOLA MASAL LEMAK &SOUN / BILIS
LEMAK &SOUN
LABU MASAK ( 5/6 BIJI )
LEMAK
22

4. SAMBUTAN HARI LAHIR

1. Sambutan hari lahir anak-anak akan dibuat secara berkumpulan setiap bulan
mengikut tarikh yang ditentukan oleh pihak Taska.

2. Ibubapa digalakkan membawa makanan yang berkhasiat yang dibenarkan
sahaja.

3. Sila maklumkan terlebih dahulu kepada penyelia jika berhasrat menyumbang
makanan berat atau ringan pada sambutan hari lahir tersebut supaya tidak
membawa makanan yang sama.

4. Sebarang makanan ringan yang tidak berkhasiat (junk food) dan gula-gula
tidak dibenarkan.

5 KECEMASAN, SAKIT DAN RAWATAN DOKTOR

1. Sekiranya kanak-kanak sakit, pihak taska akan menghubungi ibubapa dengan
kadar segera .

2. Dalam hal kecemasan, pihak taska berhak untuk membawa kanak-kanak
mendapatkan rawatan segera dari klinik atau hospital berdekatan dan
ibubapa akan dimaklumkan secepat mungkin. Rujuk sekyen C bahagian SOP
mengendalikan kecemasan kecil atau besar pada lampiran.

3. Sekiranya anak masuk hospital, ibu bapa / penjaga harus memaklumkan pada
pihak Taska dan memberikan salinan ‘discharge note’ kepada pihak Taska
pada hari mula menghantar anak selepas keluar hospital untuk tujuan rekod
Taska.

23

6. LARANGAN MENGHANTAR ANAK YANG MENGHIDAP
PENYAKIT BERJANGKIT DAN DEMAM BERPANJANGAN.

6.1. Kanak-kanak yang demam atau selsema lebih dari 3 hari dan melebihi
suhu 37.5C semasa pemeriksaan saringan, tidak dibenarkan memasuki
taska kerana dikhuatiri akan menyebabkan jangkitan kepada kanak-kanak
yang lain. Rujuk lampiran carta alir saringan kanak-kanak.

6.2. Kanak-kanak yang menghidap penyakit berjangkit seperti demam
campak, cacar air atau chicken pox, penyakit kaki ,tangan dan mulut,
cirit-birit, sakit mata,kudis buta, begok dan denggi tidak dibenarkan hadir
ke taska bagi mengawal penularan jangkitan penyakit kepada kanak-
kanak mahupun pendidik.

6.3. Sila bantu rawat basmi kutu jika anak-anak mempunyai masalah tersebut.
Jika keadaan tidak terkawal, rawatan basmi kutu akan dilakukan oleh
pihak taska dan caj kos tambahan akan dimasukkan dalam yuran
tahunan.

6.4. Taska tidak menyediakan bilik kuarantin untuk kanak-kanak yang
menghidap penyakit berjangkit.

7. CUTI

Sila rujuk TaKwim TPAA dan PPAA

24

8. KESELAMATAN DAN KESIHATAN KANAK-KANAK

8.1: Pihak taska akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga keadaan
persekitaran, pematuhan SOP, penguatkuasaan peraturan bagi
memastikan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak berada dalam
keadaan optimum. Namun dalam situasi yang tidak dijangka, kecederaan,
jangkitan penyakit mungkin tidak dapat dielakkan. Dalam hal ini, ibu bapa
yang menghantar bayi atau kanak-kanak ke taska haruslah bersedia dan
menerima hakikat ini dan sama-sama berusaha serta berdoa agar Allah
swt memelihara dan melindungi dari sebarang kecuaian dan kesilapan
serta perkara yang tidak diingini.

8.2: Jika terdapat sebarang aduan atau permasalahan, salurkan ke bahagian
yang tepat seperti penyelia taska atau pihak pengurusan di pejabat
Akademi Generasi Mukmin bagi tindakan penyelesaian dan penambaikan.
Elakkan sikap saling menyalahkan dan penggunaan komunikasi bahasa
rendah ketika berhadapan dengan sebarang konflik. Bawa bertenang,
insaAllah Allah bantu untuk jalan keluar yang terbaik.

9. BUKU LOG HARIAN

9.1 : Pendidik akan melapor aktiviti dan respon anak di taska dan
playschool melalui buku log harian. Buku ini juga sebagai saluran
komunikasi di antara pihak taska dan ibu bapa.
9.2: Pendidik akan meninggalkan pesanan khas mengikut keperluan
dalam buku tersebut dan ibu bapa boleh memberi maklumbalas di
dalam buku tersebut.
9.3: Buku Log Harian hendaklah ditandatangani setiap hari.

10. PLAYSCHOOL

10.1: Pendidik dan pembantu pendidik Playschool Permata Al Amin akan
berusaha sedaya upaya untuk mendidik dan mengasuh serta
meransang perkembangan holistik anak-anak 3 dan 4 tahun melalui
pelbagai aktiviti ransangan perkembangan.

25

10.2: Pendidikan dan Asuhan di Playschool melibatkan perkembangan asas
aktiviti sensory dan juga kemahiran pengurusan asas diri dalam usaha
menjadikan mereka anak-anak stabil emosi, cerdas dan ceria melalui latihan
pendidikan:
o Latihan penggunaan tandas (bebas diapers) Toilet Training.
o Minum susu dalam cawan bagi mengurangkan ketagihan anak
menghisap botol.
o Makan sendiri (tanpa bersuap) menggunakan tangan kanan / sudu.
o Membuka dann memakai pakaian sendiri.
o Mengecam nama dan mengenali kawan-kawan.
o Memahami arahan dan memberi maklumbalas.
o Mengemas beg dan barang sendiri.
o Membawa pinggan kotor ke sinki dan membasuh tangan sebelum
dan selepas makan dengan betul.
o Latihan mengambil giliran (take turn).
o Latihan ketrampilan diri dan tingkat daya self esteem.
o Latihan komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
o Hafazan dan praktikal doa dan hafazan surah-surah lazim.

11. KOLABORASI IBU BAPA

11.1: Pihak taska telah merancang beberapa program yang melibatkan ibu
bapa seperti Sambutan Aidilfitri, Hari Keluarga, Parenting dan lain-lain
lagi sebagai usaha kolaborasi dalam mendidik anak-anak dan
memberikan ikatan yang terbaik dalam hubungan pendidk, ibu bapa
dan anak-anak.

11.2: Ibu bapa hendaklah turut melatih dan menyokong segala latihan
kemahiran yang dilalui oleh anak-anak di taska seperti latihan ke
tandas, minum susu dengan cawan, tidak menghisap puting dan lain-
lain lagi.

11.3: Ibu bapa akan dimaklumkan tentang sebarang info berkaitan aktiviti
anak, program dan maklumat penting taska melalui group whatsapp,
telegram dan facebook Taska dan Playschool Permata Al Amin.

26

L A M P I R A N CARTA ALIR SARINGAN KANAK-KANAK
27

SEKSYEN C

SOP TASKA PERMATA AL AMIN

SOP TASKA PERMATA AL AMIN 2022

1. Pengendalian Kecemasan Di Taska

1.1 SOP Pengendalian Kecemasan Kecil

● Jika berlaku kemalangan, tenangkan kanak-kanak dan maklumkan
kepada Penyelia

● Kenalpasti kecederaan kecil tersebut.
i. Kene gigit sesama kawan
ii. Terhantuk dan bengkak biasa

I ii. Terkepit di pintu
● Kenalpasti jenis rawatan yang perlu diberi
i. Berdarah
ii. Bengkak, lebam dan benjol
● Berikan rawatan
i. Jika berdarah, bersihkan kesan luka dan sapu ubat yang ada
dalam kotak first aid.
ii. Jika bengkak, benjol atau lebam, ambik ais dan tekapkan
pada kesan cedera tersebut sehingga reda.
● Rekodkan kemalangan kecil
i. Tulis dalam buku log harian kanak-kanak.
● Maklumkan kepada ibubapa semasa menghantar anak pulang.

1.2 SOP Pengendalian Kecemasan Besar

● Jika berlaku kemalangan, tenangkan kanak-kanak dan maklumkan
kepada penyelia.

● Kenalpasti jenis kecederaan besar tersebut
i. Terkena benda tajam
ii. Jatuh dalam bilik air
iii. Tidur lupa sendawakan

● Kenalpasti jenis rawatan awal yang perlu diberi
i. Berdarah
ii. Patah
iii. Tersedak susu

● Berikan rawatan awal
i. Hanya yang bertauliah sahaja dibenarkan untuk
mengendalikan kecederaan ini.

● Rekodkan kemalangan besar
i. Tulis dalam buku saringan kesihatan Taska

● Maklumkan kepada ibubapa.
● Bawa kanak-kanak untuk dapatkan rawatan di hospital atau klinik

dengan segera.

28

SEKSYEN D

POLISI YURAN

ANNUAL & MONTHLY CONTRIBUTIO
29

PENGGUNAAN TERMA DAN MAKSUD DI DALAM POLISI DAN PERATURAN
BAYARAN YURAN 2022.

1. ANNUAL EDUCATION CONTRIBUTION (AEC) adalah merujuk kepada YURAN
TAHUNAN.

2. MONTHLY EDUCATION CONTRIBUTION (MEC) merujuk kepada YURAN
BULANAN

3. Sesi pembejaran 2022 bagi Taska dan Playschool bermula Januari 2022
hingga Disember 2022 kerana pendaftaran di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) dan tidak terikat dengan KPM.

4. Polisi dan Peraturan Pembayaran Yuran ini mempunyai 6 bahagian utama
SEKSYEN 1 , SEKSYEN 2 dan SEKSYEN 3, 4, 5 dan 6

5. PERBEZAAN YURAN TAHUNAN (AEC) DAN YURAN BULANAN (MEC):

BIL ANNUAL EDUCATION CONTRIBUTION MONTHLY EDUCATION CONTRIBUTION
(AEC) / YURAN TAHUNAN. (MEC) YURAN BULANAN

MERUPAKAN SUMBANGAN PENDIDIKAN MERUPAKAN SUMBANGAN PENDIDIKAN

UNTUK 1 TAHUN SESI PEMBELAJARAN (12 BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI

1 BULAN) BAGI MENAMPUNG KOS BULANAN SEPERTI GAJI GURU DAN
PENGURUSAN & PENTADBIRAN, SISTEM, KAKITANGAN, SEWA TEMPAT, UTILITIES,

PRASARANA, PEMBANGUNAN MAKANAN DAN KOS PENGURUSAN

KAKITANGAN DAN LAIN-LAIN. BULANAN.

DIBAYAR SEKALI SAHAJA SETIAP TAHUN DIBAYAR SETIAP BULAN SELEWATNYA
2 SEBELUM SESI PEMBELAJARAN TAHUN PADA ATAU SEBELUM 5HB

SEMASA BERMULA

SEKSYEN 1

1) ANNUAL EDUCATION CONTRIBUTION (AEC) adalah merujuk kepada YURAN
TAHUNAN.

1.1: Yuran Tahunan adalah sumbangan bayaran yang dibuat oleh ibu bapa /
penjaga bagi membiayai kos perkhidmatan pendidikan yang
disediakan meliputi:

1.1.1: Enrollment Fees
1.1.2: Operational & Developmeent
1.1.3: Academic Development
1.1.4: Student General Affairs

1.2: Sumbangan dibuat hanya sekali sahaja bagi setiap tahun sesi
persekolahan (12 bulan sahaja)

Contoh:

A. Taska & Playschool Permata Al Amin: Januari 2022 hingga Disember 2022
(berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat) - tidak tertakluk
di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

30

1.3: Yuran Tahunan tidak termasuk bayaran pakaian seragam sekolah dan
aktiviti khas seperti Rombongan sekolah.

1.4: Yuran Tahunan perlulah dijelaskan sepenuhnya sebelum 30 Disember
atau sebelum sesi persekolahan bermula bagi tahun tersebut (merujuk
kepada MEMO terkini yang diedarkan oleh tahun semasa). Nama murid /
pelajar tidak akan direkodkan di dalam senarai murid /pelajar
kelas/tingkatan berkenaan sekiranya yuran tahunan tidak diselesaikan
dalam tempoh yang ditetapkan.

1.5: Yuran Tahunan wajib dibayar walaupun pelajar membuat pendaftaran
selepas sesi persekolahan bermula berdasarkan jumlah seperti di dalam
jadual di bawah:

SEKOLAH TEMPOH (BULAN/SEMESTER) JUMLAH BAYARAN

DAFTAR PADA SUKU TAHUN YURAN TAHUNAN PENUH
PERTAMA (1ST QUARTER)
(Jan, Feb, Mac 2022) POTONGAN 25% DARI
DAFTAR PADA SUKU TAHUN
TASKA & PLAYSCHOOL PERMATA AL AMIN KEDUA (2ND QUARTER) JUMLAH BAYARAN YURAN TAHUNAN DARI
(April, May, Jun 2022) BAHAGIAN:

DAFTAR PADA SUKU * Operational & Developmeent
TAHUN KETIGA (3RD QUARTER) *Academic Development
(Julai, Ogos, Sept. 2022) *Student General Affairs

DAFTAR PADA TAHUN SUKU TETAPI DARI BAHAGIAN
TAHUN KE EMPAT 4THQUARTER)
(Okt, Nov, Dis. 2022 ) *Enrollment Fees

DI BAYAR PENUH

POTONGAN 50% DARI JUMLAH YURAN TAHUNAN
DARI BAHAGIAN:

*Operational & Developmeent
*Academic Development
*Student General Affairs

TETAPI DARI BAHAGIAN

*Enrollment Fees

DI BAYAR PENUH

POTONGAN 75% DARI JUMLAH YURAN TAHUNAN
DARI BAHAGIAN:

*Operational & Developmeent
*Academic Development
*Student General Affairs

TETAPI DARI BAHAGIAN

*Enrollment Fees 31
DI BAYAR PENUH

1.6: Pembayaran Yuran Tahunan hendaklah dibuat melalui sistem onpay
menggunakan link yang ditetapkan bagi melancarkan urusan pemberian
resit, merekod data dan sebagainya.

1.7: Pembayaran yuran tahunan secara lumpsum adalah digalakkan dan
terdapat ganjaran-ganjaran tertentu disediakan (tertakluk kepada promosi
terkini), namun bayaran ansuran dibenarkan dengan syarat jumlah penuh
diterima sebelum 30 Disember.

SEKSYEN 2

2.1. MONTHLY EDUCATION CONTRIBUTION (MEC) merujuk kepada YURAN
BULANAN
Yuran Bulanan adalah merujuk kepada sumbangan bulanan dari ibu
bapa murid/pelajar untuk membiayai kos operasi bulanan seperti gaji guru-
guru dan kakitangan lain, sewa tempat, kos utilities dan pentadbiran
operasi bulanan serta makanan pelajar Taska Permata Al Amin.

2.2 Terdapat 2 pilihan cara bayaran (mode of payment):

2.2.1: Bayaran untuk 6 bulan sekaligus
2.2.2: Bayaran setiap bulan untuk 12 bulan (Taska & Playschool)

2.3 Yuran bulanan hendaklah dibayar pada atau sebelum 5hb setiap bulan.
Peringatan bayaran yuran bulanan akan dikeluarkan oleh Unit
Kewangan (credit control) sebanyak 3 kali melalui poster di dalam group
whatsApp rasmi sekolah:

2.3.1: PERINGATAN MESRA 1: 24hb setiap bulan
2.3.2: PERINGATAN MESRA 2: 30 hb setiap bulan
2.3.3: PERINGATAN MESRA 3: 3 hb setiap bulan
* Tertakluk kepada perubahan semasa di dalam bulan berkenaan.

2.4. Pembayaran yuran bulanan boleh dibuat melalui :

2.4.1: Pembayaran melalui sistem ASIS
2.4.2: Bayaran secara tunai / cek di kaunter pejabat .
2.4.3: Bayaran melalui CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) atau secara
pindahan atas talian (transfer online) atas nama
AKADEMI GENERASI MUKMIN, no akaun Maybank 5629 9101 1806.
Slip/ bukti bayaran hendaklah diemail ke billing@aate.com.my atau
WhatsApp ke no tel. 01120848597 (Puan Teh) serta nyatakan nama murid
contoh : Khayra Iman Nisa’ binti Abdullah 4 Tahun.

32

2.5 Berikut merupakan jadual bagi pembayaran yuran pengajian mengikut
sekolah :

SEKOLAH YURAN PENGAJIAN BULANAN

TASKA DAN PLAYSCHOOL JAN., FEB., MAC., APR., MEI, JUN, JUL., OGOS, SEP.,
PERMATA AL AMIN OKT., NOV., DIS 2022

2.6. Tiada potongan yuran untuk sebarang sebab ketidakhadiran sebagai
contoh ibu bersalin di kampung atau cuti persekolahan yang panjang.

2.7. Yuran bulanan tetap perlu dibayar PENUH walaupun pelajar membuat
pendaftaran masuk atau memohon berhenti pada mana- mana tarikh
di pertengahan bulan.

2.8. Jumlah yuran bulanan adalah bergantung dengan pilihan pakej
perkhidmatan yang disediakan. Pertukaran pakej adalah tidak dibenarkan
selepas operasi sekolah bermula dan nama pelajar telah di daftarkan di
dalam sistem ASIS.

33

SEKSYEN 3

3.1 TUNGGAKAN YURAN
Tunggakan yuran dikira sekiranya bayaran yuran bulanan masih belum
diterima selepas tarikh 5hb. Pihak unit kewangan (credit control) akan
melakukan tindakan berikut:

3.1.1: Menghantar surat peringatan melalui whatsapp
3.1.2: Peringatan melalui penggilan telefon
3.1.3: Mengeluarkan notis sekatan kehadiran ke TASKA
3.1.4: Sekiranya bayaran yuran bulanan masih belum

diterima, sekatan kehadiran ke TASKA akan dilaksanakan selepas
3 hari notis dikeluarkan.

3.2: Tarikh sekatan biasanya 10hb -15 hb. Setiap bulan. Tindakan sekatan
merupakan tindakan akhir setelah peringatan-peringatan. Pihak sekolah
berhak untuk melakukan sekatan sekiranya tiada proses rundingan dengan
bahagian kewangan atau maklum balas dari pihak ibu bapa.

3.3: Rayuan dan pertimbangan untuk memanjangkan tempoh bayaran yuran
bulanan akan diberi mengikut persetujuan bersama antara pihak sekolah
(diwakili oleh Head of Finance) dan ibu bapa. Pesetujuan hendaklah dibuat
dalam bentuk dokumen yag ditandatangani oleh pihak ibu bapa.

3.4: Caj perkhidmatan 1% dari jumlah yuran akan dikenakan dan perlu dibayar
bersama tunggakan yuran.

3.5: PENINGKATAN TUNGGAKAN (MASUK BULAN KE 2)
Sekiranya bayaran yuran masih belum diterima mengikut tempoh yang
dipersetujui atau tiada maklumbalas untuk proses rundingan, tindakan
berikut akan diambil sebagai jalan terakhir:

3.5.1: Digantung sesi persekolahan
3.5.2: Keputusan penilaian akan disekat.
3.5.3: Segala dokumen berkaitan seperti sijil berhenti dan surat pengesahan

murid tidak akan dikeluarkan.
3.5.4: Diberhentikan dari meneruskan persekolahan di TPAA. Objektif

tindakan ini adalah untuk mengelakkan jumlah tunggakan menjadi
semakin besar dan semakin membebankan untuk diselesaikan.
3.5.5: Menyenaraikan nama di CTOS bagi senarai hitam. Senarai hitam akan
dipadam segera sebaik sahaja bayaran tunggakan diselesaikan.
3.5.6: Pendaftaran kemasukan untuk tahun berikutnya tidak dibenarkan.

34

SEKSYEN 4

4.1 PENANGGUHAN BAYARAN YURAN BULANAN
Penangguhan yuran tahunan atau bulanan dibenarkan bagi ibu bapa
yang mempunyai masalah atau halangan pembayaran yuran dengan
syarat ibu bapa / penjaga wajib memaklumkan kepada bahagian Kawalan
Kredit dengan melakukan tindakan berikut:

4.1.1: Mengisi “borang bayaran yuran lewat”
4.2.2: Menyediakan dokumen sokongan seperti bukti

pendapatan terjejas / surat sokongan dari majikan
/dokumen-dokumen bersesuaian yang boleh menyokong
permohonan.
4.2.3: Menunggu pengesahan / kelulusan dari bahagian kawalan
kredit kewangan sekolah .
4.2.4: Menandatangani dokumen perjanjian.

SEKSYEN 5

5.1 PEMBATALAN PENDAFTARAN
Ibu bapa / penjaga yang terlibat untuk membatalkan pendaftaran anak
dari mana-mana sekolah di bawah pengurusan Akademi Generasi
Mukmin Sdn Bhd adalah tertakluk di bawah syarat-syarat berikut:

5.1.1: Pihak ibu bapa bapa /penjaga perlu melengkapkan borang
permohonan pembatalan pendaftaran di kaunter pejabat dalam
tempoh 1 minggu dari tarikh berhenti.

5.1.2: Pembatalan pendaftaran dan polisi pemulangan yuran tahunan
(RUJUK LAMPIRAN JADUAL PEMULANGAN YURAN TAHUNAN)

5.2 Berhenti sekolah dan polisi pemulangan yuran

5.2.1 : Ibu bapa / penjaga hendaklah mengisi borang permohonan
berhenti sekolah selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh berhenti di
kaunter pejabat Akademi Generasi Mukmin Sdn Bhd.

5.2.2 Tiada pemulangan yuran bulanan semasa sekiranya makluman
berhenti di buat pertengahan bulan sesi persekolahan yang sedang
berjalan.

5.2.3 Pemulangan yuran tahunan bagi permohonan berhenti semasa sesi
persekolahan berjalan adalah tertakluk kepada jadual berikut:

Yuran Tahunan Berhenti antara Berhenti antara Berhenti antara Berhenti antara
/AEC tempoh Mac - tempoh Jun - tempoh Sep - tempoh Disember
2022 - Feb 2023
Enrollment Mei 2022 Ogos 2022 Nov 2022 Tiada pemulangan
Fees
Tiada Tiada Tiada Tiada pemulangan
Operatonal & pemulangan pemulangan pemulangan
Development Pemulangan Pemulangan Pemulangan Tiada pemulangan
25% sahaja
Academic 75% 50% Pemulangan Tiada pemulangan
Development Pemulangan Pemulangan 25% sahaja
Pemulangan 35
Student 75% 50% 25% sahaja
General Affairs Pemulangan Pemulangan

75% 50%

LAMPIRAN JADUAL PEMULANGAN YURAN TAHUNAN

Batal Pemulangan yuran
pendaftaran 100%
sebelum 30 Dis
Bagi yang telah
2021 membayar penuh

yuran tahunan.

Potongan akan dibuat
sekiranya telah
menerima atau

menggunakan hadiah
promosi.

Batal Pemulangan
pendaftaran yuran hanya 80%
selepas 30 Dis
2021 hingga 20 pada tarikh
Februari 2021 tersebut kerana
sebahagian kos
Batal
pendaftaran terpaksa
ditanggung oleh
selepas 20
Februari hingga 1 pihak sekolah.

Mac 2021 / Pemulangan
bermula sesi yuran tahunan
persekolahan sebanyak 60%
kerana sekolah
2022.
telah
menanggung
risiko kehilangan

murid dan
hampir semua
prasarana telah

dibeli.

36

5.3 Carta alir proses permohonan berhenti dan pemulangan yuran
5.3.1: Notis permohonan berhenti dari ibu bapa/penjaga
5.3.2: Permohonan diproses oleh pihak pejabat dan tindakan lanjut dari
yang berkenaan
5.3.3: Semakan tunggakan yuran.
Sekiranya ada tunggakan , potongan akan dibuat dari jumlah pemulangan
yuran (will be deducted from refund amount)
5.3.4: Fail pelajar, surat berhenti akan diproses dalam tempoh 1 – 2 minggu.
5.3.5: Pemulangan yuran tahunan akan dibuat secara pindahan atas talian
sahaja dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh berhenti setelah diluluskan oleh
bahagian keawangan Akademi Generasi Mukmin. Tiada pemulangan tunai
serta merta dikaunter.

SEKSYEN 6

6.1 Permohonan semula selepas berhenti.
Permohonan untuk mendaftar semula setelah berhenti dan mendapat
pulangan yuran tahunan akan diterima secara bersyarat:
6.1.1: Sekiranya masih ada kekosongan tempat
6.1.2: Rekod bayaran yuran yang baik dan stabil
6.1.3: Membayar semula yuran tahunan seperti yang telah dimaklumkan
dalam jadual bayaran.
6.1.4: Murid akan dianggap sebagai pelajar baharu, tidak layak untuk
memegang segala jawatan atau apa yang telah ditinggalkan seperti
jawatan pengawas atau sebagainya.

37

SEKSYEN e

BORANG AKUAN DAN PERSETUJUAN

PENGAKUAN IBUBAPA / PENJAGA

1. PENGAKUAN KESIHATAN KANAK-KANAK

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
bahawasanya saya_________________________________________________ ibubapa /
penjaga kepada ___________________________________________ mengaku bahawa
anak saya yang dihantar ke TPAA @ PPAA adalah dalam keadaan sihat walafiat
dan bebas dari penyakit.

(sekiranya anak anda mempunyai penyakit atau alahan, sila catatkan di bawah
ini)

Contoh alahan : Makanan laut, penyakit G6PD, Eczema dan lain-lain

Contoh penyakit : Asma, sakit jantung dan lain-lain

________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________

Saya juga telah membaca dan memahami peraturan dan Panduan Am TPAA &
PPAA 2020. Saya sedia bekerjasama dengan pihak Taska dan mematuhi
peraturan yang telah di tetapkan demi kebaikan kedua belah pihak.

Tandatangan ibubapa / penjaga __________________

No. K/P __________________

No. Telefon __________________

*Sila kembalikan muka surat ini kepada pihak Taska sebelum 8 Januari 2021.


Click to View FlipBook Version