The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by murnidaud2, 2022-02-04 03:23:52

POLISI SRI AN NAJAH 2022/2023

SEKOLAH RENDAH ISLAM AN NAJAH

Keywords: POLISI

INFO PANDUAN POLISI

SEKSYEN A : MAKLUMAT AM m/s 2
m/s 3
1-Muqaddimah m/s 4
2-Latarbelakang m/s 4
3-Falsafah Pendidikan m/s 4
4-Misi m/s 4
5-Visi m/s 5
6-Motto m/s 6-7
7-Carta Organisasi m/s 8
8-Tenaga Pengajar m/s 9
9-Keistimewaan m/s 10
10-Waktu Perkhidmatan m/s 11
11-Saluran Komunikasi m/s 12
12-Takwim 2022/2023 m/s 13
13-Kurikulum
14-Pelan Lalulintas

SEKSYEN B : PANDUAN DAN PERATURAN m/s 15
m/s 16
1-Ikrar Murid m/s 17
2-Displin m/s 17-19
3-Perhimpunan Harian/Khas m/s 20
4-Pakaian Seragam Sekolah m/s 21
5-Kedatangan m/s 22
6-Kebersihan dan Kecerian Sekolah m/s 22
7-Kawasan Larangan m/s 22
8-Kantin m/s 22
9-Tatatertib dan Kesopanan m/s 22
10-Senarai Salah Laku yang berat di Peringkat Sekolah m/s 23
11-Tindakan Tatatertib m/s 23
12-Kedai Buku m/s 23
13-Peperiksaan m/s 24
14-Keselamatan Murid-murid m/s 24
15-Hal-hal lain
16-Barang Larangan

SEKSYEN C : STANDARD OPERASI PROCEDUR

1-Peranan dan Tanggungjawab m/s 26
2-Syarat Hantar Murid ke Sekolah m/s 26
3-Peraturan Menghantar Murid ke Sekolah m/s 26-27
4-Maklumat Tambahan Perkhidmatan m/s 27
5-Carta Alir Saringan Murid m/s 28

SEKSYEN D : POLISI YURAN m/s 30

Annual & Monthly Contribution m/s 31
Penggunaan Terma Dan Maksud Di Dalam m/s 32-33
Polisi Dan Peraturan Bayaran Yuran 2022. m/s 34-35
SEKSYEN 1 m/s 36
SEKSYEN 2 m/s 37
SEKSYEN 3 m/s 38-39
SEKSYEN 4 m/s 40
SEKSYEN 5 m/s 40
SEKSYEN 6 m/s 41
SEKSYEN 7
PENUTUP

SEKSYEN E : BORANG AKUAN DAN PERSETUJUAN

SEKSYEN A

1. MUQADDIMAH

Pendidikan fardhu ain bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap remeh atau
langsung diketepikan dari arus pendidikan, bahkan ianya suatu yang merupakan
perkara dasar sebagaimana firman Allah swt dalam Surah At-Tahrim (66:6)

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari
neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)”

Berdasarkan ayat diatas, Allah memerintahkan supaya setiap ketua keluarga
berusaha bertindak proaktif mendidik diri dan ahli keluarga agar terselamat dari azab
api neraka. Tiada jalan lain bagi merealisasikan perintah tersebut melainkan melalui
pendidikan agama yang kukuh agar boleh menubuhkan keimanan jitu sebagai jati diri
seterusnya menghasilkan taqwa dan membuahkan akhlak yang mulia sebagai
generasi mukmin.
Justeru, SRI An Najah berusaha sedaya mungkin memohon rahmat Allah swt agar terus
diberikan kemampuan dengan barisan Asatizah terbaik, kompeten dan berintegriti
dalam memberikan perkhidmatan pendididkan fardhu ain kepada masyarakat
setempat khususnya dan kepada ummah amnya.

2

2. LATAR BELAKANG

Alhamdulilah diizinkan Allah swt untuk terus relevan menawarkan perkhidmatan
pendidikan fardhu ain peringkat sekolah rendah bermula tahun 2005, kini menginjak ke
usia hampir 2 dekad.
Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan no. pendaftaran
10S(6)5/51 dan melaksanakan kurikulum JAIS sepenuhnya untuk murid-murid sekolah
rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6).
Namun demikian, SRI An Najah berdasarkan kepada konsep ISLAMIC INTEGRATED
PRACTICAL berazam mendidik murid-murid kepada penghayatan Islam sebagai
satu cara hidup yang lengkap, mengabungjalinkan setiap rangkaian subjek yang
dipelajari ke arah pembinaan iman yang mapan sebagai hamba Allah yang taat dan
seterusnya menjadi seorang khalifah yang bermanfaat dengan mensasarkan apa
sahaja kejayaan di dunia adalah untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi melalui
teknik pengajaran yang meraikan kesemua elemen gaya pembelajaran murid-murid
samada auditory, visual mahupun kinestetik serta mempunyai potensi “multiple
intelligences”.

3

3. FALSAFAH PENDIDIKAN

Proses pendidikan berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani,
berilmu dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri,
masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al Quran dan
As Sunnah melalui pendidikan seimbang, sepadu, menyeluruh dan berterusan.

Membentuk generasi mukmin professional yang 4. MISI
menjadikan Islam sebagai satu cara hidup secara
menyeluruh dan melaksanakan tanggungjawab
sebagai hamba dan khalifah Allah dengan penuh
taqwa.

Menerajui pembentukkan ‘biah 5. VISI
solehah’ dalam melaksanakan
pendidikan Islam secara holistik.

6. MOTTO “Pilihan Tepat Didikan Generasi
Mukmin Profesional”

4

Dr. NORSAZALI BIN ABDULLAH 7. CARTA ORGANISASI

Pengarah Urusan AGMSB MANAGEMENT &
ADMINISTRATION TEAM
NORLIZA BINTI MUSA
i. Unit Displin Sekolah
Ketua Pengarah Eksekutif AGMSB
 AISHAH BINTI SALLEH
MASAMAH BINTI MD SALEH  MUHAMMAD HAZIM BIN MUSTAFID (Penolong)

Guru Besar ii. Unit Peperiksaan & Penyelaras
Tahun 6
AISHAH BINTI SALLEH
 AFIQAH BINTI ZAID
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
iii. Unit Multimedia & Penyelaras
BARISAN Tahun 5
TENAGA
PENGAJAR  NUR AMIRATUL ADILA BINTI AZIZ

iv. Unit Dakwah & Tarbiah

 MUHAMMAD ALAUDDIN BIN ZULKIFLI
 WAN FADILAH BINTI WAN ISMAIL (Penolong)

v. Unit Koperasi Sekolah

 YUHANI BINTI SAID

vi. Unit 3K (Kebersihan | Kecerian |
Kekemasan)

 DELIMA SURA BINTI SHABERAH
 NOR SYAZANA BINTI KHALID

vii. Unit Kelab Guru

 WAN FADILAH BINTI WAN ISMAIL

5

8. TENAGA PENGAJAR

MASAMAH BINTI MD SALLEH AISHAH BINTI SALLEH YUHANI BINTI SAID

Ijazah Pengurusan Sistem Ijazah Sarjana Muda STPM, Sekolah Menengah
Maklumat, Universiti Islam Syariah, Kolej Universiti Kebangsaan Agama
Antarabangsa Malaysia Saniah
Insaniah

AFIQAH BINTI ZAID WAN FADILAH BINTI WAN DELIMA SURA BINTI
ISMAIL SHABERAH
Ijazah Sarjana Muda
Islamiah, Universiti Al STAM / Diploma Diploma Syariah, Universiti
Pendidikan Unitar Malaya
Azhar, Mesir

6

MUHAMMAD HAZIM BIN MUHAMMAD ALAUDDIN BIN
MUSTAFID MOHD ZULKIFLI

Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Muda Sains
Syariah Islamiah Universiti Bahasa Arab, Universiti Al

Al Azhar Mesir Azhar, Mesir

NOR SYAZANA BINTI NUR AMIRATUL ADILA
KHALID BINTI AZIZ

Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Muda
Bahasa Arab, UniSZA Quran Dan Sunnah, Usim

7

9. KEISTIMEWAAN SRI AN NAJAH

Aspek keselamatan yang terjamin dalam persekitaran yang sentiasa dikawal.
Suasana pembelajaran yang selesa dalam kelas yang berhawa dingin.

Mempunyai tenaga pelajar yang terlatih dan berpengalaman SERTA BERJIWA
PENDIDIK
Pembelajaran dalam kelas berkonsepkan “Small Group Coaching”.
Pembelajaran menyeronokkan dengan aktiviti PRAKTIKAL

Kurikulum hafazan berserta tadabbur ayat
Laporan prestasi pembelajaran anak-anak yang sistematik melalui sistem E-waris.
Tumpuan pembelajaran yang tinggi dalam bilangan murid yang minimum
(25 orang maximum satu kelas)

Penerima Anugerah Sekolah Swasta PSRA Daerah Hulu Selangor berturut-
turut dari 2011, 2013 dan 2019.
Penerima Anugerah Sekolah Swasta Cemerlang 2018 : Negeri Selangor.

8

10. WAKTU PERKHIDMATAN

 WAKTU PERKHIDMATAN SEKOLAH

SESI WAKTU CATATAN
PAGI 7:30 pagi – 10:50 pagi
 Ketibaan murid bermula
PETANG 2:00 petang – 5:50 petang jam 7:00 pagi

 Murid yang lewat dijemput
balik melebihi jam 11:30
pagi akan dihantar ke
pejabat sekolah

 Ketibaan murid bermula
jam 1:50 petang

 Murid yang lewat dijemput
balik melebihi jam 6:00
petang adalah atas
tanggungjawab sendiri

 WAKTU PERKHIDMATAN PEJABAT SEKOLAH WAKTU

HARI

ISNIN – JUMAAT 7:30 pagi – 6:00 petang

SABTU 8:00 pagi – 1:00 petang

***Tutup hanya pada CUTI UMUM yang telah ditetapkan

9

11. SALURAN KOMUNIKASI

Sekolah Rendah Islam An Najah
Akademi Generasi Mukmin Sdn Bhd

03 6021 2701 | Pejabat Sekolah
Group Whatapps Sekolah

www.agmsb.edu.my

10

12. TAKWIM 2022/2023

TARIKH HARI PERKARA

19.3.2022 SABTU HARI ORIENTASI TAHUN 1
21 - 25.3.2022 ISNIN-JUMAAT
28.3 - 1.4.2022 ISNIN-JUMAAT MINGGU ORIENTASI MURID-MURID
4 - 29.4.2022 ISNIN-JUMAAT
MINGGU PEMANTAPAN SAHSIAH
19.4.2022 SELASA
23.4.2022 SABTU PROGRAM IHYA RAMADHAN
30.4 - 8.5.2022 SABTU-AHAD
16.5.2022 ISNIN CUTI NUZUL QURAN
23 - 26.5.2022 ISNIN-JUMAAT
4 - 12.6.2022 SABTU-JUMAAT HARI PEMUAFAKATAN (TAHUN 5 & 6)
13 – 24.6.2022 ISNIN-JUMAAT
2 - 3.7.2022 SABTU-AHAD CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI**
9 -12.7.2022 SABTU-SELASA
1.8.2022 ISNIN SAMBUTAN HARI GURU
1 – 20.8.2022 ISNIN-JUMAAT
22 – 26.8.2022 ISNIN-JUMAAT UJIAN PRESTASI 1
31.8.2022 RABU
3 – 11.9.2022 SABTU-JUMAAT CUTI PENGGAL 1 SESI 2022
12.9 - 4.11.2022 ISNIN-JUMAAT
15.9.2022 KHAMIS KEMPEN BIJAK JAWI
16.9.2022 JUMAAT
19 – 23.9.2022 ISNIN-JUMAAT LAWATAN 1
1.10.2022 SABTU
7 - 8.10.2022 JUMAAT-SABTU CUTI HARI RAYA AIDIL ADHA**
10.10.2022 ISNIN
ISNIN-JUMAAT CUTI AWAL MUHARRAM
17 - 21.10.2022 ISNIN-JUMAAT
ISNIN-KHAMIS KEMPEN PEMANTAPAN ADAB
24.10.2022 ISNIN
29.10.2022 SABTU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
7.11.2022 ISNIN-JUMAAT
14.11 - 9.12.2022 ISNIN-JUMAAT CUTI HARI KEMERDEKAAN
21 - 24.11.2022 ISNIN-KHAMIS
3 - 4.12.2022 SABTU-AHAD CUTI PENGGAL 2 SESI 2022
10 - 31.12.2022 SABTU-JUMAAT
3 – 20.1.2023 ISNIN-JUMAAT PROGRAM GERAK GEMPUR UPKK & PSRA
13, 16 - 19.1.2023 ISNIN-JUMAAT
20 - 23.1.2023 JUMAAT-ISNIN HARI DISKUSI 1.0
10.2.2023 JUMAAT
18.2.2023 SABTU CUTI HARI MALAYSIA

MINGGU BAHASA ARAB

BENGKEL PSRA

SOLAT HAJAT & QIAMULLAIL (PSRA & UPKK)

CUTI MAULIDURRASUL

UJIAN PRESTASI 2

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PSRA**

PERCUBAAN UPKK**

CUTI DEEPAVALI

BENGKEL UPKK

PEPERIKSAAN PSRA**

PROGRAM PRA-TAHFIZ TAHUN 6

PEPERIKSAAN UPKK**

LAWATAN 2

CUTI PENGGAL 3 SESI 2022/2023

PROGRAM TAHUN 6

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

CUTI TAHUN BARU CINA** 11
HARI DISKUSI 2.0

HARI ANUGERAH CEMERLANG

13. KURIKULUM

TAHUN 1 / 2 TAHUN 3 TAHUN 4 / 5 / 6
BAHASA ARAB
AL QURAN IMLA & KHAT JAWI / IMLA / KHAT
HAFAZAN BAHASA ARAB AKHLAK / SIRAH
AKHLAK TAJWID TAUHID / FEQAH
TAUHID AL QURAN BAHASA ARAB
FEQAH HAFAZAN HAFAZAN
JAWI AKHLAK AL QURAN
SIRAH TAJWID
FEQAH
TAUHID

12

14. PELAN LALULINTAS

13

SEKSYEN B

1. IKRAR MURID

Bahawasanya saya berikrar dan berjanji akan:

 Berpegang teguh dan mengamalkan ajaran
Agama Islam.

 Sentiasa taat dan patuh kepada ibubapa dan
guru.

 Berusaha memartabatkan imej dan mejaga nama
baik sekolah.

 Mematuhi dan mengamalkan peraturan sekolah.
 Berusaha merealisasikan visi

dan misi sekolah.

15

2. DISPLIN

2.1 MAKSUD DISIPLIN
2.1.1 Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran,
Disiplin ialah:
- Kesedaran individu memunaikan tanggungjawab,
- Kesedaran seseorang individu menghormati dan mematuhi undang –
undang samada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan diri
sendiri.
- Kesediaan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup
tertib.
- Kesediaan menghormati antara satu sama lain dan mempunya
semangat tolong menolong.
- Kesediaan membaiki keadaan sedia ada menerusi usaha yang membina
serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

2.2 KEPENTINGAN DISIPLIN
2.2.1 Setiap institusi pelajaran mempunyai peraturan yang patut dan perlu
dipatuhi oleh pelajar . Peraturan tersebut dikenakan untuk tujuan mendidik
pelajar supaya berkelakuan baik, menghormati orang ramai dan
mempunyai disiplin diri yang baik .
2.2.2 Mematuhi merupakan disiplin diri yang baik.

2.3 MATLAMAT DISIPLIN

2.3.1 Untuk melahirkan individu yang bertaqwa, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab. Disiplin diri adalah mustahak dalam usaha kita
hendak mewujudkan masyarakat yang dapat memberi sumbangan
terhadap keharmonian, kemakmuran masyarakat dan negara.

16

3. PERHIMPUNAN HARIAN / KHAS

 Semua murid diwajibkan hadir.
 Semua murid mesti berbaris mengikut sop.
 Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.
 Semasa perhimpunan dijalankan, murid mestilah dalam keadaan senyap
 Selepas perhimpunan, semua murid merti beredar ke kelas masing – masing

dengan teratur dan senyap.

4. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

 Murid hendaklah memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas
berlencana pada hari – hari persekolahan, menghadiri majlis rasmi sekolah dan
lawatan rasmi .

 Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dari rumah ke
sekolah sehingga tamat waktu persekolahan dan pulang ke rumah.

Ungu Ungu Cair
Pekat

Pakaian Rasmi Sekolah Pakaian Rasmi Pengawas Sekolah

17

4.1 PAKAIAN MURID LELAKI

4.1.1 Baju Uniform Rasmi
- Murid hendaklah memakai sepasang baju melayu berwarna putih dan
berlengan panjang pada hari selasa hingga jumaat.

4.1.2 Baju sukan
- Murid hendaklah memakai baju t – shirt rasmi sekolah berwarna biru
lengan pendek dan berseluar sukan (track suit) yang tidak bercorak
atau bergaris putih sahaja pada setiap hari ISNIN.

4.1.3 Lencana
- Murid hendaklah menampal / menjahit lencana di bahagian poket
baju melayu.

4.1.4 Songkok
- Murid hendaklah memakai songkok berwarna hitam.

4.1.5 Sampin
- Murid hendaklah memakai sampin dengan warna berikut :
- Murid Biasa = Ungu terang
- Pengawas = Merah

4.1.6 Stokin
- Murid hendaklah memakai stoking berwarna putih atau hitam sahaja.
- Stoking yang bercorak dan berwarna warni adalah dilarang.

4.1.7 Rambut dan Kuku
- Murid lelaki mestilah memastikan rambut sentiasa pendek dan kemas .
- Bahagian belakang: rambut tidak melebihi garisan dibawah cuping dua
telinga.
- Bahagian depan: rambut tidak menutup garis tengah dahi.
- Bahagian sebelah kiri dan kanan: rambut tidak menyentuh telinga dan
“side burn “tidak melebihi garis tengah hidung .
- Bahagian atas: rambut tidak melebihi 3cm.
- Murid hendaklah memastikan kuku sentiasa pendek, kemas dan bersih.

18

4.2 PAKAIAN MURID PEREMPUAN

4.2.1 Baju Uniform Rasmi
- Murid hendaklah memakai baju kurung berwarna putih.

4.2.2 Baju Sukan
- Murid hendaklah memakai t-shirt rasmi sekolah berwarna biru lengan
panjang dan berseluar sukan (track suit) yang tidak bercorak dan
bergaris putih pada setiap hari ISNIN.

4.2.3 Lencana
- Murid hendaklah menampal / menjahit lencana di paras dada sebelah
kiri tudung.

4.2.4 Tudung
- Murid hendaklah memakai tudung dengan labuh yang sesuai dengan
murid dengan warna berikut berikut :
- Murid biasa = Putih
- Pengawas = Merah

4.2.5 Kain Sarung
- Murid hendaklah memakai kain sarung dengan labuh yang sesuai
dengan murid dengan warna berikut berikut :
- Murid biasa = Ungu cair
- Pengawas = Merah

4.2.6 Kuku
- Murid hendaklah mematikan kuku sentiasa pendek, bersih dan kemas.
mewarnakan kuku dengan sebarang warna adalah dilarang.

4.2.7 Stoking
- Murid hendaklah memakai stoking berwarna putih atau hitam sahaja.
- Stoking yang bercorak dan berwarna warni adalah dilarang.

4.3 KASUT

 Murid hendaklah memakai kasut / sandal / selipar yang bersesuaian dan sopan.

4.4 BEG SEKOLAH

 Murid dikehendaki membawa beg yang bersesuaian dan sopan. Sebarang beg
dengan gaya berlebihan atau beg untuk bergaya adalah dilarang.

19

5. KEDATANGAN

 Semua murid wajib hadir pada waktu yang telah ditetapkan
 Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan sijil sakit doktor, surat rasmi ibubapa

atau surat rasmi dari pihak – pihak berkaitan yang memaklumkan ketidak hadiran
murid ke sekolah . Tanpa maklumat tersebut, murid dianggap tidak hadir atau
ponteng.
 Dalam masa persekolahan, murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah
tanpa kebenaran Guru Besar.
 Murid yang perlu balik pada waktu persekolahan dan diambil oleh ibubapa /
penjaga diwajibkan mengisi Borang Kebenaran balik dan dicatat oleh guru
bertugas dalam Buku Kebenaran Keluar Sekolah.

20

6. KEBERSIHAN & KECERIAAN SEKOLAH

6.1 BILIK DARJAH

 Tanggungjawab seorang murid menjaga kebersihan , keceriaan dan peralatan
bilik darjah.

 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi / meja mesti disusun dengan teratur. Lampu
dan penghawa dingin mesti ditutup suis.

 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi / meja antara kelas.

6.2 KAWASAN SEKOLAH

 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan kecerian sekolah.
 Sampah yang dijumpai hendaklah dikutip dan dibuang kedalam tong sampah

yang disediakan.
 Murid dilarang meludah di mana – mana kawasan sekolah.
 Murid dilarang menconteng dinding kawasan sekolah dengan sebarang bahan.
 Murid dikehendaki memastikan kebersihan kawasan sekolah sepanjang masa

berada di kawasan sekolah.

6.3 TANDAS SEKOLAH

 Murid mesti menggunakan tandas dengan betul , menjaga kebersihan serta
dilarang membuang sebarang sampah ke dalam lubang tandas .

 Murid dilarang menconteng bahagian dalam tandas dengan sebarang bahan.
 Murid hendaklah berhemah menggunakan air dan menutup paip setelah

digunakan.

6.4 PAPAN KENYATAAN
 Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mesti mendapat kebenaran guru.
 Murid mestilah sentiasa peka , menghargai maklumat dan tidak memindahkan

sebarang kenyataan yang ada di papan kenyataan .

6.5 HARTA BENDA SEKOLAH
 Adalah menjadi tanggungjawab semua murid menjaga harta benda sekolah

yang terdapat dalam kelas, tandas, kantin dan di mana mana kawasan sekolah.
 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.
 Kerosakan yang disebabkan oleh salah laku murid hendaklah diganti oleh murid

sendiri.

21

7. KAWASAN LARANGAN

 Kawasan – kawasan berikut adalah kawasan larangan – Bilik Guru, Bilik Penyelaras
Operasi, Pejabat, Tandas Guru

 Murid dilarang mendekati dan mengganggu kelas lain ketika proses
pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung .

8. KANTIN

 Murid mesti makan makan di kantin sahaja atau kawasan yang di tetapkan oleh
pihak sekolah.

 Murid diwajibkan berbaris semasa hendak membeli makanan atau minuman.
 Bekas makanan dan minuman hak milik kantin mesti dimasukkan kedalam bekas

yang disediakan selepas digunakan.
 Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan penyediaan makanan.
 Murid hendaklah mengamalkan adab sopan semasa makan dan minum.

9. TATATERTIB & KESOPANAN

 Setiap murid mengenal guru dan kakitangan sekolah.
 Murid wajib menghormati guru – guru / kakitangan sekolah / pelawat dan sesame

pelajar.
 Ucapan salam hendaklah diberikan apabila berjumpa sesama islam.
 Semua murid mesti menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik sepanjang

persekolahan.
 Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan

sesiapa sahaja.

10. SENARAI SALAH LAKU YANG BERAT DI PERINGKAT SEKOLAH

 Berikut adalah senarai salah laku yang dianggap berat dan tindakan disiplin

boleh diambil.
 Memukul atau mencederakan guru.
 Sengaja merosakkan harta benda sekolah.
 Sengaja merosakkkan harta persendirian guru – guru atau murid – murid.
 Mencuri / mengambil barang bukan milik tanpa izin .
 Masih membantah hukuman guru sekali pun setelah tiga kali amaran.

11. TINDAKAN TATATERTIB

 Nasihat atau kaunseling. 22
 Menghubungi ibu bapa.
 Amaran.

12. KEDAI BUKU

 Semua murid yang ingin berurusan dengan kedai buku / koperasi mestilah pada
waktu yang ditetapkan kecuali dengan kebenaran guru.

 Murid mestilah beratur dan mematuhi arahan guru bertugas .

13. PEPERIKSAAN

 Murid mestilah hadir sepanjang tarikh peperiksaan berlangsung .
 Sebarang ketidak hadiran perlu dimaklumkan kepada guru kelas berserta surat

cuti sakit atau surat makluman ibu bapa.
 Murid mesti mematuhi peraturan tatatertib peperiksaan sekolah.
 Murid mestilah membawa alat tulis yang lengkap untuk menjawab peperiksaan .

kegagalan berikut boleh menyebabkan peperiksaan terganggu .
 Berpakaian uniform lengkap sekolah .

14. KESELAMATAN MURID

 Keselamatan diri adalah tanggungjawab murid sendiri .
 Murid mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti di

dalam bilik darjah.

23

15. HAL-HAL LAIN

 Guru Besar bertanggungjawab tentang disiplin sekolah.
- Beliau berkuasa dan boleh menurunkan kuasanya kepada orang lain untuk
mengadakan hukuman ke atas pelajar yang didapati melanggar peraturan
sekolah .

 Mana – mana perkara yang tidak tercatat dalam buku peraturan dan undang –
undang sekolah ini, pihak Guru Besar dan Lembaga Disiplin boleh menggunakan
budi bicaranya menambah dan membuat tindakan yang sewajarnya.

 Keputusan / hukuman / tindakan Lembaga Disiplin adalah Muktamad.
 Ibubapa yang ingin menjemput anak awal perlu menerusi pihak pejabat terlebih

dahulu .
 Murid perlu mengisi nama di dalam buku pulang awal sebelum pulang untuk rekod

guru .

16. BARANG LARANGAN

 Sebarang alat Solekan, Bahan Bacaan Bukan Ilmiah, Barang Kemas, Alat
Permainan atau seumpamnya adalah dilarang sama sekali. jika didapati mana –
mana murid membawa perkara sepertimana berikut akan dikenakan tindakan
tatatertib dan barangan tersebut akan disimpan guru bertugas sehingga
dipulangkan kepada ibubapa / penjaga.

 Murid juga dilarang memakai sebarang alat solek atau “make up” walaupun nipis.
 Murid juga dilarang memakai sebarang barang kemas sama ada tulen atau palsu.

24

SEKSYEN C

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

 Memastikan murid mematuhi SOP yang telah diingatkan sentiasa.
 Menjaga kebersihan diri dan kawasan sekolah .
 Mengawal diri dari melakukan perkara atau perbuatan yang boleh membawa

kepada penularan COVID-19.

SYARAT HANTAR MURID KE SEKOLAH

 Murid yang baru pulang dari luar negara atau pernah dalam kontak rapat dengan
pesakit COVID-19 tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah dalam tempoh 14 hari.

 Ibu bapa wajib mengisi borang akuan pengesahan kesihatan untuk ibu bapa dan
juga murid.

 Jika suhu badan adalah 37.5⁰C dan ke atas, murid dilarang untuk ke sekolah.
Hanya murid yang sihat sepenuhnya dibenarkan untuk ke sekolah.

PERATURAN MENGHANTAR MURID KE SEKOLAH

 Berikut adalah peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid untuk ke sekolah dalam
mencegah penularan jangkitan COVID-19:

SEBELUM

• Memastikan murid dalam keadaan sihat sebelum dihantar ke sekolah.
• Murid perlu membawa topeng muka, cecair pembasmi kuman persendirian,

beg/plastik/begkantung untuk simpan kasut/selipar dan tisu basah dan sudu &
garfu.
• Murid perlu melalui laluan yang ditetapkan untuk ke SRIAN.
• Setibanya di sekolah, Ibu bapa perlu menungguZ di dalam kereta sehingga murid
dibenarkan masuk setelah diperiksa suhu.
• Ibubapa perlulah menghantar anak sebelum pukul 7.40am (sesi pagi) dan sebelum
pukul 2.40pm (sesi petang). Ini adalah kerana, selepas waktu tersebut adalah
bermulanya sesi PDPC dan tiada guru yang akan menjaga untuk membuat
saringan kesihatan di pintu masuk.
• Sekiranya murid sampai ke sekolah selepas waktu yang ditetapkan, pihak sekolah
tidak dapat menerima kehadiran lewat murid kerana semua guru sudah terlibat
dengan PDPC dan pihak sekolah ingin menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh
JAIS.

26

SEMASA

• Sentiasa peka dengan panggilan telefon atau Whatsapp dari guru.
• Jika diminta untuk mengambil murid dari sekolah disebabkan sebarang hal

kecemasan atau murid tidak sihat, diminta ibubapa/ penjaga supaya segera
berbuat demikian.

SELEPAS
• Menjaga penjarakan sosial (1 meter) dengan ibu bapa lain semasa menunggu

murid di luar kawasan sekolah.
• Ibu bapa dikehendaki mengambil murid selewat-lewatnya pada jam 11.10am(sesi

pagi) dan 5.50pm(sesi petang)
• Memastikan murid mandi sejurus setelah sampai di rumah sebelum berinteraksi

dengan ahli keluarga yang lain.
• Menjaga kebersihan persekitaran di dalam rumah.
• Bersihkan dan disinfeksi permukaan dalam dan luar kereta yang kerap disentuh

seperti tombol pintu, selusur tangan, tingkap dan tempat duduk secara berkala.

MAKLUMAT TAMBAHAN PERKHIDMATAN

 Berikut adalah maklumat tambahan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh
Sekolah Rendah Islam An Najah sepanjang beroperasi dalam tempoh PKPP:

• Murid-murid dikehendaki mengamalkan rutin mencuci tangan yang betul
setiap kali sebelum dan selepas makan atau beraktiviti.

• Segala peraturan sekolah di dalam buku panduan peraturan sekolah
adalah di guna pakai sepanjang kelas bimbingan/sesi persekolahan norma
baru.

• Bagi sesi rehat murid, murid akan rehat di kantin dengan SOP .
• Sebarang aktiviti di dalam kelas tidak akan dilaksanakan.
• Selepas selesai setiap sesi persekolahan, kerja-kerja pembersihan dan

disinfeksi (nyahkuman) akan dilaksanakan bagi memastikan murid sesi
berikutnya datang sekolah dalam keadaan bersih dan selamat.

27

28

SEKSYEN D

ANNUAL & MONTHLY CONTRIBUTION

30

PENGGUNAAN TERMA DAN MAKSUD DI DALAM POLISI
DAN PERATURAN BAYARAN YURAN 2022.

1. ANNUAL EDUCATION CONTRIBUTION (AEC) adalah merujuk kepada YURAN
TAHUNAN.

2. MONTHLY EDUCATION CONTRIBUTION (MEC) merujuk kepada YURAN BULANAN
3. Terdapat perubahan ketara di dalam penentuan tarikh permulaan sesi

pembelajaran 2022 berdasarkan pengumuman oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM):
4. Sesi pembejaran 2022 bermula pada Mac 2022 dan berakhir pada Feb 2023
untuk SRI AN Najah.
5. Polisi dan Peraturan Pembayaran Yuran ini mempunyai 7 bahagian utama
SEKSYEN 1, SEKSYEN 2 dan SEKSYEN 3,4,5,6 dan 7.
6. PERBEZAAN YURAN TAHUNAN (AEC) DAN YURAN BULANAN (MEC):

BIL ANNUAL EDUCATION CONTRIBUTION MONTHLY EDUCATION CONTRIBUTION
(AEC) / YURAN TAHUNAN. (MEC) YURAN BULANAN

MERUPAKAN SUMBANGAN MERUPAKAN SUMBANGAN
PENDIDIKAN UNTUK 1 TAHUN SESI PENDIDIKAN BAGI MENAMPUNG KOS
PEMBELAJARAN (12 BULAN) BAGI OPERASI BULANAN SEPERTI GAJI GURU
1. MENAMPUNG KOS PENGURUSAN & DAN KAKITANGAN, SEWA TEMPAT,
PENTADBIRAN, SISTEM, PRASARANA, UTILITIES, MAKANAN DAN KOS
PEMBANGUNAN KAKITANGAN DAN PENGURUSAN BULANAN.
LAIN-LAIN .
DIBAYAR SETIAP BULAN SELEWATNYA
DIBAYAR SEKALI SAHAJA SETIAP PADA ATAU SEBELUM 5HB
2. TAHUN SEBELUM SESI

PEMBELAJARAN TAHUN SEMASA
BERMULA

31

SEKSYEN 1

1) ANNUAL EDUCATION CONTRIBUTION (AEC) adalah merujuk kepada YURAN
TAHUNAN.
1.1: Yuran Tahunan adalah sumbangan bayaran yang dibuat oleh ibu bapa /
penjaga bagi membiayai kos perkhidmatan pendidikan yang disediakan meliputi:

1.1.1: Enrolment Fees
1.1.2: Operational & Development
1.1.3: Academic Development
1.1.4: Student General Affairs
1.2: Sumbangan dibuat hanya sekali sahaja bagi setiap tahun sesi persekolahan
(12 bulan sahaja) yang di tetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Contoh:
A. Annual Education Contribution AEC (Yuran Tahunan) 2022 SRI AN NAJAH.:
Mac 2022 hingga Feb. 2023

1.3: Yuran Tahunan tidak termasuk bayaran buku.
1.4: Yuran Tahunan perlulah dijelaskan sepenuhnya sebelum 30 Disember atau
sebelum sesi persekolahan bermula bagi tahun tersebut (merujuk kepada MEMO
terkini yang diedarkan oleh tahun semasa). Nama murid tidak akan direkodkan di
dalam senarai murid berkenaan sekiranya yuran tahunan tidak diselesaikan dalam
tempoh yang ditetapkan.

32

1.5: Yuran Tahunan wajib dibayar walaupun murid membuat pendaftaran selepas
sesi persekolahan bermula berdasarkan jumlah seperti di dalam jadual di bawah:

SEKOLAH TEMPOH (BULAN/SEMESTER) JUMLAH BAYARAN

DAFTAR PADA SUKU TAHUN YURAN TAHUNAN PENUH
PERTAMA (1ST QUARTER)
(Mac, Apr. Mei 2022)

SEKOLAH RENDAH ISLAM AN NAJAH DAFTAR PADA SUKU TAHUN POTONGAN 25% DARI
KEDUA (2ND QUARTER) JUMLAH BAYARAN YURAN TAHUNAN
(Jun, Julai, Ogos 2022) DARI BAHAGIAN:
* Operational & Development
*Academic Development
*Student General Affairs
TETAPI DARI BAHAGIAN
*Enrolment Fees DI BAYAR PENUH

DAFTAR PADA SUKU POTONGAN 50% DARI JUMLAH YURAN
TAHUN KETIGA (3RD QUARTER) TAHUNAN DARI BAHAGIAN:
(Sept, Okt, Nov.2022) *Operational & Development
*Academic Development
*Student General Affairs
TETAPI DARI BAHAGIAN
*Enrolment Fees DI BAYAR PENUH

DAFTAR PADA TAHUN SUKU POTONGAN 75% DARI JUMLAH YURAN
TAHUN KE EMPAT 4THQUARTER) TAHUNAN DARI BAHAGIAN:
(Dis.2022, Jan.2023,Feb.2023) *Operational & Development
*Academic Development
*Student General Affairs
TETAPI DARI BAHAGIAN
*Enrolment Fees DI BAYAR PENUH

1.6: Pembayaran Yuran Tahunan hendaklah dibuat melalui sistem onpay
menggunakan link yang ditetapkan bagi melancarkan urusan pemberian resit,
merekod data dan sebagainya.

1.7: Pembayaran yuran tahunan secara lumpsum adalah digalakkan dan terdapat
ganjaran-ganjaran tertentu disediakan (tertakluk kepada promosi terkini), namun
bayaran ansuran dibenarkan dengan syarat jumlah penuh diterima sebelum 30
Disember.

33

SEKSYEN 2

2.1. MONTHLY EDUCATION CONTRIBUTION (MEC) merujuk kepada YURAN BULANAN

Yuran Bulanan adalah merujuk kepada sumbangan bulanan dari ibu bapa
murid untuk membiayai kos operasi bulanan seperti gaji guru-guru dan
kakitangan lain, sewa tempat, kos utiliti dan pentadbiran operasi bulanan murid
SRI AN Najah.

2.2 Terdapat 2 pilihan cara bayaran (mode of payment):

2.2.1: Bayaran untuk jumlah 11 bulan sekaligus (layak dipertimbangkan untuk
menerima hadiah penghargaan berdasarkan kemampuan syarikat)
2.2.2: Bayaran untuk 6 bulan sekaligus

2.3. Yuran bulanan hendaklah dibayar pada atau sebelum 5hb setiap bulan.
Peringatan bayaran yuran bulanan akan dikeluarkan oleh Unit Kewangan (Kredit
Kontrol) sebanyak 3 kali melalui poster di dalam group whatsApp rasmi sekolah:

2.3.1: PERINGATAN MESRA 1: 24 hb setiap bulan
2.3.2: PERINGATAN MESRA 2: 30 hb setiap bulan
2.3.3: PERINGATAN MESRA 3: 03 hb setiap bulan
* Tertakluk kepada perubahan semasa di dalam bulan berkenaan.

2.4. Pembayaran yuran bulanan boleh dibuat melalui :

2.4.1: Pembayaran melalui sistem ASIS
2.4.2: Bayaran secara tunai / cek di kaunter pejabat .
2.4.3: Bayaran melalui CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) atau secara pindahan
atas talian (transfer online) atas nama AKADEMI GENERASI MUKMIN, no akaun
Maybank 5629 9101 1806.

Slip/ bukti bayaran hendaklah diemail ke [email protected] atau WhatsApp
ke no tel. 01120848597 (Bahagian Kredit Kontrol) serta nyatakan nama murid dan
kelas contoh : Khayra Iman Nisa’ binti Abdullah Tahun 1AK.

34

2.5 Di bawah merupakan jadual bagi pembayaran yuran pengajian mengikut
sekolah :

SEKOLAH YURAN PENGAJIAN BULANAN
SRI AN NAJAH
MAC, APR, MEI, JUN, JULAI, OGOS, SEP, OKT, NOV, DIS
2022, JANUARI 2023

2.6 Tiada potongan yuran untuk sebarang sebab ketidakhadiran sebagai contoh
ibu bersalin di kampung atau cuti persekolahan yang panjang.

2.7. Yuran bulanan tetap perlu dibayar PENUH walaupun murid membuat
pendaftaran masuk atau memohon berhenti pada mana-mana tarikh di
pertengahan bulan.

2.8. Sekiranya murid telah selesai menduduki peperiksaan akhir tahun atau
peperiksaan awam seperti UPKK & PSRA baki yuran bulanan tetap perlu
dijelaskan walaupun memilih untuk tidak hadir ke sekolah.

2.9. Jumlah yuran bulanan adalah bergantung dengan pilihan pakej perkhidmatan
yang disediakan. Pertukaran pakej adalah tidak dibenarkan selepas operasi
sekolah bermula dan nama murid telah di daftarkan di dalam sistem ASIS.

35

SEKSYEN 3

3.1 TUNGGAKAN YURAN
Tunggakan yuran dikira sekiranya bayaran yuran bulanan masih belum diterima
selepas tarikh 5hb. Pihak unit kewangan (credit control) akan melakukan
tindakan berikut:

3.1.1: Menghantar surat peringatan melalui whatsapp
3.1.2: Peringatan melalui panggilan telefon
3.1.3: Mengeluarkan notis sekatan kehadiran ke sekolah
3.1.4: Sekiranya bayaran yuran bulanan masih belum diterima, sekatan
kehadiran ke sekolah akan dilaksanakan selepas 3 hari notis dikeluarkan.

3.2: Tarikh sekatan biasanya 10hb -15 hb. Setiap bulan. Tindakan sekatan
merupakan tindakan akhir setelah peringatan-peringatan di keluarkan dan
tiada proses rundingan atau maklumbalas dari pihak ibu bapa.

3.3: Rayuan dan pertimbangan untuk memanjangkan tempoh bayaran yuran
bulanan akan diberi mengikut persetujuan bersama antara pihak sekolah
(diwakili oleh Head of Finance) dan ibu bapa. Pesetujuan hendaklah dibuat
dalam bentuk dokumen yag ditandatangani oleh pihak ibu bapa.

3.4: Caj perkhidmatan 1% dari jumlah yuran akan dikenakan dan perlu dibayar
bersama tunggakan yuran.

3.5: PENINGKATAN TUNGGAKAN (MASUK BULAN KE 2)
Sekiranya bayaran yuran masih belum diterima mengikut tempoh yang
dipersetujui atau tiada maklumbalas untuk proses rundingan, tindakan berikut
akan diambil sebagai jalan terakhir:

3.5.1: Digantung sesi persekolahan
3.5.2: Tidak dibenarkan menduduki sebarang ujian, peperiksaan penggal atau
akhir tahun.
3.5.3: Keputusan peperiksaan atau penilaian akan disekat.
3.5.4: Segala dokumen berkaitan seperti sijil berhenti dan surat pengesahan
murid tidak akan dikeluarkan.
3.5.5: Diberhentikan dari meneruskan persekolahan di SRI AN Najah (jika 3 bulan
tunggakan). Objektif tindakan ini adalah untuk mengelakkan jumlah
tunggakan menjadi semakin besar dan semakin membebankan untuk
diselesaikan.
3.5.6: Menyenaraikan nama di CTOS bagi senarai hitam. Senarai hitam akan
dipadam segera sebaik sahaja bayaran tunggakan diselesaikan.
3.5.7: Pendaftaran kemasukan untuk tahun berikutnya tidak dibenarkan.

36

SEKSYEN 4

4.1 PENANGGUHAN BAYARAN YURAN BULANAN
Penangguhan yuran tahunan atau bulanan dibenarkan bagi ibu bapa yang
mempunyai masalah atau halangan pembayaran yuran dengan syarat ibu
bapa / penjaga wajib memaklumkan kepada bahagian Kawalan Kredit
dengan melakukan tindakan berikut:
4.1.1: Mengisi “borang bayaran yuran lewat”
4.1.2: Menyediakan dokumen sokongan seperti bukti pendapatan terjejas /
surat sokongan dari majikan /dokumen-dokumen bersesuaian yang boleh
menyokong permohonan.
4.1.3: Menunggu pengesahan / kelulusan dari bahagian kawalan kredit
kewangan sekolah .
4.1.4: Menandatangani dokumen perjanjian.

37

SEKSYEN 5

5.1 PEMBATALAN PENDAFTARAN
Ibu bapa / penjaga yang terlibat untuk membatalkan pendaftaran anak dari
mana-mana sekolah di bawah pengurusan Akademi Generasi Mukmin Sdn
Bhd adalah tertakluk di bawah syarat-syarat berikut:

5.1:1 Pihak ibu bapa bapa /penjaga perlu melengkapkan borang permohonan
pembatalan pendaftaran di kaunter pejabat dalam tempoh 1 minggu dari
tarikh berhenti.

5.1:2 Pembatalan pendaftaran dan polisi pemulangan yuran tahunan.

Batal Pemulangan yuran
pendaftaran 100%
sebelum 30 Dis Bagi yang telah
2021 membayar penuh
yuran tahunan.
Batal
pendaftaran Potongan akan dibuat
selepas 30 Dis sekiranya telah
2021 hingga 20 menerima atau
Februari 2021 menggunakan hadiah
promosi.

Pemulangan yuran
hanya 80% pada tarikh
tersebut kerana
sebahagian kos
terpaksa ditanggung
oleh pihak sekolah.

Batal Pemulangan yuran
pendaftaran tahunan sebanyak 60%
selepas 20 kerana sekolah telah
Februari hingga menanggung risiko
1 Mac 2021 / kehilangan murid dan
bermula sesi hampir semua prasarana
persekolahan telah dibeli.
2022.

38

5.2 Berhenti sekolah dan polisi pemulangan yuran

5.2.1 Ibu bapa / penjaga hendaklah mengisi borang permohonan berhenti
sekolah selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh berhenti di kaunter
pejabat Akademi Generasi Mukmin Sdn Bhd.

5.2.2 Tiada pemulangan yuran bulanan semasa sekiranya makluman berhenti
di buat pertengahan bulan sesi persekolahan yang sedang berjalan.

5.2.3 Pemulangan yuran tahunan bagi permohonan berhenti semasa sesi
persekolahan berjalan adalah tertakluk kepada jadual berikut:

Yuran Berhenti antara Berhenti antara Berhenti antara Berhenti antara
Tahunan /AEC tempoh Mac - tempoh Jun - tempoh Sep - tempoh

Enrollment Mei 2022 Ogos 2022 Nov 2022 Disember 2022
Fees - Feb 2023
Tiada Tiada Tiada
pemulangan pemulangan pemulangan Tiada

pemulangan

Operatonal & Pemulangan Pemulangan Pemulangan Tiada
Development 75% 50% 25% sahaja pemulangan

Academic Pemulangan Pemulangan Pemulangan Tiada
Development 75% 50% 25% sahaja pemulangan

Student Pemulangan Pemulangan Pemulangan Tiada
General 75% 50% 25% sahaja pemulangan

Affairs

5.3 Carta alir proses permohonan berhenti dan pemulangan yuran

5.3.1: Notis permohonan berhenti dari ibu bapa/penjaga
5.3.2: Permohonan diproses oleh pihak pejabat dan tindakan lanjut dari yang
berkenaan
5.3.3: Semakan tunggakan yuran.
Sekiranya ada tunggakan , potongan akan dibuat dari jumlah pemulangan
yuran (will be deducted from refund amount)
5.3.4: Fail pelajar, surat berhenti akan diproses dalam tempoh 1 – 2 minggu.
5.3.5: Pemulangan yuran tahunan akan dibuat secara pindahan atas talian
sahaja dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh berhenti setelah diluluskan oleh
bahagian keawangan Akademi Generasi Mukmin. Tiada pemulangan tunai
serta merta dikaunter.

39

SEKSYEN 6

6.1 Permohonan semula selepas berhenti.
Permohonan untuk mendaftar semula setelah berhenti dan mendapat
pulangan yuran tahunan akan diterima secara bersyarat:

6.1.1: Sekiranya masih ada kekosongan tempat
6.1.2: Rekod bayaran yuran yang baik dan stabil
6.1.3: Membayar semula yuran tahunan seperti yang telah dimaklumkan dalam
jadual bayaran.
6.1.4: Murid akan dianggap sebagai pelajar baharu, tidak layak untuk
memegang segala jawatan atau apa yang telah ditinggalkan seperti jawatan
pengawas atau sebagainya.

SEKSYEN 7

Yuran PDPR

Sekiranya gaya pembelajaran secara PDPC (normal / bersemuka secara fizikal)
bertukar kembali kepada PDPR berikutan pengisytiharan rasmi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) berikutan PKP pencegahan penularan pandemic covid 19
dan sebagainya, berikut merupakan polisi berkaitan yuran:

7.1: Tiada pemulangan untuk yuran tahunan selagi mana dalam tempoh tersebut,
sekolah di bawah pengurusan AGMSB masih terus beroperasi memberi khidmat
pembelajaran & pengajaran . Guru-guru dan kakitangan berkenaan hendaklah
menyesuaikan bentuk aktiviti dan program secara online atau digantikan
manfaat kepada penyediaan kits, tools bersesuaian (learn from anywhere,
everywhere byond class).

7.2: Potongan yuran bulanan akan diberikann sekiranya pembelajaran dijalankan
secara PDPR adalah sepeti berikut :

Sekolah Standard (PDPC / hybrid) Yuran PDPR Jumlah pengurangan
Standard FA pakej RM130 RM130 Tiada
SRI AN Premium FA pakej RM160 RM160 Tiada
NAJAH

40

PENUTUP

POLISI DAN PERATURAN PEMBAYARAN YURAN 2022 ini adalah sebagai panduan di
dalam proses membuat keputusan sekiranya berlaku perkara-perkara yang
dinyatakan di atas.
Kuasa budibicara boleh diberikan oleh pihak pengurusan tertinggi seperti Pengarah
Urusan, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Akademi Generasi Mukmin Sdn Bhd atau
wakil yang diberi kuasa seperti Ketua Bahagian Kewangan dan keputusan yang
dibuat perlu didokumentasikan dan difailkan setelah dipersetujui oleh kedua-dua
belah pihak.
Semoga polisi ini memberi manfaat yang besar di dalam melancarkan operasi dan
perkhidmatan yang diberikan serta meraih redha Allah swt.

41

SEKSYEN È

PENGAKUAN IBUBAPA / PENJAGA BAGI POLISI SRI AN NAJAH
2022/2023

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Bahawasanya saya ______________________________________________ ibubapa /
penjaga kepada murid __________________________________________________ darjah /
tahun bagi (sesi 2022/2023)___________________________ telah membaca dan
memahami peraturan dan polisi sekolah serta bersedia bekerjasama dengan pihak
sekolah bahawa tindakan boleh dikenakan ke atas anak saya jika beliau didapati
melanggar peraturan .

Tandatangan Ibubapa / Penjaga : ___________________________________________

No. Kad Pengenalan : ___________________________________________

Tarikh : ___________________________________________

No. Telefon : ___________________________________________

*Sila kembalikan muka surat ini kepada pihak pejabat sekolah sebelum 25 Februari
2022 (Jumaat).

ISLAMIC INTEGRATED PRACTICAL

AKADEMI GENERASI MUKMIN

NO. G-13, JALAN KASTURI 1A, BUKIT BERUNTUNG 48300
RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: 03-60212701


Click to View FlipBook Version