The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Herni, 2023-08-16 07:12:22

KISAH HERNI

KISAH HERNI

Keywords: Friendship,Family

EPILOG Malam semakin larut. Guruh mulai berdentum silih berganti menandakan hujan sudah mahu mulai turun. Mata Herni melilau ke sekeliling kawasan hutan tersebut. Kawasan hutan itu sangat sunyi dan gelap sehingga menyukarkan Herni untuk mencari jalan keluar. Herni terus berlari tanpa tujuan. Nafasnya mulai tercungap-cungap. Dia tidak tahu mana mahu pergi. Penglihatannya terhad. Badannya mula menggigil ketakutan. Dadanya berombak kencang. “Woi perempuan jangan lari” terdengar suara jeritan seorang lelaki dari arah belakang. Herni mulai cemas. Namun, dia tidak mengendahkan suara itu. “Aku cakap berhenti” kali ini suara lelaki itu semakin kuat. Kedengaran bunyi tapak kaki yang mulai menghampirinya. Semakin dekat. Air mata mulai mengalir tanpa henti. Dia sudah seperti orang gila. Fikirannya cuma satu. Dia ingin keluar dari situ. Jadi, dia terus berlari sekuat hatinya tanpa menoleh ke belakang. Dia berusaha untuk mencari jalan keluar. Tetapi dia semakin buntu. Seketika, pandagannya tertancap pada cahaya lampu di hadapan. Mungkin itu lampu jalan. Herni terus mempercepatkan larian kearah cahaya tersebut. Namun, nasib tidak menyebelahi dirinya. Kakinya tersadung pada dahan kayu yang besar. Dia jatuh tertiarap. Betisnya terluka akibat tercucuk dahan pokok yang tajam di situ. Herni mengerang kesakitan. Dia cuba untuk bangun tapi tidak boleh. Tetapi, dia sedar bahawa dia tidak boleh berdiam diri. Lelaki itu masih belum berhenti mencarinya. Jadi, dia perlu mencari tempat untuk bersembunyi secepat mungkin. “Woi perempuan. Mana kau menyorok ha. Keluarlah. Jangan menyusahkan aku. Keluar!” Lelaki itu menjerit lagi. Kini, suara lelaki itu semakin mendekat. Herni tersentak. Dia terdengar samar-samar jeritan suara lelaki yang mengejarnya. Perlahan-lahan dia mulai mengesot badannya ke belakang pokok yang besar. Berharap dia tidak ditemui. Herni menekup mulutnya sambil tangan sebelahnya memegang kakinya yang terluka. Dia cuba untuk menahan kesakitan. Peluh mulai menitik di dahinya. Jantungnya berdegup dengan kencang. Di dalam hatinya dia tidak berhenti berdoa berharap lelaki itu tidak menemuinya.


Lelaki itu menjerit seperti orang gila. Sabarnya sudah mula hilang. Matanya melilau mencari sosok tubuh Herni. Tetapi dia gagal. Dia terus membuat keputusan untuk meneruskan pencarian di tempat lain. Lelaki yang mengejarnya tadi itu mula berlalu pergi dari situ. Herni mula menarik nafas lega. Dia membetulkan duduknya dan bersandar di batang pohon besar itu. Dia mahu berehat sebentar. Badannya sudah terlalu lelah untuk berlari lagi. Matanya dipejam rapat. “Hah kat sini kau rupanya.” sergah seorang lelaki dari belakang. Herni terkejut. Mukanya mulai pucat. Badannya diundur ke belakang perlahan-lahan. Sejak bila lelaki itu muncul pun dia tidak tahu. “Kenapa, terkejut. Mesti kau ingat aku dah pergi kan” lelaki itu gelak besar. “Tolong lepaskan aku. Kau nak apa dari aku” Teriak Herni “Kau dah nampak semuanya. Jadi, kau kena mati.” Jawab lelaki itu bersahaja. “Kau yang patut mati. Kau kejam. Kau yang patut bertanggungjawab atas apa yang kau dah buat. Kau tak rasa bersalah ke ha?” soal Herni. Dia sudah tidak takut. Dia redha dengan apa yang akan terjadi kepadanya selepas ini. “Kau dengar sini baik-baik. Aku cuma ikut arahan je tau. Bos aku tu lebih gila dari apa yang kau sangka. Kalau dalam hidup dia perlu bunuh seratus orang sekalipun dia sanggup, asalkan rahsia dia tak terbongkar. Termasuk kau.” Lelaki itu ketawa berdekah. Puas hatinya. “Hah, kita tengok siapa yang akan tersungkur dulu. Korang tak akan selamanya terlepas. Percayalah. Sebab sesuatu kejahatan tidak akan pernah bertahan lama.” Herni senyum sinis dengan suara bergetar. Dia yakin dengan kata-katanya. Lelaki itu memandang tajam Herni. Mukanya mulai berang. Dia berjalan mendekati Herni dan merentap tangannya dengan kasar. Herni meronta-ronta minta dilepaskan. Namun, tenaga perempuannya tidak sekuat tenaga lelaki itu. “Sekarang kau ikut aku. Biar aku bagi kau tersungkur dulu. Cepat bangun.” Herni berusaha keras menolak lelaki itu. Dia mengeraskan badannya. Lelaki itu mula hilang sabar. Dia mengheret Herni tanpa belas kasihan. Herni menjerit kesakitan. Air mata mengalir tanpa henti. Badannya sudah tidak berdaya untuk melawan.


Kepalanya mendongak memandang ke langit. Mungkin itu kali terakhir untuk dirirnya melihat dunia. Rintik-rintik hujan mula turun membasahi bumi. Kepalanya semakin pusing. Penglihatannya semakin kabur. Matanya dipejam rapat. Dunianya sekarang menjadi gelap. Dengan satu harapan supaya semuanya kesakitan ini berakhir dengan cepat.


BAB 1 “Hah” Matanya terbuka. Nafasnya tercungap-cungap. Mimpi rupanya. Tapi kenapa rasa real eh? Dia sendiri pun tak pasti. Matanya meliar ke sekeliling bilik tersebut. Kosong. Perlahanlahan dia cuba untuk bangun dari pembaringannya. Tulang belakangnya rasa nak patah sebab baring je. Mana tidaknya, sudah seminggu Herni terlantar di hospital. Fikirannya kosong. Selepas beberapa hari dia sedarkan diri, keluarganya ada bertanyakan apa yang berlaku pada dirinya. Sepatutnya dia yang bertanyakan soalan itu. Dia tidak ingat apa-apa langsung. Perkara terakhir yang dia ingat pun adalah dia sedang bercuti seorang diri. Tiba-tiba sekarang dia berada di hospital dengan luka penuh satu badan. Lagilah dia keliru. Herni melepaskan keluhan berat. Dipegang kepalanya yang berbalut. Setiap kali dia cuba mengingat, kepalanya akan sakit. Awalnya dia berpendapat bahawa dia terlibat dengan kemalangan ketika bercuti. Tetapi tekaanya salah. Kakaknya iaitu Bella memberitahunya bahawa polis menemukan dirinya terbaring di sebuah gudang kosong yang terletak di tengah hutan. Herni membuang pandang ke luar tingkap dan memandang ke arah langit. Dia mula tenggelam dalam lamunan. Tidak mahu berfikir apa-apa buat masa sekarang. Dia hanya mahu fokus memulihkan dirinya sahaja dulu. Bella yang berada di luar bilik Herni hanya memandang sayu. Dia bersimpati dengan Herni. Tragedi itu telah memberi trauma yang sangat mendalam sehingga menyebabkan Herni mengalami short-term memory. Sekarang Herni hanya mempunyai memori yang lama sahaja. Jadi tidak pelik kalau Herni tidak akan ingat apa yang berlaku kerana dia telah hilang memorinya yang terkini. Tetapi, Bella yakin keadaan Herni masih tidak stabil. Walaupun Herni cuba untuk tampak baik di depan keluarganya, namun jauh dalam sudut hatinya dia tahu bahawa adiknya itu sedang gusar dan masih terkejut dengan apa yang berlaku. Dia tahu Herni tidak mahu keluarganya risau tentang keadaanya lagi. Mana tidaknya, pada malam Herni dibawa ke hospital, abah dan adiknya Zikry masih tampak tenang, tetapi ibunya paling emosi. Dia tidak berhenti menangis dan berdoa kerana


keadaan Herni pada ketika itu sangat kritikal. Herni kehilangan banyak darah. Jadi, peristiwa hitam itu telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada keluarga Herni. Siapa sangka percutian Herni berubah menjadi tragedi. Bella mula melangkah masuk ke dalam bilik Herni. Dipandangnya Herni yang sedang duduk bersila di birai katil sambil memandang ke luar tingkap. Bella menggeleng kepala. Apalah yang dimenungkan tu. Diletakkan bungkusan makanan yang baru dibelinya tadi di atas meja yang terletak bersebelahan katil Herni. Bella mula merapati Herni. “Assalamualaikum cik Herni” panggil Bella ceria seraya duduk di sisi adiknya. Bella melambaikan tangan di depan Herni. Namun adiknya masih tidak sedar akan kehadirannya di situ. Dia masih dalam dunianya sendiri. Bella mengeluh panjang. Hari-hari pun macam ni lah keadaan adiknya. Termenung memanjang. Sudah tidak menghiraukan orang sekeliling. “Dosa tau kalau tak jawab salam orang.” Sambung Bella. Herni masih diam. “HERNI!!!” jerit Bella sambil menepuk kuat bahu Herni. Bagi dia sedar sikit. Geram pula dia. Tak kanlah dia yang sebesar ni pun Herni tak perasan. “Adui, sakitlah” “Siapa suruh. Orang panggil lagi tadi tak dengar-dengar. Jadi tu balasan untuk orang yang tak reti nak menyahut seruan kakaknya” Bella tergelak kecil. Puas hati Bella dapat kenakan adiknya. Herni memandang Bella tajam. Sesak dadanya akibat terkejut. Dia tidak perasan langsung kehadiran kakaknya itu. Bahunya diusap perlahan. Dipukulnya aku macam binatang. Kasar betul. Sakit tau tak. Nasib baik kakaknya itu tidak pukul di kawasan yang terluka. “Kau fikir apa Herni. Kau tau tak, sejak kau sedar dari koma haritu kau asyik termenung je. Ada apa-apa yang mengganggu fikiran kau ke? Soal Bella “Hm… takdelah” jawab Herni perlahan. “Habistu kenapa kau senyap je macam ni?” soal Bella risau. “Tiada apa lah” acuh tak acuh sahaja jawapan Herni.


Herni baring semula di katilnya. Dia menarik selimut sehingga menutup seluruh tubuhnya. Bukan mahu menghiraukan kakaknya itu, tapi dia cuma mahu masa bersendiri. Mulutnya juga terasa berat untuk berbual dengan orang lain. Senang cerita dia tidak ada mood. Bella mula risau dengan keadaan adiknya. Kepalanya menoleh memandang Herni yang sudah berselubung dengan selimut. Sejak akhir-akhir ini Herni menjadi murung. Jiwanya seperti sedang gelisah. Raut wajahnya pula kosong seperti orang tidak berperasaan. Apabila dia atau keluarganya yang lain cuba untuk berbual dengan Herni, jawabannya mesti sepatah. Tetapi apabila dibiarkan bersendiri, dia akan diam dan termenung lagi. Tidak tahu apa yang sedang difikirkannya. Kalau boleh dia tidak mahu Herni terus menerus bersikap begitu. Tapi buat masa sekarang dia perlu bersabar kerana doktor pun ada nasihat supaya bagi dia masa. Keadaan Herni masih belum stabil sepenuhnya. Namun selain daripada masalah itu, ada perkara lain lagi yang dia lebih risau. Apa yang terjadi sebenarnya pada malam itu. Terlalu banyak persoalan yang bermain di fikirannya. Mengikut keterangan pihak polis, kejadian yang berlaku ini ada kaitannya dengan unsur dendam. Pelakunya juga tidak dapat ditahan kerana mereka sempat larikan diri. Bertambah lagi risaunya. Dia mula runsing. Sejak bila pula adiknya itu ada musuh. Bella melepaskan keluhan berat. Dia perlu berbincang dengan abangnya Zikry untuk langkah seterusnya. Herni masih belum selamat. Penjenayah masih bebas di luar sana. Bila-bila masa sahaja Herni boleh diserang. Ah serabut! Banyak betul masalah yang timbul. Apa-apapun dia tidak boleh gelabah sekarang. Dia perlu mula membuat perancangan supaya dapat melindungi keluargannya. Sabar Bella. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Jadi, dia akan cuba selesaikan satu persatu. Sekarang dia perlu fokus untuk pulihkan keadaan adiknya dahulu. Yeap, itu matlamat utamanya sekarang. Bella tersedar dari lamunannya. Dia terdengar bunyi pintu dibuka. Terus kepalanya menoleh ke belakang. Fuhh, ibu, ayah, dan Zikry rupanya. Ingatkan siapa tadi. Cuak betul dia. Terus dia bangun dari duduknya. Bella bersalaman dengan ibu bapanya. “Adik kamu tidur ke Herni” Puan Rozitah menyoal. “Yalah kot.” Jawab Bella pendek.


“Macam mana keadaan dia masih sama. Atau dah ada perubahan sikit” “Macam tulah mak. Masih dengan rutin dia hari-hari. Termenung pandang luar tingkap tu dua puluh empat jam. Apa yang menarik pun tak taulah. Mungkin ada dinasour kot kat luar sana, tak pun kucing tengah terbang. Tu yang dia terpegun tu sampai hari-hari nak tengok luar tingkap. Sampai bercakap dengan orang pun dah tak sudi” sindir Bella. Dia tahu adiknya itu masih belum tidur. “Kamu ni Bella tak baik cakap macam tu. Patutnya kamu bagilah sokongan dekat dia. Bukannya cari pasal lagi dengan dia.” Bebel Puan Rozitah panjang lebar. Tangannya sibuk membuka bungkusan makanan di atas meja. Dia yakin anak bungsunya itu masih belum makan. Bella mula menarik muncung panjang. Tak pasal dia kena balik. Dia bergurau sahaja. Tapi ibunya itu terlalu ambil serius lah pula. Aduh. Encik Syukur dan Zikry yang sedang duduk di sofa hanya geleng kepala melihat dua beranak itu. Tidak ingin masuk campur. “Herni bangun nak. Makan dulu. Dari pagi tadi kamu tak makan. Mari mak suap ya.” Pujuk Puan Rozitah. Ditarik selimut yang menutupi kepala Herni perlahan. Herni terus bangun dari pembaringan. Moodnya terus berubah ceria. Pantang telinganya dengar perkataan makanan. Walaupun dia rasa tidak ada selera nak makan sekarang, tapi perut dia dah bernyanyi-nyayi. Jadi, dia telan jelah. Lagipun bukan selalu dapat disuap maknya. Bermanja sekejap apa salahnya. Herni tersenyum nipis. Bella memandang tajam ke arah Herni. “Mak ai perangai. Laju eh kau bila pasal makanan. Mengada betul budak ni. Tadi muka macam orang putus cinta. Aku pun tak dilayannya. Sekarang dah pandai senyum dah” “Ni namanya taat perintah mak, bukan mengada. Tolong bezakan ya. Taulah jealous” Herni menjeling ke arah Bella. “Eleh, tak ada masa aku nak jealous dengan kau. Setakat mak suapkan kau, aku dah lama merasa daripada sebelum kau lahir lagi tau.” Balas Bella sambil mendabik dada.


Herni mengerutkan dahi. Sombong betul budak ni. Apa jenis kakak lah macam ni. Selalu nak bertikam lidah dengannya. Kan aku tengah sakit ni. Tidak ada rasa simpati ke dekat aku walaupun sedikit. Geram betul. “Heii, dah la tu. Korang berdua ni kalau jumpa asyik nak gaduh je. Tak penat ke” Puan Rozitah mencelah. Geram betul hatinya. Sakit telinganya mendengar dua beradik tu berbalah pasal hal kecil. Memang lumrah adik beradik. Bila berjumpa gaduh, bila dah lama tak jumpa rindu pula. Tapi kadang terhibur juga dengan gelagat diaorang ni sebab bantu meriahkan suasana. “Dahla, malas nak layan kau.” Bella bangun dari duduknya. Matanya melilau mencari beg tangannya. Ah, di sofa rupanya. “Nak pergi mana ni Bella?” soal Encik Syukur. Terhenti pembacaannya apabila dia melihat Bella sudah bersiap dengan beg tangannya. “Nak pergi kedai jap bah. Bella keluar kejap eh. Abah dengan mak tengokkan budak manja ni. Kan ditinggal menangis dia” gurau Bella. Dia tergelak kecil. Herni buat tidak dengar. Malas nak layan kakaknya itu. Menyakitkan hati je. “Hah yelah. Baik-baik bawak kereta.” Jawab Puan Rozita. Tangannya sibuk menyuap makanan ke mulut Herni. Bella pun tak dipandangnya. “Okey mak. Abang Zikry teman Bella boleh tak.” Zikry yang sedang ralat memandang telefon bimbitnya tersentak. Buang tabiat betul budak ni. Selalu boleh pergi sendiri. Bella mengenyit mata memberi isyarat. Zikry menjongket bahu. Dia masih tidak faham. Tapi dia ikutkan saja. “Hah, jomlah. Tapi kau drive abang penat.” “Baik boss” Bella tabik hormat. Terus dia tarik tangan abangnya. Tidak sabar. Selepas ini, dia akan teruskan rancangannya. Bantuan abang Zikry diperlukan. Zikry hanya pasrah. Entah apalah yang difikirkannya tu. Ikutkan sahaja kehendak adiknya itu. Mungkin ada perkara penting yang ingin dibincangkan. Bella dan Zikry terus berlalu pergi selepas bersalaman dengan kedua orang tuanya.


“Bella, kenapa kau tiba-tiba ajak abang makan kat kedai mamak ni? Abang dah kenyang lah,” Bella tidak mengendahkan kata-kata abangnya. Setelah dia memesan minuman, mukanya terus berpaling kepada Zikry. Otaknya tengah menyusun ayat untuk menjelaskan perancangannya kepada Zikry. “Oi Bella, yang kau pandang muka aku macam tu dah kenapa? Dah macam harimau nak makan rusa pulak aku tengok,” ujar Zikry geram. Baru dia nak berehat sekejap. Sudah seminggu dia ulang-alik untuk menguruskan adiknya. Tak cukup tidur dia dibuatnya. Bella menjeling tajam Zikry. Amboi marah nampak. Rasa ingin dipukul kepala Zikry. Tak tahu ke dia sedang menyusun ayat untuk memberitahu hal penting ni. Nanti kalau tak setuju aku juga dimarahnya. Bella menghela nafas panjang. “Abang, Bella rasa ada benda tak kenalah jadi dekat Herni. Abang tak rasa pelik ke tengok perangai Herni,” Bella mulakan perbincangan. Zikry membetulkan duduknya. Dia mula fokus dengan perbicaraan Bella. Bila difikirkan balik, tipulah dia tak perasan perubahan pada adik bongsunya itu. Dia pun risau melihat keadaan Herni. Peristiwa itu telah memberikan kesan trauma yang sangat mendalam kepada Herni. Cuma dia tidak tahu nak buat macam mana. “Hmm. Abang perasan jugak sikap Herni tu. Abang sendiri pun tengah fikir macam mana nak bantu Herni dapatkan balik ingatan dia. Bella rasa macam mana?” Soal Zikry. “Kalau pasal tu, Bella rasa kita boleh hantar ke pakar psychology untuk dapatan rawatan. Mana tau ingatannya boleh pulih. Tapi sekarang bukan itu yang Bella nak bincangkan. Bella ada terfikirkan satu plan ni. Jadi sebelum tu Bella nak mintak persetujuan abang dulu,”


“Plan apa? Kau jangan nak buat yang bukan-bukan pulak. Cukuplah masalah Herni tak settle lagi. Kau jangan nak tambah lagi masalah,” Zikry sudah mula risau. Dia harap sangat Bella tidak rancang benda yang pelik. Bella ni bukan boleh percaya. Takut nanti keadaan jadi makin huru-hara pula sebabkan plan dia. Perbincangan mereka terhenti seketika apabila pelayan menghantar air yang mereka pesan ke meja mereka. Bella mengucapkan terima kasih sebelum pelayan tersebut belalu pergi. “Ok macam ni. Bella ingat nak upah bodyguard untuk Herni. Bukan apa penjenayah yang terlibat dalam kes Herni belum ditangkap. Lagipun Herni hilang ingatan. Dia tak ingat pun siapa penjenayah tu. Buatnya dia terjumpa dengan penjenayah tu dan apa-apakan Herni tak ke bahaya tu. Bella pun nak suruh dia siasat juga kes Herni. Abang tak nak tahu ke apa yang terjadi kat Herni,” jelas Bella panjang lebar. Zikry cuba mengamati kata-kata Bella. Ada betulnya juga. Keluarganya pun ada urusan masing-masing. Tak boleh ada dengan Herni selalu. “Tapi kita nak cari bodyguard untuk Herni dekat mana. Abang tak kenal mana-mana bodyguard,” soal Zikry. “Jangan risau abang. Bella ada kenal satu kawan yang kerja sebagai bodyguard. Dia pun boleh dipercayai. Serahkan semua dekat adik abang sorang ni,” Bella berseloroh. Dah ada tandatanda green light dah tu. “Ok aku setuju, dengan syarat bawa dia jumpa aku dulu. Aku kena tengok dulu orangnya macam mana” tegas Zikry. Selepas apa yang berlaku terhadap Herni, dia tidak boleh mudah mempercayai orang. “Beres bos” Bella tabik spring. Zikry hanya tersenyum tipis memandang kerenah Bella. Lega hati Bella sebab abangnya dah bersetuju. Sekarang dia hanya perlu tetapkan masa untuk bawa bodyguard jumpa abangnya. Herni setuju atau tak tu belakang kira, sebab ini untuk keselamatan dia juga.


BAB 2 “Aku kat mana ni?” Herni melangkah perlahan menelusuri hutan. Keadaan di situ agak gelap gelita. Dia tidak begitu nampak sekelilingnya. Herni berasa hairan bagaimana dia boleh berada di tengah-tengah hutan ini. Sekarang niatnya mahu mencari jalan keluar dari hutan ini. Tiba-tiba dia terdengar suara tangisan. Terdengar seperti suara lelaki. Perasaan ingin tahu telah membawa Herni mengikut suara itu. Kakinya mula mengatur langkah mencari suara lelaki tersebut. Tiba-tiba matanya terpana pada sosok lelaki yang sedang meraung menangisi seseorang. Mukanya kelihatan sayu. Kedua tangannya dipenuhi dengan darah. Herni bersembunyi di belakang semak samun itu. Matanya cuba untuk melihat wajah lelaki itu tetapi gagal. Hatinya merasakan dia pernah nampak lelaki itu tetapi dia tidak ingat. Tiba-tiba Herni merasakan matanya bertentangan dengan mata lelaki itu. Herni tersentak. Lelaki itu nampak aku ke. Herni mula gelabah. Dia tak menduga lelaki itu melihatnya. Dia ingin lari dari situ tapi kakinya tidak mahu bergerak. Dia mula berasa ketakutan. Tiba-tiba dia melihat sosok seorang lelaki berjalan ke arahnya sambil mengheret batang besi. “Kringgg….” Mata Herni terus terbuka. Dia terkejut mendengar bunyi lonceng yang terletak di sebelahnya. Satu lagi mimpi buruk. Dia bangkit dari tidurnya. Herni duduk termenung di katil. Terasa malas mahu bergerak ke bilik air. Dilihat mukanya telah dibasahi dengan peluh. Herni tidak menafikan yang dia selalu meracau setiap malam sejak peristiwa itu berlaku. Kadang dia merasa penat sehinggakan dia tidak ingin tidur. Yelah setiap kali dia tidur pasti mimpi buruk. Herni bangun dari pembaringan. Daripada dia tidur je, baik dia pergi mandi. Kakinya terus melangkah ke bilik air. Segar sikit badannya nanti. “Assalamualaikum, adikku Herni,” Bella muncul di muka pintu dengan nada ceria. Kosong. Aik mana pula budak ni pergi. Sunyi je. “Aku mandi lah,” Herni menegur dari belakang. “Wei, terkejut lah aku,” Bella tersentak. Diurut dadanya akibat terkejut. Herni tertawa kecil. Kelakar bila lihat reaksi kakaknya itu.


“Mak dan abah tak ikut ke? Abang Zikry?” Soal Herni. Dia bosan sebab tidak ada teman berbual. Selalu ibu atau ayahnya yang temankan. “Esokkan kau nak balik rumah dah. Jadi, aku kena uruskan bil hospital kau apa semua. Terpaksalah mak and abah jaga kafe aku. Abang Zikry pula kerja hari ni. Hm, aku pun busy sebenarnya tapi sebagai kakak yang baik aku sempatkan diri untuk kau tau,” cerita Bella panjang lebar. Herni garu kepala. Tak tau nak gelak ke nak kesian. Tapi kadang simpati juga dengan kakaknya kena ulang alik dari rumah, kafe, dan hospital. Walaupun dari wajahnya nampak penat, tapi dia tetap konsisten jaga Herni. “Ouh thank you so much atas kerja kerasnya. Tapi aku bosan nak turun bawah pergi taman. Teman aku jom,” balas Herni mendatar sambil tangannya sibuk membetulkan tudung. Saja mahu cari pasal. Bella memandang geram Herni. Luahan perasaanya tidak diendah. “Kau pergilah turun dulu. Aku nak jumpa orang jap. Nanti aku datang,” jawab Bella acuh tak acuh. Herni memandang wajah cemberut Bella. “Merajuk ke Kak Bella. Sorrylah takde sapa nak pujuk, jadi sila pujuk diri sendiri. Bye bye pergi dulu,” Herni tergelak kecil. Dia terus berlari keluar dari bilik. Tak pasal nanti kena pukulan maut dari kakaknya. Sekali sekala cari pasal dengan dia. Bella hanya mampu melihat Herni yang mula hilang dari pandangannya. To stunt to speak tau. Sakit betul hatinya. Bella menggeleng kepala. Saja nak menipiskan kesabaran aku. Sabar jelah. *************************************************** Herni berjalan sambil bernyanyi kecil. Dia memandang ke sekeliling. Lenggang dan tenang je. Sesuai betul dengan moodnya yang tengah happy. Mana tidaknya, esok dah boleh balik. Apa agaknya dia nak buat besok. Entahlah, tapi yang pasti dia nak jumpa kawan baiknya. Rindu betul. Sedang dia berjalan, matanya tertancap pada mesin vending machine. ‘Sedap juga kalau aku minum air sambil duduk’ bisik Herni dalam hati. Matanya mula bersinar-sinar melihat vending machine yang ada air kopi panas. Dah la dia ni penggemar berat kopi. Herni terus mempercepatkan langkah ke tempat tersebut.


“Aduh” Herni mengerang kesakitan. Jatuh terduduk dia di situ kerana bertembung dengan seorang lelaki yang berbadan besar. Keras betul badan mamat ni kalah gajah. “Sorry sorry tak sengaja, kau okey ke?” lelaki itu meminta maaf. “Okay, don’t worry” jawab Herni sepatah. Lelaki itu menghulurkan tangan untuk membantu Herni bangun. Herni memandang kosong tangan itu. Herni tidak membalas sambutan tangan tersebut. Dia terus berlalu pergi ke tujuan utamanya. Lelaki itu menarik tangannya perlahan-lahan kembali kerana malu. Dia masih di situ dan mula mundar-mandir di belakang Herni. Serba salah. Herni sudah leka membeli air kopi. Seperti tidak ada apa yang berlaku tadi. Malas nak fikir benda kecil je pun. Setelah selesai, Herni memusingkan badannya. “Oh mak kau. Kopi aku baru beli. Aduh rugi RM 3 aku,” Herni teriak kecil. Sekali lagi dia bertembung dengan seseorang. Siapa pula sekarang ni. Badannya kaku memandang kopi yang sudah mencium lantai. Haih rezeki semut betul. Kepalanya didongakkan. Terkejut dia memandang lelaki di hadapannya. “Hah kau lagi. Aku ingat kau dah pergi. Kau memang ada simpan dendam dengan aku ke macam mana,” Herni mula meninggikan suara. Berang dengan lelaki itu. “Sorry sorry aku…” “Hah sorry jelah kau tau. Memang masa kecik tu jelah perkataan kau belajar. Emosi lah aku macam ni,” bebel Herni. Mukanya merah menahan marah. Spoil mood betul mamat ni. Lelaki itu tercengang. Garang betul minah ni. Nasib baik tak ramai orang dekat situ. Kalau tak, mesti orang ingat gaduh laki bini. “Okay, aku ganti balik kopi kau. Sebagai tanda minta maaf.” ujar lelaki tersebut lembut dengan harapan Herni menerima maafnya. “Tak payah. Aku dah takde mood. Tidur lagi bagus.” Herni membentak. Dia terus berlalu pergi. Entah kenapa dia rasa marah sangat walhal benda tu kecil je. Lelaki tersebut yang berdiri kaku di situ. Terus memandang Herni sehingga hilang dari pandangannya. Bibirnya menguntumkan senyuman.


“Ishh, mana dia ni. Kejap lagi aku dah nak kena balik.” ujar Bella seorang diri. Sudah separuh airnya diminum. Tetapi orang yang ditunggu-tunggu tak muncul lagi. Matanya tidak berhenti melihat ke arah jam tangannya. Dah setengah jam dia tunggu. Bella mengeluh panjang. Pantang betul dalam hidup dia kena menunggu orang. Maklumlah, dia ni bukan jenis orang yang sabar. “Assalamualaikum Kak Bella” seorang lelaki tiba tiba meyapanya dari belakang. “Waalaikumsalam Haris. Ya Allah mana kau pergi ha. Lama tau akak tunggu. Ingat tak jadi tadi.” Bebel Bella. Haris terus menarik kerusi di hadapan Bella dan duduk. “Kak Bella apa khabar?” cuba mengalihkan topik. Malas nak panjangkan cerita. Maklumlah Bella kalau dah membebel kalah mak cik bawang. “Alhamdulilah sihat.” Jawab Bella pendek “Haris…” dia berhenti seketika. Cuba untuk menyusun ayat.


BAB 3 Bau harum nasi goreng cili padi menusuk hidung setiap orang dalam rumah itu. Herni melihat keluarganya sedang menikmati makanan yang dihidangkan oleh ibunya itu. Dia pun meluru laju menuju ke meja makan. Herni menarik kerusi kosong yang berada di sebelah Bella. Dia terus melabuhkan punggung ke kerusi itu, Tangannya cepat mengambil dua senduk nasi goreng dan diletakkan di atas pinggannya. Perutnya berasa sangat lapar seperti tidak makan selama seminggu. Sejak akhir-akhir ini, dia tidak berselera untuk makan. Entah kenapa hari ini seleranya datang balik. Herni menyuapkan nasi ke dalam mulutya dengan lahap. Tersedak. Matanya cuba mencari minuman tapi tidak dapat. “Kak Bella. Cepatlah tuangkan air tu. Tak nampak ke Herni tersedak ni?” Bella yang memerhatikan adiknya dari tadi tersengih jahat. “Itulah kau. Lain kali nak makan baca doa dulu. Jangan makan lahap sangat. Padan muka kau,” Tangan Bella mencapai jag yang berada di hadapannya. Dituangkan air sirap di cawan adiknya itu. “Ni minum airnya. Kang tak pasal ada yang masuk hospital lagi,” Herni hanya mencebik. Dia berasa geram dengan kakanya itu. Bukan Bella mahu menenangkan hati dia. Namun dia makin ligat menyakat dirinya. Encik Syukur dan Zikry hanya menggelengkan kepala melihat tingkah dua beradik ni. “By the way, hari ni Herni dah start sem baru. Boleh tak Herni nak pergi ke kelas?” Semua ahli keluarganya terkesima. Sebenarnya mereka berat hati mahu melepaskan Herni untuk pergi ke kolej. Bella yang mendengar kata-kata Herni terus membangkangnya. “Tak payahlah Herni. Kau tu belum sihat lagi. Nanti kalau ada apa-apa terjadi kat kau macam mana? Ikutkan hati aku nak kau Tangguh semester tau,” “Ala. Kenapa kena sampai Tangguh sem? Herni dah sihatlah. Kan Aida dan Nuha ada dengan Herni. Please mak, abah,” Mata Herni penuh dengan harapan. Dia berasa excited mahu pergi ke kolej. Lagipun dia sudah lama tidak bertemu dengan Aida dan Nuha.


“Hmm… Boleh. Dengan syarat Zikry kena hantar Herni pergi dan balik dari kolej. Setuju ke tak?” Soal Encik Syukur. “Boleh. Asalkan bukan kak Bella yang hantar Herni. Malas nak dengar dia berleter,” Mata Bella memamdang tajan kepada Herni. Bella yang mendengar jadi panas telinga. Dia mahu mencekik adiknya itu. Nasib baiklah dia tengah sakit. Muka Bella berpaling kepada Zikry. Dia memberi isyarat mata kepada abangnya. Matanya menunjuk ke arah telefon bimbitnya. Bella menyuruh Zikry untuk melihat whatsapp. Zikry yang melihatnya faham akan isyarat Bella. Dia segera mengambil handphonenya di atas meja dan memerika mesej masuk. Ternyata Bella sudah menghantar mesej kepada dirinya beberapa minit yang lalu. Tangannya menekan nama Bella untuk membaca mesej. “Nanti pukul 1 petang datang ke kafe Aires. Lets begin the mission,” Zikry mengangguk perlahan. “Bila kawan kau nak sampai ni Bella? Abang ni tak boleh lama-lama. Banyak kerja kat office ni,” Bebel Zikry. “Releks lah abang. Kejap lagi dia sampai. Dia tengah parking kereta tu,” Zikry mencapai secangkir cawan kopi dan meneguk dengan perlahan. Dapat juga dia membasahkan tekaknya yang kering itu. Tiba-tiba bunyi lonceng yang tergantung di pintu hadapan berbunyi. Itu menandakan ada pelanggan yang masuk ke Kafe Aires. Terlihat sosok seorang lelaki yang kelihatan agak gagah dan tegap. Kot hitam yang dipakainya membuatkan dia nampak segak. “Eh Haris..Dah sampai pun. Meh sini aku kenalkan dengan abang aku. Zikry yang melihat Haris terus bangkit dari tempat duduknya. “Abang Zikry, inilah Haris yang Bella cakapkan itu. Ini pula abang aku, Zikry,” Zikry dan Haris bersalaman antara satu sama lain. Haris duduk berhadapan dengan Zikry. Bella pula duduk di tengah mereka.


“Okay Haris. Seperti yang aku cerita kat whatsapp, kitaorang berdua dah sepakat untuk upah kau jadi bodyguard adik kitaorang. Cuma kitaorang ada satu syarat. Boleh tak kalau kau perhatikan adik aku daripada jauh?” jelas Bella. “Boleh tu memang boleh. Cuma aku kena tahu pergerakan adik kau tu supaya senang aku nak follow dia,” “Yang tu kau jangan risau. Aku akan bagi semua maklumat mengenai adik aku. Apa-apa maklumat kau boleh mintak dekat aku,” celah Zikry. “Okay boleh. Jadi bila aku boleh start?” soal Haris. “Esok boleh tak? Lagi cepat lagi bagus. Esok pagi kau boleh mulakan daripada rumah aku. Nanti kau tunggu je depan rumah,” Bella rasa excited pulak nak mulakan mission ini. Terasa macam James Bond,” “Okay Onzz. Esok pukul 7 pagi aku sampai depan rumah kau,” ******************************************************************************


Seperti biasa, angin pagi menyapa tatkala pintu beranda dibuka. Sejuknya sehingga menusuk ke tulang. Sengaja pintu itu dibuka sedikit bagi angin segar masuk. Jam menunjukkan


6.40 pagi. Herni terus berlalu pergi ke bilik air untuk menunaikan solat subuh. Dia terlajak tidur pula hari ni. Maklumlah, sudah beberapa hari ini dia tidur lambat gara-gara ingin menyiapkan assignment. Jadi, sejak mulanya cuti sem ini, dia ingin balas dendam untuk tidur sepuasnya. Usai menunaikan solat Subuh, dia melangkah keluar ke beranda untuk menghirup angin segar. Perkara yang paling dia suka ketika duduk di beranda adalah memandang langit. Setiap hari dia juga akan mengambil gambar langit. Entah kenapa dia rasa sangat menenangkan hatinya. Sesungguhnya, alam ciptaan Allah memang sangat menakjubkan. Seperti biasa, Herni duduk bersila dan mendongak ke arah langit. Kosong. Hari ni langit agak gelap semacam. Hujan pagi. Patutlah sejuk semacam. Kalau tidur sedap ni. Lagipun hari ini dia tidak ada benda nak buat. Badan pun rasa malas untuk keluar rumah. Jadi, lebih baik dia berehat di rumah sambil mengisi masa lapang dengan mengemas rumah atau membaca novel. Tapi sebelum tu, dia nak sambung tidur dulu. Matanya masih megantuk. Herni terus bangun dari duduknya. Dia menutup pintu dan langsir. Kemudian, dia menghempaskan badannya ke katil. Dapat tidur sepuluh minit pun jadilah. Asalkan dia dapat bermalas-malasan di waktu hujan ini. Bukannya selalu kan. Namun, belum sempat dia memejamkan mata, telefon bimbitnya berdering. Herni membuka kembali matanya yang baru mahu terpejam. “Siapa pulak yang telefon pagi-pagi buta ni” Herni berdengus keras. Dia protes kerana ada yang menganggu tidurnya. Dia mengambil telefon di atas meja. Tepapar diskrin nama Bella. Lambat-lambat tangannya menjawab panggilan kakaknya itu. “Asal kau lambat angkat telefon?” soal Bella dengan nada marah. “Herni baru nak terlelap kan tadi. Kak Bella tu yang dah kenapa telefon orang pagi-pagi buta ni?” soal Herni balik. “Maaflah menggangu, akak cuma nak…” “Memang mengganggu pun” Herni mencelah sebelum Bella sempat menghabiskan ayatnya.


“Isyh, dengarlah dulu. Suka sangat mencelah bila orang bercakap. Cuba bagi orang habiskan cakap dulu. Geram betul lah aku. Bila orang nak cakap baik-baik, dia pulak nak ajak gaduh” Bella sudah mula membebel. Suaranya sudah naik seoktaf. Geram dia dengan sikap acuh tak acuh adiknya itu. Kalau tak kerana dia terdesak, takde maknanya dia telefon si Herni ni. Ini je satu-satunya harapan dia sekarang. Nak tak nak terpaksalah dia. “Yalah, nak apa kakakku” Herni mengalah akhirnya. Malas mahu berdebat lagi. “Semalam aku tak sempat nak kemas café sebab aku ada appointment semalam. Jadi, aku tutup kedai awal semalam. Pagi ni pulak ada tempahan VIP. Masalahnya aku tak sempat kemas kedai aku lagi. Jadi, Herni tolong aku bukak kedai awal sikit hari ni. Pastu kemas apa yang patut. Tolong sangat-sangat. Pagi ni je. Nanti tengah hari baru aku masuk balik. Aku ada hal pulak pagi ni.” jelas Bella panjang lebar. “Tak nak lah. Asal pulak Herni yang nak kena kemas. Tau tak orang baru nak berehat tau hari ni. Lagipun kan ada pekerja akak dekat situ. Suruh jelah dia.” Protes Herni. Mana tidaknya, dia paling pantang kalau ada orang mengganggu waktu paginya. Lagipun hujan dekat luar. Lagilah dia rasa malas nak keluar. “Tolonglah Herni. Pekerja aku pun tak boleh masuk awal hari ni. Bukan aku suruh kau layan pelanggan VIP tu pun. Aku cuma nak minta tolong kau bukak kedai awal untuk mengemas je sebab hari ni ada orang buat tempahan. Tak kan aku nak cancel last minute. Nanti pekerja aku dah sampai kau baliklah.” Rayu Bella lagi. “Pekerja akak masuk pukul berapa?” “Pukul sembilan dia baru masuk. Sebab orang yang buat tempahan tu nak datang pukul sepuluh setengah. Jadi dia kena lah buat persediaan apa yang patut.” Jawab Bella. “Baiklah” jawab Herni malas. “Okey, terima kasih adikku nanti tunggu depan rumah tau. Aku hantar kunci. I love you, bye.” ujar Bella dengan girang. “Hm…I hate you too, bye.” balas Herni mendatar. Terus dia matikan panggilan.


“Main matikan je. Tak romantic langsung lah dia ni. Hati batu betul.” Bebel Bella sendiri. Tapi sekurang-kurangnya dia rasa lega sebab adiknya sudi tolong walaupun nampak macam tak ikhlas. Bella tertawa kecil. Puas hatinya. Herni pula melepaskan keluhan berat. Memanglah café kakaknya itu tidak jauh dari rumahnya. Jalan kaki pun boleh. Tapi, masalahnya hujan lebat. Cuba bagitau aku, siapa je yang rajin. Haih, nak tak nak dia kena buat jugak. Kalau tak kerana kau kakak aku dah lama aku terus matikan telefon. Geram sungguh. ********************************************************** Kaki Herni pantas melangkah menuju ke café kakaknya. Cermin mata yang dipakainya mulai kabur. Dilanggarnya sahaja lopak air di hadapannya. Redha jelah kaki dia basah. Nasib baiklah dia pakai selipar. Kalau kaki kotor sekalipun nanti boleh basuh. Dia mengerling ke arah jam tangannya. Baru pukul tujuh setengah pagi. Langit pun masih gelap lagi. Mendesak orang macam dah nak sampai je pelanggan terhormat dia tu. Tak kesian ke kat aku ni yang kena jalan sorang-sorang, gelap, hujan pulak tu. Herni membebel sendiri sambinl tangannya sibuk membuka pintu. Herni membuka semua lampu. Terang benderang café itu. Dia memandang ke sekeliling café. Takdelah kotor sangat. Dia mulai bingung apa yang perlu dikemas. Tapi takpelah dia kemas sahaja apa yang patut. Maklumlah, orang dah bagi amanah kat kita, kenalah kita jalankan. Herni mulakan kerja pembersihan. Dia mula menyusun buku-buku di rak, menyapu sampah, kemudian mengelap meja. Takdelah mengambil masa yang lama sangat untuk kemas sebab setiap kali sebelum tutup café kakaknya akan kemas dahulu. Jadi, habuk dan debu tidak terlalu tebal. Setelah berhempas pulas, akhirnya Herni siap mengemas, Lega sudah hatinya. Dia melihat jam yang tergantung rapi di dinding. Herni terkejut. Baru pukul lapan pagi. Rasa macam sudah satu jam dia mengemas. Mahu patah pinggangnya. Takpelah, boleh dia rehat sekejap sementara menunggu pekerja kak Bella datang.


sudah hampir pukul 9 pagi, Herni memulakan langkah mengemas Café dan memberi makanan kucing. Setelah selesai, dia terus duduk di kaunter sambil menunggu pekerja kakaknya berlari menuju ke depan Café. Cuaca yang dingin membuatkan badannya sedikit menggigil. Usai membuka pintu kedai, dia terus memeriksa keadaan anak-anak kucing. Kecomelan anak-anak kucing itu sedikit menggembirakan hatinya yang sedang kesal dengan Bella. Memandangkan jam. Dia memerhatikan skrin telefon untuk melihat jam. Ternyata jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Dia hairan pekerja kakaknya tidak muncul lagi. Sedang dia leka bermain handphone, tibatiba ada sosok yang masuk ke Café. Herni mengira pekerja kakaknya sudah sampai ke Café. Sangkaannya mulai meleset apabila dia terlihat sosok seorang lelaki yang sedang melangkah menuju ke kaunter. Mata lelaki itu meliar seakan mencari sesuatu. Herni yang melihat lelaki itu terus menegurnya. “Ya encik, Encik mencari apa?” soal Herni. Riza yang mendengar suara Herni terus menumpukan matanya ke arah Herni. “Hmm. Bella ada tak kat Café? Saya cuba call dia tak dapat. Whatsapp pun dia tak reply,” kata Riza. Sebenarnya Riza agak gelisah apabila Bella mula menjarakkan diri daripada dia. Dia rasa serba salah atas apa yang dia lakukan terhadap Bella. Herni mula curiga. Jarang ada lelaki yang mencari Bella melainkan pelanggannya. Setahu dia Bella tiada kawan lelaki. Mungkin betul lelaki ini pelanggan kakaknya yang membuat tempahan hari ini. “Bella tiada hari ni. Dia ada kerja kat luar. Dalam tengahhari dia baru masuk. Encik ada buat tempahan apa-apa ke?” jelas Herni. Riza yang mendengar itu kelihatan sedikit hampa. Niatnya baru ingin berjumpa dengan Bella untuk menyelesaikan konflik antara mereka. Selagi dia tidak berbaik dengan Bella, hatinya tidak tenang. Agak lama juga Riza berdiam diri di hadapan Herni. Otaknya sedang ligat memikirkan macam-macam cara untuk berbaik dengan Bella. Herni yang melihat Riza agak sedikit kekok. “Kenapa lelaki ni termenung pulak kat depan aku? Nampak macam gelisah aja. Dia nak apa sebenarnya?”bisik Herni. Keadaan mula berasa kekok. Herni tidak tahu ingin melakukan apa. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menegur Riza. “Encik okay ke? Ada apa-apa masalah,” kata Herni.


Suara Herni telah menyedarkan Riza daripada lamunanya. Riza baru tersedar yang Herni menanyakan dia tadi. Mana tidak otaknya tidak fokus dengan soalan Herni. “Ohh.. Saya okay. Boleh tak saya nak mintak tolong? Nanti bagitahu Bella jumpa saya kat Taman Indah petang nanti jam 5 petang. Ada benda yang saya nak bincangkan dengan dia. Cakap dengan dia penting,” kata Riza. Riza melihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Dia sudah lambat mahu ke meeting. “Okaylah, jangan lupa bagitahu dia ye. Saya pergi dulu,” Riza tergesa-gesa keluar daripada Café. Herni yang melihat Riza tidak sempat untuk berkata apa-apa. Paling tidak pun tinggalkan nama dengan nombor telefon. Takkan kakak aku membuta tuli nak jumpa dia. Entah dia baik atau jahat. Sedang dia membebel sendiri, akhirnya sosok tubuh seseorang yang diharapkan Herni sudah muncul. “Sorry Herni. Hari ni akak lambat sebab nak uruskan anak. Tadi pun jalan jem sangat. Tu yang lambat,” jelas Kak Rasya. “Tak apa kak. Kalau macam tu saya balik dulu lah. Nak sambung tidur,” gurau Herni. Rasya yang mendengar Herni tersenyum manis. Dia tahu sangat pelajar university. Tidur itu ibarat perkara wajib bagi setiap pelajar. Selagi assignment tidak berlambak, lebih baik memanfaatkan tidur dengan sebaiknya. “Okay kak. Saya pergi dulu. Kak Bella kata tengahhari nanti dia masuk,” Herni pun melangkah laju menuju ke luar Café. Hatinya tidak sabar untuk berehat di rumah.


Click to View FlipBook Version