Panduan Asas Google Docs untuk Kertas Ujian (Panduan menggunakan ID Delima KPM) Kenyataan hak cipta: semua logo, kata nama khas atau rajah dimiliki oleh pemegang hak milik. Tiada sebarang keuntungan diterima oleh penulis yang kongsikan panduan.
Pra-kata: Mengapa? Para pendidik sering gunakan Microsoft Words atau perisian pemprosesan lain seperti Libre Office atau WPS Office untuk menyediakan kertas ujian. Namun ini kurang berkesan dan kurang produktif jika dibandingkan dengan penggunaan Google Documents. Penggunaan Google Documents yang berasaskan cloud base adalah perkara yang perlu dihadapi lambat lain. Maka, kaedah penyediaan kertas ujian yang lebih efektif ini dikongsi dengan para pendidik memandangkan beban tugas dan cabaran yang semakin banyak merumitkan keadaan. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan perkongsian ini. Semoga panduan ini dapat membantu anda.
Apa itu Google Document? ● Pemprosesan perkataan di Google Drive ● Percuma. Ia percuma dan datang bersama akaun gmail anda. ● Jika perlu, boleh dijadikan offline, tapi tidak akan dibincangkan dalam panduan ini. ● Fungsi sama sahaja dengan Microsoft Word ● Memudahkan perkongsian dokumen= kolaborasi penyediaan kertas ujian dengan guru lain ● Perubahan dari dokumen ke PDF yang lebih mudah.
Buka Google Doc 1. Login ke Google Drive> Google Docs > Blank document
Kunci masuk nama dokumen. Semua disimpan automatik.
Menu File: 1. Make a copy 2. Download 3. Move 4. Version history 5. Languages 6. Page setup 7. Print
Menu Edit: 1. Undo 2. Redo 3. Cut 4. Copy 5. Paste 6. Find and replace Sama dengan Microsoft Word, kan?
Menu View Klik show ruler dan show outline memadai Kalau perlukan fungsi matematik, klik show equation toolbar.
Manu Insert 1. Image 2. Table 3. Drawing 4. Equation 5. Page numbers Menu ini bantu masukkan rajah, jadual, lukisan, fungsi matematik/ fizik dan nombor muka surat.
Menu Format 1. Text 2. Columns Ini menetapkan format dokumen yang dikehendaki.
Menu Tools 1. Voice typing 2. Notification settings 3. Activity dashboard Jika disambungkan dengan mikrofon, boleh taip dengan bercakap sahaja.
Mari kita telitikan toolbar pula….. Semua lebih kurang sama dengan pemprosesan documen sahaja, kan?
Tetapkan bahasa untuk kertas ujian anda terlebih dahulu.
Pilihlah fonts yang sesuai.
Tetapkan page anda File > page setup
Kebiasaannya A4, portrait. Jangan lupa tekan ok.
Klik share jika ingin menjemput kawan bantu sediakan kertas ujian
Masukkan emel kawan Klik copy link dan panjangkan pautan kepada kawan anda melalui apa kaedah: whatsapp, emel, telegram…..
Jika login dengan ID Delime, boleh tag kawan dengan tanda @
Gunakan jadual / tabling untuk sediakan header kertas ujian. Insert > table > dan tetapkan column & rows
Jadual telah dimasukkan. Mari kita mula sediakan header kertas ujian.
Highlight petak yang perlu disatukan, klik kanan > Merge cells.
Setelah petak disatukan, bolehlah masukkan nama sekolah, nama ujian dan sebagainya.
Boleh tahan, kan? Tapi murid tak perlu nampak garisan ini….
Kita selaraskan keluasan petak sebelum sembunyikan garisan.
Highlight table/ jadual ini > border colour > pilih warna putih
Nampak macam ini.
Tapi amat kemas.
Masukkan table untuk sediakan soalan pula… Selaraskan keluasan petak, baharu ubah warna table ya.
Gembira tak?
Masukkan item ujian, pilihan dan jawapan. Jangan lupa tukarkan warna jadual/ table ini…
Kan kemas…..
Highlight dan copy. Paste di bawah. Ubahkan item ujian, pilihan dan jawapan. Ulangi langkah sampai habis kertas ujian. Mudah, kan?
Contoh penyediaan item seterusnya…..
Soalan penting! Boleh sediakan item ujian, tapi bagaimana pula dengan gambar rajah?
Kelebihan Google Document: Klik insert > image > search the web
Klik insert > image > search the web, timbul panel carian di sebelah kanan Carilah rajah yang diperlukan.
Tekan insert setelah rajah diperlukan dipilih.
Kemas…. Mari betulkan warna rajah jika perlu…..
Klik pada rajah, pilih image options
Image options > Recolor Cubalah sehingga anda puas hati.
Jika perlu tukarkan rajah, klik kanan pada rajah > replace image
Jika ada PDF atau buku teks elektronik, boleh paparkan bahan dan tekan PrtSc (Print Screen) untuk tangkap layar. Paste layar ditangkap ke dalam kertas ujian.
Jika perlukan bingkai untuk rajah anda, klik pada rajah dan pilih seperti rajah ini….
Rajah ada bingkai…
Setelah selesai disemak, sedia untuk cetak / muat turun….(sebenarnya tidak perlu muat turun pun ok) File > download > PDF Atau lebih baik, File > print
Bagaimana dengan kertas ujian seterusnya? File > make a copy Kemudian, ubahkan isi kandungan sahaja….
Refleksi: Semoga perkongsian ini dapat membantu semua para pendidik dalam usaha menyediakan kertas ujian. Pertanyaan: Edufluencer 2019 [email protected]