BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA
KEBANGSAAN
MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN
NAMA PENSYARAH:
PN.ASMAH BINTI MOHD SUBARI@ SARMAN
NAMA PELAJAR NO.KAD MATRIK
ALIYAH BALQIS BINTI MOHD IRWAN 16DGU21F1029
NUR SHAMIEN ELLIEANA BINTI MUHAMAD ISA 16DGU21F1045
AMALIA NAJIHAH BINTI AFFENDY 16DGU21F1037
ISI KANDUNGAN
NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. PENGHARGAAN 1
2. PENGENALAN 2
3. ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU PADA MASA KINI 3-8
4. CARA PENYELESAIAN BAGI ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU PADA 9-10
MASA KINI 11
5. KESIMPULAN
7. RUJUKAN 12
PENGHARGAAN 1
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.
dapat juga kami menyiapkan tugasan e-folio ini dengan jayanya.
Pertamanya, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami
iaitu Pn. Asmah binti Mohd Subari@ Sarman yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta
bimbingan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang telah memberi sokongan moral dan
dorongan yang tidak terhingga sehingga kami berjaya menyiapkan tugasan ini.
Perhargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sentiasa memberi peringatan
terhadap perkara-perkara yang kami alpa dan atas segala pertolongan yang diberikan
semasa kami ditimpa dengan cabaran.
PENGENALAN 2
SERBA SEDIKIT SEJARAH TENTANG BAHASA MELAYU
*Pada era kemerdekaan Malaysia,Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri pertama) memperkenalkan
istilah “Bahasa Malaysia” sebagai nama untuk Bahasa kebangsaan Malaysia kerana terpengaruh
dengan negara jiran Indonesia.Istilah ini kemudiannya diguna pakai secara meluas.Sebenarnya istilah
Bahasa Malaysia itu tidak disumbangkan oleh YAB Tunku Abdul Rahman tetapi timbul secara spontan
selepas tragedi 13Mei1969.Hal ini terbukti dalam liputan akhbar pada masa tersebut.Pada masa
itu,wujud semacam persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia.Namun, Perlembagaan
Malaysia tidak berubah.
*Pada tahun 1986,istilah “Bahasa Malaysia”ditukar kepada “Bahasa Malaysia”ditukar kepada “Bahasa
Melayu”. Penukaran ini dibuat selaras dengan apa yang termaktub dalam perkara 152 Perlembangaan
Persekutuan Malaysia,iaitu “Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu”.
*Pada 4Jun2007, Kabinet Malaysia telah membuat keputusan untuk menukarkan penggunaan “Bahasa
Melayu” kepada “Bahasa Malaysia” kerana ingin menanamkan semangat perpaduan kaum dalam
kalangan rakyat(tetapi tidak berhasil).Kabinet mengarahkan semua kementerian,university dan pusat
pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah
“Bahasa Malaysia”dalam surat-menyurat,notis dan dokumen.
3
6.Pengaruh 1.Persaingan 2.Persepsi
dialek. dengan Bahasa negatif terhadap
bahasa melayu.
5.Bahasa rojak. Inggeris.
3.Kemampuan
ISU DAN guru mengajar
CABARAN bahasa melayu.
BAHASA
MELAYU PADA
MASA KINI
4.Pengaruh
teknologi.
CABARAN MASA KINI UNTUK MENERAPKAN 4
BAHASA MELAYU
CABARAN BAHASA MELAYU DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT
Bidang teknologi maklumat amat penting pada zaman ini. Oleh itu, Malaysia telah menerima impak yang
besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Memang tidak dinafikan bahawa
bahasa teknologi maklumat yang utama ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini akan memberi kesan kepada
penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. Sehubungan dengan itu, bahasa teknologi
maklumat dalam bahasa Melayu perlu kami belajar agar perbendaharaan kata berkenaan teknologi dapat
diperkaya. Semua negara mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selain bahasa ibunda.
Contohnya, Korea Selatan dan Jepun merupakan negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi,
namun mereka tetap mempertahankan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris tetap dipelajari.
Negara Malaysia yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi juga mampu menghadapi cabaran
ini dengan memajukan teknologi maklumat dalam arus pembangunan negara tanpa mengabaikan bahasa
Melayu seperti Jepun yang maju dalam teknologi maklumat.
5
SIKAP PENUTUR BAHASA MENCABAR KEDUDUKAN BAHASA
MELAYU
Pada zaman ini, kepentingan dan kesesuaian bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa telah
menjadi hakikat. Jadi, terdapat masyarakat yang tidak menitik beratkan bahasa kebangsaan
menyebabkan kedaulatan bahasa Melayu tercabar. Hal ini disebabkan mereka sudah terdidik
dalam bahasa Inggeris sejak kecil lagi menyebabkan mereka lebih lancar bercakap bahasa
Inggeris. Akibatnya, mereka yang tidak biasa menggunakan bahasa Melayu telah membentuk
satu sikap tidak ‘kisah’ terhadap bahasa ibunda. Contohnya, apabila mereka disuruh memberi
pendapat dan idea, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris.
6
KEWUJUDAN 'BAHASA ROJAK' DALAM PENGGUNAAN BAHASA
MELAYU
Keindahan Bahasa Melayu telah musnah Bahasa rojak juga boleh
akibat pengaruh-pengaruh luar seperti dikatakan sebagai “kerancuan
pengaruh media elektronik kini telah bahasa” iaitu penggunaan
merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari bahasa yang tidak mengikut
segi pertuturan,ayat, istilah dan bahasa. peraturannya atau tatabahasa
Kerosakan penggunaan bahasa Melayu yang akibat pengaruh bahasa asing
paling teruk jelas ditunjukkan oleh golongan yang tidak diterima secara
remaja. Pada abad ke-21, sudah menjadi satu umum dan formal seperti dari
ikutan kepada golongan remaja dalam segi sintaksis, morfologi,
penggunaan bahasa Melayu terutamanya fonologi, kosa kata, istilah dan
“bahasa rojak”. Keadaan ini akan membawa sebagainya.
kesan yang serius terhadap kedaulatan bahasa
Melayu jika tidak ditangani dengan segera,
sudah pasti keindahan bahasa Melayu akan
musnah.
PERSAINGAN DENGAN BAHASA INGGERIS 7
Arus globalisasi yang melanda dunia meninggalkan impak yang besar yang memungkinkan bahasa inggeris
terus berkembang sebagai bahasa yang penting di kebanyakan negara. Peningkatan penggunaan bahasa
inggeris sebagai bahasa kedua atau ketiga meninggalkan kesan kepada sistem pendidikan di negara-negara
dan antara bidang yang terkesan ialah bahasa. Globalisasi dianggap sebagai pembunuh bahasa ibunda
kerana hampir semua maklumat yang diperoleh daripada internet terdapat dalam bahasa inggeris. Bahasa
inggeris yang dianggap sebagai lingua franca dunia moden pada hari terus disanjung dan dimartabatkan
sebagai bahasa penting dalam kehidupan harian. Ada juga yang tanpa segan silu menganggap dan
menerima bahasa inggeris sebagai bahasa ibunda hanya kerana mereka bertutur dalam bahasa inggeris.
Mereka seolah-olah enggan dan malu untuk bertutur dalam bahasa melayu dan berusaha untuk
menjauhkan diri daripada bahasa melayu, yakni bahasa ibunda mereka sendir. Ada juga yang tidak mampu
berbahasa inggeris dengan baik tetapi berusaha untuk menggunakannya walaupun mereka mempunyai
pilihan untuk menggunakan bahasa melayu. Bak kata pepatah, lebih sudu daripada kuah.
8
KEMAMPUAN GURU MENGAJAR BAHASA MELAYU
Dalam bidang pengajaran bahasa Melayu, aspek tatabahasa merupakan salah satu unsur penting.
Aspek ini perlu dipelajari dan dikuasai oleh murid untuk membolehkannya menguasai bahasa
dengan cekap. Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkatkan dan memperkembangan
potensi diri dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seseorang individu. Pengajaran juga
berupaya menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid supaya dapat
memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya. Untuk mencapai hasrat itu, guru
memainkan peranan penting. Seseorang guru harus merancang, melaksanakan, dan membuat
penilaian sesi pengajaran dan pembelajaran agar menepati hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Jacqueline (2008), tatabahasa perlu diajar kepada murid kerana dapat membantu
seseorang murid itu membentuk frasa atau ayat sendiri. Manakala Rahman (2005) pula
mendefinisikan tatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara perkataan dibina dan
kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Di samping itu, guru mesti
mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar potensi murid dapat diperkembang semaksimum
yang mungkin (Shukri, 2007). Kejayaan sesuatu pengajaran bahasa banyak bergantung pada peranan
yang dimainkan oleh guru.
PENGARUH DIALEK 9
Setiap bahasa mempunyai dialeknya tersendiri termasuk bahasa
melayu. Dialek yang digunakan mengikut kawasan seperti dialek
Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan sebagainya. Menurut Abdul
Hamid Mahmood (2006), dialek yang digunakan ditentukan oleh faktor
geografi dan faktor sosial. Faktor geografi ini dipanggil dialek daerah
atau loghat daerah. Masyarakat Melayu sering menggunakan dialek
mereka tidak kira dalam situasi tidak rasmi dalam
perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian. Malahan
penggunaan dialek juga turut berlaku di sekolah sama ada kalangan
pelajar mahupun warga pendidik. Kesannya, para pelajar menjadi keliru
antara dialek daerah dan bahasa baku Melayu seterusnya dialek
tersebut akan digunakan dalan peperiksaan besar yang akan
memberikan markah yang rendah atas sebab menggunakan dialek
daerah. Hal ini kerana tidak semua pelajar mampu untuk memahami
dialek daerah yang digunakan oleh warga pendidik. Oleh itu,
penggunaan dialek ini perlulah digunakan dalam konteks yang sesuai
kerana tidak semua pendengar dapat memahami dialek yang diujarkan
oleh penutur.
CARA PENYELESAIAN BAGI ISU DAN 10
CABARAN BAHASA MELAYU PADA
MASA KINI
1.PERSAINGAN DENGAN BAHASA INGGERIS.
Cara penyelesaian: Bahasa melayu perlu dikukuhkan dan perlu dimantapkan bagi membolehkannya
memperkatakan apa sahaja bidang yang begitu cepat muncul dan berkembang dalam kehidupan
manusia.
2.PERSEPSI NEGATIF TERHADAP BAHASA MELAYU.
Cara penyelesaian: Dengan membantu mengembangkan Bahasa melayu bagi memberi lebih maju ke
peringkat yang lebih tinggi.
3.KEMAMPUAN GURU MENGAJAR BAHASA MELAYU.
Cara penyelesaian: Dengan menghadirkan diri ke khusus Bahasa melayu bagi memantapkan kemahiran
dari segi mendengar,bertutur,membaca dan menulis.
11
4.PENGARUH TEKNOLOGI.
Cara penyelesaian:Mendorong masyarakatuntuk lebih efektif dan inovatif agar dapat memberikan
kemajuan kepada negara.
5.BAHASA ROJAK.
Cara penyelesaian: Ibu bapa perlu mengelak daripada bercakap bahasa rojak dan bercakap
sepenuhnya bahasa melayu dari kecil lagi.
6.PENGARUH DIALEK.
Cara penyelesaian: Dengan membina lebih ramai kenalan supaya dapat berlatih bagi membiasakan
dengan bahasa melayu.
12
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya,cara-cara yang konkrit dan pragmatik perlulah diambil untuk
memartabatkan Bahasa melayu .Hal ini dikatakan demikian,kerana Bahasa melayu ialah
Bahasa kebangsaan kita.Hakikat ini perlu disedari dan diakui oleh seluruh rakyat
Malaysia.Kepentingan bahasa ini tidak dapat dipertikaikan dan dinafikan lagi.Bahasa
melayu memberikan faedah yang besar dalam menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada
beribilang kaum dan teknologi Malaysia.Kita haruslah mempertahankan dan mendaulatkan
bahasa kita.Jika tidak,generasi masa depan kita akan ketinggalan dan negara kita akan
mudah dijajah oleh kuasa-kuasa barat yang menggunakan bahasa asing.
BAHAN RUJUKAN 13
• http://cikgu-rozali.blogspot.com/2011/06/cabaran-bahasa-melayu.html
• https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Malaysia
• https://www.scribd.com/document/134200713/Teknik-Teknik-Dalam-Pengajaran-Bahasa-Melayu
• https://www.scribd.com/document/441820784/Template-SWOT-2020-Audit-Akademik-docx
• https://www.scribd.com/document/154255032/Langkah-Menangani-Isu-Bahasa-Rojak
• http://journalarticle.ukm.my/2337/1/page1_21.pdf
• http://pravinatormeister.blogspot.com/2015/10/cara-cara-mengatasi-masalah.html?m=1
• https://www.scribd.com/doc/246113389/Isu-dan-Cabaran-Bahasa-Melayu-Masa-Kini-docx
• https://www.researchgate.net/publication/308978936_Strategi_Pengajaran_dan_Pembelajaran_Tatabah
asa_Bahasa_Melayu
• https://www.slideshare.net/nazarinanawawi/cabaran-bahasa-melayu-terhadap-gelombang-kebangkitan-
bahasa-inggeris
• https://www.scribd.com/doc/297097772/pengaruh-dialek
• https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/07/05/cabaran-memartabatkan-bahasa-melayu-sebagai-
bahasa-ibunda-penutur-asli-bahasa-melayu/