The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SBLM1023 Pengantar Penulisan
Tugasan 3: Penulisan Kreatif

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursyifa053, 2022-07-07 01:55:39

E-MAJALAH MUZIK DAN FESYEN

SBLM1023 Pengantar Penulisan
Tugasan 3: Penulisan Kreatif

T E R K I N IE-MAJALAH MUZIK DAN FESYEN

EDISI JULAI 2022

Berita Semasa

Teka Silang Kata PERKEMBANGAN
FESYEN
MUZIK DAN
FESYEN Fesyen lama kembali

Trend terkini yang
kembali popular

1234567881011 ANUGERAH JUARA
LAGU: MALAM
TERBESAR FESYEN

T E R K I N IE-MAJALAHMUZIKDANFESYEN
EDISI JULAI 2022

02 SIDANG RE
DAKSI
03
04 TINTA EDITOR
ANUGERAH JUARA LAGU: MALAM
07 TERBESAR FESYEN
09 PERKEMBANGAN FESYEN
10
11 FESYEN LAMA KEMBALI

12 PANTUN: FESYEN MASA TERKINI

13 TEKA SILANG KATA: MUZIK DAN FESYEN
14 BERITA SEMASA: BUSANA
EKSTRAVAGANZA AINA ABDUL
GAMBARAN PASARAN MUZIK MALAYSIA
CARTA PALING HITS

01

JULAI 2022 EDISI 1

SIDANG REDAKSI

e-Majalah TERKINI

MUHAMMAD FARHAN BIN NURSYIFA BINTI ZAINAL
MOHD PAUZI 274029
281890 EDITOR 1

KETUA REDAKSI

SITI NURHALIZA BINTI MADIHAH BINTI MAHMAD NURUL NAJIHAH BINTI
ADNAN LAZIM ABDUL HALIM
280487 271497 269664

JURUGRAFIK EDITOR 2 PENYUNTING BERITA

02

TINTA EDITOR

Oleh: NURSYIFA BINTI ZAINAL

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana limpah dan kurniaan-Nya, kami
diberi peluang untuk menghasilkan e-majalah TERKINI. Segala puji
bagi Allah yang telah mempermudahkan urusan kami dalam
menyiapkan tugasan e-majalah ini.
E-majalah TERKINI merupakan majalah digital yang pertama
dihasilkan oleh kami sekumpulan. E-majalah ini memberi
pendedahan tentang perkembangan dunia muzik dan fesyen yang
terkini kepada masyarakat umum.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah kursus


Pengantar Penulisan, Dr Nazreen atas bimbingan yang diberikan

dalam menjayakan e-majalah TERKINI. Ribuan terima kasih kepada
semua ahli kumpulan kerana memberi kerjasama yang sangat baik
dalam menyiapkan e-majalah ini.
Sebagai penutup kata, saya mewakili ahli kumpulan berharap semoga
e-majalah yang diterbit ini memberi manfaat kepada para pembaca.
Yang benar,
Nursyifa Zainal

03

Anugerah Juara

Lagu: Malam

Terbesar Fesyen

Oleh: Muhammad Farhan Bin Mohd Pauzi

Malam Anugerah Juara Lagu telah dimeriahkan lagi
dengan pelbagai penampilan dan gaya fesyen menarik dari
selebriti dan artis terkenal. Malam yang tidak pernah
mengecewakan ini bukan sahaja dipenuhi dengan muzik dan
tarian, malah ia juga dipenuhi oleh barisan selebriti yang telah
dianggap sebagai fesyen ikon oleh orang ramai. Antara ikon
tersebut termasuklah Aina Abdul, Siti Nordiana dan Noraniza
Idris.

Bagai bulan dipagari bintang, hanya ungkapan ini sahaja yang
dapat menggambarkan penampilan Aina Abdul di malam
Anugerah Juara Lagu 2022. Nama beliau sudah tidak asing lagi
dari perbualan dan perbincangan netizen. Pada malam itu beliau
sekali lagi menjadi tumpuan dan topik perbualan apabila beliau
memilih untuk mengenakan pakaian persis ‘pokok bunga’.
Pakaian yang dipakainya itu berubah dari sekuntum bunga
menjadi sepohon pokok dan dipenuhi dengan perincian bunga,
daun dan ranting, namun aura ‘avant-garde’ yang dibawa beliau
semakin menyerlah.

04

Tidak lupa juga kepada Siti

Nordiana atau lebih disenangi

dengan panggilan Nana yang

telah mengayakan fesyen ala-

Cleopatra dan

menggabungkannya dengan

elemen-elemen padang pasir.

Menggunakan elemen yang tidak

terlalu eksentrik, Siti Nordiana tetap

kelihatan ayu mengenakan

persalinan ‘drapping’ emas dan

diiringi solekan yang sangat manis

membuatkan persembahan beliau

di AJL-36 lebih menyerlah.

Pakaian yang telah dikenakan beliau
itu telah direka oleh Tengku Syahmi
seorang pereka fesyen terkenal
tanah air. Beliau juga merupakan
salah seorang yang telah
membantu menjayakan konsert
Sumpah dengan mencipta busana
ikonik yang dipakai oleh Naim
Daniel. Tengku Syahmi telah
mengambil inspirasi daripada trofi
Grammy Awards, Oscar dan trofi AJL.
Terkini, Aina Abdul pula telah

berjaya membawa pulang trofi
Vokal Terbaik serta Penyanyi Pilihan
Popular di Malam itu dengan
memakai busana rekaan Tengku
Syahmi.

05

Penghargaan juga perlu

ditunjukkan kepada pemenang

utama di Malam anugerah Juara

Lagu iaitu SOG dan Shila Amzah.

Lagu yang telah ditulis oleh vokalis

SOG, Raja Nazrin Shah, pada tahun

2018 yang berjudul ‘Pelukan

Angkasa’ telah memenangi tempat

pertama. Tempat kedua pula jatuh

kepada Marsha Milan yang telah

mempersembahkan lagu ‘Cinta’

karya bersama Hand Nadim dan

Bunga Cantik. Lagu ‘Mimpi’ yang

dinyanyikan oleh Haqiem Rusli dan

Datuk A. Aida telah memenangi

tempat yang ketiga.

Penyanyi rap, Bunga dan Noraniza

Idris juga telah menarik tumpuan

ramai apabila mereka

mengayakan fesyen yang

bertemakan warna ungu. Tema

yang telah dikenakan mereka ini

telah dipilih oleh penaja mereka

sendiri iaitu NOIR. Bunga telah

memakai kebaya dan sebuah

‘headgear’ yang sepadan dengan

nama beliau. Pakaian Noraniza Idris

pula lebih tertumpu kepada tema

tradisional. Beliau menggabungkan

reka bentuk songket dan gaun

seakan permaisuri.

06

PERKEMBANGAN Julai, 2022

Oleh: SITI NURHALIZA BINTI ADNAN

Fesyen adalah gaya padanan baju dan
aksesori mengikut konsep tertentu. Fesyen
sangat berpengaruh dan sentiasa
berinovasi seiring dengan perubahan dan
trend semasa. Trend fesyen mempunyai
jangka hayat yang panjang sehingga
bertahun lamanya. Perkembangan trend
dalam fesyen dipengaruhi oleh 4 faktor
iaitu:

I. Politik

Pergerakan politik negara yang

lebih cenderung ke arah

pemerintahan Islamik

menyebabkan trend Muslimah dan

berunsurkan Islamik di negara

tersebut semakin besar. Rakyat

akan lebih terbuka kepada fesyen

Islamik dan sekarang trend tersebut

menjadi salah satu fesyen harian

mereka.

07

II. Sosial
Kesedaran ke arah trend dan fesyen
dicetuskan oleh influencer atau
selebriti media sosial yang
mempunyai banyak pengikut.
Misalnya, ledakan pelbagai fesyen
dan gaya berhijab dalam kalangan
wanita Islam Melayu di Malaysia
adalah disebabkan peranan selebriti
media sosial dalam memasarkan
pelbagai jenama fesyen hijab.

III. Ekonomi IV. Teknologi
Disebabkan pengaruh daripada
kejatuhan ekonomi negara yang Perkembangan teknologi seperti
menyukarkan banyak pihak seperti
kenaikan harga tukaran wang asing pengenalan kepada custom digital
dan kadar inflasi yang meningkat.
Faktor-faktor ini akan mempengaruhi printing untuk fabrik memberi
keputusan pembeli. Pembeli iaitu
rakyat akan cenderung untuk lebih peluang kepada jenama-jenama
berhati-hati semasa membelanjakan
pembelian mereka kepada pakaian fesyen tempatan mengeluarkan
fesyen berjenama.
fabrik bercorak yang unik dengan

jenama mereka sendiri.

Perkembangan teknologi dalam

industri fabrik mempengaruhi

perkembangan fesyen di Kawasan

tersebut.

08

TRENDFESYEN

TREND TERKINI YANG
KEMBALI POPULAR

Vintage Style

Vintage style

merupakan istilah

generik bagi pakaian

yang berasal dari era

sebelumnya iaitu

lebih dari tempoh 15

tahun yang lepas.

Sesuatu pakaian atau

trend itu akan menjadi vintage setelah ia
dikeluarkan semula selepas 15 tahun.
Vintage style dari zaman 90-an ini
adalah salah satu fesyen yang tidak
lekang dek hujan, tidak lapuk dek hujan
oleh perubahan zaman dan sentiasa
digemari oleh khalayak ramai.

Street Style FESYEN LAMA
KEMBALI
Street style adalah
trend terbaru yang Selain daripada 4 faktor yang mempengaruhi
sedang meningkat perkembangan fesyen, tidak dinafikan juga bahawa
popular di dunia perkembangan fesyen telah ‘kembali ke zaman dahulu' seiring
media sosial. Gaya ini menongkah ke arah pemodenan. Ibarat memberi nafas baru
kebiasaannya boleh kepada fesyen lama, kebanyakan trend fesyen semasa telah
dilihat di kawasan meletakkan sentuhan moden kepada pakaian bertemakan lama
urban atau luar seperti Vintage , Bohemian, Street dan Chic Style. Bukan itu
bandar. Namun, gaya sahaja, anak muda kini gemar memberi sentuhan estetika
terhadap fesyen mereka dalam mengikuti trend semasa.
ini turut terinspirasi daripada imej Street
style para selebriti, model dan artis Rekaan klasik dalam sentuhan moden juga semakin
seluruh dunia. Berikutan konsep Street popular dalam industri fesyen tanah air. Ramai pereka fesyen
style, konsep Airport fesyen yang mula tempatan yang mengetengahkan rekaan klasik dalam sentuhan
diperkenalkan oleh G-Dragon, artis moden ringkas atau perincian mewah dalam koleksi busana
terkemuka Korea juga semakin popular mereka. Hasilnya, industri fesyen tanah air semakin maju dalam
terutama dalam kalangan selebriti- penghasilan busana elegan yang turut mengekalkan nilai tradisi
selebriti terkemuka Korea yang banyak tempatan. Contoh busana tradisional yang diberi sentuhan
mempengaruhi trend semasa dunia. moden adalah baju kurung Sarawak, baju kurung Kedah, baju
kurung Pahang, baju kurung Pesak, Abaya dan banyak lagi.
Aesthetic Style
Akhir kalam, perkembangan fesyen dipengaruhi oleh 4
Gaya estetika faktor; politik, sosial, ekonomi dan teknologi. Selain daripada
empat faktor tersebut, trend atau fesyen lama di Malaysia telah
merupakan kembali popular dan industri fesyen di Malaysia turut
berkembang maju.
fenomena fesyen

abad ini. Trend fesyen

berkembang dari

semasa ke semasa,

gaya estetik

merupakan salah

satu perkembangan terbesar dalam
dunia fesyen. Estetik bermaksud falsafah
yang berkaitan dengan sifat keindahan,
seni, penghayatan dan penghargaan
terhadap sesuatu nilai keindahan. Gaya
estetik bermakna mengutamakan nilai
estetika diri sendiri dalam pemilihan style
atau gaya pemakaian. Trend estetik
bermakna berfesyen berdasarkan
pegangan estetika masing-masing
tanpa terlalu terikat dengan fesyen
semasa.

09

FESYEN MASA
TERKINI

Perahu layar dibawa ke darat,
Dibawa dengan penuh muafakat,
Jelik pemakaian disalahkan barat,
Pemikiran cetek typical masyarakat.

Monyet berpaut diatas dahan,
Untuk menikmati buah pulasan,
Indah wanita ciptaan Tuhan,
Bertudung litup ditambah solekan.

Jemputan majlis kenduri-kendara,
Sesat ke hujung ke sana sini,
Pelbagai gaya dan juga cara,
Gelaran hijabista gelaran terkini.

Cinta sejati menusuk dada,
Jiwa larak membawa siksa,
Jika berpakaian perlulah berpada,
Agar aurat sentiasa terjaga.

OLEH: MADIHAH BINTI MAHMAD LAZIM

10

Muzik Dan Fesyen

Melintang
3. Merupakan penyanyi lelaki popular Abpbh34.
4. Dinyanyikan oleh Khai Bahar.
5. Diberikan kepercayaan untuk menyiapkan persalinan Raja Permaisuri Agong ketika istiadat
pertabalan Sultan Abdullah sebagai YDPA.
6. Antara pereka fesyen yang bekerjasama dengan Aina Abdul untuk menyiapkan busana
semasa Konsert 2.0.
7. Merupakan pemenang vokal terbaik AJL36.
Kebawah
1. Dinyanyikan oleh Luqman Faiz.
2. Siapakah ratu rock Malaysia?

11

BERITA SEMASA Oleh: NURUL NAJIHAH BINTI ABDUL HALIM

Busana Ekstravaganza Aina Abdul

Sebut sahaja nama penyanyi Aina Abdul, pasti ramai
yang tertunggu-tunggu untuk melihat rekaan busana
yang akan disarungkan oleh penyanyi ini apabila setiap
kali membuat persembahan. Aina Abdul bukan sahaja
seorang penyanyi yang bersuara lunak, malah dia berani
untuk menggayakan gaya fesyen yang berbeza dan unik
sehingga mencipta epik dalam karier seninya.

Konsert In Person With Aina Abdul 2.0 baru sahaja
melabuhkan tirainya dengan jayanya pada Jun lalu.
Konsert ini bertempat di Istana Budaya.

Semasa konsert berlangsung Istana Budaya tidak hanya
meriah dengan kelantangan vokal penyanyi terkenal
bernama Aina Abdul ini, malah turut dimeriahkan
dengan barisan fesyen yang menarik perhatian seluruh
warganet.

Aina mengayakan fesyen yang berlainan dan unik
sepanjang dua malam berturut-turut semasa konsert itu
berlangsung. Inisiatif Aina amat baik untuk
perkembangan industri muzik, fesyen dan seni tanah air
di Malaysia mahupun luar negara.

Paling menarik, menurut penonton yang menyaksikan
persembahan konsert ini, Aina membuat kelainan
dengan sesi menukar gaya secara langsung di atas
pentas!" "Ya, secara langsung di atas pentas". Ini
sangat menakjubkan.

Ini boleh dikatakan sebagai kolaborasi muzik dan
fesyen yang gemilang pada tahun 2022. Dan ianya
juga merupakan langkah yang terbaik untuk dicontohi
dalam bidang muzik dan fesyen yang serba moden ini.

Konsert ini disajikan khas buat pandangan penonton
yang berpeluang melihat sendiri bagaimana pasukan
glam Aina yang terdiri daripada pereka fesyen, penata
gaya dan jurusolek mengubah penampilan Aina
dalam sekelip mata dan memberikan hasil yang
sangat memukau pandangan!

12

BERITA SEMASA

Carta RIM kendalian Persatuan Industri
Rakaman Malaysia (RIM) yang memberi
refleksi sebenar muzik tempatan dan
antarabangsa yang menjadi pilihan
rakyat negara ini akan di siarkan melalui
stesen radio di bawah Astro Radio dalam
masa yang terdekat. Melalui kerjasama
RIM dan Astro Radio, Carta RIM akan
diperdengarkan menerusi stesen radio
Hitz FM, Era FM dan MY

Pengerusi RIM, Rosmin Hashim berkata,
Carta RIM diwujudkan bagi menununjukkan
tanda sokongan kepada penggiat muzik
tanah air untuk mempromosikan lagu
mereka di pelbagai platform.

Ini akan membantu syarikat rakaman
dan penyanyi itu sendiri. Apabila banyak
pendedahan, sesebuah lagu akan lebih
banyak distrim dan artis lebih popular dan
lebih banyak tawaran akan diterima.

PENTING

"Carta RIM menyenaraikan lagu

yang mencatat jumlah penstriman


paling tinggi dan popular di

Malaysia berdasarkan data

diperoleh daripada perkhidmatan

penstriman muzik digital utama di

Malaysia seperti Spotify, Youtube


dan Apple Music

13

CARTA PALING
HITS

1 Cinta Sejati

Aiman Sidek, Alin Sidek

2 Esok Masih Ada

Hannah Delisha

3 Putus
Nabila Razali

4 Seperti Dulu

Exists

5 Sempurna
Insomniacks

6 Mahligaimu Dari Airmataku

Fieya Julia, Luqman Faiz

7 Kesetiaan
Siti Sarah

8 Adakah Ini Mimpi

Reedzwann

Dibawakan oleh:

14

Terkini

E-Majalah Muzik dan Fesyen

E-Majalah terhangat di pasaran! EDISI JULAI 2022
Dapatkan edisi terkini di laman web kami:
www.majalahterkini.com.my 1234567881011

Hubungi kami di 1800-88-338
Instagram: @Terkini
Twitter: @Terkini
Facebook: Terkini Media


Click to View FlipBook Version