The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aanthonyadwin, 2022-06-13 09:23:41

E-Folio (1)

E-Folio (1)

EDISI POLITEKNIK

PENGARUH
BUDAYA
LUAR

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

MPU23042

PREPARED BY PRESENTED BY

Anthony Quin Anak Ali Fatin Faqeriah Binti
(20DKM21F1010) Hamsah
Charzeron Dibam Anak
Cleveland (20DKM21F1025)
Benedict Thakin Anak Zeli
(20DKM21F1028)

A&B COMPANY PAGE 01

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur
kerana telah mengurniakan kami kesihatan dan
petunjuk untuk menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna. Tugasan ini adalah atas bantuan
pelbagai pihak , antara mereka ialah rakan sekelas
kami yang membantu dalam menyiapkan tugasan
ini. Dalam kesempatan ini kami juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan
Fatin Faqeriah Binti Hamsah, pensyarah
pembimbing kami kerana banyak membimbing
dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau banyak
memberi penerangan tentang cara melakukan
tugasan ini. Walaupun beliau sibuk tetapi beliau
tetap ada masa untuk bersama kami serta rakan -
rakan dalam memberi penerangan tentang tugasan
ini. Akhir sekali kami berharap dapat mempelajari
banyak ilmu pengetahuan daripada tugasan ini.

i

A&B COMPANY PAGE 01

OBJEKTIF

Mengenal pasti pengaruh budaya luar dalam
kalangan masyarakat Malaysia.

Membincangkan faktor dan kesan pengaruh budaya
luar.

Mencari langkah untuk mengatasi masalah
pengaruh budaya luar

ii

A&B COMPANY PAGE 01

ISI 1
KANDUNGAN 2-6
7-11
Pendahuluan 12-16
Faktor Pengaruh Budaya Luar 17-21
Kesan Pengaruh Budaya Luar 22
23
Cara Mengatasi Pengaruh 24
Budaya Luar 25

Isu Pengaruh Budaya Luar
Yang Berlaku di Malaysia

Kesimpulan

Aktiviti Pengukuhan

Rujukan

Lampiran

iii

Pengenalan

Pengaruh budaya luar yang mampu
mempengaruhi pemikiran dan cara
bersosial bagi generasi muda sekarang
disebabkan kita telah mencapai banyak
kemajuan dan segala maklumat itu
hanyalah dihujung jari. Oleh itu,
kemasukan budaya luar lebih mudah
kerana zaman milenium ini generasi
muda tidak lekang dengan teknologi
lebih mudah dipengaruhi pemikiran
mereka melalui media massa, rancangan
televisyen, youtube yang ekstrem dan
bercanggah dengan budaya kita. Dengan
itu kejutan budaya juga boleh dikaitkan
dengan hal ini. Ringkasnya, budaya luar
dapat meleburkan nilai-nilai,
memesongklan pengertian ajaran agama,
dan dapat memusnahkan tunjang dan
asas-asas penting sebagai amalan dan
pembentukan kepribadian seseorang.

1

Faktor-Faktor Budaya Luar

Budaya Gangsterisme

Budaya Gangsterisme adalah satu
pengaruh budaya luar yang sering
melakukan keganasan seperti
perompakan, pembunuhan, perdagangan
manusia, pengedaran dadah dan aktiviti
jenayah yang menyalahi undang-undang.
Budaya "Yakuza" iaitu satu organisasi
jenayah yang besar di Jepun dan budaya
"Mafia" yang bermula di Italy lalu tersebar
luas di Eropah. Budaya ini dapat
merosakkan akhlak dan budaya ini tidak
berperikemanusiaan derta mereka
mempunyai tatu yang berunsurkan
keganasan. Dengan itu, jelaslah bahawa
budaya ini sangat bercanggah dengan
adat dan ajaran agama kerana ajaran
agama tidak mengajarkan kita untuk
melakukan keganasan malahn mengajar
kita untuk kerap melakukan kebaikan.

2

Fesyen Barat

Fesyen barat dikaitkan dengan meniru
fesyen terutamanya dari segi pemakaian.
Sebagai contoh memakai pakaian yang
terdedah atau tidak menutup aurat yang
boleh menimbulkan pelbagau perspeksi
dalam kalangan masyarakat. Fesyen
barat sememangnya mempamerkan imej
yang tidak senonoh dan seksi. Salah satu
punca seseorang meniru fesyen barat
ialah mereka mengamalkan gaya hidup
moden. Gaya hidup moden biasanya
diamalkan di bandar bagi sesetengah
golongan masyarakat. Mereka lebih suka
mengikut fesyen terkini yang seiring
dengan permodenan dan globalisasi kini.

3

Makanan Barat

Pengaruh makanan barat semakin berleluasa di
masyarakat kita. Ini menyebabkan masyarakat
kita seolah-olah lupa makanan dan minuman
tradisi kita yang telah menjadi identiti dan
kepribadian bangsa sejak kurun lama lagi.
Pengaruh makanan dan minuman barat telah
menguasai masyarakat kita walaupun ianya tidak
bercanggah dengan ajaran agama tetapi secara
tidak langsung ia telah mengikis jati diri belia
remaja. Contohnya, isu makanan walaupun ia
merupakan isu kecil tetapi dominasi makanan
segera telah menenggelamkan makanan tradisi
masyarakat pada hari kini. Belia remaja kita lebih
mengenali makanan dan minuman luar daripada
makanan tradisi yang telah wujud sejak turun-
temurun dahulu.

4

Hedonisme

Budaya hedonisme ini begitu cepat menular di kalangan
remaja yang mudah terpengaruh dengan keseronokan dan
aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan
terutama remaja di bandar besar. Dengan kemunculan
pelbagai pusat hiburan dan pusat perjudian di seluruh
pelusuk negara bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan
telah menyebabkan budaya hedonisme merebak dengan
pantas tanpa disedari. Pihak berkuasa telah memainkan
peranan yang penting dalam membanteras gejala ini tetapi
tidak dinafikan bahawa masih banyak lagi diluar sana pusat
hiburan seperti ini. Keadaan bertambah buruk apabila
penyalahgunaan dadah begitu berleluasa sekarang.

5

Budaya Black
Metal

Pengaruh muzik metal sebenarnya sudah lama bertapak di
Malaysia sejak tahun 80-an lagi iaitu dengan kemunculan
kumpulan Metal pertama iaitu Blackfire. Pada waktu ini,
muzik Rock Kapakmerupakan genre yang bergerak dalam
aliran arus perdana sebelum lahirnya muzik metal. Namun,
selepas insiden rockers dipotong rambutnya,muzik Rock
Kapak semakin lama semakin hilang di mata masyarakat
kerana pada waktu itu, lelaki yang berambut panjang
dianggap jahat. Oleh itu, wujudlah satu scene di dalam
industri muzik iaitu "underground" di mana muzik metal mula
diperkenalkan tetapi bukan berada di aliran arus perdana.
Mereka akan menjalankan gig atau di tempat yang tersorok
dan terpencil untuk peminat-peminatnya sahaja.

6

Kesan-Kesan Budaya Luar

KESAN
BUDAYA
GANSTERISME

Kewujudan kumpulan samseng ini akan membawa kesan
negatif pada pihak sekolah. Ahli-ahli kumpulan sering
melakukan kegiatan-kegiatan ganas di sekolah. Sekiranya
ahli kumpulan ini menubuhkan satu jaringan aktivit yang
kuat di sekolah ia akan menggangu dan melemahkan
seluruh perjalanan sekolah. Selain itu, gejala samseng ini
juga akan mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran. Kumpulan-kumpulan ini akan mencurahkan
perasaan benci dan tidak puas hati dengan mengganggu
proses P&P di sekolah. Selain itu juga, gejala gangsterisme ini
akan mewujudkan budaya takut dalam masyarakat.
Kehadiran gangster ini akan menyebabkan orang ramai
berasa takut untuk melakukan aktiviti harian. Contohnya
mereka akan dipaksa memberikan wang, diperas ugut dan
dipukul jika tidak mengikut kemahuan mereka. Kewujudan
gejala gansterisme ini juga akan menyebabkan berlakunya
vandalisme dan merosakkan harta benda awam seperti
tandas awam, bangunan-bangunan di tepi jalan dan telefon
awam. Grafik tersebut sukar di[padam dan memerlukan kos
yang banyak untuk membersihkannya.

7

KESAN
BUDAYA
FESYEN BARAT

Kebanyakan fesyen barat adalah fesyen yang pelik dan
seksi sehingga menampakkan bentuk tubuh badan.
Fesyen barat ini dapat memberi kesan negatif terhadap
seseorang individu khususnya bagi golongan remaja.
Fesyen barat ini dapat menjolok mata kerana fesyennya
yang ketat sehingga menampakkan setiap tubuh badan
kita. Fesyen barat dapat menjatuhkan imej kita khususnya
golongan remaja sekali gus keluarga mereka. Oleh itu,
elakkan untuk terikut-ikut dengan fesyen barat dan
digalkkan mengikut dan mencontohi fesyen yang lebih
sopan dan tidak menjolok mata.

8

KESAN AMALAN
MAKAN
MAKANAN
BARAT

Pelbagai kesan negatif timbul akibat pengambilan makanan
segera. Otak sewajarnya lebih sihat. Peribahasa pun ada
manyatakan bahawa "otak yang cerdas b erada pada tubuh
badan yang sihat". Walau bagaimanapun, kajian di Baycrest
Centre di Universiti Toronto, Kanada merumuskan bahawa
makanan segera boleh merosakkan fugsi otak. Hal ini
berdasarkan kandungan makanan segera yang mengandungi
lebihan lemak yang boleh merosakkan daya konsentrasi dan
tahap ingatan. Otak memerlukan glukosa untuk berfungsi
dengan baik, namun kandungan lemak terlalu banyak boleh
menggangu peranan glukosa. Kajian Professor Greenwood
dari Universiti Toronto menunjukkan bahawa makanan
segera mengandungi kadar lemak dan protein yang tinggi
serta kandungan karbohidrat yang rendah merupakan
imbangan makanan yang tidak sesuai untuk perkembangan
otak manusia.

9

KESAN
BUDAYA
HEDONISME

Menurut pandangan ahli falsafah, hedonisme terbahagi kepada
dua iaitu hedonisme psikologi dan hedonisme etika. Menurut
Parkinson et. al (1996), hedonisme psikologi merujuk kepada
individu yang sentiasa mengambil tindakan yang difikirkan dapat
memberi kenikmatan terbesar kepada mereka serta memilih
sesuatu perkara yang difikirkan dapat memberikan lebih banyak
kebahagiaan dan mengurangkan kesakitan kepada mereka
manakala hedonisme etika iaitu manusia seharusnya melakukan
sesuatu tindakan yang dapat menghasilkan kenikmatan dan
kebahagiaan terbesar kepada mereka dan hidonisme ini dikenali
sebagai hedonisme etika universal (Parkinson et. al.,1996).
Hedonisme merupakan antara kesan globalisasi yang berlaku
pada hari ini. Menurut Kamus Malaysiana, hedonisme merupakan
suatu pola pemikiran yang menjelaskan bahawa
memaksimumkan keseronokan adalah perkara terbaik dan amat
disukai dalam menjalani kehidupan. Budaya hedonisme ini
berpaksikan keinginan manusia untuk mendapatkan kemewahan
yang melampau seperti berbelanja secara berlebihan diluar
batasan kemampuan ekonomi masing-masing. Hedonisme turut
dikaitkan dengan pengaruh penerimaan budayabudaya daripada
luar contohnya barat dan Korea. Pengikut budaya-budaya baharu
ini akan meniru simbol-simbol kebudayan luar seperti muzik,
makanan, fesyen, produk kecantikan dan bahasa seharian.

10

KESAN
BUDAYA
BLACK METAL

Muzik juga merupakan frekuensi utama untuk memikat sesiapa
sahaja. Ia diibaratkan irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan.
Pengaruh ajaran sesat black metal turut mengambil pendekatan
dan kaedah ini bagi memburu penganutnya kerana golongan
remajalah yang paling mudah terdedah dan terpengaruh dengan
benda-benda baru. Jika diteliti dan diamati memang ada
kebenarannya betapa unsur-unsur negatif yang kukuh telah
berjaya dilakukan oleh golongan ajaran sesat ini bagi
membanyakkan ahli mereka di seluruh dunia. Lagu terawal
dikenal pasti telah dinyayikan oleh mendiang John Lennon dari
album the beatles berjudul Imagine. Namun virus itu terus
meresap kepada masyarakat dunia yang akhirnya semakin sukar
disekati. Lirik lagu black metal yang popular dianggap tidak sesuai
sama sekali untuk masyarakat timur dan wajib diharamkan serta
merta oleh pihak berkuasa. Ia jelas menekankan sikap rakus
ekstrim kepada anti mana-mana agama termasuk Kristian
malahan bercanggah dengan agama Islam. Banyak lirik-lirik lagu
mendorong kepada bentuk serangan kekerasan mahupun
kematian dan pembunuhan yang tidak perlu dipesoalkan.

11

Cara Mengatasi Pengaruh Budaya Luar

Individu

Individu sendiri perlulah memasang matlamat dan
niat supaya dapat mengelakkan diri daripada
terlibat dalam pengaruh budaya barat. Oleh itu,
kita mestilah berpegang teguh pada ajaran agama
dan perlulah mendalami banyak dalam
penghayatan ajaran agama. Hal ini demikian
kerana penanaman dan pengukuhan nilai-nilai
Islam di dalam diri umat Islam terhadap syariat
Islam perlulah kuat dan mantap. Dengan adanya
ajaran agama, mereka tidak akan mengikut budaya
asing yang mereka anggap moden dan terkini. Kita
mestilah menilai dan memikirkan baik atau buruk
sesuatu sebelum bertindak.

12

Ibu Bapa

Sebagai seorang ibu bapa yang bertanggungjawab,
ibu bapa berperanan penting untuk mendidik
anak-anak untuk menjauhi budaya barat dari usia
setahun jagung. Sejak kanak-kanak lagi, ibu bapa
perlu berpesan kepada anak-anak supaya
menjauhkan perkara yang negatif. Hal ini adalah
bagi menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-
anak disamping mengajar mereka untuk
mengelakkan diri daripada perkara negatif. Selain
itu, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama
yang sempurna dalam diri anak-anak. Hal ini
kerana pegangan agama dapat membantu mereka
untuk menangkis segala anasir yang
memesongkan pemikiran mereka. Oleh itu,
pegangan agama yang sempurna boleh menjadi
benteng dalam menghalang seseorang daripada
terpengaruh dengan budaya barat.

13

Media Massa

Media massa juga berperanan penting untuk
mengatasi masalah pengaruh budaya barat ini.
Dengan ini, pengamal media perlulah menjalankan
tugasnya untuk menayangkan program televisyen
yang berfaedah kepada penonton. Sebagai contoh,
pengamal media perlu menapis filem-filem dari
budaya barat. hal ini dengan memberi sekatan
kepada filem atau drama yang bersiri dari barat
tidak beretika. Pengamal media perlu menyiarkan
program berfaedah, bersesuaian dan
mengutamakan rancangan yang sesuai dengan
masyarakat timur. Namun begitu, Kita perlu
disedari bahawa generasi muda kini mudah
terdedah kepada ledakan maklumat daripada
pelbagai sumber dan saluran yang pelbagai
kemungkinan memberi kesan negatif jika tidak
dikawal dengan baik.

14

Kerajaan

Pihak kerjaan juga perlulah mengadakan
kempen kesedaran mngenai pengaruh budaya
barat dalam kalangan masyarakat. Melaui
kempen kesedaran yang dianjurkan boleh
memberi penerangan yang lebih jelas kepada
masyarakat mengenai budaya barat yang tidak
memberikan faedah kepada seseorang.
Dengan ini, kesan kempen secara berterusan
pasti dapat membantu mereka menjauhi diri
daripada perkara yang negatif. Selain itu,
pihak kerajaan mestilah menguatkuasakan
undang-undang terhadap perkara yang kurang
bermoral. Tindakan penguatkuasaan
diperuntukan kepada jabatan-jabatan di
bawahnya seperti Pihak Berkuasa Tempatan.
Jika penguatkuasaan undang-undang yang
ketat dapat diwujudkan secara berterusan,
masalah pengaruh budaya barat dalam negara
kita dapat dikurangkan dan diatasi.

15

Masyarakat

Sebagai masyarakat setempat, kita perlu
mengekalkan budaya asli kita dan tidak
terikut-ikut dengan budaya luar.Hal ini
kerana, jika sesebuah masyarakat terikut-ikut
dengan budaya luar, maka masyarakat lain
juga akan mudah terpengaruh dengan
masyarakat yang dikelilingnya.Oleh itu,
sangat penting bagi sesebuah masyarakat
untuk mengekalkan budaya asal yang lebih
baik dan bermoral agar setiap individu dalam
sesebuah masyarakat hidup dalam budaya
yang murni.Jelaslah bahawa, peranan
masyarakat amat diperlukan dalam
mengatasi masalah pengaruh luar, jika setiap
individu dalam masyarakat mengekalkan
budaya asal maka masyarakat lain juga akan
ikut.

16

A&B COMPANY PAGE 01

CONTOH
PENGARUH
BUDAYA LUAR
DI MALAYSIA

BUDAYA MENGIKUT TREND PADA MASA KINI

17

A&B COMPANY PAGE 01

REMAJA YANG KERAP BERSOSIAL
KERANA TERPENGARUH DENGAN

BUDAYA BARAT

18

A&B COMPANY PAGE 01

AMALAN GANSTERISME YANG
DIAMALKAN OLEH KUMPULAN

REMAJA DI BAWAH UMUR

19

A&B COMPANY PAGE 01

AMALAN BUDAYA
BARAT YANG TELAH
DIANGGAP MODEN
DI MALAYSIA

20

A&B COMPANY PAGE 01

REMAJA YANG TERPENGARUH
DENGAN BUDAYA LUAR

DENGAN ALASAN BERMINAT
DENGAN PENAMPILAN MEREKA

21

Kesimpulan

Kesimpulannya, budaya dari negara luar akan
menyebabkan masyarakat malaysia
mendapatkan impak negatif terutamanya
kepada golongan remaja. Kita tahu bahawa
golongan remaja mempunyai rasa ingin tahu
yang kuat dan budaya luar ini akan
mempengaruhi fikiran mereka untuk
membuat perbuatan yang salah ataupun
perbuataj yang akan menyesali hidup
seseorang individu tersebut. Pihak-pihak
yang bertanggungjawab haruslah mengambil
langkah yang drastik untuk membendung
budaya negatif dari luar supaya generasi yang
akan datang mempunyai suasana hidup yang
aman dan damai.

22

AKTIVITI PENGUKUHAN

1.Nyatakan 3 faktor berlakunya pengaruh
budaya luar?

2. Berikan contoh budaya luar yang
mempengaruhi budaya di negara kita?

3. Jelaskan keburukan pengaruh budaya luar
dalam kalangan remaja pada masa kini?

4. Terangkan langkah-langkah menangani
pengaruh budaya luar?

5. Berikan pengajaran yang dapat kita pelajari
dari masalah pengaruh budaya luar?

23

A&B COMPANY PAGE 01

RUJUKAN

ABU MARDHIYYAH. (2012, MAY 6). MENANGANI
PENGARUH BUDAYA BARAT.
HTTP://ABUMARDHIYYAH.

BLOGSPOT.COM/2012/05/MENANGANIPENGARUHBU
DAYA-

BARAT.HTML#!/TCMBCK
ADMIN. (2019, JUNE 19). PENGARUH BARAT DALAM

KEHIDUPAN MALAYSIA. NADI NEGARA.
HTTP://WWW.NADINEGARA.COM/UNCATEGORIZED/P

ENGARUHBARAT-
DALAMKEHIDUPAN-

MALAYSIA/
ATOM. (2020, FEBRUARY 26). CABARAN-CABARAN

DALAM
BENTUK MASYARAKAT MALAYSIA
DALAM PENGARUH BUDAYA LUAR.
HTTPS://MASYARAKATPENGARUH-

BUDAYALUAR.
BLOGSPOT.COM
CARA MENGATASI MASALAH. (2021, JUNE 21).

UKHWAH
BAYU.

HTTP://UKHWAHBAYU.BLOGSPOT.COM/2012/11/CARA
MENGATASI-

MASALAH.HTML
KESAN-KESAN DARIPADA ISU BUDAYA BARAT. (2012,

NOVEMBER 29). UKHWAH
BAYU.

HTTP://UKHWAHBAYU.BLOGSPOT.COM/2012/11/KESA
NKESAN-

DARIPADA-ISUBUDAYA-
BARAT.HTML

24

Lampiran

25

Sinopsis

Budaya luar merupakan budaya yang berasal
dari negara lain, contohnya budaya barat
yang berasal dari negara-negara di benua
eropah. Terdapat pengaruh positif dan
negatif dari masuknya budaya luar ke
Malaysia. Pengaruh negatif budaya luar yang
masuk ke Malaysia menyebabkan
keguncangan budaya masyarakat Malaysia
menjadi tidak bermoral. Budaya luar yang
masuk ke Malaysia menyebabkan perubahan
nilai-nilai budaya yang ada di Malaysia.


Click to View FlipBook Version