The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KEINDAHAN SENIBINA BANGUNAN COLOSSEUM TAMADUN ROM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9584553, 2021-08-26 23:26:01

FOLIO SEJARAH

KEINDAHAN SENIBINA BANGUNAN COLOSSEUM TAMADUN ROM

Keywords: COLOSSEUM

KEINDAHAN SENIBINA BANGUNAN COLOSSEUM TAMADUN ROM | NURHUSNA BT. MUHAMAD YUSUP
C

NAMA : NURHUSNA BT. MUHAMAD YUSUP
TINGKATAN : 1 GELIGA

GURU MATA PELAJARAN : PN. RAHAZA BT.
AB RAHMAN

1

KEINDAHAN SENIBINA BANGUNAN COLOSSEUM TAMADUN ROM | NURHUSNA BT. MUHAMAD YUSUP

SENARAI KANDUNGAN

Tajuk Muka surat

1. Penghargaan 3
2. Jadual kerja 4
3. Objektif kajian 5
4. Kaedah kajian 5
5. Pengenalan 6-7
6. Latar belakang pembinaan colosseum 8-9
7. Sebab – sebab memelihara dan memulihara 10-11
12-13
bangunan bersejarah 14
8. Langkah – langkah memelihara dan memulihara 15

bangunan bersejarah
9. Rumusan
10. Sumber rujukan

2

KEINDAHAN SENIBINA BANGUNAN COLOSSEUM TAMADUN ROM | NURHUSNA BT. MUHAMAD YUSUP

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak yang telah menolong dan memberi kerjasama yang
tidak ternilai untuk saya menyiapkan folio sejarah ini.

Terlebih dahulu, saya bersyukur kepada tuhan kerana folio ini telah dapat
disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Saya ingin merakamkan setinggi –
tinggi penghargaan kepada guru sejarah saya iaitu Pn. Rahaza bt. Ab Rahman.
Beliau telah memberikan panduan, bimbingan dan nasihat yang sangat
bermakna sepanjang saya menjalankan tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya
yang telah memberikan dorongan dan sokongan kepada saya semasa saya
menyiapkan tugasan ini.

Saya berasa bersyukur kerana banyak pengetahuan tentang bangunan
bersejarah yang saya perolehi melalui tugasan ini. Sekian terima kasih.

3

KEINDAHAN SENIBINA BANGUNAN COLOSSEUM TAMADUN ROM | NURHUSNA BT. MUHAMAD YUSUP

JADUAL KERJA

1. 15/07/2021 - menerima tugasan dan taklimat guru daripada mata pelajaran
berkenaan folio sejarah.

Sejarah berkaitan penulisan tugasan.
2. 16/07/2021 - Membuat rujukan awal ke laman web yang berkaitan dengan
tajuk sebagai persediaan awal.

3. 20 /07/2021 - Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan
menerusi internet, buku, jurnal untuk mendapatkan bahan penulisan.

4. 28/07/2010 - Menulis kerangka kasar penulisan.
5. 6/08/2021- Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan guru dengan lebih
teliti dan kemas.

6. 10/08/2021 - Menulis pengenalan bangunan bersejarah.

7. 15/08 /2021- Menulis penerangan mengenai struktur bangunan/binaan.
8. 20 / 08/ 2021 - Menulis penerangan tentang sebab – sebab memelihara dan
memulihara bangunan bersejarah.

9. 24 / 8/ 2021 - Menulis penerangan tentang langkah – langkah memelihara dan
memulihara bangunan bersejarah.

10. 26 / 8 /2021 - Menulis rumusan bagi folio sejarah dan menyenaraikan
sumber rumusan yang terlibat.

11. 27 / 8/ 2021 - Melengkapkan folio dan menghantar tugasan sejarah.

4

KEINDAHAN SENIBINA BANGUNAN COLOSSEUM TAMADUN ROM | NURHUSNA BT. MUHAMAD YUSUP

OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif kajian bagi tugasan sejarah saya iaitu Bangunan
bersejarah :

1) Mengenal pasti bangunan bersejarah seni bina Tamadun Rom iaitu Bangunan
Colosseum.

2) Mengetahui latar belakang dan sebab pembinaan bangunan bersejarah
Colosseum.

3) Memahami tujuan dan fungsi bangunan bersejarah pada masa dahulu dan
masa kini.

4) Mengenali peranan pihak terlibat dalam usaha memelihara dan memulihara
bangunan bersejarah.

5) Mengetahui apakah kepentingan memelihara dan memulihara bangunan
bersejarah.

6) Mempelajari cara dan kaedah mencari maklumat dalam kajian sejarah.

KAEDAH KAJIAN

1. Melayari internet untuk mengumpul maklumat yang diperlukan
2. Mengumpul dan merekod maklumat berkaitan yang diperlukan
3. BUKU ILMIAH SEJARAH TINGKATAN SATU

Dalam menyediakan tugasan ini juga saya tidak lupa untuk merujuk buku teks
Sejarah
Tingkatan Satu dan bahan-bahan rujukan yang lain bagi memastikan fakta yang
diperoleh tidak bercanggah dengan peristiwa bangunan bersejarah yang
sebenar.

5

KEINDAHAN SENIBINA BANGUNAN COLOSSEUM TAMADUN ROM | NURHUSNA BT. MUHAMAD YUSUP

PENGENALAN

Jabatan Warisan Negara (2009) mendefinisikan bangunan bersejarah
sebagai satu bangunan atau kumpulan bangunan yang berasingan atau
bersambungan yang disebabkan oleh seni binanya, kehomegenannya atau
tempatnya dalam landskap, mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari
pandangan sejarah, seni atau sains.

Sementara itu, Fielden (2000) pula mendefinisikan bangunan bersejarah
sebagai sebuah bangunan yang dapat memberi kita perasaan kagum dan
menjadikan kita ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bangsa dan budaya
yang menghasilkannya. Beliau turut menambah bahawa sekiranya sesebuah
bangunan itu telah bertahan sehingga 100 tahun usia penggunaannya,
sewajarnya ia patut digelar bangunan bersejarah. Dalam erti kata lain, sesebuah
bangunan itu bolehlah digelar sebagai bangunan bersejarah sekiranya ia
mempunyai nilai seperti seni bina, estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi,
ekonomi, sosial, politik, rohani dan simbolik.

Latar Belakang Kemunculan Tamadun Rom

Empire Rom merupakan fasa tamadun Rom kuno yang disifatkan oleh sebuah
kerajaan yang otokratik. Republik Rom yang awal telah dibinasakan oleh
pertikaian antara Gaius Marius dan Sulla, diikuti oleh perang saudara Gaius
Julius Caesar terhadap Pompey. Semasa perebutan kuasa ini, beratus-ratus
senator telah bertempur dihukum mati, dibunuh atau membunuh diri. Senat
Rom dipenuhi semula dengan kawan-kawan yang setia kepada Pemerintahan
Bertiga Pertama dan kemudian oleh penyokong-penyokong Pemerintahan
Bertiga Kedua. Pada akhirnya, Octavian (kemudian dikenali sebagai
“Augustus”) menewaskan pesaingnya, Mark Antoniy dan secara beransur-ansur
melalui penyusunan semula Republik Rom menjadi (empayar Rom).

Seni bina Tamadun Rom

Tamadun Rom terkenal dengan kepakaran dalam bidang seni bina. Orang Rom
membina bangunan bersaiz besar dan mempunyai nilai estetika. Setiap
bangunan mempunyai kegunaan yang khusus. Segalanya tercapai kerana wujud
kepimpinan yang beribawa dan kuat yang dapat menyatupadukan rakyat dan
meningkatkan jati diri mereka serta meyakini bahawa usaha mereka akan
mencapai kejayaan.

6

KEINDAHAN SENIBINA BANGUNAN COLOSSEUM TAMADUN ROM | NURHUSNA BT. MUHAMAD YUSUP

Contoh-contoh Seni Bina Tamadun Rom
Terdapat tujuh seni bina yang terkenal dan masih kekal sehingga hari ini iaitu :
 Colosseum
 Pantheon
 Amfiteater
 Akueduk
 Jalan Raya Rom
 Tembok pertahanan
 Tempat Mandi Awam

7

KEINDAHAN SENIBINA BANGUNAN COLOSSEUM TAMADUN ROM | NURHUSNA BT. MUHAMAD YUSUP

LATAR BELAKANG
PEMBINAAN COLOSSEUM

Colosseum ialah salah satu Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada
Zaman Pertengahan Awal. Ianya terletak di Rom, iaitu ibu negara bagi negara
Itali. Colosseum ialah sebuah monumen bersejarah yang terdiri daripada
bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang
digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom kuno. Selain itu,
binaan berbentuk kubah ini juga dibina sebagai tempat pahlawan Rom
bertarung. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di
Empayar Rom dan melambangkan keagungan Rom. Pembinaanya telah
dimulakan oleh Maharaja Vespasian antara tahun 70 dan 72M. Bangunan ini
telah disiapkan pada tahun 80M oleh anak lelakinya, Titus.

Asal nama Colosseum berasal daripada sebuah patung setinggi 130 kaki
atau 40 meter yang bernama Colossus. Patung Colossus dibuat kembali sebagai
pengganti Nero sebagai perumpamaan dari Sol, Dewa Matahari dengan
menambahkan mahkota matahari. Pada pertengahan tahun, patung Colossus
telah menghilang.

Seorang ahli sejarawan mengatakan bahawa sejak patung itu dibuat daripada
tembaga, patung itu telah dileburkan untuk digunakan kembali. Selain diambil
dari nama Colossus, Colosseum juga disebut sebagai Flavian Amphitheatre
yang tidak diketahui siapa yang memberi nama itu.

SEJARAH COLOSSEUM

Colosseum digunakan sehingga tahun 217M meskipun telah rosak akibat
kebakaran kerana disambar petir. Colosseum telah dibaiki pada tahun 238M dan
menjadi tempat pertunjukan gladiator sehingga ia secara beransur-ansur
dihentikan. Bangunan ini kemudian digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis
binatang sehingga tahun 524M. Dua gempa bumi yang berlaku pada tahun
442M dan 550M menyebabkan kerosakan teruk pada struktur bangunan
tersebut. Semasa zaman pertengahan, Colosseum mengalami kerosakan yang
lebih teruk sekali lagi disebabkan oleh gempa bumi pada tahun 847M dan
1349M.

8

KEINDAHAN SENIBINA BANGUNAN COLOSSEUM TAMADUN ROM | NURHUSNA BT. MUHAMAD YUSUP

CIRI-CIRI REKA BENTUK COLOSSEUM
Colosseum atau nama asalnya Flavian Amphitheatre adalah amfiteater

berbentuk ovul yang terletak di pusat Kota Rom, Itali. Bangunan ini ialah salah
satu peninggalan paling ikonik peradaban Rom kuno. Struktur binaan ini
mempunyai ketinggian 50 meter panjang, lebar 156 meter dan luas 2.5 hektar.
Manakala kawasan arena pula seluas 85 meter x 54 meter. Terdapat 80 pintu
masuk dan bangunan ini setinggi empat tingkat dimana penonton duduk
menikmati pertandingan gladiator dan pertunjukan yang lain. Tingkat bangunan
tersebut dibina secara tersusun daripada tiang-tiang gaya Rom dan Yunani.
Tingkat Colosseum diperbuat daripada batu dan marmar yang membentuk
gerbang melingkar. Bahagian tengah Colosseum adalah lapangan atau arena
yang diperbuat daripada pasir sebagai tempat pertandingan dan pertunjukan.
Pasir ini digunakan sebagai tempat gladiator bertanding sama ada sesame
gladiator ataupun haiwan buas yang lain. Manakala, di bawah arena terdapat
bahagian bawah tanah yang merupakan tempat gladiator dan haiwan yang buas
disimpan. Ketika pertandingan dimulakan, gladiator dan binatang buas akan
keluar dari ruang bawah tanah ke arena pertandingan di atasnya. Colosseum ini
dapat memuatkan 50,000-80,000 penonton.

9

KEINDAHAN SENIBINA BANGUNAN COLOSSEUM TAMADUN ROM | NURHUSNA BT. MUHAMAD YUSUP

SEBAB – SEBAB MEMELIHARA
DAN MEMULIHARA BANGUNAN

BERSEJARAH

Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat
seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang
sedang membangun. Walau bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang
telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya, Jakarta.
Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut
diruntuhkan? Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu
mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah
bangunan bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh
kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Walaupun
Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang
ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih
dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu,
bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang
akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat
membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis -
penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita
cerita dongeng, mitos atau lagenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan
bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan
wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys
dan Gereja St.Paul.

Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah
perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan
monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat
terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin
menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya
menggambarkan sejarah hitam negara namun jika kita menghayati sejarah di
sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada
peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa
mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai
contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan

10

KEINDAHAN SENIBINA BANGUNAN COLOSSEUM TAMADUN ROM | NURHUSNA BT. MUHAMAD YUSUP

yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki
Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya
masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera yang
mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang setaraf
dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah
dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah
di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan
teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan
monumen dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun
pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga
menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain
menyaksikan Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak
perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya,
bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis
dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di
beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda.
Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di
England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan
bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai
pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara.

Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan
yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan
penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan
mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan
terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan
Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur,
seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era
kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan
tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran
Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada
rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad
ke-19.

11

KEINDAHAN SENIBINA BANGUNAN COLOSSEUM TAMADUN ROM | NURHUSNA BT. MUHAMAD YUSUP

LANGKAH – LANGKAH
MEMELIHARA DAN

MEMULIHARA BANGUNAN
BERSEJARAH

Bangunan bersejarah perlu dipelihara dan dipulihara oleh semua pihak.
Berikut merupakan antara langkah yang boleh diambil untuk memelihara dan
memulihara bangunan bersejarah.

 Peranan ibu bapa
 Ibu bapa perlu membawa anak-anak semasa musim cuti sekolah ke tempat-
tempat yang menarik termasuk melawat bangunan bersejarah agar anak-anak
dapat melihat keunikan binaannya seterusnya mampu memupuk semangat
patriotism dalam diri mereka.

 Ibu bapa perlu menceritakan sejarah mengenai bangunan-bangunan bersejarah
kepada anak-anak supaya anak-anak dapat menghargainya.

 Peranan pihak sekolah

 Pihak sekolah perlu melukis bangunan-bangunan bersejarah di dinding
sekolah untuk memupuk perasaan sayang dan bangga akan bangunan bersejarah
dalam kalangan murid-murid.

 Pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan seperti pertandingan menulis
esei mengenai usaha-usaha menjaga bangunan bersejarah kepada murid-murid
sempena menyambut Bulan Kemerdekaan Negara di peringkat sekolah.

 Kelab dan persatuan di sekolah perlu merancang program lawatan ke tempat-
tempat bersejarah yang terdapat di negara kita untuk memberi peluang kepada
murid-murid mengenali bangunan bersejarah dengan lebih dekat.

12

KEINDAHAN SENIBINA BANGUNAN COLOSSEUM TAMADUN ROM | NURHUSNA BT. MUHAMAD YUSUP

 Peranan media massa
 Media massa sama ada media cetak atau media elektronik perlu membuat
dokumentari mengenai bangunan-bangunan bersejarah sebagai tatapan generasi
akan datang.
 Peranan pihak kerajaan
 Kerajaan perlu mengekalkan tajuk mengenai bangunan-bangunan bersejarah
di Malaysia dalam buku teks untuk menjadi rujukan kepada murid-murid
sekolah.
 Kerajaan perlu mengadakan pelbagai program untuk memelihara dan
memulihara bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia kepada masyarakat.
 Kementerian Pelancongan perlu memasukkan lebih banyak bangunan
bersejarah dalam pakej pelancongan untuk dipromosikan kepada masyarakat
antarabangsa.
 Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan perlu menjaga struktur
binaan bangunan-bangunan bersejarah supaya keunikan seni binaannya dapat
dikekalkan.
 Kerajaan perlu menyediakan dana yang besar untuk mengekalkan bangunan-
bangunan bersejarah di Malaysia.

13

KEINDAHAN SENIBINA BANGUNAN COLOSSEUM TAMADUN ROM | NURHUSNA BT. MUHAMAD YUSUP

RUMUSAN

Pengetahuan :
Melalui kerja khusus ini, saya mendapati pelbagai maklumat secara terperinci
mengenai bangunan bersejarah iaitu Colosseum yang merupakan seni bina
Tamadun Rom yang terunggul. Selain itu, saya juga dapat mengetahui lebih
lanjut tentang latar belakang kemunculan Tamadun Rom dan sejarah pembinaan
Colusseum.
Nilai :
Saya sedar bahawa usaha untuk memulihara dan memelihara bangunan atau
binaan bersejarah bukanlah sesuatu usaha yang mudah dan perlu dipertahankan
oleh pelbagai pihak. Semua pihak perlu menggembleng tenaga kerana bangunan
dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan
diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
Harapan :
Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda
generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah
negara. Saya berharap dengan terdapatnya bangunan bersejarah seperti
Colusseum ini generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan
perkembangan sejarah negara. Sesungguhnya, bangunan bersejarah Colusseum
ini bukan sahaja unik dari segi binaannya malah sejarah pembinaan bangunan
bersejarah ini juga memberi pengajaran yang bermakna kepada generasi kini
supaya sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah yang lepas.

14

KEINDAHAN SENIBINA BANGUNAN COLOSSEUM TAMADUN ROM | NURHUSNA BT. MUHAMAD YUSUP

SUMBER RUJUKAN

BUKU ILMIAH
1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, Mohd bin Samsudin, 2016 : Dewan Bahasa
dan Pustaka
INTERNET
1. “PENGENALAN KEPADA PEMULIHARAAN BANGUNAN
BERSEJARAH”
Kamarul Syahril Kamal
PROCEEDINGS OF THE 2nd. BUILDERS SYMPOSIUM (BuSY 2010)
"BROADENING HORIZON THROUGH BUILT ENVIRONMENT", 25th.
MARCH 2010, UNIVERSITY
TECHNOLOGY MARA, MALAYSIA
2. Academia.edu – The Colusseum
3. http://www.sabah.edu.my/hc004.wcdd/courseware/tamadun_rom.htm
4. www.ideaterkini.com
5. https://jurnaltrip.pikiran-rakyat.com/ Misteri di sebalik keindahan Colusseum
di Rom, Itali

15


Click to View FlipBook Version