The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Amirul Hafis bin Nor Rozi, 2021-03-25 11:46:01

MODUL ORIENTASI ASRAMA TINGKATAN 1

modul orientasi asrama (4)

SMK SERI TUALANG

modul
orientasi
asrama

TINGKATAN 1



MODUL PROGRAM ORIENTASI ASRAMA
TINGKATAN 1 SMK SERI TUALANG

PENGENALAN
Modul Program Orientasi Asrama Tingkatan
1 SMK Seri Tualang merupakan Personal
Projek saya dengan kerjasama diantara
Penyelaras Tingkatan 1,Pengurusan Asrama
dan Unit Bimbingan dan Kaunseling(UBK).
Pelaksanaan modul ini dalam bentuk modul
program yang berlangsung selama 3 hari 3
malam.modul ini disampaikan dalam bentuk
ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan
(LDK).
Modul ini menerapkan aspek kemahiran
berkomunikasi,semangat
berpasukan,simulasi,kepimpinan,berdikari
dan keyakinan diri.Tujuan modul ini
dihasilkan ialah untuk membantu guru
bimbingan dan kaunselling menjalankan
program seperti ini di peringkat sekolah
rendah,sekolah menengah mahupun
universiti.Selain daripada itu,modul ini
juga boleh digunakan oleh guru-guru lain
yang akan mengendalikan program
orientasi ini.

JAWATAN KUASA PENYEDIAAN MODUL
PROGRAM ORIENTASI ASRAMA
TINGKATAN 1 2021
PENASIHAT
Puan Rahimah binti Idris
(Kaunselor SMK Seri Tualang)
PENGERUSI

Puan Sarimah binti Muhamed Said
(Pengetua SMK Seri Tualang)
NAIB PENGERUSI
Puan Azian Binti Salleh
(GPK Pentadbiran)

Tuan Haji Mohd Ridzuan Bin Mokhti
(GPK Hal Ehwal Murid)

Encik Ahmad Fadzli Bin Yusof
(GPK Kokurikulum)

PENYELARAS Rozi
Muhammad Amirul Hafis bin Nor

(Ketua Program)
SETIAUSAHA

Encik Jamri Bin Sidek

AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM
ORIENTASI ASRAMA TINGKATAN 1
MUHAMMAD AIMAN DANISH BIN

AMINUDIN
MUHAMMAD AMIR BIN ZAKARIA
MUHAMMAD SHAHRUL AZWAR BIN SUFIAN
NUR FARAHIDA BINTI SAHARUDIN

KHAIRUL AMRI BIN HASYIM
MOHAMAD AFIQ LUQMAN BIN ABD

RAHMAN
ZIQIER IEFDAL BIN BAKRI
AMAL HAKIM BIN SHUKRI
NUR AKMAL HANIES BIN BADARDIN
MOHAMAD HUZAIMAN HAFIS BIN HUSIN

A+

SMK SERI TUALANG IB WORLD SCHOOL 28020
TEMERLOH PAHANG

KERTAS KERJA

PROGRAM ORIENTASI ASRAMA TINGKATAN 1 SMK
SERI TUALANG 2021

1.0 RASIONAL

1.1 Program Orientasi Asrama Tingkatan 1
2021 adalah sebuah program yang
dirangka bagi membantu pelajar
menyesuaikan diri dan menikmati
keseronokan tinggal di asrama.

1.2 Program ini turut membantu pelajar
menguruskan diri dengan baik dan dapat
hidup berdikari.

1.3 Pelajar juga dapat menguruskan
masa dengan berkesan.

2.0 MATLAMAT

2.1 Pelajar mengetahui cara
berkomunikas dengan betul.

2.2 Melahirkan pelajar yang mempunyai
semangat berpasukan yang tinggi dan
saling bantu membantu antara satu sama
lain.

2.3 Memberi peluang kepada pelajar
untuk menyesuaikan diri dengan rakan-
rakan di asrama.
2.4 Melahirkan pelajar yang berdedikasi
serta mempunyai komitmen yang tinggi
dalam pembangunan akademik,sahsiah
dan kokurikulum.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam
membuat keputusan yang tepat melalui aktiviti
yang merangsang minda.

3.2 Mengasah bakat pelajar dalam memimpin
sesebuah organisasi .

3.3 Menggalakkan pelajar menekankan
semangat berpasukan dan saling bantu
membantu antara satu sama lain.

4.0 SASARAN

Program orientasi ini diwajibkan kepada semua
pelajar asrama tingkatan 1 Asrama Seri
Tualang 2021

5.0 TARIKH DAN MASA

TARIKH : 22-24 JANUARI 2021

TEMPAT : DEWAN IBNU SINA SMK SERI TUALANG

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
6.1 PERUNTUKAN

7.0 ATURCARA

Jangka masa program : 3 hari (22 hingga 24
Januari )

Hari Pertama (22 Januari 2021)-JUMAAT

HARI KEDUA (23 JANUARI 2021)-SABTU

HARI KETIGA (24 JANUARI 2021)-AHAD



8.0 PENUTUP

Diharapkan Program Orientasi Asrama TIngkatan
1 2021 ini dapat dilaksanakan dengan baik
seperti yang dirancang.Pengisian dan aktiviti
yang dilaksanakan diharapkan dapat
memberikan input yang berguna kepada para
penghuni asrama yang baharu sebagai panduan
hidup kehidupan seharian sebagai seorang
pelajar asrama.Nilai murni sepeti amalan bantu-
membantu dan berkerjasama dalam semua aspek
diharap dapat diterapkan.Selainitu,harapan
pihak pengurusan program untuk menampilkan
satu identiti yang unik serta ketrampilan dalam
kalangan pelajar asrama yang perlu dicontohi
oleh semua warga sekolah akan dapat
direalisasikan.

Disediakan oleh:

MUHAMMAD AMIRUL HAFIS BIN NOR ROZI
Ketua Program
SMK Seri Tualang
28000 Temerloh

Disemak oleh:

PUAN RAHIMAH BINTI IDRIS
Guru Kaunselor

SMK Seri Tualang
28000 Temerloh

Disahkan oleh:

PUAN SARIMAH BINTI MUHAMED SAID
Pengetua

SMK Seri Tualang
28000 Temerloh

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM ORIENTASI
ASRAMA TINGKATAN 1 2021

PENGERUSI : PUAN SARIMAH BINTI MUHAMED
SAID
(PENGETUA SMK SERI TUALANG)
NAIB PENGERUSI : PUAN AZIAN BINTI SALLEH
(GPK PENTADBIRAN)
TUAN HAJI MOHD RIDZUAN BIN MOKHTI (GPK
HAL EHWAL MURID)
: ENCIK AHMAD FADZLI BIN YUSOF
(GPK KOKURIKULUM)
PENYELARAS :
SETIAUSAHA : PUAN RAHIMAH BINTI IDRIS
BENDAHARI : ENCIK JAMRI BIN SIDEK

JADUAL PROGRAM ORIENTASI
ASRAMA(3 HARI 3 MALAM)



ICE BREAKING

ICE BREAKING

OBJEKTIF
1.Menyediakan satu suasana yang dapat
mengurangkan batas batas pemisah sosial di
kalangan peserta program.
2.Memberikan beberapa wawasan peringkat
awal melalui aktiviti-aktiviti yangg
menyeronokkan secara tidak langsung.
MASA
1 JAM
BAHAN
Keratan lagu-lagu : konji konji, rumput hijau,
can mali can
LANGKAH-LANGKAH :
(ikut kreativiti fasilitator)
Peserta berkumpul dalam kumpulan besar.
1.Arahkan pelajar berkumpul mengikut warna baju
yang sama jenis kasut yang sama jenis bulan
kelahiran yang sama tingkatan yang sama kaum
yang sama dsb. Minta peserta berbaris ikut jantina
yang sama.
2.Minta peserta memicit bahu rakan di hadapan
mereka.
3.Minta peserta pusing ke belakang dan memicit
bahu rakan mereka.
4.Minta setiap peserta menyebut angka 1 hingga 10
secara turutan bermula dari hadapan hingga ke
belakang. (bilangan angka bergantung kepada
kumpulan yang ingin dibentuk.)
5.Arahkan peserta berbaris ikut angka yang telah
mereka sebut. Kumpulan yang telah siap diminta
duduk dalam barisan masing-masing.
6.Edarkan keratan lagu. Fasilitator menyanyikan
lagu tersebut.
7.Peserta nyanyikan lagu tersebut secara kumpulan
besar dan akhirnya dalam kumpulan masing-masing
.

PROSES
Setiap kumpulan akan menyanyi dengan baik.
Kerjasama kumpulan sangat penting.
PENILAIAN Peserta perlu kurangkan atau
hilangkan rasa tidak selesa
seperti takut, malu , rendah diri .
RUMUSAN
Hubungan yang telah dibina akan mewujudkan
rasa selesa dan yakin untuk bekerjasama
dalam aktiviti kumpulan yang seterusnya.

1.KONJI-KONJI
Konji konji ca ca

Jem jem ca ca
Tore tore ca ca
Konji ca Jem ca

Tore ca
Konji jem tore

Ca ca ca
Cing kala ka piau Cing kala ka piau

Sua...

2. LAGU . RUMPUT HIJAU
*Hei rumput yang hijau
Hei hei rumput yang hijau (2x)
Atas bukit ada rumput
Rumput hijau tak pernah lihat Rumput atas bukit Hei rumput yang hijau

(ulang rangkap *)
Atas rumput ada akar
Akar bengkok tak pernah lihat Akar atas rumput Rumput atas bukit
Hei rumput yang hijau. (ulang rangkap *)
Atas akar ada batang
Batang besar tak pernah lihat Batang atas akar Akar atas rumput Rumput atas
bukit Hei rumput yang hijau (ulang rangkap *)

Atas batang ada dahan
Dahan rapuh tak pernah lihat
Dahan atas batang Batang atas akar

Akar atas rumput
Rumput atas bukit
Hei rumput yang hijau.

(ulang rangkap
Atas dahan ada ranting
Ranting patah tak pemah lihat

Ranting atas dahan
Dahan atas batang

Batang atas akar
Akar atas rumput
Rumput atas bukit
Hei rumput yang hijau.
(ulang rangkap
Atas ranting ada daun
Daun hijau tak pernah lihat
Daun atas ranting
Ranting atas dahan Dahan atas batang Batang atas akar
Akar atas rumput
Rumput atas bukit
Hei rumput yang hijau.
Atas daun ada bunga
Bunga biru tak pernah lihat
Bunga atas daun Daun atas ranting Ranting atas dahan Dahan atas batang
Batang atas akar Akar atas rumput
Rumput atas bukit
Hei rumput yang hijau. (ulang rangkap *)
Atas bunga da buah
Buah ranum tak pernah lihat
Buah atas bunga
Bunga atas daun Daun atas ranting Ranting atas dahan Dahan atas batang
Batang atas akar Akar atas rumput
Rumput atas bukit
Hei rumput yang hijau.
(ulang rangkap *)

3. LAGU CAN MALI CAN
* CAN MALI CAN (3X)

KETIPUNG PAYUNG
(ULANG 2X)

Dimana dia anak kambing saya
Anak kambing saya pergi ke Johor Bahru

Dimana dia cinta hati saya
Cinta hati saya yang pakai baju biru

(ulang rangkap *)
Dimana dia aak kambing saya
Anak kambing saya makan tepi perigi

Dimana dia cinta hati saya
Cinta hati saya tak pernah mandi pagi

(ulang rangkap *)

4. LAGU . BERJAYA
Malaysia kita sudah berjaya

Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya

Berjaya dan berjaya
Berbagai kaum sudah berikrar

Menjunjung cita-cita
Satu bangsa satu bahasa

Malaysia berjaya
(korus)

Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka

Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya

Dengar semboyan kita berjaya
Gemuruh di angkasa

Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya

LATIHAN
DALAM
KUMPULAN
(LDK)

TARIKAN KASIH

OBJEKTIF
1.Melatih kerjasama antara ahli kumpulan
2.Membentuk sikap sabar dan berhati-hati
dalam diri peserta
3.Melatih sifat kepimpinan peserta
KAEDAH
1.Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan
secawan airdan setiap ahli kumpulan akan
mendapat seutas tali.
2.Setiap peserta dikehendaki bergerak dari
garisan permulaan hingga ke garisan
penamat sambil membawa cawan yang
berisi air tersebut dimana setiap peserta
akan menarik hjung tali masing-masing.
3.Permainan ini akan dinilai berdasarkan
isipadu air yang masih terdapat dalam
cawan tersebut.
BAHAN
Cawan
Tali
RUMUSA
Pelajar perlu berkerjasama untuk mendapat
nilai yang paling tinggi.
PENILAIAN
Permainan ini akan dinilai berdasarkan
isipadu air yang masih terdapat dalam
cawan tersebut.

MENAIKI RAKIT

OBJEKTIF
Melahirkan semangat kekitaan dikalangan

peserta..
Meningkatkan kesedaran bahawa perlunya

semangat kerjasama
Membina sikap saling memerlukan apabila

keadaan terdesak
KAEDAH
1. Peserta akan diasingkan mengikut jantina
di dalam kumpulan
2. Fasilitator akan menyusun surat khabar di
atas lantai
3. Mengarahkan semua peserta masuk ke
dalam surat khabar yang di susun
4. Apabila masa bermula fasilitator akan mula
mengoyakkan kertas surat khabar
5. Peserta mestilah menggunakan kreativi
masing-masing untuk tidak keluar daripada
surat khabar tersebut.
6. Kumpulan yang keluar daripada surat
khabar dianggap gagal.
BAHAN

Surat khabar
RUMUSAN

Boleh menjana idea-idea bernas

▪P E N I L A I A N
Kerjasama dan kreativiti peserta untuk
terus stabil

OBJEKTIF
Merealisasikan dan mengenal dirinya dengan

lebih sistematik
Mengetahui kelemahan dan kekuatan diri
Mengambil langkah-langkah yang wajar

untuk diperbaiki
KAEDAH
1. Peserta duduk di kumpulan masing-masing
2. Kertas modul “kekuatan, kelemahan dan
potensi diri” dan minta mereka isikan dalam
10 minit.
3. Selepas 10 minit ,minta peserta(secara
sukarela) membaca apa yang mereka tulis
dan fasilitator mencatat atas papan putih
atau kertas mahjung untuk tontonan
smua.Minta perserta lain untuk menokok
tambah jawapan.
4. Minta peserta membuat rumusan bagi
aktviti ini.
BAHAN

Kertas modul,kertas mahjung,marker pen
RUMUSAN

Kelemahan perlu diketahui dan disedari
supaya dapat diperbaiki

Mengkritik diri dengan ikhlas dan sistematik
merupakan kaedah yang paling baik untuk
meningkatkan prestasi

SENARAIKAN LIMA KEKUATAN DIRI ATAU SEBARANG
PERKARA POSITIF MENGENAI DIRI ANDA :

SENARAIKAN LIMA KELEMAHAN DIRI ATAU
SEBARANG PERKARA POSITIF MENGENAI DIRI ANDA

:
SENARAIKAN LIMA POTENSI DIRI ATAU SEBARANG

PERKARA POSITIF MENGENAI DIRI ANDA :

OBJEKTIF
Melahirkan semangat kekitaan dikalangan

peserta..
Meningkatkan kesedaran bahawa perlunya

semangat kerjasama
Membina sikap saling memerlukan apabila

keadaan terdesak
KAEDAH
1. Peserta akan diasingkan mengikut jantina
di dalam kumpulan
2. Fasilitator akan menyusun surat khabar di
atas lantai
3. Mengarahkan semua peserta masuk ke
dalam surat khabar yang di susun
4. Apabila masa bermula fasilitator akan mula
mengoyakkan kertas surat khabar
5. Peserta mestilah menggunakan kreativiti
masing-masing untuk tidak keluar daripada
surat khabar tersebut.
6. Kumpulan yang keluar daripada surat
khabar dianggap gagal.
BAHAN

Surat khabar
RUMUSAN

Boleh menjana idea-idea bernas

▪P E N I L A I A N
Kerjasama dan kreativiti peserta untuk
terus stabil

SI BUTA SI CERDIK

OBJEKTIF
Menanam sifat penghargaan kendiri semasa

berkomunikasi
Melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu

aktiviti.
KAEDAH
1. Peserta akan dibekalkan dengan kain
penutup mata berwarna hitam
2. Setiap peserta akan ditutup mata dan
diasingkan mengikut jantina.
3. Peserta akan dibawa berjalan atau
bergerak di dalam dan sekeliling dewan
sambil berpegangan antara satu sama lain.
4. Untuk menambah keseronokan,beberapa
pelajar fasilitator ditugaskan untuk
menggangu pergerakan ini.
BAHAN

KAIN BERWARNA HITAM
RUMUSAN

Aspek penting dalam komunikasi ialah
memberi arahan yang tepat dan mendengar
dengan teliti.

PENILAIAN
Peranan ketua kumpulan untuk tidak

mencetuskan situasi panik dan dalam semua
jenis keadaan.

TELEFON ROSAK

OBJEKTIF
menyedari bahawa tingkah laku kita

kadangkala memberikan kesan kepada orang
lain seperti organisasi, keluarga dan
masyarakat
KAEDAH
1. Edarkan skrip kepada ketua kumpulan
2. Berikan masa untuk ketua kumpulan
membaca cerita tersebut
3. Mengarahkan ketua kumpulan tampil ke
hadapan kumpulan masing-masing
4. Mengarahkan setiap kumpulan berada
dalam satu barisan dengan jarak yang
ditetapkan
5. Meminta ketua kumpulan menyampaikan
cerita kepada ahli kumpulan yang pertama
6. Seterusnya ahli pertama tadi
menyampaikan cerita kepada ahli yang
berikutnya.
7. Proses diteruskan hingga sampai kepada
ahli yang terakhir
8. Ahli yang terakhir diminta untuk
menceritakan cerita tersebut kepada
fasilitator yang akan mencatat di atas
sekeping kertas
9. Fasilitator menyemak cerita tersebut dan
dibandingkan dengan cerita asal
10. Fasilitator membuat penilaian dan
rumusan aktiviti

BAHAN
• Skrip
RUMUSAN
Setiap ahli kumpulan perlu memainkan
peranan dalam menyampaikan maklumat
yang betul di dalam organisasi

PENILAIAN
Berdasarkan kepada ketepatan maksud,
cerita dan tanggungjawab sebagai
pemimpin.
SKRIP CERITA
-HOW MANY WOOD CAN A WOOD CHUCK
CHUCK IF A WOOD CHUCK COULD CHUCK
WOOD
-PAK LANG KE KEDAI SIEW LANG LALU Dl TEPI
PADANG YANG PENUH LALANG LALU TERJUMPA
GELANG EMAS

SILANG DAN MENANG

OBJEKTIF
Mewujudkan kerjasama dalam kumpulan
Meningkatkan kemesraan dalam ahli

kumpulan
KAEDAH
1. Sembilan buah kerusi disusun seperti
lampiran.
2. Apabila wisel ditiup,seorang peserta akan
duduk di atas kerusi secara bergilir-gilir.
3. Setiap kumpulan mestilah seboleh-olehnya
duduk pada kerusi dalam satu garisan lurus
untuk mencapai kemenangan.
4. Kemudian setiap kumpulan melantik
seorang ketua untuk mengarahkan ahli duduk
di atas kerusi.
5. Aktiviti diulang untuk mencari pemenang.

BAHAN
Wisel dan kerusi

RUMUSAN
Kepatuhan kepada ketua atau ibu bapa dan

menghasilkan kejayaan
Muafakat membawa berkat

PENILAIAN
Kumpulan yang dapat duduk di atas kerusi di

dalam satu garisan lurus dianggap pemenang

CARI GULA-GULA DALAM
TEPUNG

OBJEKTIF
Mewujudkan kerjasama dalam kumpulan
Meningkatkan kemesraan dalam ahli

kumpulan
KAEDAH
1. Tangan peserta akan diikat ke belakang
oleh fasilitator
2. Apabila wisel ditiup,peserta akan berlari
ke checkpoint iaitu tempat tepung dan gula-
gula
3. Peserta mestilah menggunakan mulut
untuk mengambil gula-gula yang berada di
dalam tepung.
4. Masukkan setiap gula-gula yang dapat ke
dalam mangkuk yang disediakan.
BAHAN

Wisel,tepung,gula dan mangkuk
RUMUSAN

Memeriahkan suasana
Membawa keriangan
PENILAIAN
Kumpulan yang dapat mengumpul paling
banyak gula-gula dalam masa yang
ditetapkan dikira pemenang.

ETXHERPALOCREE

ARAHAN:
Peserta diberikan barang amanah yang perlu
dibawa semula hingga ke penamat.
Sebarang masalah pada barang amanah peserta
akan dikenakan penalti.
2. Barang amanah boleh diberikan seperti
biskut, telur ayam, belon berisi air dan
sebagainya.
3. Program explorace ini fokus kepada "team
building" kepimpinan.
4. Peserta juga tidak dibenarkan menggunakan
sebarang jenis kenderaan.
5. Semua check point berada di sekitar
kawasan sekolah sahaja.
6. Check point 1 berada di tangan fasilitator.
Untuk mengenali mereka, terdapat sesuatu
yang ganjil pada diri beliau.
7. Peserta yang tidak dapat menyempurnakan
tugasan di setiap check point akan dikenakan
penalti.
8. Setiap check point diperuntukan 15 minit
untuk menyelasaikan tugasan yang diberikan.
Jika tidak dapat menyempurnakan tugasan,
penalti akan dikenakan.
PENALTI:
1. Tolak 5 minit daripada waktu tiba di garisan
penamat.
2. Kesalahan berulang akan ditolak lagi 2 minit.

MATLAMAT:
Melahirkan pemimpin pelajar yang
berketrampilan, berkebolehan dan matang
dalam semua situasi.
OBJEKTIF:
1. Mewujudkan kerjasama di antara ahli
kumpulan
2. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan
masalah merangkumi aspek kognitif,
psikomotor, emosi, ikhtiar hidup, kepimpinan
dan kreativiti.
3. Melahirkan pemimpin yang mempunyai IQ
dan EQ stabil
MASA: 3 JAM
BAHAN-BAHAN:
2. Telur ayam/ Biskut/ 66elo nisi air (Barang
amanah)
3. Air Minuman
4. Sudu
5. Roti
6. Kaya
7. Kertas A4 (origami)
8. pen
9. Kertas Mahjong
10. Marker pen

MATLAMAT:
Melahirkan pemimpin pelajar yang
berketrampilan, berkebolehan dan matang
dalam semua situasi.
OBJEKTIF:
Mewujudkan kerjasama di antara ahli
kumpulan
2. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan
masalah merangkumi aspek kognitif,
psikomotor, emosi, ikhtiar hidup, kepimpinan
dan kreativiti.
3. Melahirkan pemimpin yang mempunyai IQ
dan EQ stabil
MASA: 3 JAM
BAHAN-BAHAN:
2. Telur ayam/ Biskut/ 66elo nisi air (Barang
amanah)
3. Air Minuman
4. Sudu
5. Roti
6. Kaya
7. Kertas A4 (origami)
8. pen
9. Kertas Mahjong
10. Marker pen

CHECKPOINT 1
PUSING MASUKKAN BENANG

DALAM JARUM

Cara Bermain:
-Peserta dalam kumpulan diberi arahan
untuk berpusing selama 45saat,kemudian
peserta haruslah memilih seorang wakil
untuk memasukkan benang ke dalam
jarum
-Sekiranya peserta gagal menyelesaikan
tugasan dalam masa yang diberikan,fasi
akan kenakan penalti ke atas kumpulan
tersebut
Objektif:
-Setiap kumpulan haruslah memberi
kepercayaan kepada ahli kumpulan untuk
selesaikan tugasan yang diberikan
-Setiap ahli kumpulan haruslah memberi
sokongan dan dorongan kepada ahli
kumpulan untuk menyelesaikan tugasan
-Ahli kumpulan haruslah membantu
antara satu sama lain
Peralatan:
-2 batang jarum jahit,benang,polistrin

CHECKPOINT 2
SUSUN ZODIAK(KALENDER

CINA) IKUT TURUTAN

Cara Bermain
-Fasi akan menyediakan helaian kertas yang
mengandungi gambar haiwan-haiwan
-Gambar haiwan-haiwan tersebut merupakan
zodiac(calendar cina)
-Setiap kumpulan dikehendaki menyusun
calendar cina mengikut susunan yang tepat
(talian hayat dibenarkan)
- Sekiranya peserta gagal menyelesaikan
tugasan dalam masa yang diberikan,fasi
akan kenakan penalti ke atas kumpulan
tersebut

Objettif:
-Permainan ini bertujuan menguji tahap IQ
para peserta
-Kemahiran komunikasi antara peserta
menjadi kunci kejayaan dalam permainan ini
Peralatan:
-Helaian kertas yang siap dengan gambar
haiwan zodiac calendar cina

CHECKPOINT 3
GELUNG TENIS

Cara Bermain
-Setiap kumpulan akan diberi tali rapia 8
penjuru yang siap diikat, satu bola tenis, 2
ring bulat.
-Setiap ahli kumpulan perlu memegang
setiap penjuru dan melantik seorang wakil
ketua kumpulan untuk memberi arahan.
-Mereka perlu memasukkan bola tenis
tersebut ke dalam ring yang bertanda no
kumpulan masing-masing.
-Hanya ketua kumpulan sahaja akan memberi
arahan
-Jika bola jatuh bukan ditempatnya ahli
kumpulan itu harus kembali semula ke
tempat permulaan dan mulakan semula
pergerakan
-Kumpulan yang paling cepat
menyelesaikannya akan diishtihar sebagai
pemenang
Objektif:
-Menguji tahap iq yang ada peserta untuk
mengatur strategi
-Memupuk semangat berpasukan dalam
kalangan peserta
Peralatan:
tali rapia 1 gulung,ring:2,bola ping
pong/tennis
Peralatan:
-A4 paper,Sallotape,kerusi plastic

CHECKPOINT 4
HIGHWAY IMPIAN

Cara Bermain:
-Setiap kumpulan akan dibekalkan 10 helai
kertas A4,sallotape
-Peserta harus membina landasan untuk
laluan bola ping pong
-Setiap kumpulan harus memastikan bola
ping pong melalui atas kertas A4 tersebut

-Setiap kumpulan haruslah menepati masa
yang ditetapkan,masa untuk laluan bola ping
pong dari titik mula hinggalah ke penamat
ialah 25 saat
-Setiap kumpulan diberikan masa selama 10
minit untuk menyiapkan landasan tersebut
- Sekiranya peserta gagal menyelesaikan
tugasan dalam masa yang diberikan,fasi akan
kenakan penalti ke atas kumpulan tersebut
Objektif:
-Menguji tahap iq para peserta untuk
mengatur strategi
-Memupuk semangat berpasukan dalam
kalangan peserta
Peralatan:
-A4 paper,Sallotape,kerusi plastik

CHECKPOINT 5
PUZZLE

CARA BERMAIN
-SETIAP KUMPULAN AKAN DIBEKALKAN SATU
SAMPUL SURAT YANG MENGANDUNGI GAMBAR
YANG TELAH DIGUNTING DAN SATU SAMPUL
SURAT YANG MENGANDUNGI GAMBAR ASAL
YANG TIDAK DIGUNTING
-SAMPUL SURAT YANG MENGANDUNGI
GAMBAR ASAL OBJEK DILETAKKAN DI SUATU
TEMPAT BERASINGAN DARIPADA TEMPAT
CHECK POINT TERSEBUT
-KUMPULAN TERSEBUT HENDAKLAH
MENCANTUMKAN KEPINGAN GAMBAR
TERSEBUT DAN HANYA SEORANG WAKIL
SAHAJA DIBENARKAN UNTUK MELIHAT
GAMBAR ASAL PADA SATU MASA
OBJETTIF:
-KEMAHIRAN MENDENGAR ARAHAN
-SEMANGAT KERJASAMA DALAM AHLI
KUMPULAN
PERALATAN:
-KEPINGAN GAMBAR,SAMPUL SURAT(2 SAMPUL
SURAT UNTUK SETIAP KUMPULAN)

CHECKPOINT 6
TIRU GAYA ARTIS

Cara Bermain:
-Seorang daripada ahli kumpulan akan
dipilih
-Ahli kumpulan yang lain akan meneka gaya
yang ditunjukkan
Objektif:
-Kemahiran menyampaikan maklumat dengan
tepat
Peralatan:
Kertas A4

CHECKPOINT 7
TIRU TARIAN (GANGNAM STYLE/COKI

POKI)

Cara bermain
-Setiap ahli kumpulan harus meniru gaya tarian
sehinggalah fasi berpuas hati
Objektif:
-Kerjasama di antara ahli kumpulan amatlah
penting,sekiranya salah seorang gagal
memberikan kerjasama,maka gagal lah kumpulan
tersebut
Peralatan:
-Laptop,speaker

CHECKPOINT 8
LAKONAN AJAIB

Cara Bermain:
-Fasi akan menayangkan satu iklan atau sedutan
video kepada peserta
-Peserta dikehendaki melakonkan semula babak
tersebut dengan situasi yang berbeza iaitu:-
1)gembira
2)sedih
3)marah
4)tiada perasaan
Objektif:
-Kemahiran mendalami situasi sesuatu keadaan
-Kerjasama antara ahli kumpulan
Peralatan:
Kertas A4

CHECKPOINT 9
CARI OBJEK MISTERI

Cara Bermain:
-Peserta akan memilih task yang akan diberikan
oleh fasi,peserta dikehendaki mencari objek
tersebut di dalam bekas yang mengandungi
katak,cengkerik,cacing
Objektif:
-Menguji ketahanan mental dan fizikal para
peserta
Peralatan:
-Balang,katak,cacing,ulat,cengkerik,duit
syiling,jarum,butang baju,

CHECKPOINT 10

KERTAS AJAIB

Cara Bermain :
Peserta hanya perlu memikirkan cara untuk
memasukkan semua ahli kumpulan dalam satu kertas
A4.
Objektif :
Creative Thinking
Peratalan :
1 Kertas A4 setiap kumpulan.

TOUR
DE’TUALANG

02

0BJEKTIF
Bertindak tepat mengikut arahan
bergantung kepada deria
Bekerjasama dalam membuat keputusan
Saling bantu-membantu dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan
MASA
1 jam 30 minit
BAHAN
tali raffia, kain penutup mata, kayu, pistol
air, bahan-bahan halangan seperti pelepah
kelapa, daun-daun kering, ranting kayu
dan sebagainya.

02

LANGKAH-LANGKAH
1. Peserta diberikan taklimat oleh
fasilitator tentang perjalanan aktiviti
Setiap peserta akan ditutup mata dengan
kain yang disediakan.
2. Setiap peserta akan dibawa oleh
fasilitator ke permulaan aktiviti.
3. Peserta diminta berjalan secara
berkumpulan dalam satu barisan dengan
mengikut panduan tali raffia yang
disediakan sehingga ke penamat.
4. Beberapa orang fasilitator membuat
gangguan semasa aktiviti dijalankan
seperti memutuskan kumpulan, member
arahan laluan dan sebagainya
5. Sekiranya kumpulan itu mengikut laluan
yang salah, kumpulan itu akan diberikan
amaran melalui percikan air.
6. Setelah selesai aktiviti dalam tempoh
60 minit, semua kumpulan dikumpulkan
untuk proses rumusan. Wakil setiap
kumpulan diminta menceritakan
pengalaman ( dari segi emosi, sikap, dan
sebagainya sepanjang aktiviti tadi)
7. Fasilitator membuat rumusan besar.


Click to View FlipBook Version