The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masradimudin89, 2021-05-25 02:53:00

laporan ROS (kumpulan 2)

laporan ROS (kumpulan 2)

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
35

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)

BAB 4
AKTIVITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA (ROHANI)

4.1 Pengenalan

Aktiviti kerohanian dilakukan bertujuan untuk membentuk dan membina kejatidirian
manusia kearah pembentukan sahsiah agama yang baik iaitu selari dengan agama, adat dan
sosio-budaya di Malaysia ini. Program yang dijalankan di SMK SEGA seperti sambutan
maulidul rasul merupakan salah satu pengisian yang diselitkan pada dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan supaya individu percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan berpegang teguh
dangan amalan yang baik. Antara inisiatif lain bagi memberi kesedaran dan ilmu yang
mencukupi tentang keagamaan kepada pelajar adalah memperkenalkan mata pelajaran
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Berikut merupakan aktiviti dan program yang
dilaksanakan pada setiap tahun di SMK SEGA dalam jangka lima tahun terkini.

No. Aktiviti
1. Sambutan maulidul rasul

2. Tasmi’ hafazan dan tadarus Al-quran Asrama Al-Farabi

3. Program jalinan kasih warga emas 2017

4. Tazkirah Asrama Al-Farabi

5 Majlis Marhaban pelajar Asrama Al-Farabi

Majlis dan program yang dijalankan ini bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwah sesama
pelajar dan guru malah dapat memupuk sifat keagamaan yang kuat dimana majoriti pelajar di
SMK SEGA adalah beragama Islam. Menurut Noriati A. Rashid, at.all. (2012), dalam
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada aspek rohani, individu haruslah
mempunyai unsur rohani yang lebih menjurus kepada keagamaan iaitu individu harus:
menyedari dan menginsafi adanya pencipta, menghargai pemberian pencipta, menyedari dan
menginsafi tanggungjawab, memupuk dan membina displin kendiri serta membentuk akhlak
mulia.

36

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
4.2 Menyedari dan Menginsafi Adanya Pencipta

37

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
4.3 Menghargai dan Mensyukuri Pemberian Pencipta

38

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
4.4 Menyedari dan Menginsafi Tanggungjawab

39

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
4.5 Membentuk Akhlak Mulia, Memupuk dan Membina Disiplin Kendiri

40

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)

BAB 5
AKTIVITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA (INTELEK)

5.1 Pengenalan

Didalam konteks Falsafah Pendidikan Kebangsaan, intelek merupakan unsur yang
penting untuk dicapai selain daripada elemen jasmani, emosi dan rohani. Seperti yang
diketahui, Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat supaya pelajar dapat menguasai 3M iaitu
kemahiran membaca, menulis dan mengira kerana konteks intelek merupakan perkara asas
yang perlu diketahui oleh semua orang kerana ianya merupakan kunci kepada kejayaan. Islam
juga menekankan membaca sebagaimana firman Allah SWT:

“Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan”
(Surah Al’-Alaq: 1)

Jadi pembangunan intelek di SMK SEGA sangat menyeluruh bermula daripada permulaan
persekolahan sehinggalah persiapan pelajar dalam menempuhi minggu peperiksaan. Aktiviti
intelek juga dibawa SMK SEGA kearah peringkat yang lebih tinggi sebagai contoh salah satu
aktiviti yang memenangi Naib Johan Peringkat Kebangsaan Adalah Pertandingan Koir 2020.
Berikut merupakan antara aktiviti dan program yang dilaksanakan pada di SMK SEGA dalam
jangka lima tahun terkini.

No. Aktiviti
1. Program bulan bahasa
2. Program nilam

3. Pertandingan Koir 2020
4. Kem kecemerlangan

41

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
5.2 Mempunyai Kemahiran Asas 3M (Menulis, Membaca, Mengira)

42

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
5.3 Mendapatkan, Meningkatkan, Menyebarkan Ilmu dan Memanfaatkan Ilmu

Untuk Diri dan Orang Lain

43

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
5.4 Berfikir Secara Kreatif dan Kritis

44

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)

BAB 6
REFLEKSI

Nama : Masradi Bin Mudin

N.o Matrik : CB190001

Bismillahirrahmanirrahim.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat juga saya dan rakan-rakan Fakulti
menjalani Rancangan Orientasi Sekolah semester (2) dua sesi 2020/2021 pada kali ini. Selama
menjalani Rancangan Orientasi Sekolah di SMK Seri Gading, terdapat banyak aktiviti-aktiviti
sekolah yang diadakan oleh pihak warga sekolah yang mana melibatkan elemen Jasmani,
Emosi, Rohani, dan Intelektual (JERI). Bermula pada 14 Januari 1978, SMK Seri Gading
dibuka secara rasminya, maka bermula juga peranan guru-guru dan warga SMK Seri Gading
dalam mencorakkan pembangunan dan kecemerlangan murid khususnya.

Setiap tahun sebelum sesi persekolahan bermula, pelbagai aktiviti sekolah telah
dirancang oleh seluruh warga SMK Seri Gading dalam aspek Jasmani, Emosi, Rohani, dan
Intelek. Sebelum musim pandemik Covid-19 aktiviti “Merentas Desa” dan “Sukan Sekolah”
diadakan setiap tahun bagi mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam bidang sukan
yang digemari. Hasil daripada aktiviti dan program yang dijalankan ini, sememangnya terbukti
bahawa murid bukan hanya mampu cemerlang dari segi akademik sahaja, tetapi dalam bidang
kokurikulum juga dapat dikembangkan. Antara kecemerlangan SMK Seri Gading adalah:

Nama Acara Kejayaan
Tersenarai mewakili
Wahiduzzaman Bin Mohd. Nor Olah raga SUKMA Johor ke
SUKMA Sarawak 2016.
Siti Aisyah Binti Nora Rahis Olah raga Acara 100 meter, lompat
jauh, dan lompat kijang.
Tersenarai mewakili
pasukan SUKMA Johor
ke SUKMA Sarawak
2016.
Merejam lembing.
Kejohanan South East
Asia International
Athletics Championship
2015.

45

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)

Mohd Ikmal Bin Sarif Olah raga MSS Malaysia, pingat
perak kuartret lari
berganti-ganti 4x100
meter.

Komitmen Guru Kanan Hal Ehwal Murid dan guru-guru SMK Seri Gading yang
dilakukan secara konsisten dalam menyambut kehadiran murid ke sekolah pada setiap pagi
merupakan amalan yang konsisten dilakukan pada sesi persekolahan. Walaupun musim Covid-
19 budaya tersebut sentiasa diamalkan dengan pematuhan ‘SOP’ yang ketat. Moment tersebut
menyentuh hati saya, kerana amalan tersebut bagi saya ianya benar-benar mencerminkan
amalan ‘Sekolah Penyayang’.

Bacaan Surah Al-Mathurat setiap pagi di sekolah merupakan amalan yang dapat
mendidik seluruh warga SMK Seri Gading dan murid-murid khususnya dalam sentiasa rendah
diri dan mengenal akan penciptanNya. Suasana tenang pastinya dapat dirasai pada ketika itu.
Begitu juga tahun-tahun sebelumnya, terdapat program yang dilakukan di SMK Seri Gading
seperti program ‘Kerjaya’ di mana murid-murid dapat mengetahui hala tuju yang diimpikan
yang mana dapat meningkatkan semangat serta motivasi murid-murid untuk terus cemerlang
dalam pelajaran dan kehidupan. Ianya juga melibatkan kerjasama daripada pihak luar sekolah.

Seperti sedia maklum, sesi pengajaran dan pembelajaran tetap akan berjalan seperti
biasa di sekolah seluruh Malaysia, walaupun musim Covid-19 masih belum reda. Pastinya
usaha dan pengorbanan dari segi masa serta tenaga guru-guru khususnya dalam mendidik anak
murid lebih berganda dilakukan. Memastikan setiap murid memahami serta memastikan murid
tidak ketinggalan dalam setiap topik pembelajaran menjadi keutamaan guru-guru SMK Seri
Gading.

Kesimpulan yang dapat saya buat menerusi Rancangan Orientasi Sekolah di SMK Seri Gading,
Batu Pahat Johor pada semester ini adalah, sebagai seorang guru seharusnya mahir dalam
merancang, mengetahui, dan menggunakan teknik pedagogi dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan kepada murid. Ini adalah kerana, tidak semua pelajar
mempunyai tingkah laku yang sama. Guru seharusnya mengetahui setiap corak kehidupan dan
budaya murid sama ada di kawasan kampung, bandar, mahupun bandaraya. Status ekonomi
keluarga murid juga tidak sama, maka guru seharusnya merancang teknik pengajaran
bagaimana yang hendak digunakan. Penglibatan dan hubungan guru dengan masyarakat
setempat juga perlu diperkasakan, ianya bagi memudahkan guru untuk mendapatkan maklumat
dan mengetahui perkembangan murid khususnya. Semangat kerja berpasukan dikalangan guru-

46

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
guru di sekolah juga perlu dilakukan. Ianya bagi memastikan suasana tempat kerja yang sihat
dan harmoni dapat diwujudkan, yang mana hasil yang bakal diperolehi akan lebih cemerlang,
dan yang lebih penting lagi adalah matlamat pendidikan pastinya akan dapat dicapai. Usaha
dan tindakan yang dilakukan oleh guru sebegini diharapkan dapat menghasilkan modal insan
yang lebih berguna dan mempunyai sahsiah diri yang unggul pada masa akan datang,
seterusnya menjadikan Institusi pendidikan di Malaysia setanding dengan negara-negara luar.
Insyaallah. Amin. Terima kasih.

47

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)

Nama : Nur Allia Syufiqa Binti Azmi

No. Matrik : CB190036

Dalam norma baharu ini, segala kegiatan atau aktiviti perancangan sekolah telah diolah bagi
melangsungkan Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) yang lebih teratur dan sistematik sama
seperti rutin harian persekolahan yang kini dipanggil sebagai Pengajaran Dan Pembelajaran
Dari Rumah iaitu PDPR. Jadi di dalam situasi norma baharu ini, Rancangan Orientasi Sekolah
(ROS) bagi pelajar Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dilakukan di seluruh sekolah
menengah di Malaysia mengikut SOP Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) COVID-19
yang telah ditetapkan. Sebanyak enam orang pelajar telah menjalankan Rancangan Orientasi
Sekolah (ROS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading (SEGA) yang dibawah
pantauan En. Musa Bin Md. Tahir iaitu penolong kanan pentadbiran yang bermula pada 28
Februari 2021 dan berakhir pada 11 Mac 2021. ROS pada musim COVID-19 ini sangat
berlainan daripada sebelumnya, tambahan pula ROS ini dilakukan ketika para pelajar tingkatan
5 sedang menjalani peperiksaaan Sijil Pendidikan Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada
bulan Disember lalu dan pelajar tingkatan 1 hingga 4 menjalani PDPR dalam talian. Jadi segala
aktiviti sekolah seperti sukan, pertandingan bagi kokurikulum dan kurikulum yang sepatutnya
berlangsung pada 2021 telah ditangguhkan. Namun perkara ini tidak menghalang pelajar untuk
menjalankan ROS kerana segala pergerakkan mahupun perancangan sekolah dilakukan dengan
mengikut situasi norma baharu.

Jika dilihat pada hasil kajian lapangan aktiviti Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Gading yang berlandaskan empat elemen JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek,
elemen-elemen ini sangat digunapakai dan masih releven walaupun pada situasi begini dimana,
terdapat kekangan dalam melaksanakan beberapa aktiviti JERI secara sua muka tetapi masih
ada diantara beberapa aktiviti didalam JERI yang boleh dilaksanakan menggunakan
kemudahan internet dan sebagainya. Bagi elemen pertama iaitu jasmani, SEGA sangat aktif
dan banyak menyumbang dalam kemenjadian murid kearah aspek kokurikulum pada setiap
peringkat dan ada juga diantara muridnya yang mendapat peluang menyambungkan pelajaran
kearah sukan pendidikan dan menggunakan keistimewaan ini sebagai sokongan dalam
permohonan penempatan universiti yang baik. Jasmani SEGA merangkumi segala aspek dalam
menjaga kesihatan badan iaitu ujian SEGA, menerusi ujian ini pelajar secara langsung akan
melakukan riadah. Pelajar juga sememangnya dapat mengembangkan bakat dan kemahiran

48

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)

teknikal dan manipulatif, memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari dan bagi kepentingan
rakyat dan juga dapat meningkatkan daya pengeluaran kerana ramai juga diantara pelajar
SEGA berjaya menyambung pelajaran dan menggunakan pencapaian didalam kokurikulum
sebagai batu loncatan didalam dunia pekerjaan.

Dari segi emosi pula, pihak sekolah SMK SEGA yang diwakili oleh Guru Bimbingan
Dan Kaunseling (BNK) sangat memainkan peranan yang baik dalam menjaga persekitaran
yang harmoni dalam mengatasi apa-apa perkara dari segala bentuk emosi yang mungkin akan
menggangu pelajaran mereka supaya pelajar merasa selesa untuk datang ke sekolah,
melakukan aktivit kurikulum dan kokurikulum dengan perasaan yang tenang dan tingkahlaku
yang terkawal. Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Gading sentiasa membimbing
pelajar yang mempunyai masalah tersendiri ataupunn secara berkelompok samada datangnya
dari pengaruh rakan sebaya mahupun masalah sulit mereka sendiri supaya murid memiliki sifat
kasih sayang dan memupuk sifat ini didalam diri mereka. Warga pendidik SMK Seri Gading
berusaha melakukan aktiviti yang menaikkan semangat muridnya supaya mereka ini tidak
merasa tersisih dan memiliki semangat kekitaan dan perpaduan. Semangat-semangat ini sangat
diperlukan dalam kelangsungan hidup mereka di masa yang akan datang dan dapat
memudahkan urusan seharian untuk berinteraksi jika rasa sifat kekitaan itu kuat didalam diri
mereka. Jika murid dapat memahami dan menguasai segala etika ini, mereka akan dapat
menghargai serta menilai keindahan dan kesenian didalam sifat bertolak ansur didalam setiap
perbuatan dan pergaulannya.

Jika dilihat dan dipupuk dari segi jasmani dan emosi sahaja, para pelajar ini akan
kekurangan satu elemen yang penting didalam membina sahsiah diri yang hebat dan ianya
adalah elemen rohani. Pada perkiraan kami, elemen ini dapat memberi perasaan yang tenang
dan tingkahlaku yang terkawal kepada murid kerana ibadah adalah tunjang kepada agama dan
kemurniaan supaya mengelakkan kesalahfahaman sesama muslim. Jika elemen rohani
dinormalisasikan di setiap peringkat persekolahan maka murid akan lebih menghargai dan
mensyukuri pemberian pencipta-NYA, sekaligus menjadikan murid yang lebih cakna dan
menyedari segala tingahkahlaku dan menginsafi tanggungjawab mereka sendiri. Jadi
berkuranglah kegiatan vandalisme yang menjadi sebuah topik sangat hangat diperkatakan dan
sukar untuk dibendung tidak kira usia. Segala perkara ini dibentuk di dalam persekitaran SMK
Seri Gading supaya murid di sini dapat membentuk akhlak yang mulia, memupuk dan membina
displin kendiri yang hebat. Kerohanian bukan saja datang dari sudut keagamaan tetapi ianya
juga boleh datang dari rasa hormat akan agama yang lain, sifat mentaati dan kehidupan harian

49

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
yang lebih sihat. Rohani juga adalah cara untuk mencari ketenangan hati supaya pelajar murid
beroleh kebahagiaan yang abadi. Kegiatan rohani tidak semestinya memerlukan tentatif yang
rumit untuk melaksanakanya seperti kebiasaan aktiviti di SMK Seri Gading ini lakukan adalah
bacaan Al-Mathurat pada waktu pagi dan sebelum waktu Zuhur.

Elemen terakhir daripada JERI ini adalah intelek yang sangat penting disesebuah
sekolah seiring dengan kemajuan pencapaian kokurikulum kerana intelek yang cerdas dan
cemerlang para murid menjadi landasan kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Elemen
intelek terdiri daripada kemahiran asas 3M yang sangat besar maknanya dalam sistem
pendidikan iaitu menulis, membaca dan mengira. Yang pertama adalah menulis, murid yang
mampu menulis dengan baik adalah murid yang mampu membuat keputusan yang baik, murid
yang cekap membaca adalah seorang murid yang sentiasa berusaha untuk menyelesaikan
permasalahan dan bukan orang yang menambahkan sesebuah permasalahan dan terakhir adalah
mengira iaitu murid ini bukan saja cekap dalam menyelesaikan pengiraan malah mereka dapat
membuat satu tindakan yang tepat, berhati hati dan menyeluruh kepada setiap tindak tanduk
yang dilakukan. Murid-murid yang baik dalam menguasai intelek inilah yang dapat berfikir
secara kreatif dan kritis, mereka juga dapat meningkatkan, mengambil dan menyebarkan ilmu
yang dibekalkan dengan sangat baik. Ilmu intelek bukan saja untuk kegunaan diri sendiri malah
dapat memanfaatkan ilmu yang mereka ada untuk diri sendiri dan juga orang lain. SMK Seri
Gading sendiri juga menggunakan visi yang mengatakan bahawa mereka mendokong visi
bersama pendidikan berkualiti insan terdidik dan Negara sejahtera.

50

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)

Nama : Nur Izyan Binti Hasrul

No. Matrik : DB190064

Setelah berpeluang untuk menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) selama 2
minggu iaitu dari 28/2/2021 sehingga 11/3/2021 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Gading, terdapat pelbagai pengalaman dan ilmu pengetahuan baru yang boleh digunakan pada
masa hadapan. Berdasarkan daripada pemerhatian dan temubual bersama beberapa orang guru
yang dijalankan sepanjang tempoh ROS ini, dapat disimpulkan bahawa SMK Seri Gading ini
adalah sebuah sekolah yang seimbang dan cemerlang dari sudut Jasmani, Emosi, Rohani dan
Intelek seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Guru-guru di sekolah ini telah bersama-sama membantu dan membimbing pelajar
menjalankan pelbagai program dan aktiviti untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap aspek.
SMK Seri Gading ini turut terkenal dengan pencapaian pelajar dalam sudut Jasmani. Para
pelajar sekolah ini bukan sahaja berjaya membawa nama sekolah di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan malah mereka telah mengharumkan nama sekolah di peringkat antarabangsa dalam
aktiviti Scout Girl’s Gathering Day dan telah mencapai Anugerah Perak Peringkat
Antarabangsa Girl’s Scout Gathering 2019. Terdapat juga pelbagai pencapaian dalam aktiviti
di peringkat kebangsaan seperti Johan dalam Olahraga Lompat Jauh (RB) 4X100M, Naib
Johan Olahraga Rejam Lembing P15 Akhir, Johan Malam Kebudayaan 1st Malaysia Native
Scouts Jamboree, Johan Pertandingan Rekacipta (Pengakap Muda) Perkhemahan Pengakap
Perempuan Peringkat Kebangsaan 2019, Johan dan Naib Johan Pertandingan Zapin Jelajah
Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Zon Selatan 2019, dan banyak lagi aktiviti-
aktiviti yang membanggakan pihak sekolah. SMK Seri Gading ini juga aktif dalam sukan Bola
Sepak sehingga dapat membuka peluang para pelajarnya dalam menyertai kelab bola sepak
negeri seperti JDT, Perak FC dan juga Selangor FC. Aktiviti seperti ini dapat memberi tumpuan
kepada perkembangan anggota-anggota tubuh badan pelajar yang sihat dan cekap. Selain itu,
aktiviti ini juga berjaya mengembangkan bakat pelajar dan meningkatkan daya pengeluaran.

Dari sudut emosi pula, Kelab Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Gading ini sangat
aktif dalam memantau dan menjaga emosi para pelajar supaya tiada sebarang gangguan dalam
proses pembelajaran. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Program Sekolah Penyayang
yang dianjurkan untuk memupuk semangat prihatin para guru kepada pelajar mereka. Selain
itu adalah Program Jom ke Sekolah yang dijalankan untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar

51

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)

hadir ke sekolah tanpa sebarang gangguan. Contohnya dalam program ini, para pelajar bebas
menyuarakan sebarang aduan salah laku disiplin ke peti aduan yang disediakan untuk
mewujudkan sekolah yang harmoni dan para pelajar berasa selama untuk hadir ke sekolah.
Seteusnya adalah program Awak Kat Mana? yang dijalankan untuk mengelakkan gejala
ponteng sekolah di mana guru akan mencari pelajar sekiranya pelajar didapati tidak hadir ke
sekolah tanpa sebarang sebab yang kukuh. SMK Seri Gading sentiasa fokus dalam mengawal
emosi pelajar walaupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah. Kelab
Bimbingan dan Kaunseling berusaha untuk menjalankan aktiviti secara atas talian supaya
semua murid berada dalam keadaan emosi yang baik dan terkawal.

Seterusnya tidak dilupakan akiviti-aktiviti dari sudut rohani yang dijalankan secara
harian seperti bacaan Al-Mathurat pada waktu pagi dan sebelum waktu Zuhur supaya pelajar
sentiasa menyedari dan percaya kepada Tuhan. Selain itu, SMK Seri Gading turut menjalankan
program Maulidur Rasul secara tahunan dan juga aktiviti Nasyid peringkat asrama untuk para
pelajar mengikat ukhwah sesama mereka. Sekolah ini juga menjalankan aktiviti bersama
dengan masyarakat setempat seperti Program Jalinan Kasih Warga Emas 2017. Program ini
adalah salah satu usaha sekolah bersama pelajar dalam memberi bantuan kepada warga emas
yang memerlukan. Amalan kerohanian yang dijalankan ini dapat membentuk disiplin pelajar
berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni disamping mengingatkan pelajar
tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Akhir sekali, elemen yang diperlukan untuk membentuk pelajar yang seimbang adalah
dari sudut Intelek. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Program Bulan Bahasa yang
dijalankan untuk memberi penekanan kepada para pelajar tentang kepentingan dalam
menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Seterusnya adalah Program Nilam untuk
menarik minat pelajar membudayakan persekitaran minat membaca untuk menambahkan ilmu
dan pengetahuan mereka. Aktiviti Intelek di sekolah ini tidak terhenti walaupun semasa
pandemik Covid-19 melanda negara, SMK Seri Gading telah mewakilkan pelajar-pelajar
dalam Pertandingan Koir yang dijalankan secara atas talian di laman rasmi Facebook dan telah
mendapat Naib Johan dalam peringkat Kebangsaan. Para guru juga berusaha untuk meneruskan
pembelajaran dan pengajaran secara atas talian untuk membantu pelajar supaya mereka tidak
ketinggalan. Sekolah ini mengedarkan bahan pembelajaran secara Pandu Lalu kepada pelajar
untuk menggunakannya di rumah.

52

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
Secara kesimpulannya, SMK Seri Gading sangat aktif dalam setiap aktiviti dan
seimbang dari Sudut Jasmani, Emosi, Rohani mahupun Intelek. Pelbagai usaha dan aktiviti
yang dapat dilihat untuk membangunkan dan melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, mempunyai sahsiah yang baik dan diri yang sihat. SMK Seri Gading juga
melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai sifat bertanggungjawab dan pelajar yang dapat
memberi sumbangan terhadap masyarakat dan negara.

53

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
BAB 7
LAMPIRAN
Penyampaian cenderahati daripada pelajar ROS 2021

54

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)

Penyampaian cenderahati kepada Encik Mohd Suhaimi Bin Sapran (Pengetua SMK Seri
Gading, Batu Pahat Johor).

Penyampaian cenderahati kepada Encik Musa Bin Md Tahir (Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Seri Gading, Batu Pahat, Johor).
55

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)

Penyampaian cenderahati kepada Puan Salwah dan Encik Ghazali.

Penyampaian cenderahati kepada Puan Normala.
56

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)

Penyampaian cenderahati kepada Puan Misalzura

Lawatan ke Galeri Sejarah
57

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)

#KenanganPelajarROS2021
58

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
Lampiran borang penilaian ROS

59

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
60

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
61

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
62

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
63

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
64

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
65

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
66

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
67

RANCANGAN ORIENTASI SMK SERI GADING (SEGA)
68


Click to View FlipBook Version