The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aiedodek81, 2021-04-17 00:22:31

misteri

e-majalah

eMajalah faktaMitos_Misteri
Misteri-faktaMitos
edisi2021
April

Misteri
@FAKTA MITOS

Jejaki Kerat 18 Misteri belum Terungkai 19HARI

Misteri Sejarah bboommoohh ppaalliinngg kkeejjaamm MH370 BERTEMANKAN
choki-choki
'Negeri di Bawah Bayu'

Bil. 04 2021 | Semananjung Malaysia : RM6.00 | Sabah/Sarawak : RM6.90

eMajalah

edisi2021
April

Sidang MRiesdtearkisi
@FAKTA MITOS

Ketua Pengarah/ Editor Digital/Penulis :
Jurukamera/Penulis : Noriah
(210940)
Zulizuan bin Zamri
(090607)

Penyelaras Digtal&Kreatif Editor Kreatif /Penulis :
/Penulis : Rubiatul HAfizah
(250275)
Aini Hazwani
(249938)

Penyelaras Digital Grafik/Penulis : Pereka Grafik/Penulis :
Ruziatulakma (250278) Fadilah
(249974)

MimubkasaanSurat
Misteri
@FAKTA MITOS

Jejaki Misteri Sejarah "Negeri di Bawah Bayu"
- K-eRr-aunNmdeaawhlRaeBnpedussta, rA, KGgniuneaasruBKteaittuh Tulug
04 House

Kerat 18, Bomoh Paling Kejam

09

15 Tp- iPsaBckiijnagkBaPjuodkeengta:n Bijak

19 hari bertemankan Choki-Choki

16

Misteri belum Terungkai MH370

18

Borak-Borak Fakta@Mitos

20 - Misteri lagu Sephia

Misteri |@FAKTA MITOS 01

eMajalah

edisi2021
April

TintaMEisdtiteorri
@FAKTA MITOS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah.
Rasa syukur ke hadrat Ilahi. akhirnya sebuah majalah yang berjudul
MISTERI, Fakta @ Mitos berjaya dilahirkan di dalam keadaan Malaysia
sedang berperang dengan penularan Virus Covid-19. Kami dari sidang
pengarang mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerja sama yang
diberikan oleh semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di
dalam menghasilkan E-Majalah ini.

Di dalam tahun 2021, pelbagai cabaran dan halangan yang perlu kami
tempuhi. Penghasilan E-Majalah ini dapat membentuk semangat kerjasama
dan tawaduk serta menjadikan E-Majalah ini sebagai pemangkin kepada
kami untuk tidak pernah kenal erti berputus asa di dalam menjadikan bidang
penulisan sebagai satu kerjaya.

Kami amat berbangga kerana dengan hasil usaha kami dan diharapkan
dapat menjadi wadah ilmu yang bermanfaat kepada semua lapisan pembaca
agar terus mencapai syurga di akhirat serta menjadikan bahan bacaan
sebagai penyuluh hidup tidak kira di dalam bentuk fizikal atau digital.

Akhir kalam, harapan kami semoga E-Majalah MISTERI, Fakta @ Mitos akan
terus berkembang dan menjadi salah satu bahan bacaan yang tergolong di
dalam koleksi ilmiah untuk dicerna dan dicakna serta dapat melahirkan
generasi minat membaca kepada semua.

Sekian, Terima Kasih

Misteri |@FAKTA MITOS 02

Misteri |@FAKTA MITOS 03

Jejaki eMajalah

Misteri Sejarah edisi2021
April
'Negeri di Bawah Bayu'
Keranda Reput
Misteri
@FAKTA MITOS GUA BATU TULUG

PJeurnuuklaismera:: Zulizuan Zamri

Ramai antara tidak sedar walaupun terkenal dengang Gunung
Kinabalu. Sabah juga terdapat misteri sejarah yang sehingga kini
masih menjadi tanda tanda samada ianya adalah fakta atau
sekadar mistos. Salah satu misteri yang masih persoalan oleh
penduduk tempatan mahupun pengunjung adalah di dearah
Kinabatangan ayang dipenuh gua batu kapur iaitu Gua Batu Tulug
atau digelar Agop Batu Tulug di Kampung Batu Puteh,
Kinabatangan, Sabah. Misteri tersebut adalah kerana terdapat
keranda lama yang kini telah dijadikan Muzium Tapak sejak pada 6
Julai 1996 oleh Jabatan Muzium Sabah.

Terdapat lebih dari 100 buah keranda kayu di Muzium Agop Batu
Tulug yang dipercayai diperbuat daripada Kayu Belian dan Merbau.
Keranda-keranda di Agop Batu Tulug dianggarkan berusia 20
hingga 25 juta tahun. "Agop" dalam bahasa suku kaum Sungai yang
mendiami sebahagian besar kawasan Kinabatangan bererti "Gua".
Keranda-keranda kayu yang terdapat di beberapa buah gua di
sepanjang Sungai Kinabatangan hingga ke Kuala Kuamut masih
banyak menimbulkan tandatanya dan misteri kerana tidak ada bukti
bersepadu dari mana-mana pihak yang boleh menentukan
kesasihan cerita di sebaliknya.

Gambar ukiran pada keranda iaitu kepala kerbau

Cerita misteri yang agak berbeza-beza, mungkin kerana
kisah-kisah yang berhubungkait dengan keranda-keranda
tersebut sudah begitu lama dan tidak ada mana-mana pihak
yang boleh mengingati fakta dengan tepat. Terdapat ratusan
buah keranda lama yang dipercayai diperbuat daripada kayu
belian dan merbau ataupun kayu keras yang lain di beberapa
buah gua di daerah Kinabatangan, keranda-keranda
dalamnya keadaan berselerak di merata tempat gua dan ada
juga yang masih utuh sementara yang lain sudah mulai reput,
terdapat keranda terpisah antara badan dan penutupnya.
Tidak kurang juga yang masih dalam keadaan tersusun rapi.

Terdapat keranda-keranda di gua-gua tersebut adalah
dalam rupa bentuk yang hampir sama. Ukiran yang amat
terkenal terdapat pada kerana-keranda tersebut ialah kepala
kerbau ataupun tempadau, buaya, ular, cicak, burung serta
ukiran-ukiran yang sungguh menarik pada sebelah atas
keranda (penutup keranda). Ukiran kepala kerbau terdapat di
hampir setiap hujung keranda dan ada juga terdapat di
sebelah hujungnya sahaja, sementara banyak juga keranda
tanpa sebarang ukiran, manakala terdapat keranda dalam
berbagai-bagai ukuran.

Gambar puncak Gua Batu Tulug atau digelar Agop Batu Tulug

Misteri |@FAKTA MITOS 04

Jejaki eMajalah

Misteri Sejarah edisi2021
April
'Negeri di Bawah Bayu'
Menurut buku dari penulis Tom & Barbara Harrisson tentang kisah
"The Prehistory of Sabah" tulisan Tom dan Barbara Harrisson lagenda di Sungai Lokan wira Giwai dikebumikan bersama tunangnya
Tahira yang meninggal dunia. Satu lobang kecil dibuat pada keranda
bagi membolehkan seruling Giwai disematkan. Sepanjang 7 hari
seruling Giwai ditiup dari dalam keranda sehinggalah seruling berhenti
bagi menandakan Giwai turut meninggal dunia di dalam keranda yang
sama. Pada mulanya Giwai telah meminta keluarganya supaya
membuat keranda berukiran sisik buaya dan kepala kerbau untuk
mengkebumikan dirinya bersama Tahira. Keranda Giwai dan Tahira
kononnya disimpan di Gua Miasias. Keranda di Miasias, Sungai Lokan
mungkin ada kaitannya dengan lagenda yang diceritakan dalam buku
"The Prehistory of Sabah" tulisan Tom dan Barbara Harrisson tentang
Sangan seorang yang gagah perkasa dan seorang pemimpin unggul di
sebuah kampung di Sungai Lokan.

Legenda itu menceritakan Sangan ditikam oleh abang iparnya
Tanaut yang dengki padanya melalui pembunuh upahan ketika ia tidur
dalam medan perang. Dengan rasa kesakitan Sangan bangun dan
melihat pembunuh upahan itu berdiri di sisinya, Sangan mencabut
lembing yang tertanam didadanya lalu membunuh pembunuh yang
diupah oleh Tanaut. Hati Sangan terjulur keluar dari bekas tikaman
namun dia dapat kembali ke kampungnya sambil memegang hatinya
yang terkeluar. Tidak tahan dengan memegang hatinya itu, Sangan
membuat keranda kecil dan mengkebumikan hatinya dalam keranda
tersebut. Kisah legenda ini berakhir dengan menceritakan Sangan
kononnya telah menjadi harimau kerana sumpahan. Keranda berukir
yang banyak terdapat di Miasias juga mungkin boleh dikaitkan dengan
legenda Si Empat Mata yang pakar membuat keranda berukir dan
dikatakan dalam legenda ini Si Empat Mata pernah berebut dengan
adiknya Si Mata Tunggal ke atas keranda yang telah dibuat oleh Si
Empat Mata dengan begitu cantik lengkap dengan ukiran sisik buaya
dan kepala kerbau.

Kajian arkeologi menyeluruh yang dijangka akan Cara ke Sana;
dirangka oleh Jabatan Muzium Sabah dengan kerjasama
Jabatan Muzium dan Antikuti Malaysia serta para Pemanduan ke Batu Tulug memakan masa selama satu jam
pengkaji dari institusi pengajian tinggi barangkali akan setengah dari Sandakan atau 45 minit dari Lahad Datu.
dapat menyingkap segala misteri keranda-keranda Anda boleh memandu sendiri atau menggunakan khidmat
tersebut. Apapun sangkalan dan dakwaan terhadap pengendali pelancongan.
keranda-keranda misteri itu ianya tetap menjadi bahan
bukti sejarah dan sebagai khazanah warisan budaya Masa Dibuka:
yang berkaitrapat dengan tatacara hidup orang-orang
tempatan khasnya di Kinabatangan dan ianya perlu Setiap hari bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang
dijadikan aset kebudayaan dan adat bagi negeri Sabah.
Sebab itu Jabatan Muzium Sabah dengan visi Yuran Kemasukan:
memelihara budaya, sejarah dan alam semulajadi Sabah
bertanggungjawab ke atas keranda-keranda yang masih Pemegang MyKad : RM 2.00 (Dewasa)
terdapat di beberapa gua di Kinabatangan sebagai
bahan kajian untuk faedah generasi sekarang dan akan Lain-lain : RM15.00
datang.
Pelajar beruniform, kanak-kanak di bawah 12 tahun,

orang kurang upaya dan warga emas - masuk secara percuma.

Misteri |@FAKTA MITOS 05

Jejaki eMajalah

Misteri Sejarah edisi2021
April
'Negeri di Bawah Bayu'

Misteri
@FAKTA MITOS

PJeurnuuklaismer :: Zulizuan Zamri

RRuummaahh BBeessaarr KKiinnaarruutt

Cerita misteri mengenai Rumah Besar Kinarut di Jalan Baru Kota
Kinabalu-Papar, Sabah. Ada penduduk mendakwa rumah besar yang
ditemui secara tidak sengaja oleh Lembaga Kemajuan Perhutanan
Sabah (SAFODA) ketika kerja penerokaan tanah untuk penanaman
pokok akasia pada Ogos 1990 itu, dihuni oleh 'hantu tinggi'. Bukan
sekadar itu, kononnya ada yang mendakwa pernah melihat `lembaga'
lalu dengan laju dan seolah-olah terdengar suara pontianak pada
waktu malam.

STRUKTUR tangga yang terdapat di Rumah Besar Kinarut Penulis bersama jurugambar, Zulizuan Zamri, mengunjungi
rumah besar itu baru-baru ini, untuk meninjau lebih jauh ke
dalam kawasan rumah besar berkenaan. Kunjungan pada
musim wabak Covid19 telah mendapat kebenaran dari pihak
yang berkuasa daerah Papar, Kota Kinabalu, Sabah itu memang
agak menyeramkan kerana terasa seolah-olah ada 'sesuatu'
mengekori langkah, namun apa yang pasti selain penulis
bersama jurugambar dan dua kakitangan Jabatan Muzium
Sabah, kehadiran kami di situ ditemani bunyi kicauan burung.
Tidak seperti pada awal pembukaannya, kawasan itu kini sepi.
Perasaan gerun dan berdebar menghantui setiap langkah kami
sepanjang berada di sana namun tidak tahu apa puncanya.
Mungkin kerana ada yang mengatakan kawasan itu mempunyai
pelbagai cerita menakutkan tetapi tidak dipastikan
kesahihannya. Kami turut diberitahu beberapa spesies ular
berbisa ditemui di kawasan itu, selain ia menjadi lokasi penagih
dadah melepaskan gian.

Di sebalik cerita menyeramkan, kami dimaklumkan oleh kakitangan Jabatan Muzium Sabah, Puan Shuhana Zainal bahawa penduduk
setempat menggelarkan rumah besar itu sebagai 'Rumah Tuan Simon'. Tuan Simon adalah nama panggilan kepada pemilik rumah besar
berkenaan dalam kalangan penduduk tempatan yang pernah bekerja di situ.Terletak di atas bukit di Kinarut, rumah besar itu mengambil
masa lebih 30 minit perjalanan dari bandar raya Kota Kinabalu. Ketika mula ditemui dan diketahui kewujudannya dalam kawasan hutan 25
tahun lalu, orang ramai mengaitkannya sebagai rumah besar pertama dibina di Borneo Utara sekitar tahun 1910 hingga 1914. Walaupun
kini tinggal rangka, jelas ia seperti sebuah istana yang dibina dengan batu-bata, jubin dan konkrit, manakala pekerja ketika itu dipercayai
dibawa masuk dari Hong Kong. Hari ini, beberapa tiang bercirikan kesenian Greco Roman masih berdiri teguh walaupun sesetengahnya
sudah tumbang menyembah bumi. Paling menarik perhatian ialah binaan 20 anak tangga yang masih kukuh dan kekal dengan seni bina
asal menggunakan bata keras. Berdasarkan kesan tiang yang masih ada, Rumah Besar Kinarut dianggar berkeluasan lebih 12.2 meter X
18.3 meter persegi atau kira-kira 40 kaki x 60 kaki persegi. Ini kerana ia mempunyai panjang kira-kira 60 meter dari anak tangga
mencerminkan cara hidup tipikal dalam kalangan pengurus ladang yang lazimnya terdiri daripada orang Eropah pada ketika itu.

Misteri |@FAKTA MITOS 06

Jejaki Cerita Rumah Agam eMajalah

di 'Negeri di Bawah Bayu' edisi2021
April

RRuummaahh BBeessaarr KKiinnaarruutt

Rumah yang memperlihatkan bentuk seni bina ‘Greco Roman’

Reka bentuk asal Panorama Rumah Besar Kinarut di Jalan Baru Kota Kinabalu

Fakta menarik:

- Ditemui secara tidak sengaja oleh kakitangan Lembaga
Kemajuan Perhutanan Sabah (SAFODA) pada Ogos 1990

- Terletak di kawasan Ladang Getah Kinarut yang dimiliki syarikat
Manchester North Borneo Rubber Ltd

- Tukang batu dan tukang kayu didatangkan dari Hong Kong.
- Menggunakan buruh berbangsa Cina dan Jawa secara kontrak,

manakala penduduk tempatan berbangsa Bajau dan Dusun
sebagai pekerja am.
- Terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar raya Kota Kinabalu

Manakala pemasangan pameran di pusat informasi akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Dengan terbukanya pusat informasi itu,
ianya akan dapat menambah lagi bilangan pelawat yang datang ke Panorama Rumah Besar Kinarut untuk mendapatkan maklumat
berhubung dengan rumah tersebut khususnya para pelajar, katanya lagi. Selain daripada itu, di tapak ini juga masih lagi kelihatan
tinggalan takungan air manakala jeti masih kelihatan di kawasan yang kini diduduki Sekolah Bina Semangat Kinarut. Justeru ini
membuktikan bahawa sejarah kewujudan ladang Kinarut memperlihatkan era perintis tanaman komersil secara besar-besaran pada
awal Borneo Utara serta sumbangan syarikat sendirian asing untuk memajukan ekonomi Sabah. Tapak bersejarah yang menjadi
kebanggaan rakyat Sabah khususnya disekitarnya telah dibuka kepada orang ramai pada 22 April 1995.Dalam pada itu, pihak Jabatan
Muzium Sabah mengalu-alukan kepada mereka yang belum lagi melawat tapak ini supaya meluangkan masa datang untuk mengetahui
lebih jelas lagi tentang rumah berkenaan yang dibuka setiap hari termasuklah hari Sabtu dan Hari Ahad bermula jam 9.00 pagi hingga
5.00 petang dan masuk adalah percuma.

Misteri |@FAKTA MITOS 07

Jejaki eMajalah

Misteri Sejarah edisi2021
April
'Negeri di Bawah Bayu'

Misteri
@FAKTA MITOS

PJeurnuuklaismer ::

NEWLANDS, AGNES KEITH HOUSE

Rumah agam Newlands Agnes Keith yang terletak di Jalan Istana, Sandakan, Sabah untuk melihat keunikan seni bina,
dekorasi rumah dan sejarah yang terkumpul rumah agam di atas bukit itu turut menyimpan cerita misteri. Dari luar, rumah dua
tingkat yang dibina berasaskan kayu itu menggamit kedatangan pengunjung. Lokasi yang berada di atas bukit, dikelilingi
pepohon menghijau menjadikan suasana di situ begitu nyaman dan damai.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah Agnes

Keith? Apakah istimewanya wanita itu sehingga namanya

diabadikan pada rumah berkenaan. Agnes dilahirkan pada 6

Julai 1901 di Illinois, Amerika Syarikat. Beliau adalah penulis

buku cerita fiksyen Karyanya banyak disiarkan dalam

beberapa majalah terkemuka termasuk Reader’s Digest.

Selepas berkahwin dengan Harry Keith, Pegawai Konservasi

Hutan yang bertugas di Sandakan pada 1934, Agnes mengikut

suaminya ke Sandakan. Agnes dan keluarganya

pulang ke Amerika Syarikat.

Namun, apabila kembali ke

Sandakan pada 1946,

mereka mendapati rumah

itu musnah kemudian

dibina semula untuk

didiami keluarga Keith. Di

dalam rumah itulah

terhasilnya dua lagi buku

karangan Agnes berjudul

‘Three Came Home’ pada

1946.

FAKTA:

Agnes Keith House terletak di Jalan Istana, lima minit dari bandar Sandakan
10 kilometer dari Lapangan Terbang Sandakan
Teluk Sandakan di sebelah hadapan dan Laut Sulu Rumah boleh dilihat dari rumah ini
Agnes Keith House dibina sebanyak dua kali selepas Perang Dunia Kedua dan rumah kerajaan pertama
diperbuat daripada kayu selepas peperangan.
Pemulihan semula dibuat pada 2001 oleh Jabatan Muzium Sabah dengan kerjasama Jabatan Muzium dan
Antikuiti.

Antara catatan Agnes iaitu tinggal di rumah itu adalah mencatatkan pengalaman seram yang sering dilalui sepanjang
tinggal di rumah berkenaan. Agnes menulis: “Saya tidak percaya pada hantu. Tetapi setiap malam, saya dapat melihat
seorang wanita tinggi lampai mengucapkan selamat tinggal kepada suaminya, mengambil bayinya dan turun ke jalan
seorang diri, berdiri di hujung jalan dan menoleh ke belakang.”

Pengalaman seram turut dialami seorang Gambaran Catatan yang dilakarkan oleh Gambaran Catatan Pembantu
lagi penghuni, Rosemary, isteri kepada G L Rosemary, isteri kepada G L Carson Rumah kepada Tom Bayles
Carson yang menetap di situ selama 12
tahun (1955-1967). Rosemary tinggal seorang
diri ketika suaminya bertugas di Kota
Kinabalu. Menurut Rosemary, dia terbangun
pada waktu Subuh dan terdengar pintu di
bilik hujung rumah ditutup beberapa kali,
diikuti bunyi orang berjalan menuju ke
biliknya. Apabila dia membuka mata,
Rosemary mendapati satu lembaga wanita
berdiri di hujung katil sambil memerhati ke
arahnya. Dia tidak mengetahui apa yang
berlaku kerana selepas itu dia pengsan.
Seorang pembantu rumah yang bekerja
ketika Tom Bayles tinggal di situ pada 1967
hingga 1968 pula terserempak dengan
wanita sedang berdiri di anak tangga.
Banyak lagi catatan dalam bentuk makalah
yang dipamerkan di satu sudut rumah itu
yang menceritakan kejadian seram dialami
penghuni rumah berkenaan.

Misteri |@FAKTA MITOS 08

Kerat 18 eMajalah

bomoh paling kejam edisi2021
April
Misteri
@FAKTA MITOS Bahagian depan rumah yang pernah didiam
oleh Mona Fandey
PJeurnuuklaismer :: Zulizuan Zamri
Bingkai pintu bilik rumah
TRAGEDI pembunuhan ngeri bekas Ahli Dewan Mona Fandey
Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Idros @
Mohamad Mazlan Idris, pada Julai 1993 di Ulu Dong,
pernah menggemparkan negara sehingga mukim di
dalam daerah Raub, Pahang itu menjadi sebutan
orang ramai selama beberapa tahun iaitu rumah
separuh siap di dalam kebun di Kampung Pamah
Dong, Hulu Dong, Raub, Pahang. Penulis telah
ditugaskan untuk menulis semula cerita dan melawat
tempat yang dikatakan pernah dijadikan tempat
pembunuhan yang kejam 28 tahun yang lalu.

Rumah yang separuh siap ketika kejadian
pembunuh berlaku masih lagi wujud namun ia
dipenuhi belukar kini usang dan sering dijadikan
tempat pemujaan ajar sesat atau tempat penagih
dadah melepaskan gian. Suasana sunyi dan agak
jauh dari laluan penduduk kampung menjadikan
tempat ini seperti diselubungi dengan misteri
tersendiri. Pembunuhan kejam yang bersifat tiada
perikemanusiaan itu dilakukan oleh pasangan
bomoh, Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affandi
Abdul Rahman serta pembantu mereka, Juraimi Husin.
Pembunuhan ini juga dikaitkan dengan unsur-unsur
pemujaan. Perbicaraan yang melibatkan kes
pembunuhan ini yang mengambil masa selama 69
hari itu merangkumkan kesemua kisah ilmu hitam,
wang dan politik. Pembunuhan dipercayai bermotif
wang.

Peti yang dipercayai menyimpan separuh cebisan
mayat Datuk Idros @ Mohamad Mazlan Idris

Lubang tempat mayat Datuk Idros @
Mohamad Mazlan Idris ditanam di kawasan

rumah Mona Fandey

Misteri |@FAKTA MITOS 09

Kerat 18 eMajalah

bomoh paling kejam edisi2021
April
Mona Fandey atau nama sebenarnya Gambar : Mona Fandey Gambar : Mohd Affandi
Maznah Ismail adalah seorang penyanyi Abdul Rahman Gambar : Juraimi Husin
dan pelakon sebelum beralih ke bidang
perbomohan. Namun begitu namanya
kurang dikenali ramai sewaktu bergiat
dalam dunia seni. Memulakan kerjaya
awalnya sebagai penyanyi dan pernah
mengeluarkan album pertama yang
bertajuk, Diana I pada tahun 1987 dan
terkenal menerusi lagu “Ku Nyanyikan Lagu
Ini”. Ketika itu jugalah beliau mula
menggunakan nama komersial, Mona
Fandey, nama yang kekal popular dan
terus terpahat dalam ingatan rakyat
Malaysia sehingga kini.

Ketidakupayaan Mona menyanyi
dengan baik dikatakan menjadi punca
beliau beralih arah ke bidang perubatan
tradsional. Mohd Affandi Abdul Rahman
merupakan suami ketiga Mona dan
menuntut ilmu persilatan di Indonesia

Gambar rumah tidak bernombor di Kampung Pamah Dong, Hulu Dong, Raub,
Pahang pertemuan mayat Allahyarham Datuk Mohd Mazlan Idris

Datuk Idros @ Mohamad Mazlan Senjata yang digunakan oleh
Idrisdikatakan pernah berapa kali Mona Fandey, Mohd Affandi
meminta bantuan menggunakan "ilmu Abdul Rahman dan Juraimi
gelap" bagi kegunaan politik. Oleh kerana
pemilihan ketua cawangan politik akan Husin,
berjalan masa terdekat, beliau telah
menemui Mona Fandey bagi
mendapatkan sekali bantuan untuk
meningkatkan kerjaya politik dan
mendaki dengan mudah tangga parti.
Mangsa kemudiannya telah dijemput
untuk hadir ke rumah Mona Fandey dan
pasangannya, Mohd Affandi Abdul
Rahman untuk menyertai satu upacara
ilmu hitam. Dalam satu penceritaan, Mona
Fandey memberitahu Datuk Mazlan telah
diminta untuk baring di lantai dengan
mata tertutup sambil menunggu wang
untuk jatuh dari langit. Namun yang jatuh
kemudiannya bukan wang tetapi sebilah
kapak. Datuk Mazlan dipancung,
badannya dikerat dan sebahagian
kulitnya disiat. Mayat Datuk Mazlan
kemudiannya ditemui dipotong 18
bahagian dan ditanam di sebuah lubang
yang disimen di sekitar rumah Mona
Fandey.

Gambar : Allahyarham
Datuk Idros @ Mohamad

Mazlan Idris

Misteri |@FAKTA MITOS 10

Kerat 18 eMajalah

bomoh paling kejam edisi2021
April
Pakar Patologi
Hopsital Besar Gambar lubang yang menunjukan di mana
Kuala Lumpur anggota badan mangsa ditanam
sedang
menunjukkan

kepala ADUN
Batu Talam,
Pahang,
Allahyarham
Datuk Idros @
Mohamad Mazlan
Idris, kepada

Menteri Besar
Pahang ketika
itu, Tun Mohd
Khalil Yaakob
(tengah)

Gambar sebahagian anggota badan yang berjaya
dikumpulkan

Misteri |@FAKTA MITOS 11

Kerat 18 eMajalah

bomoh paling kejam edisi2021
April

Pelbagai jenis cerita dan benda yang seram orang yang BEKAS Ketua Pengarah Penjara, Datuk Omar
diceritakan. Antaranya Mona Fandey boleh terapung dalam sel, boleh Mohamad Dan.
baca surah Al-Fatihah terbalik dan cerita mengenai bahawa suaminya
iaitu Affandi boleh gari dan buka kunci pintu tanpa menggunakan kunci. Pegawai Penjara Kajang, Sarjan Azizah (kiri) bersama
Tetapi sejauh fakta dan mitosi kebenaran dan kesahihan cerita tersebut. Mona Fandey sepanjang sesi untuk hadir ke makhamah
Penulis dapat menemui bual Bekas Ketua Pegawai Penjara Pudu di mana
Mohd Affandi ditempatkan dan juga Pegawai Penjara Wanita di Kajang
yang ditugas menjaga sel Mona Fandey.

Mendengar cerita Datuk Omar bin Mohamad Dan, beliau adalah
Bekas Pengarah Jabatan Penjara Pudu sewaktu ketika Mohd Affandi dan
Juraimi menjalani hukuman disana. Disebabkan terlalu banyak khabar
angin mengenai kehebatan pasangan bomoh ini yang dikatakan
mempunyai ilmu hitam, Omar sendiri pernah menguji dan bertemu
sendiri Affandi ketika menjalani hukuman di Penjara Pudu. Ketika itu,
tersebar kencang khabar angin mendakwa Affandi mempunyai kuasa
luar biasa dan mampu membuka kunci pintu sel penjara serta beberapa
lapisan pintu lain dengan hanya menggunakan tangan kosong. Bukan
setakat menjadi perbualan masyarakat tetapi juga di kalangan
kakitangan penjara sendiri yang seolah-olah terpengaruh.
Namun, perbualan yang bermula berjaya mewujudkan suasana cukup
tenang dan ikatan saling mempercayai antara mereka berdua.
Memulakan bicara, Omar meminta Affandi supaya menceritakan
kebolehannya dan bagaimana dia boleh membuka beberapa lapisan
kunci pintu dan sel penjara dengan senang seperti yang diuar-uarkan.

"Awak ceritakan sikit macam mana buka gari dan buka kunci.
Betul ke awak boleh buka. Dia jawab... tak ada tuan. Memang saya ada
buka pintu sel tetapi sel yang belum dikunci (oleh kakitangan penjara).
Jadi saya buka macam biasa saja" jelas Affandi yang membuatkan Omar
hampir tergelak besar. Jawapan ikhlas Affandi itu sudah cukup
membuatkan Omar mendapat jawapan merungkai persoalan yang
menjadi bualan selama ini. Baginya, itu sudah memadai. Ketika pegawai
dan pengawal pengiring tertunggu-tunggu di luar bilik, Omar sekali lagi
bertanyakan soalan sama kepada Affandi; "Jadi memang betul awak tak
boleh buka gari dan kunci?." "Dia jawab... tidak tuan," kata Omar yang
cukup yakin Affandi bercakap jujur dengannya. Bahkan, Affandi
mengakui kakitangan penjara menjaganya dengan baik dan seolah-
olah memberi jaminan bahawa banduan tidak akan membuat kacau
jika mereka dijaga dengan baik oleh kakitangan penjara.

Menurut Pegawai Penjara Kajang Wanita iaitu Sarjan Azizah atau
lebih senang disapa sebagai ‘Cik Jah’ yang ditugaskan untuk menjaga
sel Mona Fandey. Cik Jah bercerita bahawa Mona Fandey tak pernah
berkata buruk pasal orang, peramah, menjaga adab dalam
percakapannya dan suka ajak berbual. Antara topik selalu dibualkan
ialah pasal anak-anak, bekas suami, suami yang terkini dan resepi
makanan. Dia kata dia suka letak daun pandan dalam masakan sebab
akan jadi wangi. Saya nampak dia seorang yang penyayang dan ikhlas.
Tak pernah tinggal solat lima waktu. Bukan itu saja, solat sunat dan wirid
juga tidak pernah ditinggalkannya, Setiap hari saya dengar Mona
mengaji al-Quran sehingga saya sendiri rasa terpegun. Waktu dia baca
wirid pula, saya pernah minta dia kuatkan suara kerana saya bimbang
dia membaca bacaan yang ‘salah’. Saya juga pernah menyuruh Mona
apungkan badannya macam dalam suratkhabar laporkan. Mona kata
gila ke apa? Mana dia boleh apungkan diri dia. Kemudian saya suruh dia
baca Surah Al-Fatihah terbalik. Mona jawab, sedangkan nak baca
bismillah terbalik pun susah apatah lagi Surah Al-Fatihah, Paling menarik,
saya pernah tanya pada Mona betul ke dia keluar sel dan ke Chow Kit?
Mona jawab, kalau dia boleh keluar sel buat apa dia nak ke Chow Kit?
Baik dia balik ke rumah dan tak perlu masuk ke dalam sel lagi. Namun,
apabila kita fikirkan balik, apa yang dikatakan Mona itu benar. Kalau
betul dia ada kuasa yang boleh memboloskan diri dari penjara, lebih
baik dia pulang ke rumah dari ke Chow Kit.

Sementara tu, Ustaz Abdul Rasyid yang bertanggungjawab
menjaga hal ehwal banduan berkata;
Alhamdulillah, Mona mengucap dengan fasih siap dengan terjemahan
sekali. Pada sayalah, dia tahu waktu dia nak mati. Balasan dunia dia dah
terima. Dengan Tuhan, kalau Tuhan terima taubat dia, mungkin dia jauh
lebih baik dari kita semua.

Misteri |@FAKTA MITOS 12

bomKoeh rpaalintg 1k8ejam eMajalah

edisi2021
April

Kronologi kes pembunuhan 3 September 1994:

Datuk Datuk Idros @ Mohamad Mohd Affandi Abdul Rahman dan Mona Fandey
Mazlan Idris dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh atas
tuduhan membunuh Adun Batu Talam, Datuk Idros
13 Julai 1993: @ Mohamad Mazlan Idris.

Juraimi Husin telah ditahan di Balai Polis Dong kerana 12 September 1994:
disyaki menagih dadah dan kemudiannya dibawa ke
Balai Polis Raub. Perbicaraan kes pembunuhan Mazlan bermula di
Mahkamah Tinggi Temerloh. Juraimi Husin, Mohd
18 Julai 1993: Affandi Abdul Rahman dan Mona Fandey
mengaku tidak bersalah atas tuduhan niat
Selepas dua minggu Datuk Idros @ Mohamad Mazlan bersama membunuh Datuk Idros @ Mohamad
Idris gagal dikesan, laporan polis mengenai Mazlan Idris.
kehilangannya dibuat oleh UMNO Bahagian Raub di
Balai Polis Raub. 9 Februari 1995:

19 Julai 1993: Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan
hukuman gantung sampai mati ke atas Mohd
Polis memulakan siasatan kehilangan Datuk Idros @ Affandi Abdul Rahman, Mona Fandey serta Juraimi
Mohamad Mazlan Idris. Juraimi Husin dibawa polis ke Husin kerana bersalah membunuh Datuk Idros @
kediaman yang terletak di Ulu Dong dan polis menemui Mohamad Mazlan Idris .
pita video, album gambar, keratan akhbar dan sijil
saham milik Mazlan. 16 Februari 1995 hingga

20 Julai 1993: 20 Oktober 1997:

Kira-kira jam 11.45 malam, Mohd Affandi Abdul Rahman Mohd Affandi Abdul Rahman, Mona Fandey dan
dan Mona Fandey ditahan di sebuah rumah Jalan 2/27C Juraimi Husin mengemukakan notis rayuan di
Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Mahkamah Tinggi Temerloh dan Mahkamah
Rayuan.
21 Julai 1993:
24 Oktober 1997:
Mohd Affandi Abdul Rahman dibawa ke Balai Polis Raub.
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram,
23 Julai 1993: Datuk Abdul Malek Ahmad dan Datuk Ahmad Fairuz
Sheikh Abdul Halim menolak rayuan mereka.
Mayat Datuk Idros @ Mohamad Mazlan Idris dijumpai di
sebuah rumah di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, 2 November 2001:
Raub Pahang. Mayatnya yang dipotong kepada 18
bahagian itu ditanam di dalam bilik stor kediaman Pada jam 5.59 pagi, Mona Fandey, Mohd Affandi
berkenaan. Abdul Rahman dan Juraimi Husin digantung
serentak di Penjara Kajang.
17 Ogos 1993:

Polis mendapat perintah mahkamah pasangan bomoh
itu dan Juraimi Husin ditahan di Penjara Pudu dan
Kajang.

26 Oktober 1993:

Siasatan awal pada kes pembunuhan Mayat Datuk
Idros @ Mohamad Mazlan Idris bermula di Mahkamah
Majistret Raub, Pahang

18 Disember 1993:

Mahkamah Majistret Raub memerintahkan kes itu
dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh untuk
perbicaraan atas tuduhan membunuh.

Misteri |@FAKTA MITOS 13

eMajalah Misteri |@FAKTA MITOS 14

edisi2021
April

BTijiapksPoket eMajalah

edisi2021
April

Tips Packing Baju Dengan Bijak

Melancong adalah aktiviti paling menggembirakan. Rasa tidak sabar menanti tetapi kitas ering naik
pening kepala bila mengingati barang-barang untuk melancong, tetapi anda perlu membawa banyak beg
gara-gara tidak tahu cara yang betul untuk menyimpan barang anda? Nak melancong dengan mudah?
Ramai di antara kita yang menghadapi masalah seperti ini kerana tidak tahu cara-cara yang betul
untuk mengemas barang-barang keperluan yang perlu dibawa.

Di artikel ini, kami berkongsi sedikit tips yang berguna untuk panduan bersama.

1. Gulung 4. Bungkus
Tips paling banyak jimat ruang Jika anda membawa banyak
dan memudahkan anda pakaian mudah renyuk, anda
menarik pakaian yang mahu boleh cuba cara ini iaitu
dipakai. Semestinya pilih dengan bentangkan pakaian
pakaian yang tidak terlalu yang paling mudah renyuk di
tebal, susah kedut/renyuk dalam bagasi dengan
untuk digulung seperti di atas. membiarkan bahagian yang
berlebihan di luar beg. Lapis
2. Lipat dengan pakaian yang lain
Ramai golongan berumur suka sehingga semua pakaian
menggunakan tips kedua ini berada dalam beg, dengan
kerana ia mudah dan cepat, pakaian paling susah renyuk
hanya bawa keluar dari berada paling atas.
wardrobe anda dan letak di Kemudian lipatkan bahagian
dalam bagasi. Susun ikut jenis pakaian yang berada di luar
baju/seluar/kain atau ikut bila beg ke dalam satu persatu
hari yang anda mahu pakai. seolah-olah membalut
pakaian paling atas tadi.

3. Guna beg kiub 5. Gabung semua cara
Asingkan pakaian anda Untuk cara lebih efektif,
menggunakan beg kiub untuk anda boleh gabungkan
menjimatkan ruang serta lebih semua cara di atas dalam
teratur. Ia membantu anda satu bagasi. Ruang yang
untuk mencari barang tanpa kosong di antara pakaian
menyepahkan pakaian lain. berlipat, boleh dipadatkan
dengan pakaian bergulung.
Barangan penjagaan diri
boleh diletakkan dalam satu
beg kiub bagi memudahkan
anda untuk mencarinya.

Misteri |@FAKTA MITOS 15

19 HARI eMajalah

BERTEMANKAN edisi2021
choki-choki April

Misteri “Saya cuba menjamah cendawan liar yang terdapat pada
@FAKTA MITOS pokok hutan berkenaan, bagaimanapun disebabkan tiada
pengalaman saya tidak berani mencubanya walaupun ketika itu
PJeurnuuklaismer :: terlalu lapar. “Sukar untuk saya gambarkan perasaan ketika
berada seorang diri di dalam hutan, takut, panik, menyesal dan
keinginan untuk bersama keluarga membuak-buak ketika itu.
“Bayangan bersama keluarga dan rakan menguatkan saya untuk
meneruskan hidup dan nekad untuk pulang ke pangkuan keluarga.
Saya tidak putus berdoa supaya dilindungi daripada semua jenis
gangguan termasuk haiwan liar dan diselamatkan secepat
mungkin,” katanya.

Masih ingat lagi tenatang kes hilang di Gunung Tahan Menurutnya, pada hari ke-11 dia terjatuh ke dalam sungai dan
gadis bernama Nur Umaisarah Sameon, pelajar tahun akhir hampir lemas.“Saya cuba mengimbangi badan Saya tidak jumpa
Diploma Perakaunan tahun yang pernah menggemparkan apa-apa, hinggalah terdetik di fikiran kalau bertemu orang bunian,
negara satu masa dahulu pada tahun 2008? Kehilangannya saya mahu melihat mereka (selamatkan) saya dan terdektik
hanya disedari oleh rakan sepasukannya ketika mereka tiba di dalam hati hati untuk bertenang, alhamduliiah akhirnya saya
Kem Kor dari puncak gunung, kira-kira jam 11 pagi. Penulis dapat berpaut pada tebing sungai setelah berapa kali tertelan air
telah berpeluang menemulbual Nur Umaisarah Sameon atau sungai” katanya. Dalam kepenatan dan berputus asa saya
lebih dikenali sebagai Umai dikalangan teman-teman rapat tertidur ditebing sungai saya bermimpi, gurunya yang dipanggil
beliau. Beliau kini telah berumahtangga dan mempunyai tiga Cikgu Nasri dan rakannya, Syed Zahir, bersila di atas batu yang
cahaya mata dan sedang aktif menjalankan perniagaan secara menjadi tempat tidurnya. Dalam mimpi itu, Umai memberitahu
online. hasratnya untuk meninggalkan tempat tersebut, namun Cikgu
Nasri menunjukkan nota di atas sekeping kertas yang bertulis
“Umai terpisah daripada kelompok rakan pendaki lain 'jangan jalan dulu kerana bantuan akan sampai'. Apabila Umai
disebabkan terlalu asyik melihat pokok bonsai berhampiran mahu mendapatkan penjelasan lanjut, kelibat Cikgu Nasri dan
kawasan perkhemahan mereka. “Kejadian itu berlaku ketika rakannya hilang begitu sahaja. Walaupun sedar bahawa itu
kami bersiap sedia untuk pulang dan menuruni gunung selepas hanyalah mimpi, namun pesanan itu dipegangnya juga tetapi
berjaya menawan puncaknya. Ketika rakan lain sibuk hanya untuk sehari. Dia rasa bosan menunggu kerana bantuan
berkemas dan bersarapan, saya bagai dipukau dan terlalu yang dinantikan tidak kunjung tiba"
asyik melihat pokok bonsai hingga tersasar jauh dari tempat
asal. Keindahan alam ketika mendaki gunung berkenaan
menyebabkan saya nekad berjalan seorang diri di kawasan
yang disangkakan tidak jauh daripada rakan lain. Sepatutnya
saya berpatah balik ke lokasi asal panik apabila mendapati
berada jauh ke dalam hutan. Saya tiada pilihan lain kecuali
mencari jalan keluar dengan sasaran utama mencari anak
sungai. Bagaimanapun, perjalanan saya semakin tersasar. Saya
sedar perlu bertahan dengan makan lima batang coklat yang
disimpan dalam poket, namun ia hanya bertahan selama tiga
hari saja. Coklat choki-choki itu dimakan sedikit demi sedikit
dan hanya untuk mendapatkan tenaga. Saya jenis tidak
memilih makanan dan tidak ada makanan kegemaran sangat
sebab saya bukan jenis yang cerewet dan memilih, mungkin
sebab itu badan saya berisi” katanya. Dia hanya bergantung
kepada bekalan air sungai untuk terus hidup sepanjang
tersesat di gunung berkenaan. Apa yang boleh saya tidak
boleh saya lupakan ialah suhunya sejuk sekali pada waktu
malam. Lebih-lebih lagi tidur di atas batu yang tidak rata
dan berdekatan dengan sungai dan setiap kali terjaga daripada
tidur, kaki saya rasa tegang dan perit. Sejuknya juga terasa
hingga ke tulang. Bagaimanapun, saya bersyukur sebab ketika
sesat itu, malam bulan mengambang, jadi tidaklah gelap
sangat. Saya juga bertuah kerana bukan musim hujang. Kalau
tidak, rasa saya tidak boleh terus berjuang untuk hidup hingga
hari ini. Takut pula kalau difikirkan semula. " katanya bila
mengingati apa yang berlaku pada tahun 2008 yang lalu.

Misteri |@FAKTA MITOS 16

19 HARI eMajalah

BERTEMANKAN edisi2021
choki-choki April

"Saya redah saja apa yang ada sehingga ada ketikanya, kaki FAkta yang perlu ingat jika
saya dipenuhi pacat tapi saya biarkan saja dan bila kenyang, pacat sesat dalam hutan
itu pasti jatuh. Kulit tangan bercalar-balar dan darah mengalir pun
saya tidak terasa sebab mahu cepat keluar dari hutan. Saya i. Berpatah Balik
sebenarnya penakut tapi saya sendiri tidak tahu dari mana Sekiranya anda sedar telah tersalah jalan dalam jangka masa 30 minit
datangnya kekuatan ketika itu. Mungkin ia berkat doa orang ramai. hingga 1 jam atau lebih, cuba kembali ke trek asal yang anda lalui.
Saya juga menunaikan sembahyang fardu dan solat sunat walaupun
pakaian saya koyak. Saya agak sahaja bila waktu sembahyang dan ii. Cari Kawasan Sesuai Untuk Rehat
arah kiblat kerana saya yakin Allah ada di mana-mana. Saya tidak Bertenang dan kembalikan tenaga anda semula dengan makan dan
pernah jumpa apa-apa yang pelik atau menakutkan. Saya tersesat minum. Minta pertolongan daripada Allah dan jangan panik. Selepas
disebabkan kecuaian sendiri. Penglihatan saya bukanlah ‘ditipu’ oleh selesai rehat, cuba kembali ke trek asal.
makhluk halus. Saya tidak mahu menakutkan diri sendiri dan selalu
bercakap pada diri yang malaikat itu lebih banyak daripada syaitan. iii.Cari Kesan Tapak Kaki Atau Tanda Yang Di Tinggalkan
Hanya burung, cengkerik dan serangga kecil yang saya nampak. Jika anda menjumpai kesan tapak kaki pada trek atau laluan, tunggu
Bunyi merekalah yang menjadi penghibur. Saya juga rasa bertuah sebentar disitu. Ini adalah kerana besar kemungkinan jurupandu atau
sebab tidak suka menonton cerita atau filem seram. Kalau tidak, guide akan mencari anda menggunakan laluan itu sekiranya anda
mesti saya terbayang-bayang sebab masa di hutan itu, pernah juga hilang.
terlintas filem Jangan Pandang Belakang tapi nasib baik saya tidak
pernah menontonnya. Waktu beg saya terjatuh, saya turut sekali iv.Tunggu Di Tepi Trek
terjatuh. Lutut saya sakit sebab terhentak kawasan keras. Sakit Sekiranya masih tiada tanda-tanda pencarian, seeloknya tunggu
sangat. Saya menjerit sekuat hati. Hanya Allah sajalah yang tahu dikawasan trek dan elakkan daripada tidur dikawasan itu kerana ia
perasaan masa tu. Sedang saya berjalan-jalan, saya tidak perasan mungkin menjadi laluan haiwan pada waktu malam. Berjimatlah
berada di tebing air terjun dan sekali lagi ketika itu saya tergelincir dengan bekalan makanan dan minuman yang anda ada.
dan terus jatuh ke dalam sungai. Saya hanya mengucap panjang
sebab dalam fikiran saya, mungkin saya akan mti di situ sebab v Tinggalkan Tanda Pada Laluan
saya tidak pandai berenang. Apa yang saya tahu ketika itu hanya Sekiranya anda ingin keluar sendiri dan berjalan mencari laluan,
melonjak-lonjakkan badan ke atas. Saya tarik tudung sebab rasa tinggalkan kesan anak panah atau sebarang tanda bagi memudahkan
sudah terbelit di leher dan ketika menolak badan ke atas, saya pencarian.
terpijak batu dan masa itu saya tolak badan kuat-kuat ke atas dan
terus berpaut pada batu di situ. Saya selamat tapi cermin mata vi. Mencari Makanan Atau Bekalan Air
saya hilang. Selepas kejadian itu, saya berehat lima hari sebab kaki Banyak makanan yang boleh dimakan di dalam hutan, cumanya ia
saya cedera. Masa itu, saya banyakkan solat sunat dan saya mungkin beracun atau elok dimakan. Cara untuk mengtahui ia beracun
bertasbih. Saya berdoa dan tidak henti-henti memanjatkan doa atau tidak adalah dengan menggunakan kaedah hidu, sapu dan
pada Allah.Malah setiap kali sujud, saya berdoa sebanyak 40 kali kunyah/sapu bawah lidah. Pucuk daun yang berbau busuk dan keras
saya minta Allah ampunkan dosa saya, saya minta hantarkan adalah tidak elok dimakan. Jika terasa panas, gatal atau loya pada
bantuan dan selamatkan saya. Memang saya bimbang dan alami tekak juga adalah tidak digalakkan untuk makan.
dugaan yang berat sekali bila cermin mata saya hilang. Dalam
keadaan ada cermin mata pun jarak penglihatan saya terbatas, vii. Cari Punca Air Atau Sungai
inikan pula bila sudah hilang. " ujur Umai dengan jujur. Air menjadi bekalan untuk terus hidup dan bertahan. Selain air,
alternatif lain adalah tumbuhan di hutan seperti pokok mempelas dan
Sepanjang 19 hari sesat, dia banyak berjalan dan perjalanannya lundang. Pokok ini mempunyai akar yang berair dan boleh diminum.
semakin mencabar apabila cermin matanya hilang. “Alhamdulillah, Sungai juga boleh menjadi petunjuk kepada anda untuk mencari
berkat doa berterusan, saya berjaya menemui laluan keluar dan tiba penempatan terdekat yang berada disitu.
ke sebuah tapak khemah pada hari ke-18. “Keesokannya barulah
saya menemui dua pemandu arah sebelum diselamatkan dan dapat
kembali bertemu keluarga,” katanya.

Umai juga menyatakan bahawa tidak serik untuk mendaki jika
diberi keizinan oleh suaminya. Pengalaman itu tidak pernah luput
dalam ingatannya dan netizen pula kerap mengulangi berita itu di
laman sosial setiap kali kejadian sama berlaku ke atas orang lain.
Umai juga telah menulis sebuah buku bertajuk " 19 Hari Sesat di
Gunung Tahan". Berkisahkan pengalaman yang dilalui olehnya
sepanjang berseorangan dalam hutan yang diterbitkan pada tahun
2014.

Misteri |@FAKTA MITOS 17

TerkiniMisteri eMajalah
Misteri belum Terungkai
MH370 edisi2021
April

Kehilangan pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370 yang hilang daripada imbasan radar semasa dalam
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China telah genap enam tahun pada 08 Mac 2021 masih menjadi satu
misteri yang tidak terungkai. Kerajaan Malaysia masih buntu tentang apa yang sebenarnya berlaku terhadap pesawat
itu. Keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777 itu masih menanti pengakhiran episod tragis itu
masih setia dengan sebuah harapan baru. Penemuan beberapa serpihan daripada sayap dan fiuselaj pesawat di Lautan
Hindi, berhampiran perairan pantai barat daya Afrika, menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai bagaimana
pesawat berkenaan boleh menyimpang jauh dari laluan asalnya.

Bagi ahli keluarga penumpang

dan kru MH370 kehilangan

orang tersayang yang berada di

dalam pesawat itu, enam tahun

adalah tempoh penantian paling

menyeksakan untuk menunggu

jawapan dan pada setiap kali

ulang tahun kehilangan pesawat

itu, keluarga dan sahabat akan

mengenang nasib mereka yang

hilang itu.

Pencarian secara meluas oleh

pelbagai negara dijalankan

sejurus selepas pesawat hilang

dan pencarian khusus

kemudiannya menggunakan

peralatan laut dalam yang

canggih selama berbulan-bulan

juga gagal untuk menemui bukti

yang mencukupi untuk

merungkai teka-teki. Terdapat

ura-ura pada awal tahun ini,

usaha pencarian yang dihentikan

itu akan disambung semula

beberapa bulan lagi.

Misteri |@FAKTA MITOS 18

TerkiniMisteri eMajalah

Misteri belum Terungkai edisi2021
April
MH370

Mengulas mengenai perkembangan terkini itu, pakar penerbangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Dr Mohd
Harridon Mohamed Suffian berkata, sebarang penyambungan semula pencarian perlu berdasarkan kepada petunjuk
baharu yang boleh dipercayai, yang kini belum wujud belum ada bukti fakta dari mana-mana pihak yang terlibat.
“Kita perlu merancang pencarian bukannya memperkatakan (mengenai sentimen) atau kerana desakan dan terbabit
dalam kerja sia-sia. Kita tidak boleh memberi harapan palsu yang boleh mendatangkan lebih banyak rasa tidak puas
hati kepada waris,” katanya baru-baru ini.

Setiap tahun, pelbagai teori baharu muncul mengenai Sementara itu, Geostrategis Encik Azmi Hassan berkata,
MH370 dan akan dipatahkan oleh pihak berkuasa, sama sebarang usaha pencarian akan membabitkan kos tinggi
ada daripada Malaysia, China atau Australia, pihak yang dan dengan itu perlu ada bukti baharu yang cukup kuat
terbabit dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu. untuk membolehkan pencarian semula dilakukan.
Sehingga kini, Kementerian Pengangkutan Malaysia juga “Bukti baharu yang diuar-uarkan baru-baru ini
belum membuat sebarang keputusan untuk memulakan sebenarnya banyak berlandaskan model arus laut
kembali pencarian memandangkan tiada petunjuk berbeza yang juga digunakan sebelum ini,” katanya.
baharu. Ringkasnya, tanpa sebarang bukti baharu, misteri
Kementerian juga perlu berunding dengan China dan terbesar dalam sejarah penerbangan dunia ini akan
Australia sekiranya keputusan dibuat untuk kekal tidak terungkai.
melancarkan semula pencarian.
Penyiasat penerbangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar
Mohd Haniff berkata, Kementerian Pengangkutan tepat
dalam keputusan tidak menjalankan pencarian tanpa
bukti baharu.
Abdul Rahmat Omar, bekas pegawai penyiasat Tentera
Udara Diraja Malaysia, mencadangkan dalam keadaan
semasa, mungkin Kementerian Luar boleh bekerjasama
dengan rakannya di Madagascar, La Reunion dan
negara-negara barat daya Afrika.
“Kerajaan negara-negara yang terbabit boleh diminta
untuk mengeluarkan notis memberitahu pihak berkuasa
tempatan masing-masing di kawasan pantai sekiranya
mereka menjumpai sebarang benda yang mungkin
dikaitkan dengan pesawat malang itu.
“Ini mungkin membantu mengecilkan kawasan lokasi
terakhir pesawat,” katanya.

Misteri |@FAKTA MITOS 19

Borak-Borak eMajalah
Fakta@Mitos
edisi2021
Misteri lagu 'Sephia' April

Hei, Sephia Hei, Sephia

Malam ini 'ku takkan datang Jangan pernah panggil namaku

Mencoba 'tuk berpaling sayang Bila kita bertemu lagi

Dari cintamu Di lain hari

Hei, Sephia Hadapilah ini

Malam ini 'ku takkan pulang Kisah kita takkan abadi

Tak usah kau mencari aku Selamat tidur kekasih gelapku

Demi cintamu (oh Sephia)

Hadapilah ini Semoga cepat kau lupakan aku

Kisah kita takkan abadi (oh Sephia)

Selamat tidur kekasih gelapku Kekasih sejatimu takkan pernah

Semoga cepat kau lupakan aku sanggup untuk melupakanmu

Kekasih sejatimu takkan pernah sanggup untuk Selamat tinggal kasih tak terungkap
melupakanmu
(oh Sephia)
Selamat tinggal kasih tak terungkap
Semoga kau lupakan aku cepat (oh…
Semoga kau lupakan aku cepat

Kekasih sejatimu takkan pernah sanggup untuk

meninggalkanmu

Lagu Sephia pernah menjadi fenomana yang berhantu atau Dalam kebuntuan untuk mencari irama lagu terbaik, tiba-tiba
menghantui hawa telinga pada tahun awal 90an adalah lagu telefon rumahnya berdering. Eross mengangkat dan bertanyakah
Sephia dari Kumpulan Sheila On 7. Lagu ini dinyanyi oleh Akhdiyat siapa? Suara perempuan kedengaran dan memperkenalkan dirinya
Duta Modjo atau lebih dikenali sebagai Duta dari Kumpulan Sheila adalah Sephia dan menyatakan bahawa Bertanyakan lebih lanjut
On 7 yang berasal dari berasal Yogjakarta, Indonesia. tentang dimana gadis itu mendapat nombor telefonnya, Sephia
menjawab dia dia adalah peminat setia kumpulan Sheila On 7 dan
Selain Duta yang bertindak sebagai vokalist kumpulan ini mendapat nombor Eross daripada temannya. Sephia turut
dianggotai lagi tiga orang anak muda iaitu Eross (Eross Candra), memberitahu dia berada di pondok telefon di hadapan rumah Eross.
Adam (Adam Muhammad Subarkah) dan Brian (Brian Kresna Eross kemudiannya keluar untuk mencari gadis itu namun tiada siapa
Putro). Lagu cipatan dari pemain gitar utama ini menaikkan pun di pondok telefon tersebut. Hanya gagang telefon yang terapung
kumpulan ini bila diperdengarkan di Malaysia. Lagu-lagu yang seperti dipegang oleh satu entiti. Eross yang ketakutan terus
dinyanyi dari kumpulan ini kebanyakkan yang adalah ciptaan ahli meletakan telefon rumah.
kumpulan Sheila On 7 Sheila On 7 terkenali dengan hasilan kerja
seni yang kreatif. Setiap lagu yang hasilkan atau dinyanyi oleh Sejak dari itu, Eross mencari cuba mencari siapakah gadis
Duta sering mendapat perhatian dan menjadi siulan hingga kini. berkenaan. Melalui bantuan kelab Peminat Sheila On 7, salah
Kumpulan juga dihormati kerana sering memberikan komitmen seorang peminat menyatakan bahawa mempunyai kawan yang
yang cemerlang dalam bidang muzik, membuatkan nama mereka bernama Sephia. Berjaya mendapatkan alamat rumah gadis tersebut,
terus mekar hingga sekarang. Pencipta lagu Sephia adalah Eross Eross pergi ke rumah tersebut lalu bertemu dengan sepasang suami
iaitu pemain gitar utama kumpulan Sheila On 7 mempunyai isteri yang merupakan ibu bapa, Sephia. Eross menceritakan
pengaruh yang kuat kerana kebanyakan lagu-lagu di dalam album peristiwa yang berlaku padanya dan ibu bapa Sephia menangis lalu
Sheila On 7 mendapat ilham hasil ciptaan dan petikan gitarnya. menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Rupanya, Sephia telah
Eross mencipta lagu Sephia berdasarkan pengalamannya, bait- terkorban dalam satu nahas jalan raya beberapa bulan yang lalu,
bait kata pada lirik yang mula hasil dari cerita pengalaman putus dalam perjalanannya ke konsert Sheila On 7. Eross kemudiannya
cinta kawan yang bertukar menjadi cerita pengalaman kepada meminta kebenaran untuk melawat kubur Sephia dan melakukan
Eross. Ketika sedang sibuk mencari inspirasi untuk menciptakan penghormatan dengan mencipta sebuah lagu khusus untuk Sephia.
irama lagu. Ilham Eross untuk berkarya dalam mencipta lagu selalu
berlaku pada leat tengah malam atau lewat pagi. Ternyata di sebalik lagu sedih ini, tersemat satu misteri yang
menyeramkan. Terpulang pada anda samada mempercayai dan
pandanglah berfikiran dari sudut yang positif. Setiap lagu yang
dihasilkan oleh penulis lagu sberdasarkan mempunyai cerita dan
pengalaman yang tersendiri.

Eross bersama gitar
kesayangan

Misteri |@FAKTA MITOS 20


Click to View FlipBook Version