The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FAKHRUL RIFDI (FRO), 2023-10-10 22:09:25

BUKU PERATURAN ROKET AIR KATEGORI SASARAN

Rules_Roket SASARAN MINGGU AKTIVITI

- 1 - PERTANDINGAN ROKET AIR KATEGORI SASARAN MRSM KUCHING (KATEGORI ROKET) SASARAN 60m dan 80m Peraturan Umum dan Syarat-Syarat Pertandingan Penganjur : Dengan Kerjasama : A. PERATURAN UMUM B. Pertandingan ini akan diadakan secara atas langsung dan tertutup kepada pelajar Maktab Rendah Sains MARA Kuching (MRSM) sahaja. C. Pasukan terbaik yang terpilih dalam pertandingan ini layak untuk bertanding di peringkat kebangsaan. D. Setiap rumah sukan terdiri daripada 2 pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada tiga (3) orang murid . E. Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori SASARAN seperti berikut: i. Kategori S1 – Sasaran (Target) 60 meter ii. Kategori S2 – Sasaran (Target) 80 meter Nota: Setiap pasukan WAJIB menyertai semua kategori SASARAN yang ditetapkan bagi setiap pusingan 5. Setiap pasukan digalakkan membina model roket air mengikut bilangan seperti berikut: i. Kategori S1 – satu (1) model roket (minimum) ii. Kategori S2 – satu (1) model roket (minimum) 6. Sesi Pembinaan Roket Air (Water Rocket Making Session) boleh dijalankan di sekolah, rumah atau di mana-mana lokasi yang difikirkan sesuai oleh setiap pasukan. Bagi Kategori S1 & S2 (Sasaran), Sesi Pelancaran Roket Air (Water Rocket Launching Session) adalah secara luaran (outdoor) dan tertakluk kepada penggunaan padang MRSM Kuching . 7. Bahan keperluan dan peralatan yang akan digunakan bagi pembinaan model roket air adalah terbuka dan hendaklah disediakan sendiri oleh setiap pasukan. Sila rujuk Perkara C – Cadangan Senarai Bahan Keperluan dan Peralatan. 8. Setiap pasukan perlu kreatif dalam rekaan muncung kon dan sirip roket air yang hanya menggunakan bahan berasaskan plastik dan bahan lembut sahaja. 9. Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah berasaskan kepada kombinasi tekanan air dan udara sahaja.


- 2 - 10. Johan dan ranking keseluruhan dalam pertandingan ini adalah ditentukan berdasarkan jarak yang diperoleh dari SASARAN yang ditetapkan penganjur daripada setiap kategori seperti berikut: i. Kategori S1 ii. Kategori S2 11. Semua peraturan dan syarat pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis awal. 12. Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD bagi semua kategori pertandingan. Sebarang bantahan tidak akan dilayan. 13. Pihak pengendali pertandingan ini adalah tidak bertanggungjawab atas sebarang insiden yang berlaku disebabkan oleh kecuaian peserta, guru pembimbing/mentor atau pihak penganjur/tuan rumah di lokasi masing-masing sepanjang pertandingan ini berlangsung. Kategori R2 - Sasaran (Target) 1. Kategori sasaran (target) akan dipertandingkan di PERINGKAT MAKTAB. 2. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air masing-masing dan jatuh di zon sasaran yang ditetapkan. Lokasi tapak pelancaran (outdoor) , zon sasaran diuruskan penganjur dan keperluan lain yang berkaitan hendaklah diuruskan oleh pasukan rumah sukan. 3. Sesi ini akan dipantau secara langsung (LIVE) oleh pihak pengendali/hakim mengikut kaedah dan persiapan teknikal yang ditetapkan lebih awal dan perlu diaturkan oleh setiap pasukan Rumah Sukan di tapak pelancaran masing-masing. 4. Jarak sasaran, x dari tapak pelancar ke pusat sasaran (bull’s-eye) adalah ditetapkan sejauh 60-meter dan 80- meter. 5. Untuk memastikan roket air yang dilancarkan jatuh di zon sasaran, setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol, tekanan udara dan sudut pelancaran roket air. 6. Setiap pasukan hanya diperuntukkan sebanyak dua (2) kali pelancaran sahaja dan salah satu jarak terbaik akan diambil kira untuk pemarkahan. 7. Tempoh pemasangan (setup), persediaan dan pelancaran roket air adalah TIDAK melebihi 3 minit. 8. Lokasi pendaratan (landing point) roket air yang jatuh dalam zon sasaran akan ditanda (bendera kecil) dan jarak akan diukur dari pusat sasaran (bull’s eye) ke landing point tersebut oleh setiap pasukan. Ukuran perlu ditunjukkan/dimaklumkan secara jelas kepada panel juri untuk pengesahan. Markah akan ditentukan berdasarkan jarak terdekat roket air dari pusat sasaran (bull’s-eye). Jarak yang paling hampir dengan pusat sasaran (bull’s-eye) akan memperoleh markah tertinggi 9. Hanya salah satu (1) percubaan terbaik sahaja daripada dua (2) percubaan yang diberikan akan diambil kira dalam pengiraan markah bagi penentuan kedudukan keseluruhan untuk kategori ini. 10. Roket air yang jatuh di luar zon sasaran adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan). 11. Sekiranya roket air berpecah kepada dua (2) bahagian sejurus selepas pelancaran dan sebelum mendarat di permukaan padang (ground), percubaan tersebut adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan).


- 3 - C. SENARAI BAHAN KEPERLUAN DAN PERALATAN 1. Setiap pasukan dikehendaki menggunakan botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter untuk pembinaan model roket masing-masing iaitu maksimum dua (2) botol plastik kosong minuman berkarbonat 1.5 Liter yang bersesuaian bagi setiap model roket air. 2. Semua model roket air akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang disediakan sendiri oleh penganjur. 3. Cadangan bahan dan peralatan yang perlu disediakan oleh setiap pasukan untuk Sesi Pembinaan Roket Air (Water Rocket Making Session) dan Sesi Pelancaran Roket Air (Water Rocket Launching Session) masing-masing adalah seperti berikut: i. Pensil ii. Marker pen iii. Pembaris iv. Gunting v. Pen-knife vi. Pita pelekat vii. Kertas PVC viii. Strawboard/Impraboard ix. Clear binding cover x. Plastisin xi. Span xii. Hot glue gun xiii. Penimbang xiv. Pita Pengukur (100m) xv. Penanda (small flag) xvi. Tripod kamera xvii. Smart phone/Tab xviii. Pelancar roket D. PENGENDALI / HAKIM Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak kami seperti butiran berikut:- Urusetia Unit Fizik , MRSM Kuching Tel/Whatsapp : 0174428364 Zon Sasaran Tapak Pelancar x = 60m & 80m 7 m 14 m Pusat Sasaran (bulls-eye) Jarak Sasaran, x = 60m & 80m meter 1 m 4 m


Click to View FlipBook Version