HARI : SABTU TARIKH: 18 MEI 2024 MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : DEWAN KENYALANG MRSM KUCHING BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG BADAN PEMUAFAKATAN MRSM KUCHING KALI KE-19 2024
ATURCARA DAN AGENDA MESYUARAT AGUNG BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA CAWANGAN MRSM KUCHING TAHUN 2024 0900 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi : Pendaftaran Ahli Mesyuarat : Ucapan Pembukaan Majlis Oleh Pengacara Majlis : Bacaan Doa : Ucapan Alu-aluan Pengetua : Ucapan Alu-aluan NYDP Muafakat : Mesyuarat Agung Bermula : Alu-aluan Pengerusi Mesyuarat : Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Lepas : Pembentangan laporan dan pengesahan Laporan Setiausaha 2023-2024 : Pembentangan Laporan dan pengesahan Laporan Kewangan 2023-2024 ( Berakhir 31 Disember 2023 ) : Pembentangan usul-usul : Pelantikan AJK Tambahan Muafakat 2023/2025 : Sesi pemilihan tiga (3) orang perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Muafakat Kebangsaan : Ucapan penangguhan NYDP Muafakat 2023/2025 : Bersurai
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada hari yang mulia ini di Mesyuarat Agung MUAFAKAT Cawangan MRSM Kuching kali Ke - 19. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang sudah bertungkus lumus dalam memastikan perjalanan mesyuarat pada hari ini dapat dijayakan dengan lancar. Saya juga merakamkan penghargaan kepada semua ahli muafakat cawangan MRSM Kuching terutamanya warga ibu bapa dan guru yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada majlis ini. Menyingkap jerit perih perjalanan MUAFAKAT belakangan ini, organisasi ini sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menempuhi arus moden yang serba pantas pada masa kini. Seiring dengan prestasi MUAFAKAT yang semakin membanggakan, masyarakat dilihat menaruh sepenuh kepercayaan terhadap kebolehupayaan, kecekapan dan keberkesanan pengurusan MUAFAKAT dalam membantu serta menyokong hal ehwal kebajikan, kesejahteraan dan kecemerlangan pelajar-pelajar IPMA. Hal ini pastinya menguji kematangan dan ketelitian MUAFAKAT dalam memikul serta menjunjung amanah yang diberikan oleh masyarakat khususnya waris pelajar-pelajar IPMA agar segala hasrat dan impian dapat dicapai dengan jayanya. Oleh itu, melalui Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT sememangnya merupakan wadah yang menjadi penghubung antara ibu bapa, guru dan pihak pengurusan untuk bersama-sama berbincang serta bermuafakat terhadap apa jua isu dan permasalahan yang berbangkit agar dapat ditangani dengan cekap dan berhemah. Justeru, saya menyeru kepada barisan jawatankuasa MUAFAKAT agar lebih bersikap proaktif dan progresif dalam mengetengahkan serta melaksanakan dasar dan perancangan organisasi yang lebih bersistematik demi memajukan dan meningkatkan lagi prestasi MRSM, Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA dipersada dunia. Kerjasama erat yang dizahirkan antara ibu bapa, guru dan pihak pengurusan merupakan gabungan mantap yang harus dipelihara agar MUAFAKAT terus menjadi sebuah pertubuhan yang berkualiti dan disegani di peringkat yang lebih tinggi. Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan khususnya buat Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi bagi memastikan segala matlamat dan sasaran Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia dapat direalisasikan dengan jayanya. Akhir kata, sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia Cawangan MRSM Kuching kali Ke 19 ini. Sekian. Dato’ Ts. SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD PRESIDEN MUAFAKAT MARA Malaysia
BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA ( M U A F A K A T ) Maktab Rendah Sains MARA Kuching, Jalan Sultan Tenggah, Petra Jaya, 93050 Kuching, SARAWAK Tel: 082-447439/447589 Fax: 082-447435 Semua ahli, Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia, MUAFAKAT Cawangan Kuching, Maktab Rendah Sains MARA, Kuching, Sarawak. 19 April 2024 Tuan/ Puan, JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BADAN MUAFAKAT MRSM KUCHING KALI KE- 19 Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Badan Muafakat MRSM Kuching pada ketetapan berikut: Tarikh : 18 Mei 2023 (Sabtu) Masa : 0900 pagi Tempat : Dewan Kenyalang, MRSM Kuching 2. Ahli Jawatankuasa Badan Muafakat MRSM Kuching bersetuju mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan perlu mengisi maklumat kehadiran melalui Google Form melalui link https://forms.gle/Tr9x77MGVvaNCJke8. Borang pengesahan kehadiran perlu diisi sebelum atau pada 10 Mei 2024. 3. Untuk makluman, hanya Ahli Muafakat yang sah iaitu yang telah menjelaskan bayaran yuran Muafakat dibenarkan turut serta dalam AGM dan berhak untuk bersuara memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan dalam Muafakat. 4. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan mempunyai usul dan cadangan, perlulah dihantar kepada pihak kami pada atau sebelum 3 Mei 2024 melalui beberapa kaedah seperti: i. Usul dan cadangan dihantar melalui pos kepada Setiausaha Badan Muafakat MRSM Kuching, Jalan Sultan Tengah 93050 Kuching atau faks ke talian 082-447435 ii. Usul dan cadangan juga boleh dihantar kepada guru homeroom melalui aplikasi whatsapp. iii. Usul dan cadangan juga boleh dihantar melalui pautan link Google Form melalui link https://forms.gle/Vt7qevAKrEmVdG2f9. Oleh itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan/puan dapat hadir ke mesyuarat ini . Dilampirkan atur cara dan agenda serta surat maklum balas untuk tindakan pihak tuan/puan. Segala Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sebarang perubahan tertakluk kepada pindaan dan akan dimaklumkan segera. Sekian, terima kasih. Yang benar, (SITI AMYRUUL SALIANA BT RUSALI) Setiausaha MUAFAKAT MRSM Kuching, Sarawak.
‘Majlis Amanah Rakyat’ JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT CAWANGAN MRSM KUCHING KALI KE-19 BAGI TAHUN 2024. PENASIHAT : PENGETUA PENGERUSI : TIMBALAN PENGETUA PEMBANGUNAN PELAJAR Ajk Buku Program : En. Fakrul Rifdi Bin Omar (K) Pn. Haznizah Bt Adam Ajk Persiapan Tempat : En. Umar Farouq Bin Wisam (K) En. Iskandar Shah Bin Mohd Ismail En. Mohd Fitri Bin Aziz Ajk Pendaftaran : Pn. Jeissy Jazmina Binti Lim (K) Pn. Hazliawati Binti Hajemi Pn. Nur Nazifa Binti Ahmad Ajk Makanan : Pn. Doren Anak Gibson Mengkoh (K) Pn. Ivy Anak Mady Pn. Nurhuda Binti Ramli Ajk Pengiraan Undi : En. Muhammad Hafiz Aizat Bin Hut (K) En Shamsul Bin Senusi Pn. Norliza Bt Yong Pn. Noorfairuz Binti Serbini Ajk pengacara majlis dan Bacaan Doa : En. Andrew Anak Duju (K) Ustaz Azwan Bin Abd Aziz Ajk Media dan Teknikal : En. Abdullah Humaidi Bin Mohd Khirrudin (K) En. Melvis Martin Ajk Kawalan Lalu lintas : En. Amir Farhan Bin Omar (K) En. Wan Azmil Bin Wan Rohamidun
MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT MRSM KUCHING KALI KE-18 HARI : SABTU TARIKH : 13 MEI 2023 MASA : 0930 PAGI TEMPAT : DEWAN KENYALANG, MRSM KUCHING KEHADIRAN: AGENDA : 1. Ucapan Pembukaan Majlis oleh Pengacara Majlis 2. Bacaan Doa 3. Ucapan Alu-aluan Pengetua 4. Ucapan Alu-aluan YDP Muafakat 5. Pembentangan dan Penerimaan Minit Mesyuarat Agung Tahun 2022 6. Laporan Setiausaha 7. Laporan Bendahari 8. Pembentangan Usul 9. Ucapan Penangguhan YDP Muafakat 2023/2025 KEHADIRAN: Haini@Paon Bt Sekawi Siti Norbaida Hasmani Binti Abu Bakar Narly Banas Doren Anak Gibson Mengkoh Nickson Luta Anak Semana Nelson Rody Anak Joshua Abdul Rahman Bin Ahmad Shallmie Affandi Nur Qistina Abdullah Naemah Mahmud Dayang Nurul Aida Binti Abang Masaid Sh Norafizah Binti Wan Arbi Safridah Binti Amin Paulsta Sherman Jout Dayang Suhaila Binti Abg Masaid Joseph Bin Pak Norsiah Binti Birang Fadilla Anak Maxwell Saiton Binti Taha Maslina Binti Rosli Limah Ak Untai Sopia Binti Baki Fatimah Binti Bujang Norzuliana Binti Zakaria Tuah Rapiee Janting Anak Ringkai Mohd Hazri Abdullah Rose Emira Binti Ibrahim Ponimah Binti Rohim Zawani Binti Madra Fortuna Binti Jali Norfatanah Binti Tajuddin Ab Aziz Bin Abdullah Roslan Bin Arbi
Azli Bin Mahli Christine Tiong Jenny Ak Valentine William Sze Soon Swan Yeen Rajis Anak Daling Hanisah Binti Bujang Ismas Ismail Jairi Bin Sualin Nelson Bayang Anak Chakong Mohamad Axszan Bin Bujang Renee Kuan Sing Ee Mohd Faizal Bin Rosli Philverson Anak Alexco Lucy Anak Jito Abdul Razak Bin Mit Shuib Bin Seman Azura Anak Damuk Mohamad Radzali Bin Mohamad Ramli Hadi Bin Ahim Emaily Anak Langgong Noralia Binti Harun Ahmady Bin Solong Zaitul Akmal Binti Abdullah Zawawi Salamah Bt Seri Emi Binti Hussien Zarina Bokhari Liza Kristy Anak Acham Asyfarina Binti Ondoy Nini Norimi Binti Sahrom Hamimah Binti Ujir Hamzah Bin Idi Dayang Rahayu Gracia Imelda Anak John Rino Hasiroll Bin Nawawi Ruzilawati Binti Poniti Zanneda Bt Jumat Alice Pu Ting Kosin Yahya Bin Saruji Mohd Azmi Bin Othman Achmaed Ckhalifh Alamien Catherine Anak Serang Mohammad Khazsrulhazsmie Bin Husaini Asmawati Mahidi Hajiah Bt Kip Ria Riedara Binti Speri Pn. Dorina Anak Lasah Muhamad Tarmizi Bin Abdul Hamid Philomena Septimus Amit Pn. Caroline Ann Mai Mujjahiddin Bin Ramli Vincent Bensten Anak Muning Christina Ak Madil Hazarina Binti Tuah Sh Hasiah Wan Bujang Hamka Bin Arshad Siti Salwa Binti Ismail Baruyah Bintibyusuf Sarbini Bin Hj Ahmat Siti Farahiah Bt. Mohamed Muhamad Kasmi Shahrir Mohammad Arnie Bin Mustapha Azman Bin Abdullah Mohd Faezie Bin Hashim Munirah Bt Mohamad Rabaai Andra Anak Jonek Muhammad Sabaruddin Bin Selihin Evangesta Anak Entau Bahsan Meriam Nabila Farhan Abdullah Mohammad Aziz Bin Mohamad Zaini Nurul Azyra Binti Said Nurhuda Binti Ramli Rafidah Binti Bolhassan Dorithy Apau Ahmad Zakaria Bin Anoar Muhamad Hafiz Bin Brahim Caroline Anak Anduk
Herman Hadafi Bin Mohamad Mohd Fathi Bin Ramli Malik Husain Dadang Bin Abdullah Philip Sandai Semail Bin Razali Nadzuanahanifa Binti Abdullah Awang Kushyairi Bin Awang Sapri Hamzah Bin Bolhan Siti Hajar Minani Binti Othman Ronnie Binti Azmi Juliana Anak Michael Muhammad Randie Bin Abdullah Jeffery Kai Julia Binti Kana Kusmayati Zialen Hashim Bin Ramelan Mohamad Faisal Bin Abdul Rahman Lucia Anak Dominic Gisong Ruzaililah Binti Yahya Bujang Jiah Binti Abdullah Sukri Bin Hashim Dayang Aziah Binti Abang Mok Paul Ak Dauu Dahlia Alias Sahlan Bin Bonon Faizan Bin Mat Rohana Binti Isnawi Nedick Anak Apat Ismail Bin Rajak Mohd Azwan Bin Mohd Pohari Muhammad Johan Aliff Bin Abdullah Mohammad Faisal Moslaini Bruno Alben Anak Meding Mohd Najib Bin Zamhari Dayang Norshamsila Binti Awg Shahminan Ishak Bin Buang Moliana Binti Yusuf Panang Anak Nyarapong Amir Rashidi Abu Bakar Hadiot Binti Matnor Juliana Binti Johan Abang Muhammad Faiz Azliza Binti Bujang Syahrul Nizam Junaini Mairah Anak Akam Mustakim Bin Mohamed Norsalasiah Binti Mohd Hairuddin Pn. Hariani Binti Abidin Yusri Bin Wahab Encik Belalang Anak Bajat Ali Bin Abdullah Rozey @ Roziana Binti Zamli Adnan B Bausah Hazliawati Binti Haji Hajmi Emiziana Binti Ebon Shamsul Senusi Bin Jamal Norliza Yong Firdaus Bin Abd Munir Hamidah Binti Ali Mohammad Gahffari Bin Hamdan Mod Junaidi Bin Julam Nurul Aziatul Akma Binti Hajemi Melvis Martin Wan Azmil Bin Wan Rohamidun Muhammad Hafiz Aizat Bin Hut Alitee Sibabak Vincent Nelos Safruddin Bin Bohari Haznizah Binti Adam Jalil Orange Saptuyah Anak Gondek Mohd Fitri Bin Aziz Nor Azmir Ariffin Noor Ashikkin Binti Mohamad Nor Nasarudin Bin Sapuan Abang Zainorin Bin Mohd Shazli Abang Johanizam Bin Abang Robil Normala Hassan Jamilah Mohamed Jamil Hamidah Ali Nurhuda Binti Ramli Suriati Sugiman
Sarimah Anshari Nur Nazifa Binti Ahmad Mohd Aidid Bin Md Said Najiha Norman Jacqueline Anak Stephen Tipek Sri Rahayu Binti Sumardi Masmery Binti Sirat Asyraf Fahmi Bin Che Rahim Siti Amyruul Saliana Binti Rusali Fakhrul Rifdi Bin Omar Fernandez Gesa Iskandar Shah Bin Mohd Ismail Ivy Anak Mady Susan Anak Nyuling Sh Hasiah Wan Bujang Umar Farouq Andrew Anak Duju Fatmawati Binti Sazali Maliha Bt Luie Norani Padil Dayangku Noraminah Binti Awang Ali Scholastica Anak Kusong Zuliati Bt Sapawi Jeissy Jazmina Binti Lim Monaliza Binti Johnwayne Syarifah Munah Binti Wan Bujang Roziyah Binti Ismail Hariani Binti Abidin Fiona Joyce Anak Makah Amir Farhan Bin Omar Hadidah Abdullah Humaidi Bin Mohd Khirrudin Bariah Bt Samsudin Noradi Padil Zuliati Bt Sapawi Ya-Kub Bin Noh Wan Nasir Tarang ak Rundu Halimah Bt Sahrom Geogina George Nichol Sophia Ak Laka Azis Bin Median Mohammad Nazib Bin Pabeli Caesarena Anak Peter Ahmad Sultan Abdulla Bil Perkara Tindakan 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS 1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan guru-guru ke Mesyuarat Agung Tahunan Muafakat Cawangan MRSM Kuching. 2.0 BACAAN DOA Mesyuarat dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Safruddin Bin Bohari 3.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA 2.1 Pengetua mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa dan waris ke Mesyuarat Agung MRSM Kuching Kali ke-18 secara bersemuka setelah dua tahun dijalankan secara dalam talian kerana kekangan keadaan semasa terutama semasa PKP. 2.2 Mesyuarat kali ini akan diadakan pembubaran ahli jawatankuasa dan akan diadakan pemilihan bagi calon ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2023/2025 Makluman Makluman
2.3 Selaku Penasihat Badan Muafakat MRSM Kuching, diperjelaskan semula matlamat utama Muafakat merujuk kepada Perlembagaan Muafakat. 2.4 Ucapan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh Muafakat MRSM Kuching kerana dalam tempoh 3 tahun MRSM Kuching daripada tangga ke 50 berupaya melangkah hingga ke tangga 11 daripada 55 MRSM yang terdapat di Malaysia. 2.5 Pengetua turut mengingatkan kepada ibu bapa bahawa MRSM merupakan rumah kedua bagi anak-anak. Tanggungjawab membentuk sahsiah dan jati diri anak-anak bermula daripada rumah iaitu melalui peranan ibu bapa. Dalam hal ini, kerjasama ibu bapa sangatlah diharapkan untuk mengingatkan anak-anak supaya mejaga sahsiah dan jati diri. Makluman Makluman Ibu Bapa/Muafakat 3.0 UCAPAN ALU-ALUAN YDP MUAFAKAT 3.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran ibu bapa pada hari ini. Setinggi juga penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT dan AJK Mesyuarat Agung Tahunan yang memudahkan kelancaran mesyuarat. 3.2 YDP memperkenalkan barisan Exco Muafakat sesi 2021/2023 yang telah dilantik secara dalam talian semasa mesyuarat kali ke - 17 yang lepas. 3.3 YDP mengingatkan berkaitan tujuan dan objektif Muafakat selaras yang terkandung dalam Perlembangan Muafakat. Matlamat utama adalah untuk membantu MRSM dalam menjayakan aktiviti akademik dan kokurikulum melalui suntikan dana daripada pihak Muafakat. Sumbangan luar dan kutipan daripada ibu bapa juga telah banyak membantu terutama dalam kutipan CCTV bagi mencegah kes kecurian di asrama. Makluman Makluman Makluman 4.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS 2.1 Encik Azis Bin Median mencadangkan untuk mengesahkan minit mesyuarat tahun 2022 dan disokong oleh Encik Seri Kawi Makluman 5.0 LAPORAN SETIAUSAHA 5.1 Setiausaha Puan Siti Amyruul Saliana Binti Rusali membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan 2022 5.2 Mohamad Axszan Bin Bujang mencadangan penerimaan laporan aktiviti dan disokong oleh Encik Wan Azmil Bin Wan Rohamidun. Makluman
6.0 LAPORAN BENDAHARI 6.1 Cik Ismas Binti Ismail membentangkan Laporan Kewangan yang berakhir Disember 2022 - Laporan Kewangan telah diaudit oleh Pn Saripah Aziah Wan Yon (CA21776). - Pada penghujung Disember 2022 dana terkumpul RM 37,083.20 - Puan Siti Norbaida Hasmani Binti Abu Bakar mencadangkan bendahari diterima dan disokong oleh Puan Haini @Paon Bt Sekawi Makluman 7.0 PEMBENTANGAN USUL-USUL 7.1 Pengangkutan ke Lapangan Terbang 7.1.1 Usul dicadangkan oleh Puan Sofia Laka yang mengusul agar ada guru/guru homeroom yang boleh ditugaskan untuk menghantar anak pulang ke terminal lapangan terbang. Ini kerana, anak yang dibawah umur 17 tahun diperlukan untuk mengisi Borang Kebenaran oleh pihak pengangkutan dan perlu ditandatangani orang dewasa. Caj boleh dikenakan mengikut kadar yang ditentukan oleh pihak sekolah. Adalah menjadi cabaran bagi ibu bapa dari luar Kuching yang tiada keluarga berdekatan untuk memenuhi permintaan pihak pengangkutan sekiranya anak pulang secara pilihan, buat masa ini hanya mengharapkan ikhsan ibubapa lain yang sudah tentu juga ada komitmen lain. 7.1.2 Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar menjawab bagi pulang bermalam pilihan tidak disediakan pengangkutan bas ke lapangan terbang. Namun bagi tarikh pulang bermalam wajib akan disediakan pengangkutan bas serta guru pengiring bagi memudahkan urusan daftar masuk pelajar. Ibu bapa yang jauh, diminta merujuk jadual pulang bermalam yang telah disediakan bagi semester 1 dan membeli tiket penerbangan bersesuaian dengan masa iaitu selepas sesi akademik selesai. 7.2 Pemasangan jaring nyamuk 7.2.1 Usul dicadangkan oleh Tarang ak Rundu, Christina Madil, Christine Tiong dan Soon Swan Yeen iaitu memasang jaring nyamuk di dalam bilik anak. 7.2.2 Maklum balas daripada Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar iaitu kos pemasangan sendiri tidak dibenarkan kerana perlu mengikut spesifikasi pemasangan.
7.2.3 Pengetua turut memaklumkan bahawa pemasangan bagi bangunan kerajaan memerlukan spesifikasi. Pemasangan ini juga memerlukan kelulusan dan kos pemasangan juga berbeza. 7.3 Akademik 7.3.1 Usul dicadangkan oleh Puan Sophia Ak Laka iaitu menyediakan kelas tutorial tambahan. Ibu bapa tidak dapat menghantar anak menghadiri kelas tuisyen di luar, manakala prep malam pula diadakan secara berkumpulan tanpa kehadiran guru. Justeru, adalah perlu untuk anak dibimbing oleh guru untuk meningkatkan prestasi. Caj boleh dikenakan dan boleh dibuka kepada pelajar yang berminat. Anak sering mengadu terdapat masalah dalam pembelajaran dan hanya boleh merujuk kepada guru semasa kelas, selain merujuk kepada senior pada masa prep. Sekiranya tuisyen boleh diadakan semasa sesi prep, sudah tentu anak-anak lebih banyak masa untuk mendalami topik yang kurang difahami justeru mengurangkan risiko anak terus hanyut dalam kegagalan. Puan Sophia turut mengusulkan kepada guru homeroom untuk lebih agresif dan aktif dalam melaksanakan fungsi Homeroom. Contohnya mengadakan kelas bimbingan, ceramah motivasi dan sebagainya selain mengadakan lawatan sosial. Ini untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi emosi, sosial dan akademik mereka untuk lebih proaktif dalam pelajaran. 7.3.2 Maklum balas daripada Timbalan Pembangunan Akademik mengatakan bahawa kelas tambahan akademik hanya melibatkan kelas Tingkatan 5 dan IGCSE. Bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 3 diadakan kelas tambahan (PGG) dijalankan hanya bagi subjek sains dan matematik. 7.3.3 Pengetua turut memaklumkan bahawa jam 2.30 hingga 4.30 petang dan jam 8.30 malam hinga 10 malam merupakan waktu kelas persediaan/prep bagi para pelajar. 7.4 Perkhidmatan dobi 7.4.1 Usul dicadangkan Puan Sophia Ak Laka iaitu menyediakan lebih banyak mesin dobi secara berbayar. Cabaran yang dihadapi ialah token yang tidak mencukupi yang mungkin disebabkan faktor vendor yang jarang datang atau ada pelajar yang menukar token berlebihan sehingga tidak mencukupi untuk orang lain (tiada bukti sahih). Perkara ini menyebabkan pakaian tidak dapat dicuci dan dikeringkan secara bersih. Adalah penting untuk pihak sekolah memastikan kebajikan anak-anak terjaga dengan mewujudkan
persekitaran yang bersih, bukan hanya daripada segi pemakanan, tetapi juga dari segi pemakaian. 7.4.2 Maklum balas daripada Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar iaitu mesin dobi berbayar adalah perkhidmatan tambahan selain daripada perkhidmatan dobi wajib daripada Bahagian Pendidikan Menengah. Pertambahan mesin masih dalam proses. Bagi isu token, pihak vendor akan mengambil tindakan segera. 7.4.3 Usul dicadangkan oleh Puan Geogina George Nichol untuk memansuhkan bayaran dobi untuk mereka yang tidak menggunakan perkhidmatan dobi, Hal ini kerana, ada di antara anak langsung tidak menggunakan perkhidmatan dobi di situ. Kebanyakannya mencuci sendiri di asrama atau dibawa pulang ke rumah ketika pulang bermalam/outing. Dicadangkan agar diberikan opsyen kepada pelajar sekiranya mereka ingin hantar ke dobi, maka jelaskan bayaran. Kalau tidak, maka dikecualikan bayaran tersebut. 7.4.4 Maklum balas daripada Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar iaitu bayaran dobi adalah bayaran perkhidmatan wajib di semua MRSM. Bayaran sebanyak RM10 sebulan. 7.5 Keselamatan 7.5.1 Usul yang dicadangkan oleh Puan Sophia Ak Laka iaitu menjalankan pest-control secara berkala kerana terdapat aduan anak-anak yang mengatakan banyak tikus berkeliaran di sekitar asrama sehingga masuk ke bilik. Jika kos ini tidak dapat ditampung oleh pengurusan, boleh dibincangkan cara dana boleh dikumpul daripada ibu bapa seperti dilakukan untuk CCTV sebelumnya bagi membendung masalah ini. Kita sedia maklum bahawa tikus adalah haiwan penyebar penyakit dan sangatlah ditakuti jika timbulnya penyakit berjangkit seperti kencing tikus berlaku di sekolah. 7.5.2 Maklum balas daripada pengetua, bagi menangani isu ini maktab memerlukan peruntukan sebanyak RM3,240.00 bagi pemasangan perangkap tikus dan pest-control. Pihak maktab masih mendapatkan dana untuk menampung kos. Dalam hal ini, pengetua juga menyeru agar ibu bapa patuh terhadap peraturan membawa makanan dari rumah bagi membendung masalah tikus. 7.5.3 Timbalan Pembangunan Pelajar juga turut memohon ibu bapa supaya tidak membekalkan makanan dari luar kepada anak-anak bagi membendung masalah ini. Malah ibu bapa juga disarankan untuk membuat pemeriksaan beg dan peralatan anak-anak sebelum
kembali ke maktab. Tindakan ini dapat membantu mengelakkan anak-anak membawa bahan terlarang masuk ke dalam Kawasan maktab. 8.0 Pelantikan AJK 2023/2025 YDP Muafakat Calon 1: Encik Aziz Bin Median Dicadangkan oleh: Encik Mohammad Nazib Bin Pabeli Disokong oleh: Puan Hamimah Binti Ujir Calon 2: Encik Mohammad Nazib Bin Pabeli Dicadangkan oleh: Encik Ahmad Sultan Abdulla Disokong oleh: Puan Siti Norbaida Hasmani Binti Abu Bakar Puan Siti Norbaida Hasmani Binti Abu Bakar mencadangkan cadangan ditutup dan disokong sebulat suara. YDP: Encik Mohammad Nazib Bin Pabeli NYD Muafakat Calon 1: Puan Hamimah Binti Ujir Dicadangkan oleh: Encik Azis Bin Median Disokong oleh: Encik Mohammad Axszan Bin Bujang NYDP: Puan Hamimah Binti Ujir AJK Ibu Bapa 1. Puan Dorina Anak Lasah 2. Puan Halimah Bt Sahrom 3. Encik Azis Bin Median 4. Encik Mohamad Axszan Bin Bujang 5. Puan Doren Anak Gibson Mengkoh 6. Puan Caesarena Anak Peter 7. Encik Ahmad Sultan Abdulla Encik Wan Nasir mencadangkan cadangan ditutup. Ucapan Penangguhan YDP sesi 2023/2025 memperkenalkan AJK Muafakat Sesi 2023/2025. Ucapan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan
bagi barisan AJK yang telah dipilih. Semoga Muafakat MRSM Kuching semakin cemerlang dalam usaha melahirkan anak-anak bangsa yang mempunyai keupayaan yang holistik. Majlis ditutup dengan bacaan surah Al-Asr. Majlis ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari. Disediakan oleh, Disemak oleh, (SITI AMYRUUL SALIANA BINTI RUSALI) (HAMIMAH BINTI UJR) Setiausaha MUAFAKAT NYDP MUAFAKAT
LAPORAN SETIAUSAHA AKTIVITI KERJASAMA MUAFAKAT Bil Aktiviti Tarikh Tempat 1. Majlis Graduasi MRSM Kuching Kali ke-22 11 Januari 2023 Dewan Kenyalang 2. Majlis Restu 1 Februari 2023 Dewan Kenyalang 3. Jamuan Hari Terbuka Asrama 3 Februari 2023 Dewan Kenyalang 4 Hari Terbuka Asrama 2 November 2023 MRSM Kuching 5. Majlis Graduasi MRSM Kuching Kali ke-23 8 Disember 2023 Dewan Kenyalang 6. Majlis Perpisahan Pengetua dan Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar 14 Disember 2023 MRSM Kuching SUMBANGAN MUAFAKAT Bil Aktiviti Tarikh Tempat 1. Mock Interview 27 Januari 2023 MRSM Kuching 2 Sumbangan Asnaf SSM (Zakat) 4 April 2023 Dewan Kenyalang 3. Sumbangan Hari Guru 10 Mei 2023 Dewan Kenyalang 4. Sumbangan Majlis Anugerah Pengetua, Jamuan Majlis Kecemerlangan Akademik 10 Julai 2023 Dewan Kenyalang 5. Sumbangan Alat Muzik 23 Ogos 2023 MRSM Kuching 6. Sumbangan Pembelian Khemah 23 Ogos 2023 MRSM Kuching 7. Sumbangan Pest-control 19 Oktober 2023 MRSM Kuching
LAPORAN KEWANGAN BADAN MUAFAKAT MRSM KUCHING TAHUN 2023
3 MUAFAKAT MRSM KUCHING PENYATA DANA TERKUMPUL PADA 31 DISEMBER 2023 2023 2022 Nota RM RM Aset Semasa Tunai di bank 21,619.30 36,797.08 Tunai di tangan 175.14 183.14 21,794.44 36,980.22 Liabiliti Semasa Yuran tersalah bayar 525.00 1,614.00 21,269.44 35,366.22 Dana Terkumpul Dana terkumpul awal tahun 36,980.22 37,083.20 Tambah/(Tolak) : Lebihan/(Kurangan) dana tahun semasa (15,710.78) (1,716.98) Dana terkumpul akhir tahun 21,269.44 35,366.22
4 MUAFAKAT MRSM KUCHING PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 2023 2022 Nota RM RM Pendapatan : Hibah bank 28.80 35.52 Sumbangan diterima 2 21,700.00 5,200 Yuran tahunan 35,320.00 32,315 Yuran Tertunggak 1,730.00 Pelbagai pendapatan 3 58,778.80 37,550.52 Tolak Perbelanjaan : Belanja pengurusan 4 9,228.08 4,614 Caj bank 29.50 9.50 Pelbagai belanja 5 860.00 Sumbangan kepada MRSM 6 64,372.00 34,644 74,489.58 39,267.50 Lebihan / (Kurangan) dana tahun semasa (15,710.78) (1,716.98)
5 MUAFAKAT MRSM KUCHING PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 RM Baki pada 1 Januari 2023: Tunai di bank 36,797.08 Tunai di tangan 183.14 36,980.22 Terimaan: Yuran Tersalah Bayar 525.00 Yuran Tertunggak 1,730.00 Hibah bank 28.80 Sumbangan diterima 21,700.00 Yuran tahunan 35,320.00 Akaun Tumpang 200.00 59,503.80 96,484.02 Bayaran: Akaun Tumpang 200.00 Belanja pengurusan 9,228.08 Caj bank 29.50 Pelbagai Belanja 860.00 Sumbangan kepada MRSM 64,372.00 74,689.58 Baki pada 31 Disember 2023: Tunai di bank 21,619.30 Tunai di tangan 175.14 21,794.44 96,484.02
6 MUAFAKAT MRSM KUCHING NOTA-NOTA KEPADA AKAUN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 No Butiran 2023 2022 RM RM 1. Tiada Tiada 2023 2022 RM RM 2. Sumbangan diterima Organisasi Luar 10,750.00 200 Kutipan CCTV 5,550.00 Tabung Akademik 3,480.00 Tabung Kebajikan 1,920.00 Projek Khas PPN Wilayah 5,000 21,700.00 5,200 2023 2022 3. Pelbagai pendapatan Tiada Tiada Kutipan SMART Card Kutipan PGG & Majlis Restu Bayaran Ahli Seumur Hidup Jamuan Perpisahan Pengetua En. Riza
7 2023 2022 RM RM 4. Belanja pengurusan Yuran Tersalah Bayar Tahun 2022 2,042.00 80 Yuran tahunan MUAFAKAT Kebangsaan 3,125.00 3,175 Tuntutan Perjalanan & Penginapan Mesyuarat Agung Muafakat 1,075.08 679 Jamuan Mesyuarat Muafakat 2,191.00 480 Token Auditor Akaun 2022 200.00 200 Hadiah Penghargaan/ Souvenir Badan MUAFAKAT Bayaran Pembelian Resit 525.00 Jamuan Lawatan Presiden MUAFAKAT 70.00 9,228.08 4,614 5. Pelbagai belanja Tiada Jamuan & Hadiah Majlis Perpisahan Pengetua En Junaidi bin Julam & TPPP En Gahffari 860.00 860.00 Tiada 6. Sumbangan kepada MRSM Bayaran Penceramah Seminar Teknik Menjawab Prinsip Akaun 720 Bayaran Penceramah Matematik & Matematik Tambahan SPM 600 Majlis Perpisahan Tingkatan 5 900 Majlis Graduasi 11,881.00 (2022: 4,896.00 2023: 6,985.00) Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 10,000.00 (SPM & IGCSE 2022: 7,000.00, Majlis: 3,000.00) 2,300 Sumbangan Kertas A4 1590
8 Sumbangan untuk Sambutan Hari Guru & Hari Pekerja Sumbangan Hadiah untuk Guru/Staff 2,910.00 3,840 Sumbangan Penghargaan Pelajar Cemerlang Sem 1 & Sem 2 3,853.00 (Sem 2 2022: 1,440.00, Sem 1 2023: 2,413.00) 2,310 Sumbangan Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 3,600 Sumbangan Jamuan Kecemerlangan SPM 2,940 Sumbangan sanitiser/ face mask/ vitamin C (Covid-19) 4,300 Sumbangan Coway minuman pelajar 8,044 Sumbangan Program Mock Interview 2,687.00 Sumbangan Majlis Mohon Restu 2,705.00 Jamuan Hari Terbuka Asrama 3,000.00 (2022: 1,000.00 2023: 2,000.00) Sumbangan Asnaf SSM 6,950.00 Sumbangan Asnaf SSM Zakat 3,850.00 Sumbangan ANSARA 3,000.00 Sumbangan Pemasangan CCTV 6,780.00 Sumbangan Pembelian Khemah 1,836.00 Sumbangan Pembelian Alat Muzik 1,500.00 Sumbangan Pest Control di Asrama 3,420.00 64,372.00 34,644
BIL USUL NAMA PENCADANG1 PEMASANGAN CCTV Ezayani Binti Hadjeli 2 Membenarkan ibu bapa untuk masuk kereta ke asrama sekiranya anak pulang bermalam hujung minggu. Ini kerana barang2 anak biasanya banyak untuk dibawa pulang, dan menjadi beban kepada anak apabila terpaksa dibawa ke anjung muafakat/parkir pentadbiran. Gyma Marich Saibi 2 PENYEDIAAN MEJA DAN KERUSI DALAM BILIK TIDUR PELAJAR Jacqueline anak John Gerep 3 Meningkatkan keselamatan bilik asrama dan membolehkan pintu bilik dikunci Ezayani Binti Hadjeli 4 Kes Buli Ezayani Binti Hadjeli Mohon penggantian cermin tingkap bilik asrama, telah memaklumkan untuk membuat penggantian tetapi tindakan penggantian lambat & kadang-kadang tiada stok. Pihak kami faham perlu buat bayaran tetapi apabila nak buat pembayaran cermin tiada stok bukan apa kalau tiada cermin takut nyamuk masuk ke dalam asrama. Shah Rizan Bin Rajak Tingkap dlm asrama kalau dpt tukar jeniis yang lain,rangka tingkap mudah berkarat sukar bg pelajar utk menutup tingkap,kadang cermin kaca mudah tanggal dan terjatuh,bahaya bagi pelajar Halimah bt sahrom Memastikan air Cuckoo tiada masalah, jika ada masalah mohon bekalkan air untuk kegunaan pelajar di asrama. Permasalahan air cuckoo setiap tahun ada masalah dan menyukarkan pelajar untuk dapatkan sumber air. Shah Rizan Bin Rajak 6 CADANGAN USUL DA5
G MAKLUM BALAS Perbincangan Pengetua dan TPPP Keadaan bilik pelajar terlalu kecil Perbincangan pengetua dan TPPP Kes buli diberikan perhatian oleh pihak maktab 1. Mesin cuckoo memerlukan kos untuk penyelenggaraan. Pihak koperasi mencadangkan supaya pihak MUAFAKAT menanggung kos selenggaraan atau pembelian baru mesin kerana keadaan mesin yang sudah melebihi tempoh 5 tahun penggunaan. Terdapat 7 mesin penapis air cuckoo yang perlu diberikan perhatian. 2. Pihak MUAFAKAT juga telah menyumbang 4 mesin penapis air Coway yang turut memerlukan kos selenggaraan. 3. Pihak koperasi menyediakan perkhidmatan mesin air bertapis yang telah mendapat kelulusan KKM bagi membantu menampung permintaan air. Mesin ini diletakkan di hadapan Koperasi 4. Sekiranya pihak MUAFAKAT bersetuju untuk menyelenggara atau membuat pembelian baru. Mesin penapis air akan diletakkan di kawasan dewan selera bagi memudahkan pemantauan Bulan januari hingga februari telah dilaksanakan proses penggantian. Proses penggantian ini melibatkan kawasan asrama dengan bantuan pihak jurutera dan staff. Namun pada bulan April 2024, sebanyak 75 keping dilaporkan pecah. Maktab mengeluarkan dana yang banyak bagi menampung kos penggantian cermin yang pecah. AN MAKLUM BALAS
7 Saya ingin mencadangkan supaya pelajar perempuan Muslim dibenarkan untuk memakai tudung selain warna hitam dan putih untuk sesi prep. SITI HAFIZAH BINTI NOH 8 Sekiranya perlu untuk membeli tshirt untuk minggu aktiviti atau apa apa aktiviti di sekolah memerlukan tshirt,perlu ada surat dari pihak sekolah.Untuk mengelak kan kes penipuan atau kes lepas tangan sekiranya pelajar yang mengurus order tersebut. Aranza 9 Tidak membenarkan pelajar/senior untuk membuat kutipan duit untuk sesuatu pembayaran/pembelian terhadap pelajar lain tanpa kebenaran/pengetahuan para guru dan ibubapa. Segala kutipan/pembayaran yang ingin dibuat perlu ada surat/hitam putih/penjelasan yang jelas supaya tidak lagi berlaku sebarang kes penipuan atau salahguna duit melibatkan para pelajar. Dayang Nurfaraheen binti Awang 10 Memohon utk memasang soket supaya murid senang utk mengecas hp,kadang2 bertunggu giliran utk mengecas hp,kalau dpt setiap bilik asrama perempuan dan asrama lelaki di pasang satu soket setiap bilik, Halimah bt sahrom 11 Memasang jaring utk menhindar dari nyamuk dan serangga lain,bg setiap tingkap Halimah bt sahrom 12 Memandangkan penapis air yang dipasang di asrama tidak mampu untuk menampung keperluan air panas untuk para pelajar, bolehkah pihak DS membekalkan air panas kepada pelajar. Pada waktu makan malam, pelajar drop thumbler di DS dan ambil semula selepas habis prep malam. Khairil Anuar bin Ramlan 13 Wujudkan satu common room di setiap blok asrama sebagai bilik tv bagi membolehkan pelajar menonton tv pada hujung minggu disamping sentiasa peka terhadap isu isu semasa. Khairil Anuar bin Ramlan 14 Bagi mengurangkan kecurian diasrama, selain drpd cctv, apakah inisiatif pihak maktab dalam mencegah perkara ini berlaku? Khairil Anuar bin Ramlan 15 Anugerah Akademik juga diberikan kepada pelajar yg menunjukkan peningkatan drpd semester yg sebelumnya. Ini bagi memberi galakan kepada pelajar-pelajar supaya sentiasa berusaha sehabis baik dlm pelajaran mereka. Hamimah Ujir
Ibu bapa dan penjaga boleh merujuk buku peraturan pakaian MRSM. Tiada pembelian t-shirt melainkan t-shirt Pendidikan Jasmani. Setiap cadangan pembelian t-shirt, hendaklah meminta surat permohonan kepada pengetua dan dapatkan kebenaran (persetujuan) daripada pihak ibu bapa/penjaga. Setiap pembelian t-shirt hendaklah melalui pihak koperasi. Iskandar Tiada soket dibenarkan di dalam bilik asrama. Di kawasan ruai randau ada disediakan soket. Kos pemasangan jaring nyamuk memerlukan kos dan perlu mengikut spesifikasi pemasangan. Tiada ruang untuk mewujudkan bilik selain daripada bilik pelajar. Bilik yang sedia ada sangat terhad. Bagi penggunaan TV, disediakan di dewan selera dan dalam proses pembelian semula TV bagi kegunaan pelajar. Pelajar hanya dibenarkan membawa duit tunai sebanyak RM30 sahaja. Koperasi dan kantin sudah boleh menggunakan transaksi tanpa tunai bagi mengelakkan pelajar membawa tunai dalam jumlah yang banyak. Sekiranya ibu bapa menyerahkan tunai yang banyak ( pembayaran buku atau untuk anak yang jauh) boleh diserahkan kepada guru homeroom. Pelajar yang menunjukkan peningkatan akan diberikan hadiah galakkan iaiutu Lonjakan Saujana (Peningkatan paling tinggi). Pelajar yang menunjukkan peningkatan memang diraikan
PENGHARGAAN Yang Di-Pertua dan Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT MRSM Kuching merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang telah memberikan sumbangan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung Muafakat MRSM Kuching Kali Ke 19.