DPP B4
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA
PASIR MAS
INFORMATION SHEET
PROGRAMME SEM 2
SESSION
COD/COURSE DUA20032/62 SHEET NO LP06
NO. OF STUDENTS PENGAJIAN MALAYSIA
DURATION WEEK 6
LECTURER 2 JAM
SITI JAMILAH BT YUSOF VENUE
UNIT UNIT 3: SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA
SUB-UNIT :
3.1 Federalisme
3.2 Demokrasi Berparlimen di Malaysia
LEARNING Pada akhir pdp, pelajar dapat :
OUTCOME i. Menyatakan konsep federalism secara ringkas
ii. Menyatakan konsep demokrasi berparlimen di Malaysia
iii. Menjelaskan fungsi demokrasi berparlimen di Malaysia
Page 1 of 16
DPP B4
UNIT 3: SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan yakni Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (YDPA) berperanan sebagai Ketua
Negara. Sebagai pelengkap kepada pembentukan negara, Perlembagaan Persekutuan telah digubal dan
menjadi punca kuasa serta sumber perundangan utama negara. Perlembagaan Persekutuan menjelaskan
struktur pembahagian kuasa dalam sistem pentadbiran negara yang meliputi badan perundangan (Legislatif),
badan eksekutif (Pentadbiran) dan badan kehakiman (Judisiari) serta peranan kerajaan negeri dan
hubungannya dengan kerajaan pusat.
Bab ini menghuraikan beberapa unsur utama dalam sistem dan struktur pemerintahan di Malaysia yang
diamalkan sejak era selepas kemerdekaan sehingga hari ini. Perkara yang dihuraikan termasuk komponen
utama dalam sistem pemerintahan, pembentukan kerajaan dan tanggungjawab pemerintah. Keterangan yang
terperinci berkaitan komponen utama dalam sistem kerajaan Malaysia seperti YDPA, badan pentadbiran,
badan perundangan dan badan kehakiman turut diberikan.
3.1 Doktrin Pengasingan Kuasa
Konsep doktrin pengasingan kuasa ini merupakan idea yang dikemukakan seorang pemikir barat iaitu John
Locke dan dikembangkan oleh Montenquieu, seorang ahli falsafah terkemuka Perancis pada abad ke-18
(Syed Ahmad Hussein : 1994). Montenquieu mengutarakan bahawa doktrin pengasingan kuasa ialah
pembahagian kuasa kepada tiga badan bebas iaitu badan perundangan (legislative), kehakiman (judiciary),
dan eksekutif (executive).
Doktrin pengasingan kuasa merupakan prinsip atau kepercayaan mengenai pemerintahan
berperlembagaan yang mengesyorkan pengasingan kuasa dan fungsi pemerintahan ketiga-tiga badan
tersebut agar tidak tertumpu kepada seseorang individu atau sesebuah lembaga sahaja. Pengasingan kuasa
ini perlu bagi menjamin kuasa pemerintahan tidak bersifat mutlak oleh mana-mana pihak. Pengasingan kuasa
Page 2 of 16
DPP B4
bermakna kelainan fungsi yang dijalankan oleh badan atau institusi tertentu, mengikut bidang kuasa masing-
masing dan tidak bertindih.
Badan perundangan berfungsi sebagai pembuat undang-undang dan meminda undang-undang yang
sedia ada agar tidak ketinggalan zaman. Dengan kata lain, badan ini bertanggungjawab untuk membuat
peraturan-peraturan yang akan diamalkan oleh sesebuah negara. Institusi ini juga mempunyai kuasa untuk
menyelia segala tindakan pemerintah atau raja agar mematuhi kehendak dasar yang diluluskan oleh dewan
perundangan. Namun badan ini tidak boleh menyerapkan kuasanya kepada badan lain.
Badan pentadbiran atau eksekutif ialah badan yang menjalankan kuasa dan mengamalkan undang-
undang yang diluluskan oleh dewan perundangan. Badan ini menguatkuasakan segala keputusan badan
kehakiman yang mungkin memberi keputusan yang bertentangan dengan kehendak badan eksekutif itu
sendiri mahupun badan perundangan.
Ketiga ialah badan kehakiman yang menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan dan
memberikan keputusan yang muktamad. Badan kehakiman akan berpandukan undang-undang yang
diluluskan oleh dewan perundangan atau berpandukan perlembagaan negara semasa menjalankan tugas
mereka. Selain itu, badan kehakiman juga mempunyai kuasa untuk mengawal badan eksekutif dan badan
perundangan. Dalam hal ini, badan kehakiman dapat menjatuhkan hukuman ke atas para pegawai pemerintah
termasuk eksekutif negara yang tidak menjalankan tugas dengan sempurna atau jika didapati menyeleweng
daripada tugasnya yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan.
Page 3 of 16
DPP B4
3.1.1 Amalan Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia
Doktrin pengasingan kuasa di Malaysia berbeza dengan doktrin asal. Amalan doktrin pengasingan kuasa di
Malaysia menekankan kuasa secara relatif (kebergantungan) antara ketiga-tiga badan bebas tersebut. Situasi
ini memberi ruang dan peluang kepada badan-badan ini untuk bergerak bebas di samping mempunyai
peranan tersendiri. Dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia, Perlembagaan Persekutuan telah
mengasingkan badan perundangan, badan pentadbiran dan badan kehakiman (judiciary) dalam sistem
pemerintahan negara.
Menurut Ranjit Singh Malhi (2000), idea terpenting mengenai pengasingan kuasa ialah orang yang
sama tidak harus bertanggungjawab bagi membuat undang-undang, menguatkuasakannya dan menghukum
orang-orang yang melanggarnya. Hal Ini bermakna doktrin tersebut melibatkan pembahagian kuasa
pemerintahan yang jelas antara badan-badan perundangan, eksekutif dan kehakiman tanpa sebarang
pertindihan. YDPA merupakan Ketua Negara yang berkuasa bagi ketiga-tiga badan tersebut.
Doktrin ini juga menjelaskan bahawa badan yang membuat undang-undang hanya dibenarkan
Page 4 of 16
DPP B4
membuat dan tidak boleh menyerahkan kuasa itu kepada badan-badan lain serta tidak boleh mempunyai
kuasa-kuasa lain. Badan yang memerintah hanya dibenar menjalankan pemerintahan negara sahaja dan tidak
boleh membuat undang-undang dan menjalankan kuasa kehakiman. Begitu juga dengan badan kehakiman
yang hanya dibenarkan melaksana kuasa kehakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau
menjalankan kuasa pemerintahan. Matlamat doktrin pengasingan kuasa ialah untuk mengelakkan pemusatan
kuasa dalam tangan mana-mana pihak.
Menurut Ruslan Zainuddin (2004), struktur pemerintahan di Malaysia mengandungi ketiga-tiga badan
dalam sistem pemerintahan iaitu badan perundangan, badan pentadbiran dan badan kehakiman. Kuasa
tertinggi bagi ketiga-tiga badan itu terletak pada YDPA sebagai Ketua Negara dan juga merupakan ketua
kepada ketiga-tiga badan itu. Menurut Perlembagaan Malaysia, baginda bukan sahaja memegang kuasa
eksekutif malahan juga kuasa perundangan.
Dari segi perundangan, Bab 4 Perkara 44, Perlembagaan Persekutuan meletakkan kuasa legislatif
persekutuan pada Parlimen yang ditunjangi tiga komponen penting iaitu YDPA, Dewan Negara dan Dewan
Rakyat. Dalam hal ini, fungsi YDPA dan dua dewan tersebut, sifat anggotanya adalah berlainan orang dan
memperlihatkan ciri pengasingan kuasa dan kawalan dalam meluluskan satu-satu undang-undang itu.
Pentadbiran perundangan pada peringkat persekutuan lazimnya diletakkan di bahu Perdana Menteri, ahli-ahli
kabinet serta ahli-ahli Parlimen yang terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Pada peringkat
kerajaan negeri pula, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ahli Dewan Undangan Negeri menjalankan
tugas pentadbirannya. Ini merupakan satu lagi contoh doktrin pengasingan kuasa dalam aspek perundangan
di Malaysia.
3.1.2 Peranan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-Raja
Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang memerintah mengikut kuasa yang diberikan kepada YDPA oleh
perlembagaan. Baginda harus bertindak atas nasihat kabinet atau jemaah menteri yang bertindak di bawah
kuasa am kabinet (biasanya Perdana Menteri). Sebagai ketua negara Malaysia, YDPA berada di puncak
ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman. YDPA mempunyai keutamaan yang melebihi
semua orang di Malaysia dan tidak boleh didakwa dalam perbicaraan mana-mana Mahkamah. Baginda bebas
daripada menyebelahi mana-mana pihak atau parti politik dan merupakan lambang kedaulatan, perpaduan
negara serta memayungi rakyat tanpa mengira keturunan, agama dan bangsa.
3.1.2.1 Yang di-Dertuan Agong (YDPA)
Page 5 of 16
DPP B4
Perkara 181, Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan.
Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada YDPA. YDPA dilantik lima tahun sekali
daripada kalangan sembilan orang raja Melayu yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja. Baginda mempunyai kuasa
mengatasi segala orang dalam persekutuan dan tidak boleh di dakwa di mana-mana mahkamah kecuali
Mahkamah Khas yang dianggotai raja-raja sahaja. YDPA memegang jawatan selama lima tahun tetapi
baginda boleh meletak jawatan sebelum tamat tempoh perkhidmatan dan boleh dipecat daripada jawatan
YDPA oleh Majlis Raja-Raja.
Jawatan YDPA diwujudkan pada tahun 1957 dan merupakan satu-satunya jawatan seumpama itu di
dunia ini. Seorang raja berperlembagaan memegang jawatan secara dipilih dan bukannya dilantik secara
turun-temurun seperti di negari-negari yang mengamalkan sistem beraja (Ruslan Zainuddin : 2010). Sebagi
ketua tertinggi negara, YDPA mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan.
Fungsi sebagai Ketua Negara dapat dilihat dalam tiga cabang kerajaan, iaitu eksekutif, perundangan dan
kehakiman.
a) Kuasa Eksekutif
Fasal 39, perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada YDPA. Walaupun terdapat beberapa pengecualian
dalam perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan YDPA, secara lazim baginda menerima nasihat dari
Page 6 of 16
DPP B4
kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri. Baginda juga walaupun bertindak atas nasihat kabinet atau
menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain kabinet),
boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi perlembagaan iaitu:
i. melantik seorang Perdana Menteri.
ii. bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen.
iii. meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan dan kebesaran raja dan memutuskan apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu.
b) Kuasa Perundangan
Kuasa perundangan persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi YDPA dan dua dewan
iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. YDPA sebagai ketua Parlimen mempunyai kuasa berikut:
i. Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa.
ii. Menghentikan sidang Parlimen
iii. Membubarkan Parlimen.
iv. Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen.
v. Memperkenankan kelulusan Rang Undang-Undang.
YDPA juga mempunyai kuasa melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai kuasa melantik 40 orang senator
lain.
c) Kuasa Kehakiman
YDPA mempunyai fungsi penting dalam bidang kehakiman. Antara tanggungjawab YDPA ialah :
i. Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar
Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim
Mahkamah Agung, Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri
setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja.
ii. Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi
Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat
Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu
langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).
iii. Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun. Bagaimanapun lanjutan
perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah mencapai umur 65 tahun.
iv. Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara
selepas berunding dengan Perdana Menteri, boleh mengemukakan laporan kepada YDPA untuk
menyingkirkan seorang hakim Mahkamah Persekutuan atas alasan tertentu. Selepas menerima
Page 7 of 16
DPP B4
laporan itu, YDPA akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan dan mungkin atas
cadangan tribunal itu maka seseorang hakim itu boleh disingkirkan jawatannya. Dalam hal ini,
YDPA boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima atau menolak cadangan tribunal
dan mengekalkan jawatan hakim tersebut.
v. YDPA mengikut Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan boleh mengeluarkan perisytiharan
darurat apabila berpuas hati bahawa satu darurat besar sedang berlaku seperti keselamatan,
kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam persekutuan atau negeri dalam keadaan
terancam.
vi. Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau
Pinang, Sabah dan Sarawak membuat peruntukan yang menetapkan YDPA sebagai Ketua Agama
Islam negeri berkenaan. Baginda juga adalah Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi Pulau Pinang, Melaka
dan Wilayah Persekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri berkenaan. Di Sabah dan
Sarawak, kuasa pelantikan diturunkan kepada Yang Dipertua Negeri.
d) Fungsi-fungsi lain YDPA
Pemerintah tertinggi angkatan bersenjata.
Mempunyai kuasa mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang
dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Labuan.
Menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
YDPA adalah sumber penghormatan dan kebesaran.
YDPA berfungsi dalam bidang diplomatik dengan melantik diplomat Malaysia di luar negara dan
menerima mengadap diplomat asing.
Menghadiri pelbagai majlis dan acara-acara penting dalam dan luar negara.
e) Larangan terhadap YDPA
Terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan oleh YDPA semasa memegang jawatan. Antara
perkara tersebut ialah:
i) Tidak boleh dengan giatnya melibatkan diri dalam perniagaan
ii) Tidak boleh memegang jawatan bergaji
iii) Tidak boleh meninggalkan Malaysia selama tempoh yang melebihi lima belas hari kecuali dengan
persetujuan Majlis Raja-Raja atau kerana membuat lawatan rasmi ke sebuah negara lain;
iv) Tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolumen dari negeri yang baginda menjadi Raja
v) Tidak boleh menjalankan tugas-tugas sebagai Raja negerinya kecuali tugas-tugas sebagai Ketua
Agama Islam, tugas-tugas melibatkan pindaan perlembagaan dan pelantikan Pemangku Raja atau
ahli Jemaah Pemangku Raja.
Page 8 of 16
DPP B4
3.1.2.2 Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 1948 dengan wujudnya Persekutuan Tanah
Melayu. Penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38, Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu. Fungsi dan tugas-tugasnya adalah mengikut Jadual Ke-5, Perlembagaan Persekutuan. Majlis
Raja-Raja menjadi badan rasmi bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri bertemu dan
berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan
supaya memperoleh nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan pelantikan Yang di-Pertuan
Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal
agama Islam di Malaysia.
Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di
Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak
mempengerusikan mesyuarat dan dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana
yang ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada
DYMM Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. YDPA hanya berangkat
hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Hal ini
menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, YDPA biasanya
hanya hadir jika mesyuarat tersebut melibatkan pelantikan YDPA atau Timbalan YDPA baharu atau
membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam anggota Majlis Raja-Raja.
Majlis Raja-Raja menjadi satu badan yang tertakluk tugasnya di bawah Jadual Ke-5, Perlembagaan
Persekutuan. Dalam konteks pemerintahan di Malaysia, Majlis Raja-Raja bertindak sebagai ketua selepas
Page 9 of 16
DPP B4
YDPA, bagi 3 badan utama dalam sistem pemerintahan Malaysia iaitu badan eksekutif, badan perundangan
dan badan kehakiman. Majlis Raja-raja juga boleh menimbangkan hal-hal yang berkaitan dengan dasar
negara dan hal-hal lain yang dikira patut. Apabila menimbangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan
dasar negara, YDPA hendaklah disertai bersama YAB Perdana Menteri dan raja-raja lain. Yang di-Pertua-
Yang di-Pertua Negeri pula disertai oleh menteri-menteri besar atau ketua-ketua menteri negeri masing-
masing. Tiada undang-undang yang boleh menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan,
kemulian atau kebesaran raja-raja, malah undang-undang tersebut tidak boleh diluluskan dengan tiada
persetujuan Majlis Raja-Raja.
Secara ringkasnya, peranan Majlis Raja-Raja seperti dalam Jadual Ke-5, Perlembagaan Persekutuan
adalah seperti berikut :
Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi persekutuan. Memberi
persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat agama Islam bagi seluruh persekutuan Tanah Melayu
kecuali Sabah dan Sarawak.
Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada mana-mana undang-undang atau
memberi nasihat tentang pelantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja.
Memikirkan tentang polisi negara dan apa-apa jua perkara yang difikirkan patut untuk pembangunan
negara.
Merupakan sebuah badan khas yang bertindak memelihara hak isitimewa orang Melayu. Jika berlaku apa-
apa tuntutan atau isu berkaitan kedudukan orang Melayu, perkara tersebut mestilah dibincangkan terlebih
dahulu dalam majlis ini.
Majlis Raja-Raja juga perlu berunding dalam perkara pelantikan sebelum dilantik oleh YDPA atas nasihat
Perdana Menteri iaitu :
i. Pelantikan Ketua Hakim Negara , dua orang Hakim Besar dan Hakim Mahkamah
Agung serta dua orang Hakim Mahkamah Tinggi .
ii. Pelantikan Ketua Audit Negara .
iii. Pelantikan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihan Raya yang merupakan
suruhanjaya bebas .
• Majlis Raja-Raja juga mempunyai kuasa budi bicara meliputi perkara berikut :
i. Memilih atau memecat YDPA dan Timbalan YDPA
ii. Memberikan nasihat tentang apa-apa pelantikan .
iii. Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu
negeri serta menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja
iv. Menyetujui atau tidak menyetujui apa-apa perbuatan, amalan, atau upacara berkaitan agama Islam
meliputi Semenanjung Malaysia .
Page 10 of 16
DPP B4
3.2 Pilihanraya di Malaysia
Salah satu ciri penting dalam demokrasi berparlimen di Malaysia ialah pilihanraya. Dalam proses pilihan raya,
rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin sama ada pada peringkat persekutuan (ahli Parlimen) atau negeri
(ahli Dewan Undangan Negeri). Pemimpin yang dipilih akan mewakili mereka dan berfungsi sebagai wakil
rakyat di Parlimen dan dewan undangan negeri bagi menyuarakan masalah-masalah berkaitan rakyat yang
diwakili.
3.2.1.1 Faedah-faedah amalan demokrasi berparlimen di Malaysia
i) Rakyat terlibat dalam menentukan hala tuju politik, ekonomi dan sosial negara. Demokrasi berparlimen
memberi ruang dan peluang kepada rakyat memilih pemimpin berkebolehan dan berkualiti.
ii) Melahirkan taat setia rakyat kepada pemimpin yang dipilih sendiri oleh majoriti rakyat.
iii) Rakyat berhak untuk bersuara, berpolitik dan berpersatuan dalam memilih pemimpin sendiri. Pemimpin
yang terpilih akan berkhidmat dengan sebaik-baik mungkin kepada rakyat seterusnya membantu ekonomi
negara berkembang maju.
iv) Sistem demokrasi berparlimen dapat mengekalkan kestabilan politik dan kedaulatan negara.
v) Amalan perkongsian kuasa memastikan pemimpin tidak berkuasa mutlak, sebaliknya negara ditadbir urus
secara sistematik dan cekap oleh wakil-wakil yang dipilih melalui pilihanraya. Segala permasalahan negara
diselesaikan melalui rundingan dan perancangan pembangunan negara dapat dirancang dan diatur dengan
Page 11 of 16
DPP B4
berkesan.
vi) Kerjasama dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan. Keadaan ini dapat mengurangkan tekanan
antarabangsa serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Unsur keharmonian perpaduan
sangat penting bagi menjamin kestabilan politik yang secara tidak langsung menarik pelaburan asing dan
membantu perkembangan industri.
3.2.1.2 Fungsi pilihanraya
i. Untuk menentukan pemindahan kuasa secara aman tanpa kekerasan dan pertumpahan darah.
ii. Menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara demokratik yang mengamalkan demokrasi.
3.2.1.3 Proses pilihanraya
Page 12 of 16
DPP B4
3.2.1.4 Penamaan calon dan berkempen
Tempoh bagi penamaan calon-calon yang bertanding ialah selama 14 hari. Beberapa syarat perlu dipatuhi bagi
calon yang bertanding dalam pilihan raya sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, iaitu:
i) berumur 21 tahun ke atas,
ii) warganegara Malaysia,
iii) berakal/ Waras,
iv) tidak disabit kesalahan oleh mana-mana mahkamah (penjara satu tahun atau denda lebih RM2000),
v) tidak memegang mana-mana jawatan bergaji,
vi) tidak muflis,
vii) bermastautin secara tetap dalam kawasan pilihanraya dan telah mendaftar sebagai pengundi.
Pada hari penamaan calon, bakal calon perlu menyerahkan beberapa dokumen kepada pegawai
bertugas, seperti:
i) Kertas penamaan calon mesti diserahkan antara jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi pada hari
penamaan calon.
ii) Wang pertaruhan sebanyak RM5,000 untuk calon Dewan Undangan Negeri dan RM10,000 untuk
calon Parlimen. Wang disertakan bersama-sama kertas penamaan calon.
iii) Wang pertaruhan akan hilang sekiranya calon gagal mendapat undian sekurang-kurangnya satu
perlapan daripada jumlah undi yang diperoleh semua calon dalam bahagian piliharaya tersebut.
iv) Calon yang bertanding atas nama parti politik boleh menggunakan simbol parti masing-masing,
manakala calon bebas boleh menggunakan simbol-simbol yang disediakan oleh Suruhanjaya
Page 13 of 16
DPP B4
Pilihan Raya (SPR).
Semasa berkempen, calon-calon dikehendaki mematuhi etika pilihanraya bagi memastikan suasana
aman dan tenteram sepanjang proeses pilihanraya berlangsung. Mereka dibenarkan menggunakan kaedah
mereka sendiri untuk memancing pengundi seperti mengedar risalah, surat, pelekat, poster, ceramah atau
berkempen dari rumah ke rumah. Walau bagaimanapun, mereka tertakluk kepada beberapa syarat iaitu:
i) tidak menggunakan tingkah laku atau peribadi seseorang sebagai bahan untuk berkempen dan
memancing undi.
ii) memastikan semua risalah atau bahan bercetak mengandungi alamat pencetak dan penerbit.
iii) dilarang memberi rasuah dan sogokan.
iv) dilarang menggunakan kekerasan, paksaan atau halangan.
3.2.1.5 Proses Pengundian
Sebelum keluar mengundi, pengundi perlu mendaftarkan diri dengan SPR. Selain itu, pengundi juga tertakluk
kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan. Warganegara
Malaysia yang layak mengundi mesti memenuhi syarat-syarat berikut :
i. warganegara Malaysia,
ii. berumur 21 tahun ke atas,
iii. bermastautin di sesuatu bahagian pilihan raya,
iv. mengundi dalam satu bahagian pilihanraya sahaja. (Hamidon Pawanteh:2005)
Bagi warganegara yang berada di luar kawasan pilihanraya, mereka dibenarkan mengundi secara pos. Antara
individu yang dibenarkan untuk mengundi pos ialah:
i. anggota perkhidmatan awam,
ii. pegawai SPR yang bertugas pada hari pengundian,
iii. panggota Polis,
iv. pegawai tentera yang berugas di perbatasan/ hutan belantara,
v. pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar negara semasa pengundian dijalankan.
Page 14 of 16
DPP B4
Warganegara Malaysia hilang kelayakan mengundi sekiranya;
i. tidak sempurna akal.
ii. sedang menjalani hukuman penjara.
iii. dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah
3.2.1.6 Proses Pengiraan Undi
Proses pengiraan undi akan dilakukan pada tempat mengundi atau pusat berkelompok dan undi-undi pos bagi
setiap bahagian pilihan raya dikira di tempat yang ditetapkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya. Semasa
pengiraan dan penjumlahan undi, hanya pihak-pihak berikut benarkan berada di tempat pengiraan undi:
i. anggota dan pegawai SPR
ii. pegawai yang dilantik oleh SPR
iii. kerani yang mengira undi
iv. calon yang bertanding dalam pilihan raya semasa
v. ejen pilihanraya serta ejen pengiraan undi yang dilantik oleh parti-parti yang bertanding
3.2.1.7 Keputusan Pilihanraya
Keputusan pilihan raya diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengikut kawasan tersebut. Mana-
mana calon yang mendapat undi terbanyak akan diisyitiharkan menang dalam pilihan raya tersebut. Seterusnya,
keputusan bagi seluruh kawasan pilihan raya akan diumumkan dan parti yang menang dengan kelebihan kerusi
majoriti akan membentuk kerajaan (Ruslan Zainuddin : 2005).
Page 15 of 16
DPP B4
Walaupun seseorang calon telah diisytiharkan menang dalam pilihanraya kawasan, kemenangan calon
tersebut masih boleh di cabar di mahkamah sekiranya berlaku:
i. penyogokan atau perbuatan yang menyalahi undang-undang
ii. tidak mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya
iii. calon atau ejen calon hilang kelayakan
iv. berlaku penipuan dan ugutan
Page 16 of 16