The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN STAFF SOKONGAN SK CONVENT SITIAWAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hyez@h_official, 2023-06-24 07:28:28

PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN STAFF SOKONGAN

PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN STAFF SOKONGAN SK CONVENT SITIAWAN

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT Jalan Raja Omar 32000 Sitiawan Perak PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN STAF SOKONGAN (KGSS) 2023/2024 Tel: 05-6911570 Fax: 05-6911570 [email protected]


PERKARA 1 : NAMA DAN ALAMAT 1.1 Nama Kelab : Kelab Guru dan Staf Sokongan (KGSS) 1.2 Alamat : SK Convent Sitiawan, Jalan Raja Omar 32000 Sitiawan Perak. PERKARA 2 : MATLAMAT 2.1 Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturahim serta menjaga kebajikan ahli agar mewujudkan suasana bekerja di sekolah lebih kondusif dan produktif. PERKARA 3 : OBJEKTIF DAN TUJUAN 3.1 Membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif. 3.2 Mewujudkan perasaan kekitaan tanpa membezakan ras, kaum dan agama. 3.3 Menghargai sumbangan rakan seinstitusi tanpa mengira saiz dan bentuknya. 3.4 Menyumbangkan penghargaan, kebajikan dan rasa simpati terhadap sahabat. 3.5 Mempupuk dan menjana idea berorganisasi dan bertoleransi antara sama lain. PERKARA 4 : TEMPAT MESYUARAT 4.1 Tempat mesyuarat diadakan di Sekolah Kebangsaan Convent Sitiawan atau tempat yang diputuskan oleh ahli mesyuarat. PERKARA 5 : KEAHLIAN DAN JAWATANKUASA 5.1 KEAHLIAN 5.1.1 Tiap-tiap guru dan staf sokongan di Sekolah Kebangsaan Convent Sitiawan adalah disifatkan sebagai anggota kelab secara automatik. 5.1.2 Guru Besar merupakan penasihat bagi Kelab Guru dan Staf Sokongan SK Convent Sitiawan.


5.2 JAWATANKUASA 5.2.1 Jawatankuasa mengandungi pegawai-pegawai berikut hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan: (2 tahun sekali) • Pengerusi • Naib Pengerusi • Setiausaha • Bendahari • 5 orang Ahli Jawatankuasa (4 orang guru dan seorang staf sokongan). 5.2.2 Ahli jawatankuasa KGSS hendaklah terdiri daripada guru-guru dan staf sokongan yang berkhidmat di SK Convent Sitiawan. 5.2.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian yang dibuat dua tahun sekali. 5.3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 5.3.1 Tugas Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kegiatan-kegiatan kelab dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan kelab tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan. 5.3.2 Bidang tugas pemegang -pemegang jawatan adalah seperti berikut: 5.3.2.1 Pengerusi • Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa KGSS dan mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. • Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. • Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang tempoh berkhidmat. • Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan. • Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apa-apa peraturan dipatuhi oleh semua ahli kelab. • Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dan menjalankan tugas sebagai pengerusi. • Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.


5.3.2.2 Naib Pengerusi • Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan tugas-tugas pengerusi. • Menjalankan tanggungjawab dan tugas pengerusi semasa ketiadaan pengerusi. 5.3.2.3 Setiausaha • Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan. • Melaksanakan keputusan-keputusan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa KGSS. • Mencatat dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa KGSS dan mesyuarat agung tahunan. • Menyediakan laporan untuk dibentangkan pada mesyuarat agung tahunan serta minit yang berkenaan dengannya. 5.3.2.3 Bendahari • Bertanggungjawab mengurus semua hal kewangan kelab. • Menguruskan perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat jawatankuasa KGSS. • Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbangan daripada mana-mana ahli atau lain -lain sumber dan mengeluarkan resit akaun terima serta dokumen yang berkaitan. • Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang dari akaun kelab. • Menyediakan laporan atau penyata kewangan untuk diaudit dan dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan. 5.3.2.3 Ahli Jawatankuasa • Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. • Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. PERKARA 6 : KEWANGAN DAN YURAN AHLI 6.1 Setiap ahli wajib membayar yuran RM20 bagi setiap bulan 6.2 Setiap ahli juga boleh membayar RM120.00 bagi setiap setengah tahun atau RM240 bagi setahun. 6.3 Semua pungutan/penyimpanan mestilah diserahkan kepada bendahari untuk dimasukkan dalam akaun yang akan disediakan oleh KGSS. 6.4 Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan semasa Mesyuarat Agung. 6.5 Jumlah bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan ahli semasa Mesyuarat Agung Tahunan.


PERKARA 7 : PENGAUDITAN 7.1 Akaun Kelab hendaklah diaudit pada setiap tahun oleh anggota jawatankuasa yang dicalonkan dan dipilih oleh anggota-anggota Kelab dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 7.2 Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya. 7.3 Satu Salinan penyata kira-kira yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah difailkan dalam fail di pejabat sekolah untuk rujukan. PERKARA 8 : MESYUARAT AGUNG 8.1 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan setiap tahun. 8.2 Perkara-perkara yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut: • Menerima laporan Jawatankuasa • Menerima penyata kira-kira yang telah diaudit bagi tahun lalu. • Membubarkan ahli jawatankuasa lama. • Memilih pemegang-pemegang Jawatankuasa • Menimbangkan hal-hal lain yang berkaitan kemajuan dan kebajikan kelab. 8.3 Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat Agung. 8.4 Sekiranya tidak dapat hadir hendaklah memaklumkan dan menulis surat kepada pengerusi KGSS. PERKARA 9 : PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB 9.1 Perlembagaan Kelab ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan. Perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada Perlembagaan hanya berkuatkuasa mulai daripada tarikh perubahan dibenarkan. PERKARA 10 : LARANGAN 10.1 Kelab tidak boleh memperluas bidang kuasanya kepada perkara- perkara yang berkaitan dengan pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru-guru dan kakitangan-kakitangan lain di Sekolah Kebangsaan Convent Sitiawan.


PERKARA 11 : TAFSIRAN 11.1 Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara ini hendaklah dirujuk kepada mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara tersebut adalah muktamad. PERKARA 12 : PEMBUBARAN 12.1 Persatuan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan kelulusan bertulis daripada pihak pentadbir. PERKARA 13 : KEBAJIKAN DAN SAGUHATI 13.1 Perkahwinan • Perkahwinan pertama di SKC RM 100.00 13.2 Persaraan RM 300.00 13.3 Kemalangan atau masuk hospital (Guru dan Staf sahaja) RM 50.00 13.4 Kelahiran • Kelahiran anak pertama di SKC RM 50.00 13.5 Berpindah • Kurang daripada setahun • Bawah 5 Tahun • 5-8 Tahun • 8 Tahun keatas RM 50.00 RM 100.00 RM 150.00 RM 250.00 13.6 Kematian • Ahli • Suami • Anak • Khairat untuk seorang ahli (Daerah) RM 100.00 RM 100.00 RM 100.00 RM 1.00 13.7 Hadiah Hari Guru RM 30.00 13.8 Lain-lain Tujuan Lain-lain tujuan untuk masyarakat atau ahli yang tidak termasuk seperti perkara di atas tetapi difikirkan perlu mendapat perhatian akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa.


PERKARA 14 : AKTIVITI TAHUNAN 14.1 Jualan sempena Hari Guru 14.2 Hari Keluarga 14.3 Lawatan Penanda Aras 14.4 Jualan 14.5 Annual Gathering 14.6 Jamuan makan akhir tahun


Click to View FlipBook Version