The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfatin14-912, 2021-07-24 01:20:34

NOTA RINGKAS PBD

NOTA RINGKAS PBD

Keywords: Nota Pembelajaran dalam Bilik Darjah

NOTA LENGKAP: PENGURUSAN BILIK DARJAH

TOPIK 1 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH
 Menurut Alberto & Troutman (1986), kemahiran guru menguruskan ruang, masa, sumber
pembelajaran, peranan & t/laku murid ketika menyediakan suatu iklim yg sesuai utk
pembelajaran.
 Suatu proses yg akan memastikan kelancaran & keberkesanan pelaksanaan PdP.
 PBD yg berkesan akan membantu mencapai matlamat yg berikut:
1) M’galakkan t/laku yg sesuai
2) M’bentuk suasana pembelajaran yg positif
3) M’jalinkan hubungan interpersonal antara guru & murid.
4) Mengurangkan masalah disiplin
5) Meningkatkan penglibatan murid dalam PdP.

CIRI-CIRI GURU YG EFEKTIF DALAM PBD
1) Kualiti peribadi

 Guru berpengaruh ke atas pembelajaran anak muridnya.
 Guru akan membentuk pengalaman & persekitaran pembelajaran utk memotivasikan

muridnya.
 Guru yg mempunyai kualiti peribadi akan:

1) Membina hubungan autentik dgn murid, guru, ibu bapa
2) Membentuk suasana bilik darjah yg demokratik utk murid
 Ciri guru yg berkualiti/efektif:
1) Keupayaan yg tinggi utk berjaya dlm tugasnya
2) Bersemangat & proaktif
3) Bersikap mesra & peramah
4) Sensitif & peka terhadap perbezaan cara belajar murid

2) Kompetensi Pengajaran & pembelajaran
 Merangkumi pengetahuan & kemahiran guru dlm mendidik murid-muridnya.
 Kompetensi PdP:
1) Merancang pengajaran
2) Menyediakan hasil pembelajaran yg jelas
3) Pengetahuan baik dlm subjek yg diajar
4) Kemahiran pengetahuan pedagogi kandungan
5) Kemahiran pelbagai strategi & kaedah
6) Kemahiran TMK
7) Kemahiran komunikasi
8) Kemahiran pentaksiran

3) Penghayatan budaya penyayang
 FPG menjadi panduan kpd guru-guru ttg ciri2 kualiti yg ingin dibentuk.

 FPG: Guru yg berpekerti mulia, berpandangan progresif & saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara, menjamin perkembangan individu & memelihara suatu masyarakat yg
bersatu padu, demokratik, progresif & berdisiplin.

 Guru tertakluk kpd amalan nilai:
1) Penyayang
2) Berpekerti mulia
3) berdaya tahan
4) patriotic
5) inovatif
6) patuh etika profesion keguruan

TOPIK 2 : PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YG KONDUSIF UNTUK MURID
1) Persekitaran fizikal

 Menurut Steele(1973), fungsi penyusunan fizikal dlm bilik darjah:
1) Keselamatan
2) Hubungan sosial
3) Identiti simbolik
4) perkembangan
5) Ketenangan

 Persekitaran fizikal dlm bilik darjah merangkumi aspek2 berikut:
1) Susunan & reka bentuk fizikal dlm bilik darjah
2) Sumber bahan pembelajaran
3) Ruang/sudut pembelajaran
4) Ruang pada dinding
5) Pengcahayaan, pengudaraan & perabot
6) Kebersihan

 Pertimbangan yg perlu diberikan guru semasa merancang susunan bilik darjah:
1) Guru dpt memantau murid dgn mudah.
2) Akses guru kpd murid & akses murid kepada bahan pembelajaran.
3) Pemandangan murid tidak terhalang.
4) Ruang trafik yg selesa.

2) Persekitaran psikososial

=Hubungan antara keperluan emosi individu dgn persekitaran psikososialnya.

 Ciri2 psikososial yg sihat dlm bilik darjah:
1) Suasana selesa & mesra
2) Perasaan diterima
3) Sensitif & peka terhadap perbezaan individu.
4) Suasana yg merancang pembelajaran.
5) Menggalakkan pembelajaran koperatif.

 Faktor persekitaran psikososial:
1) Pendekatan pengajaran
2) Gaya kepimpinan
3) Bentuk komunikasi
4) Corak interaksi

3) Peraturan & rutin dlm bilik darjah

 Peraturan: 1 cara pencegahan terhadap masalah/kejadian yg tidak diingini di dlm bilik
darjah.

 Perkara yg perlu diberi perhatian semasa membentuk peraturan:
1) Ayat mesti ringkas & jelas.
2) Peraturan yg dibentuk hendaklah bermakna & dipersetujui oleh murid.
3) Hadkan bilangan peraturan. (Jgn terlalu byk)
4) Peraturan seharusnya adil & bertujuan utk membantu pdp.
5) Peraturan bilik darjah mesti selaras dengan peraturan sekolah.

 Aspek yg perlu diberi pertimbangan apabila guru mengkehendaki murid mengetahui
peraturan:
1) Menjelaskan & mendemonstrasi t/laku yg dikehendaki daripada murid.
2) Melatih t/laku yg dikehendaki bersama-sama murid.
3) Memberikan maklum balas kpd murid, khususnya apabila mereka melakukan
peraturan/rutin secara berulang kali.

PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID
 Maklumat: bertujuan utk membantu pihak sekolah dlm pengurusan berkaitan dgn hal
ehwal murid.
 Maklumat yg diperlukan:
1) Maklumat ibu bapa
2) Tanggungan ibu bapa
3) Maklumat murid
4) Maklumat bantuan yg diberikan kepada murid.
 Maklumat diisi ke dalam sistem menggunakan ICT iaitu dalam Aplikasi Pangkalan Data
Murid (APDM).
 Maklumat ini akan memudahkan guru kelas utk berhubung dgn ibu bapa mengenai anak
muridnya.
 Membantu guru mengetahui latar belakang murid, pencapaian, kemajuan akademik &
lain2.
 Guru bertanggungjawab terhdp kesahan dan kebolehpercayaan data & maklumat murid
di dlm kelas.

TOPIK 3: MEMBINA HUBUNGAN YG POSITIF DI DALAM BILIK DARJAH

KEPENTINGAN MEMBINA HUBUNGAN POSITIF
 Kepentingan kpd guru:
1) Menaikkan motivasi & semangat guru utk mengajar.
2) Murid lebih senang utk dikawal.
3) Kerjasama murid2 memberi kesan kpd pdp guru.
4) Menaikkan imej guru.

 Kepentingan kpd murid:
1) Lebih berminat utk belajar.
2) Murid2 dapat memberi kerjasama kpd guru.
3) Meningkatkan pencapaian akademik murid.
4) Murid lebih bermotivasi utk belajar.

FAKTOR2 MEMPENGARUHI HUBUNGAN POSITIF MURID-GURU
1) Penampilan & bahasa badan guru

 Murid menilai guru melalui penampilan.
 Penampilan yg professional, berimej guru & berwibawa akan memberi persepsi yg baik

kpd murid2.

2) T/laku guru
 Mencerminkan perwatakan guru.
 Penggunaan bahasa yg baik menyebabkan murid2 menghormati guru.

3) Contoh teladan yg baik
 Tunjuk contoh yg baik kerana murid2 akan meniru perlakuan guru.
 Contoh: Guru perlu menunjukkan minat terhdp apa yg diajar supaya murid juga turut
berminat dgn ilmu tersebut.

4) Persekitaran pembelajaran dlm bilik darjah
 Suasana bilik darjah yg bersih, teratur & nyaman dpt menarik minat murid utk dtg ke
sekolah.
 Hubungan guru-murid bersifat demokratik & mesra menjadikan murid berasa tenang &
selamat berada di dlm bilik darjah.

STRATEGI MEMBINA HUBUNGAN POSITIF ANTARA GURU-MURID
1) Ingat nama murid & panggil dgn nama panggilan masing2

 Murid akan berasa bangga apabila guru mengingat nama mereka.

2) Menyemai semangat cinta terhdp kelas/bilik darjah
 Menjadikan kelas sbg tempat yg seronok utk menimba ilmu dgn menggunakan strategi
tertentu.
 Menanamkan sifat kepunyaan melalui aktiviti yg dilakukan secara bersama-sama.
Cth: perbincangan bersama murid utk menetapkan cogan kata kelas

3) Agihkan tanggungjawab bersama
 Melibatkan murid dlm membuat keputusan
 Memberi peluang kpd murid utk bersama-sama memikul tanggungjawab bg memastikn
kesejahteraan kelas.
Cth: Guru & murid bersama-sama membuat peraturan bilik darjah

4) Tetapkan jangkaan yg realistik
 Membuat jangkaan awal ttg keperluan pembelajaran murid2nya.
 Jangkaan perlu secara realistik & menepati kebolehan murid.
Cth: Guru Matematik perlu peka akan pengetahuan sedia ada murid2 & kemahiran2 yg
telah dikuasainya.

5) Tunjukkan keprihatinan
 Guru prihatin akan menguatkan hubungan dgn murid.

 Guru perlu menunjukkan keikhlasan dlm menunjukkan keprihatinan.
 Guru perlu mengetahui latar blkg & personality murid.

6) Masukkan unsur kecindan dlm komunikasi
 Utk mengurangkan tekanan & menenangkan keadaan murid dlm p & p.
 Guru & murid yg bergelak tawa dlm suasana yg santai akan lebih rapat dgn murid.
Cth: Menggunakan karakter kartun, teka-teki & bahan jenaka
 Pendekatan humor ini akan menghasilkan suasana pembelajaran yg relaks &
menyeronokkan.

DINAMIKA BILIK DARJAH
Menurut Kamus Oxford (2007),
=Dinamika: kuasa yg menyebabkan pergerakan
=Kumpulan: kelompok individu dlm sesuatu unit sosial

Dinamika kumpulan = kuasa yg terdpt dlm kumpulan yg boleh mendorong ahli2 kumpulannya
utk melakukan sesuatu perubahan.

 Berupaya mendorong ahli2 kumpulan utk mengubah, menjayakan/menghindari sesuatu
berdasarkan kepercayaan & matlamat kumpulan.

 Boleh dikenal pasti melalui kajian sosiometri.
Guru boleh mengenal pasti pola interaksi & persahabatan di dlm bilik darjah.
Cth:
1) Siapakah kwn baik anda di dlm kelas?
2) Siapakah yg anda tidak sukai di dlm kelas?

 Pola kumpulan di dlm kelas:-
1) Bintang – gelaran utk murid yg popular
2) Dyad – bentuk persahabatan, 2 org murid saling bersahabat
3) Klik – 2 @ lebih murid bersahabat antara satu sama lain
4) Rantai – pola berantai, A pilih B sbg kawan yg disukai, B pilih C sbg kawan yg disukai.
5) Pencilan – Murid ini tak pilih sesiapa sbg kawan yg disukai, org lain pun x pilih dia sbg
kawan yg disukai.
6) Singkiran – Murid A menamakan murid2 lain sbg kawan yg disukai, tapi murid lain
menamakan si A ini sbg murid yg tidak disukai.

 Faktor2 yg membentuk dinamika kumpulan:-
1) Jantina
2) Agama/bangsa
3) Status sosioekonomi
4) Pencapaian akademik
5) gaya pembelajaran/personality

TOPIK 4: MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH

KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH
 Disiplin: satu set peraturan yg dikenakan kpd murid2 utk mengawal & mendptkan t/laku
yg diingini.
 Disiplin dlm bilik darjah: sebahagian drpd pengajaran yg meliputi arahan, komunikasi,
struktur & pengurusan bilik darjah dan juga termasuk hubungan dengan ibu bapa murid.

MODEL DISIPLIN MODEL AKIBAT MODEL MODEL MODEL BEYOND
ASERTIF CANTER LOGIKAL PENGURUSAN PENGURUSAN DISIPLIN ALFIE
DREIKURS KELOMPOK BILIK DARJAH KOHN
= berasaskn KOUNIN THOMAS
peneguhan trhdp = Dreikurs GORDON = Kohn
t/laku yg diingini menekankn = Kounin menekankn
& penerimaan bhawa guru perlu mnekankn bhawa = Gordon komuniti bilik
murid trhdp mengenal pasti disiplin dlm bilik percaya bahawa darjah yg
akibat drpd punca salah laku darjah brgantung disiplin bilik penyayng &
t/laku yg dtjukkn. murid. kpd pengawasan darjah dpt menghargai
& penyeliaan yg dicapai dgn antara satu sama
=Canter percaya = Guru perlu teliti guru trhdp mmbantu murid lain mnyebabkn
bhawa guru mmbantu murid aktiviti dlm bilik memperolehi murid mmpunyai
berhak memahami motif darjah. kawalan dalaman rasa kepunyaan
menentukn t/laku mereka / kendiri. dlm bilik darjah &
peraturan2 bilik supaya dpt melibatkn diri
darjah & mengurangkn = Guru perlu PELAN DISIPLIN dgn aktif dlm
memastikan salah laku. mempunyai GORDON setiap aktiviti.
murid kepekaan 1) Mpengaruhi
mematuhinya. 4 MOTIF SALAH (withiness) iaitu drpd mengawal CADANGAN
LAKU DLM BILIK berupaya utk 2) Mencegah KOHN UTK
=Model ini DARJAH menyelia & masalah sebelum MEMBENTUK
mnekankan 1) Utk membalas mengawal lbih berlaku SEKOLAH SBGAI
penguatkuasaan dendam drpd satu aktiviti 3) Masalah KOMUNITI
peraturan & 2) Utk mencabar dlm satu masa. siapa? PEMBELAJARAN
memastikn kuasa guru =Tindakan ini 4) Berdepan dgn
murid2 3) Utk mndptkn digelar sbg masalah t/laku 1) Membina
mengikutinya. perhatian pertindanan 5) Kemahiran hubungan baik
4) Utk (overlapping) mndengar antara murid-
KONSEP UTAMA mempamerkn 6) Penyelesaian guru.
MODEL INI kekurangan MENURUT konflik b’kesan 2) Meningkatkn
~Guru mmpunyai KOUNIN hubungan murid-
hak utk mengajar Menurut murid.
secara Dreikurs, 1) Pdp yg tidak 3) Perjumpaan
professional & ~dendaan tak lancar kelas
tnpa gangguan. patut dijlnkn di menyumbang 4) Mengadakan
~Murid berhak bilik darjah kpd salah laku aktiviti melibatkn
utk belajar dlm kerana hukuman dgn lebih kerap. kelas & sekolah
keadaan selamat itu seolah-olah 2) Murid berasa 5) Perbincangan
& tenang. guru berdendam bosan, tidak akademik
dgn murid. diberikan
Model ini perhatian & tidak Menurut Kohn,
menggariskn 3 CARA DREIKURS faham & tidak
jenis guru: MENANGANI bermotivasi 1) Guru
1) Guru agresif SALAH LAKU sepatutnya
2) Guru tak MURID Cadangan mengutamakan
asertif 1) Knl pasti motif Kounin: murid dgn
3) Guru asertif murid mengetahui
1) Guru perlu minat, &
memastikn murid kesukaan murid.
sntiasa
mempunyai

PBD 2) Bantu murid tugasan & 2) Mereka perlu
menggunakan memahami motif dilibatkn dlm dibimbing utk
model ini: yg ditunjukkan aktiviti bilik meneroka topik
1) Trangkn sbb 3) Bantu murid darjah. pembelajaran &
peraturan2 itu menukar 2) Guru perlu mmbantu
dperlukn. matlamat salah mengaplikasikn menjana
2) Tunjuk & kpd matlamat yg strategi pelbagai pemikiran
trangkn sebenar utk menarik kritikal.
bgaimana 4) Bimbing murid minat murid. 3) Murid patut
peraturan bertanggunggjwb mempunyai
tersebut ke atas matlamat pilihan dlm
dlaksanakn. baru proses
3) Semak sama 5) Bantu murid pembelajaran
ada murid melihat akibat di mereka serta
fhm/tidak ttg sebalik tingkah terlibat dlm
peraturan itu. lakunya. membuat
4) Terangkan kputusan yg
ganjaran kpd berkaitan dgn
murid2 yg patuh. pembelajaran
5) Terangkn sbb mereka.
tindakan
pmbetulan
dkenakan kpd
ssiapa yg
melanggar.
6) Tunjuk &
terangkn
tindakan
pembetulan.
7) Semak semula
kefahaman
murid.

TOPIK 5: PENGURUSAN BILIK DARJAH INKLUSIF YANG MELIBATKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

MASALAH KECACATAN FIZIKAL
Kecacatan fizikal: kanak2 mengalami ketidakupayaan fizikal & memerlukan pengubatan/peralatan
khas.

Terdpt 5 masalah kecacatan fizikal.

1) Cerebral Palsy
 Kecacatan yg melibatkan disfungsi otak & kerosakan fungsi psikomotor.
 Menghadapi kesukaran dlm mengkoordinasi tubuh dan pergerakan mereka.
 Kecederaan mungkin berlaku sebelum, semasa & selepas kelahiran.
 Akan menghadapi masalah dlm pertuturan, bahasa, penglihatan & terencat akal.
 Boleh menggunakan computer / pen yg tidak memerlukan tekanan yg tinggi &
sesetengahnya tidak berupaya memegang buku.

2) Muscular Distrophy
 Kelemahan & kemerosotan sel2 otot.
 Bersifat progresif & kanak2 menghadapinya semakin lemah keadaannya & akhirnya
lumpuh.
 Tindakan guru: Beri rehat sekiranya murid nampak lemah & sedia membantu sekiranya
murid kehilangan fungsi psikomotor tertentu.
 Guru perlu lengkapkan diri dgn ilmu ttg kerusi roda, alat pendakap serta ubat-ubatan utk
diberi kpd kanak2 yg memhadapi masalah ini.

3) Spina Bifida
 ketidakupayaan disebabkan oleh kecacatan pd tulang belakang.
 kecacatan ini disebabkan oleh perkembangan fetal yg tidak normal.
 Kecacatan pd tulang belakang boleh menyebabkan kelumpuhan pd bahagian bawah
badan.
 Spina bifida mempunyai 3 keadaan:
1) spina bifida occulta
2) meningocele
3) myelomeningocele (paling serius)

4) Sawan (epilepsy)
 Melibatkan serangan/pergerakan badan yg tersentak-sentak & di luar kawalan.
 disebabkan oleh aktivit neurokimia yg tidak normal pd bahagian otak.
 Serangan ini berbeza dari segi kekerapan, tempoh & tahap pergerakan yg terlibat.
 Peringkat serius: boleh melibatkan sebahagian besar otak, berlarutan sehingga beberapa
minit, mengganggu pernafasan & kadangkala boleh mengalami hilang kawalan usus besar
& pundi kencing.
 Peringkat rendah: melibatkan sebahagian kecil otak, ciri2 spt x dapat tumpu perhatian,
gagal memberikan respon apabila disoal.

PBD yg melibatkan murid sawan

1. Guru mesti tenang & meyakinkan.
2. Jika tahap rendah: guru perlu sentiasa menyoal murid tersebut utk memastikan
perkembangannya.
3. Murid yg mengalami sawan perlu diletakkan di atas lantai & kepalanya disendeng ke
tepi. Guru boleh meletakkan selimut/kain di bawah kepala murid tersebut.
4. Mengalihkan semua objek di sekitar murid tersebut utk elakkan murid dari
mencederakan diri.
5. Guru tak harus memegang murid utk menghentikannya.
6. Tali pinggang, tali leher, tudung / butang perlu dilonggarkan utk memudahkan
pernafasan. Jika pernafasan tak pulih, guru perlu meminta bantuan pernafasan.

5) Terencat akal
 Ciri2 murid terencat akal:-
1) Kadar pembelajaran rendah berbanding murid lain.
2) Kemajuan dlm bidang akademik terhad.
3) Kesukaran dlm memahami idea2 yg abstrak.
4) Kesukaran membuat generalisasi.
5) Kemahiran bahasa rendah berbanding murid lain.
6) Lemah ingatan
7) T/laku sosial yg kurang matang.

 PBD murid terencat akal:-
1) Guru memberi lebih masa utk menyiapkan tugasan.
2) Arahan mesti ringkas.
3) Arahan perlu dispesifik & diulang.
4) Kemahiran2 baru sentiasa dipraktik & diulang.
5) Menyediakan aktiviti yg memberi pengalaman kpd murid melibatkan seria sensori &
kemahiran motor.
6) Guru menyediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI).

MASALAH PENGLIHATAN
Masalah penglihatan: Kerosakan visual yg boleh menjejaskan pembelajaran di dalam bilik darjah.

 Visual penglihatan normal: 20/20
 Masalah penglihatan terbatas bermaksud thap penglihatan berada di antara 20/70 &

20/200 dgn penggunaan lensa (penglihatan kanak2 terhad kpd objek dekat sahaja).
 Dikategorikan but ajika visualnya 20/200 walaupun dgn bantuan alat penglihatan.

Ciri2 hadapi masalah penglihatan:
1) Bermasalah membaca cetakan kecil
2) Kesukaran membezakan abjad
3) Memegang buku secara rapat/jauh dari mata
4) Sering menggosok mata
5) Squint: menutup sebelah mata / mengerutkan dahi apabila melihat objek
6) Sering mengadu sakit kepala
7) Mata merah & kadangkala berair

PBD melibatkan masalah penglihatan:
1) Susunan dlm bilik darjah mesti konsisten
2) Susunan perabot di tempat yg sesuai supaya tidak mengganggu pandangan murid.
3) Murid dibekalkan dgn bahan yg mempunyai kualiti cetakan yg baik
4) Tempat duduk murid bermasalah berhampiran papan putih
5) Murid lain digalakkan membantu murid yg bermasalah
6) Guru & murid didedahkan dgn sistem braille.

MASALAH PENDENGARAN
 2 jenis masalah pendengaran: 1) separa pekak 2) pekak
 Separa pekak: Penggunaan alat pendengaran membolehkan murid mendengar secara
audio.
 Kanak2 separa pekak boleh berkomunikasi spt biasa dgn mdgr suara guru sambil
memerhatikn pergerakan bibir.
 Pekak: kerosakan pndengaran yg menghalang seseorang drpd memproses maklumat
linguistik wlaupun dgn bantuan alat pendengaran.

Ciri2 kanak2 yg menghadapi masalah pendengaran:
1) Menghadap sebelah telinga kearah pengucap
2) Kegagalan mengikuti arahan
3) Kerap kali memohon seseorang mengulang apa yg diucapkan
4) Tak faham / timbul salah faham apabila tidak melihat wajah pengucap
5) Kelihatan keliru & mudah mengalihkan perhatian
6) Sebutan perkataan baru yg tidak betul

PBD melibatkan masalah pendengaran:
1) Diberi tempat duduk di barisan hadapan
2) Semasa mengajar / memberi arahan, guru harus memandang murid, berckp dgn jelas & tak
membelakangkan kelas.
3) Maklumat yg disampaikan perlu disokong dgn bahan bantu visual.
4) Galakkan buddy sistem: seorang rakan menyampaikan maklumat kpd murid bermasalah.
5) Murid dilatih membaca ucapan (lip reading) & menggunakan bahasa isyarat.
6) Maklumat penting ditulis di atas papan putih.

MASALAH PEMBELAJARAN
 Masalah pembelajaran: kecacatan yg menghalang kemajuan akademik seseorang individu
yg bukan terencat akal & bukan menghadapi masalah emosi (Slavin,2003).
 Suatu masalah neurologi yg berkaitan dgn cara otak menerima, memproses, menganalisa
& menyimpan maklumat.
 Kesan: Kadar pembelajaran yg lambat berbanding murid2 lain

Ciri2 masalah pembelajaran:
1) Kelewatan dlm memahami penggunaan bahasa
2) Pertuturan kanak2 sukar difahami
3) Kesukaran dlm memahami arahan
4) Masalah ingatan: sukar mengingat perkara yg baru dipelajari
5) Masa yg lama dlm menjawa soalan
6) Kerap kehilangan buku, kerja rumah
7) Konsep kendiri yg negative

Masalah membaca:
1) Membaca dgn perlahan
2) Penyebutan tidak tepat
3) Sukar memahami apa yg dibaca

Masalah menulis:
1) Tulisan tidak kemas & cara pegang pensel yg janggal
2) Sukar menjelaskan idea melalui penulisan

Masalah mengira:
1) Keliru dgn symbol matematik & salah baca nombor
2) Keliru ttg operasi dan konsep matematik.

Masalah komunikasi:
1) Kesukaran dalam memilih perkataan yang sesuai.
2) Respon yang lewat

PBD masalah pembelajaran:
1) Mengajar murid2 ini dgn cara belajar dan memproses maklumat
2) Memberikan maklum balas dgn kerap.
3) Melibatkan mereka secara aktif dalam pembelajaran
4) Menyediakan perkhidmatan khas untuk murid2 ini, contohnya: bimbingan satu ke satu

AUTISTIK (Autism Spectrum Disorder)

 Masalah perkembangan yang melibatkan masalah komunikasi lisan dan bukan lisan serta
interaksi sosial seseorang individu.

 ciri-cirinya:
1) Mengasingkan diri
2) Enggan brcakap
3) Kemahiran sosial dan kemahiran komuniksi yang lemah
4) Cenderung melakukan pergerakan badan yang brulang
5) Tidak suka kpd perubahan rutin
6) lewat perkembangan

PBD kanak2 autistik:
1) Menyediakan murid2 lain supaya menerima keadaan murid autistic ini
2) Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yg brstruktur kerana murid autistic selesa
dgn rutin.
3) Persekitaran di tempat duduk bebas drpd alat yg boleh mencederakan dirinya.
4) Menggunakan kaedah kumpulan kecil / individu untuk mengajar kanak kanak ini.
5) Mndapatkan nasihat pakar serta guru pendidikan khas mengenai masalah ini.

LEWAT PERKEMBANGAN
 Lewat perkembangan: perubahan fizikal, emosi, kognitif dan sosial tidak berlaku pada
masa yg diterima norma dan akan memberi kesan kepada perkembangan bahasa,
pertuturan kemahiran sosial dan psikomotor kanak-kanak tersebut.
 Ciri2 murid lewat perkembangan:
1) Tak upaya mengikat tali kasut, memegang pen, dan menulis dgan tidak kemas
2) Gaya brjalan yg tidak betul
3) Perbendaharaan kata yg terhad
4) Sukar bergaul
5) Masalah interaksi
 Masalah ini mungkin disebabkan oleh pengaruh genetic dan persekitaran.
 Kanak2 ini boleh dibantu melalui:
1) Penggunaan teknologi
2) perubatan
3) fizikal terapi
4) makanan seimbang
5) perkhidmatan psikologi

HIPERAKTIF
 Masalah utama: kesukaran mengekalkan perhatian, t/laku yg hiperaktif dan impulsive
 Ciri2 ADHD:
1) Mudah mengalih perhatian & kerap berpindah dari satu aktiviti ke aktiviti lain
2) Cepat berasa bosan dgn sesuatu aktiviti
3) Tidak membri perhatian kpd butir2 khusus menyebabkan mereka sering membuat
kesilapan dlm tugasan.
4) Sering lupa, kelihatan lembap, pemalu & sering berkhayal
 Ciri2 t/laku hiperaktif:
1) Sering meninggalkan tempat duduk
2) Menunjukkan sikap resah
3) Bergerak , menyentuh & bermain dgn segala bahan yg trdpt di kelas
4) Brckp terlalu byk
 Ciri2 murid bersikap impulsive:
1) Sikap tidak sabar. cth: x sabar menunggu giliran

2) Menyampuk semasa org lain brbual
3) Mmberi komen yg tidak sesuai
4) Bertindak tanpa memikirkan kesannya
 3 jenis ADHD:
1) Tidak dpt membrikan perhatian
2) hiperaktif & impulsive
3) Kombinasi ADHD

 PBD hiperaktif:
1) Mmberikan pertimbangan khas semasa memilih tempat bg murid ini.
2) Memastikan murid2 ini jelas ttg peraturan dan prosedur dlm bilik darjah.
3) Mwujudkan rutin di dlm bilik darjah
4) Arahan yg ringkas
5) Melibatkan murid2 secara aktif di dlm kelas

PINTAR CERDAS
 Jabatan Pendidikan United States (1993): individu yg dpt mnjukkan potensinya pd tahap
tinggi berbanding rakan sebaya yg mmpyai pengalaman yg sama.
 Ciri2 kanak2 pintar cerdas:
1) Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika disbanding
dengan rakan sebaya yg lain.
2) Menunjukkan keinginan utk mengetahui sesuatu yg lebih berbanding org lain.
3) Mnetapkn matlamat yg tinggi untuk pencapaiannya.
4) Kemahiran bahasa, membaca dan perbendeharaan kata yg luas.
5) Kebolehan utk memimpin

 PBD kanak2 pintar cerdas:
1) Menekankan program penggayaan
2) Program ekspress (acceleration)
3) Kaedah Pdp yg menekankan pemikiran abstrak, kreativiti & pembacaan yg tinggi

TOPIK 6: PENGURUSAN T/LAKU BERMASALAH DLM BILIK DARJAH

JENIS2 T/LAKU BERMASALAH
 Masalah disiplin terbahagi kpd 2:
1) destruktif : Melakukan sesuatu yg boleh membahayakan diri sendiri / individu lain
2) disruptif : Tindakan yg mengganggu, mengacau / menjejaskan aktiviti / pelaksanaan
Pdp.
 Jenis2 disiplin:
1) Melawan
2) Memukul
3) Mencederakan
4) Vandalisme
5) Mencuri
6) Menggugut rkn sebaya / guru
7) Menggunakan perkataan lucah

PUNCA T/LAKU BERMASALAH
1) Diri murid

 Estim kendiri yg rendah

 Kurang motivasi
 Masalah pembelajaran
 Murung

2) Guru
 Guru tak mnunjukkan sikap bertanggungjwb
 Guru kurang berminat kpd murid
 Guru yg kurang keyakinan
 Guru menggunakan bahasa yg kurang baik

3) Sekolah
 Peraturan terlalu ketat hingga murid memberontak
 Bilangan murid di dlm kelas trlalu ramai

4) Latar belakang murid
 Ibu bapa yg tidak meluangkan masa bersama anak2
 Ibu bapa terlampau memanjakan anak
 Konflik keluarga

TINDAKAN GURU DALAM MENGURUSKAN T/LAKU BERMASALAH
1) Mndptkan maklumat awal berkaitan kelas yg akan diajar
2) Penampilan bahasa badan guru yg positif
3) Sikap & t/laku yg baik
4) Memberi respon trhdp masalah disiplin murid
5) Prihatin trhadap masalah disiplin murid
6) Bersikap asertif

HALANGAN DALAM MENGURUSKAN T/LAKU BERMASALAH
1) Guru

 Guru bersikap prejudis trhdp murid2 bermasalah.
 Guru bersikap berat sebelah.
 Guru tidak mengambil berat

2) Rakan sebaya
 Melakukan masalah disiplin kerana dicabar oleh rakan sebaya
 Ingin dilihat sbg yg paling berkuasa di klngn rakan2
 trend yg dipelajari melalui media massa

3) Sekolah

4) Ibu bapa
 Tidak bekerjasama dgn guru2
 Ibu bapa terlalu sibuk
 Ibu bapa trlalu memanjakan anak2

5) Masyarakat persekitaran

TOPIK 7: INTERVENSI MENANGANI TINGKAH LAKU BERMASALAH

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Menggunakan prinsip peneguhan yg menyatakan:
 T/laku dpengaruhi akibat
 T/laku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan / dilemahkan
 Bertindak berdasarkan t/laku yg dberikan ganjaran akan diulangi manakala t/ laku yg
tidak dberikan ganjaran akn lupus
 Ganjaran lebih berkesan brbanding dendaan

Sistem modifikasi t/laku:

1) Sistem kontrak tingkah laku
-Guru perlu,

 Berjumpa dgn murid2 trsebut & trangkan rasional & langkah2 yg perlu utk memastikan
kontrak itu berkesan.

 Meminta bantuan drpd pihak lain utk memastikan murid2 mematuhi kontrak yg
dipersetujui.

 Menetapkan matlamat jangka masa panjang supaya murid2 mengekalkan t/laku yg
diingini wlaupun kontrak sudah berakhir.

2) Sistem token
-Langkah2nya,

 Senaraikan t/laku spesifik yg akan diberikan token.
 Pilih token yg senang dicari & digunakan.
 Tetapkan kekerapan memberikan token & masa token diberikan.
 Tetapkan org yg akan mmberikan token.
 Senaraikan peneguh / ganjaran yg akan diterima melalui token yg dikutip.
 Tetapkan masa penukaran antara token & ganjaran.

Pelan Intervensi Pengurusan Kendiri T/laku Murid2
1) Ttpkan t/laku murid
2) Beri kesedaran kpd murid
3) Matlamat yg realistic
4) Bincangkn akibat
5) Bina sistem pengurusan kendiri
6) Guru memantau
7) Berikan peluang kpd murid utk mengurus
8) Penilaian berterusan & ubah jika perlu

KEMAHIRAN2 ASAS BIMBINGAN & KAUNSELING SEKOLAH RENDAH
Bimbingan: Suatu proses yg dirancang & digunakan guru utk membantu murid2nya mengetahui &
menyedari ttg kebolehan & kelemahan diri serta mmbntu mereka membuat penyesuaian dgn
persekitaran.

Kaunseling: Guru kaunselor mmbantu murid mengenali diri mereka yg sebenar.

Kemahiran asas bimbingan:
1) Kemahiran memberikan perhatian

 Memberi gambaran bahawa guru berminat & bersungguh utk menolongnya.
 Murid akan berasa selamat, diterima & dihormati

2) Kemahiran mendengar dgn aktif
 Utk mendapatkn maklumat & memahami apa yg disampaikan murid

 Memerlukan perhatian & penghayatan.

3) Kemahiran berempati
 Roger (1977): Keupayaan utk memasuki dunia murid2 bg memahami dgn lebih mendalam.
 Membantu murid memahami perasaan yg dialaminya.

TERAPI BERMAIN
 Melibatkn kumpulan kanak2 dri 2-5 org.
 Membuat penilain trhadap emosi & perasaan kanak2
 Terapi ini akan membiarkan kanak2 bermain dgn alat permainan yg dipilih utk melihat
emosi, perasaan & t/laku kanak2 tersebut.

Teknik terapi bermain:
1) Permainan boneka
2) Bercerita
3) Bermain spontan / berperaturan
4) Bermain pasir

Pelaksanaan sesi terapi:
1) Perancangan bentuk terapi

 Perlu mewujudkan hubungan baik dgn kanak2
 Membuat pemerhatian awal
2) Pelaksanaan terapi
 Tahap 1: Emosi yg tidak stabil
 Tahap 2: Emosi diarah pd objek & figura
 Tahap 3: Ekspresi positif & negative ditunjukkan bersama
 Tahap 4: Kanak2 sudah dpt memilih &memisahkan perasaan positif & negative
3) Penilaian terapi

Pendekatan dlm proses terapi:
1) Relating
2) Releasing
3) Recreating
4) Reexperiencing
5) Resolving

TERAPI BERCERITA
 Aktiviti yg digunakan utk menyampaikan peristiwa dlm cerita dgn perkataan, imej & suara.
 Elemen dlm bercerita akan membangkitkan motivasi intrinsik kanak2.
 Cerita yg menggambarkan t/laku bermasalah yg dialami oleh kanak2 tersebut akan
berkesan utk membantu kanak2 menyedari masalah tersebut berada di dlm dirinya serta
membantu kanak2 itu mengubah dirinya.

TERAPI SENI
 Suatu bentuk psiko terapi, di mana klien digalakkan utk meluahkan perasaan & konflik
dalaman yg mereka alami melalui aktiviti seni.

TERAPI MUZIK
 Terapi muzik membantu kanak2 meningkatkan konsentrasi, membuka minda & perasaan,
melatih persepsi, meningkatkn keyakinan, mengurangkan kekakuan kpd otot, membentuk
hubungan interpersonal, menghilangkan stress & membangkitkn suasana santai.

TOPIK 8: PELAN PBD

MEMBINA PELAN PBD YANG EFEKTIF SECARA KREATIF & INOVATIF
1) Komponen persekitaran fizikal

 Pelan kedudukan murid
 Peta pembahagian ruang di dlm kelas’
 Fungsi setiap ruang pembelajaran
 Pengisian papan kenyataan
 Hiasan kelas

2) Komponen PdP
 PSA murid
 Pendekatan & strategi pengajaran
 Kaedah pengajaran
 Rancangan mengajar

3) Komponen hubungan guru-murid
 Corak komunikasi & interaksi
 Strategi membina kemahiran bersosial
 Strategi membina kemahiran pengurusan kendiri

4) Komponen pengurusan disiplin
 Peraturan bilik darjah
 Rutin & prosedur

5) Kompponen Intervensi Guru
 Teknik modifikasi tingkah laku
 Bimbingan & kaunseling

HALANGAN DALAM PBD
1) Hubungan ibu
2) Pengaruh rakan sebaya
3) Keadaan persekitaran bilik darjah
4) Masalah perkembangan murid
5) Salah laku yg tak dijangka

SELAMAT MENJAWAB EXAM… SEMOGA PENULIS NOTA INI BERJAYA DUNIA
AKHIRAT..AMIN YA RABBAL ALAMIN…


Click to View FlipBook Version