The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-book memfokuskan warisan budaya masyarakat Melanau, khasnya di Mukah, Sarawak. E-book ini turut menerangkan kepentingan warisan budaya signifikan masyarakat Melanau dan juga menekankan tentang serba sedikit maklumat amalan tradisional dalam masyarakat tersebut khususnya oleh golongan bangsawan Melanau suatu ketika dahulu.
E-book ini merupakan hasil kompilasi dokumentasi visual dan kajian lapangan di Mukah oleh 24 orang pelajar Tahun 3 Program Seni Halus, gabungan dari tiga pengkhususan (Seni Paduan, Teknologi 3-D, dan Media Baru & Seni Elektronik) dibawah kursus GKV 3334 Etnografi Visual yang diseliakan oleh Cik Doris Maying.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Etnografi Visual Mukah, 2023-01-27 08:55:22

PEMAKAMAN A NYAT MELANAU MUKAH

E-book memfokuskan warisan budaya masyarakat Melanau, khasnya di Mukah, Sarawak. E-book ini turut menerangkan kepentingan warisan budaya signifikan masyarakat Melanau dan juga menekankan tentang serba sedikit maklumat amalan tradisional dalam masyarakat tersebut khususnya oleh golongan bangsawan Melanau suatu ketika dahulu.
E-book ini merupakan hasil kompilasi dokumentasi visual dan kajian lapangan di Mukah oleh 24 orang pelajar Tahun 3 Program Seni Halus, gabungan dari tiga pengkhususan (Seni Paduan, Teknologi 3-D, dan Media Baru & Seni Elektronik) dibawah kursus GKV 3334 Etnografi Visual yang diseliakan oleh Cik Doris Maying.

PEMAMAN BANGSAWAN MELANAU PEMAKAMAN A NYAT MELANAU


PEMAKAMAN A NYAT MELANAU PEMAMAN BANGSAWAN MELANAU i


oleh DORIS MAYING DANG AYUNNI NORSHAHIDA BINTI ROSELAN DORINA AK UNYA EAZENTH MACLEAND AK LIMIN ELDRIE MELVYNZER AK BALON ELISA LOW ERISHA IVY SUDAN ANAK SULANG JELENA ANAK JENEN JESSIKA GADUNG EGAN NUR AINI BINTI KHALID NURHAYATI SYALIRI BINTI SYAHRI SHAAJELYN AK BAJANG SHANE JAU PADAN STEFFENY EQUERA AK BRITEN THENMOLY A/P GOPABALA KRISHNAN ELVIS ANAK TANGGAU PIRIYATARSHINY THURAISAMY WILMA ALYESANDRA AMAT EBALINY ANAK MANCHO CONNIELIA BINTI SYLVESTER BATRISYIA BINTI RA’EE HEYWARD BALAN HARUN DARRYL TERRY UTOM ANAK TUAH NAZIRUL MUZAQIR BIN ISWANDY MICHAEL LANYUN ANAK LITA PEMAKAMAN A NYAT MELANAU PEMA5MAN BANGSAWAN MELANAU ii


PEMAKAMAN A NYAT MELANAU PEMAMMAN BANGSAWAN MELANAU 2023 PROGRAM SENI HALUS, FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF, UNIMAS Hak cipta terpelihara. Karya yang disiarkan di dalam penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa-apa cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis dan penerbit. Diterbitkan oleh Pelajar GKV 3334 Etnografi Visual Program Seni Halus Fakulti Seni Gunaan Universiti Malaysia Sarawak Laman Sesawang: https://etnografivisualmuk.wixsite.com/visualetnografimukah Penafian: Buku ini bertujuan untuk memberi maklumat am dan tujuan pendidikan mengenai pemakaman bangswana Melanau. Kami telah berusaha mendapatkan fakta dan tafsiran yang boleh dipercayai dikumpulkan melalui penyelidikan dari kerja lapangan. Pembaca haruslah beratanggungjawab untuk menyemak semula maklumat daripada buku ini sebelum menggunakan maklumat tersebut. Pereka Grafik / Batrisya Binti Rafee Jessika Gadung Egan Penulis / Jessika Gadung Egan Nur Aini binti Khalid Shaajelyn Ak Bajang Fotografi / Semua Ahli Etnografi Mukah Lakaran / Nazirul Muzaqir Bin Iswandy Hyward Balan Harun iii Penghargaan / Penghulu Juana @ Bonaventure bin Lupuih Tommy Black Benedict Peter Eduine Kusai Penduduk Kampung Tellian Peniaga Pasar Tamu Mukah


iv


Seungkap Bicara............................................................... vi-vii Pengenalan......................................................................... 1 Masyarakat Melanau....................................................... 2 Agak.................................................................................... 3-5 Jerunei................................................................................. 6-11 Kerarat................................................................................ 12-15 Bakut.................................................................................... 16-18 Adat Budaya & Tradisi Melanau................................... 19-30 Ekonomi............................................................................... 31-35 Penutup................................................................................ 36 Rujukan................................................................................ 37 Galeri.................................................................................. 38-41 Glosari................................................................................ 42 ISI KANDUNGAN


SEUNGKAP BICARA vi Cik Doris Maying, Pensyarah GKV 3334 Etnografi Visual Buku ini merupakan hasil tugasan pelajar Tahun 3 Program Seni Halus melalui kursus GKV 3334 Etnografi Visual yang menfokuskan dokumentasi budaya Masyarakat Melanau, khasnya di Mukah, Sarawak. Melalui kerja lapangan yang dijalankan di beberapa lokasi di Mukah, pelajar-pelajar telah didedahkan dengan pendekatan dalam menjalankan dokumentasi budaya sama ada dalam bentuk dokumentasi visual atau lisan. Disamping itu, para pelajar turut diberi peluang dalam pengurusan dan perlaksanaan aktiviti sepanjang berada di lokasi kerja lapangan, selain mempraktikkan ilmu dan kemahiran dalam seni visual dalam konteks budaya dan kemasyarakatan. Pemakaman A Nyat Melanau ini merupakan hasil kerjasama para pelajar dalam mendokumentasi warisan budaya terutamanya yang berkaitan dengan budaya pemakaman bangsawan dalam masyarakat Melanau pada masa dahulu. Selain itu, buku ini turut merangkumi berkenaan aspek budaya lain dalam masyarakat Melanau seperti dari aspek ekonomi, pakaian tradisional, amalan perubatan tradisional dan sebagainya. Secara umumnya, penerbitan buku ini juga sebagai suatu inisiatif untuk memelihara warisan budaya masyarakat Melanau. Ribuan penghargaan kepada kesemua pelajar yang terlibat proses dokumentasi dan penerbitan, di atas segala sumbangan tenaga dan kerjasama dalam menjayakan penerbitan buku ini. Jutaan terima kasih juga kepada respondenresponden yang sudi berkongsi pengetahuan dan maklumat kepada para pelajar terutamanya daripada komuniti Melanau. Akhir kata, selaku pensyarah kursus, setinggi-tinggi penghargaan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak, diatas segala sokongan yang telah diberikan kepada perjalanan perlaksanaan aktiviti kursus ini. Diharapkan melalui sokongan yang diberikan ini, penerbitan buku diharapkan bermanfaat kepada pembaca khasnya kepada masyarakat Melanau sendiri yang mengetahui atau memepelajari berkenaan budaya mereka sendiri dan juga untuk memelihara budaya-budaya yang semakin pupus melalui pendekatan digitalisasi oleh para pelajar.


vii Dang Ayunni Norshahida binti Roselan, Pengerusi Lawatan GKV 3334 Etnografi Visual Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan salam sejahtera. Allhamdulillah, lafaz kesyukuran selayaknya hanya untuk Dia yang menganugerahi kita dengan limpah kurnia dan rahmatnya. Saya sebagai pengerusi lawatan GKV 3334 Visual Etnografi yang dijalankan di Mukah ingin merakamkan penghargaan kepada pensyarah yang membantu kami untuk menjayakan kursus kajian Etnografi Visual ini dan setinggi-tinggi penghargaan kepada penduduk di Mukah khasnya penduduk di Kampung Tellian, Mukah kerana sudi membantu untuk memberikan kerjasama serta maklumat kepada sidang ridaksi Visual Etnografi Mukah. Selain itu, jutaan terima kasih ditujukan kepada ahli-ahli kumpulan Visual Etnografi Mukah seramai 24 pelajar dari Program Seni Halus, Unimas kerana membantu dalam menjayakan produksi serta penghasilan e-book Pemakaman A’Nyat Melanau ini. E-book Pemakaman A’Nyat Melanau ini merupakan hasil kerjasama dari 24 orang pelajar dalam menjayakan kajian ini. Akhir sekali, selaku wakil pelajar Etnografi Visual Mukah, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Fakulti Seni Gunaan Kreatif atas sokongan yang diberikan ketika menjalankan kajian ini. Diharapkan agar penerbitan e-book ini dapat memberi manfaat kepada pembaca khasnya penduduk masyarakat Melanau di Mukah agar dapat digunakan sebagai rujukan pada masa hadapan serta dapat memelihara budaya warisan yang hampir pupus.


PENGENALAN Buku ini diterbitkan untuk mendokumentasikan serta menyampaikan maklumat berkaitan pemakaman bangsawan Melanau di Mukah, Sarawak berserta memperkenalkan adat, budaya, ekonomi dan sosial masyarakat Melanau. Pendokumentasian dan penerbitan buku ini merupakan tugasan memenuhi syarat kursus GKV3334 Etnografi Visual. Penerbitan ini adalah hasil kerjasama penyelidikan pelajar tahun 3 Seni Halus dan pensyarah pengiring bersama masyarakat di Mukah terutamanya Kampung Tellian. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkenalkan dan mempromosi budaya masyarakat Melanau di Mukah. Melalui pendapatan kursus ini, maklumat berkaitan pemakaman bangsawan Melanau telah dikumpul melalui kaedah temuramah dan dokumentasi visual bersama beberapa responden di Kampung Tellian, Mukah. Visual berkaitan objek budaya yang digunakan dalam pemakaman bangsawan, adat, budaya, ekonomi dan sosial telah didokumentasikan secara digital serta dipersembahkan dalam buku ini. Sehubungan dengan itu, penulisan dimulakan dengan memberi sedikit maklumat berkaitan latar belakang masyarakat Melanau di Mukah. Seterusnya memfokuskan kepada pemakaman bangsawan Melanau dikongsikan dengan lebih lanjut. Buku ini turut merangkumi secara ringkas berkenaan adat, budaya, ekonomi dan sosial masyarakat Melanau. Justeru itu, adalah menjadi harapan agar buku ini membawa manfaat kepada pembaca dan dapat dijadikan sebagai sumber rujukan pada masa hadapan, khasnya dalam memelihara keunikan adat budaya masyarakat Melanau. 1


MASYARAKAT MELANAU Melanau merupakan salah satu masyarakat etnik di Sarawak yang mempunyai adat dan keistimewaan menarik. Orang Melayu Sarawak memanggil orang. Melanau turut menjadi antara kaum Bumiputera terbesar di Sarawak selepas kaum Iban, kaum Melayu dan kaum Bidayuh. Kaum melanau ini juga merupakan antara terawal menetap di Sarawak. Kaum Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Pemakaman bangsawan Melanau tradisional adalah unik di mana pemakamanan terdahulu dipengaruhi dengan kepercayaan dan status sosial. Kepercayaan lama disebut Likow memberikan kesan besar dalam pemakaman bangsawan ketika itu. Pada masa sama, status sosial individu juga menimbulkan keunikkan pengebumian Melanau. Namun, kaum Melanau mempunyai budaya dan adat resam mereka tersendiri. Kaum Melanau penduduk majoriti di Mukah berbanding kaum Melayu, kaum Iban dan lain-lain. Keunikan tersebut membuatkan Mukah merupakan salah satu pusat kebudayaan orang Melanau. Melanau turut merupakan yang terawal menetap di Mukah. Pada ketika dahulu, Mukah dipanggil sebagai negeri “Melano” kerana hampir keseluruhan penduduk Mukah berketurunan Melanau. Oleh itu, asal usul Mukah bermula dari “Muka” dan kelamaan sebutan tersebut berubah menjadi “Mukah”. Mukah mempunyai banyak keunikan tersendiri dari segi eksotik, makanan, budaya, kepercayaan dan lain-lain. 2


AGAK


Agak merupakan kubur gantung golongan bangsawan Melanau sebelum dipindahkan dan disimpan secara kekal. Mayat akan diletakkan ke dalam kubur bergantung sehingga tempoh tertentu untuk proses penulangan berlaku. Setelah proses tersebut, tulang dimasukkan ke dalam tempayan dan diletakkan ke dalam Jerunei untuk persemadian kekal. 4


Agak didirikan tapak berdekatan di belakang rumah penduduk. Hal ini demikian kerana, memudahkan penduduk menyalakan lilin pada kubur si mati di mana ia merupakan sebuah simbolik yang akan menerangi perjalanan roh si mati. Pada tapak kubur gantung, terdapat satu ke tiga keranda diletakkan bersama dalam sebuah platform kubur gantung. Salah satu kubur gantung akan diukirkan dengan motif tertentu. Agak ini di bentuk dari kayu belian disebabkan ketahanan kayu ini lebih tinggi dengan keadaan cuaca panas dan hujan. 5


JERUNEI


JERUNEI TUAN PUTERI Jerunei puteri memiliki tempayan kayu yang melambangkan kepada orang bangsawan dan berbentuk solid. Selain itu, terdapat lubang di tengah jerunei untuk meletakkan tulang Tuan Puteri dan jerunei ini juga mempunyai mahkota berbentuk nanas di atasnya. Serpihan mahkota nanas Jerunei Tuan Puteri 7 Menurut penceritaan orang lama Jerunei Tuan Puteri didirikan untuk anak perempuan bangsawan dimana jerunei ini tidak memakan korban secara paksaan tetapi korban tersebut suka rela unutk dikorbankan.


JERUNEI ANEK UDA Jerunei Anek Uda didirikan oleh orang luar dimana mereka ingin membuktikan bahawa bukan kaum Melanau sahaja boleh mendirikan jerunei. Jerunei ini didirikan sendiri oleh pelayar atas kejayaan beliau sendiri iaitu mengharungi lautan Samudra iaitu 7 lautan dan 5 samudra untuk berdagang tepung sagu. Oleh itu, jerunei dibina tanda kemegahan serta keberanian beliau mengharungi lautan. Namun, berdasarkan cerita orang kampung, jerunei tersebut merupakan jerunei sumpahan kerana Anek Uda telah dipaksa dan ditipu. 8


JERUNEI SRI TELLIAN Jerunai Sri Tellian terletak di tengah perumahan dan perkampungan Kampung Tellian. 9


JERUNEI LAMIN DANA Jerunei Lamin Dana terletak bersebelahan dengan Jerunei Anek Uda. Jerunei ini telah lama roboh. 10


JERUNEI BESUNGAU Jerunei Besungau ini telah didirikan pada era pemerintahan Brooke dalam tahun 1840. Jerunei ini merupakan jerunei terakhir yang bermula dengan kisah hamba perempuan diikat bernama Besungau diselamatkan oleh orang dimana dia dilarikan ke Rajang. Kemudian, orang tersebut telah melaporkan kepada Brooke tentang pengorbanan manusia yang berlaku ketika itu. Oleh itu, Brooke juga telah mengharamkan pemburuan kepala dan pengorbanan manusia. Jerunei Besungau ini mempunyai tiang segi empat untuk menahan tempayan. Motif yang terdapat pada tiang Jerunei tersebut adalah bentuk flora dan fauna. Manakala lubang yang terdapat pada Jerunei merupakan perancah di mana tempat menaikkan korban untuk diikat atas Jerunei. 11 Motif yang terdapat pada Jerunei Besungau


KERARAT


KERARAT Kerarat selawa atau kelabit yang telah berusia ratusan tahun. Kayu yang digunakan adalah diperbuat daripada kepingan kayu dan merupakan salah satu kerarat terdapat di Borneo. Kerarat ini mempunyai 4 sudut iaitu utara, timur, barat dan selatan. 13


Reka corak atas kayu pada sudut utara memaparkan figura manusia dan berkepala manusia yang dikatakan lambang identiti bagi Melanau atau “double x of Dakan”. Reka corak bagi kayu berada pada sudut timur pula menunjukkan flora, fauna dan memaparkan bukti bahawa melanau “manuturilisme”. Selain itu, sudut selatan menunjukkan reka corak berbentuk buaya pada kayu tersebut. Seterusnya, reka corak pada sudut barat dikatakan sama dengan ukiran kaum kayan dimana terdapat corak fauna digunakan iaitu lipan, buaya, ular dan banyak lagi. Di samping itu, kerarat ini mempunyai kisah menceritakan kasih sayang seorang adik terhadap abangnya. Adik tersebut sanggup mengorbankan dirinya untuk menjaga abang yang telah meninggal agar tidak mengorbankan nyawa orang lain. Oleh itu, kerarat ini merubah tanggapan tersebut dengan menawarkan dirinya sendiri untuk menemani abangnya yang telah meninggal. 14


Motif Figura pada Kerarat 15


BAKUT (MAKAM KASIH SAYANG)


Bakut iaitu makam kasih sayang yang dibina atas dasar kasih sayang sang suami kepada isterinya dan perjanjian dibuat antara mereka. Bakut memiliki 2 tiang dihadapan bercorak flora dan 2 tiang dibelakang tidak bercorak. Bakut memiliki atap dengan reka bentuk serami menunjukkan pembuatnya adalah berketurunan biasa. Ukiran pada tiang yang diupah atas perjanjian suami isteri menampakkan bahawa bakut adalah orang bangsawan tetapi sebaliknya. 17


Bakut tersebut mempunyai kayu berbentuk tanduk sama ada berada pada bahagian depan atau belakang dan memiliki pasangan yang mempunyai motif flora iaitu berbentuk daun. Berkemungkinan besar, pintu gerbang bakut berbentuk sama dengan gatak atau pelamin Melanau yang diperbuat daripada serpihan kain balu. 18


ADAT BUDAYA & TRADISI MELANAU


BUSANA MELANAU Busana lelaki digayakan dengan potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon dan berkopiah jawa. Busana wanita digayakan dengan baju baldu hitam dengan songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar dan diserikan dokoh serta perhiasan kepala kepih sanggul. 20


DAKAN / BILUM Dakan atau Bilun merupakan sebuah patung diukir daripada empulur sagu atau kayu lembut yang berfungsi sebagai alat penyembuhan oleh masyarakat Melanau Pagan terutama di Mukah dan Dalat. Patung ini diukur oleh pengukir Dakan/Bilun setelah berunding dengan bomoh. 21


22 Namun, setiap pengukir Dakan/Bilum mengetahui jenis dakan berdasarkan penyakit pesakit dan mereka akan mencipta Dakan berdasarkan klasifikasi roh seperti Kulum Langit Pengamou, Bu’aw Kenaway dan Bu’aw Krukuk. Dakan biasanya diukir dari bawah ke atas (kaki ke kepala).


TADAL Tadal merupakan alatan kayu yang bertujuan untuk meratakan dahi dan menjadikan serupa dengan bentuk bulan purnama. Kaedah ini digunakan keatas kepala kanak-kanak berumur sebulan dan biasanya tekanan dikenakan hanya semasa kanak-kanak sedang tidur oleh masyarakat Melanau. 23


24


TIBOW Tibow merupakan permainan tradisi iaitu buaian gergasi yang dimainkan semasa penyambutan Pesta Kaul masyarakat Melanau. Permainan ini adalah simbol perpaduan, bersuka ria (berkaul) dan ia biasanya dimain oleh pemuda-pemuda Melanau. 25


Tibow dibina dalam 2 bahagian iaitu bahagian pertama mempunyai pemidang seakan-akan anak tangga dan bahagian kedua mempunyai 2 batang tiang berbentuk piramid akan terdapat tali rotan yang diikat untuk pemain berhayun dari kiri dan kanan. Tibow dibina dengan ketinggian antara 8 hingga 10 meter dan didirikan dalam keadaan yang condong di atas tanah rata. 26


SERAHANG KAKAN Ritual ini merupakan kemuncak bagi menandakan bermulanya tahun baru bagi masyarakat Melanau. Ia merupakan satu upacara penyucian, tanda kesyukuran dan rasa berterima kasih atas rezeki yang diperoleh sepanjang tahun lepas. Upacara ini diadakan untuk melindungi dan menyelamatkan Likow atau dunia daripada serangan penyakit yang mengancam nyawa penduduk. Dari segi kepercayaan lama, upacara ini diadakan bertujuan menolak bala dan membersih kampung daripada segala kekotoran, penyakit dan malapetaka. Upacara ini turut merupakan masa terbaik untuk memohon daripada ipok agar dimurahkan rezeki sepanjang tahun, tidak kira rezeki dari laut, sungai, darat atau hutan. 27


LEPAS PALEI Lepas Palei merupakan pantang yang dilakukan sebagai upacara terakhir menandakan tiada ikatan lagi dengan pantang larang kematian. Berdasarkan pegangan dan kepercayaan agama dalam sebuah keluarga, terdapat keluarga akan melakukan upacara 7 hari dimana keluarga si mati wajib membuat dan memberi tetuhun mengikut adat Melanau kepada penduduk kampung sebagai tanda terima kasih kerana telah membantu. Berdasarkan pegangan dan kepercayaan agama dalam sebuah keluarga, terdapat keluarga akan melakukan upacara 7 hari dimana keluarga si mati wajib membuat dan memberi tetuhun mengikut adat Melanau kepada penduduk kampung sebagai tanda terima kasih kerana 28


TETUHUN Tetuhun merupakan makanan tradisi bagi masyarakat Melanau, Mukah. Tetuhun adalah sejenis makanan yang dibungkus dengan menggunakan daun ‘luit’ dan direbus dengan menggunakan air santan kelapa. Antara bahan untuk membuat tetuhun adalah beras pulut kelapa parut, air santan dan daun ‘luit’. Proses untuk membuat tetuhun adalah dengan menumbuk beras pulut dengan kelapa parut di dalam lesung kayu. Selepas itu, masak dahulu bahan yang telah ditumbuk sebelum dibungkus dengan daun luit. 29


Daun luit akan dicuci terlebih dahulu sebelum membungkus nasi pulut dan kelapa parut tadi. Setelah selesai membungkus, ia akan dikukus sehingga masak dan setelah masak ia akan dipanggil tetuhun. Tetuhun dapat dimakan dengan biji sagu dan sambal. 30


EKONOMI


SAGO Sagu merupakan makanan tradisional masyarakat Melanau di Mukah yang berasal dari pokok rumbia atau lebih dikenali sebagai pokok mulong dan pokok sagu. Proses pembuatan sagu adalah dengan membuat bahagian kecil pada pokok mulong yang telah dibuang kulit dan dibelah lagi bahagian pokok tersebut kepada saiz yang kecil. Setelah itu, bahagian yang bersaiz kecil akan diparut di dalam mesin parut untuk mengasingkan hampas dan isi sagu. Masyarakat Melanau membina mesin parut kepada beberapa bahagian seperti bahagian parut, bahagian penapisan, bahagian pengaliran air bahagian pembuangan hampas dan bahagian mengalir pati sagu. 31


Setelah diparut, isi sagu tersebut akan diperah untuk mendapatkan air sagu tersebut dan kemudian akan diasingkan dari hampasan atau ‘pow’ dalam bahasa Melanau. Hampasan ini akan dialirkan ke kawasan sungai. Hal ini kerana proses membuat tepung lemantak sepenuhnya menggunakan air sungai untuk mengasingkan setiap bahagiannya. Selepas itu, hampas dan isi sagu tersebut akan diasingkan dengan menggunakan penapis besar. Isi sagu yang terkumpul akan dialirkan ke dalam ‘jalur’ iaitu sejenis kayu belian yang telah dibuang isi dalamnya. Air yang terdapat didalam jalur tersebut adalah untuk memendakkan isi sagu. Setelah itu, isi sagu dan air akan diasingkan. Isi sagu akan dimasukan kedalam pasu dan sedia untuk proses pengeringan dan jadilah tepung lemantak. Pelbagai cara untuk masak tepung lemantak ini seperti linut, tebaloi biji sagu dan sebagainya. 32


UMAI Umai adalah sejenis makanan harian masyarakat Melanau yang tidak dimasak atau dimakan secara mentah. Umai ini dibuat daripada makanan laut seperti ikan pirang, ikan terubuk, undang, obor-obor dan sotong. Terdapat 2 jenis umai iaitu umai campur dan umai cicah atau dalam bahasa Melanau umai Jeb. Umai campur adalah umai yang dicampur tau digaul bersama bahan-bahan perasa manakala umai cicah adalah umai yang tidak dicampur atau digaul bersama bahan-bahan perasa tetapi ia dimakan secara mencicah kedalam pencincah yang telah diasingkan. Cara penyediaan umai ini adalah dengan memotong isi ikan secara halus, cili, bawang, limau dan bahan yang sesuai mengikut citarasa sendiri. Makanan ini sangat terkenal di Mukah. 33


NELAYAN Para nelayan menangkap ikan pada waktu pagi dan menjual hasil tangkapan mereka dalam jam 9 pagi di pasar Mukah. Mereka akan mengasingkan jenis-jenis ikan atau hasil tangkapan mereka. Hasil tangkapan yang sering ditangkan seperti ikan yu, ikan pirang dan banyak lagi. Para nelayan akan menangkap ikan sewaktu air pasang kerana air akan naik dan ikan mudah ditangkap. Akan tetapi sewaktu air surut, para nelayan juga akan menangkap pelbagai jenis tangkapan yang terdapat di pasir. Antaranya, siput, ketam, ‘mang’ iaitu sejenis udang besar dan banyak lagi. Penjualan hasil tangkapan segar di Mukah tidak mengambil masa satu hari tetapi setengah hari sahaja untuk menjual hasil tangkapan tersebut. 34


PENIAGA Pasar atau market Mukah mula meriah seawal jam 6 pagi. Peniaga di pasar Mukah kebanyakkannya berbangsa iban. Hasil temuduga bersama beberapa peniaga di pasar Mukah, mereka akan tiba di pasar seawal jam 4-5 pagi setiap hari. Mereka akan membawa makanan segar seperti sayur, buah dan banyak lagi jualan. Jualan utama di Mukah adalah Sagu, Ulat Mulong dan roti yang diperbuat dari tepung lemantak seperti tebaloi. Menurut peniaga di Mukah, mereka datang dari kampung yang jauh dari pasar Mukah. Keuntungan yang mereka dapat juga berbeza setiap hari dan pada satu hari sesetengah peniaga akan mendapat keuntungan dalam RM 400 dan ada yang mendapat keuntungan bawah dari RM 400. 35


PENUTUP Walaupun pemakaman ahli bangsawan kaum Melanau telah tidak diamalkan lagi semenjak era pemerintahan Brooke, malah masyarakat Melanau terutama di Kg. Tellian ingin melestarikan dan mengekalkan tapak warisan yang ditinggalkan untuk menjadi sebuah simbol kepada kaum Melanau. Namun, terdapat adat dan kepercayaan yang masih diikuti tetapi dilakukan dengan seiring pegangan agama masing -masing. Adat dan budaya itulah teras dan identiti kaum Melanau sehingga kini. Semoga generasi seterusnya menghargai tapak warisan, adat dan budaya Melanau agar tidak pupus ditelan zaman. 36


RUJUKAN Benedict Peter, (13 November 2022) Temubual oleh Nur Hayati Syaliri Binti Syahri Eduine Kusai, (12 November 2022) Temubual oleh Nur Hayati Syaliri Binti Syahri Penghulu Juana @ Bonaventure Bin Lupuih, (13 November 2022) Temubual oleh Jelena Anak Jenen Tommy Black, (11 November 2022) Temubual oleh Steffeny Equera Anak Briten 37


GALERI En. Tommy Black, Pemilik Sapan Puloh, Kampung Tellian, Mukah Penyerahan plak penghargaan kepada En. Tommy Black. En. Eduine Kusai, Kampung Tellian, Mukah, Penyerahan plak penghargaan kepada En. Eduine Kusai. Penghulu Juana @ Bonaventure bin Lupuih, Penghulu Kampung Tellian, Mukah Penyerahan plak penghargaan kepada Penghulu Juana. 38


Bersama salah satu kelurga di Kampung Tellian Tengah, Mukah En. Benedict Peter, Kampung Tellian, Mukah. Sesi memberi maklumat dari En. Benedict. 39


Peniaga-peniaga di Pasar Tamu Mukah 40


Click to View FlipBook Version