The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Taska Taman Intan, 2024-04-29 03:51:32

MINIT MESYUARAT AGUNG 2024

MINIT MESYUARAT AGUNG 2024

TARIKH : 3.5.2024 JUMAAT MASA : 2.30 PETANG MESYUARAT AGUNG TASKA KEMAS TAMAN INTAN TAHUN 2024/2025


KANDUNGAN :- 1. Agenda Mesyuarat 2. Notis Mesyuarat Agung TASKA KEMAS Taman Intan 3. Minit Mesyuarat Agung Tahun 2023 4. Laporan kewangan Penyata Tahunan Disember 2023 5. Rancangan Aktiviti Tahunan 2023/2024 6. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Tahun 2024/2025


Agenda Mesyuarat :- 1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis 2. Bacaan Doa - (Encik Ahmad Hilmi Bin Ahmad Kamal) 3. Ucapan Wakil KEMAS 4. Ucapan Pengerusi TASKA (Encik Mohd Fauzan Bin Zolkipli) 5. Membentangkan dan Mengesahkan Laporan Minit Mesyuarat Agung Tahun 2023 6. Membentangkan dan Mengesahkan Penyata Tahunan Berakhir Disember 2023 7. Membentangkan Laporan Aktiviti TASKA 2023/2024 8. Pembubaran Ahli Jawatankuasa Sesi 2023/2024 dan Perlantikan Pengerusi Sementara 9. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Sesi 2024/2025 10. Pembentangan Usul (Jika Ada) 11. Ucapan Penangguhan


TASKA KEMAS TAMAN INTAN, NO.15 JALAN INTAN 1, TAMAN INTAN, 72200 BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN. Ruj Kami: TSK/JPL/TI1/100/24(009) Tarikh : 29 April 2024 20 Syawal 1445H Kepada: Ibu bapa dan Penjaga Taska KEMAS Taman Intan Tuan/ Puan JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG DAN MAJLIS SAMBUTAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI TASKA KEMAS TAMAN INTAN TAHUN 2024/2025 Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas: 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak TASKA KEMAS Taman Intan akan mengadakan Mesyuarat Agung dan Majlis Sambutan Hari Raya Jamuan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024/2025 seperti ketetapan berikut: Tarikh : 3 Mei 2024 (Jumaat) Masa : 2.30 Petang Tempat : TASKA KEMAS Taman Intan 3. Oleh yang demikian, pihak TASKA berharap agar semua ibu bapa penjaga dapat menunaikan tanggungjawab bagi memastikan perjalanan Mesyuarat Agung pada Tahun 2024/2025 ini berjalan lancar serta meraikan bersama-sama Majlis Sambutan Jamuan Hari Raya selepas mesyuarat diadakan. 4. Sehubungan dengan itu, pihak TASKA amat berbesar hati sekiranya para ibu bapa / penjaga sudi sekiranya membawa juadah bagi mempelbagaikan juadah yang sedia ada di TASKA. Kerjasama daripada ibubapa amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, Terima Kasih “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “LUAR BANDAR SEJAHTERA” “BERSIH, MUAFAKAT, SEJAHTERA” Saya yang menjalankan amanah ………………………… (Mohd Fauzan Bin Zolkipli) Pengerusi TASKA KEMAS Taman Intan NOTIS MESYUARAT AGUNG


MINIT MESYUARAT AGUNG TASKA KEMAS TAMAN INTAN (2023) Tarikh : 12 Mei 2023 (Jumaat) Masa : 2.45 Petang Tempat : Taska Kemas Taman Intan 1 KEHADIRAN TASKA KEMAS TAMAN INTAN 1. Mohd Fauzan Bin Zolkipli 17. Sharimi binti Samsudin 2. Hartini Binti Jurit 18. Nurul Nadiha binti Abdulah 3. Zuraini Bt Kamarulzaman 19. Noorzaliza binti Ahmad 4. Amirah Norsaihah binti Amir Hamzah 20. Siti Aisyah binti Othman 5. Nik Najah Binti Nik Simail 21. Mohamad Amin bin Elias 6. Ahmad Hawari bin Mohamad 22. Noraidah binti Abdul Rani 7. Aziela Binti Hamzah 23. Siti Hajar binti Harun 8. Mohd Nasir bin Wahid 24. Mohd Afifie Azri bin Jusoh 9. Siti Sumairah Binti Abd Wahid 25. Nor Hafiza binti Hassan 10. Azi Sufian bin Johari 26. Ahmad Hilmi bin Ahmad Kamal 11. Hafizah Binti Abdul Rani 27. Syajaratul Aina binti Mohammad Aris 12. Shazali bin Shalim 28. Muhammad Fuad Bin Abdullah 13. Musliha binti Md Musrukin 29. Akma Aniz binti Yahya 14. Khairiah binti Abdul Hadi 30. Anisah binti Ali 15. Ahmad Faizal bin Zamhuri 16. Nurain binti Muhaidi TURUT HADIR: 1. CIK Hasnah Binti M.Mohamed (PPMK PD)


1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS 1.1 Pengerusi majlis memberikan salam keagamaan dan mengucapkan terima kasihkepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir bagi merealisasikan Mesyuarat Agung TASKA KEMAS Taman Intan bagi sesi 2023. 1.2 Bagi memberkati majlis para hadirin bersama-sama membacakan umul kitab Al-Fatihah Tindakan: Makluman 2. UCAPAN PENGERUSI TASKA 2.1 Beliau memulakan ucapan dengan salam hormat dan berterima kasih kepada ibu bapa dan tetamu jemputan yang sudi hadir bagi menjayakan mesyuarat pada petang ini. 2.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak AJK tahun 2022 kerana telah menjayakan setiap aktiviti yang dibuat pada tahun tersebut dengan jayanya .Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada TASKA KEMAS Taman Intan kerana telah berjaya menjalankan aktiviti yang direncana mengikut takwim yang dirancang sepanjang tahun 2022. Beliau juga memohon maaf jika ada kekurangan selama beliau menjadi Pengerusi TASKA bagi sesi 2022. 2.3 Beliau berharap bakal Pengerusi dan barisan AJK yang bakal dilantik akan dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. 2.4 Beliau mengucapkan tahniah kepada pendidik TASKA kerana dapat mendidik anak-anak dengan jayanya. Dan beliau bangga meletakkan anak di TASKA ini serta beliau mengharapkan ibubapa pada tahun ini dapat memberikan komitmen penuh dengan penglibatan aktiviti yang dijalankan. Tindakan: Makluman


3. UCAPAN WAKIL KEMAS 3.1 Beliau memulakan ucapan dengan memberi salam keagamaan kepada semua ibubapa yang sudi hadir ke Mesyuarat Agong TASKA Kemas Taman Intan bagi tahun 2023. 3.2 Cik Hasnah menerangkan tentang komitmen KEMAS kepada Masyarakat dan menyeru supaya setiap ibu bapa dapat memberikan komitmen yang baik dengan pihak TASKA di dalam setiap program yang dirancang seperti Hari Terbuka, Bengkel Keibubapaan dan lain-lain program. 3.3 Beliau berharap Ibu bapa dapat menjalankan tanggungjawab serta memberikan komitmen yaang baik jika telah dilantik menjadi AJK pada tahun 2023. 4. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG 2022 4.1 Puan Amirah Norsaihah yang mewakili setiausaha Taska KEMAS Taman Intan Puan Noor Farhana binti Zulkeply yang tidak dapat hadir kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Puan Amirah Norsaihah membentangkan minit mesyuarat Agung 2022. Disahkan oleh:- Encik Ahmad Hilmi bin Ahmad Kamal Disokong oleh:- Puan Syajaratul Aina binti Mohamad Aris. Tindakan: Makluman5. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN KEWANGAN TAHUNAN BERAKHIR DISEMBER 2022 DAN PENYATA BULAN MAC 2023 5.1 Puan Hartini binti Jurit selaku Bendahari Taska KEMAS Taman Intan membentangkan akaun kewangan Taska KEMAS Taman Intan yang berakhir pada 31 Disember 2021 serta membentangkan penyata bulanan terkini iaitu bulan Mac 2023. Disahkan oleh: Puan Hafizah binti Abdul Rani Disokong oleh: Puan Noorzaliza binti Ahmad. Tindakan: Makluman


6. PEMBUBARAN JAWATANKUASA DAN LANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA 6.1 Pengerusi Taska En. Mohd Fauzan Bin Zolkipli telah membubarkan Ahli Jawatankuasa Taska KEMAS Taman Intan bagi Tahun 2022. 6.2 En. Mohd Fauzan Bin Zolkipli telah menjadi Pengerusi Sementara dan seterusnya mengetuai perlantikan Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung Taska KEMAS Taman Intan bagi tahun 2023. Tindakan: Makluman 7. PELANTIKAN AHLIJAWATANKUASA 2023 7.1 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Tahun 2023 bagi TASKA KEMAS Taman Intan telah diterima sebulat suara. Pengerusi: En.Mohd Fauzan Bin Zolkipli Naib Pengerusi: En Shazali bin Shalim Setiausaha : Pn Anisah binti Ali Bendahari: Pn Zuraini binti Kamarulzamam Ahli Jawatankuasa: Encik Ahmad Hilmi bin Ahmad Kamal Encik Mohd Nasir bin Wahid Encik Azi Sufian bin Johari En Mohamad Amin bin Elias Encik Ahmad Faizal bin Zamhuri Pn Siti Hajar binti Harun Puan Sharimi bin Samsudin Pn Aziela binti Amzah Pemeriksa Kira-Kira Pn Noraidah Binti Abdul Rani Pn Hafizah Binti Abdul Rani Tindakan: Makluman


8. PEMBENTANGAN TAKWIM TASKA 8.1 Pn.Zuraini binti Kamarulzaman telah membentangkan takwim TASKA bagi tahun2022 yang telah berjaya dilaksanakan. 8.2 Beliau juga menyatakan segala takwim bagi tahun 2023 yang dirancang akandibincangkan dalam mesyuarat akan datang bersama Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik. 8.3 Beliau juga mengharapkan kerjasama dan komitmen dari pihak ibu bapa bagimelancarkan segala aktiviti yang telah dirancang. 8.4 Puan Zuraini menerangkan terdapat program dan aktiviti yang akan dijalankandalan masa terdekat iaitu Bengkel Keibubapaan yang akan diadakan pada bulan Jun serta Hari Potensi peringkat Daerah yang akan diadakan pada bulan Julai jika sekiranya tidak ada perubahan. Puan Zuraini meminta semua ibu bapa dapat melapangkan masa jika dipilih mewakili pihak TASKA. Tindakan: Makluman 9. USUL DAN CADANGAN 9.1 Tiada sebarang usul dan cadangan yang dikemukakan dan Puan Hartini menyatakan jika terdapat apa-apa persoalan dan cadangan boleh dikemukan di dalam kumpulan Whatsapp TASKA KEMAS Taman Intan atau melalui mesej secara personal dengan mana-mana pendidik TASKA KEMAS Taman Intan. Tindakan: Makluman 10. UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 Sebelum ucapan penangguhan dinyatakan Pengerusi TASKA En Mohd Fauzan Bin Zolkipli memohon Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dapat bekerjasama dengan beliau bagi memastikan segala perjalanan program dan aktiviti yang akan dirancang sepanjang tahun 2023 berjalan dengan lancar dan baik. 10.2 Beliau juga meminta kepada semua ibu bapa agar dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang baik kepada pihak taska.


11. PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang dengan ucapan terima kasih oleh pengerusi mesyuarat. Disediakan oleh : Disahkan oleh : ……………………………………………… …………………………………… (ANISAH BINTI ALI) (MOHD FAUZAN BIN ZOLKIPLI) Setiausaha Pengerusi TASKA KEMAS TAMAN INTAN


TAKWIM/PERANCANGAN AKTIVITI TASKA KEMAS TAMAN INTAN


PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA SESI 2024/2025 PENGERUSI : NAIB PENGERUSI : SETIAUSAHA : BENDAHARI : PEMERIKSA KIRA-KIRA 1: PEMERIKSA KIRA-KIRA 2: AHLI JAWATANKUASA : 1. 2. 3. 4 5. 6. 7. 8. 9. 10.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version