TAJUK 5
TINGKATAN 4
Murid dapat memahami tentang prospek
dan hala tuju pereka bentuk landskap
Apa itu reka bentuk
landskap?
DEFINASI REKA BENTUK
LANDSKAP
Berkaitan dengan bidang alam binaan dan alam semulajadi
DEFINASI PEREKA BENTUK
LANDSKAP:
• satu kerjaya yang dikategorikan dalam bidang
profesional.
• Tertumpu kepada pengindahan persekitaran luaran
yang merangkumi reka bentuk, pembinaan,
penyelenggaraan dan kerja-kerja berkaitan.
• Pereka bentuk landskap bertanggungjawab dalam
mengubah suai kawasan persekitaran dengan cara
mengatur dan mengambil kira unsur-unsur semula
jadi dan buatan manusia.
CIRI-CIRI PEREKA BENTUK LANDSKAP:
• Kefahaman dalam bidang matematik, sains, fizik, sejarah
dan kesenian.
• Kemampuan dalam pengurusan dan pengaturan.
• Kebolehan menyelesaikan masalah.
• Kreatif dan imaginatif.
• Boleh menganalisis secara logik.
• Daya pemerhatian yang tajam.
PROSPEK DAN HALA TUJU PEREKA BENTUK LANDSKAP
• Bidang kerjaya ini mempunyai pilihan daripada pelbagai aspek yang
menggabungkan unsur seni dan sains dalam mereka bentuk dan
menghasilkan persekitaran yang lebih baik.
• Projek-projek seperti perumahan, perniagaan dan taman rekreasi
memerlukan kepakaran daripada aspek pembinaan atau penyelenggaraan
bagi mengekalkan keindahan dan kehijauan semula jadi.
• Oleh itu, seorang pereka bentuk landskap perlu bijak menggunakan
gabungan kepakaran artistik, saintifik dan kemahiran teknikal untuk
menghasilkan landskap yang kreatif, inovatif dan efektif.
Artistik: sesuatu yang dihasilkan berdasarkan nilai seni
Saintifik:mengikut kaedah sains; teratur atau bersistem spt ilmu sains.
Kemahiran teknikal:Pengetahuan dan kebolehan seseorang pengurus mengaplikasi segala
teori, kaedah, teknik, prosedur dan alat-alat yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu
tugas yang spesifik.
SKOP BIDANG PEREKA BENTUK
LANDSKAP
Khidmat mereka diperlukan oleh pelbagai sektor awam dan swasta
• Jabatan Landskap Negara
• Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
• Jabatan Alam Sekitar
• Jabatan Perhutanan
• Jabatan Saliran dan Pengairan
• Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
• Institusi Pengajian Tinggi
• Firma Perunding Seni Bina Landskap
• Kontraktor Landskap dan Seni Taman
• Finna Arkitek dan Perancangan Bandar
PELUANG KERJAYA BIDANG
REKA BENTUK LANDSKAP
PEREKA BENTUK LANDSKAP
• Mempunyai latar belakang dalam bidang hortikultur biasan dan
landskap.
• Mengenal pasti keperluan pelanggan seperti bajet, konsep dan
jangka masa yang diberikan.
• Menyediakan pelan susun atur dan pelan hiasan, menentukan
ciri-ciri binaan dan bahan.
• Menyelaraskan reka bentuk struktur, mekanik dan elektrik
serta mematuhi undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan.
• Memastikan binaan yang dibuat mengikut spesifikasi, bajet dan
jadual yang dirancang.
PELUANG KERJAYA BIDANG
REKA BENTUK LANDSKAP
ARKITEK LANDSKAP
• Wajib lulus peperiksaan Institut Arkitek Landskap Malaysia
(I.L.A.M)
• Terlibat di peringkat perancangan, reka bentuk, pelaksanaan
dan pengurusan projek.
• Bertanggungjawab menghasilkan rekaan artistik dan
kejuruteraan ukur.
• Mengenal pasti masalah setempat dan menyelesaikannya melalui
perancangan reka bentuk yang inovatif.
• 4 Bidang tugasan:Perancangan Pelan Induk, Kajian Pelan
Tempatan dan Struktur, Kajian Keberkesanan Alam Sekitar
(EIA) dan projek-projek Landskap Spesifik.
PELUANG KERJAYA BIDANG
REKA BENTUK LANDSKAP
USAHAWAN LANDSKAP/ NURSERI
• Nurseri ialah tempat anak benih pokok disemai sebelum
ditanam di tempat kekal atau dipasarkan.
• Nurseri runcit dan borong ialah tempat menghasil,
menyemai dan memasarkan bahan tanaman hiasan.
• Membeli bekalan benih daripada runcit dan borong untuk
dipasarkan.
• Menyediakan perkhidmatan landskap, perlandskapan dan
penyelenggaraan landskap.
PELUANG KERJAYA BIDANG
REKA BENTUK LANDSKAP
KONTRAKTOR LANDSKAP
• Perlu tahu prinsip asas dalam mereka bentuk,
membaca dan spesifikasi pelan, keperluan tumbuh-
tumbuhan, teknik pembinaan dan pengurusan
perniagaan.
• Ada pengalaman serta tahu selok belok pembinaan
kawasan landskap.
• Menyediakan tenaga mahir dan separa mahir dalam
bidang perlandskapan seperti arkitek
landskap,pengurus tapak progek dan pekerja biasa.
PELUANG KERJAYA BIDANG
REKA BENTUK LANDSKAP
PENSYARAH
• Memberikan kuliah atau tutorial kepada pelajar di
kolej dan institusi pengajian tinggi awam atau
swasta.
• Melakukan penyelidikan ilmiah dan pengumpulan data
untuk mendapatkan idea yang inovatif sejajar dengan
keperluan semasa.
• Menerbitkan bahan-bahan ilmiah dalam pelbagai
bentuk seperti jurnal, artikel dan buku basil
penyelidikan untuk dikongsi.
INOVASI DALAM REKA BENTUK
LANDSKAP
• Pelancaran Dasar Landskap Negara (DLN) pada tahun 2011 menjadi bukti
keprihatinan kerajaan untuk memartabatkan reka bentuk landskap negara.
Dasar Landskap Negara turut digubal untuk melindungi sumber landskap
sebagai aset warisan di samping mengekalkan keindahan negara untuk
generasi kini dan akan datang.
• Aspirasi untuk merealisasikan Malaysia Negara Taman Terindah
menyebabkan bidang perekaan landskap semakin penting.
• Jabatan Landskap Negara yang ditubuhkan pada tahun 1996 diberikan
kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab menghijaukan negara dan
memastikan landskap negara berada dalam keadaan terbaik.
• Pelbagai aktiviti dianjurkan oleh kementerian, jabatan dan kerajaan
tempatan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan landskap
dalam kehidupan. Aktiviti Hari Landskap Negara, pertandingan landskap
tercantik, kempen dan pameran landskap seperti Royal Floria Putrajaya
secara tidak langsung mendidik masyarakat menyayangi alam sekitar.
TAMAT
Sekian, terima kasih kerana membaca dan memahami.
Sila jawab soalan penilaian daripada pembacaan anda di link berikut:
https://forms.gle/mgZiGrXvZoXYy5Ca8
Google Docs
REKA BENTUK LANDSKAP
TINGKATAN 4 /prospek dan hala tuju pereka bentuk
landskap