The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noraini_amat, 2020-06-16 03:16:52

TIPOGRAFI

ILUSTRASI KASUT

TIPOGRAFI
TUGASAN KRSV (FOLIO SENI)

Objektif :
Murid dapat memahami dan mengetahui maksud tipografi dan dapat
mengaplikasikan tipografi dalam tugasan yang diberi.

MAKSUD TIPOGRAFI:

• Tipografi adalah seni memilih dan mengatur huruf atau
muka taip .

• Ia amat penting memandangkan kebanyakan rekaan
grafik menggunakan muka taip.Contohnya
poster,ilustrasi,risalah,iklan,papan tanda dan sebagainya.

• Pemilihan dan penyusunan muka taip adalah penting
agar ia kelihatan harmoni dan mempunyai kesan visual
yang ditetapkan.

ANATOMI HURUF DAN RUPA HURUF

Terapat 3 bahagian penting dalam
huruf,iaitu asender atau tiang atas,badan
huruf dan desender atau tiang bawah huruf.

JENIS MUKA TAIP

Muka taip serif

 mempunyai serif,bahagian hujung yang halus dan melengkung pada
atas dan bawah.
 sesuai digunakan untuk majalah,risalah dan sebagainya.
 dikenali juga sebagai muka taip klasik.
 contoh muka taip seri ialah Century Schoolbook,Times New
Roman dan Book Old Style.

JENIS MUKA TAIP

Muka Taip Sans Serif

 muka taip sans serif tidak mempunyai

serif
 corak hurufnya tegak dan melintang

 mudah dibaca

 sesuai digunakan untuk teks,poster dan iklan papan tanda

Serif:Lengkok pada huruf Z SERIF

JENIS MUKA TAIP

Muka taip kursif

 merupakan tulisan berbentuk tulisan tangan ABCDEFG
 tulisan yang halus beransur-ansur menjadi HI
tebal
 sesuai digunakan untuk kad ucapan dan kad JKLMNO
jemputan PQ
 juga dikenali sebagai muka taip skrip
 contoh muka taip kursif ialah Monotype RSTUVWXYZ
Corsiva,French Script MT dan Garamon.

JENIS-JENIS MUKA TAIP

Muka taip dekoratif

 dihiasi hiasan dan gaya
 sesuai digunakan untuk kad
ucapan,kad jemputan dan
cenderamata
 contoh muka taip dekoratif
ialah Jokerman,Ravie dan Chiller.

TUGASAN YANG PERLU ANDA LAKUKAN
ADALAH:

Hasilkan seni tipografi bagi melengkapkan tugasan KRSV (folio seni) anda.

Tipografi yang dipilih haruslah seragam dan konsisten jenis
pemilihan hurufnya. (Tidak bercampur-aduk pelbagai jenis muka
taip untuk keseragaman setiap tajuk)
Keseluruhan tajuk boleh ditulis tangan dan menggunakan
komputer(Pilih hanya satu kaedah sahaja)
Pemilihan tipografi adalah relivan( bersesuaian dengan ruang tajuk
dan saiz tugasan)
Rujuk helaian ms yang berikut untuk semakan tajuk tugasan muka
taip setiap helaian kertas lukisan.
Hasil tipografi hendaklah ditampal dengan kemas pada setiap
helaian kertas lukisan folio seni.

BERIKUT MERUPAKAN TAJUK-TAJUK KECIL TUGASAN
ILUSTRASI KASUT

TINDAKAN SEMUA CALON SPM PSV:
Jadikan bahan ini sebagai rujukan untuk menulis/ menaip tajuk tugasan bahagian atas setiap
muka surat tugasan yang diberi.

Koleksi gambar pelbagai jenis kasut kanvas kanak-kanak dengan catatan.
Koleksi gambar hal benda atau tema yang dipilih.
Lakaran reka bentuk kasut kanvas.(
Lukisan realistik hal benda atau tema yang dipilih.
Lakaran olahan idea 1
Lakaran olahan idea 2
Lakaran olahan idea3
(Bergantung jumlah helaian kertas lukisan)
Lakaran reka letak 1
Lakaran reka letak 2
Lakaran reka letak 3
Lakaran reka letak 4
Kajian warna 1
Kajian warna 2
Kajian warna 3
Kajian warna 4
Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza.
Lukisan persembahan
Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan,
Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan


Click to View FlipBook Version