The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERJA KURSUS GWCP1042 TUGASAN 2 PENULISAN ESEI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1250-15-fairuz, 2021-11-07 23:09:59

KERJA KURSUS GWCP1042 TUGASAN 2 PENULISAN ESEI

KERJA KURSUS GWCP1042 TUGASAN 2 PENULISAN ESEI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR

TUGASAN KERJA KURSUS
GWCP1042 PENULISAN AKADEMIK

NAMA PELAJAR : NUR FAIRUZ DAYANA BINTI BADRI
ANGKA GILIRAN : 2021292310226
NOMBOR KAD PENGENALAN : 030111110366
KUMPULAN/ UNIT : PPISMP/ PA4
KOD DAN NAMA KURSUS : GWCP1042 PENULISAN AKADEMIK
NAMA PENSYARAH : PN. ZURAIDA BINTI TALIB
TARIKH HANTAR : TUGASAN 2 : 21 OKTOBER 2021

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 21/10/2021

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : NUR FAIRUZ DAYANA BINTI BADRI Angka Giliran: 2021292310226
Kod: GWCP1042 Nama Kursus: PENULISAN AKADEMIK

Pensyarah : PN. ZURAIDA BINTI TALIB

Tarikh Hantar : Tarikh Terima Diisi oleh pensyarah

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 21/10/2021

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan:
Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 21/10/2021

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

Borang Maklum Balas Kerja Kursus ii

PENGHARGAAN 4
5
TUGASAN 2 : 6
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF 6
UNTUK PELAJAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU 7
PENDAHULUAN 7
LATAR BELAKANG PERBINCANGAN 8
9
Webinar Zoom 10
Whatsapp
Google Classroom
Youtube

PENUTUP

BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

3

PENGHARGAAN
Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat illahi, dengan limpah dan kurnia-Nya serta nikmat
masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya, dapat juga saya menyiapkan
tugasan kerja kursus ini dengan jayanya.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah IPG Kampus Tun Hussein Onn, Pn
Zuraida binti Talib selaku guru yang mengajar saya bagi kursus penulisan akademik ini
kerana telah banyak membimbing saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan tanpa
rasa penat dan jemu sehingga tugasan ini berjaya disiapkan.
Selain itu, saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak henti
membantu dan mendorong sehingga saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan
dengan baik. Mereka juga turut memberi saya nasihat-nasihat yang memberangsangkan
sehingga saya dapat meneruskan kerja kursus dengan suksesnya.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

4

TUGASAN 2 :
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF UNTUK PELAJAR

DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Oleh:

Nur Fairuz Dayana binti Badri
PPISMP

PENDAHULUAN
Penulisan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai pembelajaran dalam talian dan
seterusnya memberikan penerangan lebih lanjut mengenai cara pembelajaran dalam talian
yang lebih efektif untuk pelajar di Institut Pendidikan Guru. Menurut Bates (2021), tiada
istilah khusus bagi pembelajaran dalam talian, adapun pembelajaran dalam talian ini adalah
segala bentuk pembelajaran yang dilakukan sebahagian atau sepenuhnya secara dalam
talian. Pada tahun 2020, pandemik global Covid-19 telah menyebabkan sebahagian
universiti, kolej dan mana-mana pusat pendidikan beralih daripada pembelajaran secara
bersemuka kepada pembelajaran dalam talian (Hugg, 2021). Seperti yang kita ketahui, hari
ini semua pusat pendidikan telah ditutup dan pelajar dikehendaki menjalani pembelajaran
secara dalam talian dan tidak dapat mengikuti pembelajaran secara bersemuka buat
seketika waktu bagi menangani penularan wabak Covid-19 yang sedang mengganas di
seluruh negara. Hal ini juga, untuk menjaga kebajikan setiap golongan dan menghindari
wabak tersebut dari terus tersebar.

Dalam penulisan ini, saya akan memfokuskan pencerahan mengenai cara-cara
pembelajaran dalam talian yang efektif untuk pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG).
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pelajar IPG merupakan pelatih-pelatih
bakal guru untuk sekolah rendah yang dikendalikan oleh KPM itu sendiri.

5

LATAR BELAKANG PERBINCANGAN

Webinar Zoom
Antara cara pembelajaran dalam talian yang lebih efektif untuk pelajar di Institut

Pendidikan Guru yang pertama ialah melalui medium ‘zoom’. Seperti yang kita ketahui,
penggunaan medium ini telah tersebar secara meluas dikalangan para penuntut ilmu.
Jaka Kusuma dan Hamdiah (2020) mendapati bahawa pembelajaran secara terus iaitu

melalui aplikasi Zoom lebih baik dibandingkan dengan pembelajaran melalui talian
WhatsApp semasa pandemik COVID-19. Proses pembelajaran perlulah menggabungkan
kedua-dua kaedah ini yakni dengan menggunakan Zoom dan juga WhatsApp agar proses
PdP dijalankan dengan lebih lengkap dan berkesan (Jaka Kusuma et al., 2020). Hal ini
kerana, pembelajaran melalui Zoom membolehkan para guru berkomunikasi langsung
secara visual dengan para pelajar dan memberikan berbagai bahan pembelajaran dengan
menunjuk secara langsung kepada murid-muridnya. Bagi pelajar IPG, mereka perlulah
menguasai tentang penggunaan aplikasi tersebut memandangkan mereka perlu
mencukupkan jam bagi kehadiran kelas secara segerak. Penggunaan Zoom dapat
menggantikan kuliah secara bersemuka memandangkan institut pendidikan tidak dapat
beroperasi disebabkan oleh keadaan pandemik yang berlaku.

Whatsapp
Selain menggunakan aplikasi Zoom, pembelajaran dalam talian menggunakan

aplikasi Whatsapp juga tidak kurang popularnya berbanding Zoom. Hal ini kerana,
penggunaan Zoom agak sukar diakses oleh sesetengah pelajar dan juga mempunyai
sistem keselamatan yang kurang memuaskan menyebabkan sistem maklumat mudah
diceroboh oleh penjenayah siber. Penggunaan Whatsapp sebagai media pembelajaran

banyak berlaku di tingkat sekolah dasar. Pada level pendidikan tinggi, Whatsapp
hanyalah merupakan salah satu media pembelajaran. Akan tetapi bagi pelajar IPG,
penggunaan Whatsapp ini juga agak meluas di kalangan para pelajar dan pensyarah
memandangkan segala urusan dan perhubungan serta maklumat dapat disampaikan
dengan lebih mudah dan berkesan. Namun begitu, Whatsapp amatlah diguna secara
meluas di peringkat sekolah dasar, dari kajian yang dilakukan 100% belajar dalam talian
hanya mengunakan media Whatsapp grup ( Rosarians et al., 2020).

Google Classroom
Adapun begitu, selain daripada media-media yang telah dibincangkan sebagai

cara pembelajaran dalam talian yang efektif bagi pelajar IPG, aplikasi google classroom
6

juga amat terkenal dalam kalangan pelajar IPG. Hal ini kerana, sistem yang diperkenalkan
dalam media ini amat lengkap dan strategik di mana memudahkan para pensyarah dan
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Google Classroom ini diperkenalkan oleh
Google yang mana dilengkapi pengisian pengajaran dan pembelajaran daring ( secara
dalam talian). Google Classroom juga menjadi pendekatan pembelajaran dan pengajaran
digital secara percuma. Menurut Nurhidayah (2020), Malaysia telah merekodkan carian
frasa ‘Google Classroom’ kedua tertinggi di dunia pada 16 April 2020, yang menggunakan
medium tersebut dalam sesi pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga telah mendahului negara maju
yang sememangnya mempunyai teknologi e-pembelajaran yang lebih canggih. Tidak lari
juga bagi pelajar di Institut Pendidikan Guru yang sering menggunakan Google
Classroom setiap kali sesi kuliah sama ada secara segerak mahupun secara tidak
segerak. Dengan adanya media seperti ini, maka sesi pembelajaran dan pengajaran akan
berjalan dengan lebih efektif dan sistematik.

Youtube
Akhir sekali, penggunaan media Youtube juga dapat menarik pelajar untuk lebih

giat dalam pembelajaran dalam talian. Melalui media pembelajaran, para pendidik
seharusnya sentiasa menerokai dan sentiasa berinovasi agar sesi pembelajaran dalam
talian menjadi lebih menarik dan pelajar-pelajar sentiasa termotivasi ( Atikahani et al.,
2017). Menurut Wigawati et al. (2014), Youtube dapat memberikan pelajar mahupun para
pensyarah dalam berekspresi, berkolaborasi dalam dunia Pendidikan, serta dapat
meningkatkan kualiti dan kemampuan mereka. Menurut Abdullah (2018), pelbagai type
video yang beraneka ragam telah tersedia dalam Youtube di mana bahan-bahan ini dapat
membantu seorang pembuat video atau dikenali sebagai (Video Maker) terinspirasi.
Platform Youtube sangatlah ‘familiar’ dikalangan pelajar Institut Pendidikan Guru pada
hari ini. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak maklumat dan info yang diperlukan oleh
pelajar IPG melalui platform tersebut. Pelajar mahupun pensyarah itu sendiri dapat
membuat suatu video berkaitan pendidikan kemudian memuat naikkannya kedalam
media Youtube. Seterusnya mereka dapat menonton dan memberikan pandangan yang
menyeluruh ke atas penghasilan video tersebut sama ada dalam bentuk saranan,
pendapat ataupun kritis terhadap bahan yang diberikan (Jordaan and Jordaan, 2017).

7

PENUTUP
Pelaksanaan sistem pembelajaran dalam talian amatlah suatu perubahan baru bagi
seluruh negara dan tidak terkecuali negara Malaysia. Cabaran pandemik Covid-19 ini telah
mengubah landskap pendidikan di negara kita. Oleh hal yang demikian, semua golongan
penuntut ilmu akan menjalani suasana pembelajaran yang baru dimana semuanya
menggunakan sistem teknologi. Jika sebelum ini sekolah masih mengamalkan
pembelajaran secara konvesional iaitu pengajaran di dalam kelas, dan universiti pula cuba
mengetengahkan pembelajaran secara mod teradun, namun kini proses pembelajaran
secara dalam talian telah diperkenalkan secara meluas di seluruh negara sebagai langkah
selamat supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan walaupun dalam
keadaan pandemik yang berlaku. Walaubagaimanapun, perkara ini tidak mudah untuk
menggantikan rutin dan adat kepada suatu norma baharu. Langkah penyesuaian perlu
diambil supaya proses dapat dijalankan dengan lebih efektif.
Sepanjang proses bermula, disini terserlah daya kreativiti setiap individu baik
tenaga pengajar mahupun para pelajar. Selain itu, untuk menambahkan lagi aura
pembelajaran dalam talian, beberapa kaedah telah dibincangkan untuk menjadikan
pembelajaran secara maya lebih efektif bagi para pelajar. Setiap pelajar perlulah
menggunakan sebaiknya media-media yang tersedia untuk terus bersemangat dan tidak
berputus asa sepanjang sesi pembelajaran dalam talian berlangsung. Hal ini kerana, sistem
pembelajaran ini bukan hanya melangkaui jangka masa pendek, akan tetapi telah menjadi
satu norma baharu buat kita semua.

8

BIBLIOGRAFI
Abdullah, S. D. (2018). PERAN HANAN ATTAKI DALAM MEMBANGUN PERSEPSI GENERASI

MILENIAL TENTANG TUHAN (ANALISIS ISI ATAS VIDEO “KANGEN” DI YOUTUBE). Raushan
Fikr, 7(1), pp. 65–74.
Atikahani, Iriani & Arthur. (2017). Youtube sebagai Media Pembelajaran. Vocational Education of
Building Construction, University of Jakarta, Jakarta.
Bates, T. (19 October, 2021). Online Learning for Beginners: 1. What is online learning? Online
Learning and Distance Education Resources:
https://www.tonybates.ca/2016/07/15/online-learning-for-beginners-1-what-is-online-
learning/#comments
Blakey, C. H. (2021). Student Engagement: Perspectives of Online Students in Higher Education.
ProQuest: https://www.proquest.com/docview/2572566074/BECB0183DF6645B8PQ/3
Dale B. Hahn, Wayne A. Payne & Ellen B. Lucas. (2011). Definition and description about diet,
drug, alcohol and tobacco. Focus On Health, Tenth Edition.
Jaka Wijaya Kusuma & Hamidah. (2020). Perbandingan Hasil Belajar Matematika Dengan
Penggunaan Platform Whatsapp Group dan Webinar Zoom dalam Pembelajaran Jarak
Jauh. Jurnal Ilmiah Pendidikan Matematika, 5(1), 97-106.
Jordaan, M. and Jordaan, D. (2017). Using YouTube as a reflection tool for a service-learning
module.
https://www.researchgate.net/publication/317414601_Using_YouTube_as_a_reflection_
tool_for_a_service-learning_module
Kasim, Z. (2016). Kajian Rekonstruksi Pelajar-pelajar Rancangan Persediaan Khas ke Jepun (RPKJ)
Dalam Aspek Pengurusan Masa. Jurnal Bahasa dan Budaya Jepun, 6(1), 27-51.
McBrien, J. L., Cheng, R., Jones, P. . (2009). Employing a synchronous online classroom to facilitate
student engagement in online learning. The International Review of Research in Open and
Distributed Learning. Virtual Spaces, 10(3), 1–17. Virtual spaces.
Nizar, A. (2020). Penulisan Akademik. Retrieved from Pubhtml5:
https://pubhtml5.com/arsz/ynhh/basic
Rosarians, F., Warsono, A., Fikri, A., & Permana, S. (2020). Belajar dirumah Lewat Whatsapp.
Retrieved from https://koran.tempo.co/read/metro/451002/belajar-di-rumah-lewat-
whatsapp?
Schroeder, J. (2020). Cara Belajar dalam Talian. The University Network:
https://ms.tun.com/blog/cara-belajar-dalam-talian/
Setiania, A. (2020). Efektivitas Proses Belajar Aplikasi Zoom di Masa Pandemi dan Setelah Pandemi
Covid-19. SEMINAR NASIONAL PASCASARJANA 2020, 524.
Siti Asmah Mohamed, Maisurah Shamsuddin. (2020). GOOGLE CLASSROOM SEBAGAI SISTEM
PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS) MOD ATAS TALIAN UNTUK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MATEMATIK SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
(PKP). 66.
Wigati, S., Rahmawati, D. S. and Widodo, S. A. (2014). PENGEMBANGAN YOUTUBE
PEMBELAJARAN BERBASIS KI HADJAR DEWANTARA UNTUK MATERI INTEGRAL DI SMA.
Prosiding Seminar Nasional Etnomatnesia, 810-813.

9

LAMPIRAN
10

11


Click to View FlipBook Version