1) SITUASI ISLAMOFOBIA DI DEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM 2) PANDANGAN SERONG MASYARAKAT BUKAN ISLAM TERHADAP MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA.
MPU23012 PENGAJIAN ISLAM Sesi II: 2023/2024 TAJUK: SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM Nama Ahli Kumpulan 1. Mohd Saiful Izzuddin bin Mohd Nazri (07DAT23F1046) 2. Christopher Yan Xiang Jonathan (07DAT23F1022) 3. Fazlie (07DAT23F1079) 4. Muhammad Yusuf bin Jafri (07DAT23F1061) Nama Pensyarah Nurul Ain Binti Mudreh Pensyarah Kursus MPU23012 Pengajian Islam Jabatan Pengajian Am
Gambar Ahli Kumpulan: 2) CHRISTOPHER YAN XIANG JONATHAN @IBRAHIM (07DAT23F1022) 1) MOHD SAIFUL IZZUDDIN BIN MOHD NAZRI (07DAT23F1046)
Gambar Ahli Kumpulan: 4) MUHAMMAD YUSUF BIN JAFRI (07DAT23F1061) 3) FAZLIE (07DAT23F1079)
ISI KANDUNGAN 1. PENDAHULUAN 2. APAKAH ITU ISLAMOFOBIA? 3. SITUASI ISLAMOFOBIA DI NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM 4. PADANGAN SERONG MASYARAKAT BUKAN ISLAM TERHADAP MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA 5. KESIMPULAN 6. LAMPIRAN 7. RUJUKAN
PENDAHULUAN Islamofobia atau ancaman terhadap penganut Islam di seluruh dunia datang dengan pelbagai cara: ucapan kebencian (hate speech), kemunculan media baharu, ancaman di media cetak, televisyen dan ancaman fizikal. Pelbagai kajian telah dilakukan sejak kemunculan Islamophobia yang dapat membantu kita dalam memahami faktor, kategori dan kesan buruk akibat ketakutan ini.
APAKAH ITU ISLAMOFOBIA? Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim. Istilah ‘Islamofobia’ sudah digunakan pada tahun 1980-an tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001. Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai “rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam,” dan juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan Masyarakat. Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada dikenali sebagai satu agama.
SITUASI ISLAMOFOBIA DI NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM. Pelbagai insiden berlaku yang menyebabkan Islamophobia berkembang ke seluruh dunia. Kemuncaknya ialah trajedi 11 September 2001 membawa impak yang besar kepada masyarakat Muslim seluruh dunia. Islam dilabelkan sebagai agama pengganas, dan umat Islam yang mengamalkan ajaran Islam berhadapan dengan diskriminasi di serata dunia. Muslim di Amerika Syarikat terdiri dari pelbagai kaum dan tidak semua Muslim berhadapan dengan diskriminasi, kajian menunjukkan Muslim Asia menerima diskriminasi paling sedikit berbanding Muslim daripada bangsa dan etnik yang lain (Zainiddinov, 2016). Boleh disimpulkan bahawa Muslim dari bangsa Arab dan Afrika menerima lebih banyak diskriminasi di Amerika Syarikat. Jika dahulu, Islamofobia tersebar melalui perkataan lisan, melalui cetak dan media elektronik, zaman ini lebih parah lagi. Islamofobia merebak dengan meluas dengan kemunculan pelbagai media baharu seperti WhatsApp, Facebook, X(Twitter), TikTok dan Instagram.
1) ISLAMOFOBIA DI AMERIKA SYARIKAT Gerakan anti Islam sebenarnya amat dasyat di Amerika Syarikat berbanding United Kingdom. Dalam satu laporan pada 2016, Awan menyatakan bahawa kebencian terhadap Muslim sudah berubah dari skala masyarakat kepada lebih besar arus perdana. Calon President pada tahun 2016 dengan jelan membuat komen “Islam membenci kita”, “saya tidak menyokong orang Islam untuk mentadbir negara ini” dan penggunaan perkataan yang mencemuh Islam “creeping Sharia”, dan sekurang-kurang 32 negeri di Amerika Syarikat telah memperkenalkan dan membahaskan undangundang anti-Sharia (Considine 2017). Pada tahun 2011 dan 2012, 78 undang-undang untuk merendahkan agama Islam. Undang-undang anti-Sharia telah diperkenalkan di Arizona, Kansas, South Dakota dan Tenesse pada 2011 dan 2012. This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-SA
1) ISLAMOFOBIA DI AMERIKA SYARIKAT Islamofobia semakin meruncing dengan kewujudan industry yang menyokong propaganda Islamofobia. Agenda Islamofobia jugua lebih pantas tersebar melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram. Facebook yang dipeloporikan oleh Mark Zuckerberg telah menjadi media sosial terbesar di dunia dengan mencatatkan keuntungan lebih satu billioun USD (Awan, 2016). Kajian telah mendapati bahawa proses normalisasi Islamofobia telah berlaku dengan penggunaan sosial media.
1) ISLAMOFOBIA DI AMERIKA SYARIKAT Media di Amerika Syarikat juga berperanan menjadi agen Islamofobia. Kajian terhadap dua saluran beritan di Amerika Syarikat iaitu CNN dan Fox News mendapati kedua-dua saluran ini mempunyai kecenderungan untuk memberikan liputan berkaitan Islam, orang Islam dan berita berkaitan Islam, Sharia, Hamas, Jihad dan al Qaeda. Media utama juga sering memaparkan bahwa keganasan tentera Islam dalam konflik Asia Barat. Media lebih kerap memaparkan serangan yang dilakukan oleh Muslim terutamanya oleh bukan wargananegara Amerika Syariakt sedangkan serangan bukan Islam adalah lebih banyak.
1) ISLAMOFOBIA DI AMERIKA SYARIKAT Fox News juga kerap memberikan maklumat yang kurang tepat terhadap Islam dan orang Islam dan media ini mempunyai agenda tersendiri dalam memberikan liputan negatif. Agenda media ini adalah untuk mempengaruhi penonton agar menyokong calon Republikan ketika itu. Menurut Media Tenor Internation (Considene, 2017), sepanjang 2007 hingga 2013 stesen berita seperti FOX, NBS dan CBS memaparkan bahawa Islam adalah punca keganasan. Seorang penulis Erin Kearns memberitahu National Public Radio (NPR) pada June 2017, jika serangan itu dilakukan oleh seorang Islam, berita ini akan mendapat liputan media empat kali ganda setengah berbanding jika serangan itu dilakukan oleh orang bukan Islam. Kearn juga menyatakan “penyerang bukan Islam perlu membunuh lebih kurang 7 orang atau lebih untuk mendapatkan liputan yang sama jika penyerangnya ialah seorang Muslim”.
1) ISLAMOFOBIA DI AMERIKA SYARIKAT Bukan sahaja berita, malah dalam medua hiburan juga menyemarakkan penghinaan terhadap agama Islam dan Muslim. Imej Arab dan Muslim sebagai pengganas semakin kerap digunakan dalam filem aksi (Wilkins, 2007). Shaheen (2003) yang mengkaji bagaimana filem dan rancangan televisyen di Amerika Syarikat pada dekad yang lalu mendapat bahawa Hollywood telah menggambarkan orang Arab sebagai pembunuh kejam, perogol tidak berperikemanusiaan, fanatik terhadap agama, saudagar minyak kaya dan pendera wanita: “brute murderers, sleazy rapists, religious fanatics, oil-rich dimwits and abusers of women.” Shaheen juga mendapati 932 daripada 1000 filem Hollywood yang berkaitan orang Arab, telah memaparkan Arab sebagai berhati kering, Muslim yang dahagakan wang atau teroris yang ingin memusnahkan tamadun Barat.
2) ISLAMOFOBIA DI AUSTRALIA Terdapat banyak kajian menunjukkan Muslim menjadi sasaran ucapan kebencian di Australia. Stewart (2019) menyatakan minoriti Muslim kerap menjadi target pembulian di jalanan berbanding kaum minoriti lain. Burka seringkali dikaitkan dengan aktiviti keganasan dan menjadi faktor utama penubuhan gerakan ‘ban the burqa in Australia’, mereka menggambarkan orang yang memakai burka amat mengelirukan orang awam; sama ada si pemakai adalah lelaki, perempuan atau teroris di sebalik burka mereka. Ini menunjukkan pemakaian orang Islam adalah dikaitkan dengan aktiviti keganasan dan membawa kepada bahaya fizikal terhadap masyarakat awam. Kesemua ini boleh mencetuskan keganasan dan prejudis terhadap komuniti Muslim. Selain itu, mereka sering menggambarkan pakaian wanita Muslim adalah berbentuk diskriminasi menghalang kebabasan dan penindasan terhadap kaum wanita. Perkara ini adalah tidak menghairankan kerana bagi masyarakat mereka, tidak ada orang yang berhak menentukan apa yang wajib dipakai oleh seseorang individu.
2) ISLAMOFOBIA DI AUSTRALIA Terdapat juga gerakan yang cuba menghentikan penjualan makanan halal dan pensijilan Halal di Australia, antaranya Kumpulan Boikot Halal Australia yang berpandangan bahawa penjualan dan pensijilan makanan dan produk Halal adalah untuk menyalurkan dana kepada kumpulan teroris (Stewart, 2019). Walau bagaimanapun, badan penyiasat Parlimen telah mendapati bahawa pensijilan Halal di negara itu tidak berkait langsung dengan kegiatan pengganas. Selain itu, terdapat kumpulan-kumpulan anti Islam lain yang juga anti imigran Muslim dengan pandangan bahawa orang Islam yang berhijrah ke negara itu akan mengubah Australia dengan melaksanakan hukum Islam dan menjadikan orang bukan Islam di bawah kekuasaan mereka. Mereka juga anti dengan sebarang simbol agama Islam seperti masjid dan juga pakaian yang dinisbahkan kepada orang Islam di Australia.
PANDANGAN SERONG MASYARAKAT BUKAN ISLAM TERHADAP MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA Negara kita iaitu Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada bangsa, agama dan budaya yang berbeza. Islam dan Melayu bumiputera merupakan agama dan juga bangsa majoriti masyarakat Malaysia.
1)Tanggapan buruk terhadap imej Islam Masyarakat non-Muslim bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia melihat akan perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Hal ini berlaku adalah kerana negara Islam sendiri telah berpecah kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Akibat daripada perpecahan ini, banyak masalah tidak dapat diselesaikan. Walaupun Islam sangat mengambil berat kepada perpaduan, tetapi masyarakat Islam terus berpecah dan menjadi lemah. Diantara sebab umat Islam berpecah ialah kerana lahirnya pelbagai parti politik dan pertubuhan dakwah dan sifat ketaksuban terhadap pemimpin. Hal ini menyebabkan, proses dakwah menghadapi masalah kerana sesuatu kumpulan tidak akan senang untuk menerima buah fikiran dari bukan kumpulannya (Aziz Jamaludin, 2011). Peristiwa sebegini akhirnya menyebabkan masyarakat non-Muslim menjauhkan diri dengan masyarakat Islam. Selain itu, imej bangsa Melayu di mata masyarakat bukan Islam juga kurang baik. Masyarakat Melayu sering disifatkan sebagai pemalas, mengamalkan rasuah, gila kuasa dan tidak pandai berdikari (Khairul Azhar, 2013).
2)MASYARAKAT BUKAN ISLAM TERPENGARUH DENGAN BUDAYA BARAT Kita dapat lihat bagaimana pihak Barat menggunakan media bagi mengecam orang Islam dan negara-negara Islam dengan pelbagai istilah. Mereka menggambarkan Islam sebagai penghalang kepada kemajuan dan kerana itulah masyarakat Islam dilihat sebagai ortodoks, fundamental dan konservatif. Istilah-istilah tersebut kemudiannya menjadi lebih keras dan kasar sehingga menampakkan setiap tindakan yang diambil oleh orang Islam sebagai menakutkan. Manakala, di atas dasar perasaan takut, mereka kemudian mencipta pula persepsi Islamofobia dan mengaitkannya dengan keganasan, pembunuhan, rampasan kuasa dan lain-lain tindakan jenayah. Sehinggakan, mereka membentuk persepsi bahawa pakaian yang digunakan sebahagian masyarakat Islam sebagai amat menakutkan atau ditafsirkan mempunyai kaitan dengan penjenayah. Oleh yang demikian, ikon Islam sudah dilihat sebagai suatu perkara yang salah dan bertentangan dengan kebebasan manusia. (Aziz Jamaludin, 2011).
3)Kefahaman rendah Masyarakat non-muslim terhadap islam Selain itu, kefahaman yang rendah oleh masyarakat non-Muslim terhadap ajaran Islam menimbulkan salah faham. Di dalam Abdull Rahman (2009), Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berpandangan ajaran Islam tidak banyak diberikan kepada orang bukan Islam. Ajaran Islam yang sampai kepada mereka hanyalah secara umum sahaja seperti tidak boleh minum arak, tidak boleh makan babi, sehingga perkataan babi pun takut untuk digunakan dan digantikan dengan perkataan khinzir. Apabila ini berlaku, maka orang bukan Islam akan memandang serong kepada agama Islam kerana mereka tidak memahami kenapa dan mengapa suatu perkara itu dilarang kerana tidak mendapat penjelasan yang terperinci.
KESIMPULAN Di sini kita dapat tahu bahawa Islamofobia bukanlah fenomena yang baru wujud di zaman ini. Islamofobia telah lama berlaku sejak zaman awal perkembangan Islam di mana pada waktu itu Islam dipandang sebagai suatu ajaran yang asing. Situasi ini boleh dikaitkan dengan sepotong hadis daripada Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: ‘’Sesungguhnya Islam bermula dalam keadaan asing dan kelak ia akan kembali asing sebagaimana dahulu ia bermula dalam keadaan asing.’’ - [HR Muslim 208]. Hadis ini secara jelas membuktikan bahawa Islam digambarkan dengan pelbagai pandangan yang negatif. Antaranya ialah Islam sebagai agama yang asing, tidak sesuai dengan budaya, hak asasi manusia dan juga nilai-nilai murni.
LAMPIRAN
RUJUKAN ➢ https://ms.wikipedia.org/wiki/Islamofobia ➢ https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/ 123456789/16350/1/Perkembangan%20Tre nd%20Gejala%20Islamofobia%20Di%20Neg ara%20Majoriti%20Bukan%20Islam_Satu%2 0Analisa.pdf ➢ https://www.youtube.com/watch?v=CZj0tfZY6o ➢ http://conference.kuis.edu.my/irsyad/imag es/eproceeding/2018/1085-irsyad-2018.pdf ➢ https://www.sinarharian.com.my/ampArticl e/281529