PROJEK INOVASI AIRCOND FAN MPU23052-SAINS DAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
KESIMPULAN 04 . ISI DAN KETERANGAN 03 GAMBAR. 02 PENGENALAN 01 ISI KANDUNGAN 05 RUJUKAN
PENGENALAN Projek inovasi yang kami cipta ialah aircond fan di mana kami membuat sedikit perubahan ke atas aircond tersebut dengan mencipta aircond fan tanpa menggunakan tenaga elektrik. Aircond fan ini dapat digunakan bagi pelajar asrama sama ada pelajar sekolah mahupun pelajar universiti semasa ketiadaan elektrik bagi memudahkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran di waktu malam. Projek inovasi ini juga mempunyai kelebihan dari segi dapat menjimatkan tenaga elektrik dan dapat menjaga alam sekitar kerana penggunaan elektrik yang tidak berlebihan. Aircond fan ini diperbuat daripada bahan kitar semula di mana ia dapat menjimatkan kos dari segi pembuatannya.Contohnya kami menggunakan kotak,wayar,bateri,dan juga magnet. Bahan-bahan ini mudah didapati di kedai. Anggaran kos pembuatan hasil daripada inovasi ini hanyalah RM 50.00 secara keseluruhannya. Sesiapa sahaja boleh mereka bentuk inovasi ini kerana ia diperbuat daripada bahan kitar semula dan mudah untuk direka oleh orang ramai.
GAMBAR INOVASI
PRINSIP SYARIAH 1)PRINSIP RABBANIAH Prinsip syariah yang digunakan dalam inovasi ini adalah rabbaniah dan wasatiah. Inovasi yang dicipta oleh kami adalah berasaskan bahan semulajadi seperti kotak yang mana ia berasal atau diperbuat daripada pokok yang dicipta oleh Allah S.W.T kemudian bahan ini dikembalikan kepada Allah S.W.T dengan mencipta sebuah aircond fan yang berasaskan kotak di mana ia dapat memudahkan urusan pelajar dalam mengulangkaji pelajaran ataupun ketika menunutut ilmu kerana ia merupakan satu ibadah. 2) PRINSIP WASATIAH Prinsip wasatiah pula ialah barang yang digunakan untuk mencipta inovasi ini mudah untuk didapati di samping itu ramai pengguna boleh membeli produk ini kerana harganya yang mampu milik terutamanya bagi golongan pelajar universiti mahupun sekolah yang duduk di dalam asrama.
PERANAN SYARIAH 1) AGAMA • Inovasi yang diciptakan ini dapat memberi keselesaan kepada pelajar untuk menuntut ilmu terutamanya ketika musim panas mahupun Ketika mereka ingin mengulangkaji Pelajaran di waktu malam. Ini kerana perjuangan seorang pelajar dalam menuntut ilmu merupakan satu ibadah dan dapat memelihara agama kerana tanpa ilmu seseorang mungkin tidak mengetahui hukum hakam serta larangan dalam islam. Ilmu bukan Sahaja belajar mengenai perihal hidup seperti Sejarah dan sebagainya bahkan ilmu untuk akhirat juga perlu kita pelajari.
PERANAN SYARIAH 2) AQAL • Seterusnya adalah dapat memelihara aqal,dengan cara berfikir dan mencari idea bagi menghasilkan inovasi ini di mana kami berfikir dan mencari idea secara lebih mendalam dan teliti untuk mencipta inovasi ini dari segi fungsi, ketahanan dan alat yang ingin digunakan untuk penciptaan inovasi ini di mana kami memandang dari segi aspek modal untuk menjimatkan kos.
PERANAN SYARIAH 3) HARTA • Ini kerana teknologi ini tidak menggunakan tenaga elektrik di mana ia dapat menjimatkan kos penggunaan tenaga elektrik kerana ia hanya menggunakan sumber tenaga daripada bateri. Apabila bateri ini habis, pelajar hanya perlu membeli bateri yang baru. Ia juga dapat menjimatkan kos dari segi penggunaan aircond ini digunakan dalam jangka masa yang lama dan mudah untuk dibaiki dengan hanya menukar bateri baru sekiranya aircond tersebut kehabisan bateri berbanding kipas elektronik. Sekiranya berlaku kerosakan ia memerlukan modal yang besar untuk kerja pembaikan.
PELAKSANAAN SYARIAH INOVASI PELAKSANAAN KAJIAN MENEPATI SYARIAT Sebelum teknologi direka cipta, kami membuat penyelidikan dan kajian terlebih dahulu dari segi bahanbahan yang akan digunakan. Ini kerana pemilihan setiap bahan untuk inovasi ini amat penting untuk memastikan kualiti barang berada dalam keadaan baik supaya ianya selamat untuk digunakan dan halal dari segi bahanbahan yang digunakan untuk inovasi ini.
PELAKSANAAN PRINSIP ETIKA MENGHASILKAN STK YANG MEMBERI MANFAAT Teknologi yang di reka oleh kami banyak memberi manfaat dan kegunaan kepada orang ramai khususnya pelajar asrama. Pelajar asrama boleh memanfaatkan penggunaan teknologi untuk membantu mereka dalam pembelajaran kerana harganya yang jauh lebih murah dan mampu dimiliki oleh semua pelajar.
KAEDAH FIQH 1) SETIAP SESUATU BERGANTUNG KEPADA TUJUANNYA - Tujuan kami mereka bentuk teknologi ini adalah bagi memberi dan memudahkan urusan pelajar dalam menuntut ilmu. Aircond ini bukan sahaja dapat digunakan oleh pelajar bahkan golongan dewasa dan kanak-kanak juga dapat menggunakan untuk memberi keselesaan kepada pengguna contohnya semasa musim panas atau semasa ketiadaan elektrik. 2) KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN • Dalam menuntut ilmu, tiada alasan atau sekatan yang menyebabkan kita untuk tidak menuntut ilmu walau apa jua keadaan sekalipun. Contohnya, sekiranya pelajar ingin mengulangkaji pelajaran ketika mana tiada elektrik, mereka masih lagi boleh meneruskan pembelajaran mereka dengan menggunakan teknologi yang ada. Itulah sebabnya tujuan kami mencipta produk ini kerana pelajar masih lagi boleh belajar walaupun berada dalam keadaan gelap dan tiada kipas.
KAEDAH FIQH 3) KEMUDARATAN HENDAKLAH DISINGKIRKAN - Bilah kipas yang digunakan adalah bersifat plastik dan kebarangkalian berlaku kecederaan kepada pengguna, jadi untuk menjaga keselamatan pengguna bilah kipas itu akan ditutup menggunakan penutup kipas bagi mengelakkan berlaku kecederaan yang serius kepada pengguna.
Kesimpulannya, setiap sesuatu produk yang direka cipta pasti ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri bergantung kualiti bahan yang digunakan dan berdasarkan niat untuk mencipta produk itu sendiri.Produk yang diciptakan ini mempunyai kelebihan di mana ia mampu dibawa ke dalam pasaran dunia kerana ia mempunyai ciri-ciri yang diperlukan mengikut syarat-syarat yang tertentu dalam penghasilan produk ini. Faktor penggunaan bahan yang digunakan dalam penciptaan inovasi ini ialah berasaskan kotak di mana ia mudah didapati dan dapat menjimatkan kos serta kualiti yang lebih bagus. Bentuk yang unik dan kelebihan yang terdapat pada produk ini mengukuhkan lagi tujuan penciptaan produk ini dijalankan hatta diiringi dengan unsur keyakinan yang diterapkan bagi memudahkan pengusaha untuk menguruskan urusan harian mereka dengan lebih sistematik.Produk ini dapat memudahkan urusan para pengguna dan menjimatkan kos mereka di mana ia tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang banyak sekiranya berlaku kerosakan. Produk ini perlu dimiliki oleh ramai pengguna kerana produk ini mesra pengguna di mana ia mudah dibawa ke mana – mana dan dapat menjimatkan tenaga elektrik. KESIMPULAN
RUJUKAN •https://kumpulansatudisb.blogspot.com/ •https://www.slideshare.net/cikmelly/kaedah-fiqh
DO YOU HAVE QUESTIONS? THANK YOU!